Anda di halaman 1dari 93

iii

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmaniirahim

Segala puji-pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, selawat serta salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan limpah-Nya yang telah
memberikan kekuatan dan kesabaran dalam usaha untuk menyiapkan Latihan Ilmiah ini
dalam jangka waktu yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini, dirakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak
terhingga terutama kepada Yang Berbahagia Dr. Mohd Sani Bin Ismail selaku penyelia
Latihan Ilmiah. Segala bimbingan, nasihat, cadangan, panduan, pengorbanan serta tunjuk
ajar yang telah diberikan olehnya dalam menyiapkan Latihan Ilmiah ini.

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat yang
telah memberikan Kerjasama khususnya yang berkaitan dengan maklumat yang
diperlukan terutama perkara-perkara yang berkaitan dengan saudara baru. Begitu juga
kepada semua pensyarah di Fakulti Kontemporari Islam khususnya di Jabatan Usuluddin
yang mana segala ilmu yang dicurahkan tetap dikenang hingga ke akhirnya. Juga ucapan
terima kasih kepada semua kakitangan Jabatan Usuluddin yang telah memberikan
kerjasama dalam menyiapkan Latihan Ilmiah ini.

Tidak dilupakan juga kepada ibubapa tersayang Mazenee Mohd Nawi dan
Kamisah Mohamed yang telah banyak memberi sokongan, dorongan dan pengorbanan
dalam pelbagai aspek dan juga sebagai ilhamku dalam meneruskan pembelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.

Penghargaan terima kasih juga kepada jabatan-jabatan dan badan-badan yang


terlibat yang telah memberikan kerjasama dan sokongan hingga siapnya Latihan Ilmiah
ini seperti PERKIM Bahagian Kelantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dan
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.

Akhir sekali, dimohon keampunan dari Allah SWT di atas kesalahan dan
kesilapan yang tidak disengajakan dan tidak disedari yang mungkin terdapat dalam
Latihan Ilmiah ini. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
iv

ABSTRAK

Fenomena pertukaran agama di Malaysia menjadi perkara yang biasa terutama sejak
kebebasan beragama adalah dijamin oleh undang-undang. Populasi jumlah penganut
agama Islam semakin meningkat di Malaysia terutama di Kelantan. Oleh itu, kajian ini
membincangkan tentang konsep saudara baru, faktor pendorong pemelukan Islam dalam
kalangan saudara baru di PERKIM Kelantan serta cabaran dakwah kepada golongan
saudara baru di PERKIM Kelantan. Kajian ini merupakan berbentuk kajian kualitatif
yang berteraskan kepada kaedah dokumentasi dan temu bual. Selain itu, kajian ini juga
menggunakan kaedah pengumpulan data yang merujuk kepada al-Quran, hadis, kitab-
kitab yang muktabar, buku-buku bacaan ilmiah, jurnal, risalah, kertas kerja serta laman
web. Seterusnya, data yang lengkap dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan
kaedah deduktif, induktif dan komparatif. Dapatan kajian daripada data-data dan
maklumat yang diperolehi mendapati bahawa terdapat banyak faktor yang mendorong
golongan saudara baru memeluk agama Islam terutamanya faktor pembacaan dan
pengkajian bukannya di atas dasar faktor perkahwinan semata-mata seperti yang
diperkatakan oleh segelintir masyarakat. Kesimpulannya, kajian memfokuskan konsep
saudara baru serta faktor pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru di PERKIM
Kelantan sahaja. Diharapkan melalui kajian ini, dapat membantu pengkaji masa hadapan
untuk meluaskan lagi kajian berkaitan topik sebegini dan dapat menyumbang kesedaran
yang mendalam kepada masyarakat tentang saudara baru, saudara kita atau muallaf.
v

ABSTRACT

The phenomenon of religious transition in Malaysia has become a common phenomenon


since the freedom of choosing a religion is guaranteed by law. The population of Muslims
is rising in Malaysia, particularly in Kelantan. This study discussed the concept of
reverted Muslims, the driving factors of their conversion to Islam, and the challenge of
da'wah among reverted Muslims in PERKIM Kelantan. This study's design was
qualitative, and the instruments that were utilised were documentation and interview.
Besides, this study also collected the data in which it derived from the Qur'an, Hadith,
authoritative books, scholarly reading books, journals, pamphlets, papers and websites.
The data analysis was done by incorporating deductive, inductive and comparative
methods. This study’s findings disclosed that many factors encouraged the reverted
Muslim, in which the reading and study factors were the main factors. The results
contrasted with a statement claimed by some people where the reverted Muslim converted
just to fulfil marriage requirements. Conclusively, this study emphasised the concept of
reverted Muslims and the factors of their conversion to Islam in PERKIM Kelantan. This
study is expected to aid future researchers in expanding the studies to fulfil the notion of
this field and contribute a deep awareness to the community about reverted Muslims
worldwide.
vi

ISI KANDUNGAN

Daftar Kandungan Halaman


HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN........................................................................................................iii
PENGHARGAAN .................................................................................................. iv
ABSTRAK ............................................................................................................... v
ABSTRACT............................................................................................................ vi
ISI KANDUNGAN................................................................................................ vii
SENARAI JADUAL .............................................................................................. ix
SENARAI AKRONIM ............................................................................................ x

BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 1
1.3 Penyataan Masalah Kajian 3
1.4 Tujuan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Persoalan Kajian 7
1.7 Limitasi Kajian 7
1.8 Kepentingan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah dan Operasional 9
1.9.1 Pemelukan 9
1.9.2 Islam 10
1.9.3 Saudara Baru 10
1.9.4 PERKIM Kelantan 11
1.10 Rumusan 11

BAB II SOROTAN LITERATUR


2.1 Pengenalan 12
2.2 Kajian Lepas 12
2.2.1 Konsep Saudara Baru 13
2.2.2 Faktor Pemelukan Islam Dalam Kalangan Saudara Baru 18
2.2.3 Cabaran Dakwah Kepada Saudara Baru 30
2.3 Rumusan 32
vii

BAB III METODOLOGI KAJIAN


3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Lokasi Kajian 34
3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 39
3.6 Tatacara Pengumpulan Data 43
3.7 Tatacara Analisis Data 44
3.8 Rumusan 45

BAB IV DAPATAN KAJIAN


4.1 Pengenalan 46
4.2 Latarbelakang Responden 46
4.3 Analisis Kajian 47
4.3.1 Latarbelakang Responden 47
4.3.2 Pemelukan Agama Islam 51
4.4 Konsep Saudara Baru 55
4.5 Faktor Pemelukan Islam Dalam Kalangan Saudara Baru 59
Di PERKIM Kelantan
4.6 Cabaran Dakwah Kepada Saudara Baru Di PERKIM Kelantan 67
4.7 Rumusan 72

BAB V PERBINCANGAN IMPLIKASI DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan 73
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 73
5.2.1 Konsep Saudara Baru 74
5.2.2 Faktor Pemelukan Islam Dalam Kalangan Saudara Baru 74
Di PERKIM Kelantan
5.2.3 Cabaran Dakwah Kepada Saudara Baru Di PERKIM Kelantan 75
5.3 Implikasi Kajian 76
5.4 Cadangan 77
5.5 Rumusan 81

Bibliografi 82
viii

SENARAI JADUAL

NO. RAJAH HALAMAN

3.1 ................................................................................................................... 44
4.1 ................................................................................................................... 48
4.2 ................................................................................................................... 49
4.3 ................................................................................................................... 49
4.4 ................................................................................................................... 50
4.5 ................................................................................................................... 50
4.6 ................................................................................................................... 51
4.7 ................................................................................................................... 52
4.8 ................................................................................................................... 53
4.9 ................................................................................................................... 54
4.10 ................................................................................................................. 55
4.11 ................................................................................................................. 59
ix

SENARAI AKRONIM

Bil Bilangan
Cet Cetakan
Dr. Doktor
Hlm Halaman
et,al Rujukan Penulis yang lebih dari 2 orang
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jil Jilid
Juz Juzu’
NGO Non-Government Organizations
PERKIM Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Prof Profesor
r.a RadiyalLah ‘Anhu
S.A.W SallalLahu ‘Alaii Wasallam
S.W.T SubhanalLahu Wa Ta’ala
T.T Tanpa tarikh
T.T.P Tanpa tempat penerbit
UniSZA Universiti Sultan Zainal Abidin
YADIM Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
x
1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan istilah saudara baru, muallaf atau saudara muslim diberikan kepada mereka

yang baru memeluk agama Islam di Malaysia khususnya negeri Kelantan. Namun

biasanya di antara kita lebih gemar menggelarkan saudara yang baru memeluk Islam

dengan gelaran muallaf. Menurut Noraini Mohamad et. al (2017), istilah ini dipetik

dalam al-Quran daripada perkataan “muallafa qulubuhum” (9:60) yang bermaksud

mereka yang dijinakkan hatinya. Proses pengajaran dan pembelajaran kepada saudara

baru sangat penting diberi perhatian kerana ia merupakan titik permulaan atau dasar

kepada saudara baru untuk mengenali Islam secara lebih rapat dan mendalam. Kaedah

pengajaran yang baik dan bersepadan dengan golongan saudara baru akan memberi kesan

yang ketara kepada mereka untuk memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam

secara lebih konsisten.

1.2 Latar Belakang Kajian

Agama merupakan asas yang penting di dalam kehidupan seseorang. Berdasarkan sejarah

dan realiti kehidupan manusia, ia telah membuktikan terdapat pelbagai agama yang
2

dianuti oleh setiap manusia di alam ini. Namun, dengan syariat Islam yang dibawa oleh

utusan Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan rasul terakhir telah

melenyapkan atau memansukhkan kesemua agama terdahulu dan sekaligus terbukti

bahawa agama Islam adalah agama yang benar.

Agama Islam merupakan agama yang mendorong kearah persaudaraan dan

perpaduan. Tanpa persaudaraan dalam Islam, ia tidak mampu untuk melaksanakan atau

melengkapkan hak-hak saudaranya. Sebagaimana di dalam hadis, Rasulullah SAW

bersabda:

ِ َ‫ب لِن‬
‫فس ِه‬ ِ ‫ب ِِل‬
ُّ ‫َخ ِيه َما ُُِي‬ ُّ ‫أح ُد ُك ْم َح ىّت ُُِي‬ ِ
َ ‫اَ يُؤم ُن‬

Maksudnya: “Tidak dikira beriman salah satu daripada kamu


sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai
diri sendiri.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Manusia itu terbahagi kepada berbilang bangsa, etnik, puak dan keluarga lebih-

lebih lagi Malaysia. Islam bukan sahaja tidak menafikan dan menidakkan perkara ini

bahkan Islam sedia menerima mereka ini kerana Islam telah mengajarkan bahawa

walaupun manusia datangnya daripada pelbagai kaum, ia tetap berasal daripada

keturunan yang satu iaitu Nabi Adam.


3

Menurut artikel yang dikarang oleh Razaleigh Muhamat @ Kawangit (2013),

seperti dalam firman Allah SWT:

‫وًب َوقَبَائِ َل لِتَ َع َارفُوا إِ َّن‬ ِ ِ ‫َي أَيُّ َها الن‬


‫َّاس إ ََّّن َخلَ ْقنَا ُك ْم م ْن ذَ َك ٍر َوأُنْثَ ٰى َو َج َع ْلنَا ُك ْم ُشعُ ا‬
ُ َ
ِ ِ
َّ ‫اَّلل أَتْ َقا ُك ْم إِ َّن‬ ِ
ٌ‫يم َخبِي‬ ٌ ‫اَّللَ َعل‬ َّ ‫أَ ْكَرَم ُك ْم عْن َد‬

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah


menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan
dan amalan kamu)”.

(al-Hujurat, (49): 13)

Ayat tersebut telah membuktikan bahawa wujudnya manusia atau insan daripada

bangsa yang pelbagai dan keturunan yang berbeza adalah untuk menghasilkan dasar

saling tolong-menolong dan kenal mengenal antara satu sama lain.

1.3 Penyataan Masalah Kajian

Islam adalah agama yang menjaminkan kesejahteraan dan kesenangan hidup kepada para

penganutnya. Rasulullah SAW merupakan insan mulia yang diutuskan untuk membawa

kesejahteraan kepada seluruh isi alam. Islam memberikan pelbagai panduan dan petunjuk

kehidupan yang merangkumi setiap aspek. Ini semua dijelaskan oleh sumber-sumber asas

panduan hidup dalam Islam sama ada oleh al-Quran atau Hadis secara putus atau
4

ditunjukkan para ulama yang menerangkan sumber-sumber tersebut (Mohd Shahrizal

Nasir, 2019).

Namun demikian berasaskan kepada pelbagai keterangan dan paparan berita

masih terdapat sebilangan umat Islam yang sedang tercari-cari kesejahteraan hidup yang

dijaminkan itu. Persoalannya adakah mereka ini tidak berikhtiar untuk memperoleh

kesejahteraan atau perjanjian itu seperti yang dituntut atau ketiadaan usaha dari mana-

mana pihak yang menolong mereka mencapai impian yang dijaminkan Islam itu? Inilah

perkara yang selalu dibualkan dan menjadi isu dalam kalangan saudara baru atau muallaf

yang telah memilih Islam sebagai cara hidup mereka (Mohammad Shukri Draman, 2010)

Seperti yang diketahui, pihak yang bertanggungjawab dan juga pelbagai pihak

lain telah melaksanakan apa yang perlu untuk memastikan golongan saudara baru

mencapai sebuah kehidupan yang aman dan tenteram berdasarkan kepada ajaran Islam

yang dianuti. Pelbagai bantuan telah diberikan yang merangkumi pelbagai aspek.

Namun demikian, masyarakat masih menimbulkan persoalan tentang adakah saudara

baru akan terus kekal dengan Islam? Hal ini disertakan dengan bukti iaitu dengan adanya

maklumat-maklumat yang mendedahkan tentang keperitan hidup segelintir saudara baru

(Mohammad Shukri Draman, 2010).


5

Disamping itu, sekiranya difikirkan dari segi tentangan yang bakal dihadapi oleh

saudara baru selepas mereka bergelar seorang Muslim, kita tentu akan menyangkakan

bahawa mereka enggan untuk memeluk Islam. Walau bagaimanapun, menurut Taqiyah

Abdul Hadi (2004), dalam keadaan yang sebegini dikala dunia melihat Islam sebagai

agama berkonsepkan teroris ekoran daripada tragedi yang telah berlaku pada 11

September 2001 di Amerika Syarikat, bilangan saudara baru semakin bertambah

bukannya semakin berkurangan. Persoalannya, apakah yang mendorong mereka untuk

tetap memeluk Islam dan sanggup menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang?

Oleh itu, berdasarkan persoalan diatas, kajian ini dijalankan untuk menerangkan

konsep saudara baru menurut perspektif Islam. Selain itu, pengkaji juga akan

menjelaskan tentang faktor pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru. Di samping

itu, menghuraikan pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru di PERKIM Bahagian

Kelantan.
6

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji faktor yang mendorong seseorang yang bukan Islam untuk

memeluk Islam. Lebih dikenali sebagai saudara baru ataupun muallaf khususnya di

negeri Kelantan, Malaysia.

1.5 Objektif Kajian

Kajian yang dilakukan mestilah mempunyai objektif yang tepat bagi mencapai keputusan

yang diinginkan. Berdasarkan kepada penyataan masalah, matlamat kajian ini secara

umumnya adalah untuk mengenalpasti faktor sebenar pemelukan Islam dalam kalangan

saudara baru. Secara lebih terperinci, kajian ini dibahagikan kepada tiga objektif utama

iaitu:

1) Untuk menerangkan konsep saudara baru menurut perspektif Islam.

2) Untuk menjelaskan faktor pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru.

3) Untuk menghuraikan cabaran dakwah kepada saudara baru di PERKIM

Kelantan.
7

1.6 Persoalan Kajian

Kajian ini telah menetapkan beberapa persoalan kajian yang perlu dijawab bagi mencapai

objektif kajian. Persoalan adalah seperti berikut:

1) Apakah konsep saudara baru menurut perspektif Islam?

2) Apakah faktor pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru?

3) Sejauhmanakah cabaran dakwah kepada saudara baru di PERKIM Kelantan?

1.7 Limitasi Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada faktor pendorong pemelukan Islam dalam kalangan

saudara baru dan bermaksud keputusan kajian tidak boleh menyentuh agama lain. Lokasi

kajian yang dipilih adalah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian

Negeri Kelantan. Alat kajian yang digunakan ialah menemu bual beberapa orang dalam

kalangan saudara baru yang direkodkan oleh PERKIM Bahagian Negeri Kelantan.
8

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian yang dihasilkan ini amat penting kerana kajian seumpama ini belum pernah

dilakukan. Kajian-kajian lepas didapati lebih tertumpu kepada kajian pemelukan Islam

dalam kalangan saudara baru di tempat-tempat selain dari PERKIM Bahagian Kelantan.

Antara kepentingan kajian yang lain adalah dapat mendedahkan kepada para

pegawai dan pekerja tentang bagaimana mengendalikan saudara baru yang memeluk

Islam dengan cekap dan teratur supaya gerak kerja pengurusan kepada mereka dapat

dilaksanakan dengan lebih sistematik. Maka, secara tidak langsung pegawai dan pekerja

di PERKIM Bahagian Kelantan yang sedia ada dapat menguruskan saudara baru dengan

baik.

Selain itu, kajian ini sangat penting kerana kajian ini mengkaji serta menyediakan

sumber rujukan kepada para pendakwah dan badan-badan bukan kerajaan (NGO)

terhadap masalah yang dihadapi oleh pekerja PERKIM Bahagian Kelantan dalam

mengendalikan saudara baru. Dengan ini, sekaligus dapat membantu para pekerja

menghadapi masalah ketika menguruskan saudara baru yang ingin memeluk agama

Islam.

Pada masa yang sama, kajian ini dapat menambahkan lagi koleksi penulisan

ilmiah yang berkaitan dengan faktor pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru. Ini

akan memudahkan masyarakat merujuk kajian ini sekiranya sekiranya menghadapi

kekangan dalam menguruskan atau mengendalikan orang yang ingin memeluk agama
9

Islam. Di samping itu, dapat menggalakkan lagi orang Muslim pada masa kini

berdakwah atau mengajak rakan-rakan yang bukan Islam supaya memeluk agama Islam.

Hal ini kerana kewajipan orang Muslim menyampaikan Islam kepada orang bukan Islam

adalah perkara utama yang perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

1.9 Definisi Istilah Dan Operasional

Terdapat dua definisi yang digunakan apabila menjalankan sesuatu kajian iaitu definisi

istilah dan definisi operasional. Penyelidik telah mendefinisikan kajian ini mengikut

konteks kajian yang dijalankan dengan melibatkan definisi istilah dan operasional.

Definisi istilah ialah definisi-definisi yang dijelaskan secara umum dan ia merupakan

istilah-istilah yang penting yang mana berkaitan dengan kajian, manakala definisi

operasional pula ialah definisi yang lebih khusus dan ia menghubungkan konsep kepada

sesuatu yang boleh diperhatikan dan dinyatakan dalam bentuk yang boleh diukur dan

dimanipulasikan.

1.9.1 Pemelukan

Pemelukan adalah perkataan yang memberikan maksud menganut atau masuk sesuatu

agama (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015:1167). Manakala dalam kajian ini,

pemelukan bermaksud seseorang yang bukan Islam memeluk agama Islam dengan

mengucap dua kalimah syahadah dan diberikan kad yang khusus sebagai bukti memeluk

agama Islam.
10

1.9.2 Islam

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Islam merupakan agama yang

disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Dari segi bahasa, Islam dipetik dari perkataan

Arab iaitu salima yang bermaksud selamat dan sejahtera atau kedamaian. Ia juga

bermaksud menyerah diri, tunduk, taat dan patuh. Dari segi istilah syarak pula, Islam

ialah patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT dengan penuh kesedaran dan kerelaan

tanpa paksaan (Razaleigh Muhamat @ Kawangit, 2013). Berdasarkan kajian ini,

pengkaji mendefinisikan perkataan Islam adalah merujuk kepada maksud yang sama

dengan apa yang didefinisikan oleh Razaleigh Muhamat @ Kawangit iaitu Islam ialah

patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT.

1.9.3 Saudara Baru

Saudara baru mempunyai beberapa perkataan yang seerti antaranya muallaf yang selalu

digunakan oleh masyarakat di Malaysia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),

saudara baru didefinisikan sebagai panggilan yang ditujukan kepada orang yang baru

memeluk agama Islam. Saudara baru juga merupakan mereka yang telah melafazkan

kalimah syahadah dan golongan Muslim yang wajar diberi bimbingan dan perhatian oleh

golongan yang lebih berkelayakan (Wan Zuhaira Nasrin Wan Zainudin et. al, 2018).

Dalam kajian ini, yang dimaksudkan dengan saudara baru adalah merujuk kepada

maksud pemelukan Islam dalam kalangan orang bukan Islam di Kelantan.


11

1.9.4 Perkim Kelantan

Perkim Kelantan ialah singkatan bagi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Bahagian

Negeri Kelantan yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menolong dan

membimbing saudara baru di Malaysia khususnya di negeri Kelantan. Pertubuhan ini

bertapak di Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan (Anuar Puteh at. el, 2014). Dalam

kajian ini, pengkaji memfokuskan data-data pendorong pemelukan Islam dalam kalangan

saudara baru di PERKIM Bahagian Kelantan.

1.10 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan berkenaan latar belakang kajian,

permasalahan kajian, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, limitasi kajian dan

kepentingan kajian. Kajian ini juga turut membincangkan tentang kerangka konseptual

kajian yang akan dijalankan dan penting sebagai rujukan dan panduan bagi menyambung

perbincangan kajian di dalam bab yang kedua dan seterusnya. Definisi istilah dan

operasional juga penting bagi memudahkan kajian supaya tidak terpesong daripada tema

yang dikaji.
12

BAB II

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab dua ini akan membincangkan tentang kajian lepas yang telah dikaji oleh pengkajii-

pengkaji yang telah menjalankan penyelidikan di pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan

khususnya di dalam negara Malaysia. Di dalam bab ini juga akan menganalisis dengan

lebih terperinci berkenaan dengan permasalahan kajian yang telah dinyatakan pada awal

perbincangan bab satu.

2.2 Kajian Lepas

Walaupun tidak terdapat begitu banyak penulisan dan pengkajian dalam aspek saudara

baru, namun berdasarkan pengkajian yang ada sudah cukup menunjukkan aspek ini telah

mendapat perhatian dan sambutan yang begitu baik daripada pengkaji untuk

mengetengahkan isu-isu tentang faktor pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru.

Berdasarkan kajian-kajian yang lepas, perkara yang dibincangkan di dalam bab

ini adalah berkaitan konsep saudara baru, faktor pemelukan Islam dalam kalangan

saudara baru dan cabaran dakwah kepada saudara baru.


13

2.2.1 Konsep Saudara Baru

Bertitik tolak dari asasnya, penggunaan konsep dalam rangka penulisan merupakan suatu

hal yang penting bagi memudahkan kefahaman. Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji akan

menerangkan mengenai konsep saudara baru berdasarkan kajian lepas. Secara tidak

langsung, dapat membantu melancarkan perjalanan kajian ini. Berikut merupakan konsep

saudara baru:

a) Konsep Saudara Baru Menurut Islam

Saudara baru atau disebut juga sebagai saudara Muslim atau muallaf merupakan mereka

yang telah bertukar pegangan agama dan memeluk agama Islam. Mereka yang telah

dijinakkan hatinya dengan Islam ini amat memerlukan bimbingan, perhatian dan

dorongan yang sepatutnya dalam menceritakan atau menggambarkan kepada mereka

tentang agama terutamanya tentang akidah dan ibadat asas seperti konsep atau definisi

bersuci, solat, puasa dan sebagainya (Irwan, 2015).

Hal ini adalah kerana taklifan atau kewajipan syarak yang

dipertanggungjawabkan ke atas mereka sebaik sahaja mereka melafazkan kalimah

syahadah. Malangnya, jurang yang membezakan golongan mualaf dengan golongan

Muslim asal sering berlaku dalam masyarakat disebabkan oleh beberapa faktor

termasuklah penggunaan istilah yang kurang mesra atau senang dan boleh menimbulkan

perasaan tidak selesa dalam kalangan saudara baru (Irwan, 2015).


14

Perkataan muallaf disebut dalam al-Quran melalui firman Allah SWT:

ِ َ‫الرق‬
‫اب‬ ُ ُ‫ني َعلَْي َها َوالْ ُم َؤلََّف ِة قُل‬
ِ‫وُبُْم َوِِف ى‬ ِِ ِ ِ‫ات لِلْ ُف َقر ِاء والْمساك‬
َ ‫ني َوالْ َعامل‬ َّ ‫إََِّّنَا‬
َ َ َ َ ُ َ‫الص َدق‬
ِ ِ َّ ‫اَّللِ و‬ ِ ‫السبِ ِيل فَ ِر‬َّ ‫اَّللِ َوابْ ِن‬
َّ ‫ني َوِِف َسبِ ِيل‬ ِ
‫يم‬
ٌ ‫يم َحك‬ ٌ ‫اَّللُ َعل‬ َ َّ ‫يضةا م َن‬ َ َ ‫َوالْغَا ِرم‬

Maksudnya: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah


untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil
yang mengurusnya, dan orangorang mualaf yang dijinakkan
hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan
dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk
(dibelanjakan pada) jalan Allah SWT, dan orang-orang musafir
(yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang
demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya)
daripada Allah SWT. Dan (ingatlah) Allah SWT amat mengetahui
lagi amat bijaksana”.

(al-Taubah (9): 60)

Muallaf di dalam ayat ini disebut sebagai “mu’allafah qulubuhum” yang

merupakan salah satu daripada asnaf zakat iaitu golongan keempat. Walau

bagaimanapun, istilah atau perkataan ini tidak kerap digunakan sama ada penggunaan

harian oleh orang awam mahupun dalam penulisan ilmiah. Perkataan yang sering

digunakan ialah “muallaf” (Norlina Ismail at. el, 2016).

b) Konsep Saudara Baru Menurut Bahasa

Cendekiawan bahasa mendefinisikan atau mentafsirkan saudara baru dengan pelbagai

maksud. Perkataan qulubuhum adalah gabungan dua perkataan iaitu qulub dan hum.

Qulub berasal daripada qalaba, yaqlibu, qalban, yang membawa maksud kepada

menterbalikkan atau mengubah bahagian luar ke dalam. Qulub ialah kata majmuk bagi

qalb yang bermaksud: ketulan jantung yang mempunyai sambungan urat darah.

Perkataan qalb juga boleh digunakan sebagai perumpamaan atau kiasan bagi akal
15

(Norlina Ismail at. el, 2016). Firman Allah SWT menyebut bahawa: Maksudnya:

“Sesungguhnya perkara tersebut merupakan peringatan bagi orang yang mempunyai qalb

(akal)” (Abur Hamdi Usman at. el, 2020).

Ahmad Mukhtar Umar melalui kamus mereka al-Mu’jam al-Arabi al-Asasi

kalimah muallaf ini pada asalnya bermula daripada perkataan alafa - ya’lifu - mualafatan

yang memberi pengertian kepada jinak, dia menjinakkan dan yang dijinakkan. Kalimah

muallaf itu terbahagi kepada dua definisi, iaitu sesuatu yang ditulis dan dikarang seperti

buku kerana muallif itu bermaksud penulis dan juga mereka yang baru memeluk agama

Islam (Mohd Shukri Hanapi, 2015).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), saudara baru didefinisikan

sebagai panggilan yang ditujukan kepada orang yang baru memeluk agama Islam.

c) Konsep Saudara Baru Menurut Tafsiran 4 Mazhab

Para imam empat mazhab iaitu Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Hanbali dan Imam

Hanafi telah mentafsirkan perkataan ‘muallafatu qulubuhum’ yang terkandung di dalam

ayat 60, surah al-Taubah, dengan pelbagai tafsiran yang berbeza antara satu dengan yang

lain. Tetapi setiap tafsiran ini berpaksikan dan berpandukan autoriti al-Quran dan hadis

yang terkenal dan juga bertumpukan realiti semasa yang berlaku atau terjadi pada zaman

tersebut (Irwan et. al, 2015).


16

Berikut adalah konsep saudara baru menurut tafsiran empat mazhab:

i) Imam Shafi’e

Menurut Azman et. al (2015), para ulama’ Mazhab Shafi’e telah menafsirkan tentang

asnaf saudara baru atau muallaf secara terperinci. Mazhab ini menjelaskan bahawa

saudara baru adalah tergolong daripada orang yang telah menganut agama Islam sahaja.

Pelbagai perbahasan dan pendapat yang dibahaskan untuk menguatkan lagi pandangan

atau tanggapan ini. Antaranya adalah seperti berikut:

Berdasarkan pendapat dalam Mazhab Shafi’e saudara baru ialah orang yang

dijinakkan atau dilembutkan hatinya yang telah memeluk Islam. Selain itu, pentafsiran

ini juga mengatakan bahawa golongan saudara baru terbatas kepada orang yang telah

memeluk Islam sahaja. Mereka ini diberikan zakat supaya mengukuhkan lagi pegangan

atau prinsip mereka terhadap agama Islam. Tanpa sebarang batasan masa, ia sentiasa

terbuka kepada seluruh umat Islam sama ada mereka masih baru menganuti agama Islam

atau telah memeluknya semenjak lahir lagi kerana dibesarkan dan dilahirkan di dalam

keluarga yang beragama Islam (Azman et. al, 2015).

ii) Imam Maliki

Mazhab Maliki pula merupakan mazhab pelopor iaitu orang yang mula-mula

mengusahakan atau mewujudkan madrasah hadis di Hijaz dan mengutamakan atau

mementingkan pengambilan hadis sebagai sumber hukum berbanding mazhab Hanafi

yang mengutamakan ar-ra’yu atau ijtihad. Al-Dusuqi mendefinisikan saudara baru


17

sebagai orang kafir yang diberikan zakat supaya memeluk Islam. Saudara baru juga

bermaksud orang yang baru memeluk agama Islam, lalu diberikan zakat supaya pegangan

agamanya semakin kuat (al-Dusuqi, t.th: 495). Antara kedua-dua pentafsiran ini, Ibn

Irfah telah mengutamakan pentafsiran yang kedua (Irwan et.al, 2015).

Dalam pentafsiran tersebut, terdapat dua golongan muallaf iaitu kafir dan muslim.

Berdasarkan mazhab Maliki, pemberian zakat kepada kedua-dua golongan ini

mempunyai hukum yang berlainan. Hukum memberikan zakat kepada golongan saudara

baru untuk memantapkan imannya adalah kekal dan tidak dimansuhkan. Walau

bagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat tentang hukum memberikan zakat kepada

orang kafir untuk menggalakkannya supaya memeluk agama Islam (Irwan et.al, 2015).

iii) Imam Hanbali

Mazhab Hanbali pula merupakan mazhab yang terakhir dalam turutan mazhab fiqh yang

merupakan antara mazhab paling tegas dalam mengambil hukum dan istinbat hukum

melalui ar-ra’yu iaitu pandangan adalah sangat tidak digalakkan. Ulama’ mazhab ini

memperincikan maksud saudara baru berdasarkan tiga sudut pandangan (Irwan et. al,

2015).

Pandangan yang pertama ialah pemimpin masyarakat yang bukan Islam dan

diharapkan pengislamannya atau yang diharapkan menghentikan kejahatannya. Kedua,

saudara baru ialah orang Islam yang diberikan kepadanya zakat dengan tujuan dapat

menguatkan keimanannya terhadap Islam. Akhir sekali, saudara baru yang merujuk

kepada pemimpin Muslim yang diberikan kepadanya zakat sebagai daya usaha untuk
18

menggalakkan pengislaman seluruh pengikutnya ataupun sebagai dorongan kepadanya

untuk berjihad dan membela Islam (Irwan et. al, 2015).

iv) Imam Hanafi

Menurut Azman et. al (2015), Mazhab Hanafi merupakan mazhab yang paling tua dalam

kalangan mazhab-mazhab fiqh yang empat. Manhaj an-Nu’mani ini diketahui sebagai

sangat cermat dan berhati-hati dalam pengambilan hadis dan autoriti daripada hadis-hadis

dalam pengeluaran hukum dan mengutamakan ijtihad dalam pengeluaran hukum yang

tidak lari dari al-Quran dan Sunnah.

Menurutnya lagi, mazhab ini tidak menerangkan definisi saudara baru dengan

lebih jelas. Namun begitu, al-Kasani dalam bukunya “Bada’i” telah menyebutkan

sebilangan golongan penerima zakat daripada asnaf muallaf atau saudara baru pada

zaman Rasulullah SAW tanpa memberikan pengertian muallaf.

2.2.2 Faktor Pendorong Pemelukan Islam Dalam Kalangan Saudara Baru

Allah SWT bersifat kekuasaan dan berkehendak, jika Dia menghendaki seseorang itu

menjadi salah seorang dari umat Islam, maka tiada sesuatu pun yang dapat

menghalangNya. Inilah yang dimaksudkan dengan hidayah, yang menimbulkan minat

seseorang untuk menerima dan memeluk agama Islam. Hidayah atau petunjuk datang

dari pelbagai bentuk dan cara. Kadang kalanya ia datang tanpa dijangka oleh akal fikiran

yang munasabah atau rasional. Hal ini kerana ke’izzahan Islam yang dapat menarik

perhatian masyarakat orang bukan Islam untuk mendekati dan menghayati Islam. Islam
19

juga menyuruh seluruh umatnya supaya menjaga hubungan baik dengan masyarakat

orang bukan Islam supaya menjadi contoh yang baik untuk membuka mata mereka ke

arah menerima Islam (Muhammad Hashim, 2013).

Di samping itu, umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam yang mengamalkan

dan melakukan segala suruhan Allah SWT melalui contoh-contoh yang kita tunjukkan

hasil dari penerapan teladan dan nasihat Islam yang dijadikan amalan seharian akan dapat

menunjukkan gambaran kepada masyarakat orang bukan Islam betapa sempurna dan

indahnya Islam ini kerana Islam memberi jaminan terhadap kehidupan manusia di dunia

dan akhirat. Ia merupakan satu-satu agama yang diredai oleh Allah SWT kepada sekalian

hambaNya (Muhammad Hashim, 2013). Ini telah dinyatakan di dalam firman Allah

SWT:

ِ ۡ ِ‫اِ َّن ال ىِد ۡين عِ ۡن َد ٰاَّلل‬


‫اۡل ۡس ََل ُم‬ ‫ى‬ َ

Ertinya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai)


di sisi Allah SWT ialah Islam.

(Ali-Imran, (3): 19)

Ayat ini menjelaskan tiada apa pun yang boleh menyangkal bahawasanya hanya

Islam sahaja agama yang diredhai oleh Allah SWT. Ianya dikukuhkan lagi dengan firman

Allah SWT:

ِ ۡ ‫ور ِض ۡيت لَ ُكم‬


‫اۡل ۡس ََل َم ِد ۡي ناا‬ ُ ُ ََ
Ertinya: Dan telah ku redai Islam itu menjadi agama
untuk kamu.
(al-Maidah (5):3)
20

Oleh kerana Islam merupakan agama yang ditetapkan oleh Allah SWT bagi

sekalian makhluk, sudah semestinya ia memiliki keistimewaan yang tiada tandingan

dengan mana-mana agama yang terdapat di dunia ini. Dengan makna kata lain, Islam

adalah agama yang paling sempurna dan lengkap meliputi seluruh aspek.

Oleh yang demikian, pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru seringkali

diperkatakan di seluruh dunia khususnya di Malaysia. Hal ini telah menimbulkan

pertanyaan dalam kalangan masyarakat di Malaysia tentang faktor yang mendorong

golongan saudara baru memeluk agama Islam. Terdapat pelbagai faktor yang

mempengaruhi saudara baru memeluk atau menganut agama Islam.

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh para pengkaji lepas, faktor-

faktor yang mempengaruhi golongan saudara baru memeluk agama Islam adalah seperti

berikut:

a) Pergaulan Dengan Masyarakat Islam

Pemelukan agama dalam kalangan saudara baru berlaku adalah disebabkan oleh faktor

hubungan sosial contohnya pengaruh dan pergaulan kebiasaan yang bersifat ritual iaitu

tatacara dalam upacara keagaaman. Pengalaman menyertai ritual masyarakat atau

perkumpulan sosial dan upacara keagamaan menampakkan kepada pelbagai jenis cara

hidup dalam beragama (Muhamma Hashim, 2013).


21

Islam memiliki suatu sikap persamaan yang amat sesuai dengan perangai atau

tabiat keIslaman sebagai suatu agama kepada penduduk sekalian alam tanpa mengambil

kira bangsa dan warna kulit serta berkasih sayang antara satu sama lain yang berkekalan.

Perkara ini jelas membuktikan keindahan yang terdapat di dalam masyarakat Islam

sehingga ia merupakan faktor pendorong pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru,

antaranya pergaulan bersama masyarakat Melayu yang bermula sejak kecil lagi dan

hubungan terjalin di antara mereka dengan begitu rapat dan mesra sehingga sesuatu

masyarakat tersebut berminat dengan cara kehidupan masyarakat Melayu yang

membiasakan diri dengan cara hidup rukun tetangga, saling bantu-membantu di antara

satu sama lain, berkerjasama, kenduri-kendara, kematian dan sebagainya. Sebagai

contoh, telah dinyatakan di dalam kajian tesis yang bertajuk “Saudara Baru di Kelantan”

yang dikarang oleh Tg. Norhayati Tg. Hamzah (2006) tentang Dr. Ridzuan Tee Abdullah

dan adiknya Ahmad Borhan Tee Abdullah dimana mereka memeluk agama Islam kerana

bergaul dengan masyarakat Melayu (Muhammad Hashim, 2013).

Hal ini disokong oleh Azaruddin Awang (2015) yang menyatakan bahawa

pengalaman pergaulan di sekolah atau di kampung telah menimbulkan minat terhadap

komuniti Cina untuk mengenali secara lebih mendalam tentang gaya hidup dan agama

masyarakat Melayu Muslim. Berdasarkan hasil temu bual yang dilaksanakan Azaruddin

Awang (2015), ia menunjukkan bahawa tujuh orang yang menyatakan faktor yang sama

mendorong kepada pemelukan agama Islam.

Melalui kaedah atau cara pergaulan kawan-kawan Muslim dan pengalaman

tinggal bersama di perkampungan Melayu telah menimbulkan minat terhadap masyarakat


22

Cina untuk mendalami keadaan sebenar kehidupan seharian yang terjadi dalam komuniti

Muslim. Tambahan pula, pengalaman tinggal bersama di perkampungan masyarakat

Melayu Muslim menyebabkan agak susah untuk berkawan dengan rakan-rakan yang

sebangsa. Justeru, faktor hubungan sosial dengan komuniti Muslim tempatan menjadi

sebab yang kuat untuk mendalami serba sedikit hal ehwal agama Islam yang seterusnya

mendorong komuniti ini melakukan pertukaran agama (Azaruddin Awang, 2015).

b) Pembacaan Dan Pengkajian

Menurut Muhammad Hashim (2013), pada masa kini terdapat ramai pengkaji dan

pengarang yang boleh menghasilkan bahan bacaan yang bermanfaat kepada sesiapa yang

mahukan maklumat sama ada dari segi agama, fizik, sains, matematik, ekonomi dan

sebagainya. Bahan ilmiah yang lebih sistematik amat mudah untuk diperolehi di pasaran

kerana telah ramai para cendekiawan Islam yang boleh menghasilkan bahan ilmiah yang

berkualiti tinggi. Maka dengan faktor ini juga ramai di kalangan saudara baru yang

memeluk agama Islam oleh kerana kagum dan tertarik dengan Islam melalui bahan ilmiah

seperti kitab-kitab tentang ekonomi Islam dan buku-buku yang menceritakan dan

menyatakan tentang tokoh-tokoh Islam yang tersohor seperti Imam al-Ghazali, Ibn Sina,

Ibn al-Baitutah, Dr. Wahbah al-Zuhayli, Dr Yusuf al-Qardawi, Hamka, Dr. Ramadhan

al-Buti dan sebagainya.

Perkara ini disokong oleh Azaruddin Awang (2015) yang menyatakan bahawa

ramai saudara Muslim Cina di negeri Terengganu yang menukar agama disebabkan

keinginan untuk mendalami tentang agama Islam. Hasil kajian yang dikaji mendapati

bahawa meskipun ada individu yang cukup memahami secara mendalam tentang
23

pengajaran agama asal dalam kalangan komuniti Cina, malah menjadi tokoh yang

berperanan dalam institusi agama tersebut, akan tetapi semangat untuk mendapatkan

kebenaran dalam beragama tidak pernah layu. Boleh dikatakan bahawa faktor mengkaji

merupakan titik tolak komuniti Cina terlibat secara langsung dalam dialog keagamaan.

Pengalaman menyertai kelas pengajian agama Islam contohnya bertanya kepada para

asatizah itu menunjukkan bahawa wujudnya rasa ingin tahu dalam kalangan masyarakat

Cina terhadap fenomena-fenomena dalam agama Islam.

c) Perkahwinan

Kebanyakan budaya di dunia mengakui atau mengesahkan perkahwinan adalah sebagai

satu jalinan sah yang menyatukan di antara orang lelaki dan perempuan. Perkahwinan

dalam apa jua bentuk merupakan satu kejadian yang unik dan kompleks berpaksikan

penyatuan agama, peribadi dan juga budaya pasangan yang berkahwin. Kesenangan

sesebuah perkahwinan kebiasaannya dipengaruhi oleh pelbagai faktor contohnya dasar

pemilihan pasangan, keluarga, faktor ekonomi, budaya, agama dan adat resam

(Muhammad Hashim, 2013).

Berdasarkan Muhammad Hashim (2013), faktor perkahwinan merupakan salah

satu faktor pendorong pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru. Kajian lepas

mendapati ramai dalam kalangan saudara baru yang memeluk agama Islam oleh kerana

mahu berkahwin dengan pasangan yang menganut agama Islam. Faktor ini merupakan

suatu perkara yang tidak asing lagi kerana menurut lipatan sejarah perkembangan Islam

di Tanah Melayu, antara punca Islam menular ialah disebabkan faktor perkahwinan sama

ada terjadi dalam kalangan pemerintah mahupun para pedagang Arab yang datang di
24

Tanah Melayu dengan matlamat berniaga. Di samping itu, mereka berkahwin dengan

penduduk tempatan.

Kebanyakan masyarakat Cina membuat keputusan untuk menganut agama Islam

disebabkan ingin berkahwin dengan jodohnya yang berbangsa Melayu Muslim. Wanita-

wanita Cina yang mempunyai pasangan dari bangsa Melayu Muslim memilih keputusan

untuk menukar agama di atas dasar cinta. Wujudnya pertalian emosional yang lebih intim

dan mendalam dengan pasangan yang beragama Islam telah menyedarkan seseorang itu

untuk bertukar agama (Azaruddin Awang, 2015).

Disokong oleh Wan Zuhaira Nasrin Wan Zainudin et. al (2018), faktor

perkahwinan mendorong kepada proses pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru

meskipun bukan dalam kategori yang utama. Perkara ini membolehkan mereka

mengahwinkan pasangan mereka yang beragama Islam melalui perkahwinan. Namun

begitu, faktor ini bukanlah merupakan sebab utama saudara baru memeluk agama Islam.

Contohnya, ramai di kalangan mereka yang berkahwin sebelum memeluk agama Islam

ataupun telah lama menganut agama Islam dan bertemu pasangan dengan seseorang yang

asal Islam.

d) Pencarian Sinar Hidup

Islam merupakan agama yang sempurna dan indah sehingga membuatkan ramai dalam

kalangan masyarakat orang bukan Islam terpikat dan jatuh hati untuk memeluk agama
25

Islam. Hal ini kerana hadirnya perasaan di dalam jiwa mereka ingin mendapatkan

kebenaran dalam kehidupan kerana merasakan bahawa pegangan agama ketika itu tidak

berpadanan langsung dengan jiwa bahkan jiwa sentiasa tidak tenang di dalam sanubari

sehingga menganggap agama yang dianuti olehnya adalah tidak logik (Muhammad

Hashim, 2013).

Demi mendapatkan jawapan kebenaran iaitu sinar hidup dan keyakinan di alam

yang penuh dengan pelbagai tipu daya yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis ini, ia

mencetuskan pelbagai tanda tanya yang bermain di dalam fikiran. Justeru itu, setelah

diselidik dan dijelaskan tentang kebenaran Islam serta kesempurnaannya, maka perlu

diakui bahawa Islam adalah agama yang sebenar yang diinginkan dan dicarikan selama

ini (Muhammad Hashim, 2013).

e) Hidayah Daripada Allah SWT

Faktor ini juga merupakan sebab pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru iaitu

melalui petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Seseorang itu tidak akan terbuka

pintu hatinya untuk menganut dan menerima agama Islam sebagai pegangan hidup tanpa

hidayah daripadaNya. Adapun bagi saudara baru yang mendapat petunjuk dan hidayah

melalui mimpi, maka mereka memilih dan sekaligus menerima Islam sebagai pegangan

hidup dengan rela hati tanpa disuruh atau dikerah oleh sesiapa dan kepentingan tertentu

(Muhammad Hashim, 2013).


26

Hal ini juga menyebabkan saudara baru lebih bersiap sedia untuk berusaha

membentuk dan melatih diri mereka supaya menjadi seorang Muslim yang bernilai

murni. Oleh yang demikian, bukanlah semua diantara mereka yang memperoleh hidayah

dan petunjuk melalui mimpi kerana yang mengalami keistimewaan ini adalah hanya

orang-orang yang tertentu sahaja. Namun begitu, ia bukanlah satu perkara yang tidak

munasabah kerana Allah SWT bersifat dengan iradah iaitu berkehendak. Jadi, sesiapa

sahaja yang Allah SWT berkehendak supaya terbuka hati dan menerima hidayah dengan

apa cara sekalipun atau sekiranya Allah SWT ingin menutup pintu hati seseorang dari

mendapat petunjuk, maka ia semestinya berlaku tanpa ada sebarang rintangan dan

halangan (Muhammad Hashim, 2013).

Biarpun begitu, kesemua faktor pendorong pemelukan Islam dalam kalangan

saudara baru hanya merupakan penyebab sahaja bahkan yang paling penting adalah

hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT. Justeru, tidak mungkin mereka akan terbuka

hati untuk memeluk agama Islam sekiranya tanpa hidayah daripadaNya. Sesungguhnya

Allah SWT menjadikan apa yang dikehendakiNya dan hanya Dia sahaja yang berkuasa

di atas segala sesuatu (Muhammad Hashim, 2013).

Menurut Azaruddin Awang (2015), walaupun pada hakikat asalnya seorang Cina

yang menghina atau mencemuh terhadap ajaran agama Islam tetapi memeluk agama

Islam jua setelah mendapat hidayah daripada Allah SWT pada lewat usianya. Bermimpi

tentang perkara yang mengandungi unsur-unsur keagamaan Islam seperti berjumpa lelaki

berserban, mendengar laungan azan dan sebagainya juga merupakan faktor hidayah yang

luar biasa.
27

Hidayah daripada Allah SWT terutamanya melalui mimpi merupakan salah satu

faktor pendorong pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru. Aspek-aspek mimpi

selalunya mempunyai elemen-elemen agama yang terjadi dalam komuniti Muslim

setempat tamsilnya berjumpa dan bercakap dengan orang tua yang berjubah dan

berjanggut putih. Walaupun begitu, faktor hidayah daripada Allah SWT ini adalah

berbeza-beza berdasarkan pengalaman seseorang. Kebiasaan mimpi berjumpa orang tua

yang memakai jubah putih serta berjanggut adalah dengan orang baik dan alim tentang

agama dalam tradisi Melayu. Biarpun begitu, terdapat segelintir masyarakat Cina telah

mengambil keputusan untuk mengkaji secara lebih terperinci terhadap agama yang

sedang dianuti dan agama yang akan dipeluki setelah mendapat mimpi tersebut

(Azaruddin Awang, 2015).

Menurut Roslieza (2017), faktor utama pendorong pemelukan Islam dalam

kalangan saudara baru adalah kerana hidayah daripada Allah SWT. Tanggapan ini juga

disokong oleh Razaleigh & Norazwani (2013), faktor utama yang mendorong pemelukan

Islam dalam kalangan saudara baru adalah disebabkan oleh wujudnya hidayah dan

petunjuk daripada Allah SWT. Sudah semestinya seseorang itu tidak akan mudah

terpengaruh untuk menerima aqidah dan agama Islam sebagai pegangan dan pedoman

hidup sekiranya tanpa hidayah daripadaNya. Golongan saudara baru pada kebiasaannya

akan menerima Islam dengan hati yang terbuka.

Menurut Wan Zuhaira Nasrin Wan Zainudin et. al (2018), hidayah Allah amat

penting dalam membentuk jiwa seseorang yang mahukan pada agama Islam.
28

Berdasarkan hidayah daripada Allah SWT, golongan saudara baru mampu untuk

memantapkan diri mereka supaya menjadi Muslim yang sejati dan jauh lebih baik

berbanding golongan zaman jahiliyyah. Pada kebiasaannya, kefahaman seseorang yang

dihadiahkan hidayah kepadanya oleh Allah SWT adalah lebih baik daripada seseorang

yang menganuti atau memeluk agama Islam kerana kepentingan sesuatu.

f) Kepentingan Diri

Faktor kepentingan peribadi atau diri juga merupakan salah satu sebab dalam golongan

saudara baru telah memeluk agama Islam. Menurut Muhammad Hashim (2013),

meskipun golongan ini sudah memeluk agama Islam, akan tetapi mereka masih lagi

mengekalkan adat kepercayaan agama asal mereka yang berlawanan dengan ajaran Islam

contohnya memangkai tangkal, meminum arak, melakukan aktiviti-aktiviti berbentuk

khurafat, menyembah berhala dan sebagainya. Terdapat juga dalam golongan saudara

baru yang tidak berminat untuk mendalami ajaran Islam dan menyertai program-program

yang dianjurkan kepada mereka seperti kelas pengajian al-Quran, fardhu ain dan

sebagainya.

Kebanyakan di antara golongan saudara baru mempunyai sebab-sebab seperti

berikut:

i) Melancarkan urusan untuk memperoleh kerakyatan.

ii) Mendapatkan pertolongan dan sumbangan daripada masyarakat Islam yang

tersedia.
29

iii) Memudahkan urusan perniagaan dan perdagangan dengan masyarakat Islam

terutamanya orang Melayu.

iv) Melicinkan urusan menukarkan kad pengenalan dari merah ke biru.

v) Meloloskan diri daripada tindakan undang-undang kerana melakukan

jenayah.

Tuntasnya, institusi dakwah perlulah memberikan perhatian sepenuhnya kepada

golongan saudara baru yang memeluk agama Islam di atas faktor kepentingan peribadi.

g) Dorongan Keluarga

Berdasarkan kajian Azaruddin Awang (2015), hasil kajian juga menyatakan bahawa

masyarakat Cina yang melakukan pertukaran agama setelah mendapat dorongan yang

kuat daripada keluarga mereka yang telah memeluk agama Islam. Pada kebiasaannya,

apabila ibu bapa memeluk agama Islam, anak-anak juga akan turut serta untuk memeluk

agama Islam. Fakta mengatakan bahawa hanya segenap masyarakat Cina di Terengganu

memeluk agama Islam disebabkan dorongan daripada keluarga yang memeluk agama

Islam.
30

2.2.3 Cabaran Dakwah Kepada Saudara Baru

Nur Najwa Hanani Abd Rahman (2017) menjelaskan bahawa golongan saudara baru ini

juga perlu menghadapi dan mengharungi cabaran-cabaran hidup. Cabaran atau dugaan

yang diharungi oleh saudara baru dapat dikategorikan kepada dua iaitu cabaran dalaman

dan cabaran luaran. Cabaran dalaman yang diharugi oleh mereka ialah permasalahan

yang wujud dalam diri mereka iaitu tekanan dan kesan psikologi sebelum memeluk Islam

dan selepas memeluk Islam. Cabaran luaran pula adalah menjurus kepada perkara-

perkara yang hadir daripada luar diri saudara baru itu sendiri dan meninggalkan kesan

yang mendalam jika dibandingkan dengan kesan cabaran dalaman. Antara cabaran

luaran yang diharungi oleh golongan saudara baru adalah:

a) Cabaran Ahli Keluarga

Saudara baru juga akan menghadapi pelbagai tekanan termasuklah tekanan daripada ahli

keluarga sendiri dan masyarakat agama asalnya. Perkara sebegini adalah masalah yang

umum dan biasa dihadapi golongan saudara baru tanpa mengambil kira latar belakang

etnik contohnya India, Cina dan orang asli. Selain itu, ancaman dan ugutan masyarakat

setempat juga telah menimbulkan dilema kepada mereka untuk terus kekal beragama

Islam (Abd Ghafar et. al, 2009).

Di samping itu, dalam kalangan saudara baru juga ada yang diancam dan dihalau

keluarga menyebabkan timbul macam-macam masalah tamsilnya tempat tinggal.

Malahan, ada dalam kalangan mereka yang terpaksa menyewa rumah bersindirian (Mohd

Azmi & Maimunah, 2012).


31

b) Cabaran Sikap Prejudis Dan Negatif Masyarakat Sekeliling

Menurut Nur Najwa Hanani (2017), prasangka bermaksud satu sikap atau sifat dan

beremosi terhadap sesuatu golongan masyarakat berpandukan kepada ciri-ciri tertentu

contohnya agama, etnik, jantina atau kelas. Prasangka juga melibatkan unsur

pertimbangan atau prejudis iaitu satu penilaian yang dilakukan sebelum atau tanpa

memeriksa terlebih dahulu tentang fakta-fakta yang bekaitan.

Hal ini disokong oleh Wan Zuhaira Nasrin Wan Zainudin (2018) yang

menyatakan bahawa pandangan prejudis dan bersikap negatif daripada sebahagian

masyarakat Melayu adalah salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh golongan

saudara baru dalam mendalami dan menerima ajaran Islam. Terdapat segelintir

masyarakat Melayu yang bertanggapan bahawa faktor pendorong pemelukan Islam

dalam kalangan saudara baru adalah disebabkan memiliki kepentingan dan motif tertentu.

Di samping itu, cabaran yang terpaksa diharungi oleh golongan saudara baru adalah

tanggapan masyarakat Muslim terhadap mereka supaya menghayati ajaran Islam seperti

masyarakat Islam asal.

c) Faktor Bahasa Yang Berbeza

Disebabkan adanya dalam kalangan saudara baru yang tidak lancar bercakap atau

berdialog dalam Bahasa Melayu, faktor ini juga merupakan salah satu cabaran yang

diharungi oleh mereka dalam mendalami agama Islam. Hal ini boleh merosakkan proses

kelancaran ketika berkomunikasi dalam urusan harian seperti ketika proses pembelajaran

agama. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh segenap agensi seperti mengajarkan

tentang agama Islam dalam bentuk yang mudah difahami oleh saudara baru. Perkara ini
32

telah memberikan kesan yang positif iaitu golongan saudara baru turut belajar Bahasa

etnik lain supaya menyenangkan proses komunikasi dalam kalangan mereka (Roslieza,

2017).

d) Prosedur Pendaftaran

Menurut Roslieza (2017), proses yang susah dan merumitkan inilah yang menjadi

cabaran paling kuat bagi saudara baru apabila memeluk agama Islam kerana terdapat

banyak prosedur yang perlu diikuti dan dilaksanakan bagi tujuan pendaftaran agama

sahaja. Perkara ini disokong oleh Wan Zuhaira Nasrin Wan Zainudin (2018), terdapat

pejabat agama negeri yang mewajibkan syarat-syarat yang ketat untuk melakukan

pendaftaran bagi saudara baru contohnya mereka perlu menyerahkan sekurang-

kurangnya sepuluh keping gambar untuk menyelesaikan pendaftaran sebagai seorang

Muslim.

2.3 Rumusan

Secara kesimpulan, bab ini membincangkan tentang sorotan literatur yang berkaitan

dengan konsep saudara baru, faktor pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru dan

cabaran yang dihadapi oleh saudara baru. Kajian-kajian lepas juga turut diletakkan

didalam bab ini bagi melihat hasil dapatan kajian yang telah dilakukan berdasarkan

kepada objektif yang akan dikaji oleh pengkaji pada bab empat nanti. Bab seterusnya

bakal menggunakan kaedah yang bersesuaian bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih

baik.
33

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh pengkaji dalam

menjalankan kajian ini. Tujuannya adalah supaya memberi penjelasan bagaimana kajian

dilaksanakan, data-data diperolehi dan dianalasis untuk mendapat maklumat yang betul

lagi sahih. Perkara-perkara yang disertakan di dalam bab ini antaranya reka bentuk

kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kesahan dan

kebolehpercayaan, tatacara pungutan data dan tatacara analisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Menurut M. Utaman Raman (2009), metodologi atau kaedah dalam sesuatu kajian

merujuk kepada cara yang paling berpengaruh bagi memperolehi maklumat yang berguna

dengan kos yang sedikit supaya mencapai sesuatu matlamat penyelidikan. Maka pengkaji

mestilah melaksanakan kajian berdasarkan metodologi yang sesuai agar kajian yang

dilakukan berkesan. Sekiranya pengkaji menggunakan metodologi yang berkesan, maka

semestinya akan mendapat keputusan kajian yang tepat, jelas, sah dan kebolehpercayaan

yang tinggi terhadap sesuatu kajian.


34

Reka bentuk kajian adalah perkara yang amat penting bagi sesuatu kajian sebagai

panduan atau petunjuk untuk memastikan objektif kajian tercapai sekaligus menjawab

persoalan kajian. Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk memerhati faktor

pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru di PERKIM Bahagian Kelantan.

Oleh itu, kajian berbentuk kualitatif adalah reka bentuk yang paling sesuai

digunakan dalam kajian ini. Pengkaji akan menemu bual beberapa orang responden dan

juga staf-staf di PERKIM Bahagian Kelantan untuk mengukuhkan dan memantapkan lagi

dapatan kajian yang diperolehi. Bagi pengkaji, kaedah ini dapat memberi maklumat yang

jelas dan tepat serta berpotensi mencapai kehendak soalan kajian yang dibuat.

3.3 Lokasi Kajian

Lokasi kajian adalah merupakan salah satu daripada unsur yang penting dalam

menentukan sesebuah kajian itu dapat dikaji secara khusus. Kekuatan dan keberhasilan

suatu kajian adalah amat berkait rapat dengan lokasi kajian. Pengkaji perlu mengetahui

secara tepat tentang sesebuah lokasi supaya kajian yang dilaksanakan dapat memberikan

satu gambaran yang jelas. Kajian yang padat adalah hasil daripada pengetahuan pengkaji

tentang latar belakang sesuatu tempat kajian. Berdasarkan pengetahuan tersebut, pengkaji

dapat memanipulasikan secara keseluruhan tentang apa yang terdapat dalam kawasan

lokasi kajian.
35

Didalam kajian ini, lokasi yang difokuskan adalah institusi dakwah PERKIM

Bahagian Kelantan. Pengkaji melihat PERKIM Bahagian Kelantan sebagai satu institusi

dakwah yang semakin bagus dan maju dalam memberi sumbangan dalam pelbagai sudut

keperluan kehidupan golongan saudara baru seperti kefahaman Islam, kebajikan dan

sebagainya.

Kajian ini dilaksanakan di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

Bahagian Kelantan. Pertubuhan ini merupakan salah satu pertubuhan bukan kerajaan

(NGO). PERKIM Bahagian Kelantan telah melalui pelbagai bentuk perubahan dari segi

lokasi dan perancangan program, kini PERKIM Bahagian Kelantan beribu pejabat di

pusat Bandar Kota Bharu yang beralamat di Lot 2879-M, Taman Laksamana, Jalan

Mahmood, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Kedudukannya yang berada di pusat bandar Kota Bharu adalah strategik, sesuai

dan mudah untuk dikunjungi atau dilawati oleh golongan saudara baru yang memerlukan

segala jenis bentuk pertolongan. Kemudahan ini diwujudkan adalah bukan sekadar

kepada golongan saudara baru tempatan, malahan juga kepada golongan saudara baru

yang datang dari negara-negara luar yang ingin memeluk agama Islam. Kemudahan ini

juga menyumbangkan pelbagai sumbangan kepada saudara baru untuk menurut serta

semua aktiviti yang dijalankan oleh PERKIM Bahagian Kelantan.


36

Menurut Mohd Sabri Ismail (2009), PERKIM cawangan dibangunkan dan

ditubuhkan di seluruh negeri Kelantan selepas penubuhan PERKIM negeri. PERKIM

cawangan yang ditubuhkan di setiap Jajahan menggunakan Pejabat Tanah Dan Jajahan

sebagai ibu pejabatnya selaras dengan Ketua Jajahan merangkap sebagai Pengerusi

PERKIM cawangan. Meskipun tanpa memiliki bangunan yang tersendiri, PERKIM

cawangan dapat berkembang dengan jayanya dalam menganjurkan dan menjalankan

aktiviti dan program yang diatur.

PERKIM Bahagian Kelantan menganjurkan pelbagai aktiviti yang meluas bagi

menyenangkan penyelerasan yang melibatkan sepuluh jajahan yang terdiri daripada:

a) Kota Bharu

b) Tumpat

c) Pasir Puteh

d) Tanah Merah

e) Machang

f) Kuala Krai

g) Bachok

h) Pasir Mas

i) Jeli

j) Gua Musang
37

3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian

Persampelan merupakan satu teknik atau prosedur untuk memilih atau membuat

keputusan tentang populasi yang akan digunakan sebagai sampel kajian. Tujuan sampel

dipilih adalah supaya menjimatkan kos dan masa serta mengelakkan ketidakmungkinan

pengkaji untuk mengumpul dari seluruh populasi (Ahmad Sunawari Long, 2014).

Pengkaji telah memilih persampelan berasaskan tujuan atau purposive bagi

melaksanakan kajian ini kerana sampel yang dipilih adalah golongan saudara baru yang

berdaftar di PERKIM Bahagian Kelantan. Pemilihan sampel bertujuan secara rawak

disebabkan bilangan saudara baru yang terdapat di PERKIM Bahagian Kelantan adalah

ramai. Sampel dipilih berdasarkan ciri-ciri sampel yang dikehendaki oleh pengkaji sesuai

dengan objektif dan matlamat kajian. Dalam kata lain, latar belakang penilaian dan tujuan

kajian penyelidikan.

Teknik persampelan memerlukan kos yang agak sederhana bagi kajian yang

bersifat ramalan. Menurut Ahmad Sunawari Long (2014), berlaku bias kerana

kepercayaan atau ciri-ciri yang diberikan oleh pengkaji berkemungkinan bersifat

unreprenvisitive terhadap pandangan responden atau sampel yang benar.

Dalam kajian ini, penggunaan kaedah persampelan bertujuan telah digunakan

untuk mendapatkan lima sampel saudara baru yang berdaftar di PERKIM Bahagian

Kelantan. Daripada kesemua saudara baru dari pelbagai bangsa dan negara, seramai 5
38

orang sampel telah dipilih menggunakan teknik rawak dengan pelbagai tahap kefahaman

tentang agama Islam.

Dalam konteks ini, dapat melihat betapa mudahnya kaedah persampelan ini

kerana adalah sukar untuk mendapatkan senarai kesemua saudara baru di PERKIM

Bahagian Kelantan kerana prinsip dan akta yang diterbitkan. Sampel dipilih berdasarkan

ciri-ciri sampel yang dikehendaki oleh pengkaji bertepatan dengan objektif dan matlamat

kajian. Dalam kajian ini, sampel yang dipilih adalah golongan saudara baru yang telah

berdaftar di PERKIM Bahagian Kelantan dan juga staf atau pegawai yang berkerja di

tempat tersebut.

Bagi mendapatkan sampel, pengkaji akan berkunjung ke PERKIM Bahagian

Kelantan cawangan Kota Bharu dan melihat sendiri keadaan tempat tersebut serta

menemu bual beberapa orang saudara baru dan pekerja yang berada di sana. Hal ini dapat

melancarkan perjalanan penyelidikan pengkaji kerana mereka berada di satu tempat yang

sama pada waktu yang ditetapkan.

Pemilihan 5 orang sampel bersesuaian populasi dengan saudara baru yang

berdaftar di PERKIM Bahagian Kelantan iaitu seramai 79 orang. Selain itu, pemilihan

sampel juga berdasarkan bilangan keaktifan saudara baru yang menyertai program-

program yang dianjurkan oleh tenaga pengajar dan pekerja di tempat tersebut.
39

Walau bagaimanapun, dalam kajian ini jumlah yang digunakan pengkaji tidak

mencapai sehingga 10 peratus daripada populasi keseluruhan oleh kerana pandemik

covid-19 yang melanda di seluruh dunia. Oleh itu, pengkaji hanya menemu bual seramai

5 orang responden melalui aplikasi WhatsApp. Daripada 5 responden yang ditemu bual,

kelima-lima daripada mereka iaitu golongan saudara baru telah menceritakan

pengalaman mereka berdasarkan soalan yang diajukan.

3.5 Instrumen Kajian

Menurut Mohd Sabri Ismail (2009), instrumen merupakan satu sistem, pendekatan,

prinsip atau kaedah untuk memperoleh sesuatu berdasarkan satu usaha yang teratur dan

cekap. Ia juga merupakan satu cara dalam usaha manusia untuk mempelajari dan

mengetahui tentang gejala alam dan masyarakat berdasarkan suatu sistem yang lebih

teratur dan efisien bagi memastikan pencarian terhadap gejala tersebut memperoleh hasil

yang baik.

Penggunaan instrumen temubual dalam penyelidikan ini adalah sangat bertepatan

dalam usaha pengkaji untuk meneliti bagi mendapatkan hasil yang terbaik bagi tatapan

masyarakat umum, golongan saudara baru dan PERKIM secara khususnya. Penggunaan

instrumen oleh penyelidik adalah berkaitan dengan cara kerja untuk memahami objek

yang menjadi tumpuan peneliti. Instrumen adalah cara untuk mencapai sesuatu bukan

sekadar ia dicapai akan tetapi hasil yang diperolehi adalah berkualiti (Mohd Sabri Ismail,

2009).
40

Kajian ini akan dijalankan dalam bentuk kajian yang bersepadu dengan

menggunakan dua cara bagi mendapat dan memperoleh hasil kajian yang baik dan tepat

iaitu tatacara pengumpulan data dan tatacara analisis data. Dalam hal ini, pengkaji

menggunakan dua kaedah penyelidikan bagi mendapatkan data-data yang diperlukan

dalam kajian ini. Berikut adalah kaedah penyelidikan yang akan digunakan:

a) Penyelidikan Perpustakaan

Penyelidikan perpustakaan adalah teknik yang mana seseorang pengkaji mendapatkan

data dan bukti ke atas rekod dan dokumen. Dalam kajian ini, pengkaji telah

melaksanakan kutipan data serta fakta-fakta yang terdapat di perpustakaan untuk

mendapatkan sesuatu dalam bentuk dokumentasi (Mohd Sabri Ismail, 2009).

Dalam penyelidikan perpustakaan, pengkaji telah melakukan penelitian terhadap

objek yang terdapat di perpustakaan dengan mengkaji fakta-fakta dalam pelbagai bentuk

untuk disesuaikan dengan penulisan kajian. Data-data tersebut diperolehi daripada buku-

buku, teks-teks seminar, majalah, kertas-kertas kerja dan sebagainya.

Bagi memenuhi keperluan tersebut, pengkaji menggunakan beberapa buah

perpustakaan seperti Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin di Gong Badak,

Perpustakaan Awam Terengganu di Kuala Terengganu, Perpustakaan Universiti Malaya

di Nilam Puri dan Perpustakaan Awam Kelantan di Kota Bharu. Perpustakaan adalah
41

tempat yang sangat sesuai bagi mendapatkan bahan dalam bentuk dokumentasi yang

berkaitan kajian.

Namun begitu, kajian ini sudah semestinya tidak akan sempurna sekiranya

mengumpul maklumat-maklumat di perpustakaan sahaja tanpa mengadakan

penyelidikan lapangan yang lain seperti metode dokumentasi. Berdasarkan Mohd Sabri

Ismail (2009), metode dokumentasi adalah untuk mendapatkan data-data dan maklumat

untuk dikaji. Metode dokumentasi bermaksud cara pengumpulan data dengan

melaksanakan pengkajian terhadap dokumen-dokumen yang berhubung kait dengan

permasalahan yang dikaji. Dokumen pula merupakan benda bertulis yang dapat memberi

keterangan.

Di samping itu, pengkaji juga tidak ketinggalan mengambil atau memetik

kenyataan-kenyataan yang terdapat di dalam al-Quran sebagai bahan yang berkaitan

dengan penyelidikan serta pandangan-pandangan ilmuan yang berpengetahuan dan

berpengalaman dalam hal saudara baru secara khususnya.

b) Penyelidikan Lapangan

Menurut Mohd Sabri Ismail (2009), penyelidikan lapangan adalah satu kajian yang

melibatkan pengkaji berada di tempat kajian dalam masa, tempoh dan keadaan tertentu.

Ini bermaksud penyelidikan secara langsung ke atas objek yang dipilih untuk dikaji dan

diteliti. Bagi tujuan tersebut, pengkaji telah berkunjung ke tempat sampel bagi
42

mendapatkan data dan maklumat di sekitar Kota Bharu khususnya pejabat PERKIM

Bahagian Kelantan cawangan Kota Bharu.

Kaedah penyelidikan ini pasti digunakan bagi mencapai kesempurnaan dan

matlamat kajian. Dalam instrumen ini, pengkaji melaksanakan dan menggunakan

beberapa kaedah iaitu kaedah temubual iaitu dengan menemubual golongan saudara baru

dan pegawai-pegawai PERKIM yang terlibat bagi memperoleh dan mengumpul data

berkaitan faktor pendorong pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru serta cabaran

dakwah kepada saudara baru.

Bagi mengkaji, mengumpul, menyusun dan menganalisis data-data yang telah

didapati melalui kajian lapangan melibatkan juga pendekatan yang lain iaitu metode

temubual. Metode ini digunakan bagi mengumpulkan data-data sesuatu perkara atau isu

dalam masyarakat dan merupakan elemen penting dalam mendapatkan maklumat yang

sebenar berkaitan dengan isu yang dikaji.

Dalam hal ini, pengkaji merangka “interview guide” bagi menyelaraskan soalan

temubual kepada responden sebelum mengadakan sesi perjumpaan secara bersemuka

dengan responden terutama pegawai PERKIM yang terlibat dalam mengajukan soalan

spontan yang difikirkan perlu untuk kajian. Penyelidik menggunakan rakaman suara

semasa temubual sebagai alat pembantu kelancaran temubual supaya setiap jawapan

kepada soalan-soalan yang diajukan adalah tepat. Hal ini adalah supaya dapat mengelak

daripada tertinggalnya data-data pokok yang dijawab.


43

3.6 Tatacara Pengumpulan Data

Pengkaji telah memilih kaedah temubual sebagai tatacara pengumpulan data bagi kajian

ini. Menurut Muhammad Yazid (2020), kaedah temubual adalah proses mewujudkan

senarai soalan yang boleh digunakan, menyusunnya kemudian memikirkan bagaimana

hendak mengemukakan soalan secara berkesan dari segi susunan tajuk dan menyemak

masa yang diperlukan.

Kaedah temubual yang dilaksanakan di pejabat PERKIM Bahagian Kelantan

cawangan Kota Bharu telah mendapat kebenaran daripada responden sendiri. Setiap

sampel yang dipilih akan diminta kebenaran untuk direkodkan kesemua perbualan ketika

berlangsungnya temubual tersebut. Tujuan pengkaji merekod temubual adalah supaya

pengkaji dapat meneliti semula keseluruhan temubual yang disampaikan responden

untuk menganalisis dapatan yang diperolehi dan membincangkan kajian tersebut di bab

seterusnya iaitu di bab empat.

Dengan menggunakan rakaman, pengkaji dapat menumpukan sepenuhnya rekod

temubual disamping membuat beberapa catatan atau nota-nota penting semasa dan juga

selepas temubual bagi mendapatkan penjelasan kepada sesetengah isi-isi tertentu.

Kesemua temubual telah disalin semula dalam bentuk transkrip berbentuk fail Microsoft

Word. Kesemua lapan orang responden yang ditemubual yang telah di transkripkan,

pengkaji akan menganalisis untuk proses dan mencari data atau subtopik penting.
44

Kesemua isi-isi penting dan kandungan telah dikeluarkan oleh pengkaji melalui

transkrip temubual yang telah ditulis semula. Setelah dicatat semua tulisan tersebut,

pengkaji akan menghantar kepada pihak responden untuk pengesahan daripada mereka.

Pengkaji telah menghantar fail tersebut kepada pihak responden dan menyampaikan

transkrip fail tersebut untuk semakan. Akhirnya, responden mengesahkan bahawa

kesemua transkrip tersebut adalah benar dan tepat. Oleh itu, pengkaji telah mengandaikan

bahawa keseluruhan transkrip tersebut diperakui bagi mewakili keseluruhan populasi

saudara baru dan pegawai di pejabat tersebut.

3.7 Tatacara Analisis Data

Tatacara analisis data temubual akan terlebih dahulu diteliti oleh pengkaji. Segala

percakapan yang dirakam dalam temubual akan di transkripkan didalam teks di Microsoft

Words sebelum dianalisis data tersebut. Segala transkrip yang dituliskan akan

dibentangkan didalam bab empat iaitu dapatan kajian. Berikut adalah berdasarkan soalan

kajian dan tatacara analisis data:

Bil Soalan Kajian Analisis Data

1. Apakah konsep saudara baru menurut perspektif Islam? Data Dokumentasi

2. Apakah faktor pemelukan Islam dalam kalangan saudara Data Temubual

baru?

3. Sejauhmanakah cabaran dakwah kepada saudara baru di Data Temubual

PERKIM Kelantan?

Jadual 3.1
45

3.8 Rumusan

Secara kesimpulannya, bab tiga ini berperanan menjelaskan kaedah dan reka bentuk

kajian yang dilaksanakan. Berdasarkan bab ini, pengkaji menyatakan tentang reka

bentuk kajian, populasi dan sampel kajian. Di samping itu, pengkaji juga menyentuh

tentang metode pengumpulan data melalui penyelidikan perpustakaan dan temubual

dalam menjayakan kajian ini. Akhirnya, pengkaji juga membincangkan tentang tatacara

mengumpul dan menganalisis data kualitatif.


46

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan membentangkan hasil analisis kajian berdasarkan data-data

yang dikutip melalui pengedaran temu bual yang mengfokuskan kepada profil dan

tumpuan utama kajian ini. Profil responden yang merangkumi jantina, umur, bangsa,

status, pekerjaan dan asal-usul manakala tumpuan utama kajian ini meliputi faktor

pendorong pemelukan Islam dalam kalangan saudara Islam di PERKIM Kelantan.

Pengkaji juga akan menceritakan tentang konsep saudara baru, faktor pemelukan Islam

dalam kalangan saudara baru dan cabaran dakwah terhadap saudara baru yang dihadapi.

4.2 Latar Belakang Responden

Responden kajian diambil secara rawak dalam kalangan saudara baru yang berdaftar dan

mengikuti kelas pengajian di PERKIM cawangan Kota Bharu setelah mereka memeluk

agama Islam. Mereka yang terlibat adalah seramai 5 orang meliputi pelbagai latar

belakang kaum dan negara seperti Cina, Siam dan Vietnam.

Kepelbagaian kaum dan negara yang menganut Islam adalah hasil minat mereka

yang ingin memeluk Islam di Kelantan kerana di sini mereka memperolehi kemudahan
47

terutamanya dari segi birokrasi dan kebajikan dalam mendalami Islam. Responden

diajukan pelbagai bentuk soalan yang memfokuskan kepada jantina, umur, bangsa,

pekerjaan dan berdasarkan soalan kajian.

4.3 Analisis Kajian

Berdasarkan analisis kajian, pengkaji sertakan latar belakang responden dan pemelukan

agama Islam. Berikut merupakan dapatan kajian yang diperolehi melalui hasil temu bual

yang dijalankan menerusi aplikasi WhatsApp:

4.3.1 Latar Belakang Responden

i) Saudara baru yang memeluk Islam dan berurusan dengan PERKIM serta

mengikuti pengajian agama adalah terdiri daripada dua jantina. Daripada 5

responden yang terlibat, 3 daripada mereka adalah lelaki (60%) manakala 2

orang adalah perempuan (40%). Data yang diperolehi menunjukkan

responden lelaki melebihi bilangan responden perempuan.

Jantina Kekerapan Peratus

Lelaki 3 60

Perempuan 2 40

Jumlah 5 100

Jadual 4.1
48

ii) Umur adalah merupakan pengukuran kepada seseorang untuk menunjukkan

tahap kematangan dan baligh seseorang. Begitu juga dengan saudara baru

yang telah memeluk agama Islam tergolong dalam pelbagai peringkat umur.

Dalam kalangan 5 responden yang terlibat, terdapat seorang (20%) sahaja

yang berumur 20-an memeluk agama Islam namun 2 orang (40%) saudara

baru adalah berumur 30-an. Perkara ini telah memberi gambaran jelas bahawa

saudara baru adalah dalam kalangan mereka yang boleh berfikir dalam

menentukan agama pilihan mereka sendiri. Selebihnya adalah mereka yang

berumur 40-an (40%). Data yang diperolehi menunjukkan bahawa saudara

baru yang berumur kurang daripada 30 kebawah merupakan jumlah yang

kurang aktif dalam mengikuti program yang dianjurkan oleh PERKIM

cawangan Kota Bharu.

Umur Kekerapan Peratus

21-30 Tahun 1 20

31-40 Tahun 2 40

41-50 Tahun 2 40

Jumlah 5 100

Jadual 4.2

iii) Saudara baru yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara. Daripada 5

responden yang ditemu bual, bangsa yang paling ramai memeluk agama Islam

adalah dalam kalangan bangsa Cina iaitu seramai 3 orang (60%) diikuti oleh

bangsa Siam seramai seorang (20%). Selebihnya adalah daripada Vietnam


49

(20%). Data menunjukkan bahawa bangsa yang paling ramai memeluk

agama Islam adalah dalam kalangan bangsa Cina. Hal ini kerana Masyarakat

Cina dilihat bangsa yang lebih mudah menerima Islam.

Bangsa Kekerapan Peratus

Cina 3 60

Siam 1 20

Lain-lain 1 20

Jumlah 5 100

Jadual 4.3

iv) Saudara baru yang berdaftar dan mengikuti pengajian di PERKIM Kelantan

tergolong dalam pelbagai peringkat dan status sosial. Berdasarkan data yang

diperolehi daripada hasil temu bual 5 responden, terdapat seorang (20%)

saudara baru yang masih belum berkahwin manakala 4 orang (80%) daripada

mereka telah berkahwin.

Status Kekerapan Peratus

Bujang 1 20

Berkahwin 4 80

Jumlah 5 100

Jadual 4.4
50

v) Kedudukan saudara baru di Kelantan telah melibatkan diri dengan pelbagai

pekerjaan bagi menampung keperluan ekonomi dalam kehidupan mereka.

Daripada 5 responden saudara baru, terdapat 4 orang (80%) yang berkerja

Swasta dan selebihnya adalah menganggur. Data diperolehi menunjukkan

bahawa saudara baru rata-rata berkerja Swasta dan tidak bergantung kepada

mana-mana pihak untuk membantu mereka setelah memeluk agama Islam.

Pekerjaan Kekerapan Peratus

Swasta 4 80

Lain-lain 1 20

Jumlah 5 100

Jadual 4.5

vi) Kedatangan saudara baru dalam Islam adalah bersifat global dari aspek

akidah, budaya dan batasan geografi. Malahan, kedatangan mereka dari

pelbagai negara adalah untuk memeluk Islam di PERKIM negeri Kelantan.

Dalam kalangan 5 responden, mereka yang memeluk agama Islam dari dalam

negara adalah yang paling ramai iaitu 3 orang (60%) iaitu yang menetap di

negeri Kelantan. Selebihnya 2 orang (40%) adalah dari luar negara seperti

Thailand dan Vietnam. Data yang didapati menunjukkan bahawa Kelantan

merupakan negeri yang menjadi tumpuan kepada mereka yang ingin memeluk

agama Islam sama ada dari dalam mahupun luar negara.


51

Asal-usul Kekerapan Peratus

Luar Negara 2 40

Dalam Negara 3 60

Jumlah 5 100

Jadual 4.6

4.3.2 Pemelukan Agama Islam

Dalam bahagian ini, analisis akan dibuat berpandukan kepada maklumat pemelukan

agama Islam saudara baru untuk melihat secara jelas keadaan mereka selepas memeluk

Islam. Saudara baru merupakan aset penting dalam memperkembangkan Islam dan

sumber tenaga yang sangat bermakna dalam dakwah. Analisis pemelukan agama Islam

melihat kepada aspek-aspek berikut:

i) Setiap manusia mempunyai agama dan kepercayaan mereka tersendiri.

Agama yang mereka amalkan merupakan sistem dan cara hidup mereka yang

mereka fikirkan bahawa ia adalah baik bagi mereka. Begitu juga dengan

saudara baru sebelum mereka memeluk Islam, mereka juga mempunyai

agama asal mereka di mana mereka terdiri daripada pelbagai kepercayaan dan

agama termasuklah Buddha dan Kristian. Dalam kalangan responden yang

telah ditemu bual, seramai 4 orang (80%) daripadanya adalah berasal daripada

agama Buddha manakala seorang (20%) adalah berasal daripada agama

Kristian. Data perangkaan yang diperolehi menunjukkan mereka yang

teramai memeluk agama Islam adalah daripada penganut agama Buddha.


52

Agama Asal Kekerapan Peratus

Buddha 4 80

Kristian 1 20

Jumlah 5 100

Jadual 4.7

ii) Pengislaman saudara baru tidak berlaku secara serentak dan kemasukan

mereka adalah berperingkat mengikut keadaan mereka untuk menerima

agama Islam. Pemelukan mereka ada yang terlalu baru dari segi tempoh,

malah ada yang sudah memeluk agama Islam selama 1-2 tahun, 3-4 tahun, 4-

5 tahun dan ada yang melangkaui lebih daripada 5 tahun. Dalam kalangan 5

responden, terdapat 2 orang (40%) yang memeluk Islam antara 3-4 tahun dan

3 orang (60%) daripada mereka telah lama memeluk agama Islam iaitu

melebihi tempoh 5 tahun. Data yang diperolehi menunjukkan bahawa dalam

kalangan saudara baru yang memeluk Islam melebihi 5 tahun mempunyai

angka yang paling ramai. Keadaan ini memberikan gambaran bahawa Islam

sudah lama diterima dan dianuti oleh golongan bukan Islam sebagai agama

anutan baru mereka.

Tempoh Memeluk Kekerapan Peratus

Islam

3-4 Tahun 2 40

Melebihi 5 Tahun 3 60

Jumlah 5 100

Jadual 4.8
53

iii) Perkembangan agama Islam melalui pelbagai bentuk pengajian bagi mendidik

masyarakat Islam hatta saudara baru sekalipun mendalami Islam. Setelah

saudara baru memeluk Islam, mereka bersungguh-sungguh atau memberikan

komitmen yang tinggi dalam mendalami dan menyertai pengajian Islam di

merata tempat seperti di masjid, pejabat agama dan PERKIM sendiri sebagai

pusat dakwah. Dalam kalangan 5 responden, terdapat 3 orang (60%)

mengikuti kelas pengajian yang diadakan di pejabat PERKIM sahaja

manakala selebihnya seorang (20%) menambah pengajiannya tentang Islam

di masjid-masjid dan seorang lagi (20%) menambah pengajian di pondok-

pondok, pusat dakwah dan NGO-NGO yang berkaitan. Data perangkaan yang

diperolehi menjelaskan bahawa PERKIM merupakan pusat pengajian yang

menjadi tumpuan saudara baru bagi mendalami Islam di peringkat awal

pemelukan mereka. Komitmen yang baik dari saudara baru memberikan

nafas kepada PERKIM untuk terus bergerak menjayakan dakwah kepada

masyarakat saudara baru secara berterusan.

Tempat Mengikuti Pengajian Kekerapan Peratus

Islam

Di Masjid 1 20

Di PERKIM Sahaja 3 60

Pejabat Agama 1 20

Jumlah 5 100

Jadual 4.9
54

iv) Perasaan merupakan suatu perkara yang wujud secara simbolik dalam diri

manusia apabila ia mencapai satu kepuasan dalam kerja, tindakan dan

keputusan dalam hidup. Perubahan dalaman akan berlaku apabila seseorang

itu menerima sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Dalam

kehidupan seharian, setiap individu mempunyai perasaan yang berbeza antara

satu sama lain. Ada yang merasa tenang, gembira, murah rezeki dan

sebagainya. Begitu juga dengan saudara baru setelah mereka berada dalam

Islam, perasaan yang baru turut dirasai. Dalam kalangan 5 responden,

terdapat 3 orang (60%) telah mengalami perasaan tenang setelah mereka

memeluk agama Islam, seorang (20%) merasa gembira dan seorang (20%)

mendapati bahawa dia murah rezeki. Data yang diperolehi menunjukkan

bilangan yang paling ramai adalah saudara baru merasa tenang setelah

memeluk Islam.

Perasaan Setelah Memeluk Islam Kekerapan Peratus

Tenang 3 60

Gembira 1 20

Murah Rezeki 1 20

Jumlah 5 100

Jadual 4.10
55

4.4 Konsep Saudara Baru

Mengikut peruntukan undang-undang negara Malaysia, Islam adalah agama rasmi negara

ini. Menurut pengertian dalam perlembagaan, Melayu adalah secara automatic

beragama Islam. Mana-mana individu lain selain bangsa Melayu yang ingin memeluk

Islam dianggap dan dikira sebagai saudara baru, muallaf atau saudara kita. Sebelum

dibincangkan secara panjang lebar berkaitan dengan konsep saudara baru dan memahami

secara dekat konsep tersebut, perlulah bagi kita mengetahui maksud istilah tersebut

(Norman Mohamad, 2018).

Saudara baru merupakan satu istilah yang diperbincangkan dikalangan intelek

sama ada dalam bentuk seminar, penulisan mahupun percakapan-percakapan luar yang

mengetengahkan dari sudut pengertian namun kadang-kadang perbincangan yang

diutarakan tidak begitu jelas dan masih menjadi persoalan kedudukan mereka yang

sebenarnya. Sebelum mengetengahkan persoalan saudara baru secara menyeluruh, lebih

baik persoalan konsep dibahaskan untuk mengetahui secara lebih jelas apakah yang

dimaksudkan dengan istilah saudara baru. Penakrifan saudara baru boleh dilihat dalam

dua sudut iaitu dari sudut bahasa dan juga dari sudut istilah (Norman Mohamad, 2018).

Saudara baru dari sudut bahasa merupakan orang yang diikat hatinya dengan

perbuatan yang mulia dan kasih sayang. Manakala pengertian saudara baru dari sudut

istilah atau syarak pula ialah orang yang diikat hatinya untuk menarik minat atau

menguatkan mereka kepada agama Islam. Seseorang yang mula menganuti atau

memeluk Islam kebiasaannya dipanggil sebagai saudara baru, muallaf atau saudara kita.
56

Akan tetapi, timbulnya istilah baru pada zaman sekarang iaitu saudara Muslim yang juga

dirujuk kepada golongan ini (Johari Yap, 2019).

Istilah muallaf adalah berasal daripada ayat 60 di dalam Surah at-Tawbah iaitu

muallafat qulubuhum, golongan keempat daripada lapan golongan yang mampu dan

layak untuk menerima zakat. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan perkataan

muallafatt qulubuhum tersebut? Berdasarkan para cendekiawan tafsir, qulub adalah kata

majmuk bagi qalb atau hati. Muallafat qulubuhum juga diterjemahkan kepada maksud

‘ambil hati’ iaitu untuk menjinakkan hati mereka yang ingin mengambil tahu tentang

agama Islam (Johari Yap, 2019).

Menurut Othman Sahalan (2014), golongan saudara baru atau muallaf adalah

golongan keempat yang layak mendapat zakat seperti yang dinyatakan di dalam firman

Allah SWT:

ِِ ِ ِ‫ات لِلْ ُف َقراء والْمساك‬


ُ ُ‫ني َعلَْي َها َوالْ ُم َؤلََّف ِة قُل‬
‫وُبُْم َوِِف‬ َ ‫ني َوالْ َعامل‬ َ َ َ َ ُ َ‫الص َدق‬ َّ ‫إََِّّنَا‬
ِ ِ‫السبِ ِيل فَ ِريضةا ِمن اَّللِ واَّلل عل‬ َّ ‫اَّللِ َوابْ ِن‬ ِ ِ َ‫الرق‬
‫يم‬
ٌ ‫يم َحك‬ ٌ َ ُ‫َ ى َ ى َ ى‬ ‫ني َوِِف َسبِ ِيل ى‬
َ ