Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA DEKLAMASI SAJAK BAHASA CINA TAHUN

2022 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) CHOON HWA

1. PENDAHULUAN
Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina diadakan dengan harapan agar setiap
murid dapat mengenali, memahami dan menghayati serta mendalami Bahasa Cina
sebagai panduan hidup mereka. Selain itu, ia juga sebagai landasan untuk murid-
murid menunjukkan bakat-bakat terpendam mereka. Walaupun penularan wabak
Covid-19 pada tahun 2020, pertandingan di sekolah ini tetap dijalankan secara
bersemuka dengan sentiasa menjaga SOP dan mengurangkan peramaian orang di
dalam dewan serbaguna sekolah.

2. MATLAMAT
Matlamat utama penganjuran pertandingan-pentandingan dalam Pertandingan
Deklamasi Sajak Bahasa Cina adalah untuk mencungkil bakat terpendam murid-
murid SJKC Choon Hwa secara menyeluruh.

3. OBJEKTIF
3.1 Memupuk minat murid mendeklamasi sajak dan mengapresiasi kesusasteraan
Cina.
3.2 Meningkatkan kemahiran mendeklamasi sajak dalam kalangan murid.
3.3 Meningkatkan daya mentafsir dan penghayatan murid terhadap sajak.
3.4 Menambahkan pengetahuan dan pemahaman konsep Bahasa Cina.
3.5 Membina keberanian dan kenyakinan para pelajar berhadapan dengan orang
ramai.
3.6 Meningkatkan sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
3.7 Meningkatkan daya kreatif dan inovasi murid-murid.
3.8 Meningkatkan kesedaran murid tentang penggunaan Bahasa Cina dalam
kehidupan seharian.

1
4. TARIKH/ MASA/ TEMPAT:
Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina :
Tarikh : 13 April 2022 (Rabu)
Masa : 0800 - 0930
Tempat : Dewan Serbaguna Sekolah

5. KUMPULAN SASARAN
5.1 Pertandingan Bercerita
Bil. Perkara Kumpulan Sasaran
1 Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap 1 dan Tahap 2

6. JAWATANKUASA PROGRAM
6.1 Jawatankuasa Induk
Penasihat: Pn. Chin Siok Wai
Penyelaras/ Setiausaha: En. Henry Goh Keh Leong
Bendahari: En. Henry Goh Keh Leong
Pengacara: Cik Jap Hui Chin

6.2 Jawatankuasa Pelaksana


Backdrop: Cik Yong Lee Ping
Siaraya: En. Ngu Ming Hui
Persiapan Tempat: En. Mohd Khairul Azuan bin Abdullah
Fotografi: En. Brendon Charles Yatus
Disiplin Murid: Semua guru

6.3 Jawatankuasa Pengadil


Penyampaian: En. Yong Lee Ping
Intonasi: En. Ngu Min Hui
Sebutan: Cik Henry Goh Keh Leong
Kesesuaian Sajak: En. Chieng Zhin Li
Pengira Markah: Pn. Chiew Bee Hong

2
7. KPI (INDIKATOR OUTPUT)
Pertandingan yang dianjurkan pada tahun ini bukan sahaja dapat memberi
pendedahan, pengalaman dan panduan terbaik kepada murid-murid ketika
menyertai sesuatu pertandingan pada masa akan dating tetapi ia juga memupuk
semangat perpaduan antara kaum. Ini meliputi aspek-aspek berikut:
7.1 Sumber sajak perlulah berdasarkan bahan-bahan berikut:
7.1.1 buku-buku/majalah yang terdapat dalam pasaran.
7.1.2 sajak daripada majalah dan media massa lain.
7.1.3 sajak daripada bahan elektronik/internet.
7.1.4 hasil karya sendiri.
7.2 Kualiti sajak
7.2.1 Isi sajak adalah secara bebas dan tidak menyentuh isu-isu politik,
ras dan agama.
7.2.2 Sajak yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.
7.2.3 Hanya Sajak Moden Bahasa Cina dibenarkan.
7.2.4 Penggunaan dialek dan bahasa lain yang bersesuaian adalah
dibenarkan, tetapi penggunaannya yang melampau akan
mempengaruhi markah pencapaian. (Terhad kepada 1 atau 2
slogan atau kata kunci sahaja)
7.2.5 Cara mendeklamasi sajak secara berirama/ menyanyi mengikut
keperluan sajak adalah dibenarkan tetapi tidak boleh
mendeklamasi berirama untuk keseluruhan sajak tersebut. Terhad
kepada 1 hingga 2 ayat sahaja.
7.3 Panjang Sajak hendaklah bersesuaian dengan masa diperuntukkan. Setiap
peserta diberi masa untuk mendeklamasi sajak selama 4 minit bagi tahap
rendah dan 6 limit bagi tahap tinggi.
7.4 Loceng akan dibunyikan setelah masa tamat. Markah akan ditolak jika
peserta menyampaikan cerita atau syarahan lebih dari masa yang
ditetapkan.

3
8. STRATEGI PELAKSANAAN
Pertandingan Deklamasi Sajak akan dilaksanakan berdasarkan ketetapan seperti
berikut :
I. Peserta diberi masa selama 4 minit bagi tahap rendah dan 6 minit bagi
tahap tinggi. Jika peserta menggunakan masa yang lebih, markah akan dipotong
iaitu 30 saat yang pertama ditolak satu markah dari markah diperolehi. Begitu
juga seterusnya.
II. Pertandingan akan dihakimi dengan cara:
a. Penyampaian 40%
b. Intonasi 30%
c. Sebutan 30%
d. Kesesuaian Sajak 20%
Jumlah 100%
III. Segala keputusan pengadil adalah muktamat.

9. TENTATIF PROGRAM
Masa Aktiviti Orang yang terlibat
8.00a.m. Ketibaan para guru dan peserta Semua guru dan murid
8.10a.m. Taklimat ringkas En. Henry Goh Keh Leong
8.25a.m. Sesi Pertandingan Deklamasi Murid Tahap 1
Sajak Tahap rendah
8.30a.m. Rehat Semua guru dan murid
8.40a.m. Sesi Pertandingan Deklamasi Murid Tahap 2
Sajak Tahap tinggi
9.00a.m. Memberi Ulasan Cik Yong Lee Ping
9.15a.m. Pengumuman senarai nama Cik Jap Hui Chin
pemenang
9.25a.m. Ucapan penutup dan sesi En. Henry Goh Keh Leong
pengambilan gambar
9.30a.m. Pengemasan tempat dan bersurai Semua guru dan murid

4
10. ANGGARAN KOS

Bil. Perkara Kuantiti X Harga Anggaran Kos Catatan


Seunit
1 Hadiah pertandingan 6 x RM10.00 RM60.00
Deklamasi Sajak Bahasa
Cina
Jumlah Anggaran Kos RM60.00

11. PENUTUP
Adalah menjadi harapan kami sebagai ahli jawatankuasa agar program ini dapat
diterima dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga pergram ini
mendapat manfaat kepada semua pihak.

Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh

__________________________ _______________ ________________


(HENRY GOH KEH LEONG) ( JAP HUI CHIN) (CHIN SIOK WAI)
Ketua Panitia Bahasa Cina GPK Kurikulum Guru Besar
SJKC Choon Hwa SJKC Choon Hwa SJKC Choon Hwa

GKL/Kertas Kerja Panitia Bahasa Cina/2022

Anda mungkin juga menyukai