Anda di halaman 1dari 3

SOALAN STRUKTUR

1. Pengertian Sejarah :

Bahasa Melayu :

- Istilah sejarah berasal daripada bahasa Arab ‘Syajaratun.


- Bererti pokok.
- Sejarah dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal-usul.

Bahasa Inggeris :

- Sejarah ialah history.


- Bererti cerita tentang seseorang .
- Perkataan history berasal daripada perkataan Yunani

2. Definisi Sejarah berdasarkan Kamus Dewan

- Asal usul ( keturunan) dan salasilah.


- Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau, kisah, riwayat dan tambo.
- Sejarah dikaitkan dengan kajian atau pengetahuan tentang peristiwa yang telah berlalu.

3. Pengertian Sejarah berdasarkan pandangan Herodotus, Khoo Kay Kim dan Muhd Yusof
Ibrahim.

- Sejarah ialah penceritaan tentang manusia yang penting dan mengagumkan.


- Peristiwa yang berlaku pada suatu masa lalu yang diperoleh berdasarkan bukti.
- Sejarah adalah berkaitan peristiwa yang pernah berlaku dan membawa iktibar kepada kita.
SOALAN ESEI

1 A) Kepentingan mempelajari Sejarah?

1 Mengenal asal usul keluarga dan negara kita


2 Memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa
3 Membentuk warganegara yang mempunyai jati diri dan keperibadian yang mulia
4 Mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa yang lalu untuk kehidupan pada masa akan
datang
5 Memupuk patriotisme dan rasa cinta akan negara
6 Menghargai warisan negara dan bangsa
7 Mengukuhkan perpaduan
8 Meneruskan kesinambungan hubungan harmoni antara kaum di negara kita
9 Membangunkan negara dan bangsa
10 Memahami budaya dahulu dan kini bagi memajukan negara pada masa akan datang
11 Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah
12 Membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa
13 Memahami peristiwa sejarah secara lebih mendalam

B) Kesan tidak mempelajari sejarah negara kita?

1 Asal usul bangsa dan negara tidak diketahui


2 Hilang jati diri bangsa
3 Kesilapan yang sama akan diulangi
4 Warisan negara tidak dihargai
5 Semangat patriotisme akan semakin luntur
6 Kemerdekaan negara tidak dihargai
7 Kedaulatan negara akan tergugat
8 Perpaduan antara kaum menjadi renggang
Atau mana-mana jawapan munasabah

C) Bagaiman cara mengaplikasikan ilmu sejarah dalam kehidupan?

1 Menguatkan jati diri dengan menyayangi diri, keluarga dan bangsa melalui cara hidup
yang baik.
2 Membentuk keperibadian yang mulia
3 Mengambil iktibar daripada kesilapan yang sama agar kesilapan tidak berulang lagi.
4 Berasa bangga dengan pencapaian negara
5 Memupuk semangat cinta akan negara
6 Mematuhi undang-undang negara
7 Meningkatkan ilmu dan kemahiran untuk membangunkan negara
Atau mana-mana jawapan munasabah
2 A) Bincangkan kesan Zaman Air Batu Akhir terhadap bentuk fizikal dan kehidupan bumi.

1 Pengglasieran yang berlaku telah menukar wajah dan bentuk fizikal bumi.
2 Air batu yang cair melimpahi laut dan tanah tinggi
3 Bentuk fizikal bumi berubah seperti hari ini
4 Berlaku perubahan paras air laut dengan kedalaman 100 meter.
5 Air batu yang cair telah membentuk tasik-tasik air tawar seperti Tasik Dayang Bunting di
Malaysia.
6 Binatang seperti Sloth, Mammot dan harimau taring yang hidup pada zaman Pleistosen
telah pupus.
7 Bentuk saliran sungai juga berubah kepada bentuk yang ada hari ini.

B) Mengapakah pemeliharaan alam sekitar amat penting dalam kehidupan kita?


1 Mengelakkan flora dan fauna terpupus.
2 Mengelakkan binatang liar terpupus.
3 Membekalkan udara yang segar dan nyaman.
4 Mengekalkan keindahan alam sekitar.
5 Memastikan kesihatan manusia terpelihara.
6 Memastikan hidup selesa dan nyaman.
7 Menstabilkan suhu persekitaran.
8 Mengurangkan kesan pemanasan global.
Atau mana-mana jawapan yang munasabah

C) Cadangan untuk memelihara alam sekitar demi kesejahteraan dan keselsaan hidup kita.

1 Mengurangkan aktiviti pembalakan.


2 Menggunakan tenaga solar untuk menggantikan tenaga elektrik.
3 Mengurangkan penebangan pokok.
4 Mengadakan aktiviti gotong royong.
5 Mengadakan kempen alam sekitar seperti kempen “ Cintai Sungai Kita”, kempen Kitar Semula
6 Mengadakan aktiviti penanaman semula pokok atau penghutanan semula.
7 Mewartakan hutan simpan dan Taman Negara.
8 Menggalakkan penggunaan baja organic bagi menggantikan baja kimia.
9 Penggunaan kaedah biologi untuk mengurangkan penggunaan racun perosak.
Atau mana-mana jawapan yang munasabah

Anda mungkin juga menyukai