Anda di halaman 1dari 2

‫الر ِح ْي ِم‬

َّ ‫الر ْح َم ِن‬ َّ ‫هللا‬ِ ‫ِب ْس ِم‬


‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا‬ َّ ‫ َوال َعاقِبَة لِ ْل ُمتَّقِي َْن َوال‬, ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‬
‫ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬
‫َوَأصْ َحابِ ِه َأجْ َم ِعي َْن‬
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menjayakan MAJLIS ANUGERAH PENGURUSAN DAN PENYENGGARAAN TERBAIK BANGUNAN
GUNASAMA PERSEKUTUAN TAHUN 2020.  Sesungguhnya Ya Allah pada petang ini kami
berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu ,

Ya Allah Ya Ghaffar

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah majlis ini sebagai wasilah kepada kami untuk memperolehi
ganjaran di akhirat. Sesungguhnya segala pengurusan dan penyenggaraan bangunan yang telah
kami bina adalah datang dari rezekiMu jua Ya Allah. Oleh itu Ya Allah, Berikanlah kami kekuatan
dan semangat, agar kami dapat meneruskan kecermelangan yang telah kami capai ini Ya Allah.
Sesungguhnya hanya tempat Mu sajalah kami bertawakal dalam segala kerjabuat ya kami
laksanakan.

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat
manusia yang berada di bumi Mu ini. lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha
kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami
terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada petang ini,
dapat melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada
melakukan keburukan . teguhkanlah iman kami,kuatkanlah hati kami. Kurniakanlah kepada kami
hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu. Jauhilah kami dari segala laranganMu. Dekatkanlah
kami dengan segala suruhanMu. Tanamlah rasa benci di hati kami kepada maksiat. Tanamlah
rasa cinta di hati kami kepada ibadat. Agar ilmu yang kami pelajari selama ini mendapat berkat

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Engkau suburkan jiwa kami dengan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w.
Engkau himpunkan kami bersama dengan Baginda Nabi di padang Mahsyar nnti dan dapat
minum air telaga alkauthar.

Ya Allah , jadikanlah majlis kami ini sebagai majlis yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah
perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan
keburukan.
‫اَللَّهُ َّم اجْ َعلْ َج ْم َعنَا هَ َذا َج ْمعًا َمرْ ح ُْو ًما ‪َ ،‬وتَفَرُّ قَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَرُّ قا ً َم ْعص ُْو ًما ‪،‬‬
‫طر ُْو ًدا َوالَ‬ ‫َوالَ تَجْ َع ِل اللَّهُ َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن يَ ْتبَ ُعنَا َشقِيًّا َوالَ َم ْ‬
‫َمحْ ر ُْو ًما ‪.‬‬
‫اب النَّار ِ‬
‫األخ َر ِة َح َسنَة ًَوقِنَا َع َذ َ‬ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َسنَة ً َوفِي ِ‬

‫صحْ بِ ِه َو َسلَّ َم ‪َ ،‬و ْال َح ْم ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‬


‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو َ‬
‫َو َ‬

Anda mungkin juga menyukai