Anda di halaman 1dari 2

PERIBAHASA BIDALAN

Bidalan ialah sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan peringatan.


Berikut contoh-contoh bidalan:

1. Adat periuk berkarak; adat lesung berbedak


Kalau hendak senang mesti sanggup susah.
2. Belum duduk sudah berlunjur
Membuat sesuatu perkara yang belum sampai masanya atau tidak
mengikuti peraturan akan mendatangkan kerugian.
3. Berani menjual berani membeli
Berani menerima risiko perbuatan.
4. Biar berkelahi dahulu, jangan berkelahi kemudian
Sesuatu perkara itu perlu difikirkan dan dibincangkan terlebih dahulu
supaya tidak menyesal kelak.
5. Biar mati anak, jangan mati adat
Adat resam dan kebudayaan yang tidak boleh dilanggar.
6. Biar lambat asalkan selamat
Melakukan sesuatu dengan hati-hati dan mementingkan
keselamatan.
7. Biar putih tulang, jangan putih mata
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
8. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Memperkatakan sesuatu hal itu biarlah berhati-hati dan memilih
tempat yang sesuai.
9. Daripada berputih mata, eloklah berputih tulang
Baik mati daripada tidak mendapat apa yang diidamkan.
10. Daripada segenggam jadi segantang
Mula-mula sedikit, lama-lama banyak.
11. Genggam bara api biar sampai jadi arang
Semangat yang membara dan tidak sekali-kali mengaku kalah.
12. Hilang dicari, terapung direnangi, terbenam diselami
i) Memeriksa dengan teliti.
ii) Menolong seorang dalam kesusahan

13. Ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis.


Selalu berwaspada dan berhati-hati.
14. Jangan berebut tembikar pecah
Jangan berkonflik kerana perkara yang merugikan
15. Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau
menguak
Mengikut adat dan kepercayaan sesuatu masyarakat; menyesuaikan
diri di mana sahaja berada.
16. Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
Tidak membuang masa.

Anda mungkin juga menyukai