Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN MINDA TALONG

23000,DUNGUN,TERENGGANU.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM GURU BIL 1 / 2020

Tarikh : 31 DISEMBER 2019 (ISNIN )


Masa : 10.00 PAGI (SELEPAS PENDAFTARAN MURID)
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : En Fawwaz Ramadona Bin Che Wil

Kehadiran
Kehadiran

1. En. Fawwaz Ramadona Che Wil PK HEM


2. Pn. Maznee bt Ismail
3. En. Rokit bin Ibrahim
4. En. Azmi bin Mat Saman
5. En Mohd Hafizuddin bin A.Hadi @Yusof
6. En. Nasir bin Abas
7. En. Rosli bin Salleh
8. En. Hanib bin Adam
9. Pn. Farhana Othman
10. Pn. Nuryanizamri W.Awang
11. Cik Mahanor Mamat

I. PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke


mesyuarat HEM kali pertama 2019.

Tindakan : makluman

II. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL/4


2018
2. Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan oleh Pn. Nuryanizamri W. Awang
dan diskolong oleh En. Azmi bin Mat Saman.

III. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KELAS


3. Semua guru kelas diminta diminta melengkapkan kelas. Maklumat yang perlu
ada di setiap kelas adalah seperti jadual waktu, jadual bertugas, visi dan misi
sekolah, jadual VLE Frog, Falsafah Pendidikan dan perkara-perkara yang
dirasakan perlu.
4. Guru kelas perlu pastikan kelas masing-masing mempunyai meja dan kerusi
yang cukup.
5. PK HEM mengharapakan pdpc berjalan dengan lancar pada hati pertama
persekolahan.

1
6. Semua guru kelas perlu mengambil alatan kelas yang telah diperuntakkan seperti
pemdam papam putihm pemyapu, peyodok dan pembaris di pejabat.
Pengambilan barang-barang tersebut perlu direkodkan.
Tindakan : Semua Guru Kelas

IV. UNIT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN


7. Mesyuarat AJK Kantin dan RMT akan diadakan pada 2 Januari 2020.
8. Bilangan murid RMT adalah 64 orang.
9. Menu makanan RMT akan dibincangkan dan dipilih dalam mesyuarat AJK Kantin
dan RMT

Tindakan : Semua Guru

V. UNIT KEBAJIKAN DAN BANTUAN MURID SEKOLAH


10. Bayaran KWAPM 2019 telah dielesaikan.
11. KWAPM untuk murid Tahun 1 akan diproses bermula tahun 1
12. Pada tahun 2019, pelbagai sumbangan zakat diterima seperti beg sekolah, baju
sekolah, bantuan makanan asas dll.
Tindakan : makluman

VI. UNIT DISIPLIN (PENGAWAS)

13. PK HEM mengucapkan tahniah kepada semua guru. Tahap disiplin disiplin
terkawal.
14. En. Mohd Hafizuddin diminta menyampaikan taklimat disiplin kepada murid pada
hari pertama persekolahan.
Tindakan : JK Unit Pengawas

VII. UNIT PENDAFTARAN TAHUN 1


15. Pendaftaran Tahun 1 akan diadakan pada 31 Disember 2019, hari Isnin.
16. Guru kelas diminta mengemas kelas supaya kelas berada dalam bersih dan
kemas.

Tindakan : En. Azmi bin Mat Saman, Guru Thn 1

VIII. UNIT 3K
17. Latihan kebakaran pada tahun 2018 telah berjaya dilaksanakan.
18. Gotong royong perdana bersama PIBG pada tahun 2019

Tindakan : JK Unit 3K

IX. SSDM
19. Amalam baik murid perlu diisi dari masa ke semasa di dalam sistem.
20. Amalan tidak baik dan masalah disiplin murid juga perlu diisi di dalam system
SSDM.
21. Pada tahun 2019, hanya 2 orang guru yang mengisi SSDM.

Tindakan : Makluman

2
X. PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG

22. Sekurang-kurangnya seorang guru dan seorang pentadbir perlu bertugas


menyambut murid di pintu pagar sekolah setiap hari.
23. Sambutan hari lahir akan diadakan pada tahun 2020. Hadiah murid akan ditaja
oleh koperasi sekolah.

Tindakan : Makluman

XI. BUKU KEDATANG MURID


24. PK HEM mengucapkan terima kasih kepada semua guru kelas Tahun 2019
kerana Berjaya menguruskan kelas masing-masing dengan baik.
25. E-Kehadiran murid perlu dihantar ke pejabat sebelum pukul 9 pagi.
26. Buku daftar perlu diisi oleh guru setiap tahun pada Tahun berkenaan.
Tindakan : Makluman

XII. PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH


27. Pengusaha kantin perlu mempelbagaikan makanan guru.
28. Kebersihan kantin perlu dijaga.
29. Makanan murid perlu sentiada bertutup. Elakkan dari terdedah.
30. Penjualan makanan adalah terkawal.makanan yang dijual kepada murid
mematuhi peraturan .

Tindakan : Makluman

XIII. HAL-HAL LAIN


31. PK HEM meminta semua guru yang terlibat dengan pengurusan HEM untuk
melengkapkan dan kemaskini fail masing-masing.

PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari.

Minit disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. …………………………..
MAZNEE BINTI ISMAIL FAWWAZ RAMADONA BIN CHE WIL
Setiausaha HEM Penolong Kanan HEM

Anda mungkin juga menyukai