Anda di halaman 1dari 3

SMK PENDETA ZA’BA,

TAMAN PAROI JAYA


70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

KERTAS CADANGAN PROGRAM KERJA AMAL


PENDIDIKAN MORAL DI BANGUNAN KHAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI, SMK PENDETA ZA’BA
TAHUN 2017

Pendahuluan:

Program ini dijalankan untuk membolehkan pelajar membolehkan pelajar satu panduan
untuk menjadi insan yang bermoral dan melaksanakan segala tanggungjawab serta
mengambil tindakan yang sesuai dengan matlamat Pendidikan Moral.

Objektif :

Program ini membolehkan pelajar


1. Memahami nilai-nilai moral, menerima dan menunjukkan komitmen terhadapnya,
serta mengamalkannya dalam kehidupan harian.
2. Memperkembangkan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral dan rohani
dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
3. Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil
selaras dengan nilai moral masyarakat Malaysia.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:


 Membersihkan kawasan bangunan Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI)
SMK Pendeta Za’ba
 Membuat lawatan dan beramah mesra bersama pelajar dan guru PPKI
Sasaran :
Pelajar Pendidikan Moral tingkatan 1 hingga 5

Anggaran Pelajar : 12 orang

Tarikh Pelaksanaan Aktiviti :


Bulan September 2017

Masa :
Hari Rabu 7.30am-10.40am (Waktu Kokurikulum)

SumberPendapatan :
Wang Panitia Pendidikan Moral

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perihal Barang Harga Seunit Kuantiti Anggaran Harga


(RM) (RM)
1. Sarapan pagi pelajar dan
guru RM 4.00 4.00 15 60.00
2. Air mineral 10.00 1 10.00
3. Sijil Pelajar 1.00 15 15.00
4. Sarung tangan kebersihan 2.00 15 30.00
Jumlah Besar RM 115

Tentatif Program

7.20 pagi : Pelajar dan guru Pendidikan Moral berkumpul dan bersarapan di kantin
SMK Pendeta Za’ba
7.45 pagi : Pelajar dan guru bergerak ke Bangunan PPKI SMK Pendeta Za’ba
7.50 pagi : Pelajar menerima taklimat kebersihan daripada wakil guru PPKI
8.00 pagi : Aktiviti gotong-royong dijalankan bersama guru PPKI
9.30 pagi : Aktiviti beramah mesra bersama pelajar dan guru PPKI
10.15 : Pelajar berkumpul dan mendengar taklimat daripada guru Pendidikan
Moral
10.30 : Pelajar dan guru bersurai

Penutup :

Semoga semua aktiviti yang dijalankan ini dapat melatih pelajar memahami, menghayati
dan mengamalkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral. Aktiviti ini juga akan memberi peluang kepada
pelajar untuk mempraktikannya dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh,

…………………………………………..
(MOHD EIWAN AZAMUDDIN BIN MOHD NAJIB)
Ketua Panitia Pendidikan Moral
SMK Pendeta Za’ba

Disemak dan disahkan oleh

…………………………………
(PN RAMONA BINTI ROSLI)
Pengetua
SMK Pendeta Za’ba
70400 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Anda mungkin juga menyukai