Anda di halaman 1dari 33

DIPLOMA DAKWAH ISLAMIYYAH

SESI NOVEMBER 2019 – APRIL 2020

PENGANTAR FIQH IBADAT

(DFI 1223)

KONSEP SOLAT DALAM ISLAM MENGIKUT SYARAK

BIL NAMA KAD MATRIK KELAS


.
1. MOHD SYAFIQ AMIERUL DI19/244 2A
SYAZWAN BIN SHAHRIAN
2. SITI NA’IMAH BINTI DAT DI19/212 2A

TARIKH HANTAR
NAMA PENSYARAH AHMAD NUR AMSYAR ZAINAL ANGKU ANAZMY
TANDATANGAN
PENSYARAH
TARIKH DISEMAK
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1.0 Pendahuluan (Sejarah Solat) 1
2.0 Definisi Solat 4
3.0 Hukum Solat 6
4.0 Hikmah Solat 9
5.0 Rukun Solat 11
6.0 Syarat Wajib 13
7.0 Syarat Sah 14
8.0 Perkara-perkara yang Membatalkan Solat 15
9.0 Jenis-jenis Solat Sunat 17
10.0 Kesimpulan 28
11.0 Rujukan 29
1

1.0 Pendahuluan (Sejarah Solat)

Pada suatu hari, Rasullullah saw didatangi malaikat yang berkata “Antara ini
dan itu, rusak”. Rasul kemudian bertanya kepada Al-Jarud yang berada di
sampingnya: “Apa maksudnya?” Al-Jarud menjawab “Celah di bahagian atas
dada hingga rambutnya.” Malaikat bernama Jibril tersebut kemudian
mengeluarkan hati Rasullullah saw dan mencucinya berulang-ulang.

Bersama Malaikat Jibril, Rasullullah saw meleset ke langit dengan


berkendara Buraq. Begitu sampai di ujung langit dunia, Malaikat Jibril minta
dibukakan pintu langit dan ditanya: “Siapa?”, Jibril menjawab: “saya Jibril”,
ditanya lagi: “Siapa yang bersama kamu?” Jibril menjawab “Muhammad”.
Ditanya lagi “Apakah ia diutus?”, Jibril kembali menjawab: “Iya”. Kemudian
kalimat selamat datang pun diucapkan untuk Rasullullah saw dan pintu langit
pun dibukakan.

Saat dibukakan pintu langit, Rasullullah melihat Nabi Adam di sana,


Jibril lalu memeperkenalkan: “Ini ayahmu; Adam,” kemudian mengucapkan
salam padanya, Rasullullah pun mengucapkan salam. Nabi Adam menjawab
salam tersebut dan mengucapkan: “Selamat datang wahai Anak dan Nbi yang
soleh.

Perjalanan dilanjutkan ke langit kedua. Sesampainya di sana, Jibril


melakukan percakapan yang sama seperti di langit sebelumnya. Setelah
dibukakan pintu langit kedua, Rasul bertemu dengan Yahya dan Isa,
kemudian mengucapkan salam kepada mereka dan dibalasnya dengan diikuti
ucapan: “Selamat datang wahai Saudara dan Nabi yang soleh.” Di langit
ketiga, Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi Yusuf yang menyambutnya
dengan ucapan yang sama seperti nabi di langit sebelumnya: “Selamat
datang wahai Saudara dan Nabi yang soleh.”

Lanjut di langit keempat, Rasulullah SAW bertemu Nabi Idris. Di langit


kelima Rasulullah SAW bertemu Nabi Harun. Langit keenam ada Nabi Musa
yang mengucapkan: “Selamat datang wahai Saudar dan Nabi yang soleh.”
Kemudian sesaat sebelum Rasulullah SAW meningalkan Nabi Musa, terlihat
Nabi Musa menangis. Rasulullah SAW bertanya: “Apa gerangan yang
menyebabkanmu menangis wahai Nabi Musa?” , Nabi Musa menjawab: “Aku
2

menangis kerana umat Nabi Muhammad SAW yang diutus setelahku akan
banyak masuk syurga daripada umatku.”

Kemudian perjalanan dilanjutkan ke langit ketujuh. Di sana, Rasulullah


SAW bertemu dengan Nabi Ibrahim, ayah para nabi, Nabi Ibrahim
menyambutnya: “Selamat datang wahai Anakku dan Nabi yang soleh.” Dan
langsung naik ke Sidratul Muntaha, kemudian dilanjutkan ke Baitul Ma’mur.

Baitul Ma’mur adalah tempat yang selalu dimasuki oleh tujuh ribu
malaikat setiap harinya. Di sana, Rasul disuguhi tiga gelas masing-masing
berisi khamr. Susu dan madu. Dan Baginda lebih memilih gelas berisi susu
yang berwarna putih seperti putih fitrahnya diri Nabi Muhammad SAW dan
umatnya.

Di sana pula Rasulullah SAW untuk kali pertamanya menerima


perintah Solat sebagai ibadah wajib umat Islam. Saat itu, perintah Solat wajib
dilaksanakan lima puluh kali setiap harinya. Rasulullah SAW kemudian
menghadap ke Nabi Musa dan menceritakan hal ini, lalu Nabi Musa
menyarankan: “Sesungguhnya umatmu akan merasa berat mengerjakan solat
lima puluh waktu setiap hari. Kembalilah kepada Tuhanmu (Allah) dan
mintalah keringanan untuk umatmu.”

Rasulullah SAW pun kembali untuk meminta keringanan, dan dapatlah


keringanan itu sehinggan perintah solat menjadi sepuluh waktu setiap
harinya. Kemudian Rasulullah SAW menghadap Nabi Musa dan
menceritakan hal ini, namun Nabi Musa kembali menyarankan seperti
saranan sebelumnya: “Sesunguhnya umatmu akan merasa berat
mengerjakan solat sepuluh waktu setiap hari. Kembailah kepada Tuhanmu
(Allah) dan mintalah keringanan untuk umatmu.”

Permintaan keringanan kali ini tidak dapat dikabulkan oleh Allah SWT
sehingga perintah solat tetap sama iaitu sepuluh waktu setiap harinya. Rasul
pun kembali menghadap Nabi Musa, namun Nabi Musa tetap menyarankan
yang sama.

Setelah tiga kali tidak dikabulkan, Allah SWT kemudian mengabulkan


permohonan Rasulullah SAW sehingga solat menjadi lima waktu setiap
3

harinya. Namun, bagi Nabi Musa lima waktu setiap hari masih terasa berat
bagi umat Nabi Muhammad SAW seperti Nabi Musa sebelumnya. Maka, Nabi
Musa pun menyarankan kepada Nabi Muhammad untuk kembali meminta
keringanan untuk umatnya. Rasulullah SAW berkata: “Aku telah sering
meminta keringanan untuk umatku sampai aku merasa malu sendiri.” 1

2.0 Definisi Solat


1
Edi Hudiata, Sejarah Perintah Solat, 1 Ogos 2008, 13 Disember 2019, 9:00 pm
4

Solat yang dimaksudkan di sini dalam bahasa Melayu ialah ‘sembahyang’


iaitu suatu ibadat kepada Allah yang dikerjakan dengan penyertaan anggota
tubuh, lidah dan hati menurut aturcara yang khusus pada waktu-waktu yang
tertentu. Lebih jelas apa yang dikatakan solat atau sembahyang ialah
beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan Takbir dan diakhiri
dengan Salam. Dengan perbuatan itu kita beribadat kepada Allah menurut
syarat dan cara-cara yang ditentukan.2
Pengertian solat dari segi bahasa menurut ahli Bahasa Arab, solat
bermaksud doa. Dari segi syarak pula bermaksud perkataan atau perbuatan
khusus yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dimulai dengan
takbiratulihram dan diakhiri dengan salam.3
Pengertian solat berjemaah pula ialah jemaah menurut pengertian
bahasa ialah sekumpulan manusia yang mempunyai kesamaan sifat dan
sebagainya. Jadi menurut bahasa, solat berjemaah adalah solat yang
dikerjakan secara berkumpulan. Atau dalam pengertian lain, solat berjemaah
ialah solat yang dilakukan secara beramai-ramai dalam satu tempat dengan
seorang imam.4
Solat menurut bahasa ialah solat ertinya berdoa, menurut syarak ialah
rangkaian kata dan perbuatan yang telah ditentukan, dimulai dengan
membaca takbir dan diakhiri dengan salam, menurut syarat-syarat dan rukun
yang telah ditentukan. Mendirikan solat pula bermaksud melaksanakan
dengan sebaik-baiknya dan sesempurna-sempurnanya. Ini bermaksud
mengerjakan solat dengan mewujudkan roh dan hakikatnya dalam
penghidupan yang nyata. Tidak dapat diragukan lagi, bahawa solat itu adalah
hubungan yang sangat kukuh antara hamba dengan Tuhannya. Kerana itu
dalam Al-Quran, tegas-tegas ditekankan kefardhuannya dengan berbagai
cara. Kadang-kadang Al-Quran menyatakan bahawa solat itu wajib
dilaksanakan tidak boleh diabaikan. Kadang-kadang Al-Quran memberi pujian
kepada mereka yang mendirikan solat dan kadang-kadang Al-Quran

2
Mustaffa Suhaimi, 2006, Solat Rasulullah, Kuala Lumpur, Progressive Publishing House Sdn. Bhd, m/s 4-5
3
Abu Ruwais Al-Syubrawi, Wuduk & Solat menurut Sunnah & mazhab Syafie, Selangor, Karya Bestari Sdn. Bhd,
m/s 137
4
Kasmuri Selamat M.A, 1996, Panduan Memperoleh Hikmah Dalam Solat, Kuala Lumpur, Darul Nu’man, m/s
103
5

melepaskan kritikan yang tajam dan celaan yang keras terhadap orang yang
meninggalkan solat.5

3.0 Hukum Solat

5
Muhammad Abdul Hamid, 2004, Pedoman Lengkap Fiqh Islam, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise, m/s 218-219
6

Setiap muslim dan muslimah yang mukallaf serta cukup syarat sah solat,
hukumnya fardu ain. Wajib menunaikan solat fardu walau apa jua keadaan
sehingga akhir hayat.

Ulama berbeza pendapat dalam menentukan hukum orang yang


meninggalkan solat. Ada yang mengkafirkan dan ada yang mengatakan
imannya semakin berkurang. Berbeza dengan rukun Islam yang lain seperti
puasa, zakat dan haji, apabila ditinggalkan ia akan mengurangkan keimanan
seseorang muslim. Namun, jika dianggap tidak diwajibkan jelas sekali dia
telah murtad.

Firman ALLAH SWT:

“Dan tidaklah mereka diperintahkan kecuali agar mereka beribadah, iaitu


menyembah Allah serta mengikhlaskan diri kepada-Nya dalam mengikuti
agama yang hanif (suci) ini, mendirikan solat serta
menunaikan zakat. Demikian itulah agama yang lurus.” – Surah al-Baiyyinah:

Firman ALLAH SWT:

“Dan perintahkanlah keluargamu agar mendirikan solat serta bersabar ketika


melakukannya. Sedangkan, KAMI tidak pernah meminta rezeki kepadamu.
Malah, KAMIlah yang memberi rezeki kepadamu. Ganjaran yang baik itu
hanya bagi orang-orang yang bertakwa” –Surah Toha: 132 6

Meninggalkan solat kerana menentang wajibnya solat, hukumnya kafir yakni


keluar dari Islam. Ia tidak usah dimandikan, dan tidak pula disolati. Adapun
6
Abu Ruwais Al-Syubrawi, Wuduk & Solat menurut Sunnah & mazhab Syafie, Selangor, Karya Bestari Sdn. Bhd,
m/s 137-138
7

orang yang meninggalkan solat kerana malas, lalai atau lupa dan ia masih
meyakini wajibnya solat, maka ia wajib mengqada solatnya.

Menurut Syeikh Ahmad Ibnu Hajar dalam Kitab Fathul Mu’in


menyatakan: “Orang yang tertinggal solatnya haruslah menggunakan
secukupnya waktu untuk mengqada’nya selain waktu yang digunakan untuk
melakukan sesuatu yang wajib atasnya. Di samping itu, haram baginya
melakukan solat sunnah (sebelum solat qada’)

Adapun orang yang tertinggal solatnya kerana halangan misalnya


tertidur atau lupa yang benar-benar bukan main-main, wajib melakukan solat
qada’ dengan segera.

Jika seseorang tertinggal solatnya kerana suatu uzur, maka dalam


kewajipan qada’nya ia disunatkan melakukan solat-solat yang tertinggal
secara berurutan waktunya. Ia lakukan qada’ solat subuh misalnya, sebelum
solat Zohor dan sebagainya.

Dan disunatkan mendahulukan qada’ sebelum solat yang tunai (ada’)


kalau tidak khuatir kehabisan waktunya. Menurut pendapat yang muktamad
bahawa kesunatan mendahulukan qada’ dari solat ada’ (yang bukan solat
qada’) itu tetap berlaku, walaupun khuatir akan ketinggalan solat berjemaah.

Kalau ia tertinggal solatnya bukan kerana suatu uzur, maka wajib


mendahulukan qada’ daripada solat ada’. Kalau ia khuatir akan ketinggalan
(kehabisan) waktu untuk solat ada’, maka harus mendahulukan solat ada’nya.
Tertib dalam melakukan solat qada’ itu hukumnya sunat, bersegera
melakukan qada’ itu hukumnya wajib.

Sunnah membelakangkan solat sunat rawatib sesudah solat qada’


yang tertinggal sebab uzur; dan wajib qada’ dengan segera, kalau
tertinggalnya itu tanpa uzur.7

Ada dua golongan yang berpendapat mengenai hukum solat


berjemaah. Pertama, iaitu golongan yang berpendapat bahawa solat
berjemaah itu wajib hukumnya bagi orang yang sanggup untuk
mengerjakannya. Kedua, golongan yang berpendapat bahawa solat tersebut
7
Muhammad Abdul Hamid, 2004, Pedoman Lengkap Fiqh Islam, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise, m/s 221-222
8

hukumnya adalah sunnah. Bagi golongan yang berpendapat bahawa solat


berjemaah itu hukumnya wajib, mereka mengambil dalil dari Al-Quran. 8

8
Kasmuri Selamat M.A, 1996, Panduan Memperoleh Hikmah Dalam Solat, Kuala Lumpur, Darul Nu’man, m/s
105-106
9

4.0 Hikmah Solat

Solat merupakan tiang agama, dengan mengerjakannya seseorang akan


memperoleh cahaya keyakinan dan merupakan penawar bagi hati, bahkan
puncak dari segala macam kebaktian. Solat yang dilaksanakan oleh
seseorang sebanyak limakali dalam sehari semalam dengan penuh khusyuk,
merendahkan diri dengan tubuh yang hina di hadapan Allah SWT yang
mempunyai sifat kesempurnaan, sambal meletakkan hawa nafsunya di
bawah telapak kakinya, pastiakan melahirkan kemanfaatan yang tidak sedikit
bagi hidup dan kehidupan manusia. Di antara hikmah atau rahsia yang
terkandung di dalam solat fardhu itu ialah:

a) Ubat bagi gangguan jiwa

Prof. Dr Zakiah Daradjat berpendapat bahawa, apabila solat yang lima waktu
itu dikerjakan dengan wuduk yang baik, dilaksanakan pada waktunya dan
disempurnakan rukuk serta khusyuk, ianya akan merupakan rawatan bagi
kejiwaan, iaitu mendapat ampunan dari Allah SWT. Dalam pandangan ahli
kejiwaan, ampunan terhadap dosa dan kesalahan merupakan ubat bagi
ganguan kejiwaan kerana salah satu penyebab dari ganguan kejiwaan adalah
merasa bersalah atau berdosa. Orang akan merasa gelisah dan goncang
jiwanya apabila ia merasa bersalah atau berdosa kepada Tuhannya. (Kasmuri
Selamat MA,1996:76)

b) Menjauhkan manusia dari kemaksiatan

Bagi orang yang mengerjakan solat, dari satu waktu ke satu waktu ia akan
berdiri di hadapan Tuhannya dengan penuh kekhusyukan serta merasa
rendah diri, kerana ia mengetahui betapa kehebatan Zat yang sedang
dihadapinya. Dengan demikian, pastilah akan timbul rasa ketakutan serrta
rasa segan yang luar biasa di dalam kalbunya.

Jika perasaan ini telah menjelma di dalam hati setiap orang pastilah ia akan
enggan untuk melakukan kemaksiatan dan ia tidak akan lalai dari kewajipan
10

ibadah solat lima kali sehari semalam. Orang yang demikian, pasti dirinya
sendiri yang akan melarang hawa nafsunya untuk mengerjakan kemaksiatan
dan kemungkaran. Jadi sifat kebaikan yang ada di dalam dirinya itulah yang
akan dapat melenyapkan timbulnya kejahatan dan keburukan. Sebagaimana
firman Allah;

‫السيِّاٰ ِت‬ ِ ‫الص ٰلوةَ طَرىَفِ النَّها ِر و ُزلَـ ًفا ِّمن الَّ ۡي ِل ؕ اِ َّن ا ۡلحسن‬
َّ ‫ٰت يُ ۡذ ِه ۡب َـن‬ َّ ‫َواَقِ ِم‬
ََ َ َ َ َ

Maksudnya; “Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang)
dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-
perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa dari perbuatan buruk. 9

5.0 Rukun Solat


9
Kasmuri Selamat M.A, 1996, Panduan Memperoleh Hikmah Dalam Solat, Kuala Lumpur, Darul Nu’man, m/s
76-98
11

Solat mempunyai rukun-rukun dan fardhu yang apabila ditinggalkan solat atau
dari rukun-rukun itu di antaranya, maka dianggap tidak sah menurut syarak.
Rukun solat ini dirumuskan menjadi 13 rukun iaitu yang pertama niat. Niat ini
ialah melakukan niat di dalam hati untuk melakukan solat. Yang kedua ialah
berdiri. Berdiri ini bagi orang yang kuasa. Jika tidak dapat berdiri, boleh
dengan duduk. Tidak dapat duduk, boleh dengan berbaring. Yang ketiga ialah
takbiratul ihram iaitu melafazkan “Allahu Akbar” yang bermaksud Allah Maha
Besar. Yang keempat ialah membaca surah Al-Fatihah. Ini kerana dari
Ubadah bin Samit r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang
bemaksud “Tidak sah solat bagi orang yang tidak membaca Fatihatul Kitab”.
Yang kelima ialah rukuk dan tumakninah iaitu membongkok sehingga
punggung menjadi sama datar dengan leher dan kedua belah tangannya
memegang lutut. Yang keenam ialah iktidal dengan tumakninah iaitu bangkit
bangun dari rukuk dan kembali tegak lurus, tumakninah. Yang ketujuh ialah
sujud dua kali dengan tumakninah. Ini bermaksud meletakkan kedua lutut,
kedua tangan , kening dan hidung ke atas lantai. Tumakninah bermaksud
tenang sementara waktu setelah mantapnya kedudukan anggota yang jangka
waktunya lebih kurang ditafsir sekurang-kurangnya selama membaca satu
kali “Subhanallah”. Yang kelapan ialah duduk Antara dua sujud dengan
tumakninah iaitu bangun kembali setelah sujud yang pertama untuk duduk
sebentar sementara menanti sujud yang kedua. Yang kesembilan ialah duduk
untuk tasyahhud pertama. Yang kesepuluh ialah membaca tasyahhud akhir
iaitu di waktu duduk rakaat yang terakhir. Yang kesebelas ialah membaca
selawat ke atas Nabi iaitu setelah selesai tasyahhud akhir maka dilanjutkan
membaca pula selawat atas Nabi dan keluarganya. Yang kedua belas ialah
mengucap salam yang pertama iaitu setelah selesai membaca tasyahhud
akhir dan selawat ke atas Nabi dan keluarga baginda maka memberi salam
dan yang wajib hanya salam pertama. Yang terakhir ialah tertib iaitu berturut-
turut menurut peraturan yang telah ditentukan. 10

Terdapa 12 rukun solat iaitu yang pertama ialah niat. Seterusnya ialah
berdiri betul. Selepas itu ialah takbiratul ihram. Tambahan pula ialah
membaca Al-Fatihah. Seterusnya ialah rukuk. Selain itu ialah iktidal.
10
Muhammad Abdul Hamid, 2004, Pedoman Lengkap Fiqh Islam, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise, m/s 227-
230
12

Tambahan lagi ialah sujud. Selepas itu ialah duduk tawarruk dan iftirasyii.
Kemudian ialah meninggalkan duduk istirahah. Seterusnya ialah tahiyyat.
Tambahan pula ialah memberi salam. Akhir sekali, tertib. 11

Terdapat 13 rukun solat iaitu pertama ialah niat iaitu tempat berniat di
dalam hati dan dilakukan ketika mengucap takbiratul ihram. Kedua ialah
berdiri betul iaitu berdiri bagi orang yang berkuasa di dalam solat fardhu. Jika
tidak berkuasa, bolehlah duduk. Jika tidak sanggup duduk bolehlah berbaring
tubuh ke arah kanan. Jika tidak berkuasa bolehlah bersandar atau
menelentangkan badannya. Ketiga ialah membaca takbiratul ihram iaitu
Allahu Akbar. Keempat ialah membaca surah Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat,
sama ada dia solat berseorangan atau berjemaah. Orang yang tidak dapat
membaca surah Al-Fatihah hendaklah dia membaca sekadar yang dia ingat
walaupun satu ayat sahaja. Kelima ialah rukuk serta tumakninah. Rukuk itu
hendaklah kedua tapak tangan ke lututnya sementara kepala dan belakang
selari dengan punggung 90 darjah. Keenam ialah iktidal serta tumakninah.
Ketujuh ialah sujud dua kali serta tumakninah. Sujud itu hendaklah dilakukan
dengan tujuh anggota iaitu dahi, hidung, dua tapak tangan, dua tapak lutut
dan hujung kedua kaki. Keadaan sujud itu hendaklah punggung itu lebih tinggi
daripada kepala. Kelapan ialah duduk Antara dua sujud serta tumakninah.
Kesembilan ialah duduk tasyahhud akhir serta selawat ke atas Nabi
Muhammad SAW dan keluarganya, Kesepuluh ialah membaca tasyahhud
akhir. Kesebelas ialah membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada
tasyahhud akhir. Kedua belas ialah memberi salam yang pertama. Dan yang
terakhir ketiga belas ialah tertib.12

6.0 Syarat Wajib

Terdapat 5 syarat-syarat wajib solat. Pertama ialah beragama Islam. Kedua


ialah suci daripada haid dan nifas. Ketiga ialah berakal, orang yang tidak
11
Abu Ruwais Al-Syubrawi, Wuduk & Solat menurut Sunnah & mazhab Syafie, Selangor, Karya Bestari Sdn. Bhd,
m/s 175-226
12
Ustaz Sulaiman Endut, 2010, Asas-asas Fardhu Ain, Selangor Darul Ehsan, Pustaka Haji Abdul Hamid, m/s 98-
99
13

berakal tidak wajib solat. Keempat ialah baligh. Antaranya, adalah keluar
mania tau bermimpi bersetubuh atau mulai keluar haid bagi perempuan.
Kanak-kanak yang belum baligh, maka wajiblah ke atas walinya menyuruhnya
solat ketika usianya tujuh tahun dan bolehlah dipukul jika dia
meninggalkannya jika dia berusia sepuluh tahun. Akhir sekali ialah berada
dalam kesedaran iaitu tidak tidur. Orang yang tidur dan orang yang lupa tidak
wajib solat.13

Tentang syarat-syarat wajib mengerjakan solat itu ada enam perkara


iaitu pertama ialah Islam. Kedua ialah suci daripada haid dan nifas. Ketiga
ialah sampai dakwah Islam kepadanya. Keempat ialah berakal. Kelima ialah
baligh. Akhir sekali ialah ada pendengaran. 14

7.0 Syarat Sah

Syarat-syarat sah solat ada lima iaitu yang pertama ialah suci badannya dari
dua hadas iaitu hadas besar dan hadas kecil. Kedua ialah bersih badan,

13
Ustaz Sulaiman Endut, 2010, Asas-asas Fardhu Ain, Selangor Darul Ehsan, Pustaka Haji Abdul Hamid, m/s 97
14
Muhammad Abdul Hamid, 2004, Pedoman Lengkap Fiqh Islam, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise, m/s 224
14

pakaian dan tempatnya dari najis. Ketiga ialah menutup aurat bagi lelaki
antara pusat dan lutut dan bagi wanita seluruh badannya kecuali wajah dan
dua telapak tangan. Keempat ialah sudah masuk waktu solat. Kelima ialah
menghadap kiblat kerana orang yang solat itu wajib menghadap ke arah
kiblat.15

Syarat-syarat sah solat ada 5 iaitu suci daripada hadas kecil dan hadas
besar. Kedua ialah suci badan, pakaian atau tempat solat dari segala najis.
Ketiga ialah menutup aurat, aurat hendaklah ditutup dengan sesuatu yang
menghalangi kelihatan warna kulit. Aurat lelaki Antara pusat dan lutut. Aurat
perempuan seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Keempat
ialah sudah masuk waktu solat. Akhir sekali ialah menghadap ke arah kiblat
dengan dadanya dan wajahnya.16

8.0 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

Adapun hal-hal yang membatalkan solat ialah berhadas kecil mahupun


besar, berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

15
Muhammad Abdul Hamid, 2004, Pedoman Lengkap Fiqh Islam, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise, m/s 224-
226
16
Ustaz Sulaiman Endut, 2010, Asas-asas Fardhu Ain, Selangor Darul Ehsan, Pustaka Haji Abdul Hamid, m/s 98
15

“Atau jika salah seorang di antaramu, keluar dari tandas”, maksudnya buang
air,baik kecil mahupun besar.”

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Telah bersabda Rasullullah SAW “Allah tidak menerima solat salah seorang
di antaramu jika ia berhadas sampai ia berwuduk”. Maka berkatalah seorang
lelaki dari Hadramaut: “Apa maksudnya hadas ya Abu Hurairah? “kentut atau
berak” ujarnya.

(HR. Bukhari dan Muslim)

Hadas besar, sebagaimana dinyatakan dalam hadis:

“Kerana harus berwuduk” dan kerana kata Ibnu ‘Abbas ra. :Mengenai mani,
itulah yang diwajibkan mandi kerananya. Adapun mazi dan wadi, maka
hendaklah kau basuh kemaluanmu dan sekitarnya, kemudian berwudhuklah
yakni wudhuk untuk solat.”

(HR. Baihaqi dalam Sunan)

Berkata-kata dengan sengaja selain bacaan solat, walaupun dengan


satu huruf yang memberi suatu pengertian. Dalam sebuah riwayat
diterangkan: Diterima dari Zaid bin Arqam, katanya:

“Kami pernah bicara dalam solat, yang seorang mengajak teman yang di
sampingnya bicara, hingga turunlah ayat: “Dan tegaklah kamu menyembah
Allah dengan khusyuk.” Maka sejak itu kami diperintah diam dan dilarang
berbicara.”

Sengaja meninggalkan sesuatu rukun atau syarat solat tanpa ‘uzur, misalnya
terbuka auratnya, membelakangi kiblat. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
kepada orang Badwi yang tidak menyempurnai solatnya:

“Kembalilah bersolat, kerana engkau belum cukup solatnya.”


16

(HR. Daraqutni dan Baihaqi dengan sanad daif) 17

9.0 SOLAT-SOLAT SUNAT

SOLAT TAHAJJUD

17
Muhammad Abdul Hamid, 2004, Pedoman Lengkap Fiqh Islam, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise, m/s 231-
233
17

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam.
Sedikitnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya tidak terbatas. Waktu
sesudah solat Isyak sampai terbit fajar. Solat di waktu malam hanya dapat
disebut tahajjud, dengan syarat apabila dilakukan sesudah bangun dari tidur
malam, sekalipun tidur itu hanya sebentar. Jadi apabila dikerjakan tanpa tidur
sebelumnya makai a bukan solat tahajjud tetapi solat sunat saja seperti witir
dan sebagainya.

Kalau diketahui waktu melakukan ibadat ini dan waktu Isyak sampai
waktu Subuh, sedang sepanjang malam ini ada saat utama, lebih utama dan
paling utama, maka waktu panjang yangitu dapat kita bagi menjadi tiga
bahagian seperti:

Sepertiga pertama, iaitu kira-kira dari jam 19 sampai dengan jam 22,
ini saat utama. Selain itu, sepertiga kedua, iaitu kira-kira dari jam 22 sampai
dengan jam 1, ini saat paling utama. Seterusnya, sepertiga ketiga, iaitu kira-
kira dari jam 1 sampai dengan masuknya waktu Subuh, ini adalah saat yang
paling utama.

Demikianlah dalam hadis Rasullullah SAW berbunyi,

Perintah Allah turun ke langit dunia di waktu tinggal sepertiga yang


akhir dari waktu malam, lalu berseru: Adakah orang-orang yang memohon
(berdoa), pasti akan kuberi dan adakah yang mengharap/memohon
ampunan, pasti akan Kuampuni baginya, sampai tiba waktu Subuh.

Dasar Solat Tahajjud


18

Solat Tahajjud yakni Solat malam itu sangat dianjurkan, sebagaimana firman
Allah yang bermaksud:

“Hendaklah engkau gunakan sabahagian waktu malam itu untuk solat


Tahajjud, sebagai solat sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan
membangkitkan engkau dengan kedudukan yang baik.”

(Bani Israil; 79)

Selanjutnya firman Allah SWT yang bermaksud:

“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada
Tuhannya dengan rasa takut dan menaruh harapan; dan sebahagian dari apa yang
kami kurniakan itu, mereka belanjakan.”

(As-Sajadah: 16)

Maksud ayat ini, mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur, lantaran mereka
beribadat Allah dengan takut akan seksa-Nya dan dengan mengharap akan
ganjaran-Nya. Dan mereka berzakat dengan sebahagian dari pemberian Allah yang
diberikan kepada mereka.

Orang-orang yang suka beribadat di waktu malam dengan solat malam, ialah
orang-orang yang terpuji menurut pandangan Allah, dan dalam hal ini Allah
berfirman yang bermaksud:

“Mereka itulah orang yang telah diberi petunjuk Allah kerana itu ikutilah
petunjuk seperti yang ada pada mereka.”

(Al-An’am: 90)

Solat Tahajjud itu banyak sekali fadhilahnya (keutamaannya), kerana solat ini dapat
mendekatkan diri kepada Allah SWT, sebagaimana dinyatakan oleh Nabi
Muhammad SAW dalam sabdanya yang bermaksud:
19

“Sedekat-dekat hamba kepada Allah ialah pada tengah malam yang terakhir.
Maka jikalau engkau dapat termasuk golongan orang yang zikir kepada Allah pada
saat itu maka usahakanlah.”

(HR. Al-Hakim)

Abu Muslim berkata kepada Abu Zar:

“Pada saat manakah solat malam itu yang lebih utama? Abu Zar
menjawab: “Saya pernah bertanya demikian kepada Rasullullah SAW maka
sabdanya: Pada tengah malam yang terakhir, tetapi sedikit sekali orang yang
suka mengerjakannya.”

(HR. Ahmad dengan isnad yang baik)18

SOLAT HAJAT

Erti Solat Hajat

18
Muhammad Abdul Hamid, 2004, Pedoman Lengkap Fiqh Islam, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise, m/s 375-
383
20

Solat Hajat ialah solat sunat yang dikerjakan kerana mempunyai hajat agar
diperkenankan hajatnya oleh Allah. Solat hajat dikerjakan dua rakaat, kemudian
berdoa memohon sesuatu yang menjadi hajatnya.

Solat hajat ini banyak ragam cara mengerjakannya, yakni bukan pada syarat
rukunnya yang bermacam-macam, tetapi pada bacaan dan cara mengerjakannya.
Sedang syarat rukunnya tetap seperti solat-solat biasa.

Pada pokoknyasolat hajat ini dilaksanakan dua rakaat, sampai dengan 12


rakaat, dengan tiap-tiap dua rakaat satu malam.

Ayat-ayatnya terserah kepada yang akan mengerjakannya dan diperbuat dua


rakaat sehingga sampai dua belas rakaat jumlahnya. Tegasnya solat hajat ini cukup
dua rakaat dan boleh dua belas rakaat terserah kepada yang akan mengerjakannya.

Dasar Solat Hajat

Dasar solat hajat ini dalam Al-Quran dinyatakan:

“Hai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan kepada Allah


dengan sabar dan solat, kerana sesungguhnya Allah beserta orang-orang
yang sabar.”

(Al-Baqarah: 153)

Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan
Al-Hakim bersabda yang bermaksud:

“Kamu berdoalah kepada Allah, dan hendaklah kamu benar-benar yakin akan
dikabulkan. Ketahuilah olehmu, bahawa sesungguhnya Allah tidak akan
mengabulkan doanya orang-orang yang lalai dan main-main.”

(HR.At-Tirmizi dan Al-Hakim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya
tidak ada yang berputus asa dari rahmat Allah, kecuali orang-orang kafir.
21

(Yusuf: 87)19

SOLAT TASBIH

Erti Solat Tasbih

19
Muhammad Abdul Hamid, 2004, Pedoman Lengkap Fiqh Islam, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise, m/s 363-
366
22

Solat sunat tasbih ialah yang sebagaimana dianjurkan oleh Rasullullah SAW
kepada bapa saudaranya Sayyidina Abbas Ibn Mutholib.

Solat tasbih ini dianjurkan mengamalkannya, kalau dapat tiap-tiap malam,


kalau tidak dapat tiap malam, maka sekali seminggu, kalau juga tidak sanggup
sekali seminggu, dapat juga dilakukan sebulan sekali atau setahun sekali dan kalau
tidak dapat setahun , setidak-tidaknya sekali seumur hidup.

Cara Mengerjakannya

Kalau dikerjakan pada siang hari, hendaklah dikerjakan 4 rakaat


dengan satu salam. Selain itu, Kalau dikerjakan pada malam hari, hendaklah
empat rakaat itu dijadikan dua salam. Seterusnya, Solat ini disebut solat
tasbih, kerana di dalamnya dibacakan tasbih sehingga dalam 4 rakaat itu
berjumlah 300 tasbih.

Fadhilat Tasbih, Tahmid, Tahlil dan takbir

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada dua kalimat yang ringan disebut dalam lisa, tetapi sangat berat isi
timbangannya, dan ia sangat disukai Allah Tuhan Yang Rahman.

Kedua kalimat itu ialah ucapan:

‫سبحان اهلل وحبمده سبحان اهلل العظيم‬

Ertinya:

“Maha Suci Allah, dan saya memujinya. Maha suci Allah Zat yang Maha
Agung.”

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:


23

“Bersuci itu sebahagian dari iman, dan ucapan Alhamdulillah dapat memenuhi
dayn timbangan, Subhanallah walhamdulillah dapat memenuhi kedua timbangan itu,
ataupun memenuhi apa yang terdapat di antara langit dan bumi.”

(HR. Bukhari dan Muslim)20

SOLAT DHUHA

Erti Solat Dhuha


20
Muhammad Abdul Hamid, 2004, Pedoman Lengkap Fiqh Islam, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise, m/s 371-
375
24

Solat Dhuha ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang
naik. Sekurang-kurangnya solat ini dua rakaat, boleh empat rakaat, enam rakaat,
lapan rakaat dan dua belas rakaat.

Hukumnya

Solat dhuha hukumnya sunat. Kerana itu barangsiapa yang menginginkan


pahalanya, kerjakanlah sekehendakmu, dan kalau tidak, tidak ada halangan pula
meninggalkannya.

Dari Abu Said ra. Berkata:

“Rasullullah SAW selalu melaksanakan solat dhuha sampai-sampai kita


mengira abahwa beliau tidak pernah meninggalkannya, tetapi jika telah
meninggalkannya sampai-sampai kita mengira , bahawa beliau tidak pernah
mengerjakannya.”

(HR. Tirmizi)

Waktu Solat Dhuha

Permulaan solat dhuha ini kira-kira matahari sedang naik setinggi 7 hasta dan
berakhir di waktu matahari lingsir.

Disunatkan juga melaksanakan pada waktu matahari naik agak tinggi


dan panas agak terik.

Dari Zaid bin Arqam r.a. katanya:

“ Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba. Dikala itu mereka sedang
mengerjakan solat dhuha. Beliau lalu bersabda: “Inilah solat orang-orang yang
kembali kepada Allah,yakni diwaktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan
waktu dhuha.”

(HR. Ahmad, Muslim)

Fadilat Solat Dhuha


25

Solat Dhuha sebagai solat sunat yang sangat banyak sekali fadilahnya
(keutamaannya). Sangat baik sekali solat sunat dhuha ini, kita mudawamahkan (kita
membiasakan) yakni kita biasakan sehari-hari melaksanakannya. Kerana ditinjau
dari segala segi baik sekalibagi yang melaksanakannya. Ditinjau dari sedi memohon
magfirah; Ditinjau dari segi mencari ketenangan hidup dan ditinjau dari memohon
tambahnya rezeki kepada Allah, maka solat dhuha ini patut sekali kita biasakan tiap-
tiap hari.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.
dalam hadis sepeti berikut:

“Siapa saja yang dapat mengerjakan solat dhuha dengan kerap, akan
diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosaitu sebanyak luas lautan.”

Dalam hadis lain dinyatakan: sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Solat dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan),


dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha, kecualihanya orang-orang yang
bertaubat.”21

SOLAT ISTIKHARAH

Erti Solat Istikharah

21
Muhammad Abdul Hamid, 2004, Pedoman Lengkap Fiqh Islam, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise, m/s 384-
390
26

Solat Istikharah ialah solat sunat dua rakaat untuk memohon kepada
Allah ketentuan pilihan yang lebih baik diantara dua hal atau lebih yang belum
dapat ditentukan baik buruknya. Yakni pabila seseorang berhajat dan bercita-
cita akan mengerjakan sesuatu maksud, sedang ia ragu-ragu dalam
pekerjaan atau maksud itu, apakah dilakukan terus atau tidak. Maka untuk
memilih salah satu dari dua hal diteruskan atau tidak, disunatkan solat
istikharah dua rakaat.

Perlu diperhatikan, bahawa solat istikharah bukan bererti mencari mimpi,


yakni sesudah solat istikharah kemudian tidur untuk mendapatkan impian yang
memberi alamat tentang maksud hajat tersebut. Solat istikharah ialah mencari
kebaikan, ertinya kalau kita mempunyai hajat, lalu melaksanakan solat istikharah,
maka jika maksud hajat itu dilaksanakan kita akan memperoleh barakah dan jika
tidak dilaksanakan juga akan memperoleh barakah.

Waktu Solat Istikharah

Solat istikharah dan solat hajat waktunya lebih utama, jika dikerjakan seperti
solat tahajjud, yakni dimalam hari, dan dikerjakan seperti solat biasa, sesudah
selesai solat istikharah dengan sempurna kemudian terus berdoa dengan doa
istikharah dan sesudah berdoa hendaklah memilih dalam hati, mana yang
cenderung dalam hati di antara dua hal itu. Tegasnya solat istikharah itu boleh
dikerjakan disebarang waktu.

Dasar Hukum Solat Istikharah

Hukumnya sunat mu’akkad bagi yang sedang menghajatkan petunjuk itu.


Anjuran sunat istikharah itu sesuai dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

“Tidak akan kecewa bagi orang yang melaksanakan solat istikharah,dan tidak
menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak akan kekurangan bagi
orang yang suka berhemat. (HR. Tabrani)
27

Dalam Kitab Sunan Ibnu Majah dimuat hadis yang menganjurkan solat
istikharah jika menghadapi sesuatu hal, sebagamana sabda Nabi Muhammad SAW
sebagai berikut:

Rasullullah SAW memberi pelajaran kepada kita untuk beristikharah dalam


segala perkara, sebagaimana beliau mengajarkan kepada kita surah dari Al-Quran.

Anjuran beliau dinyatakan dalam hadis sebagai berikut yang ertinya:

“Jika kamu menghendaki sesuatu perkara, hendaklah kamu solat dua rakaat (bukan
solat fardhu) lalu berdoalah…”22

22
Muhammad Abdul Hamid, 2004, Pedoman Lengkap Fiqh Islam, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise, m/s 357-
362
28

10.0 Kesimpulan

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun ayat 1-2 yang bermaksud
“Benar-benar sangat beruntung orang-orang yang beriman. Yakni mereka yang
khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.” Solat mengandungi falsafah atau
hikmah tersendiri yang perlu kita hayati. Sangat daif pemikiran jika ada yang
menganggap solat mengganggu rutin tugasan seharian. Ini kerana solat perlu
ditafsirkan sebagai jalan petunjuk Allah SWT untuk membimbing manusia supaya
sentiasa menghargai dan menepati masa. Itu adalah falsafah ulung dalam solat.
Menerusi ibadat solat, ia mengajar kita supaya bijak menguruskan. Sebarang
kecuaian akan memberikan kesan buruk kepada catatan amal kita. 23

11.0 Rujukan
23
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/04/447769/hikmah-sebalik-solat , Hikmah Sebalik Solat, 23 April
2019, 31 Disember 2019, 10:35 pm.
29

Edi Hudiata, Sejarah Perintah Solat, 1 Ogos 2008, 13 Disember 2019, 9:00
pm

https://www.hmetro.com.my/addin/2019/04/447769/hikmah-sebalik-solat ,
Hikmah Sebalik Solat, 23 April 2019, 31 Disember 2019, 10:35 pm.

Mustaffa Suhaimi, 2006, Solat Rasulullah, Kuala Lumpur, Progressive


Publishing House Sdn. Bhd

Abu Ruwais Al-Syubrawi, Wuduk & Solat menurut Sunnah & mazhab Syafie,
Selangor, Karya Bestari Sdn. Bhd

Kasmuri Selamat M.A, 1996, Panduan Memperoleh Hikmah Dalam Solat,


Kuala Lumpur, Darul Nu’man

Muhammad Abdul Hamid, 2004, Pedoman Lengkap Fiqh Islam, Kuala


Lumpur, Jasmin Enterprise

Ustaz Sulaiman Endut, 2010, Asas-asas Fardhu Ain, Selangor Darul Ehsan,
Pustaka Haji Abdul Hamid

Ustaz Mohammad Nidzam Abd Kadir, 2006, Soal Jawab Remeh-temeh


Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya, Kuala Lumpur, Telaga Biru Sdn. Bhd

Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad Bin Hj. Ibrahim, 2010, Himpunan 110 Solat-
solat Sunat, Qiamullail, Doa-doa, Munajat & Istighfar, Selangor, Al-Hidayah
Publication
30

Al-Ghazali, Membongkar Rahsia-rahsia Solat, Selangor, SAM Synergy Media


Sdn. Bhd

Abu Fatiah Al-Adnani & Abu Ammar, 2013, Dari Alam Barzakh Menuju
Padang Mahsyar, Jawa Tengah, Granada Mediatama

Anda mungkin juga menyukai