Anda di halaman 1dari 96

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/336216797

PENGAMALAN WASIAT WAJIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI


SEMBILAN BERDASARKAN PERUNTUKAN ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM
NEGERI SEMBILAN 2004

Thesis · October 2019

CITATIONS READS

0 4,595

1 author:

Syahir Manaf
Universiti Kebangsaan Malaysia
6 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

PENGAMALAN WASIAT WAJIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN BERDASARKAN PERUNTUKAN ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM NEGERI SEMBILAN 2004
View project

SEJARAH TAMADUN ISLAM View project

All content following this page was uploaded by Syahir Manaf on 13 March 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

24 JUN 2019 MOHAMED SYAHIR BIN ABD MANAF


A158392
ii

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya kesihatan yang
cukup, masa dan kematangan fikiran untuk menyiapkan kajian ini dalam sebegini rupa.
Jutaan terima kasih yang rasanya tidak saya mampu kembali hingga ke akhir hayat saya
kepada penyelia utama Dr. Mohd Zamro Muda atas bantuan yang begitu besar,
bimbingan, teguran dan nasihat yang begitu berguna sepanjang kajian ini.

Banyak data bagi penulisan ini telah diperolehi dari Mahkamah Syariah Negeri
Sembilan. Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai
Mahkamah Syariah Negeri Sembilan khususnya pegawai dari Pegawai Penyelidikan
Muhd Adil Bin Yahaya, dan Pegawai Unit Rekod Fail kerana membantu saya dari segi
penyediaan data kajian kes ini. Tidak lupa juga pegawai-pegawai dari Perpustakaan Tun
Sri Lanang (PTSL), Universiti Kebangsaan Malaysia kerana membenarkan saya
menggunakan perpustakaan PTSL dengan semaksimanya.

Ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada ibu saya Salbiah Bt A Jalil, bapa
saya Abd Manaf Bin Mohamed dan keluarga yang banyak membantu saya di lapangan
dalam memberi bantuan kewangan dan semangat dalam menyiapkan latihan ilmiah ini.
Begitu juga dengan semua rakan-rakan Jabatan Syariah Tahun Tiga yang sanggup
meluangkan masa semata-mata untuk membantu saya menyiapkan kajian ini.
iii

ABSTRAK

Wasiat wajibah adalah pemberian harta pusaka yang diperuntukkan oleh undang-
undang kepada cucu yang yatim yang didinding oleh individu tertentu. Negeri Sembilan
memperuntukkan undang- undang bertulis berkaitan dengan wasiat wajibah dalam
undang-undang mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji berkaitan dengan
konsep wasiat wajibah dalam Islam, mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri
Sembilan berkenaan wasiat wajibah serta menganalisis pemakaian peruntukan
Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 berkaitan wasiat wajibah di
Mahkamah Syariah Negeri Sembilan. Metod kajian ini merujuk kepada kajian
perpustakaan dengan merujuk kepada kitab-kitab mu'tabar dalam pelbagai madhhab
yang merupakan maklumat utama di samping merujuk kepada bahan-bahan bertulis
yang lain seperti makalah-makalah dan statut tertentu yang berkaitan dengan kajian ini.
Selain itu juga pengkaji ada menjalankan temubual mendalam separa struktur yang
melibatkan pegawai yang berkaitan dengan wasiat wajibah ini. Hasil kajian mendapati
bahawa terdapat perbezaan dan persamaan pendapat di antara para fuqaha berkaitan
hukum wasiat wajibah dan pemakaian undang-undang wasiat wajibah di beberapa
negara Islam khususnya dalam menentukan ashab wasiat wajibah, syarat-syaratnya
serta kadar yang sepatutnya diterima. Dari segi pelaksanaan di Negeri Sembilan pula
ialah wasiat wajibah mempunyai kedudukan yang kuat dan diberi keutamaan
berbanding dengan wasiat ikhtiyariyyah dan wasiat yang wajib disisi syarak. Statut juga
tidak menetapkan satu kaedah unluk mengeluarkan kadar wasiat wajibah dari
keseluruhan harta si mati kerana luasnya ruang ijtihad yang boleh digunapakai oleh para
mujtahidin. Selain itu, peruntukan memperundangkan wasiat wajibah adalah undang-
undang yang terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri. Peruntukan Enakmen
Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 berhubung dengan undang-undang wasiat
wajibah perlu dikaji semula agar tidak berlaku kekeliruan pada masa akan datang.
iv

THE PRACTICE OF JUDGMENT OF WAJIBAH WILL TO THE


ENACTMENT OF WILL BY MUSLIM STATE IN 2004 IN
NEGERI SEMBILAN COURT OF ISLAMIC STATES IN
2004 UNTIL 2019

ABSTRACT

Will bequest is a gift from the estate of by law to the wall grandchildren orphaned by
certain individuals. There are several states in Malaysia, especially the State of
Selangor, Negeri Sembilan and the State of Melaka which provide written laws in
relation to Will of Wajibah in their law. The objective of this study is to examine the
concept of Will of Wajibah in Islam, to study the jurisdiction of Negeri Sembilan
Syariah Court on Will of Wajibah and to analyze the application of the 2004 Negeri
Sembilan Islamic Wills Enactment on Will of Wajibah in Negeri Sembilan Syariah
Court. The methodology of this study refers to the study of libraries with reference to
the books of mu’tabar in various schoolar which are the main information as well as
referring to other written materials such as papers and certain statutes related to this
study. In addition, researchers are conducting semi-structured semi-structured
interviews involving employees relating to this Will of Wajibah. The findings show that
there are differences and equality of opinion among the jurists regarding the mandatory
will and the application of statutory wills in some Islamic countries, especially in
determining the obligatory ashab, its terms and the acceptable rates. In terms of
implementation in Negeri Sembilan it is the obligatory will to have a strong position
and be given a priority compared to a ikhtiyariyyah wasiat and a will which is obligatory
on the syarak. The Statute also does not specify a method for issuing the mandatory will
of the whole property of the deceased because of the extent of the ijtihad space
applicable to the mujtahidin. In addition, the provision of the Will of Wajibah is a law
that is located under the jurisdiction of the states. The provisions of the Selangor Islamic
State Will Enactment 1999, Negeri Sembilan 2004 and the State of Malacca 2005 in
relation to the statutory will of the compulsory will need to be reviewed in order to
avoid confusion in the future.
v

KANDUNGAN
Halaman
PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT iv
KANDUNGAN v
JADUAL TRANSLITERASI viii
SENARAI JADUAL x
SENARAI STATUT xi
SENARAI KES xii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang 2
1.3 Penyataan Masalah Kajian 4

1.3.1 Konsep pelaksanaan wasiat wajibah


dalam Islam 5
1.3.2 Bidang kuasa bagi pemakaian wasiat wajibah di
Mahkamah Syariah Negeri Sembilan. 7
1.3.3 Sejauhmanakah pelaksanaan peruntukan Enakmen
Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 di
laksanakan dalam pembahagian wasiat wajibah
di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan. 9

1.4 Persoalan Kajian 9


1.5 Objektif Kajian 10
1.6 Metodologi Kajian 10

1.6.1 Reka bentuk kajian 10


1.6.2 Kaedah pengumpulan data 11
1.6.3 Kaedah analisis data 14
1.6.4 Kesahan kajian 13

1.7 Kajian Lepas 14


vi

1.8 Limitasi Kajian 16


1.9 Kepentingan Kajian 17
1.10 Definisi Operasi Kajian 17

BAB II KONSEP WASIAT WAJIBAH DALAM ISLAM

2.1 Pengenalan 18
2.2 Definisi Wasiat Wajibah 19
2.3 Pandangan Fuqaha’ Tentang Wasiat Wajibah 21
2.4 Golongan Yang Berhak Mendapat Wasiat Wajibah 31
2.5 Syarat Wasiat Wajibah 34
2.6 Kadar Wasiat Wajibah 36
2.7 Hikmah Wasiat Wajibah 38
2.8 Kesimpulan 39

BAB III PERUNTUKKAN WASIAT WAJIBAH DI NEGERI


SEMBILAN

3.1 Pengenalan 40
3.2 Latar Belakang Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri
Sembilan 2004 40
3.3 Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 42
3.4 Bidang kuasa Berkaitan Wasiat Wajibah Menurut
Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 51

3.4.1 Ashab wasiat wajibah 52


3.4.2 Kadar bahagian wasiat wajibah 54
3.4.3 Syarat wasiat wajibah 54

3.5 Analisis Pelaksanaan Peruntukan Wasiat Wajibah


Dalam Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan
2004 Di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 56

3.5.1 Hasil temu bual berkaitan pelaksanaan wasiat


wajibah di Negeri Sembilan 57
vii

3.5.2 Kes berkaitan wasiat wajibah di Negeri Sembilan 63


3.5.3 Kelemahan pelaksanaan wasiat wajibah
di Negeri Sembilan 70

3.6 Kesimpulan 72

BAB IV PENUTUP

4.1 Pengenalan 73
4.2 Hasil Keseluruhan Kajian 73
4.3 Implikasi Kajian 75

4.3.1 Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan


2004 75
4.3.2 Ekonomi orang Islam 75
4.3.3 Mahkamah Syariah Negeri Sembilan. 76

4.4 Cadangan 76
4.5 Kesimpulan 78

RUJUKAN 80

LAMPIRAN
Lampiran A Soalan temubual bersama pegawai penyelidik
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan 83
viii

JADUAL TRANSLITERASI

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

‫ء‬ ’ ‫سأل‬ sa’ala


‫ب‬ b ‫بدل‬ badala
‫ت‬ t ‫متر‬ tamr
‫ث‬ th ‫ثورة‬ thawrah
‫ج‬ j ‫مجال‬ jamal
‫ح‬ h ‫حديث‬ hadith
‫خ‬ kh ‫خالد‬ khalid
‫د‬ d ‫ديوان‬ diwan
‫ذ‬ dh ‫مذهب‬ madhhab
‫ر‬ r ‫رمحن‬ rahman
‫ز‬ z ‫زمزم‬ zamzam
‫س‬ s ‫سراب‬ sarab
‫ش‬ sh ‫مشس‬ shams
‫ص‬ s ‫صرب‬ sabr
‫ض‬ d ‫ضمري‬ damir
‫ط‬ t ‫طاهر‬ tahir
‫ظ‬ z ‫ظهر‬ zuhr
‫ع‬ c
‫عبد‬ c
abd
‫غ‬ gh ‫غيب‬ ghayb
‫ف‬ f ‫فقه‬ fiqh
‫ق‬ q ‫قاضي‬ qadi
‫ك‬ k ‫كأس‬ ka’s
‫ل‬ l ‫لنب‬ laban
‫م‬ m ‫مزمار‬ mizmar
‫ن‬ n ‫نوم‬ nawm
‫هـ‬ h ‫هبط‬ habata
‫و‬ w ‫وصل‬ wasala
‫ي‬ y ‫يسار‬ yasar
ix

Vokal Pendek
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

‫ﹶ‬ A َ‫فَـ َع َل‬ Facala


‫ﹺ‬ I ََ ‫َح ِس‬
‫ب‬ hasiba
‫ﹸ‬ U ََ ِ‫ُكت‬
‫ب‬ kutiba

Vokal Panjang
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal ContohTransliterasi
‫َى‬،َ‫ﹶ ََا‬ A ‫َقضى‬،َ‫كاتب‬ katib, qada
‫َﹺ ََي‬ I ‫كرمي‬ karim
َََ‫ﹸ و‬ U ‫حروف‬ huruf

Diftong
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi
َ‫ﹶ و‬ aw ‫قول‬ qawl
َ‫ﹶ ي‬ ay ‫سيف‬ sayf
َ‫ﹺ َيﹼ‬ i ‫رجعي‬ rajci
ََ‫َﹸ َََوﹼ‬ u ‫عدو‬ c
adu

Pengecualian
1. Huruf Arab ‫( ء‬hamzah) pada awal perkataan ditransliterasikan kepada ‘a’
bukan kepada ’. Contoh: ‫أكبر‬, transliterasi: akbar bukan ’akbar.

2. Huruf Arab ‫( ة‬ta’ marbutah) pada perkataan tanpa ‫( ال‬al) yang bersambung
dengan perkataan lain, ditransliterasi kepada ‘t’. Contohnya: ‫ وزارة التعليم‬,
transliterasi: wizarat al-ta’lim, bukannya wizarah al-ta’lim. Tetapi seandainya
terdapat pada perkataan yang ada ‫( ال‬al) atau pada perkataan tunggal atau pada
perkataan terakhir, ta’ marbutah ditransliterasi kepada h.

Contoh: Transliterasi
1. ‫األهلية‬ ‫املكتبة‬ al-Maktabah al-Ahliyyah
2. ‫قلعة‬ Qalᶜah
3. ‫دارَوهبة‬ Dar Wahbah
x

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

3.1 Kaedah pengiraan wasiat wajibah si mati 64


3.2 Kaedah pengiraan wasiat wajibah 65
3.3 Kaedah pengiraan wasiat wajibah 68
3.4 Pembahagian penerima harta si mati 69
xi

SENARAI STATUT

Akta Wasiat 1959


Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah, 2004
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003
Enakmen 4 Wasiat Orang Islam Negeri Melaka 2005
Enakmen 5 Wasiat Orang Islam Negeri Selangor 1999
Enakmen 4 Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Qanun Wasiyyah (Mesir) 1946
Rang Undang-Undang Wasiat Orang Islam (Wilayah Persekutuan) 2001.
Undang-Undang Keluarga Islam Syria, 1953
xii

SENARAI KES

Mohammad Ramlan Bin Ismail No. 05005-040-1244-2012]


Re Timah Bt Abdullah (Mlj 51)
In The Goods Of Abdullah (2 Kyshe Ecc 8).
1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Wasiat wajibah bermaksud sebahagian daripada harta pusaka datuk atau nenek yang
telah meninggal tersebut diberikan kepada cucu yang telah kematian bapa sebelum
datuk atau nenek tersebut meninggal ataupun ketiga-tiga mereka ini telah meninggal
secara serentak. Wasiat wajibah ini amat berkait rapat dengan pembahagian harta
pusaka. Ini bermakna sekiranya berlaku situasi di atas maka wasiat wajibah perlu
dilaksanakan terlebih dahulu sebelum harta tersebut boleh dibahagi-bahagikan kepada
waris lain mengikut hukum faraid. Setakat ini undang-undang berkaitan peruntukan
wasiat wajibah hanya menetapkan cucu daripada anak lelaki sahaja atau perempuan
yang berhak untuk mewarisi harta datuk atau nenek secara wasiat.

Hukum asal wasiat wajibah adalah harus. Walau bagaimanapun sesuatu hukum
yang harus pada asalnya akan menjadi wajib setelah dikanunkan oleh pemerintah
menjadi undang-undang. Di Negeri Sembilan undang-undang berkaitan wasiat wajibah
telah digubal dan diletakkan di dalam seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri
Sembilan) 2009 yang menyatakan:

27.(1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya
daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati
serentak dengannya , maka cucunya itu berhak kepada satu pertiga daripada
harta pusakanya dan , jika cucu itu diberi kurang daripada satu pertiga ,
2

bahagiannya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang


diperuntukkan dibawah seksyen ini.

Oleh itu, menurut seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan)
2004, kadar wasiat wajibah yang akan diterima oleh cucu hendaklah setakat kadar
dimana ayahnya berhak daripada harta pusaka datuknya sekiranya diandaikan ayahnya
itu meninggal selepas datuknya, dengan syarat wasiat itu tidak melebihi satu pertiga
daripada harta pusaka si mati.

Justeru itu, tujuan penulisan latihan ilmiah ini adalah bertujuan untuk
mengetahui berkenaan Pemakaian wasiat wajibah di Mahkamah Syariah Negeri
Sembilan ini melalui Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004. Oleh itu,
bagi melihat keberkesanan pemakaian amalan wasiat wajibah di Mahkamah Syariah di
Negeri Sembilan, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi
dan keberkesanan pelaksanaan serta prosedur bagi melaksanakan amalan wasiat
wajibah di Mahkamah Syariah di Negeri Sembilan.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pada zaman globalisasi dan urbanisasi ini, masyarakat Islam lebih tertumpu kepada
masalah feqah yang melibatkan masalah gejala sosial seperti isu anak luar nikah, dadah,
hedonisme dan sebagainya. Hal ini mengakibatkan, kurangnya kefahaman mengenai
konsep Wasiat wajibah dan keperluan Wasiat wajibah dalam kalangan masyarakat
Islam yang menghadapi pelbagai masalah dalam hal yang berkaitan dengan pengagihan
harta pusaka yang melibatkan kematian si mati. Hal ini, disebabkan oleh kurangnya
penghebahan mengenai masalah feqah yang melibatkan permasalahan wasiat yang
memerlukan kepada penyelesaian dalam menyelesaikan masalah pemberian harta
pusaka Islam secara adil dan saksama. Jika hal ini tidak diberikan perhatian yang
sewajarnya, maka tidak hairanlah sekiranya masyarakat Islam pada hari ini akan
menagalami kerugian kerana tidak mendapatkan hak yang sewajarnya dalam jangka
atau tempoh masa yang sepatutnya mengenai harta pusaka yang diterima. Pihak waris
dengan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk
melaksanakan pembahagian wasiat sesama mereka tanpa merujuk kepada pihak
3

Mahkamah Syariah. Hal in kerana, terdapat sebahagian masyarakat Islam yang tidak
mengetahui langsung mengenai konsep wasiat yang sebenar yang di amalkan di dalam
Islam.

Wasiat merupakan anugerah Allah s.w.t ke atas umatnya yang termaktub secara
jelas dan nyata di dalam al-Quran yang mengandungi rahmat dan pelbagai hikmah demi
kesejahteraan dan keharmonian umat manusia seluruhnya (Syafini Rahman 2013).
Ekoran dari itu, pada asalnya ia diturunkan sebagai perintah yang mewajibkan berwasiat
kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang terdekat tetapi ia telah dimansuhkan
apabila turunnya ayat mengenai perwarisan. Namun Demikian, unsur-unsur kebaikan
yang terdapat di dalam intipati wasiat tersebut terus dihidupkan dan dikekalkan sebagai
satu amalan bagi orang-orang bertakwa.

Oleh itu, melalui Wasiat wajibah, Islam telah meletakkan keadilan pada
kedudukannya dan menyerlahkan kemurniannya menerusi garis panduan yang
ditetapkan oleh syarak iaitu rukun-rukun dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Ianya
menjadi suatu wasilah dalam usaha untuk memanfaatkan harta ke jalan kebaikan demi
untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t di dunia dan di akhirat.

Oleh itu, bagi mengetahui masalah yang dihadapi masyarakat pada masa kini,
saya telah melakukan kajian ini adalah untuk mengkaji berkaitan dengan konsep wasiat
wajibah dalam Islam, mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri Sembilan
berkenaan wasiat wajibah serta menganalisis pemakaian peruntukan Enakmen Wasiat
Orang Islam Negeri Sembilan 2004 berkaitan wasiat wajibah di Mahkamah Syariah
Negeri Sembilan mengenai keberkesanan pelaksanaan amalan wasiat wajibah di
Mahkamah Syariah Negeri Sembilan. Hal ini, adalah bagi memastikan masyarakat yang
mempunyai masalah dalam harta pusaka dan perwarisan mengetahui bahawa
pembahagian dan penentuan bahagian harta pusaka memerlukan kepada proses yang
tertentu bagi mencapai kata sepakat sekiranya terdapat sebarang unsur yang
mencurigakan atau shiqaq di dalam pengahihan harta pusaka dan wasiat.
4

1.3 PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Wasiat ialah suatu pemberian harta daripada seseorang kepada pihak lain yang akan
berkuatkuasa selepas kematian. Menurut undang-undang wasiat Enakmen Wasiat
Orang Islam Negeri Sembilan 2004 memperuntukan peruntukan dengan menyebut
bahawa tidak boleh melebihi 1/3 dari harta si mati dan tidak boleh dibuat kepada ahli
waris yang berhak mendapat harta pusaka. Dalam membincangkan konsep wasiat, maka
timbul satu istilah yang digunapakai oleh sebahagian ulama dan beberapa negeri di
Malaysia berkaitan wasiat wajibah (Syafini Rahman 2013).

Sebagaimana yang dimaklumi, wasiat merupakan sesuatu pemberian yang


bersifat ikhtiyariyyah kecuali apabila ia berkaitan dengan hak terhadap Allah dan hak
terhadap manusia semasa hayat si mati seperti zakat, haji, kafarah, hutang dan
sebagainya. Walaubagaimanapun, menurut sebahagian ulama’ menyatakan bahawa
terdapat wasiat yang berbentuk wajib bagi mengimbangi sistem perwarisan dalam
Islam.

Hal ini adalah seperti berikut, terdapat permasalahan dalam kalangan cucu yang
kematian bapa atau ibu semasa hayat datuk atau neneknya atau mereka kesemuanya
mati serentak sebelum terbuka warisan daripada orang tua masing-masing (Aidil Yahya
2019). Oleh itu, bagi melihat aspek yang lebih mendalam berkaitan dengan isu
perwarisan secara wasiat wajibah ini adalah perlunya setiap orang khususnya ahli waris
yang mempunyai pengetahuan bagi menghadapi sebarang permasalahan yang timbul
dalam menyelesaikan masalah pemberian harta kepada yang selayaknhya. Oleh hal
yang demikian, setiap lapisan masyarakat perlu memahami konsep dan teori bagi
pelaksanaan Wasiat wajibah semasa proses pebicaraan di jalankan bagi mendapatkan
kata sepakat kepada permasalahan yang timbul selepas kematian si mati dari terus
berpanjangan yang boleh memberi kesan kepada harta pusaka si mati dan hubungan
sesama adik beradik.

Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi melihat kepada konsep pelaksanaan Wasiat
wajibah dalam Islam. Selain itu juga kajian ini dilakukan untuk mengkaji Bidang kuasa
bagi pemakaian wasiat wajibah di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan menurut
5

Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004. Di samping itu juga kajian ini
juga akan menganalisis pemakaian peruntukan wasiat wajibah di Negeri Sembilan
dengan mendapatkan pandangan pegawai Mahkamah Syariah Negeri Sembilan
berkaitan dalam pembahagian Wasiat wajibah di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan.
Oleh itu, permasalahan ini, akan dijelaskan secara terperinci di dalam kajian yang kita
lakukan ini.

1.3.1 Konsep Pelaksanaan Wasiat Wajibah dalam Islam

Permasalahan pertama yang menjadi isu dalam kajian ini adalah para fuqaha
meletakkan hukum yang berbeza mengenai wasiat berdasarkan situasi tertentu.
Bagaimanapun dalam hal ini, keadaan para imam mazhab yang empat tidak melakukan
wasiat wajibah pada zaman masing-masing. Namun hal ini tidak menunjukkan bahawa
wasiat wajibah tidak dibenarkan. Ini kerana, dalam setiap zaman dan tempat ada situasi
yang berbeza yang sesuai dengan ijtihad, istinbat dan maslahat (Arif Abu Ayd 2006).

Pihak pemerintah mempunyai bidang kuasa untuk berijtihad dan mengeluarkan


fatwa tertentu mengenai wasiat wajibah selari dengan kaedah “tidak mudarat
dan tidak memudaratkan” (Hadis al-Hakim. no. 2345).

Amalan dan fatwa di Malaysia hanya mengiktiraf penerima wasiat wajibah


daripada waris yang sahih sahaja, dan menolak waris dhawi arham (Fathullah 2016).
Perbincangan mengenai wasiat wajibah ini bersifat fiqh kontemporari dan tidak semua
fuqaha mempunyai pandangan yang sama mengenai pelaksanaannya maka keadaan ini
membawa kepada perbezaan amalan dan pemakaiannya termasuklah yang berlaku di
Malaysia (Fathullah 2016).

Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 memperuntukkan


berkaitan wasiat untuk orang yang beragama Islam di Negeri Sembilan sahaja. Di dalam
Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 ada menyebutkan hal berkaitan
penetapan wasiat wajibah kepada cucu di dalam Seksyen 27. Seksyen 27 bekues kepada
cucu memperuntukkan:
6

(1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada
anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak
dengannya, maka cucunya itu berhak kepada satu pertiga daripada harta
pusakanya dan, jika cucu itu diberi kurang daripada satu pertiga, bahagiannya
hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan
di bawah seksyen ini.

(2) Kadar wasiat wajibah cucu hendaklah setakat kadar bahagian ayahnya dalam
harta pusaka datuknya yang mati, dengan andaian bahawa ayahnya itu mati
selepas kematian datuknya:

Dengan syarat bahawa wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada harta
pusaka si mati.

(3) Cucu itu tidak berhak kepada bekues jika dia telah mewarisi daripada datuk
atau neneknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau jika datuk atau
neneknya semasa hayatnya dan tanpa menerima apa-apa balasan, telah membuat
wasiat kepada mereka atau telah memberi mereka harta yang bersamaan dengan
apa yang mereka berhak untuk menerima menurut wasiat wajibah:

Dengan syarat bahawa jika wasiat itu kurang daripada apa yang dia sepatutnya
berhak menerima, haknya hendaklah ditambah sewajarnya dan jika wasiat itu
melebihi apa yang dia sepatutnya berhak menerima, bahagian yang lebih itu
hendaklah menjadi wasiat suka rela yang tertakluk kepada persetujuan waris-
waris.

Manakala bagi negeri-negeri lain di Malaysia selain Selangor, Negeri Sembilan


dan Melaka, rujukan ke atas penguatkuasaan wasiat hanya berdasarkan peruntukan am
dalam Akta atau Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam atau Enakmen atau
Ordinan Mahkamah Syariah masing-masing. Dengan demikian, orang Islam boleh ke
Mahkamah Syariah untuk membuat tuntutan pengesahan wasiat atau menuntut hak
wasiat wajibah melalui saman berserta dengan penyata tuntutan. Kes boleh difailkan
sama ada di Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah mengikut
7

bidang kuasa mahkamah berkenaan. pembuktian di Mahkamah Syariah sama seperti


perbicaraan kes-kes yang lain sama ada melalui keterangan para saksi atau dokumen
dan sebagainya yang boleh memuaskan hati Hakim Syarie untuk menentukan kesahihan
sesuatu wasiat atau kelayakan seseorang waris.

Selain itu, definisi yang diberikan oleh pakar mengenai wasiat wajibah
mengandungi dua unsur, iaitu:

a) Tidak memerlukan kerelaan mahupun pernyataan daripada si mati untuk


memberikan wasiat kepada saudara mara. Dengan demikian, walaupun mereka
yang meninggal tidak berwasiat, namun tetap dianggap sebagai wasiat.
b) Hakim bertindak sebagai pewasiat untuk membahagikan maksimum satu
pertiga harta si mati untuk diberikan saudara mara yang terhalang untuk
mendapatkan harta pusaka (Zakiul Fuady Muhammad Daud & Raihanah Hj.
Azahari 2018).

Sesetengah ulama bersetuju dan mewajibkan wasiat wajibah, tetapi ada juga
yang tidak bersetuju dan menganggap bahawa wasiat wajibah hukumnya sunnah,
bahkan tidak boleh diamalkan (Suparman Usman & Yusuf Somawinata 1997). Namun
demikian, jumhur ulama bersepakat bahawa hukum berwasiat kepada saudara mara
yang tidak menerima harta pusaka adalah sunnah. Adapun hujah yang diguna pakai oleh
jumhur ulama adalah pertama ialah lafaz kutiba dalam ayat 180 surah al-Baqarah sudah
dinasakhkan oleh ayat-ayat mawārith yang menerangkan bahagian ahli waris masing-
masing seperti ibu bapa, dan saudara mara dengan ketentuan yang sudah pasti (Khairani
2012).Oleh itu, melalui permasalahan di atas kajian ini bagi mengenal pasti konsep
pelaksanaan wasiat wajibah dalam Islam dari aspek konsep, syarat, kaedah dan
sebagainya.

1.3.2 Bidang Kuasa Bagi Pemakaian Wasiat Wajibah di Mahkamah Syariah


Negeri Sembilan

Di Malaysia, sehingga ke hari ini tiada peruntukan khusus berhubung dengan wasiat
wajibah kecuali di Selangor pada tahun 1999, Negeri Sembilan pada tahun 2004 dan
Melaka pada tahun 2005 (Fathullah 2016). Peruntukan undang-undang tersebut tidak
8

menyatakan dengan jelas mengenai aspek prosedur sama ada benefisiari perlu membuat
permohonan khusus berkaitan haknya dalam wasiat wajibah di Mahkamah Syariah atau
cukup sekadar pihak berkaitan memasukkan hak mereka dalam pembahagian pusaka
atau dalam pengeluaran sijil faraid. Di samping itu juga, pihak berkuasa agama
mempunyai bidang kuasa untuk menggariskan kaedah-kaedah pembahagian
berdasarkan Seksyen 29 dalam ketiga-tiga enakmen tersebut (Nasrul Hisyam 2012).

Walaupun negeri-negeri ini tidak mempunyai statut khusus mengenai wasiat


dan Wasiat wajibah, penguatkuasaan hak mengenai Wasiat wajibah masih boleh
dituntut apabila terdapat negeri yang mengeluarkan fatwa yang mengesah dan
menyokong Wasiat wajibah. Misalnya keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Islam (MJFK), Negeri Sembilan,
Johor, Perak (Kamaruddin Adam 2015).

Dalam pentadbiran wasiat di Malaysia, orang Islam perlu berurusan dengan dua
sistem mahkamah berkaitan dengan wasiat iaitu pertamanya melalui Mahkamah
Syariah untuk menentukan kesahan sesuatu wasiat, kedua melalui Mahkamah Tinggi
Sivil untuk mendapatkan surat pentadbiran dan probet. Penyeragaman fatwa akan
memberi kesatuan pandangan dan pelaksanaan. Ini akan menjadikan pentadbiran hal
ehwal mengenai wasiat dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama, serta memastikan
kemaslahatan sumber ekonomi dan kebajikan umat Islam berjalan lancar (Fatullah
2016).

Oleh itu, dapat disimpulkan di sini permasalahan mengenai prosedur dan Bidang
kuasa bagi pemakaian wasiat wajibah di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan perlu di
kaji dan dilihat bagi pengkaji mengetahui Bidang kuasa yang sebenar yang digunakan
oleh Mahkamah Syariah Negeri Sembilan dalam menyelesaikan masalah berkaitan
wasiat wajibah ini.
9

1.3.3 Sejauhmanakah Pelaksanaan Peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam


(Negeri Sembilan) 2004 di Laksanakan dalam Pembahagian Wasiat
Wajibah di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan

Perkara yang menjadi permasalahan dalam subtopik ini ialah berkaitan tentang
pelaksanaan undang-undang wasiat bagi orang-orang Islam di Malaysia adalah tidak
seragam. Hanya negeri-negeri tertentu sahaja seperti Selangor, Melaka dan Negeri
Sembilan yang mempunyai Enakmen mengenai wasiat orang-orang Islam. Namun
begitu, hanya sedikit sahaja peruntukan yang ditulis berkaitan wasiat kepada waris,
sedangkan wasiat kepada ahli waris ini perlu diberi ruang yang lebih luas kerana ianya
amat perlu dalam menghadapi situasi dan isu-isu yang berlaku di negara khususnya di
Negeri Sembilan. Selain daripada Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Negeri
Melaka mereka tidak mempunyai peruntukkan Enakmen mengenai wasiat orang Islam
dan ianya hanya menggunapakai pendapat mazhab tertentu tetapi tidak diraqninkan dan
diselaraskan di setiap negeri (Nur Syafini 2017).

Justeru itu, satu kajian yang menyeluruh perlu diadakan bagi mengkaji
sejauhmanakah pelaksanaan peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri
Sembilan) 2004 di laksanakan dalam pembahagian wasiat wajibah di Mahkamah
Syariah Negeri Sembilan. Hal ini dengan melihat kepada hasil temubual yang perlu
dilakukan oleh pengkaji terhadap pegawai penyelidik Mahkamah Syariah.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Terdapat beberapa persoalan yang timbul daripada pelaksanaan pemakaian wasiat


wajibah di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan iaitu:

i. Apakah konsep pelaksanaan Wasiat wajibah di dalam Islam?


ii. Apakah Bidang kuasa bagi pemakaian Wasiat wajibah di Mahkamah Syariah
Negeri Sembilan?
iii. Sejauhmanakah pelaksanaan peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri
Sembilan) 2004 di laksanakan dalam pembahagian wasiat wajibah di
Mahkamah Syariah Negeri Sembilan?
10

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif yang utama iaitu:

i. Mengenal pasti mengenai konsep pelaksanaan Wasiat wajibah dalam Islam.


ii. Mengkaji Bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri Sembilan.berkaitan dengan
Wasiat wajibah.
iii. Menganalisis pemakaian peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri
Sembilan) 2004 berkaitan pembahagian Wasiat wajibah di Mahkamah Syariah
Negeri Sembilan.

1.6 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan suatu skop yang penting bagi sesebuah kajian penulisan.
Hal ini bagi memastikan pengkaji medapat keputusan ataupun hasil dapatan kajian yang
benar-benar tepat dengan mengunakan kaedah-kaedah yang tertentu. Oleh itu, antara
kaedah yang digunakan ialah melalui melihat kepada reka bentuk kajian, kaedah
pengumpulan data, dan melihat kepada kaedah analisis data.

1.6.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan perkara yang paling penting dalam penulisan sesebuah
kajian. Pemilihan reka bentuk kajian perlu dibuat dengan tepat berdasarkan subjek yang
ingin dikaji. Kajian ini dijalankan sepenuhnya menggunakan reka bentuk kajian kes.
Kajian kes merupakan sejenis kajian untuk mengkaji dan mejelaskan satu kelompok
yang kecil secara mendalam (Marican 2006). Secara umum, kajian kes memberikan
penjelasan mendalam secara deskriptif dan penghuraian satu unit yang tertentu. Kajian
kes bagi kajian ini dijalankan terhadap pelaksanaan wasiat wajibah di Mahkamah
Syariah Negeri Sembilan. Kajian ini telah mengenal pasti berkenaan pelaksanaan dan
keberkesanan wasiat wajibah di Mahkamah Syariah di Negeri Sembilan.

Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes yang mengkaji dokumen-dokumen
berkaitan pelaksanan dalam prosedur proses pelaksanaan wasiat wajibah yang pernah
11

dibincangkan oleh ulama-ulama klasik dan kontemporari serta sarjana-sarjana Barat.


Dokumen-dokumen ini berbentuk kitab-kitab muktabar yang dikarang oleh ulama
terkemuka dalam Bahasa Arab. Kitab-kitab ini membincangkan beberapa perkaitan
berkenaan definisi dan konsep pelaksanaan wasiat wajibah. Selain itu, kajian ini juga
mengkaji dokumen berbentuk artikel-artikel dan jurnal para sarjana yang
membincangkan berkenaan proses permohonan wasiat wajibah berdasarkan kepada
pengalaman negeri-negeri yang pernah melaksanakan khususnya Negeri Sembilan.

Kajian ini juga menggunakan dokumen perundangan Malaysia Iaitu Akta Dan
Enakmen Syariah kerana sesetengah perbincangan adalah berkaitan Enakmen Negeri di
Malaysia, iaitu Enakmen 4 Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004. Akta Wasiat
1959, Perlembagaan Persekutuan.

Selain daripada buku-buku tempatan, terdapat juga beberapa dokumen yang


tidak diterbitkan dalam bentuk buku juga digunakan sebagai rujukan kajian ini.
Contohnya, kertas kerja persidangan yang dihadiri oleh pengkaji dan dokumen yang
berbentuk format PDF. Selain itu, kajian ini juga merujuk laman sesawang yang di
iktiraf sebagai bahan yang boleh diterima kesasihannya.

1.6.2 Kaedah Pengumpulan Data

Pengumpulan data kajian ini adalah instrumen temu bual mendalam separa struktur
yang melibatkan pegawai penyelidik mahkamah Syariah Negeri Sembilan. Item–item
soalan dibina berdasarkan tinjauan literatur yang diambil sama ada daripada kitab, buku,
jurnal dan sebagainya. Bagi menjalankan kajian ini, data-data dikumpulkan berdasarkan
kaedah seperti berikut:

a. Analisis dokumen

Kajian ini merujuk artikel, jurnal dan buku-buku yang telah ditulis oleh sarjana bagi
mendapatkan maklumat berkaitan subjek kajian. Data-data yang diperoleh daripada
bahan-bahan bacaan ini kemudiannya dikonstruk atau dikumpul dengan cara
merekodkan perkataan-perkataan yang penting untuk pembinaan tema. Pembinaan
12

tema ini penting bagi memastikan kerangka tesis yang dihasilkan menepati objektif
kajian.

Selain itu, Akta dan Enakmen ini dirujuk bagi mengetahui proses-proses yang
berkaitan dengan subjek kajian iaitu berkaitan proses dan keadaan wasiat wajibah itu
dibenarkan. Oleh itu, melalui penelitian yang dilakukan ini memudahkan saya untuk
mengetahui tahap pelaksanaan dan keberkesanan amalan wasiat wajibah di Mahkamah
Syariah Negeri Sembilan semasa proses tuntutan wasiat wajibah sedang berjalan di
Mahkamah Syariah.

b. Temu bual

Kajian ini dijalankan secara bersemuka dengan individu yang terlibat menggunakan
kaedah temu bual mendalam separa struktur yang melibatkan pegawai penyelidik
Mahkamah Syariah Negeri Sembilan. Mengikut format kaedah temu bual separa
struktur yang digariskan oleh (Chua 2011), pengkaji bertanyakan sebilangan soalan
formal yang telah dibina sebelum sesi temu bual dijalankan. Namun pengkaji juga diberi
kebebasan untuk menyoal dengan lebih mendalam tentang jawapan partisipan kepada
soalan formal yang telah ditanya.

Dalam kajian ini, pengkaji telah membina soalan berdasarkan objektif utama
kajian kemudiannya membincangkan soalan-soalan tersebut bersama penyelia sebelum
disoal kepada partisipan. Ini bagi memastikan soalan-soalan tersebut jelas dan mampu
mencapai tujuan diadakan temu bual untuk memperoleh maklumat-maklumat yang
diperlukan dalam kajian.

Sebelum mengadakan sesi temu bual, ada beberapa prosedur yang perlu diikuti.
Pada peringkat permulaannya, pengkaji telah menghantar surat kepada pegawai
penyelidik Mahkamah Syariah Negeri Sembilan untuk mengadakan temubual.
Seterusnya, pengkaji telah menelefon pihak-pihak yang berkaitan untuk mengadakan
temu bual kepada mereka. Kemudian sesi temu bual telah dilakukan pada tarikh dan
masa yang telah ditetapkan.
13

1.6.3 Kaedah Analisis Data

Setelah mendapat data-data melalui kaedah pengumpulan data berdasarkan kaedah


analisa kandungan dan temu bual separa struktur, pengkaji akan mengunakan kaedah
tematik dan kaedah deskriptif untuk menganalisis kajian.

a. Kaedah tematik

Terdapat beberapa proses untuk menganalisis data kualitatif. Pada peringkat


permulaannya, pengkaji mendengar rakaman audio temu bual yang dijalankan
berulang-ulang kali satu persatu. Setiap data yang dikumpulkan daripada partisipan
kajian transkripsikan berdasarkan hasil temu bual. Pengkaji kemudiannya membaca
keseluruhan transkrip untuk mendapatkan idea umum berkaitan perkara yang dikaji.
Seterusnya, data-data tersebut direkodkan dan disusun untuk pembinaan tema yang
sesuai dengan tajuk kajian. Tema-tema yang dihasilkan berhubung kait antara satu sama
lain bagi mebentuk domain. Proses pengekodan ini dinamakan sebagai pengekodan
induktif (Chua 2012). Hubungkait antara tema tersebut membantu pengkaji untuk
memahami subjek kajian dengan baik. Akhirnya, laporan kajian ditulis berdasarkan
objektif Kajian.

b. Kaedah deskriptif

Kajian ini cuba menjawab persoalan “apakah yang dimaksudkan dengan waisat
wajibah” dengan membincangkan secara terperinci konsep dan teori amalan wasiat
wajibah tersebut, seterusnya menjawab persoalan keberkesanan pelaksanaan amalan
wasiat wajibah di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan dengan mengetahui kelemahan
yang diahadapi.

1.6.4 Kesahan Kajian

Kajian ini diterima kualitinya berdasarkan kepada kajian kualitatif yang dilakukan iaitu
melalui pengalaman manusia yang pernah melalui situasi tersebut ditemubual bagi
memberikan jawapan yang diingini dengan tepat dan berkesan. Oleh itu, bagi
14

mendapatkan kebenaran daripada pengalaman, orang yang ditemubual, pengkaji perlu


menemubual seseorang bagi mendapatkan jawapan. Hal ini akan menjadikan keesahan
kajian atau kebolehpercayaan kajian adalah tinggi walaupun masa dan tempat temubual
itu adalah berbeza.

1.7 KAJIAN LEPAS

Sejumlah bahan dan dokumen bertulis berkaitan dengan konsep wasiat dan wasiat
wajibah telah ditulis untuk mendapatkan gambaran umum berhubung dengan perkara
tersebut. Walau bagaimanapun, hampir kesemua kajian yang telah ada hanya
menyentuh berkenaan dengan rukun dan syarat wasiat secara umum termasuklah wasiat
wajibah. Ketandusan kajian mengenai wasiat wajibah secara spesifik mungkin
disebabkan oleh pemakaiannya tidak meluas di dalam Islam khususnya di negeri-negeri
di Malaysia. Hanya beberapa negeri sahaja yang telah memperuntukkan dan
melaksanakan undang-undang wasiat dan wasiat wajibah di dalam perundangan
mereka.

Terdapat beberapa kajian lepas yang membincangkan berkaitan wasiat dan


wasiat wajibah. Antaranya adalah kajian jurnal oleh Muhammad Fathullah Al Haq
Muhamad Asnii dan Jasni Sulong, 2016 yang bertajuk Fatwa Berhubung wasiat
wajibah dan Keseragaman Peruntukannya Dalam Fatwa Negeri-Negeri Di Malaysia,
Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 5. No.1. Jurnal ini memberi
penjelasan berkaitan konsep wasiat wajibah, definisi, pandangan para ulama berhubung
isu wasiat wajibah, undang-undang dan fatwa mengenai wasiat wajibah di negara-
negara Islam, langkah penyeragaman fatwa mengenai wasiat wajibah di Malaysia,
Tetapi penjelasan mengenai wasiat wajibah tidak secara terperinci pada setiap skop
negeri yang mengamalkan peruntukkan wasiat di negeri mereka. Penulis jurnal ini
hanya memberi penjelasan berkaitan dengan wasiat wajibah secara gambaran kasar
sahaja serta berbentuk umum.

Seterusnya kajian oleh Nurul Syafini Binti Abd Rahman, Noor Syahida bt Abdul
Rahman, Nur Zulfah bt Md Abdul Salam, Norhayati Abd Ghani, Hasliza Talib, 2017
yang bertajuk Pemakaian Konsep Wasiat wajibah DiMalaysia, Bangi: Kolej Universiti
15

Islam Antarabangsa Selangor. Perbincangan mengenai wasiat wajibah di dalam artikel


jurnal ini hanyalah berbentuk umum dan sekadar menyentuh teori-teorinya sahaja.
Ianya juga tidak diperluaskan sehingga ke bidang yang lebih terperinci mengenainya
khususnya berkaitan wasiat wajibah di Negeri Sembilan. Di antara kandungan artikel
jurnal ini iaitu mengenai definisi, syarat-syarat, peruntukan wasiat wajibah di Malaysia,
fatwa berkaitan wasiat wajibah di Malaysia, kadar yang diperuntukkan, serta cara-cara
untuk mengeluarkannya. Penulis juga banyak menggunakan dan menumpukan kepada
konsep dan peruntukkan yang terdapat di dalam perundangan Selangor melalui
Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999.

Seterusnya kajian disertasi oleh Mohd Syukri b. Jusuh, 2004, Undang-undang


dan pelaksanaan Wasiat wajibah di beberapa negara Islam, disertasi Sarjana Pengajian
Islam, Bangi: Universiti Kebangsaanm Malaysia. Dalam penulisan beliau, satu kajian
perbandingan berkaitan konsep wasiat wajibah di dalam undang-undang di beberapa
negara Islam telah dijalankan. Tetapi kajian berkaitan pandangan fuqaha pada setiap
intipati-intipati wasiat wajibah contohnya pandangan fuqaha’berkaitan setiap
peruntukkan yang telah ditetapkan di beberapa negara Islam dan Negeri-negeri di
Malaysia tidak dibincangkan secara terperinci.

Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 (No.4, 1999), Enakmen
Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 (No,4 2004) dan Enakmen Wasiat Orang
Islam (Negeri Melaka) 2005 (N0.4, 2005). Jika Seseorang mati tanpa membuat apa-apa
wasiat kepada cucu daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya
atau mati serentak dengannya, maka cucu itu hendaklah berhak terhadap 1/3 wasiat, dan
sekiranya cucu itu diberi dengan kadar yang kurang dari 1/3, haknya hendaklah
disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen
ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama


Islam Malaysia kali ke 83 yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 telah
membincangkan mengenai hukum pelaksanaan wasiat wajibah. Muzakarah
menegaskan bahawa Islam amat menitik beratkan kebajikan dan kesempurnaan hidup
umatnya, terutamanya anak-anak yang kehilangan ahli keluarga mereka. Oleh itu,
16

muzakarah berpandangan bahawa dalam melaksanakan wasiat wajibah adalah harus


mengambil pandangan yang menyatakan bahawa berwasiat kepada ahli-ahli waris
(seperti cucu) yang tidak mendapat pusaka disebabkan halangan-halangan tertentu
adalah merupakan suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan. Warta Kerajaan Negeri
Selangor bertarikh 6 Januari 2011, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Selangor) 2003, fatwa di bawah seksyen 47, juga menyatakan berkaitan hukum
pelaksanaan wasiat wajibah.

Kebanyakan buku-buku, statut-statut serta bahan-bahan bertulis di atas


membincangkan menegenai wasiat termasuklah wasiat wajibah secara umum sahaja.
Perbincangan mengenai konsep dan teori tidak secara terperinci dan menyeluruh bagi
Negeri Sembilan. Peruntukkan dan Bidang kuasa yang digunapakai di Mahkamah
Syariah Negeri Sembilan juga tidak dibahaskan secara mendalam. Oleh yang demikian,
wajar satu kajian dilakukan untuk menyusun dasar, prosedur dan bidang kuasa. Selain
itu melihat kepada pelaksanaan peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri
Sembilan) 2004 dalam pembahagian Wasiat wajibah di Mahkamah Syariah Negeri
Sembilan. Sejauhmanakah penerimaan dan kesesuaianya di dalam perundangan Islam
dalam menjaga kemaslahatan juga keadilan kepada waris-waris si mati.

1.8 LIMITASI KAJIAN

Kajian ini dibataskan kepada beberapa perkara berikut:

i. Batasan bidang kajian

Memfokuskan kajian terhadap konsep dan kaedah pelaksanaan berkaitan


pengamalan Wasiat wajibah dalam Islam dan di Mahkamah Syariah
Negeri Sembilan dari tahun 2004 sehingga 2019.

ii. Batasan lokasi kajian

Penulis akan mengkaji pemakaian konsep wasiat wajibah di Mahkamah


Syariah Negeri Sembilan yang telah mengkanunkan dan melaksanakan
17

wasiat wajibah di dalam perundangan Islam mereka dari tahun 2004


sehingga 2019.

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemakaian undang-undang wasiat wajibah secara
khusus di Negeri Sembilan di bawah Mahkamah Syariah Negeri Sembilan serta
bagaimana wasiat wajibah itu dijalankan dan keberkesanannya kepada masyarakat di
Mahkamah Syariah Negeri Sembilan.

1.10 DEFINISI OPERASI KAJIAN

Wasiat: Pemberian hak milik secara percuma kepada penerimanya oleh seseorang dan
pemberian berkenaan akan berkuatkuasa setelah pemberinya meninggal dunia.

Wasiat wajibah: Harta yang telah diperuntukkan oleh undang-undang kepada cucu
yang telah kematian bapa atau ibunya semasa hayat datuk atau neneknya atau mereka
kesemuanya mati serentak sebelum terbuka warisan daripada orang tua masing-masing,
sedangkan kemungkinan orang tua tersebut (datuk atau nenek kepada cucu berkenaan)
ada meninggalkan bahagian harta kepada anak-anak mereka yang lain yang merupakan
bapa saudara atau ibu saudara kepada cucu berkenaan. Maka dengan kewujudan
mereka, menyebabkan cucu yang kematian bapa atau ibu terhalang daripada mendapat
harta peninggalan datuk atau neneknya. Harta tersebut dibataskan daripada kadar 1/3
wasiat yang dibenarkan (Abu Zahrah, Muhammad 1988)

Mahkamah Syariah: Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang


membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan
jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya.
18

BAB II

KONSEP WASIAT WAJIBAH DALAM ISLAM

2.1 PENGENALAN

Wasiat wajibah bermaksud sebahagian daripada harta pusaka datuk atau nenek yang
telah meninggal tersebut diberikan kepada cucu yang telah kematian bapa sebelum
datuk atau nenek tersebut meninggal ataupun ketiga-tiga mereka ini telah meninggal
secara serentak. Wasiat wajibah ini amat berkait rapat dengan pembahagian harta
pusaka ( Aidil Yahya 2019 ). Ini bermakna sekiranya berlaku situasi di atas maka wasiat
wajibah perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum harta tersebut boleh dibahagi-
bahagikan kepada waris lain mengikut hukum faraid. Setakat ini undang-undang
berkaitan peruntukan wasiat wajibah di Malaysia hanya menetapkan cucu daripada anak
lelaki sahaja atau perempuan yang berhak untuk mewarisi harta datuk atau nenek secara
wasiat.

Hukum asal wasiat wajibah adalah harus. Walau bagaimanapun sesuatu hukum
yang harus pada asalnya akan menjadi wajib setelah dikanunkan oleh pemerintah
menjadi undang-undang. Di Negeri Sembilan undang-undang berkaitan wasiat wajibah
telah digubal dan diletakkan di dalam seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri
Sembilan) 2009 yang menyatakan:

27.(1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya
daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati
serentak dengannya, maka cucunya itu berhak kepada satu pertiga daripada
harta pusakanya dan, jika cucu itu diberi kurang daripada satu pertiga,
19

bahagiannya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang


diperuntukkan dibawah seksyen ini.

Oleh itu, menurut seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan)
2004, kadar wasiat wajibah yang akan diterima oleh cucu hendaklah setakat kadar
dimana ayahnya berhak daripada harta pusaka datuknya sekiranya diandaikan ayahnya
itu meninggal selepas datuknya, dengan syarat wasiat itu tidak melebihi satu pertiga
daripada harta pusaka si mati.

Justeru itu, tujuan penulisan latihan ilmiah ini adalah bertujuan untuk
mengetahui berkenaan pemakaian wasiat wajibah di Mahkamah Syariah Negeri
Sembilan ini melalui Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004. Oleh itu,
bagi melihat keberkesanan pemakaian amalan wasiat wajibah di Mahkamah Syariah di
Negeri Sembilan, kajian ini dilakukan bagi mengkaji pelaksanaan amalan wasiat
wajibah di Mahkamah Syariah di Negeri Sembilan melalui peruntukkan-peruntukkan
yang di berikan di bawah Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 di
samping itu juga di bab ini pengkaji akan menekankan objektif pertama kajian iaitu bagi
mengenalpasti konsep wasiat wajibah dalam Islam dengan menekankan beberapa
pandangan para fuqaha berkaitan wasiat wajibah ini.

2.2 DEFINISI WASIAT WAJIBAH

Pengkaji akan menghalusi terlebih dahulu asal usul pengharusan wasiat wajibah ini
menurut hukum syarak dan kedudukannya di sisi syarak itu sendiri sebelum pengkaji
mengulas lanjut berkaitan wasiat wajibah ini. Pengarang Kitab “al-Mufashshi”
mendefinisikan wasiat wajibah sebagai sebahagian daripada harta peninggalan yang
diperuntukkan oleh undang-undang untuk anak-anak yang kematian ibu atau bapa
sebelum datuk atau nenek atau mereka meninggal serentak dan anak-anak tersebut tidak
mendapat bahagian daripada harta peninggalan datuk atau nenek mereka kerana
didinding (dihijab) oleh bapa atau ibu saudara mereka (Muhammad Bashir 1996).
Justeru itu, diberi kepada mereka dengan kadar dan syarat-syarat tertentu sebagai wasiat
dan bukannya sebagai pusaka.
20

Manakala satu lagi maksud berdasarkan pegawai Mahkamah Syariah Negeri


Sembilan menyatakan wasiat wajibah adalah pemberian harta pusaka yang
diperuntukkan oleh undang-undang kepada cucu yang yatim yang didinding oleh
individu tertentu. Terdapat beberapa negara Islam seperti Mesir, Syria, Tunisia dan
Malaysia khususnya Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Melaka yang
memperuntukkan undang-undang bertulis berkaitan dengan wasiat wajibah dalam
undang-undang mereka. (Aidil Yahya 2019).

Untuk memahami wasiat wajibah dengan lebih jelas, pengkaji telah


meringkaskan wasiat wajibah melalui pembuatan rajah bagi memudahkan pembaca
memahami dimanakah kedudukan sebenar yang dimaksudka oleh pengkaji terhadap
penerima wasiat wajibah ini berada dan siapakan waris-waris yang yang dimaksudkan
oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji memaparkan gamabaran melalui rajah seperti berikut:

Abu

Firdaus Amirul Fikri


(mati)

Alif Nazratul Aiman Ain Haziq

Rajah 2.1 Kedudukan ashab wasiat wajibah

Dalam gambar rajah di atas, di dapati bahawa Fikri meninggal dunia lebih
dahulu dari bapanya, Abu. Oleh kerana itu, anak-anak Fikri iaitu Ain dan Haziq
merupakan ashab wasiat wajibah. Ini kerana dalam pembahagian harta pusaka mereka
berdua dihalang oleh bapa saudara mereka yang terdiri daripada Firdaus dan Amirul
dari menerima harta pusaka datuknya, Abu. Justeru itu berkewajipan ke atas datuk
membuat wasiat kepada anak-anak Fikri sejumlah harta yang patut diperolehi oleh Fikri
sekiranya dia masih hidup selepas kematian bapanya, Abu.
21

Oleh itu, melalui definisi yang diberikan dapatlah diketahui bahawa wasiat
wajibah adalah melibatkan cucu lelaki atau cucu perempuan daripada anak lelaki atau
anak perempuan yang telah kematian bapa atau ibu mereka sebelum kematian datuk
dan nenek mereka dan telah terhalang dari menerima harta datuknya melalui faraid
kerana terdinding oleh waris-waris lain.

2.3 PANDANGAN FUQAHA’ TENTANG WASIAT WAJIBAH

Seterusnya dalam perbincangan ini, pengkaji akan membincangkan pula hal yang
berkaitan dengan hukum wasiat wajibah menurut pandangan fuqaha dari aspek
bagaimana keharusan dan kebolehgunaan wasiat wajibah ini terhadap cucu lelaki dan
cucu perempuan yang tidak mendapat sebarang harta dari kematian bapa atau ibunya.
Oleh itu, pengkaji ingin menegaskan bahawa adalah penting kita melihat pandangan
fuqaha sebelum menjatuhkan sesuatu hukum terhadap sesuatu perkara. Secara
umumnya terdapat dua pendapat ulama’ tentang wasiat wajibah ini (Abd Rahman Al-
Adawi 1996) berasaskan kepada firman Allah SWT Surah al-Baqarah, 2,180:

ِ ِ ِ ِ ِ َ ‫ُكتِب‬
َ‫ًّاَعلَى‬
َ ‫َۖحق‬َ َ‫نيَ ِِبل َمعَُروف‬ َ ‫تَإِنَتَـَرَك‬
َ ِ‫َخ ًرياَال َوصيَّةَُلل َوال ََدي ِن ََواألَقـَرب‬ ُ ‫َح َد ُك ُمَال َمو‬
َ ‫ضَرَأ‬
َ ‫اَح‬
َ َ‫َعلَي ُكمَإذ‬ َ
َ‫ني‬ ِ
َ ‫ال ُمتَّق‬
Maksudnya:

Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada
meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum
kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu
kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.

Pendapat pertama menyatakan bahawa wasiat adalah tidak wajib. Pendapat ini
dipegang oleh kesemua Imam yang empat dan golongan Syiah Zaidiyyah. Mereka
berpendapat hukum wasiat kepada selain ahli waris adalah harus sahaja. Ayat berkaitan
kewajipan berwasiat di atas telah dinasakhkan hukumnya setelah diturunkan ayat
mengenai pembahagian pusaka kepada waris. Contoh ayat pusaka adalah sebagaimana
firman Allah SWT di dalam Surah al-Nisa’ (4) ayat 12:
22

َِ ‫َالربُ ُع‬
َ‫َمَّاَتَـَرك َنَ َِۚمنَبـَع ِد ََو ِصيَّ ٍة‬ ُّ ‫نََّلُ َّن ََولَ ٌدََۚفَِإنَ َكا َنَ ََّلُ َّن ََولَ ٌدَفَـلَ ُك ُم‬ َّ ِ‫اج ُكمَإ‬
َّ ‫نََّلَيَ ُك‬ ُ ‫ف ََماَتَـَرَكَأَزَو‬
ِ
ُ ‫َولَ ُكمَنص‬
َ‫َولَ ٌدََۚفَِإنَ َكا َنَلَ ُكم ََولَ ٌدَفَـلَ ُه َّنَالث ُُّم ُن َِمَّاَتَـَركتُمَ َِۚمن‬ ََّ ِ‫َالربُ ُع َِمَّاَتَـَركتُمَإ‬
ََ ‫نََّلَيَ ُكنَلَّ ُكم‬ ُّ ‫ني َِِبَاَأَوَ َدي ٍنَ ََۚوََّلُ َّن‬ ِ
َ ‫يُوص‬
َ‫اح ٍد َِمنـ ُه َما‬
ِ ‫َخَأَوَأُختَفََلِ ُك ِلَو‬
َ ٌ ٌ ‫ثَ َك ََللَ ًةَأَ ِوَامَرأَةٌ ََولَهَُأ‬ ِ َ ‫وصو َن َِِبَاَأَو‬
َ ُ‫َدي ٍنَ ََۗوإنَ َكا َن ََر ُج ٌلَي‬
ُ ‫ور‬ ٍِ ِ
ُ ُ‫بـَعد ََوصيَّةَت‬
ٍ‫ض‬ ِ ٍِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫س ََۚفَِإنَ َكانُواَأَكثَـَر َِمنَ ََٰذل‬
ََۚ‫ار‬ ُ ‫َدي ٍنَ َغ َري‬
َ ‫َم‬ َ ُ‫َشَرَكاءُ َِِفَالثـُّلُثََۚمنَبـَعد ََوصيَّةَي‬
َ ‫وص َٰىَِبَاَأَو‬ ُ ‫كَفَـ ُهم‬ ُ ‫الس ُد‬
ُّ

َ‫يم‬ِ ‫اَّللَعلِيم‬ َِّ ‫و ِصيَّةً َِمن‬


ٌ ‫َحل‬
َ ٌ َ َُّ ‫َاَّللَ ََۗو‬ َ َ

Maksudnya:

Dan bagimu (suami-isteri) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-
isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai
anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya
sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar
hutangnya para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tingalkan jika
kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri
memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi
wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika
seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah
dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu
saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing
dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu
itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah
dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan
tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian
itu sebagai) syari’at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Penyantun.

Pendapat kedua menyatakan bahawa wasiat adalah wajib dan pendapat ini
dipegang oleh Imam Daud Al-Zahiri, Masruq, Tawus, Abas dan Qatadah. Mereka
23

berpendapat wajib berwasiat kepada ibu bapa dan kaum kerabat yang tidak mendapat
bahagian harta pusaka. Malah Ibn Hazm berpendapat bahawa kewajipan itu tidak akan
gugur dengan kematian seseorang, dan kerana itu beban itu berpindah kepada warisnya
atau pentadbir hartanya untuk menyempurnakan tanggungjawab itu menurut kadar yang
berpatutan tanpa menimbulkan kesusahan kepada waris-waris yang ditinggalkan (Abd
Rahman Al-Adawi 1996).

Pendapat kedua ini sebenarnya telah menggabungkan pengertian di antara ayat


wasiat dan ayat pewarisan bagi mewujudkan konsep wasiat wajibah yang selaras
dengan kehendak syarak dan berkesan dilaksanakan kepada kaum keluarga terdekat
yang terlindung daripada bahagian pusaka. Oleh yang demikian, pengkaji
berpandangan bahawa pada asalnya dari sudut perundangan, wasiat wajibah adalah
tidak wajib berasaskan kepada pandangan jumhur fuqaha’. Ini dapat dilihat sebelum
peruntukan ini dimasukkan atau dengan kata lain enakmen ini diwujudkan tiada istilah
wasiat wajibah timbul di kalangan orang Islam di Negara ini.

Pandangan ini bersesuaian dengan pandangan Dr. Mohd Zamro bin Muda di
dalam kertas kerjanya bertajuk wasiat wajibah: Pengenalan Dan Kaedah
Pelaksanaannya yang dibentangkan di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor pada 16
Mei 2008, yang menyatakan:

Pada pandangan penulis, pendapat jumhur fuqaha iaitu golongan pertama adalah
yang paling rajih dan mempunyai hujah yang konkrit di kalangan ketiga-tiga
pendapat di atas setelah dilihat kepada beberapa faktor utama iaitu.

i. Tidak terdapat hadis sahih dan jelas yang menekankan kewajipan


berwasiat kepada golongan tertentu setelah turunnya ayat pusaka yang
khusus menetapkan waris tertentu serta bahagian masing-masing,
bahkan di sana terdapat beberapa hadis yang melarang seseorang itu
berwasiat kepada waris. Selain itu, menurut ulamak usul sesuatu hukum
itu hendaklah berdasarkan kepada nas yang jelas.
24

ii. Dalam perundangan Islam sejak zaman Rasulullah SAW, Khulafa’ al-
Rasyidin dan khalifah-khalifah Islam selepas itu, tidak terdapat
peruntukan hukum yang khusus berhubung kewajipan berwasiat
sebagaimana kewajipan berpuasa, sembahyang, haji dan sebagainya. Di
samping itu, tidak terdapat riwayat yang sahih daripada para sahabat RA
yang mengadakan wasiat di atas dasar satu kewajipan, bahkan
sebahagian besar mereka berwasiat di atas dasar harus demi untuk
menjaga ikatan kekeluargaan.

iii. Jika dilihat dari sudut turutan pensyariatan, ayat wasiat didahulukan
penurunannya bagi menghalang amalan serta adat yang telah dilakukan
oleh masyarakat Jahiliyah dalam pembahagian pusaka. Kemudian
disusuli dengan ayat pusaka yang mengkhususkan ayat wasiat tersebut
berdasarkan konsep al-tadarruj (berperingkat-peringkat). Setelah
berlalunya beberapa waktu, maka pada masa Hajjah al-Wada’ (haji
selamat tinggal) ayat wasiat tersebut dimansukhkan seluruhnya
berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang melarang berwasiat
kepada waris.

Walau bagaimanapun, sesuatu hukum yang harus pada asalnya akan menjadi
wajib setelah diputuskan oleh pemerintah untuk menjaga maslahah umum. Oleh kerana
itu, pada hari ini terdapat beberapa negara Islam telah membuat peruntukan dengan
mengkanunkan undang-undang wasiat wajibah. Antara negara-negara yang berbuat
demikian adalah Mesir dan Syria sepertimana terdapat di dalam Undang-undang Wasiat
Mesir 1946, Perkara 76-79; dan Undang-undang Keluarga Islam Syria 1953, Perkara
257. Begitu juga di Pakistan dalam Undang undang Keluarga Islam Pakistan 1961,
Fasal 4 dan beberapa buah negara lagi yang memperuntukkan undang-undang
mewajibkan wasiat kepada golongan tertentu yang terhalang daripada menerima
pusaka.”

Konsep Wasiat wajibah ini telah diangkat menjadi undang-undang oleh


pemerintah sebahagian negara Islam termasuk negeri ini berteraskan konsep Siyasah
Syariyyah dengan illah maslahah am dan ianya bertepatan dengan hukum syarak.
25

pengkaji merujuk kepada buku siyasah syariyyah dalam pentadbiran dan perundangan,
karangan Dato’ Abdul Monir bin Yacob ( 1996:10) yang menyebutkan:

Menurut Abdul Wahab Khalif, Siyasah Syariyyah ialah mentadbir urusan am


Negara Islam dengan menjamin maslahah ditegakkan dan menolak kemudaratan
dengan tidak melampaui batas-batas syariah dan prinsip-prinsipnya yang am
walaupun tidak sekata dengan pendapat imam-imam mujtahidin.

Menurut pengarang kitab al-bahr, siyasah adalah suatu tindakan dari pemerintah

Oleh itu berdasarkan kepada penerangan yang diberikan oleh penulis buku
tersebut dapat kita ketahui bahawa adalah selari dengan kaedah fiqhiyyah yang berikut
(Abdul Latif Muda 2000):

‫ترصفَاإملامَعىلَالرعيةَمنوطَِبملصلحة‬

Maksudnya:

Tindakan pemerintah ke atas rakyat adalah tertakluk kepada maslahah

Terdapat juga perbahasan berhubung perlaksanaan wasiat wajibah di Malaysia


ini sebagaimana dihujahkan oleh kedua-dua pendapat di atas iaitu satu fatwa berhubung
isu wasiat wajibah ini yang telah dikeluarkan oleh Dato’Setia Di Raja Mufti Negeri
Selangor pada 24 Disember 2010 melalui warta kerajaan Sel. P.U. 5 dan satu pandangan
mufti-mufti negeri-negeri yang diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang
pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan mengenai “Hukum Pelaksanaan
wasiat wajibah” yang mana pandangan muzakarah sebagaimana berikut:

Perlaksanaan wasiat wajibah adalah tertakluk kepada syarat syarat seperti berikut:
26

(i) Anak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan (cucu)
ke bawah adalah layak untuk menerima wasiat wajibah.
(ii) Hendaklah kedua ibu atau bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu
daripada datuk atau nenek atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan
datuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan.
(iii) Cucu lelaki dan perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka
datuk. Sekiranya mereka merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardu
atau ta’sib maka mereka tidak layak untuk mendapat wasiat wajibah walaupun
bahagiannya sedikit berbanding wasiat wajibah.
(iv) Sekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau
bapa atau terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak
mendapat wasiat wajibah daripada harta pusaka datuknya.
(v) Sekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui
hibah, wakaf, wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima
oleh anak lelaki atau anak perempuan mereka sekiranya mereka masih hidup,
cucu tidak lagi berhak untuk mendapat wasiat wajibah. Sekiranya pemberian
tersebut adalah kurang daripada hak yang sepatutnya diterima oleh cucu
daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan, maka hendaklah
disempurnakan bahagian tersebut.
(vi) Anak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia
terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak
melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut
adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah
dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3,
maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah mendapat
persetujuan ahli-ahli warisnya yang lain.
(vii) Pembahagian wasiat wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan
berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang-piutang.
(viii) Pembahagian wasiat wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah
berdasarkan kepada prinsip faraid iaitu seorang anak lelaki menerima
bahagian-bahagian orang perempuan.
27

Jika dilihat secara teliti kedua-dua fatwa dan keputusan Muzakarah adalah
hampir sama cuma dibezakan tarikh pengeluarannya sahaja. Namun kedua-kedua
pandangan tersebut mempunyai sedikit perbezaan berhubung orang yang berhak
menerima wasiat wajibah tersebut iaitu cucu dari anak lelaki (AL) dan anak perempuan
(AP) yang mati dahulu daripada datuknya berbanding Seksyen 27 Enakmen Wasiat
Orang Islam Negeri Sembilan 2004 yang memperuntukkan hanya cucu daripada anak
lelaki (AL) sahaja yang mana peruntukan tersebut adalah seperti berikut:

Seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004

(1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya
daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau
mati serentak dengannya, maka cucunya itu berhak kepada satu pertiga
daripada harta pusakanya dan, jika cucu itu diberi kurang daripada satu
pertiga, bahagiannya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat
wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.

