Anda di halaman 1dari 9

MAJLIS MAKAN MALAM

Setahun Bersama Seabad Terasa


SMK AGAMA PEDAS

Tarikh : 4 November 2016.


Masa : 8.00 – 11.00 malam
Tempat : Hotel Allason Klana Resort, Seremban, Negeri
Sembilan
Penaung :YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan,
Menteri Besar Negeri Sembilan.

Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan serta para hadirin


sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

UCAPAN PENGUMUMAN

 Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan para hadirin sekalian  ke


Majlis Makan Malam,  Setahun Bersama Seabad Terasa,
SEMADAH.

UCAPAN PEMBUKAAN

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Seiring madah pantun bersambut


Manisnya senyuman secantik ratu
        Mesra berdakap kasih terpaut
Persilakan tamu sambut di pintu

UCAPAN PROTOKOL
Yang Berbahagia Datuk Hj Omar b Osman, Yang Dipertua
PIBG, SMKA Dato Abu Hassan Haji Sail dan isteri.

Yang Berusaha Tuan Saiful Bahrin Bin Abu, Pengetua SMKA


Dato Abu Hassan Haji Sail, Pn Maimun bt Bahari, Penolong
Kanan Akademik dan Pentadbiran, Ust Jamaludin B Yusof,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ust Nor Iskandar B
Muhammad, Penolong Kanan Kokurikulum,

Para pendidik  dan staf sokongan SEMADAH,

serta hadirin  hadirat yang dirahmati Allah.

Selamat datang ke Majlis Makan Malam , Setahun Bersama


Seabad Terasa.
       
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada Allah swt  kerana
dengan  keizinanNya dapat kita sama-sama  berada dalam
Majlis Makan Malam SEMADAH di Ballroom Alson Klana
Resort yang serba nan indah  pada malam ini.

Moga  majlis ini dapat dijadikan  wadah untuk kita bersatu ,


bekerjasama dan bantu-membantu  demi membangunkan dan
memartabatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Abu
Hassan Haji Sail di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan
negara.

BACAAN DOA
Ilmu ibarat cahaya penyuluh
Berkatnya penuh dengan rahmat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dipohon  agar selamat

Dengan itu , majlis mempersilakan al-Fadhil Ustaz Abd Aziz B


Harun untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz


Abd Aziz B Harun  atas pimpinan bacaan doa sebentar  tadi.

Moga majlis ini  dimulai dengan rahmat , pertengahannya


barakah , dan disudahi dengan keampunan ,  insyaallah.

Seterusnya, Majlis mempersilakan Puan Salina Bt Ujang,


Pengerusi Kelab Guru & Staff untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Salina bt Ujang di


atas ucapan beliau sebentar tadi.

Para hadirin yang dirahmati Allah.


Tiada sempurna bacaan al Quran
Tanpa tajwid dan taranumnya
Tiada sempurna kata bicara
Tanpa  ucapan Tuan Pengetua

Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Saiful


Bahrin bin Abu, Pengetua SMKA Dato Abu Hassan Haji Sail
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Saiful Bahrin


bin Abu di atas ucapan beliau sebentar tadi.
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Dato, Datin dan para hadirin yang dirahmati Allah,

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Abu Hassan Haji


Sail atau lebih dikenali dengan panggilan SEMADAH, yang
telah dibina sejak tahun 1996 merupakan sekolah aliran agama
yang sentiasa mempunyai iltizam yang tinggi untuk mencapai
kegemilangan dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, disiplin
dan sahsiah.

Kini, di bawah payung pimpinan Yang Berusaha Tuan Saiful


Bahrin B Abu, diharap sekolah ini akan terus berjaya mencapai
visi dan misinya.

Persembahan multimedia yang akan disaksikan sebentar lagi


memperlihatkan harapan kita untuk memperkasakan
pendidikan anak –anak SEMADAH.  Maka dengan itu, marilah
kita sama-sama menyaksikan persembahan multimedia ini.
Dipersilakan…

Terima kasih atas persembahan multimedia sebentar tadi.

JAMUAN MAKAN
Bagus rupanya bunga melur
Putih warnanya sibunga pinang
Berukir, bertangkai perak
Perhiasan si anak dara
Cawan cerek sudah teratur
Pinggan mangkuk sudah terhidang
Hidangan juadah sudah terletak
Bersamalah duduk  menjamu selera..

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan dif kehormat,


guru-guru dan staf, serta para hadirin menjamu selera .
Dipersilakan..
(Jamuan makan….)

CABUTAN UNDI

Kalau dilipat sebesar kuku


Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Hidangan sudah dijamu. Makanan sudah dijamah.

Kini tibalah masanya untuk acara selingan Cabutan Bertuah.


