Anda di halaman 1dari 3

Langkah kelima ialah memilih subjek yang ingin dipelajari.

Subjek-subjek yang
terdapat dalam tapak pembelajaran Tutor adalah empat iatu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Sains dan Matematik. Dengan ini, pelajar perlu klik atas bulatan Bahasa Melayu.

Gambar 8: Subjek-subjek Terdapat dalam Tapak Pembelajaran

Langkah keenam ialah pelajar perlu memilih soalan yang ingin dibuat oleh mereka.
Soalan yang terdapat dalam tapak pembelajaran ini ialah objektif dan subjektif. Pelajar yang
mengetahui kelemahan sendiri dapat memilih soalan yang berkaitan dengan kelemahannya
manakala pelajar yang tidak mengetahui kelemahan sendiri boleh memilih satu set soalan dan
menganalisis kelemahan sendiri.

Jika pelajar memilih soalan objektif. Tapak pembelajaran ini menyediakan sejumlah
10 soalan dalam satu sesi pembelajaran. Pelajar dapat menyemak jawapan dan markah sendiri
selepas mereka siap dan klik butang “hantar”.
Gambar 9: Contoh Soalan Objektif

Gambar 10: Contoh Markah yang Dipaparkan oleh Tutor

Jika pelajar memilih soalan subjektif, tapak pembelajaran ini menyediakan sejumlah
satu hingga tiga soalan untuk satu sesi pembelajaran. Pelajar perlu menaip jawapan dalam
ruangan yang disediakan. Pelajar akan dapat menyemak jawapan sendiri dengan jawapan
yang dicadangkan selapas pelajar menekankan butang “hantar”.
Gambar 11: Contoh Soalan Subjektif

Gambar 12: Perbandingan Jawapan Pelajar dengan Jawapan Dicadangkan

Anda mungkin juga menyukai