Anda di halaman 1dari 2

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Semester 1

PEPERIKSAAN BAWA PULANG : DISEMBER 2020

KAMPUS :

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : GCI1022


KURSUS : CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA
MASA : 6 JAM
JUMLAH MARKAH : 30

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi satu bahagian:


Bahagian A : 2 soalan esei (30 markah), jawab semua soalan.

2. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words menggunakan
font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan
dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di
sebelah kanan header.

3. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi peraturan
penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

4. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak berbincang
dan meniru jawapan calon-calon lain.

5. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah dikira telah
gagal peperiksaan berkenaan.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 2 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT GCI1022

BAHAGIAN A
( 30 markah )

Jawab semua soalan.

1. Isu-isu global dan cabaran semasa dunia menuntut pelbagai langkah penyelesaian
dan tindakbalas dari pelbagai pihak yang bertanggungjawab. Isu ini membawa
perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial di dalam dan luar negara.lsu alam
sekitar tidak terkecuali dari menerima ledakan pembangunan yang kian pesat.
Berikan pendapat anda tentang isu-isu alam sekitar global berdasarkan deklarasi dan
protokol antarabangsa mengenai alam sekitar yang dipersetujui bersama serta
perincikan impak isu tersebut terhadap pendidikan di Malaysia.

Jawapan yang diberi perlu disokong oleh hujah-hujah yang bernas dari sumber-
sumber rujukan yang asli, dan disertakan dengan contoh-contoh yang sesuai.
Penulisan anda perlu diorganisasikan secara sistematik.
Jawapan anda hendaklah tidak melebihi 500 patah perkataan.

[15 markah]

2. Pendemik Covid 19 merupakan cabaran masa kini yang perlu dihadapi oleh setiap
negara di dunia. Pendemik ini memberi kesan ke atas sistem ekonomi, pendidikan,
pentadbiran dan sosial rakyat Malaysia.

Buat analisis cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara berkaitan isu Pendemik
Covid 19 dan perincikan inisiatif negara dalam menangani isu global ini.

Jawapan anda hendaklah tidak melebihi 500 patah perkataan bagi soalan yang
dikemukakan.
[15 Markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

2 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai