Anda di halaman 1dari 2

BIL.

PENGACARA SKIRP

1. Yang Berusaha Tn. Hj. Ahmad Fuadi B Sarham, Guru Besar SK Methodist
Pelabuhan Klang,

Yang Dihormati, En. Muhamad Ridzuan B Abd Mat Lib, GPK Hal Ehwal
Murid,

Yang Dikasihi, Pn. Rosnakiah Bt Hosnin GPK Petang, guru-guru,


pemimpin-pemimpin sekolah serta murid-murid sekalian.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita dapat
berhimpun dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin
Sekolah Sesi Petang SK Methodist Pelabuhan Klang bagi tahun 2017.

Untuk pengetahuan semua, pada hari ini, seramai 66 orang pemimpin yang
terdiri daripada pengawas sekolah dan ketua serta penolong ketua kelas
akan menerima watikah masing-masing.

Upacara yang penuh simbolik ini, bukan sahaja memenuhi tradisi


pelantikan kedua-dua sayap penting sekolah ini, tetapi merupakan satu
amanah yang akan dipikul oleh mereka.

Bagi memulakan majlis, diminta para hadirin untuk berdiri tegak untuk
menyanyikan 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan
Lagu Sekolah.

Seterusnya, mari kita bersama-sama melafazkan ikrar Rukun Negara.

Hadirin dipersilakan duduk.

Para hadirin sekalian,

Semoga majlis ini akan mengeratkan silaturrahim antara kita dan


seterusnya mendapat keberkatan daripada Allah jua.

Untuk itu, bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis dengan ini
menjemput serta mempersilakan Ustaz Syukri B Mohamad bagi memimpin
bacaan doa.

Dipersilakan.

2. Aamiin...aamiin ya rabbal a’lamin

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Syukri B Mohamad atas


bacaan doa itu tadi.
Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya menjemput Tn. Hj Ahmad Fuadi B Sarham, Guru Besar


SK Methodist Pelabuhan Klang untuk menyampaikan ucapan sekaligus
menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin
Sekolah Sesi Petang tahun 2017.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

3 Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj Ahmad Fuadi B


Sarham atas ucapan dan penyempurnaan Majlis Penyerahan Watikah
Pelantikan Pemimpin Sekolah Sesi Petang tahun 2017.

Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan pemimpin


sekolah. Untuk itu, majlis menjemput _____________________________
bagi mengiringi Yang Berusaha Tn. Hj Ahmad Fuadi bagi menyampaikan
watikah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

4 Majlis mempersilakan....

(rujuk senarai nama yang dilampirkan)

5 Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn. Hj Ahmad


Fuadi kerana sudi menyampaikan watikah.

Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar. Untuk itu, majlis mempersilakan adik
Marrissa Irdina Bt Musliyadi untuk mengetuai lafaz ikrar.

Dipersilakan.

6 Terima kasih diucapkan kepada adik Marrissa Irdina Bt Musliyadi atas lafa
ikrar sebentar tadi.

Demikianlah tadi berakhirnya Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan


Pemimpin Sekolah Sesi Petang SK Methodist Pelabuhan Klang bagi tahun
2017. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir
ke majlis pada petang ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai