Anda di halaman 1dari 9

PEN3033

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

NAMA:ADIBAH BINTI SAZALI


NO.MATRIK:D19311706
NAMA PENSYARAH:DR.KAMARUDDIN YAAKOB
PENGENALAN

Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar
selain mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun
tinggi. “ Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti
baik hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat
kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988)”

KONSEP ETIKA•

Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris “ethic”. Perkataan ethic itu pula dari
bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah
laku sesuatu golongan• Etika ialah satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu
kumpulan manusia atau organisasi yang meliputi aspek-aspek tertentu. Contoh yang
dimaksudkan ialah aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan
yang salah, dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.
Masyarakat pula menggunakan etika itu untuk menganalisis, menilai dan menentukan
sama ada tingkah laku manusia telah mengikut peraturan yang ditetapkan.

KONSEP PROFESION

Menurut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang
khas. Contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.• Berdasarkan ciri-
ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang
mempunyai kelulusan

KOD ETIKA KEGURUAN

Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri. Kod etika ini
juga dipunyai oleh profesion perguruan. Setiap guru dikehendaki mematuhi kod etikanya
sendiri demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion keguruannya. Di
Malaysia, “Tatasusila Profesion Keguruan” yang disarankan oleh Kementerian
Pendidikan merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej
profesionnya
TATASUSILA PROFESION KEGURUAN

IKRAR“Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu,yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke
arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada
demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. “dengan
menyedari betapa besarnya tanggungjawab mebimbing anak muda untuk mecapai
kemajuan sepenuh-penuhnya,

maka dengan ini, kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan
kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya : –
Tanggungjawab terhadap pelajar – Tanggungjawab terhadap ibu bapa – Tanggungjawab
terhadap masyarakat dan negara – Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan

Tanggungiawab terhadap pelaiar

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

• Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

• Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.

• Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam- darjah sendiri atau dalam
matapelajaran lain yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

• Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan
contoh yang baik kepada pelajar

.• Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan


dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab terhadap ibu bapa

• Menghormati tanggungiawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

• Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumah tangga

.• Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah
tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada
sesiapa kecuali kepacla mereka yang berhak mengetahuinya.

• Memberikan maklumat kepada ibu-bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan


menggunakan maklumat vang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

• Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.

• Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Tanggungiawab terhadap masyarakat dan negara

• Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan


kepentingan pelajar, masyarakat atau negara‘, ataupun yang bertentangan dengan Rukun
Negara

• Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing
mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungiawab dan berguna,
menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.

• Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab


sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan masyarakat.• Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan
ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.• Memberi sumbangan cergas untuk
meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. Berpegang
kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan
kami sehari-hari dengan baik.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru dihadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru

.• Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
guru.

• Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan


bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

• Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru
menceburkan diri dalam profesion perguruan.• Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak
rnencemarkan nama baik profesion perguruan.• Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan
guru.
KEPENTINGAN KOD ETIKA KEGURUAN

• Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan kerana kod ini sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

• Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Oleh itu, guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka. Dalam kata lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang
menekan kan dua amana hpenting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.

• Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.Guru dapat melihat keunikan etika
yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

• Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etika nya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.

• Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam
putih dan rasmi. Secara tidak langsung, perkara ini akan membuka mata masyarakat untuk
menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara.

• Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan
etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas,
serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam
organisasi (INTAN, 1991).

BAGAIMANA IA MEMUPUK KEPADA PERLAKSANAANPERKHIMATAN GURU YANG


KOMPETEN DAN BERKESAN

• Umum mengetahui bahawa kod etika profesion keguruan ini merupakan satu wadah yang
mampu menjadi landasan terbaik bagi menyediakan guru yang cemerlang daripada semua
aspek sesuai dengan falfasah pendidikan guru iaitu: FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
(FPG) “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan prograsif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin
• Antara perkara yang boleh dilihat dalam memastikan perlaksanaan perkhidmatan guru
yang cemerlang ialah :

1. Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan
amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang

2. Mempertingkatkan Profesionalisme

3. Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan
Kreatif

4. Mahir Menggunakan IT

5. Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak

Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan
amali dalam sesuatu tempoh masa yang Panjang

menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang Guru juga mesti
mengetahuai bertauliah, contonhya Sijil mempunyai pengetahuan yang keadah atau cara
penyampaianPerguruan atau Diploma Pendidikandan Ijazah sarjana muda perguruan
mendalam tentang mata dalam pengajarannya supaya yang diiktiraf oleh kerajaan pelajaran
yang hendak diajarnya. murid-murid dapat memahami Malaysia sebelum dia boleh apa yang
disampaikan olehnya. mengajar di sekolah Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga
mempunyai peranan-peranan lain yang guru haruslah mempunyai diharapkan oleh
masyarakat. Misalnya sahsiah yang baik dan dapat guru diharapkan menjadi pengganti
dihormati serta dicontohi oleh ibubapa, menjadi penasihat dan murid. Sahsiah ini
termasuklah pembimbing di dalam pembentukkan tingkah laku dan sikap yang elok, sahsiah
murid, menjadi kaunselor kepada bersabar, bermurah hati dan murid-murid, menjadi
pengamal dan sentiasa bersifat tenang. penyebar nilai kebudayaan yang elok dan
seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.

Mempertingkatkan Profesionalisme

guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk
mendidik generasi yang akan menerajui negara ini. Guru hendaklah berusaha
melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
Berupaya Membuat Keputusan danMenyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan
Kreatif

guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan
menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam
kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untukmenguasai kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif.

Mahir Menggunakan IT

Ilmu dan kemahiran Sebagai pemangkin, guru IT merubah dunia pembelajaran dalam
teknologi menggunakan teknologi info- umpamanya muncul pembelajaran info-komunikasi
komunikasi bukan hanyamelalui ‘online’. Para guru pada hari yang dikuasai guru untuk
menyampaikan ilmu diini telah bersikap produktif, proaktif dapat digunakan dunia semata-
mata tetapi dan responsive terhadap sebagai pemankin juga untuk meraih perkembangan
kecanggihan kearah kepentingan ilmu akhirat teknologi yang telah banyak menghasilkan
kerana pendidikan berkualiti mengajar anak bangsa kita supaya pendidikan yang hanya
akan dapat dicapai menjadi satu bangsa yang maju. cemerlang dan melalui keseimbangan
dalam berkualiti kedua-dua ilmu tersebut. Penggunaan komputer dalam pendidikan
membawa Penubuhan sekolah bestari yang satu reformasi serta perkembangan baru dalam
berteraskan penggunaan komputer pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam merupakan
salah satu bentuk teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori kurikulum yang
memerlukan pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, profesion keguruan tahu dan
sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan menguasai teknologi maklumat. latihan
guru ( Mok Soon Sang, 1996).

Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak

Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat
membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-
sama pelajar di dalam kelas Melalui pembacaan, guru dapat menambah ilmu pengetahuan
mengenai isu-isu semasa. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan
kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan
dibincangkan dengan pelajar Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin
mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan
akhlak yang terpuji kerana nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran.
Rujukan

• Syed Ismail Syed Mustafa , Ahmad Subki Miskon. ( 2011 ). Pengantar Pendidikan.
Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

• Etika dan profesion perguruan. (t.t & t.p). Dicapai pada 19 Ogos 2011 daripada
http://www.ace.upm.edu.my/~on9notes/NK_ED U3001.pdf

• Etika perguruan. (t.t & t.p). Dicapai pada 19 Ogos 2011 daripada
http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/76 0392/1/

Anda mungkin juga menyukai