Oleh itu, melalui enakmen wasiat yang telah di kanunkan oleh pemerintah ini
dapatlah kita lihat dengan jelas perbezaan apa yang dikatakan oleh ulama fuqaha dengan
apa yang di amalkan oleh negeri di Malaysia. Oleh itu pengkaji melihat kepada satu
ulasan yang telah diulas (Mohd Zamro Muda & Shukri Jusoh 2008,14) dengan
menyatakan:

Dalam enakmen di atas, dengan jelas menyatakan bahawa wasiat wajibah hanya
dihadkan kepada peringkat cucu (sama ada lelaki atau perempuan) daripada
anak lelaki sahaja (‫ ) أوالد اإلبن‬dan tidak berlaku dengan lebih luas lagi hingga
kepada keturunan yang lebih rendah di sebelah bapa. Selain itu, dapat
difahamkan daripada enakmen tersebut bahawa anak kepada anak perempuan
(‫ )البنت أوالد‬tidak berhak mendapat wasiat wajibah. Penafian terhadap golongan
tersebut mungkin kerana cucu terbabit dianggap sebagai dhawi al-arham yang
tidak berhak mendapat pusaka selagi si mati meninggalkan ashab alfurud dan
para asabah.
28

Oleh itu, hukum wasiat wajibah adalah wajib hanya apabila diperintahkan
melalui undang-undang, maka pengkaji berpandangan apabila berlaku perbezaan di
antara fatwa dan undang-undang sedia ada maka peruntukan undang-undang hendaklah
kekal berkuatkuasa berbanding fatwa itu sendiri. Sekiranya ia adalah satu kesilapan
maka peruntukan undang-undang ini hendaklah dipinda oleh pihak berkuasa utama
negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan (MAINS). Walaupun kandungan dan intipati fatwa dan keputusan Muzakarah
tersebut berbeza dengan undang-undang sedia ada, namun pandangan dan hujjah yang
digunakan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 masih
bersesuaian untuk digunakan sebagai asas kepada penguatkuasaan wasiat wajibah di
Malaysia ini seperti berikut:

Muzakarah menegaskan bahawa Islam amat menitikberatkan kebajikan dan


kesempurnaan hidup umatnya, terutama anak-anak yang kehilangan ahli
keluarga mereka. Oleh itu, Muzakarah berpandangan bahawa dalam
melaksanakan Wasiat wajibah adalah harus mengambil pandangan yang
menyatakan bahawa berwasiat kepada ahli-ahli waris (seperti cucu) yang tidak
mendapat pusaka disebabkan halangan-halangan tertentu adalah merupakan
suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam kes di


mana seorang anak yang bapa atau ibunya mati terlebih dahulu daripada datuk
atau neneknya, anak tersebut iaitu cucu berhak untuk menerima wasiat wajibah
dengan mengambil bahagian faraid bapa atau ibunya pada kadar tidak melebihi
1/3 daripada harta pusaka datuk atau nenek. Sekiranya bahagian ibu atau bapa
adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah
dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3
maka hendaklah dikurangkan pada kadar tidak melebihi 1/3.

Melalui pandangan dan pendapat yang telah di kemukakan di atas dapatlah di


sini pengkaji menyimpulkan beberapa kesimpulan daripada pandangan fuqaha dan
29

muzakarah fatwa yang telah di kemukan ini. Pengkaji membuat anggapan bahawa
kesimpulan yang dihuraikan ini adalah berdasarkan keterangan dan hujah berikut:

i. Majoriti fuqaha’ berpendapat bahawa hukum wasiat adalah sunat dan


umat Islam digalakkan untuk berwasiat kepada ahli-ahli keluarga yang
tidak mendapat pembahagian pusaka dengan kadar tidak melebihi 1/3.

ii. Ibn Hazm al-Zahiri berpendapat bahawa wajib berwasiat kepada kaum
kerabat yang tidak mendapat bahagian harta pusaka. Menurut Ibn Hazm,
penurunan ayat pusaka yang menerangkan hak faraid bagi waris-waris
tidak menasakhkan kewajipan berwasiat bahkan penurunan ayat wasiat
tersebut dikhususkan bagi ahli-ahli waris yang tidak mendapat pusaka
disebabkan oleh halangan-halangan tertentu. Dalam hal ini Ibn Hazm
menegaskan bahawa kewajipan itu tidak akan gugur meskipun selepas
kematian seorang muslim dan menjadi kewajipan kepada waris atau
pentadbir harta untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut
menurut kadar yang berpatutan tanpa menimbulkan kesusahan kepada
waris-waris yang ditinggalkan (al-Razi ,jil 3, hlmn 68).

iii. Wasiat wajibah perlu dilihat dari segi maksud dan hikmah serta
bagaimana pelaksanaannya kerana wasiat wajibah dilihat dapat
mengatasi isu kematian serentak yang berlaku terhadap datuk atau nenek
bersama anak yang masih mempunyai anak-anak (cucu) yang masih
hidup. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24
Oktober 2008)

iv. Dalam sistem pembahagian pusaka Islam, cucu tidak berhak untuk
mewarisi harta pusaka datuk atau nenek disebabkan mereka terdinding
oleh bapa saudara dan ibu saudara. Keadaan ini telah menimbulkan
persoalan tentang kebajikan dan masa depan cucu-cucu ini terutama
sekali sekiranya mereka masih kecil. Lebih memburukkan lagi keadaan
sekiranya ibu bapa mereka meninggal dunia pada usia muda dan tidak
30

meninggalkan harta untuk diwarisi oleh anak-anak bagi meneruskan


kehidupan. ( Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 -
24 Oktober 2008 )

v. Dalam melaksanakan wasiat wajibah, harus mengambil pandangan Ibn


Hazm az-Zahiri demi kepentingan keluarga terutamanya anak-anak yang
menjadi yatim piatu.

vi. Sebahagian negeri tidak mengkanunkan pelaksanaan wasiat wajibah


kerana ia tidak mengikut pandangan Mazhab Syafie. Walau
bagaimanapun, Jawatankuasa meminta supaya negeri-negeri
memfatwakan kerana asas pelaksanaannya adalah maslahah dan
kebajikan insan. Dalam situasi hidup pada hari ini, maslahah ahli-ahli
waris yang dalam keadaan memerlukan tetapi terhalang daripada
mendapat bahagian pusaka, perlu ditentukan mengikut Maqasid
Syariyyah.( Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 -
24 Oktober 2008)

vii. Wasiat wajibah boleh dianggap sebagai badal atau ganti kepada faraid.
Oleh itu, pelaksanaannya juga perlu didahulukan urusan berkaitan
mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang. (Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008)

Kesimpulannya, asas pelaksanaannya wasiat wajibah ini adalah bersandarkan


kepada maslahah dan kebajikan insan. Dalam situasi hidup pada hari ini, maslahah ahli-
ahli waris yang dalam keadaan memerlukan tetapi terhalang daripada mendapat
bahagian pusaka, perlu ditentukan mengikut Maqasid Syariyyah iaitu memelihara
keturunan dan memelihara agama itu sendiri. Imam Al-Ghazali berpendapat di dalam
kitabnya “al Mustasfa”seperti berikut:
31

َ‫قالَاإملامَالغزايلَمقصودَالرشعَمنَاخللقَخمسة‬
َ‫وهوَأنَحيقظَعليهمَدينهم‬
َ‫وحيفظَنفسهم‬
َ‫وحيفظَعقلهم‬
َ‫وحيفظَنسلهم‬
‫وحيفظَماهلم‬

Tujuan pensyariatan hukum syarak ialah untuk:

1. Memelihara agama.
2. Memelihara jiwa.
3. Memelihara akal.
4. Memelihara keturunan.
5. Memelihara harta benda.

Oleh itu, melalui kata-kata imam al-Ghazali di atas dapatlah di simpulkan juga
bahawa wasiat wajibah adalah untuk menjaga kesemua di atas.

2.4 GOLONGAN YANG BERHAK MENDAPAT WASIAT WAJIBAH

Di dalam subtopik ini, perbincangan akan berfokus kepada golongan yang berhak
mendapat wasiat wajibah, pengkaji telah mengemukan sedikit pandangan fuqaha dan
beberapa keputusan muzakarah berkaitan golongan mana yang layak memiliki wasiat
wajibah ini. Oleh itu, di subtopik ini pengkaji akan menghuraikan dengan lebih lagi
terhadap golongan yang berhak mendapat wasiat wajibah menurut pandangan fuqaha,
fatwa dan di sesuaikan dengan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004
yang telah dikanunkan berkaitan wasiat wajibah.

Pada asalnya konsep wasiat wajibah yang dibincangkan oleh para fuqaha’
berdasarkan kepada ayat wasiat hendaklah ditujukan kepada kedua ibu bapa serta kaum
keluarga terdekat yang tidak mendapat bahagian harta pusaka si mati tanpa menetapkan
keluarga dan bilangan tertentu serta kadar yang patut diterima, tetapi ia tertakluk dalam
32

batasan 1/3 harta yang dibenarkan. Namun dalam peruntukkan Undang-undang


Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 telah menjelaskan berkaitan
golongan yang berhak mendapat wasiat wajibah beserta ciri-ciri yang telah
diperuntukkan di dalam seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan
2004 (Bekues kepada cucu) seperti berikut:

(1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada
anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak
dengannya, maka cucunya itu berhak kepada satu pertiga daripada harta
pusakanya dan, jika cucu itu diberi kurang daripada satu pertiga, bahagiannya
hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan
di bawah seksyen ini.

(2) Kadar wasiat wajibah cucu hendaklah setakat kadar bahagian ayahnya dalam
harta pusaka datuknya yang mati, dengan andaian bahawa ayahnya itu mati
selepas kematian datuknya:

Dengan syarat bahawa wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada harta
pusaka si mati.

(3) Cucu itu tidak berhak kepada bekues jika dia telah mewarisi daripada datuk
atau neneknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau jika datuk atau
neneknya semasa hayatnya dan tanpa menerima apa-apa balasan, telah membuat
wasiat kepada mereka atau telah memberi mereka harta yang bersamaan dengan
apa yang mereka berhak untuk menerima menurut wasiat wajibah:

Dengan syarat bahawa jika wasiat itu kurang daripada apa yang dia sepatutnya
berhak menerima, haknya hendaklah ditambah sewajarnya dan jika wasiat itu
melebihi apa yang dia sepatutnya berhak menerima, bahagian yang lebih itu
hendaklah menjadi wasiat suka rela yang tertakluk kepada persetujuan waris-
waris
33

Jika dilihat secara teliti orang yang berhak menerima Wasiat wajibah di dalam
Enakmen Wasiat wajibah adalah cucu dari Anak Lelaki (AL) sahaja yang mati dahulu
daripada datuknya. Manakala cucu dari kalangan Anak Perempuan tidak layak untuk
mendapat Wasiat wajibah.

Selain itu, dapat kita lihat di dalam peruntukkan undang-undang wasiat wajibah
di beberapa negara Islam hanya mengkhususkan kepada perkara Furu ( anak-anak)
sahaja yang kematian ibu bapa sama ada kematian secara hakiki (jelas) atau hukmi
(tidak jelas) yang memerlukan kepada keputusan hakim atau mahkamah seperti hilang
di laut, sesat di hutan, ditawan oleh musuh dan seumpamanya yang dipercayai
kematiannya setelah melihat kepada faktor-faktor tertentu seperti jangka hayat yang
melebihi kebiasaan atau suasana yang kebiasaannya tiada harapan untuk hidup atau
sebagainya.( Undang-undang Wasiat Mesir 1946).

Namun sekiranya seseorang yang telah diputuskan kematiannya secara hukmi


oleh mahkamah kemudian dia muncul semula, maka harta yang diperolehi oleh anak-
anaknya melalui wasiat wajibah hendaklah dikembalikan sekiranya ia masih ada dan
jika harta tersebut telah dibelanjakan atau hilang tidak perlu diganti. Begitu juga
sekiranya ibu bapa serta datuk nenek meninggal dunia bersama- sama tanpa diketahui
siapa yang terlebih dahulu meninggal dunia dan siapa yang terkemudian seperi dalam
kebakaran, tenggelam di laut dan sebagainya. Dalam keadaan ini, waris si mati atau
mahkamah hendaklah memainkan peranan mereka untuk merealisasikan undang-
undang wasiat wajibah tersebut (Undang-undang Wasiat Mesir, 1946).

Oleh demikian, jelaslah bahawa peruntukan di atas hanya menumpukan kepada


skop yang kecil sahaja. Peruntukan Undang-Undang Wasiat Mesir 1946 ini juga
sekaligus mengetepikan konsep ayat wasiat serta pandangan fuqaha' berhubung
kewajipan berwasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat terdekat yang tidak
mendapat bahagian harta pusaka si mati.

Walau bagaimanapun, peruntukan yang dibuat itu sedikit sebanyak berpegang


kepada sebahagian daripada pendapat Ibn Hazm yang mengatakan bahawa kewajipan
berwasiat adalah kewajipan qadar yang mesti dilaksanakan sama ada oleh pewasiat atau
34

pemegang amanah wasiat atau waris dan terakhir oleh kadi atau pemerintah sekalipun
secara paksaan. Sedangkan kebanyakan fuqaha berpendapat bahawa ia adalah
kewajipan diyani yang hanya diwajibkan ke atas diri si mati sahaja Sekiranya ia tidak
dilaksanakan, maka dosa tersebut hanya dikenakan ke atas dirinya sahaja tanpa
melibatkan orang lain. Namun, dalam menentukan cucu-cucu yang berhak, maka
terdapat beberapa perkara yang berlainan antara negara-negara yang mengamalkan
konsep wasiat tersebut wasiat wajibah yang diamalkan di beberapa negara Islam yang
telah menerapkan prinsip-prinsip tertentu. (Shukri Jusoh 2004).

Kesimpulannya, melalui Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan yang


di kanunkan pada tahun 2004 telah mengecilkan skop maksud golongan yang berhak
menerima Wasiat wajibah hanya kepada cucu lelaki dan cucu perempuan dari anak
lelaki sahaja dan menganggap bahawa cucu dari anak perempuan tidak layak untuk
memiliki Wasiat wajibah atas alasan pemerintah bahawa mereka adalah waris dharwi
arham.

2.5 SYARAT-SYARAT WASIAT WAJIBAH

Bagi subtopik ini pengkaji akan menyatakan beberapa syarat yang berkaitan dengan
wasiat wajibah ini. Oleh itu, bagi memastikan sesuatu wasiat wajibah itu dapat di
realisasikan kepada golongan yang diterangkan subtopik sebelum ini iaitu cucu lelaki
dan cucu perempuan kepada anak lelaki, maka terdapat beberapa syarat serta kriteria
yang perlu diambilkira. Secara umumnya, syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut
(Al-Muhalli, Jil 6):

i. Datuk atau nenek mereka tidak pernah meninggalkan sebarang wasiat atau
pemberian secara percuma semasa hayatnya kepada golongan tersebut
menyamai kadar bahagian yang sama dengan wasiat wajibah. Sekiranya
pemberian secara wasiat atau pemberian percuma itu kurang dari kadar 1/3 yang
sepatutnya diperolehi dari wasiat wajibah, maka hendaklah disempurnakan
kadar bahagian tersebut. Dan sekiranya pemberian itu melebihi kadar 1/3 wasiat
wajibah, maka kadar yang lebih itu bergantung kepada keizinan waris yang lain.
35

ii. Mereka tidak mendapat harta pusaka datuk atau nenek mereka, sekiranya
mereka sudah mendapat bahagian pusaka tersebut sama ada secara fardhu atau
ta’sib maka mereka tidak layak menerima wasiat wajibah lagi.
iii. Hendaklah ibu atau bapa mereka meninggal sebelum kematian orang tuanya
(datuk atau nenek) atau mereka mati besama-sama seperti tenggelam di laut,
terbakar atau sebagainya.
iv. Peruntukkan yang diberikan itu hendaklah tidak melebihi satu pertiga (1/3)
daripada harta peninggalan si mati (datuk atau nenek).
v. Berdasarkan kepada syarat-syarat yang dikemukan di atas adalah syarat yang
umum berkaitan Wasiat wajibah yang diberikan oleh Ibn Hazm.

Berdasarkan kepada fatwa Mufti kerajaan Negeri Sembilan pada 27 Ogos 2013
yang tidak diwartakan berkaitan wasiat wajibah ada menyatakan beberapa syarat
berkaitan seperti berikut:

Pelaksanaan wasiat wajibah adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

1. Anak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan (cucu) ke
bawah adalah layak untuk menerima wasiat wajibah.

2. Hendaklah kedua ibu atau bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu
daripada datuk atau nenek atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan
datuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan.

3. Cucu lelaki dan perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk.
Sekiranya mereka merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardu atau ta’sib
maka mereka tidak layak untuk mendapat wasiat wajibah walaupun
bahagiannya sedikit berbanding wasiat wajibah.

4. Sekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau
bapa atau terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak
untuk mendapat wasiat wajibah daripada harta pusaka datuk.
36

5. Sekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui hibah,
wakaf, wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak
lelaki atau anak perempuan mereka sekiranya mereka masih hidup, cucu tidak
lagi berhak untuk mendapat wasiat wajibah. Sekiranya pemberian tersebut
adalah kurang daripada hak yang sepatutnya diterima oleh cucu daripada
bahagian anak lelaki atau anak perempuan. Maka hendaklah disempurnakan
bahagian tersebut.

6. Anak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia
terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak
melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut
adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah
dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3
maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah mendapat
persetujuan ahli-ahli waris yang lain.

7. pembahagian wasiat wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan


berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang.

8. pembahagian wasiat wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan


kepada prinsip faraid iaitu seorang lelaki menerima bahagian 2 orang
perempuan.

Selain itu, Mesyuarat berpandangan bahawa dalam melaksanakan wasiat


wajibah adalah harus mengambil pandangan yang menyatakan bahawa berwasiat
kepada ahli-ahli waris (seperti cucu) yang tidak mendapat pusaka disebabkan halangan-
halangan tertentu adalah merupakan suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan.

2.6 KADAR WASIAT WAJIBAH

Setelah kita mengetahui syarat-syarat berkaitan wasiat wajibah, kita juga perlu
mengetahui berapakah kadar yang dibenarkan di dalam Islam untuk seseorang itu
melaksanakan wasiat wajibah. Oleh itu, dalam menentukan kadar wasiat wajibah para
37

fuqaha’ termasuk Ibn Hazm tidak menetapkan kadar tertentu kepada ashab wasiyah
wajibah. Namun, mereka menegaskan bahawa segala pemberian berbentuk wasiat
hendaklah tidak melebihi maksimum 1/3 berdasarkan hadis yang melarang seseorang
itu berwasiat melebihi 1/3 daripada harta. Di samping itu, mereka mengutamakan wasiat
wajibah ke atas wasiat biasa meskipun ia merangkumi 1/3 harta seluruhnya.

Melalui peruntukan undang-undang wasiat wajibah di beberapa negara Islam


yang dapat kita lihat ada menyatakan bahawa apabila seseorang itu tidak berbuat apa-
apa wasiat kepada cucu vang kehilangan bapa atau ibu lebih awal daripadanya dengan
sejumlah harta yang sepatutnya diperolehi oleh bapa atau ibu mereka sekiranya dia
masih hidup, maka bahagian atau jumlah itu hendaklah diberikan kepada cucu tersebut
dalam batasan 1/3 daripada jumlah kesemua harta pusaka (Undang-undang Mesir
1946).

Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa terdapat dua pendekatan dalam


menentukan kadar yang sepatutnya diberikan kepada golongan yang mendapat
bahagian wasiat melalui wasiat wajibah iaitu:

1. Mereka akan diberikan bahagian yang sepatutnya diperolehi oleh bapa atau ibu
mereka sekiranya jumlah itu tidak melelhihi 1/3 daripada keseluruhan harta
pusaka.

2. Mereka akan diberikan 1/3 daripada harta pusaka si mati sekiranya bahagian
yang diperolehi oleh bapa atau ibu mereka melebihi kadar 1/3 daripadu harta.
tersebut.

Untuk menentukan bahagian yang diperolehi oleh cucu, perlulah ditentukan


dahulu bahagian bapa atau ibu dengan dianggarkan mereka masih hidup selepas
kematian orang tua mereka. Kemudian bahagian tersebut diberikan kepada anak- anak
mereka (cucu si mati) sekiranya jumlah tersebut tidak melebihi 1/3 harta. Jika lebih,
maka lebiban itu bergantung kepada keizinan waris waris si mati. Selepas itu, baki harta
hendaklah dipulangkan kepada waris si mati untuk dibahagikab sesama mereka
berdasarkan faraid. (Abu Zahrah 1988)
38

2.7 HIKMAH WASIAT WAJIBAH

Islam diturunkan ialah untuk menjaga kepentingan manusia sejagat. Di antara


kepentingan yang perlu diberi penekanan ialah menjaga keutuhan sesebuah keluarga
agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna. Keutuhan sesebuah
keluarga sangat penting bagi menjamin kemakmuran sesebuah masyarakat dan
kestabilan negara. Dan antara perkara yang menggugat keutuhan tersebut sehingga
menjurus kearah keruntuhan dan kepincangan terhadap sesebuah keluarga adalah
melibatkan harta. Ini kerana kebiasaan pertelingkahan dan pertengkaran yang berlaku
di antara anggota keluarga adalah berpunca daripada perebutan harta terutamanya yang
berkaitan dengan pembahagian harta peninggalan atau harta pusaka.

Justeru itu, Islam telah mengambil pendekatan yang sewajarnya dalam


menangani masalah tersebut supaya hubungan sesebuah keluarga sentiasa terjamin serta
tidak tergugat dengan elemen-elemen luar, antara pendekatan yang diambil oleh Islam
iaitu dengan mensyariatkan hukum pembahagian harta pusaka dikenali sebagai hukum
faraid di antara waris-waris si mati.

Oleh itu, untuk menangani masalah tersebut maka satu undang-undang telah
diperuntukkan berdasarkan kepada nas-nas al-Quran dan hadis-hadis serta pendapat
beberapa fuqaha' seperti pendapat Ibn Hazm dan sebagainya iaitu, mewajibkan wasiat
kepada golongan tersebut sebagai satu keadilan dan rahmah kepada anak-anak yang
kematian bapa atau ibu mereka lebih awal sebelum kematian datuk dan nenek, di
samping ia juga dapat merungkai segala kesulitan dan kesukaran yang dihadapi oleh
mereka.

Peruntukan yang digubal itu, di samping berpegang kepada nas-nas yang dilihat
sebagai menjaga kemaslahatan umum berdasarkan kaedah syarak yang menjelaskan
bahawa pihak berkuasa dibenarkan memerintah atau mewajibkan sesuatu perkara yang
dilihat terdapat padanya kemaslahatan umum, justeru apabila sesuatu hukum dibuat
maka menjadi kewajipan kepada rakyat mentaatinya. Bahkan sebahagian ulama
39

berpendapat sesuatu hukum yang diputuskan itu merupakan hukum syarak (Bisyúni Ali,
Jodah Abd al-Ghani & Nasr Farid Mubammad 1997).

2.8 KESIMPULAN

Islam adalah agama yang sentiasa mengutamakan kesucian, kesejahteraan, kemurnian


dan kesempurnaan dalam segala aspek kehidupan sama ada dalam aspek ibadah.
muamalah mahupun akhlak. Untuk merealisasikan aspek-aspek tersebut, Islam telah
memberi ruang kepada para ulama untuk berijtihad dalam beberapa perkara berhubung
dengan muamalah yang melibatkan kepentingan umum. Hubungan kekeluargaan dan
kemanusian amat dititik beratkan dalam Islam. Ini jelas sebagaimana yang dapat dilihat
melalui pensyariatan wasiat dalam Islam. Oleh itu dengan terlaksananya sistem wasiat,
hubungan kekeluargaan dan persaudaraan sesama Islam tetap terjamin daripada
kemusnahan dan kepincangan dalam sesebuah keluarga.

Justeru, untuk menjamin hubungan kekeluargaan agar sentiasa tetap dan utuh,
maka ahli-ahli perundangan Islam dalam beberapa negara Islam telah menggubal satu
peruntukan yang dinamakan sebagai Undang-undang wasiat wajibah. Peruntukan itu
digubal berdasarkan kepada fenomena-fenomena yang biasa berlaku dalam masyarakat
Islam dan pelaksanaannya adalah lebih bersifat siyásah shariyah dan maslahah umum.
Walau bagaimanapun terdapat pandangan-pandangan ulama silam yang mewajibkan
wasiat kepada golongan tertentu berdasarkan kepada nas-nas al-Quran dan hadis
Rasulullah s.a .w meskipun pandangan itu lemah di sisi jumhur ulama. Kedudukan
wasiat wajibah di bawah perundangan di beberapa negara Islam kini adalah lebih
cenderung kepada pendapat Ibn Hazm, namun ia tidak berpegang secara menyeluruh,
bahkan peruntukan itu lebih bergantung kepada maslahah umum.
40

BAB III

PERUNTUKAN WASIAT WAJIBAH DI NEGERI SEMBILAN

3.1 PENGENALAN

Di dalam bab ketiga ini pengkaji akan mengupaskan hal-hal yang berkaitan peruntukan
wasiat wajibah di Negeri Sembilan. Wasiat wajibah mula diperkenalkan di Negeri
Sembilan melalui undang-undang yang dikanunkan oleh kerajaan Negeri Sembilan
melalui Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 yang terkandung dalam
Seksyen 27 Bekues kepada cucu (1), (2) dan (3). Undang-undang tersebut menjelaskan
secara terperinci tentang golongan yang berhak mendapat wasiat wajibah atau dikenali
sebagai ashab wasiat wajibah, kadar wasiat wajibah dan syarat-syaratnya. Pemakaian
undang-undang wasiat wajibah mula mendapat perhatian para perundangan Malaysia
khususnya di Negeri seperti Negeri Sembilan, Negeri Selangor, dan Negeri Melaka
sekitar tahun 1999 sehingga tahun 2004 dan kini masih dalam penambahbaikan dalam
melicinkan lagi urusan orang Islam dalam hal berkaitan dengan wasiat ini melalui
peruntukan-peruntukan yang sedia ada di dalam Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri.
Segala peruntukkan yang ada di dalam Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan
2004 hanya terpakai bagi orang yang beragama Islam sahaja dan hanya untuk penduduk
yang berada di Negeri Sembilan sahaja.

3.2 LATAR BELAKANG ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM NEGERI


SEMBILAN 2004

Sebelum perang dunia kedua, urusan berkaitan pentadbiran dan pembahagian harta
pusaka di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti di Negeri Kedah, Terengganu,
Kelantan, Johor dan Perlis terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Agama Islam atau
41

Mahkamah Syariah negeri masing-masing. Namun selepas berlakunya perang dunia


kedua, urusan berkaitan dengan pentadbiran dan pembahagian harta pusaka
dikendalikan oleh Mahkamah Sivil (Wan Muhammad Wan Mustafa 1983).

Sebelum kedatangan British, undang-undang pewarisan yang terpakai di


Semenanjung Malaysia bagi orang Islam ialah undang-undang Islam termasuk adat
Melayu. Kaedah undang-undang Islam yang menyingkirkan orang-orang bukan Islam
dari pewarisan dapat dilihat dalam kes Re Timah bt Abdullah (MLJ 51) di mana
diputuskan bahawa waris bukan Islam kepada seorang wanita Jepun yang telah masuk
Islam tidak boleh mewarisi harta si mati itu (Ahmad Ibrahim 1999).

Namun, setelah kedatangan penjajah British, undang-undang Inggeris telah


diperkenalkan secara meluas dan kesan daripada itu menyebabkan undang-undang
Islam yang digunakan sebelum itu telah tidak diguna pakai lagi dalam perkara-perkara
yang telah disih oleh undang-undang Inggeris. Lebih malang lagi, apabila mahkamah
mahkamah yang dibina oleh pihak British diketuai oleh hakim-hakim yang dilatih
dengan menggunakan common law. Pihak Inggeris akan mengaplikasikan undang-
undang Inggeris jika berlaku kekosongan undang-undang atau lacuna (Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia 2010).

Semasa pemerintahan Inggeris mahkamah yang mengendalikan berkaitan


memutuskan wasiat orang Islam tidak semestinya terikat dengan prinsip undang-
undang wasiat Islam. Ini dapat dilihat dalam kes In the Goods of Abdullah (2 Kyshe
Ecc 8). Dalam kes tersebut mahkamah berpendapat bahawa orang Islam boleh dengan
wasiat melupuskan semua hartanya dan wasiat tersebut adalah sah walaupun
bertentangan hukum Islam (Abdul Munir Yacob 1999).

Pada hari ini, pentadbiran harta wasiat telah diperuntukkan di dalam undang-
undang yang dikenali sebagai Akta Wasiat 1959. Undang-undang ini tidak dikenakan
kepada wasiat orang-orang Islam kerana orang-orang Islam dibenarkan membuat wasiat
mengikut hukum syarak, justeru itu sesuatu wasiat hanya akan dianggap sah apabila
ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak. Walau bagaimanapun, sesuatu wasiat
itu boleh dipakai hanya selepas disahkan oleh Hakim Syarie atau Mahkamah Syariah
42

dan ia haruslah tidak melebihi satu pertiga (1/3) dari harta si mati dan juga wasiat itu
tidak dituju kepada waris si mati yang telah pun menerima harta pusaka (Akta
Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1993).

Walau bgaimanapun, terdapat juga beberapa buah negeri yang masih lagi
mengamalkan undang-undang wasiat yang dibuat di zaman penjajah Inggeris yang
bertentangan dengan hukum syarak. Umpamanya di Pulau Pinang dan Sarawak yang
membolehkan orang-orang yang beragama Islam mewasiatkan harta mereka kepada
waris-waris yang berhak menerima pusaka (Ridzuan Awang 1994).

Secara ringkasnya dapat dinyatakan bahawa pentadbiran wasiat di Malaysia


terbahagi kepada dua cabang undang-undang, iaitu undang-undang sivil dan Islam.
Pentadbiran wasiat mengikut undang-undang sivil dilaksanakan melalui Akta Wasiat
1959 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Manakala pentadbiran wasiat di
Mahkamah Syariah sudah terdapat Akta atau Enakmen khusus yang dibuat oleh negeri-
negeri untuk mentadbir wasiat orang Islam seperti Negeri Selangor yang telah
mewartakan Enakmen Wasiat Orang Islam 1999, Negeri Sembilan mewartakan
Enakmen Wasiat Orang Islam 2004 dan Negeri Melaka. Selain itu juga terdapat negeri-
negeri baru yang mewartakan wasiat dalam undang-udang negeri mereka seperti negeri
Pahang, Terengganu dan Kelantan.

3.3 ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM NEGERI SEMBILAN 2004

Di dalam subtopik ini pengkaji akan menceritakan serba sedikit berkaitan dengan
Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 melalui peruntukan- peruntukan
yang ada di dalamnya. Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004
mempunyai sembilan bahagian iaitu bahagian i permulaan, bahagian ii pelaksanaan
wasiat, bahagian iii ketidaksahan wasiat, bahagian iv pembatalan wasiat, bahagian v
ialah penerimaan dan penolakan wasiat, bahagian vi peruntukan yang berhubung
dengan benefisiari, bahagian vii peruntukan yang berhubungan dengan pemberian
berwasiat, bahagian viii wasiat wajibah dan bahagian ix am (Enakmen Wasiat Orang
Islam Negeri Sembilan 2004) dan mempunyai 29 buah Seksyen. Enakmen wasiat ini
mempunyai tiga tarikh sebelum ia dikuat kuasakan. Pertamanya merupakan tarikh
43

persetujuan di raja, keduanya ialah tarikh disiarkan dalam warta dan yang ketiga iaitu
merupakan tarikh mula berkuat kuasa Enakmen tersebut.

Setiap bahagian tersebut mempunyai Subseksyen-Subseksyen yang tertentu.


Pengkaji akan menyentuh sebahagian bahagian sahaja yang hanya melibatkan wasiat
dan wasiat wajibah berkaitan dengan tajuk. Bahagian tersebut ialah bahagian i, ii, iii,
iv, v, vi dan bahagian vii. Hal ini kerana bahagian tersebut sahaja yang menyentuh hal-
hal berkaitan dengan wasiat dan wasiat wajibah. bahagian i permulaan mengandungi
seksyen 1.tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian.
Seksyen 2. tafsiran. bahagian ii mempunyai sembilan seksyen di mana ianya bermula
daripada seksyen 3 hinggalah seksyen 11, bahagian iii pula mempunyai tiga seksyen
bermula daripada seksyen 12 hingga seksyen 14, bahagian vi mempunyai dua seksyen
bermula daripada seksyen 15 hingga seksyen 16, bahagian v pula mempunyai 5 seksyen
iaitu bermula daripada seksyen 17 hinggalah seksyen 21, bahagian vii pula mempunyai
satu seksyen sahaja iaitu seksyen 26. Manakala bahagian viii mempunyai satu seksyen
sahaja iaitu seksyen 27.

Bahagian I Permulaan bagi Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan


2004 seperti berikut :

Seksyen 1: Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian.

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri
Sembilan) 2004.
(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada suatu tarikh yang
ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Besar melalui pemberitahuan dalam Warta.
(3) Enakmen ini hendaklah terpakai bagi—
(a) Negeri Sembilan; dan
(b) orang yang menganut agama Islam sahaja

Seksyen 2: Tafsiran.
44

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang


lain—

“benefisiari” ertinya orang yang menerima manfaat daripada sesuatu wasiat dan,
berhubung dengan hasil daripada sesuatu wasiat, termasuk suatu tujuan agama
atau khairat yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak;

“dilahirkan hidup” ertinya seseorang yang dilahirkan hidup menurut Hukum


Syarak;

“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri


Sembilan) 2003 [Enakmen No. 10/2003];

“Hakim” ertinya seorang Hakim Syarie yang dilantik mengikut Enakmen


Pentadbiran;

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau


mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hambali;

“harta” termasuk harta alih dan tak alih, apa-apa kepentingan dalam apa-apa
harta alih atau tak alih, hak, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, sama ada
pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau yang selainnya mempunyai
nilai menurut Hukum Syarak;

“harta pusaka” ertinya semua harta peninggalan orang yang mati;

“iqrar” ertinya suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, sama ada secara
bertulis, lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai
kewajipan atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu
hak;

“Mahkamah” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam


Enakmen Pentadbiran;
45

“orang” termasuk kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak;


“orang tidak sempurna akal” ertinya—

(a) seseorang yang didapati di bawah seksyen 10 Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord.
31/52], sebagai tidak sempurna akal dan tidak berdaya untuk menguruskan
dirinya sendiri dan hal ehwalnya;
(b) seseorang yang diperakui gila di bawah sekysen 4 Ordinan Orang Gila Sabah
[Bab 74] dan
(c) seseorang yang didapati di bawah seksyen 5 Ordinan Kesihatan Mental 1961
[Ord. 16/61] Sarawak sebagai tidak sempurna akal dan tidak berdaya untuk
menguruskan dirinya atau hal ehwalnya,
dan termasuk mana-mana orang lain yang tidak sempurna akal yang tidak
berdaya untuk menguruskan dirinya atau hal ehwalnya;

“qarinah” ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi
dengan apa-apa cara yang disebut dalam Enakmen Keterangan Mahkamah
Syariah (Negeri Sembilan) 2003 [Enakmen No.12/2003];

“‘urf ” ertinya adat atau amalan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan
orang tertentu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan;

“wali harta” ertinya seseorang yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan sesuatu


wasiat dan termasuk seseorang yang dilantik sebagai wali harta oleh Mahkamah;

“waris” ertinya seseorang yang mempunyai hak mewarisi harta pusaka menurut
Hukum Syarak;

“wasi” ertinya seseorang yang kepadanya diamanahkan pelaksanaan sesuatu


wasiat orang yang telah mati dan termasuk seseorang yang disifatkan dilantik
menjadi wasi oleh Mahkamah;
46

“wasiat” ertinya iqrar seseorang yang dibuat pada masa hayatnya mengenai
hartanya atau manfaat hartanya, untuk disempurnakan bagi maksud khairat atau
apa-apa maksud lain yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

Semua perkataan dan ungkapan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan
dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi
ditakrifkan dalam Bahagian I Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388]
hendaklah masing-masing mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya
dalam Bahagian itu setakat yang pengertian itu tidak bercanggah dengan Hukum
Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang sifat atau pentafsiran perkataan-


perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang
disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan
Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan
bersententangan dengannya dalam Jadual itu.

bahagian ii Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 mempunyai


sembilan Seksyen yang menjelaskan berkaitan Pelaksanaan Wasiat seperti berikut :

Seksyen 3: Wasiat boleh dibuat secara lisan, tulisan atau isyarat.

(1) Sesuatu wasiat boleh dibuat secara lisan atau dengan tulisan dan, jika orang
yang hendak membuat wasiat itu tidak dapat melakukan sedemikian, wasiatnya
boleh dibuat dengan isyarat yang boleh difahami.
(2) Sesuatu wasiat secara lisan atau wasiat dengan isyarat hendaklah dibuat di
hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh diterima sebagai saksi
menurut Hukum Syarak.
(3) Sesuatu wasiat bertulis bolehlah dibuat dalam borang yang terdapat dalam
Jadual Kedua.

Seksyen 4: Pembuktian wasiat.


47

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada tuntutan tentang kesahan sesuatu
wasiat selepas kematian seseorang pewasiat boleh diterima oleh Mahkamah
melainkan jika tuntutan itu disokong oleh dokumen-dokumen yang ditulis atau
ditandatangani oleh pewasiat.
(2) Jika terdapat halangan yang besar yang menghalang pengemukaan
keterangan dokumentar yang disebut dalam subseksyen (1), wasiat itu boleh
dibuktikan melalui keterangan lisan dua orang saksi.

Seksyen 5: Wasiat bersyarat.

(1) Sesuatu wasiat boleh dibuat secara mutlak atau tertakluk kepada sesuatu
syarat.
(2) Sesuatu wasiat yang tertakluk kepada syarat yang bertujuan untuk mengawal
selia sama ada cara bagaimana harta atau manfaat harta itu hendaklah dinikmati
atau kelakuan dan aktiviti benefisiari secara umum, adalah sah jika syarat itu
sendiri adalah sah menurut Hukum Syarak.
(3) Sesuatu syarat kepada sesuatu wasiat adalah sah dan boleh dikuatkuasakan
jika syarat itu ialah suatu syarat yang memberikan faedah yang sah kepada
pewasiat atau benefisiari atau orang lain, dan tidak dilarang atau bertentangan
dengan maksud Syariah

Seksyen 6: Kelayakan pewasiat.

(1) Seseorang pewasiat hendaklah seseorang yang—


(a) telah mencapai umur 18 tahun;
(b) sempurna akal;
(c) bertindak dengan suka rela dan tidak dipaksa; dan
(d) tidak dilarang daripada menguruskan hartanya.
(2) Wasiat seorang yang tidak layak menjadi pewasiat menurut Hukum Syarak
tidaklah sah kecuali dengan izin dan kebenaran Mahkamah.
(3) Jika seseorang pewasiat dalam keadaan sakit apabila membuat wasiat, dia
hendaklah waras fikirannya, baik ingatannya dan memahami perihal wasiat
dibuat.
48

(4) Jika seseorang pewasiat dalam keadaan marad-al-maut, bekuesnya tidak


boleh melebihi satu pertiga daripada hartanya dan jika bekuesnya itu melebihi
satu pertiga, wasiatnya hanya boleh diterima dengan persetujuan semua waris.

Seksyen 7: Syarat benefisiari.

Seseorang benefisiari sesuatu wasiat hendaklah seseorang yang—


(a) diketahui;
(b) layak untuk memiliki harta yang dibekues; dan
(c) jika ditentukan, dia hendaklah wujud ketika wasiat itu dibuat dan jika tidak
ditentukan, dia tidak disyaratkan wujud sama ada ketika wasiat itu dibuat atau
ketika pewasiat itu mati.

Seksyen 8: Bekues kepada tempat ibadat atau institusi kebajikan.

Sesuatu wasiat boleh dibuat kepada tempat ibadat, institusi kebajikan, institusi
akademik atau kepada mana-mana institusi lain yang mendatangkan kebajikan
umum dan, jika wasiat itu dibuat dengan tidak menentukan tujuan
penggunaannya, wasiat itu hendaklah digunakan untuk apa-apa jua maksud
khairat umum.

Seksyen 9: Hal perkara wasiat.

1) Hal perkara yang diwasiatkan hendaklah—


(a) sesuatu yang boleh dijadikan pusaka atau boleh menjadi perkara akad
semasa hidup pewasiat;
(b) sesuatu yang bernilai;
(c) sesuatu yang boleh dipindahkan selepas kematian pewasiat; dan
(d) jika ditentukan, sesuatu yang wujud dalam milik pewasiat, dan jika tidak
ditentukan, sesuatu yang wujud semasa kematian pewasiat.
(2) Hal perkara yang diwasiatkan hendaklah sesuatu yang harus dan bukan
sesuatu yang haram, maksiat atau bida’ah
49

Seksyen 10: Bekues mengenai usufruk.

Sesuatu wasiat boleh dibuat mengenai usufruk korpus harta atau faedah sesuatu
benda dan boleh dibuat bagi suatu tempoh tertentu atau untuk selama-lamanya

Seksyen 11: Cara-cara pewasiatan.

(1) Sesuatu wasiat boleh dibuat dengan cara–


(a) memberikan harta atau mana-mana bahagiannya yang akan menjadi hak
benefisiari untuk mewarisinya, kepada benefisiari; atau
(b) memberikan pinjaman kepada benefisiari sejumlah yang tertentu daripada
pusakanya tetapi tidak melebihi satu pertiga, melainkan dengan kebenaran
semua waris.
(2) Tertakluk kepada subseksyen 26(2), seseorang boleh menentukan bahagian
masing-masing warisnya daripada harta pusaka dan jika bahagian salah seorang
daripada waris itu melebihi kadar yang kepadanya dia berhak, harta yang lebih
itu hendaklah dianggap sebagai wasiat

Bahagian iii Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 ini adalah
mengenai ketidaksahan wasiat yang terkandung di dalamnya 3 seksyen Iaitu Seksyen
12, Seksyen 13 Dan Seksyen 14. Seksyen 12 menerangkan mengenai sesuatu wasiat
menjadi tidak sah sekiranya pevwasiat iu tidak sempurna akal,penerima wasiat berakal
penerima wasiat mati sebelum pewasiat, harta yang hendak diwasiatkan itu hilang atau
musnah sebelum kematian pewasiat dan pewasiat membatalkan wasiatnya. Seksyen 13
pula adalah mengenai sesuatu wasiat itu menjadi tidak sah sekiranya ada larangan
tertentu terhadap pewasiat untuk menguruskan hartanya dan Seksyen 14 pula mengenai
sesuatu wasiat menjadi tidak sah sekiranya penerima wasiat tersebut dengan sengaja
menyebabkan kematian terhadap pewasiat seperti melakukan pembunuhan ke atasnya
atau sebagainya (Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004).

Bahagian vi Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 wasiat ini
adalah mengenai pembatalan wasiat. Bahagian ini hanya mempunyai dua seksyen
sahaja iaitu seksyen 15 dan seksyen 16 sahaja. Seksyen 15 dalam bahagian ini
50

menerangkan bahawa sesuatu wasiat boleh dibatalkan sama ada secara keseluruhannya
atau sebahagiannya dengan pembatalan secara nyata ataupun pembatalan secara tersirat
atau wasiat yang terkemudian akan membatalkan wasiat yang terdahulu dan sesuatu
wasiat itu akan dianggap batal sekiranya pewasiat melakukan apa-apa perbuatan yang
menunjukkan bahawa dia telah membatalkan wasiatnya itu. Wasiat juga dianggap batal
jika pewasiat telah menghabiskan harta yang akan diwasiatkan itu. Seksyen 16 pula
menjelaskan bahawa pewasiat tidak boleh dianggap membatalkan wasiatnya semata-
mata kerana wasiat itu telah dinafikan oleh orang lain ataupun disebabkan oleh
perubahan terhadap bentuk harta tersebut.(Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri
Sembilan 2004).

