Anda di halaman 1dari 1

PEMBUKTIAN FAKTA YANG DIAKUI: - PERBANDINGAN

ANTARA AKTA KETERANGAN 1950 (AKTA 56) DAN AKTA


KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH-WILAYAH
PERSEKUTUAN 1997 (AKTA 561)

ABSTRAK

Kaedah umum dalam prinsip pembuktian adalah bahawa semua fakta persoalan dan
fakta relevan mesti dibuktikan menerusi keterangan. Walau bagaimanapun ada dua kategori
fakta-fakta yang tidak perlu dibuktikan, iaitu (a) fakta-fakta yang diiktiraf secara kehakiman
dan (b) fakta-fakta yang diakui. Pengecualian-pengecualian tersebut diperuntukkan oleh
Seksyen 56, 57 dan 58 Akta Keterangan 1950 dan Seksyen 43,44 dan 45 Akta Keterangan
Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 di bawah tajuk “Fakta-fakta yang
tidak perlu dibuktikan”. Artikel ini melihat kepada aspek persamaan atau perbezaan antara
Akta Keterangan 1950 (Akta 56) dengan Akta/Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah
yang diguna pakai dalam konteks kaedah pembuktian fakta yang diakui dalam proses
perbicaraan. Pemakaian kaedah ini ada diperuntukkan dalam Undang-undang dan merupakan
pengecualian kepada prinsip asas pembuktian. Kajian ini berbentuk kualitatif ini
mengaplikasikan instrumen perbandingan kandungan terhadap peruntukan undang-undang.
Hasil kajian mendapati bahawa kerelevanan pemakaian seksyen ini dapat menjimatkan masa
Mahkamah dengan memfokuskan kepada perkara asas yang lain.

Kata kunci: pembuktian , fakta yang diakui, pengakuan

Anda mungkin juga menyukai