Anda di halaman 1dari 15

DISEDIAKAN

OLEH: PUAN NOORAIDAH BINTI


AHMAD GURU PERPUSTAKAAN &
MEDIA PSS SRK LOK YUK LIKAS

1
KERTAS KERJA
TRANSFORMASI PUSAT SUMBER
SEKOLAH
SRK LOK YUK LIKAS
2021

1.0 PENDAHULUAN

Pusat sumber sekolah (PSS) merupakan pusat mengakses maklumat yang


mengandungi pelbagai sumber cetak dan bukan cetak, elektronik dan digital yang
perlu diurus secara sistematik bagi menyokong kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Penerapan dan pembudayaan teknologi pendidikan merupakan
elemen penting dalam memartabatkan PSS sebagai nadi utama PdPC dan pusat
kecemerlangan serta mempunyai fungsi hubungan secara langsung dengan
pelaksanaan program kurikulum, ko-kurikulum dan hal ehwal murid di peringkat
sekolah. Maka, PSS perlu diurus dengan baik dan teratur samada dari segi
penjadualan, sistem sirkulasi, peralatan, bahan-bahan PdPC serta kemudahan dan
perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, PSS SRK Lok Yuk sedia ada adalah sangat sempit dan
kemudahan infrastruktur yang kurang lengkap menyebabkan PSS ini tidak dapat
berfungsi dengan baik dan di bawah kemampuan sebenar. Sebelum 2019, PSS
SRK Lok Yuk Likas terletak di tingkat tiga dengan saiz keluasan sebuah kelas. Pada
hujung tahun 2018, PSS telah dipindahkan ke tingkat paling bawah yang sebelum
ini merupakan bilik guru lama. Tetapi, pada hujung tahun 2019, sekali lagi PSS
dipindahkan ke hujung bangunan sekolah iaitu berkongsi dengan bilik muzik.

Sejak itu, keluasan ruang PSS adalah separuh saiz kelas iaitu sangat sempit dan
tidak sesuai untuk murid-murid masuk ke PSS. Perpindahan tempat berkali-kali
menjadi kekangan pengoperasian PSS sejak 2018 sehingga kini.

Pada Mac 2020 pula, sekolah seluruh Malaysia mula ditutup kerana
pandemik Covid-19. Sekolah hanya diarahkan untuk dibuka pada Mac 2021. Tetapi
PSS masih tertakluk kepada arahan larangan pembukaan PSS kerana bimbang
akan penularan semula Covid-19 melalui sentuhan bahan bercetak dan bukan
bercetak di PSS.

2
2.0 RASIONAL

Oleh itu, PSS SRK Lok Yuk Likas memerlukan satu inisiatif proaktif oleh pihak
sekolah untuk mencari lokasi yang lebih strategik dan kondusif agar PSS SRK Lok Yuk
Likas kembali berfungsi seterusnya melonjak menuju kecemerlangan seiring
dengan usaha sekolah ke arah transformasi sekolah abad ke-21.

Sementara itu, Jawatankuasa PSS mengambil inisiatif untuk melaksanakan


program PSS secara maya atau atas talian untuk memperkasakan semula PSS SRK Lok
Yuk LIkas bermula 2021.

3.0 MATLAMAT

3.1 Mewujudkan sebuah PSS yang lengkap dengan kemudahan asas yang
penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya di samping lokasi
yang lebih strategik, suasana yang lebih kondusif dan selesa yang akan
dapat membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan dan fungsi sebenar
PSS.

3.2 Merealisasikan suasana pembelajaran abad ke-21 selari dengan dasar


pendidikan yang menggalakkan elemen teknologi dalam pembelajaran.

3.3 Melengkapkan PSS dengan mengintegrasikan sistem automasi secara atas


talian dan teknologi yang boleh diakses dengan mudah menggunakan
pelbagai peranti dan meningkatkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan
PSS yang lebih efektif dan produktif.

3.4 Memastikan PSS mempunyai koleksi yang menepati piawaian, terkini,


diurus dengan cekap dan berkesan serta digunakan secara optimum oleh
seluruh warga sekolah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengambil alih Astana Linus sebagai tapak PSS baru serta mengalihkan
pondok dan tiang lampu ke tepi tapak baharu PSS.

4.2 Menaiktaraf tapak baharu PSS dengan menambah keluasan ruang pusat
sumber agar dapat memenuhi keperluan sebagai tempat menyimpan

3
koleksi buku, ruang pembelajaran yang menyeronokkan dan susun atur rak-
rak buku yang lebih kemas dan mudah diakses.

4.3 Mempunyai capaian internet agar dapat mengoperasikan sistem automasi


secara atas talian serta internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi
dalam PdPC abad ke-21.

4.4 Mempunyai infrastruktur lengkap seperti pengudaraan dan pencahayaan


yang mencukupi serta berhawa dingin agar menyediakan suasana
pembelajaran yang selesa:

3.4.1 6 buah pendingin hawa 2.0hp.

3.4.2 Sebuah komputer baru untuk sistem automasi dan pengurusan


dan pentadbiran PSS.

3.4.3 12 buah komputer desktop untuk kegunaan murid dan guru


mengakses internet di Ruang Akses

4.5 Mewujudkan ruang pembelajaran yang pelbagai serta boleh diubahsuai


untuk mengendalikan aktiviti yang pelbagai serta mengikut perubahan
kurikulum dan teknologi seperti:

3.5.1 Ruang Membaca Terbuka

3.5.2 Ruang Diskusi

3.5.3 Ruang Permainan Pembelajaran

3.5.4 Ruang Akses Komputer, Internet dan Wifi Hotspot

3.5.5 Ruang Mentelaah, Penyelidikan dan Koleksi

3.5.6 Ruang Bacaan Riadah Ringan untuk surat khabar dan


majalah

3.5.7 Ruang Pembelajaran Santai untuk menonton dan mendengar


audio visual ilmiah

3.5.8 Ruang Pameran Bertema, Buku-buku Terkini dan Karya-karya


Agung

4.6 Menggalakkan pembelajaran kendiri melalui capaian internet


sebagai sumber maklumat yang banyak dan pelbagai, seterusnya
merangsang pembelajaran dan menghasilkan idea-idea yang
bernas dan pragmatik.

4
5.0 SASARAN

Semua guru, murid dan ibubapa SRK Lok Yuk Likas.

6.0 TEMPAT

Astana Linus

7.0 TARIKH PELAKSANAAN

April 2021 - September 2021

8.0 SUMBER KOLABORASI

Lembaga Pembangunan Sekolah

Persatuan Ibu bapa dan Guru

Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah

9.0 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan dan tajaan dari sektor-sektor awam dan korporat.

5
10.0 ANGGARAN KASAR PERBELANJAAN

Bil. Perkara Butiran (RM) Jumlah


(RM)

1. Struktur Bangunan 50 000


Pendawaian Elektrik 3000
Upah pekerja 2000
Capaian Internet

Infrastruktur/Prasarana
1. Pendingin hawa (2.0 H.P) RM1500 x 3 buah 4500
2. Komputer Desktop (Kaunter RM1000 x 1 buah 1000
Sirkulasi)
3. Komputer Desktop (Ruang RM3500 x 2 buah 7000
Akses
4. Meja banquet RM150 x 10 buah 1500
5. Kerusi banquet RM150 x 40 buah 6000
6. Meja Komputer RM1000 x 1 buah 1000
7. Kaunter Sirkulasi RM1000 x 1 buah 1000
8. Meja & Kerusi Luar RM1000 x 3 buah 3000
9. Hiasan Dalaman 2500
10. Hiasan Luaran 2500 30 000
JUMLAH RM85 000

6
11.0 IMPAK

Semoga dengan terlaksananya program transformasi ini akan menyediakan


iklim pembelajaran yang lebih kondusif kepada seluruh warga sekolah sesuai
fungsinya sebagai pusat penjana pembentukan masyarakat yang berilmu, gemar
membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) serta pendidikan abad ke-21. Seterusnya, peralihan
paradigma pembelajaran alaf baharu di tempat baharu ini juga akan dapat
memberikan impak positif kepada kreativiti dan fleksibiliti pusat sumber sekolah ke
arah abad ke-21.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

….………………………………….. ……………………………….……
(PUAN NOORAIDAH BINTI AHMAD) (ENCIK FO NEE KHEN)
Guru Perpustakaan & Media Guru Besar
SRK Lok Yuk Likas SRK Lok Yuk Likas

7
12.0 LAPORAN BERGAMBAR

PSS TINGKAT 3

8
PSS TINGKAT 1 (BILIK GURU LAMA)

9
PSS DI BILIK MUZIK

1
13.0 SUMBER ILHAM

1
1
Me
ja
Meja Meja Meja

Pondok

Pondok

14
14.0 TAPAK CADANGAN PSS BAHARU

15

Anda mungkin juga menyukai