Bahagian v pula ialah penerimaan dan penolakan wasiat yang di dalamnya


terkandung lima seksyen. Seksyen 17 dalam bab tersebut menjelaskan sesuatu wasiat
itu hendaklah berkuat kuasa apabila diterima oleh penerima wasiat samada dengan
penerimaan nyata atau tersirat selepas kematian pewasiat. Seksyen 18 menjelaskan
mengenai tempoh penerimaan atau penolakan tersebut di mana penerimaan dan
penolakan sesuatu wasiat itu boleh dibuat dalam tempoh 30 hari selepas seseorang
penerima wasiat itu mengetahui tentang kematian pewasiat dan kewujudan wasiat
tersebut tanpa alasan yang munasabah yang boleh melewatkan tuntutan itu dan ahli
waris juga boleh memohon perintah mahkamah untuk mengeluarkan perintah sama ada
penerima wasist tersebut nenerima atau menolak harta wasiat tersebut. Seksyen 19 pula
menjelaskan keadaan jika menerima sebahagian sahaja daripada wasiat tersebut.
Seksyen ini menjelaskan bahawa keadaan seperti ini adalah sah setakat bahagian yang
diterima dan menjadi tidak sah untuk sebahagian wasiat yang ditolak. Seksyen 20
adalah berkenaan penolakan wasiat mesti dibuat sama ada sebelum atau selepas
pewasiat mati.

Sekiranya wasiat itu ditolak sebelum pewasiat mati maka penolakan itu tidak
sah akan tetapi sekiranya wasiat itu ditolak selepas kematian pewasiat sedangkan
penerima wasiat belum menerimanya lagi maka penolakan terhadap wasiat itu adalah
sah akan tetapi sekiranya ia sudah menerimanya kemudian menolaknya selepas
kematian pewasiat tersebut maka penolakan itu menjadi tidak sah. Seksyen 21pula ialah
berkaitan penerimaan harta yang diwasiatkan di mana mengatakan bahawa sekiranya
51

penerima wasiat wujud semasa kematian pewasiat maka ía adalah berhak terhadap harta
tersebut (Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004).

bahagian vii pula merupakan bahagian yang menjelaskan berkaitan peruntukan


yang berhubungan dengan pemberian berwasiat. Bahagian ini hanya mempunyai satu
seksyen sahaja iaitu Seksyen 26, Seksyen ini menjelaskan mengenai wasiat yang dibuat
kepada waris dan bukan ahli waris, Sekiranya wasiat itu dibuat kepada seseorang yang
bukan ahli waris atas kadar yang tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka berwasiat
selepas dijelaskan segala hutangnya, maka wasiat tersebut adalah sah tanpa perlu
mendapat persetujuan ahli waris yang lain akan tetapi sekiranya wasiat itu dibuat
kepada ahli waris dengan kadar yang melebibi 1/3 maka wasiat itu tidak sah kecuali
setelah mendapat persetujuan daripada ahli waris yang lain selepas daripada kematian
pewasiat dan pelaksanaan wasiat itu adalah baki harta pusaka yang tinggal setelah
ditolak segala hutang piutang pewasiat tersebut (Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri
Sembilan 2004).

bahagian viii ialah berkaitan wasiat wajibah di mana hanya seksyen 27 sahaja
yang menyebut hal berkaitan perkara ini. Dalam seksyen ini menjelaskan bahawa jika
seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada anak lelakinya
yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya maka
cucunya itu berhak kepada 1/3 daripada harta pusakanya dan jika cucu itu diberi kurang
daripada 1/3, maka bahagiannya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat
wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini. Kadar wasiat wajibah cucu
hendaklah setakat kadar bahagian ayahnya dalam harta pusaka datuknya yang mati
dengan andaian bahawa ayahnya itu mati selepas kematian dengan syarat bahawa wasiat
itu tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka si mati (Enakmen Wasiat Orang
Islam Negeri Sembilan 2004).

3.4 BIDANG KUASA BERKAITAN WASIAT WAJIBAH MENURUT


ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM NEGERI SEMBILAN 2004

Pada 26 Oktober 2004, Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan yang


berhubungan dengan wasiat, wasiat wajibah orang Islam di Negeri Sembilan dan
perkara-perkara yang berkaitan dengannya telah dikanunkan oleh Yang Maha Mulia
52

dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin, dengan nasihat dan persetujuan
Dewan Negeri.

Undang -undang wasiat wajibah yang diperuntukkan dibawah undang-undang


tersebut pada umumnya adalah dipetik daripada Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri
Selangor melalui persetujuan dan perbincang Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan
pada tahun 2008. Tidak banyak perubahan dan penukaran yang dilakukan di dalam
Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan berhubung dengan wasiat wajibah
dengan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Selangor 1999. Di dalam Enakmen
Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 menyebut Seksyen 27 dengan Bekues
kepada cucu. Manakala di dalam Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Selangor 1999
menyebut Seksyen dengan Wasiat kepada cucu. Perbezaan daripada sebutan sahaja,
namun peruntukkan yang adalah adalah sama. Manakala Enakmen Wasiat Orang Islam
Negeri Sembilan 2004 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Selangor 1999 hanya
terpakai di negeri Enakmen itu dikanunkan sahaja dan hanya terpakai kepada orang
Islam sahaja. (Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004).

3.4.1 Ashab Wasiat Wajibah

Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 telah memperuntukkan bahawa
wasiat wajibah hanya berhak kepada anak sama ada lelaki atau perempuan kepada anak
lelaki yang merupakan cucu kepada si mati yang telah mati terlebih dahulu daripada
orang tuanya atau mati serentak yang tidak dapat dipastikan siapakah diantara mereka
terlebih dahulu meninggal dunia. Perkara tersebut dapat dilihat dalam seksyen 27 (1)
yang memperuntukkan (Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004):

Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada
anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak
dengannya, maka cucunya itu berhak kepada satu pertiga daripada harta pusakanya dan,
jika cucu itu diberi kurang daripada satu pertiga, bahagiannya hendaklah
disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen
ini.
53

Dalam enakmen di atas, dengan jelas menyatakan bahawa wasiat wajibah hanya
dihadkan kepada peringkat cucu (sama ada lelaki atau perempuan) daripada anak lelaki
sahaja dan tidak berlaku dengan lebih luas lagi hingga kepada keturunan yang lebih
rendah di sebelah bapa. Selain itu, dapat difahamkan daripada enakmen tersebut bahawa
anak kepada anak perempuan tidak berhak mendapat wasiat wajibah. Penafian terhadap
golongan tersebut mungkin kerana cucu terbabit dianggap sebagai dhawi al-arham yang
tidak berhak mendapat pusaka selagi si mati meninggalkan ashab al-furüd dan para
'asabah sepertimana yang berlaku dalam Undang-undang Wasiat Syria 1953".

Oleh yang demikian, Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 ini
boleh dipertikaikan keberkesanannya dalam menangani sosial masyarakat Islam kerana
pemakaiannya yang terlalu terhad kepada skop yang sangat sempit iaitu hanya kepada
cucu daripada anak lelaki di peringkat pertama sahaja tidak lebih daripada itu. Justeru
itu, ia boleh dikatakan menyimpang daripada matlamat asal tujuan diperuntukkan yatim
cucu kanun wasiat wajibah iaitu untuk menjaga dan melindungi kepentingan cucu yatim
yang mungkin terdesak setelah kematian orang tuanya sama ada dengan kematian bapa
atau ibunya dan sama ada cucu diperingkat pertama, kedua dan seterusnya.

Sungguhpun demikian, mungkin di sana terdapat alasan-alasan yang kuat dan


sesuai dengan tuntutan semasa daripada pihak penggubal undang-undang tujuan
dihadkan ashab wasiat wajibah kepada skop yang sangat terhad ini. Seterusnya,
persoalan yang mungkin timbul ialah Enakmen Negeri Sembilan tidak memperkatakan
tentang cara agihan harta pusaka sekiranya datuk atau nenek meninggalkan cucu yang
berbilang yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, sedangkan negara Islam yang
memperuntukkan undang-undang wasiat wajibah menetapkan bahawa bahagian
seorang lelaki menyamai dua bahagian perempuan. Hanya penggubal undang-undang
dan pihak mahkamah sahaja yang mampu menjawab menjawab persoalan ini (Aidil
Yahya 2019).
54

3.4.2 Kadar Bahagian Wasiat Wajibah

Dalam menentukan kadar atau bahagian yang perlu diberikan kepada ashab wasiat
wajibah, berdasarkan kepada Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004
menetapkan bahawa kadar tersebut hendaklah seperti di dalam Seksyen 27 (2) yang
menyatakan seperti berikut (Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004,
Bahagian VII, Seksyen 27 (2):

(2) Kadar wasiat wajibah cucu hendaklah setakat kadar bahagian ayahnya dalam
harta pusaka datuknya yang mati, dengan andaian bahawa ayahnya itu mati
selepas kematian datuknya:

Dengan syarat bahawa wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada harta
pusaka si mati.

Berdasarkan kepada Enakmen di atas dapat kita ketahui bahawa wasiat wajibah
hanya dibenarkan hanya setakat apa yang diterima oleh bapa kepada kanak-kanak
tersebut (cucu si mati) daripada harta pusaka datuknya dengan diandaikan bapa itu
masih hidup selepas kematian datuk atau neneknya dan kadar tersebut hendaklah di atas
batasan satu pertiga (1/3) daripada harta pusaka si mati. Sekiranya semasa hidupnya,
datuk tersebut telah memberi harta sama ada secara wasiat atau pemberian secara
percuma kepada cucu berkenaan dengan kadar yang kurang dari 1/3 yang berhak
diterima oleh cucu tersebut melalui wasiat wajibah, maka undang-undang atau hakim
hendaklah menyempurnakan kadar 1/3 yang kurang itu berdasarkan peruntukan wasiat
wajibah itu atas kuasa yang diberikan.

3.4.3 Syarat Wasiat Wajibah

Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 telah menetapkan beberapa syarat
bagi penerima wasiat wajibah di dalam Seksyen 27(3). Antara syarat-syarat tersebut
adalah seperti berikut:
55

(3) Cucu itu tidak berhak kepada bekues jika dia telah mewarisi daripada datuk
atau neneknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau jika datuk atau
neneknya semasa hayatnya dan tanpa menerima apa-apa balasan, telah membuat
wasiat kepada mereka atau telah memberi mereka harta yang bersamaan dengan
apa yang mereka berhak untuk menerima menurut wasiat wajibah:

Dengan syarat bahawa jika wasiat itu kurang daripada apa yang dia sepatutnya
berhak menerima, haknya hendaklah ditambah sewajarnya dan jika wasiat itu
melebihi apa yang dia sepatutnya berhak menerima, bahagian yang lebih itu
hendaklah menjadi wasiat suka rela yang tertakluk kepada persetujuan waris-
waris.

Namun, sekiranya pemberian atau wasiat tersebut kurang daripada jumlah vang
sepatutnya diterima oleh cucu itu, maka bahagian yang kurang itu mestilah dicukupi
melalui wasiat wajibah. Dan sekiranya pemberian atau wasiat tersebut melebihi
bahagian yang dia berhak, maka bahagian yang lebih itu akan menjadi wasiat sukarela
atau ikhtiyāriyyah yang bergantung kepada persetujuan waris-waris si mati yang lain.

Mengikut undang-undang di negara-negara Arab jika terdapat dua wasiat maka


semasa agihan hendaklah diutamakan wasiat waiibah. Ini bermakna penerima wasiat
ikhtiyariyyah mempunyai kemungkinan tidak mendapat bahagian wasiat sekiranya
bahagian wasiat waijibah tersebut melebihi kadar 1/3 harta kerana kadar yang
dibenarkan dalam konteks wasiat hanya terhad kepada 1/3 harta sahaja. Namun, dalam
keadaan sedemikian hak-hak waris hendaklah dijaga supaya tidak terjejas dengan
mengasingkan dahulu bahagian 1/3 harta, kemudian ditentukan bahagian wasiat
wajibah bersama waris lain. Seterusnya, jika terdapat lebihan daripada bahagian 1/3
harta yang diasingkan sebelum ini, maka lebihan itu untuk wasiat ikhtiyariyyah bagi
menyempurnakan bahagian 1/3 harta tersebut. Tetapi, jika tidak terdapat lebihan
daripada 1/3 harta itu, maka wasiat ikhtiyariyyah akan terbatal dengan sendirinya.

Akhir sekali, berdasarkan kepada peruntukan dalam Enakmen Wasiat Orang


Islam Negeri Sembilan 2004, dapat difahamkan bahawa kaedah pengagihan harta
melalui wasiat wajibah hendaklah dengan mengandaikan bapa kepada kanak-kanak
56

(cucu si mati) masih hidup, justeru itu diberi kepada bapa tersebut bahagian pusaka si
mati dengan syarat tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka. Seterusnya, bahagian itu
dikembalikan kepada kanak-kanak tadi di atas dasar wasiat wajibah. Kemudian baki
daripada harta pusaka selepas diberi kepada ashab wasiat wajibah akan dibahagi-
bahagikan kepada waris-waris si mati seperti biasa. Secara umumnya, pendekatan yang
diperuntukkan di dalam Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 adalah
lebih cenderung kepada pendekatan yang dibuat di Mesir.

3.5 ANALISIS PELAKSANAAN PERUNTUKAN WASIAT WAJIBAH


DALAM ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM NEGERI SEMBILAN
2004 DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN

Bagi mendapatkan suatu gambaran yang lebih jelas tentang pelaksanaan wasiat wajibah
dalam peruntukkan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 di Mahkamah
Syariah Negeri Sembilan, suatu temubual separa berstruktur telah dijalankan terhadap
pegawai yang ada kaitan langsung dengan pengendalian kes-kes Wasiat wajibah.
Temubual ini bertujuan untuk mengenalpasti:

a) Isu Berkaitan wasiat wajibah


b) Kaedah pemohonan kes wasiat wajibah
c) Jumlah kes wasiat wajibah dari tahun 2004-2019
d) Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Dalam Seksyen 27 Enakmen Wasiat
Orang Islam Negeri Sembilan 2004

Hanya seorang responden sahaja telah diambil keterangan dalam proses


temubual dan kemudian ianya ditandakan sebagai P1. Berikut adalah senarai nama
responden bagi kajian ini:

Jadual 3.1 Senarai nama responden


Bil Nama Jawatan
1. Muhd Adil Bin Yahaya Pegawai Penyelidik,
(Pegawai Syariah LS41),
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Sembilan,
57

Oleh itu, bagi melihat bagaimana pengamalan yang dilakukan oleh Mahkamah
Syariah Negeri Sembilan dalam pelaksanaan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri
Sembilan 2004 berkaitan Seksyen 27 wasiat wajibah ini. Pengkaji telah melakukan
beberapa kaedah bagi mencari maklumat berkaitan dengan perkara di atas.

Antara kaedah yang digunakan pengkaji ialah dengan melakukan temu bual
bersama dengan pengawai penyelidik Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di
Kompleks Syariah Negeri Sembilan. Selain itu juga pengkaji juga melakukan kaedah
dengan melihat dokumen kes yang berkaitan dengan wasiat wajibah di Unit Simpanan
Rekod Kes Fail yang berkaitan. Di samping itu juga, pengkaji juga mengenalpasti
beberapa kelemahan yang wujud di dalam pelaksanaan pengamalan wasiat wajibah di
Mahkamah Syariah Negeri Sembilan. Oleh itu beberapa subtopik telah dibentuk untuk
memudahkan pemahaman secara lebih teratur.

3.5.1 Hasil Temu Bual Berkaitan Pelaksanaan Wasiat Wajibah di Negeri


Sembilan

Bagi menjelaskan berkaitan bagaimana pelaksanaan wasiat wajibah dijalankan di


bawah Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004. Pengkaji telah melakukan
sesi temu bual bersama dengan Muhd Adil Bin Yahaya, pegawai penyelidik
(pegawai syariah ls41), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Kompleks
Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Pengkaji telah bertanyakan beberapa persoalan
bagi penemubual menjawab dengan lebih baik dan teratur dan menjadikan kajian ini
lebih bermaklumat. Oleh itu, pengkaji telah meringkaskan segala yang dibincangkan
sepanjang sesi temubual dengan membawa beberapa tema subtopIk kecil. Antara hasil
temubual yang didapati ialah isu berkaitan wasiat wajibah, kaedah permohonan wasiat
wajibah, jumlah kes yang berkaitan wasiat wajibah dan akhir sekali ialah hal yang
berkaitan dengan Bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam pelaksanaan wasiat wajibah
berdasarkan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 melalui Seksyen 27.
Oleh itu penerangan akan di terangkan di bawah ini.
58

a) Isu berkaitan wasiat wajibah

Isu berkaitan Wasiat wajibah dalam bab faraid berkaitan ahli waris itu, akan timbul
dimana salah seorang yang sepatutnya menjadi seorang ahli waris telah meninggal
dunia terlebih dahulu daripada simati. Hal ini berdasarkan pernyataan responden P1:

…..Contohnya anak meninggal dunia dahulu sebelum si mati. Jika ikut hukum
asal apabila anak meninggal dahulu daripada bapa maka tiadalah bahagian yang
akan diperolehi oleh anak tersebut, namun apabila ada pendapat yang
mengharuskan wasiat kepada cucu seperti dalam kes wasiat wajibah ini , maka
di situlah cucu akan mendapat harta , oleh itu akan timbul isu wasiat wajibah
dalam penentuan pembahagian harta melalui penghakiman hakim, hakim akan
memutuskan kes faraid secara serentak bersama dengan kes yang berkaitan
dengan wasiat wajibah….

Hasil daripada penyataan di atas dapat kita ketahui bahawa wasiat wajibah
terjadi di sebabkan oleh salah seorang yang sepatutnya menjadi seorang ahli waris telah
meninggal dunia terlebih dahulu daripada simati. Oleh itu, melalui hukum asalnya cucu
tidak berhak keatas harta simati disebabkan oleh didinding oleh waris yang lain. Namun
disebabkan oleh pandangan ulama yang membenarkan untuk melakukan wasiat wajibah
ini membolehkan cucu mendapat Wasiat wajibah ini. Namun melalui hasil temubual
yang dilakukan pengkaji mendapati bahawa di Mahkamah Syariah tidak ada kod khusus
dalam fail kes di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan. Hal ini berdasarkan kepada
kenyataan responden P1:

……Di dalam fail faraid ada kes berkaitan wasiat wajibah melalui penelitian dan
penyisatan pihak hakim sebelum diputuskan wujudnya kes wasiat wajibah dalam
kes-kes faraid ini di dalam alasan penghakiman…

Berdasarkan kepada kenyataan di atas dapat diketahui bahawa, kes yang


melibatkan dengan wasiat wajibah ini akan timbul bersama dengan kes faraid selepas
hakim melihat dan melakukan penyiasatan terhadap permohonan yang dikemukan.
59

Sekiranya wujud kes wasiat wajibah hakim akan membicarakan wasiat wajibah
bersama-sama dengan kes faraid.

b) Kaedah pemohonan kes wasiat wajibah

Cara pembahagian faraid ialah dengan kes faraid akan di failkan oleh pihak pemohon
dengan pemohon akan datang ke Mahkamah Syariah Negeri Sembilan untuk membuat
permohonan bersama dengan affidavit bagi menentukan bahagian-bahagian faraid. Hal
ini berdasarkan kepada responden P1:

….pembahagian faraid ialah dengan kes faraid akan di failkan oleh pihak
pemohon dengan pemohon akan datang ke Mahkamah Syariah Negeri Sembilan
untuk membuat permohonan bersama dengan affidavit bagi menentukan
bahagian-bahagian faraid…

…..Melalui affidavit itu pemohon perlu menyatakan siapakah ahli waris yang
layak. Seterusnya, mahkamah akan melakukan siasatan terhadap permohonan
yang dilakukan oleh pemohon. Semasa permohonan dan siasatan mahkamah
mendapati bahawa wujud seorang cucu daripada anak lelaki samada lelaki atau
perempuan yang layak untuk memohon wasiat wajibah….

Oleh itu berdasarkan kepada kenyataan di atas menunjukkan bahawa kes yang
melibatkan wasiat wajibah akan dilakukan bersama dengan kes faraid jika terdapat bukti
yang wujud cucu yang boleh menerima wasiat wajibah dan kes wasiat wajibah tidak
mempunyai kod khusus untuk melaksanakannya dalam perbicaraan kerana hakim akan
melakukan perbicaraan kes wasiat wajibah bersama dengan kes faraid sekiranya ada
permohonan.

c) Jumlah kes wasiat wajibah dari tahun 2004-2019

Melalui enakmen wasiat, melalui pengamatan penemubual, penemubual mendapati


bahawa kes yang melibatkan wasiat wajibah ini adalah sedikit, sekitar dua hingga ke
tiga kes sahaja sejak dari Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004
60

diwujudkan, manakala hakim pula hanya seorang sahaja yang pernah mengendalikan
kes yang berkaitan dengan wasiat wajibah di Mahkamah Negeri Sembilan melalui
Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004. Hal ini berdasarkan kepada
Responden P1:

…..sekitar dua hingga ke tiga kes sahaja sejak dari Enakmen Wasiat Orang Islam
Negeri Sembilan 2004 diwujudkan, manakala hakim pula hanya seorang sahaja
yang pernah mengendalikan kes yang berkaitan dengan Wasiat wajibah di
Mahkamah Negeri Sembilan melalui Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri
Sembilan 2004…

Berdasarkan kenyataan di atas ialah menunjukkan bahawa pengamalan wasiat wajibah


dalam kalangan rakyat Negeri Sembilan amatlah sedikit atas faktor tiadanya
permohonan yang melibatkan wasiat wajibah hanya ada satu hingga ke tiga kes sahaja
dari 2004 sehingga 2019, kes peromohan faraid boleh dimohon semasa kes faraid di
mohon dan kedua-dua kes ini disekalikan. Kes yang ada adalah pada tahun 2012 di
bawah kod faraid.

d) Bidang kuasa mahkamah syariah dalam seksyen 27 Enakmen Wasiat


Orang Islam Negeri Sembilan 2004

Wasiat wajibah tidak mempunyai perbicaraan yang khusus dan bersendirian kerana kes
wasiat wajibah akan dibicarakan bersama dengan permohonan kes faraid si mati. Hal
ini berdasarkan kepada kenyataan responden P1:

…..Contoh dalam penentuan ahli waris, si mati mempunyai enam orang anak,
salah seorang anak si mati telah meninggal terlebih dahulu. Mahkamah akan
memerintahkan untuk melakukan perintah faraid bersama dengan wasiat
wajibah melalui peruntukkan wasiat wajibah dalam Enakmen Wasiat Orang
Islam Negeri Sembilan jika ada permohonan daripada pihak cucu itu sendiri atau
wakil cucu….
61

Berdasarkan kenyataan di atas menunjukkan bahawa permohonan yang dibuat di


Mahkamah Sayriah berkaitan wasiat wajibah sukar didapati kerana kurangnya
permohanan. Hal ini kerana, hakim akan mengeluarkan perintah pelaksanaan Wasiat
wajibah sekiranya ada permohonan daripada cucu yang layak atau wakil penjaga kepada
cucu jika cucu itu masih kecil.

Seterusnya, jika permohanan telah di lakukan cucu berhak hanya 1/3 dari harta
si mati berdasarkan kepada Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004
melalui seksyen 27 seperti berikut:

(1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada
anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak
dengannya, maka cucunya itu berhak kepada satu pertiga daripada harta
pusakanya dan, jika cucu itu diberi kurang daripada satu pertiga, bahagiannya
hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan
di bawah seksyen ini.

(2) Kadar wasiat wajibah cucu hendaklah setakat kadar bahagian ayahnya dalam
harta pusaka datuknya yang mati, dengan andaian bahawa ayahnya itu mati
selepas kematian datuknya:

Dengan syarat bahawa wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada harta
pusaka si mati.

(3) Cucu itu tidak berhak kepada bekues jika dia telah mewarisi daripada datuk
atau neneknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau jika datuk atau
neneknya semasa hayatnya dan tanpa menerima apa-apa balasan, telah membuat
wasiat kepada mereka atau telah memberi mereka harta yang bersamaan dengan
apa yang mereka berhak untuk menerima menurut wasiat wajibah:

Dengan syarat bahawa jika wasiat itu kurang daripada apa yang dia sepatutnya
berhak menerima, haknya hendaklah ditambah sewajarnya dan jika wasiat itu
melebihi apa yang dia sepatutnya berhak menerima, bahagian yang lebih itu
62

hendaklah menjadi wasiat suka rela yang tertakluk kepada persetujuan waris-
waris.

Oleh itu, berdasarkan kepada temubual yang dilakukan, dapatlah kita ketahui
bahawa perintah pelaksanaan wasiat wajibah akan dilakukan sekiranya ada permohanan
daripada pihak cucu atau wakil kepada cucu jika cucu masih kecil. Dan di akhir
perbicaraan faraid, mahkamah akan menegeluarkan sijil faraid yang mengandungi
pembahagian setiap ahli waris yang menerima harta si mati beserta dengan bahagian
wasiat wajibah dan mahkamah tidak mengeluarkan perintah pelaksanaan untuk
pembahagian tersebut. Pelaksanaan akan di lakukan oleh unit pembahagian pusaka
kecil atau mana-mana pihak yang berautoriti untuk melaksanakan pembahagian
bahagian faraid.

Selain itu, Mahkamah Syariah juga tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan
pentadbir harta untuk melaksanakan pembahagian harta si mati berdasarkan sijil faraid
yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Hal ini berdasarkan kepada kenyataan
Responden P1:

…..wujud kelompongan dan kekurangan di dalam Bidang kuasa Mahkamah


Syariah dalam memastikan setiap ahli waris dapat harta si mati seperti mana
yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah melalui Sijil Faraid. Kerana pihak
Mahkamah Syariah tidak boleh mendakwa seseorang pentadbir harta kerana
tidak melaksanakan pembahagian faraid kerana kuasa melantik pentadbir harta
diberi oleh Mahkamah Sivil. Oleh itu, Mahkamah Sivil berhak mendakwa
Pentadbir Harta berbanding Mahkamah Syariah…

Oleh itu dapat di simpulkan di sini bahawa pengamalan wasiat wajibah tidak
dapat dilaksanakan secara lancar kerana disebabkan oleh kurangnya permohonan dari
kalangan cucu yang layak memohon untuk melakukan permohan wasiat wajibah ini.
Statistik dari Mahkamah Syariah menunjukkan bahawa hanya memiliki tiga
permohonan kes yang melibatkan dengan wasiat wajibah di Mahkamah Syariah Negeri
Sembilan. Manakala fail kes yang melibatkan dengan wasiat wajibah hanya mempunyai
63

satu sahaja yang masih dalam rekod simpanan pihak mahkamah iaitu kes pada tahun
2012.

3.5.2 Kes Berkaitan Wasiat Wajibah Di Negeri Sembilan

Kes Permohonan Faraid No. 05005-040-1244-2012 yang dipohon oleh Mohammad


Ramlan Bin Ismail sebagai pemohon di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seremban,
Negeri Sembilan dan hakim yang mengendalikan kes ialah Hakim Hamizan Bin Mohd
Nor, HMR pada tarikh 7 Ogos 2012 bersamaan 18 Ramadan 1433H.

Permohonan pembahagian faraid berdasarkan kepada Seksyen 65 Enakmen


Pentadbiran Agama islam (Negeri Sembilan) 2003 dan wasiat wajibah Seksyen 27
Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004. Berikut merupakan fakta kes
berkaitan kes ini :

1. Fakta kes:

Pemohon di dalam kes ini telah memohon agar harta pusaka ibunya iaitu
Allahyarhamah Baina Binti Abu Bakar (selepas ini disebut "simati) dibahagikan harta
mengikut hukum faraid kepada waris-warisnya. Di dalam keterangan pemohon,
pemohon telah menyatakan simati semasa kematiannya mempunyai enam orang anak
iaitu seorang lelaki dan lima orang perempuan.

Walau bagaimanapun terdapat seorang anak lelaki simati iaitu Allahyarham


Razali Bin Ismail telah meninggal terlebih dahulu daripada Allahyarham dan beliau ada
meninggalkan tiga orang anak iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan. Justeru
itu setelah mahkamah meneliti permohonan dan afidavit serta mendengar keterangan
pemohon dan saksi di dalam siasatan kes ini, mahkamah berpendapat wujud kes Wasiat
wajibah di dalam pembahagian pusaka bagi kes ini. Ini kerana Allahyarham Razali Bin
Ismail telah meninggal dunia awal daripada ibunya Allahyarhamah Baina Binti Abu
Bakar.
64

Semasa hayat simati juga, beliau tidak pernah meninggalkan sebarang wasiat
atau pemberian secara percuma kepada tiga orang anak Razali manyamai kadar yang
sama dengan wasiat wajibah. Oleh yang demikian tiga orang anak Razali ini adalah
berhak untuk turut mewarisi harta simati secara wasiat wajibah.

2. Diputuskan oleh hakim:

Justeru itu berdasarkan kepada alasan ini dan peruntukan undang-undang berhubung
dengan wasiat wajibah maka pengiraan pembahagian harta pusaka Allahyarhamah
Biana Binti Abu Bakar dapatlah dibuat seperti berikut:

7 9x4 36 18 18 4 18 18 18
AL 2 2 8 4 4 SLIB 4 4
AP 1 1 4 2 2 SPIB 2 2

AP 1 1 4 2 2 SPIB 2 2
Asab Asaba - M 14
AP ah 1 h 1 4 2 2 SPIB 2 2

AP 1 1 4 2 2 SPIB 2 2

AP 1 1 4 2 2 SPIB 2 2
CL 4 2 AL 2 2*
AL M - 2 4 Asab 4 4
CP 2 1 AP ah 1 1*
AL
CP 2 1 AP 1 1*
AL
Jadual 3.1 Kaedah pengiraan wasiat wajibah harta si mati

*Mewarisi Harta Secara Wasiat wajibah

Ringkasan:
AL- Anak Lelaki
AP- Anak Perempuan
CLAL- Cucu Lelaki Daripada Anak Lelaki
65

CPAL- Cucu Perempuan Daripada Anak Lelaki


SLIB – Saudara Lelaki Seibu Sebapa
SPIB – Saudara Perempuan Seibu Sebapa

Berdasarkan pengiraan di atas maka mahkamah mensabitkan ahli waris serta


pembahagian harta pusaka Allahyarhamah Baina Binti Abu Bakar seperti berikut:

Bil. Nama Waris Hubungan Bahagian


1. Mohammad Ramlan Bin Ismail AL 4
2. Suria Binti Ismail AP 2
3. Rokiah Binti Ismail AP 2
4. Alawiyah Binti Ismail AP 2
5. Arbaiyah Binti Ismail AP 2
6. Rohaida Binti Ismail AP 2
7. Mohammad Nur Idris Bin Razali CLAL 2*
8. Nur Azzam Binti Razali CPAL 1*
9. Nur Aizah Binti Razali CPAL 1*
Jadual 3.2: Kaedah pengiraan wasiat wajibah

*Menerima bahagian pusaka arwah secara wasiat wajibah

3. Undang-Undang Yang Dirujuk Oleh Pihak Hakim ialah :

a. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003, Sek.65.


b. Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004, sek, 27.

4. Alasan Penghakiman Hamizah Bin Mohd Nor, HMR:

Pemohon di dalam kes ini telah memohon agar harta pusaka ibunya iaitu
Allahyarhamah Baina Binti Abu Bakar (selepas ini disebut “simati”) dibahagikan
mengikut hukum faraid kepada waris-warisnya. Di dalam keterangan pemohon,
pemohon telah menyatakan simati semasa kematiannya mempunyai enam orang anak
iaitu seorang lelaki dan lima orang perempuan.
66

Walau bagaimanapun terdapat seorang anak lelaki simati iaitu Allahyarham


Razali Bin Ismail telah meninggal terlebih dahulu daripada Allahyarham dan beliau ada
meninggalkan tiga orang anak iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan. Justeru
itu setelah mahkamah meneliti permohonan dan afidavit serta mendengar keterangan
pemohon dan saksi di dalam siasatan kes ini, mahkamah berpendapat wujud kes wasiat
wajibah di dalam pembahagian pusaka bagi kes ini. Ini kerana Allahyarham Razali Bin
Ismail telah meninggal awal daripada ibunya Allahyarhamah Baina Binti Abu Bakar.

Semasa hayat simati juga, beliau tidak pernah meninggalkan sebarang wasiat
atau pemberian secara percuma kepada tiga orang anak Razali menyamai kadar yang
sama dengan Wasiat wajibah. Oleh vang demikian tiga orang anak Razali ini adalah
berhak untuk turut mewarisi harta simati secara wasiat wajibah. Wasiat wajibah
bermaksud sebahagian daripada harta pusaka datuk atau nenek yang telah meninggal
tersebut diberikan kepada cucu yang telah kematian bapa sebelum datuk atau nenek
tersebut meninggal ataupun ketiga tiga mereka ini telah meninggal secara serentak.

Wasiat wajibah ini amat berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka Ini
bermakna sekiranya berlaku situasi di atas maka Wasiat wajibah perlu dilaksanakan
terlebih dahulu sebelum harta tersebut boleh dibahagi-bahagikan kepada waris lain
mengikut hukum faraid. Contoh Wasiat wajibah ialah jika seorang datuk meninggal
dunia pada tahun 2010 dan mempunvai empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua orang
perempuan. Salah seorang daripada anak lelakinya itu telahpun meninggal dunia awal
daripadanya iaitu pada tahun 2008 dan ada pula meninggalkan dua orang anak iaitu
seorang lelaki dan seorang perempuan.

Sekiranya diikutkan kepada pembahagian faraid, dua orang anak daripada anak
lelaki tersebut tidak berhak untuk mewarisi harta datuk disebabkan mereka terhalang
oleh ibu dan bapa saudara mereka (anak-anak datuk). Walau bagaimanapun dalam
masalah ini Islam membenarkan dua orang anak daripada anak lelaki tersebut untuk
mendapat bahagian daripada harta pusaka datuk melalui pewarisan secara wasiat
wajibah. Perwarisan ini adalah dalam bentuk wasiat dan bukannya pusaka.
67

Setakat ini undang-undang berkaitan peruntukan wasiat wajibah hanya


menetapkan cucu daripada anak lelaki sahaja samada lelaki atau perempuan yang
berhak untuk mewarisi harta datuk atau nenek secara wasiat wajibah. Hukum asal
wasiat wajibah adalah harus. Walau bagaimanapun sesuatu hukum yang harus pada
asalnya akan menjadi wajib setelah dikanunkan oleh pemerintah menjadi undang-
undang. Di Negeri Sembilan undang-undang berkaitan wasiat wajibah telah digubal dan
diletakkan di dalam seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004
yang menyatakan:

27 (1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya
daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati
serentak dengannya, maka cucunya itu berhak kepada satu pertiga daripada
harta pusakanya dan, jika cucu itu diberi kurang daripada satu pertiga,
bahagiannya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang
diperuntukkan di bawah seksyen ini.

Wasiat wajibah bertujuan untuk menjaga maslahah dan keadilan kepada waris
dan ahli keluarga terutamanya cucu yang telah menjadi anak yatim akibat kematian
bapanya dan mereka ini dinafikan daripada mendapat harta pusaka datuk atau nenek
disebabkan bapa mereka telah meninggal dahulu sebelum kematian datuk atau nenek
mereka.

Menurut seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004,


kadar wasiat wajibah yang akan diterima oleh cucu hendaklah setakat kadar di mana
ayahnya berhak daripada harta pusaka datuknya sekiranya diandaikan ayahnya itu
meninggal selepas kematian datuknya, dengan syarat wasiat itu tidak melebihi satu
pertiga daripada harta pusaka simati.

Syarat-syarat seseorang cucu sebelum menerima wasiat wajibah ialah:

a) Datuk atau nenek tidak pernah meninggalkan sebarang wasiat atau pemberian
secara percuma kepadanya menyamai kadar yang sama dengan wasiat wajibah
68

b) Mereka tidak mendapat atau mewarisi harta pusaka datuk atau nenek secara
faraid.
c) Bapa mereka hendaklah meninggal dunia sebelum kematian datuk atau nenek
atau mereka meninggal serentak dengan tidak dapat dipastikan siapakah yang
telah meninggal lebih dahulu seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Peruntukan yang diberikan kepadanya hendaklah tidak melebihi kadar 1/3


daripada harta peninggalan datuk atau nenek. Justeru itu berdasarkan kepada alasan ini
dan peruntukan undang-undang berhubung dengan Wasiat wajibah maka pengiraan
pembahagian harta pusaka Allahyarhamah Baina Binti Abu Bakar dapatlah dibuat
seperti berikut:

7 9x4 36 18 18 4 18 18 18
AL 2 2 8 4 4 SLIB 4 4
AP 1 1 4 2 2 SPIB 2 2

AP 1 1 4 2 2 SPIB 2 2
Asabah Asabah - M 14
AP 1 1 4 2 2 SPIB 2 2

AP 1 1 4 2 2 SPIB 2 2

AP 1 1 4 2 2 SPIB 2 2
CLAL 4 2 AL 2 2*
CPAL M - 2 2 1 4 AP Asabah 1 4 4 1*
CPAL 2 1 AP 1 1*
Jadual 3.3: Kaedah Pengiraan Wasiat wajibah

• Mewarisi harta secara wasiat wajibah

Ringkasan:
AL- Anak lelaki
AP- Anak perempuan
CLAL- Cucu lelaki daripada anak lelaki
CPAL- Cucu perempuan daripada anak lelaki
69

SLIB – Saudara lelaki seibu sebapa


SPIB – Saudara perempuan seibu sebapa

Berdasarkan pengiraan di atas maka mahkamah mensabitkan ahli waris serta


pembahagian harta pusaka Allahyarhamah Baina Binti Abu Bakar seperti berikut:

Bil. Nama Waris Hubungan Bahagian


1. Mohammad Ramlan Bin Ismail AL 4
2. Suria Binti Ismail AP 2
3. Rokiah Binti Ismail AP 2
4. Alawiyah Binti Ismail AP 2
5. Arbaiyah Binti Ismail AP 2
6. Rohaida Binti Ismail AP 2
7. Mohammad Nur Idris Bin Razali CLAL 2*
8. Nur Azzam Binti Razali CPAL 1*
9. Nur Aizah Binti Razali CPAL 1*
Jadual 3.4: Pembahagian penerima harta si mati

• Menerima bahagian pusaka arwah secara wasiat wajibah

Oleh itu berdasarkan kepada alasan penghakiman yang dikemukakan di atas


dapatlah kite ketahui bagaimana pelaksanaan wasiat wajibah di Mahkamah Syariah
menurut peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 dalam
Seksyen 27 wasiat wajibah melalui kes yang wujud pada tahun 2012. Kes yang
melibatkan Wasiat wajibah di Negeri Sembilan hanya ada tiga permohonan sahaja iaitu
pada tahun 2004, 2008 dan 2012. Namun hanya kes pada tahun 2012 sahaja yang masih
disimpan rekodnya di dalam unit simpanan rekod pihak Mahkamah Syariah berkaitan
dengan wasiat wajibah ini. Oleh itu, pengkaji hanya mempunyai satu kes sahaja
berkaitan Wasiat wajibah sebagai bacaan untuk kajian ini.
70

3.5.3 Kelemahan Pelaksanaan Wasiat Wajibah di Negeri Sembilan

Enakmen ini juga mempunyai kelemahan yang tersendiri yang perlu ditambahbaikan
demi mengekalkan kredibiliti Enakmen Wasiat tersebut. Merujuk kepada Enakmen
Wasiat tersebut, pengkaji telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang perlu
diperbaiki untuk kegunaan pada masa akan datang berkaitan dengan seksyen 27
Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 iaitu pertama ialah Enakmen
Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 hanya memperuntukan wasiat wajibah
kepada cucu (sama ada lelaki atau perempuan) daripada anak lelaki sahaja, yang kedua
ialah, Mahkamah Syariah tidak mempunyai hak untuk mendakwa pihak pengtadbir
harta, dan ketiga ialah kurang permohonan daripada orang awam berkaitan dengan
tuntutan Wasiat wajibah.

1. Terpakai hanya untuk cucu sama ada lelaki atau perempuan dari anak lelaki sahaja.

Kelemahan yang pertama yang dikenal pasti dalam Enakmen Wasiat Orang Islam
Negeri Sembilan 2004 berdasarkan seksyen 27 berkaitan wasiat wajibah ialah berkaitan
dengan peruntukan yang ada seperti berikut:

27 (1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya
daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati
serentak dengannya, maka cucunya itu berhak kepada satu pertiga daripada
harta pusakanya dan, jika cucu itu diberi kurang daripada satu pertiga,
bahagiannya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang
diperuntukkan di bawah seksyen ini.

Dalam seksyen di atas, dengan jelas menyatakan bahawa wasiat wajibah hanya
dihadkan kepada peringkat cucu (sama ada lelaki atau perempuan) daripada anak lelaki
sahaja dan tidak berlaku dengan lebih luas lagi hingga kepada keturunan yang lebih
rendah di sebelah bapa. Selain itu, dapat difahamkan daripada seksyen tersebut bahawa
anak kepada anak perempuan tidak berhak mendapat wasiat wajibah. Penafian terhadap
golongan tersebut mungkin kerana cucu terbabit dianggap sebagai dhawi al arham yang
71

tidak berhak mendapat pusaka selagi si mati meninggalkan waris ashab al furud dan
asabah.

2. Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa pihak pentadbir harta
yang tidak melaksanakan pembahagian mengikut sijil faraid.

Mahkamah Syariah juga tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pentadbir harta
untuk melaksanakan pembahagian harta si mati berdasarkan sijil faraid yang
dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Hal ini berdasarkan kepada kenyataan responden
P1:

…..wujud kelompongan dan kekurangan di dalam Bidang kuasa Mahkamah


Syariah dalam memastikan setiap ahli waris dapat harta si mati seperti mana
yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah melalui Sijil Faraid. Kerana pihak
Mahkamah Syariah tidak boleh mendakwa seseorang pentadbir harta kerana
tidak melaksanakan pembahagian faraid kerana kuasa melantik pentadbir harta
diberi oleh Mahkamah Sivil. Oleh itu, Mahkamah Sivil berhak mendakwa
Pentadbir Harta berbanding Mahkamah Syariah…

Oleh itu, di dalam Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 ini tidak
dinyatakan peranan pentadbir harta setelah Mahkamah Syariah mengeluarkan Sijil
Faraid. Hal ini disebabkan oleh kerana enakmen ini hanya menyentuh secara dasarnya
sahaja dan tidak secara mendalam. Sekiranya proses pelaksanaan sesuatu wasiat itu di
perincikan, masyarakat boleh menjadikan ianya sebagai panduan sekiranya mereka
hendak membuat wasiat.

3. Kurang permohonan daripada orang awam berkaitan dengan tuntutan wasiat


wajibah.

Pengkaji mendapati bahawa kelamahan pelaksanaan wasiat wajibah di Negeri Sembilan


ini adalah disebabkan oleh kurangnya permohonan daripada pihak awam. Hal ini di
nyatakan sendiri oleh responden P1:
72

…Statistik dari Mahkamah Syariah menunjukkan bahawa hanya memiliki tiga


permohonan kes yang melibatkan dengan Wasiat wajibah di Mahkamah
Syariah Negeri Sembilan. Manakala fail kes yang melibatkan dengan Wasiat
wajibah hanya mempunyai satu sahaja yang masih dalam rekod simpanan
pihak mahkamah iaitu kes pada tahun 2012…..

Oleh itu, berdasarkan kepada penyataan di atas dapat digambarkan bahawa jika tiada
permohonan yang dilakukan atau kurangnya permohanan yang dibuat, maka Enakmen
Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 berkaitan dengan wasiat wajibah kurang
teruji dari segi kekuatannya untuk melaksanakan perintah wasiat wajibah di Negeri
Sembilan ini.

3.6 KESIMPULAN

Pelaksanaan wasiat wajibah di Negeri Sembilan masih di dalam keadaan yang


sederhana dan masih tidak difahami dengan jelas oleh sebahagian masyarakat pada hari
ini dan konsep pengurusan dan permohonan juga perlu dipertingkatkan untuk
menggalakkan masyarakat menuntut wasiat wajibah bagi pihak cucu yang tidak
mendapat harta daripada kematian ibu atau bapanya sebelum kematian datuk dan nenek.
Selain itu, pihak Mahkamah yang mengendalikan urusan berkaitan wasiat wajibah ini
perlu melaksanakan satu inisiatif baru seperti mengadakan kempen-kempen
kepentingan mengetahui wasiat wajibah kepada masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai lapisan dan golongan. Di samping itu juga, pendapat pengkaji berkaitan
Seksyen 27 berdasarkan kajian Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 ini
perlu disemak dan diteliti semula kerana ia mempunyai beberapa kekurangan dan
kelemahan yang perlu diperbaiki untuk kebaikan pada masa akan datang agar Enakmen
ini dapat dijadikan sebagai rujukan dan panduan serta contoh kepada negeri-negeri lain.
73

BAB IV

PENUTUP

4.1 PENGENALAN

Wasiat atau pemberian seseorang yang berkuatkuasa setelah kematiannya adalah suatu
usaha positif yang akan menggabungkan amalan baiknya semasa hayatnya dengan
pahala yang akan diperolehinya di akhirat. Ia disyariatkan di atas rahmat kurniaan Allah
s.w.t kepada hambanya untuk dimanfaatkan baik dalam membelanjakan hartanya atau
memperteguhkan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan melalui saluran
ekonomi. Konsep wasiat yang diutarakan oleh Islam dan dikaji oleh para ulama adalah
luas skopnya dan lebih terperinci perbahasannya. Pada dasarnya perbahasan mengenai
konsep wasiat wajibah yang dibincangkan oleh para sarjana amat pengertiannya dari
perspektif Islam. Oleh itu, pihak pemerintah perlulah menambahbaik lagi peruntukan
yang sedia ada berkaitan dengan Wasiat wajibah ini bagi memudahkan umat Islam
mengamalkannya dalam kehidupan mereka.

4.2 HASIL KESELURUHAN KAJIAN

Pelbagai pandangan fuqaha dalam menghuraikan berkaitand dengan wasiat wajibah.


Antara yang dibincangkan oleh ulama fuqaha dan pengamal undang-undang serta
pemerintah ialah hal-hal yang berkaitan seperti definisi wasiat wajibah, keharusan
untuk melakukan wasiat wajibah, kelayakan ashab yang menerima harta Wasiat
wajibah, kadar wasiat wajibah dan juga syarat-syarat wasiat wajibah.

Di samping itu, Islam adalah agama yang sentiasa mengutamakan kesucian,


kesejahteraan, kemurnian dan kesempurnaan dalam segala aspek kehidupan sama ada
74

dalam aspek ibadah. muamalah mahupun akhlak. Untuk merealisasikan aspek-aspek


tersebut, Islam telah memberi ruang kepada para ulama untuk berijtihad dalam beberapa
perkara berhubung dengan muamalah yang melibatkan kepentingan umum. Hubungan
kekeluargaan dan kemanusian amat dititik beratkan dalam Islam. Ini jelas sebagaimana
yang dapat dilihat melalui pensyariatan wasiat dalam Islam. Oleh itu dengan
terlaksananya sistem wasiat, hubungan kekeluargaan dan persaudaraan sesama Islam
tetap terjamin daripada kemusnahan dan kepincangan dalam sesebuah keluarga.

Pelaksanaan Wasiat wajibah di Negeri Sembilan masih di dalam keadaan yang


sederhana dan masih tidak difahami dengan jelas oleh sebahagian masyarakat pada hari
ini dan konsep pengurusan dan permohonan juga perlu dipertingkatkan untuk
menggalakkan masyarakat menuntut wasiat wajibah bagi pihak cucu yang tidak
mendapat harta daripada kematian ibu atau bapanya sebelum kematian datuk dan nenek.
Selain itu, pihak Mahkamah yang mengendalikan urusan berkaitan Wasiat wajibah ini
perlu melaksanakan satu inisiatif baru seperti mengadakan kempen-kempen
kepentingan mengetahui Wasiat wajibah kepada masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai lapisan dan golongan.

Di samping itu juga, pendapat pengkaji berkaitan Seksyen 27 berdasarkan kajian


Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 ini perlu disemak dan diteliti
semula kerana ia mempunyai beberapa kekurangan dan kelemahan yang perlu
diperbaiki untuk kebaikan pada masa akan datang agar Enakmen ini dapat dijadikan
sebagai rujukan dan panduan serta contoh kepada negeri-negeri lain.

Disimpulkan Keseluruhan daripada bab yang telah dikaji ini bahawa wasiat
wajibah merupakan instrumen penting dalam perancangan harta kerana ia mempunyai
kedudukan yang tersendiri di dalam perundangan Islam dari segi hukum dan cara
pelaksanaannya. Walaupun ia tidak ditentukan oleh syarak, namun ia merupakan hasil
dari ijtihad para ulama' dalam membantu kaum kerabat yang tidak layak dan terdinding
dari mendapat harta pusaka.

Sekiranya instrumen ini diuruskan dengan teratur dan menepati tuntutan


maşlahah semasa, maka nasib kaum kerabat terdekat yang memerlukan bantuan akan
75

terbela. Begitu iuga, instrumen ini boleh digunakan ke atas kaum kerabat yang
mempunyai hubungan yang rapat tapi tidak berhak mendapat harta pusaka.

4.3 IMPLIKASI KAJIAN

Pengkaji mendapati terdapat beberapa implikasi daripada kajian ini iaitu:

4.3.1 Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004

Kajian ini memperlihatkan kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada Enakmen
Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004. Secara umumnya Enakmen Wasiat Orang
Islam Negeri Sembilan 2004 telah menepati kehendak syarak, akan tetapi terdapat
beberapa kelemahan yang dikenalpasti dan perlu kepada penambahbaikan. Antara
kelemahan yang dikenalpasti oleh pengkaji ialah Sekyen 27 wasiat wajibah ini terpakai
hanya untuk cucu sama ada lelaki atau perempuan dari kalangan anak lelaki sahaja
manakala cucu dari anak perempuan tidak mendapat hak untuk menuntut wasiat
wajibah. Hal ini adalah sempit dan kecil berbanding dengan keharusan para fuqaha
mengharuskan wasiat wajibah kepada cucu kepada anak lelaki dan cucu kepada anak
perempuan. Selain itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh
penggubal undang-undang supaya Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan ini
lebih bertepatan dengan kehendak Syarak dan maslahah. Walau bagaimanapun dengan
wujudnya Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 telah membantu
pelbagai pihak dalam membuat rujukan dan keputusan berkaitan wasiat.

4.3.2 Ekonomi Orang Islam

Wasiat wajibah adalah salah satu mekanisme untuk menjauhkan seseorang menjadi
fakir akibat daripada kekurangan harta pada dirinya yang tidak memiliki sebarang harta
kepada memiliki harta hasil daripada harta yang sepatutnya dirinya terima namun
terhalang disebabkan di dinding oleh waris-waris yang lain. Laporan daripada akhbar
jelas menunjukkan tunggakan harta pusaka adalah disebabkan oleh tiadanya
perancangan harta dan tuntutan daripada waris yang sepatutnya mendapat harta itu.
76

Nilai tunggakan harta tersebut mencecah RM 42 billion. Harta tersebut adalah kepunyai
orang Islam. Pembekuan berlaku apabila tiada tuntutan daripada pihak yang sepatutnya
dan ini menyebabkan ekonomi terbantut seterusnya merugikan rakyat terutamanya yang
beragama Islam. Jika dibandingkan di antara ekonomi orang Islam dan bukan Islam
amatlah berbeza kerana orang Islam tidak mengetahui bahawa bagaimana untut
menuntut harta yang sepatutnya miliknya daripada pihak yang sepatutnya. Oleh itu,
ekonomi Islam akan dapat di tingkatkan sekiranya peruntukan Wasiat wajibah dalam
Enakmen Wasiat Negeri Sembilan 2004 ini dapat di gunakan sepenuhnya oleh umat
Islam sebagai satu mekanisme menambahkan harta diri supaya terjebat dalam
kemiskinan yang tegar.

4.3.3 Mahkamah Syariah Negeri Sembilan

Terdapat pelbagai agensi yang terlibat di dalam pengurusan dan pentadbiran harta
pusaka seperti Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Syariah, Amanah Raya Berhad, dan
pegawai Pentadbir Pusaka. Namun peranan yang di mainkan oleh Mahkamah Syariah
hanyalah melibatkan pembahagian harta pusaka terutamanya dalam menentukan waris-
waris dan bahagian masing-masing dalam bentuk sijik faraid dan juga pengesahan
wasiat. Manakala peranan Mahkamah Sivil adalah lebih ketara berbanding Mahkamah
Syariah iaitu sebarang permohonan untuk mendapatkan surat kuasa tadbir dan surat
kuasa probet perlu melalui Mahkamah Tinggi Sivil. Sepatutnya hal-hal yang berkaitan
harta pusaka, wasiat wajibah ini adalah di bawah tanggungan Mahkamah Syariah. Oleh
itu, Mahkamah Syariah perlulah Bersama dengan pengamal undang-undang untuk
menambah baikkan lagi kekurangan yang ada bagi memastikan peranan Mahkamah
Syariah di dalam hal harta pusaka dan wasiat orang Islam dapat di uruskan oleh pihak
yang selayaknya iaitu orang Islam.

4.4 CADANGAN

Daripada kajian ini, penulis ingin mengemukakan beberana cadangan yang dirasakan
perlu untuk dikemaskinikan lagi peruntukkan mengenai wasiat khususnya wasiat
77

wajibah di dalam Enakmen Undang-Undang Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004
untuk masa akan datang, antara cadangan tersebut adalah seperti berikut:

i. Memartabatkan lagi kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia dengan


memperluaskan bidang kuasanya sehingga membolehkannya mendengar dan
memutuskan semua kes dan prosiding yang berkaitan dengan pembahagian dan
perwarisan harta pusaka orang Islam.

ii. Memandangkan undang-undang vang khusus berhubung dengan wasiat orang


Islam belum diadakan di Mahkamah-Mahkamah Syariah termasuk yang
berkaitan dengan pentadbiran dan perlaksanaannya seperti Undang-Undang
Keluarga Islam, maka dicadangkan satu Enakmen Akta Undang-Undang Wasiat
Orang Islam secara terperinci dan tersusun serta lengkap dapat digubal di
samping memperuntukkan di dalam Enakmen tersebut Undang- Undang Wasiat
wajibah bagi kegunaan orang Islam. Setakat ini hanya Negeri Selangor dalam
Enakmen 4 1999, Negeri Sembilan Enakmen 5 2004 dan Negeri Melaka
Enakmen 4 2005 sahaja yang menggubal Rang Undang- Undang Wasiat Orang
Islam dan diharap negeri lain dapat menerimanva untuk dilaksanakan di negeri
masing-masing.

iii. Mengkaji semula Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Selangor, Negeri
Sembilan dan Negeri Melaka khususnya berhubung dengan peruntukan undang-
undang wasiat wajibah yang melibatkan kedudukan ashab wasiat wajibah, cara
pembahagian sekiranya cucu tersebut terdiri daripada lelaki dan perempuan dan
kaedah menyelesaikan wasiat wajibah bagi memastikan perlaksanaannya
berjalan selari dengan kehendak syarak.

iv. Memandangkan pemberian harta melalui wasiat suatu yang biasa diamalkan
oleh masyarakat khususnya masyarakat Islam, maka amatlah wajar bagi negeri-
negeri di Malaysia memperuntukkan Undang-Undang Wasiat Orang Islam
secepat mungkin agar perlaksanaanya lebih teratur.
78

v. Mencadangkan agar undang-undang wasiat yang akan diperuntukkan pada masa


hadapan diselaraskan antara negeri-negeri di Malaysia supaya tidak berlaku
kekeliruan sehingga menvukarkan pihak mahkamah menyelesaikan kes-kes
tertentu

vi. Memandangkan wasiat suatu perkara yang kurang dibincangkan dan


didedahkan di dalam masyarakat Islam lebih-lebih lagi wasiat wajibah, maka
diharapkan pihak-pihak tertentu dapat memperluas dan mempertingkatkan
pembelajaran hukum wasiat dan wasiat waiibah sama ada dengan mengadakan
seminar-seminar, forum-forum atau sebarang bentuk penerangan yang dapat
menjelaskan hukum tersebut secara komprehensif.

vii. Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri-Negeri hendaklah bersikap pro-aktif.


mengeluarkan fatwa-fatwa baru bagi memenuhi tuntutan dan dengan
permintaan. Di samping itu, fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan hendaklah
dipatuhi sepenuhnya.

Ini adalah sebahagian daripada cadangan-cadangan yang pengkaji ingin


kemukakan di dalam kajian ini. Pada pendapat pengkaji, mungkin di sana terdapat lagi
beberapa perkara yang perlu dipinda atau dikemaskini bagi memastikan Undang-
Undang Keluarga Islam di negeri-negeri berjalan selari dengan tuntutan semasa serta
mampu menangani segala kemungkinan dan kekeliruan yang berlaku di dalam
masyarakat Islam.

4.5 KESIMPULAN

Wasiat wajibah merupakan instrumen penting dalam perancangan harta kerana ia


mempunyai kedudukan yang tersendiri di dalam perundangan Islam dari segi hukum
dan cara pelaksanaannya. Walaupun ia tidak ditentukan oleh syarak, namun ia
merupakan hasil dari ijtihad para ulama' dalam membantu kaum kerabat yang tidak
layak dan terdinding dari mendapat harta pusaka. Sekiranya instrumen ini diuruskan
dengan teratur dan menepati tuntutan maşlahah semasa, maka nasib kaum kerabat
terdekat yang memerlukan bantuan akan terbela. Begitu iuga, instrumen ini boleh
79

digunakan ke atas kaum kerabat yang mempunyai hubungan yang rapat tapi tidak
berhak mendapat harta pusaka.

Ketidakfahaman masyarakat mengenai kaedah ini sering kali timbul


terutamanya apabila si mati meninggal dunia. Pertikaian ini berlanjutan sehingga
menyukarkan penyelesaian harta pusaka dibuat. Kewujudan agensi-agensi yang
menguruskan perancangan harta sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan
permasalahan yang berlaku di kalangan umat Islam berkaitan dengan perancangan
harta. Ini kerana kebanyakan umat Islam masih lagi ketinggalan dalam urusan
perancangan harta dan dengan sebab itulah kini sebanyak lebih kurang RM40 bilion
harta pusaka orang Islam masih tertunggak kerana tidak dapat diuruskan oleh waris-
waris.
80

RUJUKAN

al-Qur’an al Karim

Abd Rahman al-Adawi. 1996. al-Wasiyyah al-Wajibah. al Misri: al Maktabah al-


Azhariyyah lil al-Turath.

Abdul Monir bin Yacob. 1996. Siyasah Syariyyah dalam Pentadbiran dan
Perundangan.

Abdul Munir Yacob & Mohd Fauzi Mustafa (Pnyt.) 1999. Pentadbiran Harta Pusaka.
Kuala Lumpur: Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2000 Kaedah-Kaedah Fiqh, Cetakan
Pertama 2000. Pustaka Salam.

Abu Zahrah, Muhammad. 1409H/1988M. Syarah Qanun al-Wasiyyah. Kaherah: Dar


Fikr.

Ahmad Ibrahim. 1999. Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Kuala Lumpur


Malayan Law Journal Sdn Bhd

Arif Abu Ayd. 2006. al-Wajiz fi al-Mirath. Urdun: Dar al-Nafa’is.

Bisyúni Ali, Jodah Abd al-Ghani & Nasr Farid Muhammad Wasil, 1997. Ahkam al-
Mirath wa al-Wisayah fi al-Syariah al-Islamiayya.t.pt,t.tp.

Fatwa Kebangsaan Hukum Pelaksanaan Wasiat wajibah, 2015. http://www.e-


fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelaksanaan-wasiat-wajibah (Diakses
pada 26 Mei 2019).

Fatwa Majlis Kebangsaan. http://www.e-fatwa.gov.my/jawatankuasa-fatwa-


majliskebangsaan-bagi-hal-ehwal-ugama-islam-malaysia (Diakses pada 19 Mei
2019).

Fatwa Negeri Hukum Pelaksanaan Wasiat wajibah. http://www.e-


fatwa.gov.my/fatwanegeri/hukum-pelaksanaan-wasiat-wajibah (Diakses pada
26 Mei 2019).

Fatwa.http://mufti.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=4
23:wasiatwajibah&catid=34:fatwa-muamalat&Itemid=92, fatwa dikeluarkan
pada 31/3/2014, (Diakses pada 1 April 2019).

Ghazali Ab. Rahman, 2018. Pengurusan Harta Dalam Islam, " Kertas Kerja Diskusi
Wakaf Wasiat, Hibah Dan Harta Pusaka, Anjuran Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia” Pada 15-17 Diember 2018,200 Hlm.

Hisham Qublan. 1985 al-Wasiyyah al-Wajibah fi al-Islam. Beirut, Manshurat


Bahral.Mutawassit.hlm. 136;
81

Ibn Hazm, Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Said. t.th. al-Muhalla. Beirut: Dar al-
Fikr Jil. 6, hlm. 381.

Kajian Semula Mengenai Fatwa Wasiat wajibah


http://www.efatwa.gov.my/fatwanegeri/kajian-semula-mengenai-fatwa-wasiat-
wajibah (Diakses pada 26 Mac 2019).

Khairani, 2012. Wasiat wajibah dalam Pemikiran Hukum Ibn Hazm. Banda Aceh:
Searfiqh, 2012.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 9/2013-1434H yang bersidang


pada 27 Ogos 2013 bersamaan 20 Syauwal 1434H
https://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan
mesyuarat-fatwa/748-hukum-pelaksanaan-wasiat-wajibah ( Diakses pada 20
Jun 2019).

Mohd Syukri B. Jusoh, 2004, Undang-Undang Dan Perlaksanaan Wasiat Wajibah di


Beberapa Negara Islam. Disertasi Sarjana Pengajian Islam Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Mohd Zamro Bin Muda, 2008. Kertas Kerja: Wasiat wajibah: Pengenalan Dan Kaedah.

Mohd Zamro Muda & Mohd Syukri Jusoh. 2008. Pendekatan Pengiraan dan
Penyelesaian Kes-Kes Wasiat wajibah, Prosiding Konvensyen Kebangsaan
Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat dan Waqaf. Jabatan Syariah Fakulti Pengajian
Islam. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Zamro Muda, Ridzuan Awang, Abd Basir Mohamad, Md Yazid Ahmad, 2008.
Undang-Undang Dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat, Wakaf Orang Islam, Bangi:
Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM.

Muhammad al-Zuhayli, al-Fara’id wa almawarith wa al-wasaya, Dar al-Kalam al-


Tayyib, Beirut, 2001, hlm. 595-596. 2.

Muhammad Bashir al- Mufashshi 1996, al- Jami‟ al- Hadith, Damaskus: Dar
Qutaybah, h. 12.

Muhammad Bashir, al-Jamil al-hadith fi ilm al-faraid wa al-mawarith, Dar al-


Qutaybah, Damshiq, 1416H/1996, hlm. 291; al-Kurdiy, Ahmad al Hajiyy, al-
Ahwal al-shakhsiyyah, Manshurat Jami’ ah Damshiq, Damshiq, 1418H/1998].

Muhammad Fathullah Al Haq Muhamad Asnii & Jasni Sulong, 2016. Fatwa Berhubung
Wasiat wajibah dan Keseragaman Peruntukannya Dalam Fatwa Negeri-Negeri
Di Malaysia. Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 5. No.1
2016.
82

Muhammad Ramiz Abd al-Fattah al-Azizi. 2003. al-Mirath wa al-wasiyyah, Jordan:


Dar al-Furqan li al Nashr wa al-Tawzi,

Muhammad Rashid Rida, Tafsir al-Qurän al-Hakim al-shahir bi al-tafsr al-manar, Jil.2.

Muhd Adil Bin Yahaya, 2019. Pelaksanaan Wasiat Wajibah di Mahkamah Syariah
Negeri Sembilan.Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Kompleks
Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Temu Bual, 5 Mac

Nasrul Hisyam Nor Muhamad. 2012. Wasiat & Wisayah dalam Perancangan Harta:
Prinsip Dan Amalan. Johor: Penerbit UTM PRESS.

Nurul Syafini Binti Abd Rahman, Noor Syahida Bt Abdul Rahman, Nur Zulfah Bt Md
Abdul Salam, Norhayati Abd Ghani & Hasliza Talib. 2013. Pemakaian Konsep
Wasiat wajibah Di Malaysia, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Quran, Jil. 1, hlm. 230.

al-Razi, Al-Jaşas.t.th. Ahkam Al-Tafsir al-Kabir al Mafatih al-Ghayb, Jil. 3. t.tp : t.pt

Recent Development in Syariah law in Malaysia, JAKIM


http://www.islam.gov.my/buu/artikelpilihanhtml ( Diakses pada 20 Jun 2019 ).

Ridzuan Awang, 1994. Undang-Undang Tanah Islam: Pendekatan Perbandingan,


Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

al-Shawkaniyy, Muhammad bin Ali bin Muhammad. 1993. Nayl al-Awtar. Kaherah:
Dar al-Hadith.

Shalabi, Muhammad Mustafa. 1976. Ahkam Al-Mawarith Bayn Al-Fiqh Wa Al-Qanun,


al-Iskandariyyah, Al-Maktabah Al-Misr Al-Hadithah.

Suparman Usman & Yusuf Somawinata, 1997. Fiqh Mawaris: Hukum kewarisan Islam
Jakarta: Gaya Media.

Wan Muhammad Wan Mustafa, 1983. Pentadbiran Harta Pusaka Orang Islam Dalam
Seminar Faraid Peringkat Kebangsaan. Anjuran Jabatan Syariah, Fakulti
Pengajian Islam, Pada 4-5 Jun
83

LAMPIRAN

Soalan temubual bersama pegawai penyelidik Jabatan Kehakiman Syariah Negeri


Sembilan:

1.Apakah Definisi wasiat wajibah?

2.Apakah pandangan yang digunapakai dalam menyelesaikan kes berkenaan wasiat


wajibah di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan?

3. Apakah bidangkuasa Mahkamah Syariah Negeri Sembilan dalam kes berkenaan


Wasiat Wajibah?

4.Bagaimanakah prosedur yang digunakan bagi melaksanakan wasiat wajibah?

5.Bagaimanakah dari segi penguatkuasaan undang-undang dalam kes wasiat wajibah di


Mahkamah Syariah Negeri Sembilan?

6.Siapakah yang layak menuntut wasiat wajibah?

7. Berapakah statistik kes yang menuntut wasiat wajibah di Mahkamah syariah dari
tahun 2004 sehingga tahun 2019?

8.Bagaimanakah bentuk mekanisme yang digunakan bagi membuat pembahagian harta


wasiat wajibah?

9. Adakah wasiat wajibah menyelesaikan kes?

10. Dalam tempoh 5 Tahun berapa kes wasiat wajibah direkodkan?

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai