Zaman remaja merupakan satu tempoh peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman
remaja merupakan satu zaman yang penuh dengan perubahan rencam. Keperluan fizikal, kognitif
dan psikologi remaja menjadi fokus utama dalam proses pembelajaran. Faktor persekitaran sosial
boleh memberi kesan secara hubungan timbal balas terhadap proses pembentukan tingkah laku
dan jati diri remaja. Faktor-faktor persekitaran sosial boleh mempengaruhi atau menjadi sumber
pembelajaran kepada proses pembentukan tingkah laku remaja melalui pelbagai corak
pembelajaran sosial. Faktor persekitaran sosial yang dimaksudkan termasuklah elemen-elemen
kemanusiaan, seperti pengaruh ibu ibapa, pengaruh guru-guru, pengaruh rakan sebaya dan
pengaruh masyarakat, atau juga elemen-elemen bukan kemanusiaan seperti pengaruh pelbagai
jenis media yang diterima oleh remaja semasa menjalani proses kehidupan mereka.
Teori pembelajaran sosial (1997) telah dikembangkan oleh Albert Bandura memberi penekanan
tentang bagaimana perlaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan
(reinforcement) dan pembelajaran peniruan (observational learning). Menurut Bandura proses
mengamati dan meniru perilaku sikap orang lain merupakan proses belajar. Perilaku manusia
dalam konteks timbal balik berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh
persekitaran. Pembelajaran melalui proses peniruan boleh menyebabkan remaja mengalami
masalah-masalah sosial. Mereka boleh terjebak dengan unsur-unsur peniruan yang negatif
seperti merokok, mengambil dadah dan budaya-budaya negatif yang lain.
Persekitaran memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran sosial remaja. Remaja akan
membentuk perasaan, nilai dan tingkah laku melalui permerhatian terhadap apa yang dilakukan
oleh ahli masyarakatnya. Mereka banyak belajar melalui peniruan dan tingkah laku. Tingkah
laku mereka terhasil akibat daripada pengalaman pengasuhan semasa mereka kanak-kanak. Oleh
itu, kebanyakan tingkah laku remaja adalah mengikut kehendak ibu bapa dan masyarakat.
Tingkah laku remaja yang menyeleweng adalah adalah akibat pengasuhan dan proses sosialisasi
yang kurang sempurna. Perubahan-perubahan dalam masyarakat seterusnya menghasilkan
perubahan dalam persepsi terhadap masyarakat.
Teori kognitif Bruner (1973) menyatakan pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar
membina idea baru atau konsep-konsep yang berasaskan pengetahuan dahulu dan semasa
mereka. Pembelajaran merupakan satu proses pembentukan struktur kognitif dan perwakilan
minda yang aktif. Pembelajaran kognitif menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal,
kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori membelajaran dan resepsi. Ilmu pengetahuan
yang diperoleh bukan hasil daripada latih-tubi dan peneguhan, tetapi merujuk kepada proses
interaksi antara skema minda, pengalaman sedia ada dan keadaan baru yang juga melibatkan
pengharapan pelajar. Sekiranya pelajar tidak dapat mengenal pasti hubungan perkara dan erti
yang dipelajari, pembelajaran tidak akan berlaku walaupun diberikan latihan berulang-ulang.
Ahli- ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gauge dan Ausubel berpendapat bahawa
pembelajaran ialah suatu proses mental (kognitif) yang berlaku dalam akal fikiran yang tidak
dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Dalam kebanyakan situasi,
penyelesaian suatu masalah kompleks melibatkan proses pemahaman dan pemikiran kognitif
yang menyeluruh.
Berpandukan pelbagai sumber kajian saintifik yang dikumpulkan, Flannery dan Wester (2004)
menyimpulkan bahawa terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian
pembelajaran remaja. Antara faktor tersebut adalah tahap motivasi remaja, tingkah laku mereka,
jangkaan guru terhadap keupayaan mereka, faktor sosial di luar kawalan remaja seperti sokongan
ibu bapa terhadap guru sekolah dan perbezaan budaya. Semua faktor ini saling berkait tetapi
tidak semua faktor memberikan kesan yang serupa ke atas pencapaian pembelajaran remaja.
Remaja mungkin akan menerima kesan yang lebih hebat bergantung kepada kekuatan faktor,
masa pendedahan terhadap sesuatu faktor dan tempoh pendedahan tersebut. Namun terdapat juga
remaja yang begitu terdedah dengan risiko sesuatu faktor tetapi masih mampu melalui pola
perkembangan kehidupan yang positif meskipun kurang mendapat sokongan daripada pihak-
pihak tertentu.
Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi dan Abdul Razak
(1995), guru perlu memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu
pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Berdasarkan ciri-
ciri fizikal, kognitif dan sosioekonomi remaja, Murphy dan Alexander (2006) mengemukakan
beberapa cadangan yang dapat dilaksanakan oleh pentadbir sekolah dan guru dalam
menyediakan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran pelajar remaja. Pembentukan
persekitaran pembelajaran yang berkesan adalah sangat penting kerana menurut Bandura (2001),
selain faktor pemikiran, jangkaan, kepercayaan dan tingkah laku penuntut, pengaruh persekitaran
penuntut juga perlu diambil kira dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang berkesan adalah sangat penting kerana menurut
Bandura (2001), selain faktor pemikiran, jangkaan, kepercayaan dan tingkah laku pelajar,
pengaruh persekitaran perlu diambil kira dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak
pentadbir sekolah dan guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan
pencapaian, kepuasan dan minat remaja. Pelajar remaja suka akan bahan pembelajaran dan
aktiviti kurikulum serta kokurikulum yang sesuai dengan minat peribadi mereka. Guru perlu
membuat kajian ringkas tentang minat, latar belakang dan budaya pelajar masing-masing agar
isu-isu yang berkaitan boleh dimasukkan dalam persekitaran sekolah, tugas kelas dan
perbincangan. Sekiranya matlamat pengajaran sama dengan minat pelajar, maka mudah bagi
guru untuk memastikan pelajar memberikan tumpuan terhadap kandungan dan proses
pembelajaran.
Teori Behaviorisme menyatakan proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi
ekstrinsik yang sesuai. Pelajar remaja akan lebih tertarik sekiranya berada dalam persekitaran
pembelajaran yang mengiktiraf keunikan mereka sebagai individu yang tersendiri dan
menggalakkan daya kreativiti mereka. Salah satu daripada kelebihan pelajar remaja ialah mereka
boleh berfikir perkara-perkara abstrak, berfikir secara bebas dan secara kreatif. Guru boleh
menggunakan kepintaran pelajar remaja untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
yang bijak dengan menggalakkan mereka untuk memahami masalah dengan cara sendiri dan
memikirkan penyelesaiannya. Bina satu suasana yang melibatkan pelajar dalam pembuatan
keputusan bagi aktiviti kurikulum dan kokurikulum dan persekitaran serta aktiviti pembelajaran
juga perlu menyokong hal ini.
Bagi pelajar remaja, hubungan dengan rakan sebaya sangat penting dalam hidup mereka. Mereka
pasti tertarik jika dapat terlibat dengan rakan sebaya dalam aktiviti pembelajaran seperti aktiviti
berkumpulan, perbincangan kelas dan pembelajaran bersama. Dengan kata lain, pembelajaran
tidak semestinya terfokus kepada guru sahaja. Teori pembelajaran kognitif menekankan cara
belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori
membelajaran dan resepsi. Pembelajaran dengan rakan sebaya akan lebih bermakna jika tahap
kognitif dan penaakulan moral berbeza antara satu sama lain. Dengan kata lain, pelajar dalam
tahap pemikiran konkrit boleh digabungkan dengan pelajar remaja dalam tahap pemikiran
formal. Pembelajaran kognitif menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah
penyelesaian masalah, penemuan, kategori membelajaran dan resepsi.
Kesimpulan
Dapatlah disimpulkan persekitaran sosial terutama ibu bapa, rakan sebaya, guru dan sebagainya
memainkan peranan yang cukup penting dalam pembelajaran dan perkembangan remaja. Kadang
kala persekitaran sekolah menimbulkan keadaan yang kurang selesa kepada pelajar. Keadaan ini
boleh menyebabkan pelajar bertingkah laku negatif terhadap proses pembelajaran mereka. Oleh
itu, teori-teori serta kajian daripada tokoh terkenal boleh dijadikan panduan oleh pihak sekolah
untuk merancang strategi-strategi untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan
mengatasi tingkah laku bermasalah serta prestasi prestasi pelajar di sekolah.
Rujukan
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. UTM : Cetak
Ratu Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng 1994. Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti
Lee Shok Mee. (1998). Psikologi Pendidikan 2. Edisi 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Faktor yang Mempengaruhi Proses Pembelajaran. Dicapai pada 9 Julai 2021, daripda
https://cikgutomei.blogspot.com