Adab Majlis

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

Ini menjadi tanda aras keimanan seseorang terhadap Allah dan Rasul-Nya dengan

sebenar-benar keimanan. Allah SWT berfirman:

۟ ‫وا َم َعهُۥ َعلَ ٰۤى َأ ۡم ࣲر َجا ِم ࣲع لَّمۡ َی ۡذ َهب‬


َ ‫ُوا َح َّت ٰى َی ۡس َت ۡـٔ ِذ ُنو ۚهُ ِإنَّ ٱلَّذ‬
‫ِین َی ۡس َت ۡـٔ ِذ ُنو َن َك ُأ ۟ولَ ٰۤـ ِٕى َك‬ ۟ ‫وا ِبٱهَّلل ِ َو َرسُولِهِۦ َوِإ َذا َكا ُن‬
۟ ‫ِین َءا َم ُن‬
َ ‫ون ٱلَّذ‬ َ ‫ِإ َّن َما ۡٱلم ُۡؤ ِم ُن‬
‫هَّلل‬ ‫هَّلل‬
‫ٱس َتغف ِۡر لَ ُه ُم ٱ ۚ َ ِإنَّ ٱ َ غَ فُو ࣱر رَّ حِی ࣱم‬ ۡ ۡ ۡ ِّ
ۡ ‫ض َشأن ِِهمۡ َفأذن ل َمن شِ ئتَ مِنهُمۡ َو‬ َ ۡ ۡ ِ ‫وك لِ َب ۡع‬ َ
َ ‫ٱس َت ۡـٔذ ُن‬ َ ‫هَّلل‬
ۡ ‫ون ِبٱ ِ َو َرسُولِ ِهۦۚ َفِإذا‬ َ ‫ِین ی ُۡؤ ِم ُن‬
َ ‫ٱل ذ‬َّ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman ialah mereka


yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan apabila mereka turut bersama-sama
dengan Rasulullah dalam sesuatu perkara yang memerlukan perhimpunan ramai,
tidaklah mereka meninggalkan majlis perhimpunan itu sebelum mereka meminta izin
kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (wahai
Muhammad) itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Maka
apabila meminta izin kepadamu untuk pergi menjalankan sesuatu urusan mereka, maka
izinkanlah bagi sesiapa yang engkau kehendaki di antara mereka, dan mintalah ampun
kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani”. (Al-Nur: 62)

Ibnu Kathir telah menyebut dalam tafsirnya bahawa ukuran keimanan tertinggi
seseorang sahabat Nabi turut dinilai melalui adab ketika bersama-sama Nabi SAW.
Tidak boleh sama sekali berpisah melainkan setelah menyatakan permohonan untuk
keluar jika ada urusan dan setelah mendapat keizinan baginda SAW:

‫ جماعة أو اجتماع لمشورة ونحو‬ ‫ من صالة جمعة أو عيد أو‬،‫ صلوات هللا وسالمه عليه‬،‫إذا كانوا في أمر جامع مع الرسول‬
‫ وإن من يفعل ذلك فهو من المؤمنين الكاملين‬.‫ذلك أمرهم هللا تعالى أال ينصرفوا عنه والحالة هذه إال بعد استئذانه ومشاورته‬

“Apabila mereka berkumpul bersama Rasulullah SAW untuk solat Jumaat atau hari raya
atau solat berjemaah atau berkumpul untuk bermesyuarat atau yang selainnya, Allah
SWT memerintahkan mereka untuk tidak meninggalkan majlis melainkan setelah
meminta izin dan bermesyuarat dengan baginda SAW. Barang siapa yang
melakukannya, maka dia termasuk golongan yang sempurna imannya”. (Tafsir Ibnu
Kathīr)

Beradab tidak hanya meminta izin untuk berada dalam sesuatu majlis. Akan tetapi
sebelum keluar majlis tersebut, juga perlu meminta izin dengan empunya majlis untuk
keluar. Tambahan pula majlis yang diadakan berkaitan dengan taklimat atau
perbincangan sangat penting berkenaan agenda pemartabatan Islam dan
penyelarasannya.

Sebagaimana berada dalam sesuatu majlis, kita tidak dibenarkan untuk membangunkan
orang lain yang sudah datang awal walaupun dia adalah seorang budak, maka apatah
lagi untuk menyuruhnya keluar. Penjagaan adab tersebut telah dinyatakan oleh Nabi
SAW melalui sebuah hadis:

‫ ُث َّم َيجْ لِسُ فيه ولَكِنْ َت َف َّس ُحوا و َت َو َّسعُوا‬،ِ‫ال ُيقِي ُم الرَّ ُج ُل الرَّ ُج َل مِن َم ْق َع ِده‬

“Janganlah seseorang kamu menyuruh seseorang yang lain bangkit dari tempat
duduknya lalu kamu kemudian duduk di tempatnya, akan tetapi hendaklah kamu
memperluasnya.” (Riwayat Muslim)
Begitulah juga dalam urusan peperangan, ketika Rasulullah SAW memerlukan bantuan
tenaga pejuang yang ramai dan infak yang banyak, para sahabat mesti menyahut
arahan dan setelah bergegas ke medan tidak diboleh sesiapa berpaling daripadanya.

Sebilangan Mufassirin menyebut bahawa ayat ini juga terpakai kepada arahan
kepimpinan yang beriman lagi bertakwa. Ketika mereka mengeluarkan arahan dan
pekeliling, maka mesti dihormati dan dipatuhi serta hendaklah diaplikasikan adab
tersebut ketika berada dalam sesuatu majlis bersama mereka.

Dalam usaha penyebaran mesej Islam melalui pelbagai medium hari ini, sudah tentu
adab tinggi sebegini diperlukan. Jika semua pihak dapat menghormati serta memberikan
hak sewajarnya kepada pimpinan, agenda menobatkan Islam khasnya mudah
terlaksana.

Apa yang berlaku dalam sesetengah majlis atau program atau mesyuarat, belum
sempat lagi tamat, ada yang keluar disebabkan mungkin tidak berpuas hati atau ada
berlaku kebocoran maklumat tanpa meminta izin sesiapa. Hal ini mesti dibendung dan
langkah tatatertib mesti diambil.

Oleh yang demikian, Islam sangat menitikberatkan persoalan adab dan pembangunan
akhlak dalam kalangan umat Islam supaya segala tindakan yang merugikan perjuangan
Islam dapat dielakkan. Jika diteliti pada zaman wahyu diturunkan, mereka yang
melanggar adab dan disiplin perjuangan terus ditegur serta diambil tindakan.

Maka sewajarnya kita berusaha sesegera mungkin dalam mengambil langkah


penyelesaian beserta tindakan sekiranya berlaku apa sahaja permasalahan dalam
sesebuah jemaah dan organisasi.

Anda mungkin juga menyukai