Anda di halaman 1dari 10

PERANCANGAN STRATEGIK

PROGRAM PEMULIHAN LINUS


SK KAMPUNG KUDONG (JBA 7043)
TAHUN 2012

1. PENGENALAN
Program Pemulihan Linus telah dijalankan sejak tahun 2010. Bagi tahun 2012,
seramai 9 orang murid telah dikesan gagal menguasai Konstruk 1 dan 2. Mereka
telah mengikuti program Pemulihan Linus pada tahun 2010 dan akan menyambung
sesi Pengajaran dan Pembelajaran pada tahun ini. Untuk membantu murid
menguasai 3M seterusnya menjayakan program LINUS, beberapa tindakan akan
dijalankan sepanjang tahun.

2. MISI, VISI DAN MATLAMAT SK KAMPUNG KUDONG

VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

MATLAMAT
Melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan program lain yang
ditetapkan oleh kerajaan dengan penuh tanggungjawab.
Melahirkan murid-murid yang boleh menguasai asas kemahiran membaca,
menulis dan mengira.
Melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan dan berpandangan jauh
dan peka pada perubahan.
Melahirkan kesedaran bahawa murid-murid adalah tanggungan yang besar
bagi negara yang boleh dijadikan “harta” yang tidak ternilai untuk masa
akan datang.
Menanam nilai yang tinggi terhadap kejayaan yang cemerlang.
Meningkatkan kecekapan dalam bidang kemahiran pembelajaran di
kalangan murid-murid.
Meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik.
Mengadakan hubungan kerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat
setempat untuk kebajikan murid-murid.

1
Meningkatkan lagi peratus pencapaian kelulusan keseluruhan peperiksaan
UPSR dan PKSR dari segi kualiti dan kuantitinya.
Melahirkan manusia yang taat dan patuh kepada agamanya.

3. KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM PEMULIHAN SKKK

KONSEP PEMULIHAN
Satu program pendidikan yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah
dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor
persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS


Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M
disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

MATLAMAT
Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini, murid dapat:

 Menguasai kemahiran asas 3M


 Meneruskan pembelajaran di kelas biasa
 Membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran

4. PERJALANAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS SK KAMPUNG KUDONG

Sejarah Program Pemulihan Khas


Program Pemulihan Khas telah wujud di SKKK sebelum kehadiran Guru
Pemulihan Khas di sekolah ini lagi. Program ini dijalankan oleh guru-guru Bahasa
Melayu di bawah Program Pemulihan Khas untuk Murid Orang Asli atau PKMOA.
Program ini dijalankan pada waktu Bahasa Melayu di dalam kelas (bukan di dalam bilik
khas).

Pada 03.05.2007, kelas Pemulihan Khas telah dibuka secara rasmi. Seorang guru
khas Pemulihan Khas telah dihantar untuk bertugas di sekolah ini. Sebuah bilik khas juga
telah disediakan untuk membolehkan program ini dijalankan dengan lancar di sekolah ini.
Bilik tersebut diberi nama Kelas Pemulihan Khas.

2
Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guru Pemulihan Khas sepenuhnya.
Murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
akan menjalani sesi P&P Pemulihan Khas mengikut jadual waktu yang disediakan.

Pembentukan Jawatankuasa
PENAUNG : Encik Mohd Nor bin A. Ghani
(Pengarah JPN Johor)
PENASIHAT : Encik Yasiran bin Maskom
(Pegawai PPD Segamat)
PENGERUSI : Puan Rosnah binti Yaacob
(Guru Besar SK Kg Kudong)
NAIB PENGERUSI : En. Azman bin Ayun
(PGB SK Kg Kudong)
SETIAUSAHA : Cik Siti Zahirah binti Abdul Razak
(Guru Pemulihan Khas SK Kg Kudong)
AHLI JAWATANKUASA :
 En. Khairul Azni bin Abdul Halim
 Cik Nurhafiz Zubaidah bt Zakaria
 En. Afzan Fitri bin Safee
 En.Mohd Zazali bin Raman
 En. Jasni bin Omar

Rasional
Penguasaan 3M sangat penting bagi semua murid. Ia merupakan asas bagi
seseorang murid untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu yang lain. Akademi Pemulihan
diwujudkan untuk mencapai sasaran 100% celik huruf dan nombor di kalangan murid-
murid Orang Asli. Menerusi Program Pemulihan Khas, pelbagai aktiviti telah dirancang
untuk memastikan sasaran itu tercapai.

Matlamat
Program Pemulihan Khas diwujudkan untuk membantu murid-murid menguasai
3M (Membaca, Menulis, Mengira) dalam tempoh yang ditetapkan. Kemudian, murid-
murid ini boleh meneruskan pembelajaran mereka di kelas perdana seperti murid-murid
yang lain.

Objektif
Objektif program Pemulihan Khas SKKK adalah seperti berikut:

3
 Membantu murid-murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran
asas 3M;

 Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam Kelas


Pemulihan Khas dalam usaha mencapai sasaran 100% Celik Huruf dan
Nombor;

 Membantu membina keyakinan murid-murid Pemulihan Khas;

 Memastikan murid-murid boleh mengikuti P&P di kelas aliran perdana


dan

 Menjadikan SK Kg Kudong sifar buta huruf dan nombor menjelang tahun


2012.

Visi
Program Pemulihan Khas SKKK akan berusaha melahirkan murid Tahun 2 dan 3
yang 100% CELIK HURUF pada setiap tahun.

Misi
Program Pemulihan Khas SKKK akan berusaha ke arah penguasaan 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira untuk melahirkan murid yang berakhlak mulia,
berilmu dan berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Strategi Perlaksanaan
Bilik Darjah

Semua murid yang telah dikenalpasti sebagai murid Pemulihan Khas akan
menjalani sesi P&P di dalam satu bilik khas yang diberi nama Kelas Pemulihan
Khas SKKK. Bilik darjah ini telah dihias dan dipastikan sentiasa berada dalam
keadaan kondusif supaya dapat merangsang murid-murid Pemulihan khas untuk
belajar dalam keadaan yang selesa dan penuh keyakinan.

Tenaga Pengajar

Seorang guru opsyen Pemulihan Khas ditugaskan untuk mengendalikan program


Pemulihan Khas / P1NCH di sekolah ini untuk kedua-dua mata pelajaran iaitu
Bahasa Melayu dan Matematik.

Masa Pengajaran

4
Masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah disediakan berdasarkan kepada
jadual waktu mata pelajaran Bahasa Melayu dan matematik murid-murid tahun 2
dan 3. Sebanyak 7 masa untuk mata pelajaran Bahasa Melayu telah diperuntukkan
untuk kedua-dua kelas dan 5 waktu untuk mata pelajaran Matematik. Justeru,
sebanyak 14 masa diperuntukkan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, 10 masa
untuk mata pelajaran Matematik, dan 10 masa untuk Program LINUS.
Kesimpulannya, jumlah keseluruhan waktu mengajar Guru Pemulihan Khas
adalah 34 waktu.

Bahan dan Sumber Pengajaran

Bahan bantu mengajar (BBM) untuk program ini terdiri daripada kad imbas,
teknologi ICT, kit-kit pembelajaran dan permainan serta pelbagai bahan bantu
mengajar yang menarik dan mempunyai unsur-unsur didik hibur boleh digunakan.
Bahan-bahan ini ada yang dibuat sendiri oleh Guru Pemulihan Khas dan ada juga
yang dibeli oleh pihak sekolah. Kesemua bahan ini digunakan secara optimum
untuk memastikan murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang kondusif dan
seronok.

Program-program Yang Dirancang

Senarai program-program yang dirancang boleh dilihat di dalam Pelan Tindakan seperti
berikut:

BIL AKTIVITI HURAIAN / OBJEKTIF TARIKH TINDAKAN


JUSTIFIKASI DILAKSANAKAN

1. Penubuhan JK PEMULIHAN Menyediakan JK Pemulihan Khas 28 Disember 2010 Menghantar


KHAS Peringkat Sekolah: senarai JK dan terbentuk senarai JK
fungsi JK Pemulihan
Pengerusi : Pn. Rosnah bt Yaacob peringkat sekolah Khas ke PPD
(GB SKKK)
pada masa
N.Pengerusi : En. Azman b. Hj Ayun yang
(PGB 1) ditetapkan.

Setiausaha : Cik Siti Zahirah bt A.


Razak
(Guru Pemulihan
Khas)
Jawatankuasa:
En. Mohd Noh b. Mohya
En. Abd Halim b. Atan

5
En. Khairul Azni b. Abd Halim
En. Afzan Fitri b. Safee
En. Sandiran a/l Alaganathan
Cik Nurhafiz Zubaidah bt Zakaria

Mesyuarat Panitia Pemulihan Khas


2. ( 4 kali setahun ) Membincangkan JK melaksanakan 28 Disember 2010 Menghantar
halatuju Program tugas dan laporan ke
Pemulihan Khas tanggungjawab 12 April 2011 PPD jika
2011 diperlukan
10 Jun 2011

19 Oktober 2011

3. Ujian Saringan dan Pelepasan 1


dan 2 Mengenalpasti Menghantar
Memperolehi 3-7 Januari 2011
kumpulan sasaran Data,
IPP2M maklumat tahap
20-24Jun 2011 Laporan,
penguasaan 3M dan
Aktiviti, Pelan
IKAMR Analisis kelemahan 3-14 Oktober 2011 Tindakan ke
PPD mengikut
tarikh yang
ditetapkan

Pelaksanaan dan Pemantauan


4.
Aktiviti / Program Pemulihan Khas Menentukan
tindakan yang Mengenalpasti 03 Januari hingga Jangkaan
a. Program Celik Baca betul dan realistik punca masalah dan tiada murid
(Pemulihan Dlm Kelas) cuba 18 November 2011 yang gagal 3M
menyelesaikannnya. di Tahap 2
b. Kiosk Bacalah Sayang (Sepanjang tahun) Sekolah
(Sudut Pemulihan Dlm Kelas) Program/Aktiviti Rendah
yang dijalankan
c. Program Eja & Baca (bahan dapat menjadi daya
bacaan bergred dilaminate dan penarik murid untuk
ditampal di dinding kelas, ada membaca dan
juga bahan yang dibukukan) menguasai gred
kemahiran 1-32.
d. Program Mentor-Protegee
(melibatkan bekas murid
Pemulihan Khas dan murid-murid
Pemulihan Khas Tahun 2 dan 3)

e. Karnival Pemulihan Khas


Peringkat Sekolah
(Melibatkan pelbagai pertandingan
seperti membaca, mengira, tulisan

6
cantik, mewarna dan menyusun
perkataan)

Kursus Dalaman / Latihan /


Bengkel Membuat Bahan
5.
( BBM P&P Guru dan Murid serta
Penerangan / Semua Warga SKKK 26 Mac 2011 Menghantar
BBM Permainan berunsurkan
Demonstrasi Terlibat sama Laporan ke
Pendidikan)
Membuat Bahan PPD

Penilaian
Murid-murid Pemulihan Khas akan dinilai sebanyak 3 kali dengan menggunakan
instrumen yang dibekalkan khas oleh KPM iaitu IPP2M dan IKAMR. Penilaian ini
diadakan pada bulan Januari (Ujian Saringan), bulan Jun dan Oktober (Ujian Pelepasan).
Murid-murid yang melepasi skor sasaran pada Ujian Pelepasan akan menjalani P&P di
kelas perdana.

Rumusan
Diharapkan program Pemulihan Khas ini dapat membantu murid-murid SK Kg
Kudong menguasai kemahiran asas 3M dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi
murid-murid di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

5. PERJALANAN PROGRAM LINUS DALAM PROGRAM PEMULIHAN


KHAS DI SK KAMPUNG KUDONG

Program LINUS telah dilaksanakan di dalam Program Pemulihan Khas sebagaimana


yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam Pekeliling bertarikh:
4 Ogos 2010 nombor rujukan KPM.BPKHAS.300-2/2/12. Seramai 9 orang murid
LINUS Tegar yang gagal konstruk 1 dan 2 telah diambil oleh guru Pemulihan Khas
dan dibawa ke kelas Pemulihan Khas untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran.
Murid-murid ini mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Linus pada
waktu mata pelajaran Bahasa Melayu (Literasi) dan Matematik (Numerasi).

6. PROFIL MURID-MURID LINUS TAHUN 2 2011

7
Berikut adalah profil murid-murid Linus Tegar dan Pemulihan Linus tahun 2011:

Bil Nama Murid Tarikh Alamat Konstruk Yang


Lahir Dikuasai
1 Ainol Shahirie bin Zainol 05.09.2003 Kg. Selai, 86500 1
Bekok.
2 Shahilie bin Jafri 13.10.2003 Kg. Selai, 86500 1
Bekok
3 Muhd Fauzan Farhin 14.04.2003 Kg. Kudong, 1
86500 Bekok
4 Arni Nor Sazila bt Sehan 14.12.2003 Kg. Selai, 86500 1
Bekok
5 Natasha Azura bt Lisu 27.12.2003 Kg. Kudong, -Keciciran-
86500 Bekok
6 Sahina bt Mahidin 14.03.2003 Kg. Tembayan, -Keciciran-
86500 Bekok
7 Siti Natasha bt Sarif 23.11.2003 Kg. Selai, 86500 1
Bekok
8 Siti Nabeela bt Sarif 23.11.2003 Kg. Selai, 86500 1
Bekok
9 Suhaida bt Kafri 17.05.2003 Kg. Tembayan, -Keciciran-
86500 Bekok

7. PERANCANGAN PROGRAM UNTUK MENGATASI MASALAH LINUS


TEGAR

Untuk mengatasi masalah pembelajaran di kalangan murid Linus Tegar,


jawatankuasa Program Pemulihan Khas telah sepakat untuk melaksanakan
beberapa tindakan iaitu seperti berikut:

1. Mengesan Kelemahan Murid


Kelemahan Murid dikesan sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran bermula.
Murid dikehendaki menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru pada carta ABC.
Kelemahan murid akan direkodkan.

Tindakan mengatasi kelemahan:


Untuk mengatasi kelemahan murid, pada setiap awal sesi P&P, murid
dikehendaki membaca atau menyebut bahagian yang tidak dapat dikuasai secara
latih tubi.

8
2. Program Bacalah Saya
Program Bacalah Saya akan bermula selepas murid menguasai Konstruk 1 dan 2.
Guru akan mengedarkan sehelai lembaran yang mengandungi perkataan
bergambar pada setiap hari. Murid dikehendaki mengeja dan menyebut
perkataan tersebut secara latih tubi di dalam kelas, asrama dan rumah.

3. Program Tajam Tumpuan


Program Tajam Tumpuan akan dijalankan di dalam kelas selepas sesi P&P
berakhir. Murid dibenarkan untuk mencantumkan puzzle bagi menajamkan
tumpuan dan perhatian mereka terhadap sesuatu perkara.

4. Program Bantu Adik


Program Bantu Adik melibatkan murid-murid Tahun 3,4,5 dan 6 dengan murid-
murid Linus Tegar. Bekas murid pemulihan akan dipilih untuk membantu
murid-murid Linus menguasai 3M secara berdikari di rumah atau asrama.
Seramai 9 orang bekas murid Pemulihan Khas telah dikenalpasti untuk
membantu menjayakan program ini.

5. Program Karnival Pemulihan Linus


Karnival Pemulihan Linus akan dijalankan pada bulan Oktober atau November
tahun 2011. Sebanyak 5 aktiviti akan dijalankan iaitu pertandingan mewarna,
mengeja, mencipta perkataan berdasarkan suku kata, mengira dan membaca. Ia
terbuka kepada murid-murid Pemulihan Khas dan Linus Tegar tahun 1 dan 2.

6. Program Kiuh Ke Kampung, Kiah Ke Sekulah


Jawatankuasa Pemulihan Khas bekerjasama dengan pihak sekolah menjalankan
program “Kiuh Ke Kampung, Kiah Ke Sekulah” untuk menangani masalah
keciciran. Di dalam program ini, jawatankuasa telah memasuki kampung-
kampung yang terdapat di penempatan Orang Asli di sini bagi mengesan murid-
murid yang keciciran. Program ini dilaksanakan khas untuk mengatasi masalah
keciciran yang menjadi antara punca kesukaran mencapai sifar linus di sekolah
ini. Murid-murid yang keciciran ini dipujuk agar bersekolah dan dijanjikan
ganjaran.

7. Program 1 hari 1 hadiah


Program ini dijalankan untuk memberi motivasi kepada murid agar berminat
untuk hadir ke sekolah dan berusaha mengeja, menyebut dan mengira secara
latih tubi dengan betul. Hadiah yang diberikan adalah berupa pensel, gula-gula
atau wang RM0.50 untuk setiap jawapan yang betul.

9
8. REKOD PRESTASI MURID MENGIKUT BULAN

Bil Nama Murid Januari Februari Mac April Mei


1 Ainol Shahirie K.2 K.2 K.2 K.3 K.3
2 Shahilie K.2 K.2 K.2 K.3 K.3
3 Muhd Fauzan K.1 K.1 K.1 K.2 K.2
4 Arni Nor Sazila K.2 K.2 K.3 K.3 K.4
5 Natasha Azura K.1 K.1 K.1 K.2 K.2
6 Sahina K.1 K.1 K.1 K.2 K.2
7 Siti Natasha K.2 K.2 K.2 K.3 K.3
8 Siti Nabeela K.2 K.2 K.2 K.3 K.3
9 Suhaida K.2 K.2 K.2 K.3 K.3

9. KESIMPULAN
Dengan adanya perancangan mengenai aktiviti-aktiviti seperti yang disebutkan di
atas, diharapkan jumlah murid Linus Tegar dapat dikurangkan dan membantu
menjayakan objektif sifar Linus Tegar di sekolah ini. Diharapkan juga program-
program ini dapat membantu murid menguasai 3M dengan lebih cepat.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………………… ………………………………………
Siti Zahirah binti A. Razak
Setiausaha,
Pemulihan Khas SKKK.

10

Anda mungkin juga menyukai