Anda di halaman 1dari 20

ABSTRAK

Kertas konsep ini membincangkan keberkesanan pembelajaran berasaskan inkuiri


dalam merangsang dan meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran melalui pelaksanaan
aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu
baharu. Melalui penggunaan pendekatan kitaran pembelajaran dalam bilik darjah,
pembelajaran berasaskan inkuiri dapat dilaksanakan kerana kitaran pembelajaran memfokus
kepada prinsip-prinsip konstruktivisma dan menekankan penjelasan dan penyiasatan,
penggunaan bukti untuk membuat kesimpulan, dan reka bentuk eksperimen. Modul
pembelajaran 7E (Bybee & Landes, 1990) digunakan sebagai kaedah untuk menyokong
inkuiri penemuan. Selain itu, turut dibincangkan ialah amalan terbaik dan cadangan-cadangan
untuk penambahbaikan kaedah inkuiri penemuan.

Kata kunci: pembelajaran berasaskan inkuri, modul pembelajaran 7E,

1.0 PENGENALAN
Keadah pengajaran dan pembelajaran (p&p) berasaskan Inkuiri (inquiry Based
Learning) merupakan satu pendekatan di mana murid membina pengetahuan dan kefahaman
sendiri melalui penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada. Pelaksanaan
kaedah ini adalah melalui pelbagai pendekatan seperti pembelajaran berasaskan projek,
penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif bagi
melahirkan murid yang berilmu dan berkemahiran berfikir aras tinggi. Proses p&p inkuiri
berfokus kepada ‘learning by doing’ yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti
penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baharu.
Kemahiran inkuiri adalah antara kemahiran belajar yang diberi penekanan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Setiap murid perlu membina
kemahiran ini untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat bagi membolehkan mereka
menghubungkait pelbagai pengetahuan. Inkuiri membantu pemerolehan pelbagai kemahiran
berfikir aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi
maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.
Penguasaan kemahiran ini mampu menyediakan murid menjadi pemain global abad ke-21.
Pendekatan Inkuiri membolehkan murid mengalami proses penerokaan yang
melibatkan pertanyaan soalan, penyiasatan dan pengumpulan maklumat menggunakan deria
dan kognisi. Secara umumnya, Inkuiri mementingkan “mengapa” dan “bagaimana”
berbanding dengan “apa” terhadap sesuatu perkara atau kejadian. Melalui proses Inkuiri,
murid menjadi penyelesai masalah dan penyelidik dan juga sebagai pembina ilmu. Inkuiri
melibatkan murid dengan aktiviti mengenal pasti masalah, membuat andaian, membuat
hipotesis, merancang penyiasatan, membuat inferens, mengumpul evidens, menganalisis data
dan membuat rumusan, keputusan atau kesimpulan. Inkuiri juga dapat meningkatkan
kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif murid serta menggalakkan pembelajaran
terarah kendiri. Inkuiri dapat menimbulkan rasa ingin tahu dan menggalakkan murid untuk
bertanya. Dalam masa yang sama murid akan membuat refleksi sepanjang proses
pembelajaran.

Aktiviti-aktiviti di kelas banyak melibatkan pendekatan tradisional yang sangat


bergantung pada guru dan kurang penglibatan aktif pelajar dalam kelas. Amalan pedagogi ini
disebut sebagai kaedah pengajaran didaktik (Flower et al. 2000). Kajian ini juga
menyarankan supaya amalan seperti yang digambarkan, berpunca daripada sistem pendidikan
negara yang mementingkan peperiksaan yang standard. Penilaian oleh guru adalah semata-
mata untuk mengukur kemajuan atau tahap penguasaan dan menguji pengetahuan yang telah
dipelajari oleh pelajar (Dick & Carey 1990; Gagne, Briggs & Wager 1988; Trollip & Lippert
1987).. Sistem pendidikan di Malaysia dari segi perspektif pedagogi sangat menggalakkan
guru mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif seperti membenarkan
pelajar membuat aktiviti secara ‘hands-on’ dan ‘minds on’ , membuat amali dan
menggalakkan pembelajaran secara inkuiri. Perlaksanaan inkuiri juga sejajar dengan
penekanan baharu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang sedang disebar luas oleh
pihak KPM. Amalan ini selaras dengan strategi yang terkandung dalam Dasar Sains dan
Teknologi Negara 2 yang menyarankan pendekatan yang berlainan dalam pendidikan, yakni
daripada pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan dan penghafalan kepada
pendekatan yang berorientasikan amali dan inovasi. Kertas konsep ini mengkaji sejauh
manakah kaedah inkuri penemuan dapat membantu pelajar dalam menghayati dan
menguasai ilmu dan kemahiran yang dipelajari.

2.0 DEFINISI ISTILAH


2.1 PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
Inkuiri adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid yang
melibatkan pertanyaan dan rasa ingin tahu di mana murid mencari jawapan melalui
pemerhatian, hipotesis, mengumpul data, pengukuran, menterjemah dan membina
rumusan/refleksi. Inkuiri juga merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
menggalakkan penyiasatan masalah, penerokaan dan penemuan untuk mendapatkan
maklumat serta pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu tugasan yang dijalankan.
(BPK, 2016). Inkuiri merupakan proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis,
mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan
masalah. (Shulman,1968). Pembelajaran secara tidak langsung melibatkan aktiviti
penerokaan dan penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat
melalui penyoalan dan penyelesaian masalah dalam p&p. (Carin & Sund,1971).
Pembelajaran Inkuiri juga merupakan satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid
dan melibatkan aktiviti hands-on (Colburn, 2000). Satu proses yang dinamik yang melibatkan
pertanyaan dan rasa ingin tahu (wonder and puzzlements) untuk mengetahui dan memahami
dunia. (Galileo, 2004).

3.0 CIRI-CIRI INKUIRI

Dalam melaksanakan pembelajaran secara inkuiri, ciri-ciri pelaksanaan inkuiri perlu


diikuti. Antaranya ialah berpusatkan murid. Pembelajaran secara inkuiri berlaku apabila
murid melakukan aktiviti meneroka, mengenalpasti, mencari dan menguji pengetahuan.
Murid juga terlibat secara aktif sebagai perancang dan pelaku dalam proses pembelajaran.
Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Murid menggunakan akal
fikiran yang munasabah terhadap sesuatu isu, masalah atau pengetahuan dengan keadaan
masa kini. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator membantu dan bukannya pemberi
maklumat dan bukannya berpusatkan guru.
Ciri yang kedua ialah, pembelajaran inkuiri merangsang minat dan sikap ingin tahu.
Murid perlu mempunyai minat dan sikap ingin tahu, menyoal dan menyiasat masalah yang
berlaku dari situasi yang diwujudkan guru. Guru perlu bersedia merancang teknik penyoalan
yang sesuai bagi lebih mencetuskan persoalan dan minat murid supaya pembelajaran inkuiri
dapat dilaksanakan.
Ciri yang ketiga ialah mengemukakan soalan dan membuat inferens dalam proses
pencarian maklumat. Guru perlu mementingkan soalan yang mencabar pemikiran murid.
Soalan bersifat Kemahiran Beraras Tinggi (KBAT) perlu lebih banyak dikemukakan guru
dan bukannya soalan beraras rendah. Ini akan membantu dalam proses pencarian maklumat
murid.
Ciri yang keempat ialah pembelajaran inkuiri melibatkan proses kognitif, afektif dan
psikomotor. Proses ini bermula dengan pemerhatian, penerokaan, pengumpulan dan
interpretasi data, menerangkan data serta refleksi. Pembelajaran secara inkuiri juga
berorientasikan teknik, prosedur dan cara-cara melihat masalah serta menyelesaikan masalah
dalam pembelajaran. Proses mental berkembang semasa melakukan aktiviti dalam
penyelesaian masalah, membuat pemerhatian, membuat andaian/membina hipotesis, menguji
hipotesis, mengumpul data dan akhirnya membuat kesimpulan berdasarkan pelbagai
maklumat yang dapat dibuktikan.

4.0 TEORI DAN MODEL

Pembelajaran secara inkuiri secara umumnya adalah hasil daripada gabungan


beberapa teori pembelajaran dan pemikiran. Pembelajaran secara inkuiri wujud pada tahun
1960an oleh Joseph Schwab di mana idea individu berupaya belajar dengan menganalisis
masalah dan situasi melalui pengalaman sosial. Berbeza dengan menghafal maklumat
daripada bahan bercetak, fasilitator menggalakkan murid melakukan penyiasatan yang akan
memuaskan semangat ingin tahu mereka, membantu meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran. Teori perkembangan kognitif berkait rapat dengan konstruktivisme.
Konstruktivisme berlaku apabila murid membina sendiri pengetahuan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman mereka.

Antara teori-teori dan model-model yang menyokong pembelajaran secara inkuiri ini ialah:

4.1 Teori Piaget

Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget (1963) menjelaskan bagaimana kanak-
kanak mengkonstruk model mental dunia. Piaget tidak bersetuju bahawa kepandaian
adalah trait tetap tetapi perkembangan kognitif berlaku disebabkan kematangan secara
biologi dan interaksi dengan persekitaran. Piaget lebih berminat kepada alasan
mengapa kanak-kanak memberikan jawapan yang salah kerana ini membuktikan
perbezaan pemikiran diantara kanak-kanak dan dewasa. Terdapat 4 tahap asas kepada
Teori Kognitif Piaget iaitu skemata, asimilasi, akomodasi dan adaptasi. Bagi
perkembangan kognitif kanak-kanak terdapat 4 tahap mengikut umur yang
dikemukakan iaitu tahap sensori motor (sejak dilahirkan- 2 tahun), tahap pra operasi
(2 tahun – 7 tahun), tahap operasi konkrit (7 tahun- 11 tahun) dan tahap operasi
konkrit ( 11 tahun- 15 tahun). Dalam pembelajaran secara inkuiri, mengikut tahap
yang berbeza, kemahiran berfikir akan meningkat sehinggalah mereka dapat membuat
penaakulan terhadap kemungkinan yang akan berlaku dan menggunakan pelbagai
strategi untuk menyelesaikan masalah. Pembelajaran secara inkuiri berlaku secara
berperingkat mengikut proses semasa melakukan aktiviti daripada pengumpulan
maklumat sehingga membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang dapat
dibuktikan.

4.2 Teori Lev Vygotsky

Teori perkembangan sosial ini menekankan dimana ilmu pengetahuan dibina


berdasarkan interaksi sosial, alat budaya dan aktiviti yang membentuk pembelajaran
individu. Dua konsep penting dalam teori ini ialah Zon perkembangan proksimal
(ZPD) dan bantuan (scaffolding). ZPD ialah kemampuan melakukan sesuatu dengan
bantuan orang dewasa, dimana murid dan guru bekerjasama meningkatkan
pembelajaran murid melakukan kerja tersebut dan actual development level ialah
apabila murid melakukan kerja tanpa bantuan orang lain. Scaffolding bermaksud
tahap pengubahsuaian bantuan yang diberikan dan berkait rapat dengan ZPD.
Bimbingan diberikan kepada murid dalam mempelajari sesuatu yang baru tetapi
dikurangkan sehingga murid menguasai sesuatu kemahiran. Disamping guru, rakan
sebaya juga memainkan peranan memberi pengaruh kepada perkembangan kognitif
kerana kerja kelompok secara kooperatif mempercepatkan perkembangan kanak-
kanak. Dalam pembelajaran secara inkuiri, murid mendapatkan maklumat mereka
sendiri sehingga mereka boleh melakukan refleksi kendiri. Pencapaian mereka ini
boleh dikatakan sebagai actual development level mereka. Namun dengan adanya
scaffolding daripada guru tetapi hanya sebagai bimbingan, mereka boleh mencapai
had atas kepada pencapaian mereka.

4.3 Teori Gestalt

Setiap rangsangan dilihat oleh manusia dalam "bentuk yang paling sederhana". Fokus
utama teori adalah "pengelompokan" dan seluruh teori menekankan pada fakta
bahawa keseluruhan sesuatu adalah lebih besar daripada jumlah bahagiannya. Oleh
itu, prinsip operasi otak adalah holistik dan mempunyai kecenderungan mengatur diri.
Matlamat utama Teori Gestalt adalah untuk menggalakkan otak melihat bukan sahaja
keseluruhan, tetapi juga bahagian-bahagian yang membentuk keseluruhannya. Sebagai
contoh, apabila seseorang melihat pokok, adakah dia hanya melihat pokok ini, atau
adakah dia melihat daun, dahan, dan batangnya? Keseluruhan dan sebahagian adalah
dua perkara yang berbeza, dan pembelajaran dapat dicapai jika pelajar dapat secara
kognitif memproses bagaimana bahagian-bahagian dapat membentuk keseluruhannya.
Dalam pembelajaran secara inkuiri, guru harus menggalakkan murid mengetahui
hubungan elemen yang membentuk masalah. Sebarang jurang atau gangguan adalah
rangsangan penting dalam proses pembelajaran mereka. Teknik penyoalan yang
sesuai, penting bagi mereka dapat melihat memproses secara kognitif dan membuat
kesimpulan.

4.4 Model Pembelajaran 5E (Bybee, 1997)

Terdapat pelbagai model inkuiri yang boleh digunakan. Namun begitu model umum
bagi kurikulum kebangsaan ialah Model Pembelajaran 5E. Model Pembelajaran 5E
adalah adaptasi daripada model Biological Sciences Curriculum Study (BSCS) 5E
Instructional Model [New Designs for Elementary School Science and Health
(BSCS,1989)]. 5E merujuk kepada lima fasa pembelajaran iaitu Pelibatan
(Engagement), Penerokaan (Exploration), Penerangan (Explanation), Pengembangan
(Elaboration) dan Penilaian (Evaluation).

Model pembelajaran 5E ini mengandungi aktiviti-aktiviti yang berfokuskan murid.


Bagi fasa Pelibatan (Engagement) guru perlu merangsang minda murid untuk
menimbulkan perasaan ingin tahu murid, memperkenalkan konteks serta mencungkil
pengetahuan sedia ada murid. Pelibatan aktif murid adalah perlu bagi memastikan
keberkesanan pembelajaran. Fasa Penerokaan ( Exploration) menggalakkan murid
membina pemahaman konsep berdasarkan hands-on dan menjalankan penyiasatan
secara terbimbing menjawab persoalan yang timbul. Selain itu murid akan
menggunakan pelbagai sumber bagi mendapatkan data bagi menjana idea baharu atau
menyelesaikan masalah. Bagi fasa ini juga murid mereka bentuk dan melaksanakan
penyiasatan. Setiap data dan idea yang dibentuk murid akan melalu fasa Penerangan
(Explanation) melalui refleksi penyiasatan yang dilakukan. Guru menyemak
pemahaman konsep yang telah dibentuk murid bagi menilai pemahaman murid.
Dalam fasa penerokaan kepada penerangan, konsep difahamkan dahulu sebelum
diperkenalkan istilah. Selepas penerangan, fasa Pengembangan (Elaboration) berlaku
apabila murid mengembangkan pemahaman konsep dengan mengaplikasikan dapatan
pada situasi yang berbeza. Fasa Penilaian (Evaluation) akan berlaku pada setiap fasa
bagi mentafsir perkembangan murid. Ini adalah bagi menggalakkan murid untuk
menilai pemahaman dan kebolehan mereka sepanjang pembelajaran berlaku sama ada
berlaku peningkatan pengetahuan dan kemahiran atau tidak.

4.5 Model Pembelajaran 7E (Eisenkraft, 2003)

Model semasa kadang-kadang dipinda untuk mengekalkan nilainya selepas maklumat,


pandangan, dan pengetahuan baru dikumpulkan. Begitu juga dengan Model
pembelajaran 5E yang sangat berjaya (Bybee, 1997). Penyelidikan mengenai
bagaimana orang belajar dan memasukkan penyelidikan ke dalam rancangan pelajaran
dan pembangunan kurikulum menuntut model 5E diperluas ke model 7E.

Model pembelajaran 5E memasukkan unsur-unsur berikut seperti Engage, Explore,


Explain, Elaborate dan Evaluate. Model 7E yang dicadangkan memperluaskan
elemen Engage menjadi dua komponen- Elicit dan Engage. Model 7E memperluaskan
dua tahap Elaborate dan Evaluation ke dalam tiga komponen iaitu Elaborate,
Evaluate dan Extend. Peralihan dari model 5E ke model 7E digambarkan dibawah:

Melalui Model 5E, Pelibatan (Engage) adalah apabila guru perlu merangsang minda
murid untuk menimbulkan perasaan ingin tahu murid, memperkenalkan konteks serta
mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Model 7E menambahkan Elicit
(Penimbulan), iaitu menimbulkan pengetahuan sedia ada murid bagi mengaitkan
dengan situasi pembelajaran yang akan berlaku. Menurut Bransford, Brown dan
Cocking (2000), penyelidikan menunjukkan pelajar yang lebih pakar lebih mahir
dalam pemindahan pembelajaran daripada orang yang baru belajar. Dengan pelibatan
(Engage), guru kemudiannya menarik minat dan meningkatkan perhatian mereka
supaya murid sedia untuk belajar. Ini akan membina kaitan antara pengetahuan sedia
ada dengan pembelajaran yang akan berlaku dan organisasi logik dalam pembentukan
konsep jelas. Adalah penting bagi menimbulkan pemahaman murid sedia ada dahulu
dalam menentukan apa yang diketahui pelajar. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan pelajar membangunkan konsep-konsep yang sangat berbeza dari yang
diharapkan guru (Bransford, Brown dan Cocking, 2000).

Fasa Explore dan Explain adalah sama bagi kedua-dua model.

Fasa pengembangan (Elaboration) dalam kitaran pembelajaran memberikan peluang


kepada pelajar untuk menerapkan pengetahuan mereka ke domain baru, yang mungkin
termasuk menimbulkan pertanyaan dan hipotesis baru untuk diterokai. Fasa ini juga
boleh merangkumi masalah berangka yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah
pelajar. Apabila pelajar meneroka lengkung pemanasan air dan haba yang berkaitan
dengan gabungan dan pengewapan, mereka kemudian boleh melakukan percubaan
yang sama dengan cecair lain atau, menggunakan data dari jadual rujukan,
membandingkan dan membezakan bahan berkenaan dengan beku dan titik didih.
Pengkelasan lanjut boleh meminta para pelajar untuk mempertimbangkan jenis logam
tertentu berbanding air dan untuk menjelaskan mengapa pizza dari ketuhar tetap panas
tetapi kerajang aluminium di bawah pizza sejuk dengan cepat.

Fasa pengembangan menghubungkan secara langsung dengan konstruk psikologi


yang dipanggil "pemindahan pembelajaran" (Thorndike, 1923). Pemindahan
pembelajaran boleh terdiri daripada perpindahan satu konsep kepada yang
lain .Contohnya, kemahiran matematik yang digunakan dalam penyiasatan saintifik,
serta konsep kimia dalam fizik.

Penambahan fasa Pemanjangan (Extend) kepada fasa Elaborate bertujuan untuk


mengingatkan guru secara jelas tentang kepentingan pelajar untuk mengamalkan
pemindahan pembelajaran. Guru perlu memastikan bahawa pengetahuan diterapkan
dalam konteks baru dan tidak terhad kepada penjelasan ringkas.

Fasa Evaluation kitaran pembelajaran terus merangkumi penilaian formatif dan


sumatif pembelajaran pelajar. Sekiranya guru benar-benar menghargai kitaran pembel
ajaran dan eksperimen yang dijalankan oleh para pelajar di bilik darjah, maka guru
perlu memastikan aspek penyiasatan terhadap ujian. Ujian hendaklah termasuk
soalan-soalan dari makmal dan harus bertanya kepada pelajar tentang aktiviti makmal.
Pelajar perlu diminta untuk mentafsirkan data dari makmal yang serupa dengan yang
telah mereka selesaikan. Pelajar juga diminta membuat reka bentuk eksperimen
sebagai sebahagian daripada penilaian mereka (Colburn and Clough 1997).

Penilaian formatif tidak boleh dihadkan kepada fasa tertentu kitaran. Penilaian
formatif mesti berlaku semasa semua interaksi dengan pelajar. Fasa Elicit adalah
penilaian formatif. Tahap Exploration dan fasa Explanation mestilah disertai dengan
teknik di mana guru memeriksa pemahaman pelajar.

Menggantikan Elaborate dan Evaluation dengan Elaborate, Extend, dan Evaluate,


adalah satu cara untuk menekankan bahawa pemindahan pembelajaran, seperti yang
diperlukan dalam fasa Extend, juga boleh digunakan sebagai sebahagian daripada fasa
Evaluation dalam kitaran pembelajaran.

5.0 PELAKSANAAN

Guru, murid-murid serta ibubapa memainkan peranan yang penting dalam


menjayakan dan menentukan aktiviti berlangsung seperti yang dirancang dalam menjayakan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara inkuiri.

5.1 Peranan Guru


Guru berperanan mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk menarik minat dan
merangsang perasaan ingin tahu murid. Persekitaran yang kondusif serta positif
membantu meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran di dalam kelas. Guru
juga perlu menimbulkan soalan dengan memberi pernyataan yang akan menimbulkan
persoalan dikalangan murid-murid. Setiap pernyataan dan soalan yang diberikan
kepada murid harus dirancang bagi membuatkan murid lebih ingin tahu dan
bertanyakan soalan. Bagi setiap konsep atau topik, guru boleh mendapatkan maklum
balas yang mendedahkan apa yang murid tahu atau fikirkan bagi melibatkan
penglibatan aktif murid didalam kelas.
Bagi fasa penerokaan, guru perlu menggalakkan murid supaya dapat bekerjasama
sesama mereka tanpa mendapatkan arahan daripada guru. Guru perlu menggalakkan
murid berdikari dalam mendapatkan maklumat sendiri tanpa bantuan guru.
Walaubagaimanapun, guru masih perlu memerhati dan mendengar murid semasa
mereka berinteraksi dan boleh membimbing murid dengan soalan dari semasa ke
semasa untuk membantu penyiasatan. Bagi fasa ini, guru bertindak sebagai pakar
rujuk tetapi masih memberikan ruang kepada murid untuk memikirkan persoalan
meningkatkan semangat ingin tahu murid. Guru perlu menggalakkan murid supaya
berupaya menerangkan dan mendefinisikan konsep yang mereka pelajari dengan
menggunakan perkataan sendiri tidak terhad kepada definisi di dalam buku. Guru juga
boleh meminta justifikasi ataupun evidens daripada penjelasan murid. Bagi fasa ini
juga, guru boleh menggunakan pengetahuan sedia ada murid bagi mentafsir
peningkatan pemahaman murid.
Guru perlu supaya memastikan murid menggunakan definisi dan penjelasan yang
telah diberikan serta mengaplikasikan konsep dan kemahiran yang telah dipelajari
dalam situasi yang baharu. Soalan seperti “ Apa yang telah anda tahu?” dan “ Kenapa
anda berfikir demikian?” perlu ditanyakan kepada murid merujuk kepada data dan
evidens yang telah didapati murid.
Fasa menilai sama ada pembelajaran secara inkuiri dijalankan secara berkesan atau
tidak. Guru perlu memerhati murid apabila mereka mengaplikasikan konsep dan
kemahiran yang baru. Guru juga perlu mentafsir sama ada pengetahuan murid dan
kemahiran mereka menunjukkan perubahan tingkahlaku serta pengetahuan murid.
Guru membenarkan murid mentafsir pembelajaran kendiri selain mengajukan soalan
seperti “ Mengapakah anda berfikir demikian?”, “Apakah evidens yang menyokong
dapatan anda?”, “Apa yang anda tahu mengenai X?” dan “Bagaimanakah anda
menerangkan mengenai X?”. Sekiranya murid dapat menyatakan evidens serta
menunjukkan perubahan peningkatan tingkahlaku serta pengetahuan, pembelajaran
secara inkuiri adalah berkesan.

5.2 Peranan Murid


Murid juga berperanan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran secara inkuiri.
Mereka perlu menunjukkan minat serta banyak bertanyakan soalan seperti, “Mengapa
ini berlaku?”, “Apa yang saya sudah tahu tentang perkara ini?” serta “Apa yang boleh
saya ketahui tentang perkara ini?”. Sekiranya persoalan yang diutarakan murid adalah
berbentuk soalan seperti di atas, pembelajaran secara inkuiri berjalan secara berkesan.
Murid perlu berfikir secara terbuka dalam menguji ramalan dan hipotesis. Sekiranya
ramalan dan hipotesis yang diuji tidak seperti apa yang dijangkakan, mereka perlu
bersedia membentuk ramalan dan hipotesis yang baru. Setiap kaedah dan alternatif
lain perlu diambil kira murid supaya penerokaan yang dijalankan adalah berkesan.
Pemerhatian dan idea perlu direkodkan dan sering bertanyakan soalan yang berkaitan
dengan masalah yang dihadapi murid bagi mendapatkan maklumat. Keputusan perlu
ditangguhkan sehingga mendapat bukti dan data sokongan yang mencukupi
menyokong keputusan yang diambil.
Murid perlu berupaya menerangkan cadangan penyelesaian dan jawapan kepada
persoalan guru. Mereka juga perlu mendengar penerangan murid lain secara kritikal
dan menyoal penerangan murid lain. Selain itu murid juga perlu mendengar dan cuba
memahami penerangan guru. Selain itu mereka juga berperanan merujuk kepada
aktiviti terdahulu dan menyediakan penerangan menggunakan maklumat pemerhatian
serta menilai kefahaman sendiri sama ada mereka memahami penerangan mereka
sendiri.
Murid perlu mampu mengaplikasikan definisi dan kemahiran dalam situasi yang
baharu yang hampir sama. Murid juga perlu menggunakan pengetahuan sedia ada
bagi menyoal, mencadangkan penyelesaian, membuat keputusan dan mereka bentuk
penyiasatan. Setiap pemerhatian dan penerangan perlu direkod dan setiap keputusan
yang dibuat perlu berdasarkan evidens yang dikumpul.
Murid perlu dapat menjawab soalan yang diajukan dengan menggunakan evidens,
pemerhatian serta penjelasan yang diterima. Murid juga perlu menunjukkan
kefahaman mengenai konsep dan kemahiran yang dipelajari secara inkuiri. Selain itu
juga, murid perlu menilai kemajuan dan pengetahuan kendiri seperti mengajukan
pertanyaan untuk menggalakkan penyiasatan seterusnya. Sekiranya murid dapat
menilai kemahiran dan pengetahuan yang mereka pelajari secara inkuiri,
pembelajaran ini berlaku secara berkesan.

5.3 Peranan Ibu Bapa


Ibu bapa juga memainkan peranan bagi memastikan pembelajaran anak mereka
berkesan. Antara peranan ibu bapa ialah dengan bertanyakan apa yang dipelajari anak
mereka di kelas. Wujudkan minat mereka untuk bercerita apa yang telah mereka
pelajari di sekolah di rumah bagi mewujudkan minat mereka belajar di sekolah. Ini
kerana mereka akan berasa pentingnya apa yang dipelajari untuk dikongsikan kepada
ibu bapa mereka. Selain itu, pembelajaran anak-anak tidak hanya terhad di sekolah,
ibu bapa juga boleh menggalakkan anak mereka mempunyai semangat ingin tahu
yang tinggi di rumah dengan melakukan aktiviti bersama keluarga yang meningkatkan
inkuiri anak-anak. Perbualan topik serta soalan berdebat mengenai isu semasa juga
boleh meningkatkan semnagat ingin tahu anak-anak. Ibu bapa juga boleh
menggalakkan penggunaan teknologi bagi mengkaji persoalan yang tidak difahami
bersama anak-anak. Aktiviti projek membina dengan keluarga juga dapat membantu
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anak-anak.

6.0 KELEBIHAN DAN LIMITASI

Pembelajaran melalui pedagogi inquiry-based learning telah berkembang sejak


kebelakangan ini kerana potensinya untuk memenuhi keperluan masyarakat terhadap
kompetensi serta sikap sepertimana yang dituntut oleh masyarakat akibat perkembangan
pesat dalam bidang teknologi (Harlen 2013). Pendekatan ini bukan sesuatu yang baru tetapi
telah mendapat perhatian di peringkat global termasuklah negara-negara maju seperti
Amerika, Kanada dan sebagainya (Ryan & Date 2012). Pelbagai kajian yang dijalankan telah
membuktikan bahawa pendekatan inquiry-based learning ini mempunyai kesan positif
terhadap pencapaian murid (Breslyn & McGinnis 2012; Leonor 2015; Wang et al. 2015).
Pendekatan inquiry-based learning ini menggalakkan penglibatan murid dalam pembelajaran
di sekolah. Penyelidikan telah membuktikan bahawa proses eksperimen melalui pendekatan
ini telah mengurangkan kelakuan negatif murid dalam bilik darjah serta dapat meningkatkan
penglibatan murid (Sever & Guven 2014). Hal ini adalah penting memandangkan matlamat
utama kebanyakan falsafah pendidikan adalah menuntut penglibatan murid dalam proses
pembelajaran. Sebagai contoh, murid melibatkan diri secara aktif dalam pengalaman
pembelajaran mereka apabila menjalankan eksperimen bagi mata pelajaran Sains.
Ringkasnya, kebarangkalian ataupun kemungkinan murid untuk mencapai skor ujian yang
lebih tinggi adalah lebih tinggi apabila mereka melibatkan diri dengan aktif dalam
pembelajaran.
Seterusnya, pendekatan inquiry-based learning ini juga menggalakkan perkembangan
kognitif murid. Dalam seting ini, pembelajaran adalah berpusatkan murid di mana murid
melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran dengan bimbingan daripada guru
sepanjang proses penerokaan tersebut. Murid belajar bermula dengan merumuskan soalan,
mencari jawapan, membina pemahaman baru, makna serta pengetahuan dan akhir sekali
menyampaikannya kepada orang lain. Pendekatan ini memberi peluang kepada murid untuk
membuat penerokaan dan ini seterusnya membolehkan mereka membina pengetahuan,
mencipta dan menjelaskan pemahaman baru mereka terhadap sesuatu masalah atau soalan
(Marshall & Horton 2011). Ini disokong oleh teori konstruktivisme yang dipelopori oleh Jean
Piaget, Lev Vygotsky dan John Dewey dengan konsep pembelajaran adalah proses yang aktif
di mana murid menggunakan pengetahuan dan idea sedia ada untuk membina pengetahuan
baru (Ryan 2008). Jelaslah di sini bahawa proses penerokaan yang diutamakan oleh inquiry-
based learning ini menggalakkan murid untuk berfikir bagi menjawab sesuatu soalan ataupun
menyelesaikan sesuatu masalah yang secara tidak langsung juga akan merangsang kreativiti
murid serta menggalakkan murid untuk berfikir dengan kritis. Kemahiran ini kemudiannya
akan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah termasuklah masalah dalam
kehidupan seharian dan kesannya pencapaian murid akan meningkat pada keseluruhannya.
Ringkasnya, pendekatan inquiry-based learning membantu mengembangkan kemahiran
berfikir dalam kalangan murid.
Kajian juga membuktikan bahawa pendekatan inquiry-based learning ini dapat
meningkatkan motivasi dan keyakinan murid dalam pembelajaran khasnya dalam penetapan
matlamat dan pembelajaran kendiri (Wang et al. 2013). Hal ini adalah kerana pendekatan
inquiry-based learning ini menghubungkan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan dunia
sebenar di mana murid berpeluang untuk melihat bagaimana pembelajaran ataupun
pengetahuan boleh digunakan dalam kehidupan seharian serta pada masa depan. Ini
seterusnya akan menjadi motivasi kepada murid serta meningkatkan keyakinan mereka
terhadap pembelajaran.
Nilai inquiry-based learning dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
dipertikaikan namun kajian-kajian yang berkaitan mendapati bahawa pelaksanaannya itu
terus menjadi cabaran kepada para guru (Opara & Oguzor 2011; Smolleck & Mongan 2011).
Kekangan masa merupakan salah satu cabaran bagi para guru untuk melaksanakan inquiry-
based learning dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana pengajaran melalui kaedah ini
boleh memakan masa yang lama. Murid kadang kala mempunyai pelbagai idea yang kreatif
ataupun mereka ingin mengulangi proses inkuri yang berkaitan kerana menemui dan
mendapati cara yang lebih baik tetapi tidak mempunyai masa. Di samping itu, guru juga perlu
bersedia dengan baik bagi memenuhi keperluan murid dalam proses inkuri penemuan iaitu
proses pembelajaran yang melibatkan persiapan serta masa perancangan yang panjang untuk
mengendalikan serta melaksanakan pembelajaran berasaskan inquiry-based learning dengan
lancar dan sempurna.
Selain itu, ramai guru berjuang di antara peranan sebagai fasilitator dan pemimpin.
Hal ini adalah kerana guru menghadapi cabaran untuk memastikan murid berada di landasan
yang betul dengan peranannya sebagai fasilitator dalam pembelajaran dan bukannya
pemimpin yang memberi arahan terutamanya apabila perbincangan murid lari daripada topik
yang sepatutnya. Para guru menghadapi cabaran dengan peranan mereka sebagai fasilitator di
mana mereka kurang jelas akan kebebasan yang sepatutnya diberi kepada murid dalam
mengendalikan pembelajaran dengan pendekatan inquiry-based learning ini. Bukan itu
sahaja, teknik penyoalan merupakan aspek yang penting dalam inquiry-based learning di
mana soalan yang terbuka menggalakkan perbincangan dalam kalangan murid. Justeru itu,
guru juga menghadapi cabaran dalam membentuk soalan dalam skop yang lebih besar yang
dapat merangsang minda murid untuk bertanya, menjalankan eksperimen dan seterusnya
membahaskan penemuan mereka (McTighe & Wiggins 2013).
Kesimpulannya, kajian-kajian yang telah dijalankan mengenai inquiry-based learning
ini kebanyakannya menunjukkan kelebihan dan faedahnya terhadap pembelajaran murid.
Pelbagai kajian telah dijalankan bagi membandingkan pembelajaran berasaskan inquiry-
based learning dengan pembelajaran tradisional. Keputusan kajian-kajian tersebut
menunjukkan bahawa pendekatan inquiry-based learning ini dapat meningkatkan
pemahaman murid terhadap konsep matematik yang berkaitan di samping murid turut
mempamerkan sikap yang positif terhadap pembelajaran matematik (Kogan & Laursen
2013).
Satu kajian yang bertajuk “benefits for women and men of inquiry-based learning in
college mathematics: a multi institution study” telah dijalankan terhadap murid yang terdiri
daripada 4 universiti yang berbeza untuk melihat perbezaan pencapaian murid dengan
pedagogi yang berbeza iaitu pendekatan inquiry-based learning dan pendekatan tradisional.
Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid meningkat dengan pelaksanaan
pendekatan inquiry-based learning yang berpusatkan murid. Jelaslah di sini bahawa
pendekatan ini memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid.

7.0 PERBINCANGAN

Menerusi pembelajaran berasaskan inkuiri, murid-murid berinteraksi dalam kumpulan


kecil sambil melakukan aktiviti atau projek yang membantu mereka membina kefahaman
daripada pengalaman yang dilalui. Justeru, kurikulum seharusnya merangkumi projek-projek
kumpulan yang memberi peluang untuk murid-murid meneroka dan membuat penyiasatan.
Projek-projek seperti ini membantu murid-murid menguasai dan memantapkan kemahiran-
kemahiran memerhati, melakukan eksperimen, membuat inkuiri, dan meneliti aspek-aspek
yang menarik lagi penting dalam persekitaran mereka. Pendidikan sains bagi murid-murid
adalah berasaskan sifat semula jadi murid-murid yang sememangnya ingin tahu dan suka
meneroka alam sekitar mereka.
Penekanan pengajaran inkuiri tidak bermaksud buku-buku teks dan bahan-bahan lain
tidak diperlukan lagi. Dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam teknologi, semakin
banyak bahan-bahan yang dapat dipilih bagi membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Model Pembelajaran Inkuiri Penemuan Penemuan sering dikaitkan dengan
inkuiri. Penemuan dapat ditakrifkan sebagai proses mental mengasimilasikan konsep dan
prinsip. Penemuan berlaku apabila seseorang itu menggunakan proses mental dalam usaha
mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip. Proses mental itu adalah membuat pemerhatian,
pengelasan, pengukuran, meramal, menerangkan dan membuat inferens. Pembelajaran
inkuiri-penemuan adalah pendekatan pem-Penerokaan ini didorong oleh pertanyaan demi
pertanyaan dan membuat penemuan dalam usaha mencari kefahaman baru.
Proses inkuiri didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan memahami sesuatu
ataupun menyelesaikan masalah. Proses inkuiri bermula daripada sesuatu pemerhatian yang
menarik minat dan seterusnya menimbulkan persoalan. Fenomena yang diperhatikan
biasanya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengalaman mahu pun pemahaman sedia
ada murid-murid. Sifat ingin tahu seterusnya merangsang tindakan supaya terus membuat
pemerhatian, pertanyaan, ramalan, hipotesis dan konsep awal. Seseorang individu
menggunakan proses mentalnya dalam usaha mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip.
Proses mental itu adalah seperti membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal,
menerangkan, membuat inferens dan sebagainya. Proses yang digunakan bagi mendapat
penyelesaian, fakta, konsep atau prinsip adalah inkuiri. Hasil yang diperoleh daripada proses
ini disebut penemuan, yakni dapatan daripada apa yang dipelajari dan yang dibina dalam
minda murid-murid.
Pengalaman menghasilkan pembelajaran apabila murid-murid faham proses yang
berlaku, mengesan pola dalam data pemerhatian, menjana soalan daripada pemerhatian dan
faham bagaimana menggunakan generalisasi dalam situasi yang lain. Dalam persekitaran
pembelajaran yang mana guru membimbing, memberi fokus, mencabar, dan menggalakkan
pembelajaran turut meningkatkan sifat ingin tahu murid-murid. Guru inkuiri yang mahir
mampu memadankan pengalaman pembelajaran dengan minat dan keperluan murid-murid,
dan tahu bila dan bagaimana membimbing, bila memberi maklumat, apabila menyediakan
peralatan yang diperlukan, dan menghubungkan murid-murid dengan sumber rujukan yang
relevan. Guru yang menggunakan pendekatan inkuiri dengan murid-murid sebenarnya turut
menunjukkan contoh kemahiran yang diperlukan bagi inkuiri. Guru yang berkesan
menunjukkan kegembiraan dan minat membuat penerokaan dan sekali gus menanam minat
yang sama ke atas sains dalam diri murid-murid.
Strategi ke arah Pembelajaran Inkuiri-Penemuan Pengajaran inkuiri membimbing
murid-murid melalui pengalaman inkuiri saintifik. Murid-murid membina kefahaman
berhubung idea-idea saintifik melalui pengalaman terus dan interaksi dengan bahan-bahan
manipulatif, membuat rujukan termasuk pakar, dan berbincang sesama sendiri. Pengajaran
inkuiri memerlukan murid-murid menggabungkan pengetahuan sedia ada dengan
pengetahuan kemahiran saintifik yang baru diperoleh. Pengajaran inkuiri memerlukan guru-
guru yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan berhubung isi kandungan dan pedagogi
merangka pengalaman pembelajaran yang mencabar murid-murid mencadangkan soalan dan
membentuk pembelajaran mereka sendiri melalui perbincangan dan perdebatan sesama
sendiri.
Tujuan pendidikan sains adalah untuk memupuk dan membina minat dan kegemaran
murid-murid supaya terus meneroka dan mencari penjelasan kepada fenomena yang
diperhatikan dalam kehidupan seharian mereka. Antara matlamat pendidikan sains adalah
menyediakan murid-murid yang faham kaedah taakulan inkuiri saintifik dan dapat
menggunakan kaedah itu. Justeru, sains di sekolah seharusnya diajar dapat mencerminkan
‘sains seperti yang diamalkan.’ Kurikulum sains seharusnya menggalakkan pembelajaran
aktif, inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran koperatif dan kaedah pembelajaran lain
yang dapat memotivasikan murid-murid belajar sains.

8.0 RUMUSAN

Sains diintegrasikan dalam kurikulum. Aktiviti inkuiri adalah berpusatkan murid-


murid dan berbentuk “hands-on”, dirangka bagi meningkatkan kekaguman murid-murid ke
atas fenomena yang diperhatikan. Kurikulum berasaskan inkuiri menitikberatkan penerokaan
persekitaran, merangsang murid-murid meneroka lebih jauh bagi meningkatkan kefahaman,
membantu mereka memperkembangkan kemahiran berbincang, berkomunikasi dan
merekodkan pembelajaran; memperkenalkan cara-cara penerokaan dan menyusun
pemerhatian, membantu murid-murid menghargai dan gembira menggunakan deria bagi
meneroka dan mendiskriminasikan serta menggalakkan mereka memperkembangkan
kebolehan mencari jawapan dengan melakukan eksperimen-eksperimen yang mudah.
Pendekatan inkuiri diharapkan mampu memupuk minat dan sikap yang positif dalam
diri murid-murid dan membantu mereka dalam pembelajaran pada peringkat yang lebih
tinggi. Aktiviti-aktiviti inkuiri bercorak hands-on, aktif, autentik dan yang dimulakan sendiri
oleh murid-murid adalah penting. Murid-murid belajar melalui penglihatan, sentuhan, bau,
rasa, pendengaran dan manipulasi bahan-bahan. Penyediaan bahan-bahan yang selamat serta
mudah diakses untuk murid-murid menjalankan eksperimen adalah suatu langkah penting ke
arah penerokaan sains yang berkesan. Satu cara lagi meneroka konsep-konsep sains adalah
melalui buku-buku yang menggabungkan konsep-konsep sains dalam cerita seperti konsep
cuaca, haiwan, air dan sebagainya. Aktiviti penyiasatan sains juga membantu murid-murid
membina kosa kata, kesediaan membaca dan menggerakkan perkembangan literasi.
Rumusannya, pembelajaran berasaskan inkuiri dapat melahirkan murid-murid yang
mahir sains seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.
RUJUKAN

Breslyn, W. & McGinnis, J.R. 2012. A comparison of exemplary biology, chemistry, earth
science and physics teachers’ conceptions and enactment of inquiry. Science
Education 96(1): 48–77.

Harlen, W. 2013. Inquiry-based learning in science and mathematics. Review of Science,


Mathematics and ICT Education 7(2): 9-33.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Panduan Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan Inkuiri. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kogan, M. & Laursen, S. L. 2013. Assessing long-term effects of inquiry-based learning: A


case study from college mathematics. Innovation Higher Education 39(3): 183-199.

Leonor, J.P. 2015. Exploration of conceptual understanding and science process skills: A
basis for differentiated science inquiry curriculum model. International Journal of
Information and Education Technology 5(4): 255–259.

Laursen, S.L., Hassi, M. L., Kogan, M. & Weston, T. J. 2014. Benefits for women and men
of inquiry-based learning in college mathematics: A multi-institution study. Journal
for Research in Mathematics Education 45(4): 406-418

Marshall, J. C. & Horton, R. M. 2011. The relationship of teacher-facilitated, inquiry-based


instruction to student higher-order thinking. School Science and Mathematics 111(3):
93-101.

McTighe, J. & Wiggins, G. 2013. Essential Questions: Opening Doors to Student


Understanding. Alexandria: Library of Congress.

Opara, J. A. & Oguzor, N. S. 2011. Inquiry instructional method and the school science
curriculum. Current Research Journal of Social Sciences 3(3): 188-198.
Ryan, T.G. & Date, G. 2012. Reforming Ontario early learning: A review. International
Journal of Primary, Elementary and Early Years Education 40(5): 31-62.

Sever, D. & Guven, M. 2014. Effect of inquiry-based learning approach on student


resistance in a science and technology course. Educational Sciences: Theory &
Practice 14(2): 1601-1605.

Smolleck, L.A. & Mongan, A.M. 2011. Changes in preservice teachers’ self-efficacy: From
Science methods to student teaching. Journal of Educational and Developmental
Psychology 1(1): 133–145.

Wang, L., Zhang, R., Clarke, D. & Wang, W. 2015. Enactment of scientific inquiry:
Observation of two cases at different grade levels in China mainland. Journal of
Science Education and Technology 23(2): 280–297.

Wang, P., Yen, Y., Wu, H. & Wu, P.L. 2013. The learning effectiveness of inquiry-based
instruction among vocational high school students. Educational Research
International 2(2): 16-23.

Anda mungkin juga menyukai