Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DATO’ IBRAHIM YAACOB


BATU 5 JALAN IPOH 51200 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM PECUTAN MINDA
BAHASA INGGERIS
TEKNIK MENJAWAB
SPM 2018
1.0 PENGENALAN

Program Pecutan Minda Teknik Menjawab Bahasa Inggeris ini diadakan untuk mengasah minda
pelajar tingkatan lima yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Teknik menjawab soalan
peperiksaan Bahasa Inggeris ini lebih menjurus kepada gaya menjawab dengan lebih efisien dan
mampu menaikkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris serta mendapatkan
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM melalui strategi dan teknik menjawab serta
pendedahan format soalan SPM. Pihak panitia membawakan perkongsian Ketua Pemeriksa yang
berpengalaman untuk membantu dan membimbing pelajar-pelajar SPM 2018.

2.0 RASIONAL

Progam ini diadakan sebagai langkah terakhir kepada para pelajar bagi memotivasikan mereka dan
memahami bentuk soalan yang sebenar dalam SPM. Di samping itu, pelajar turut diberikan
pendedahan tentang teknik menjawab yang betul.

3.0 MATLAMAT

Meningkatkan pemahaman dan penguasaan pelajar agar lebih peka dan cakna terhadap pelajaran
Bahasa Inggeris. Selain itu, mengubah tanggapan mereka agar tidak menganggap Bahasa Inggeris
sebagai satu mata pelajaran yang sukar untuk dipelajari dan dikuasai.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM


 Memberikan pendedahan teknik menjawab yang betul serta kefahaman mendalam tentang
KBAR & KBAT
 Melahirkan pelajar yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar tingkatan 5 2018

6.0 TENAGA PELAKSANA

Guru-guru mata pelajaran tingkatan 5

7.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Dilaksanakan dalam bulan September dan Oktober

8.0 PELAKSANAAN PROGRAM

8.1 Tarikh :
26 September 2018 (Rabu) dan 3 Ogos 2018 (Rabu)

8.2 Tempat :
Dewan Sekolah

8.3 Masa :

 11.00 pagi hingga 1.20 ptg (26 September 2018)


– Kelas 5 Inovatif ,5 Efisien, 5 Optimis, 5 Aktif, 5 Budiman
 11 pagi hingga 1.20 ptg (3 October 2018)
- Kelas 5 Progresif, 5 Harmonis, 5 Sukses, 5 Kreatif

9.0 CARA PELAKSANAAN

Langkah 1

Guru memastikan pelajar yang terpilih hadir untuk mengikuti teknik menjawab Bahasa Inggeris
dalam masa dua jam setiap sesi .di Dewan Sekolah SMKDIY.

Langkah 2

Guru menghimpunkan pelajar-pelajar di dalam dewan sekolah dalam waktu yang di tetapkan. Guru
mata pelajaran akan mengawal pelajar-pelajar semasa sesi teknik menjawab sedang dijalankan.

Langkah 3

Guru yang telah dipertanggungjawabkan akan mencatat pencapaian pelajar semasa sesi soal jawab
atau berkumpulan bertujuan untuk membuat laporan dan dokumentasi.

Langkah 4

Ketua Pemeriksa yang dijemput khas untuk teknik menjawab Bahasa Inggeris akan memulakan
aktiviti dengan ceramah dan latihan dalam kumpulan. Penceramah membincangkan kekerapan
soalan –soalan dan tajuk-tajuk yang sering disoal dalam peperiksaan sebenar SPM. Beliau akan
menjelaskan teknik-teknik yang betul untuk menjawab soalan Bahasa Inggeris SPM.

10.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Lampiran 1

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Cenderahati penceramah 2 hari x RM 200.00 = RM 400.00


Jumlah = RM 400.00

12.0 PENUTUP

Diharapkan agar program ini akan membantu meningkatkan pencapaian pelajar dari segi kualiti dan
kuantiti dalam peperiksaan PT3 2018 selaras dengan sasaran pencapaian sekolah dalam bidang
akedemik. Kejayaan program ini bergantung sejauh mana komitmen yang diberikan oleh pihak yang
terlibat khususnya pelajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………… …………………………………..
( WILLIE NELSON UBIE) (UM TAKSIAH BT HJ ISMAIL)

Ketua Panitia Bahasa Inggeris Pengetua SMK Dato’Ibrahim Yaacob


Lampiran 1

Jawatankuasa Induk

Penaung : Puan Um Taksiah binti Haji Ismail ( Pengetua SMKDIY)

Pengerusi : Encik Wan Mahtar bin Wan Shafei (Guru Kanan Bahasa)

Naib Pengerusi : Cik Willie Nelson Ubie ( Ketua Panitia Bahasa Inggeris)

Setiausaha : Puan Kalaswary a/p Sannasey

Ahli Jawatankuasa : Semua guru mata pelajaran Bahasa Inggeris (sesi pagi)

Jawatankuasa Kerja :

AJK Persiapan Tempat & Peralatan:      Memastikan kerusi dan meja disusun dalam
Pn Masyarah Zulaina Binti Masmuzidin Dewan DIY (SPM).

Juru Acara      Mengacara Majlis.


Cik Willie Nelson Ubie

Bacaan Doa      Menyediakan teks doa yang bersesuaian.


Wakil Pelajar Adik Ahmad Khyrul

AJK Brosur & Cenderamata     Membuat dokumentasi dan menyediakan sampul


Pn Kalaswary a/p Sannasey bayaran.

AJK LCD/PA Sistem


Cik Rabiah Bibi Binti Seeni Mohamed Menyediakan LCD / PA sistem

Kawalan Disiplin Mengawal disiplin pelajar.


Semua Guru Panitia BI (sesi pagi)

Anda mungkin juga menyukai