Untuk acara Cabutan Bertuah ini , saya mempersilakan Puan
Hanizah bt Satin untuk mengendalikannya.

Bagi Cabutan Bertuah Sesi Pertama, Majlis mempersilakan Ust


Nor Iskandar B Muhammad untuk mencabut cabutan undi
sebanyak 38 undi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....


Terima kasih diucapkan kepada Ust Nor Iskandar di atas
cabutan bertuah tadi. Dan Tahniah diucapkan kepada para
pemenang yang bertuah.

*******************************************************************

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah


untuk hari lahir, kelahiran cahaya mata, guru mengaji dan
perpisahan. Dengan ini, majlis mempersilakan Puan Maimun bt
Bahari, Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran untuk
menyampaikan hadiah kepada penerima-penerima hadiah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

1)  Hadiah Hari Lahir

2)  Hadiah Kelahiran Cahaya Mata Puan Khalidah bt Khalid


diwakili oleh Ustazah Syafiqah Muda

3)  Hadiah guru mengaji

-      Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada guru-guru mengaji di


atas aktiviti tahfiz,tahsin dan iqra yg telah dijalankan sepanjang
tahun ini. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi pada tahun
hadapan.

4)  Hadiah perpisahan Puan Zubaidah bt Jaafar kerana


melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya di peringkat
Sarjana.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Maimun bt Bahari di atas


penyampaian hadiah sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan pertukaran hadiah Para guru dan Staf


SEMADAH. Dengan ini, Majlis mempersilakan Ust Jamaludin b
Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan
hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Ust Jamaludin B Yusof di atas
penyampaian hadiah sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan CABUTAN BERTUAH SESI


KEDUA.Dengan ini, Majlis mempersilakan Yang Berbahagia
Datuk Haji Omar B Osman, Yang Dipertua PIBG SEMADAH
untuk mencabut cabutan undi sebanyak 37 undi. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.  

Ribuan Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia


Datuk di atas penyampaian hadiah sebentar tadi. Semoga
hubungan mesra PIBG dan Sekolah akan terus terjalin dengan
baik demi kecemerlangan anak-anak SEMADAH.

Anugerah Kualiti

Hadirat hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Hadiah bagi


anugerah khas para guru dan staf atau lebih dikenali dengan
nama Anugerah Q. Majlis dengan ini mempersilakan Tuan
Saiful Bahrin Bin Abu, Pengetua SEMADAH untuk
menyampaikan hadiah. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Seterusnya, Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah


beserta sijil Ahli Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf SEMADAH
2016. Dipersilakan...

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Saiful


Bahrin Bin Abu di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Seterusnya Sebagai tanda ingatan dan kasih, majlis


mempersilakan Yang dikasihi Puan Salina bt Ujang, Pengerusi
Kelab Guru dan Staf  bagi menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berbahagia Datuk dan Tuan Pengetua atas
kesudian untuk bersama-sama kami pada malam yang penuh
bermakna ini.
 

 Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Haji


Omar B Osman, Yang Dipertua PIBG SEMADAH untuk
menerima sedikit cenderamata dari Kelab Guru dan Staf
SEMADAH.Majlis mempersilakan.
Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia
Datuk di atas komitmen, sokongan dan bantuan yang diberikan
kepada warga SEMADAH selama ini.

Seterusnya, kepada pemimpin dan murabbi kita, Majlis dengan


ini mempersilakan Tuan Saiful Bahrin Bin Abu, Pengetua
SEMADAH untuk menerima sedikit cenderamata dari Kelab
Guru Dan Staf. Majlis mempersilakan.

RIbuan Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua di atas


usaha keras,komitmen dan dedikasinya dalam membangunkan
SEMADAH serta tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan
kepada warga SEMADAH supaya terus maju ke hadapan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Salina


binti Ujang atas penyampaian cenderamata sebentar tadi
PENUTUPAN

Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama,

Kok berkayuh dah sampai ke muara


Kok berenang dah sampai ke tepian
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung...

Dengan kata-kata ini maka....Selesailah sudah Majlis Makan


Malam ,Setahun Bersama Seabad Terasa, SMKA DATO ABU
HASSAN HAJI SAIL 2016.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih  atas


kehadiran Dato’,datin, tuan-tuan,  puan-puan, serta anak-anak  ke
Majlis Makan Malam Setahun Bersama Seabad Terasa yang diadakan
pada malam ini.

Semoga pertemuan kita ini merupakan pertemuan yang diberkati dan


dirahmati Allah. Semoga  perpisahan kita juga selepas ini sebagai
perpisahan yang  dipelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Akhir kata, kami memohon maaf jika terdapat sebarang


kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu
datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri kami
sendiri.
Kami sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum
warahmatullah hi wabaratuh.

Dengan ini majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai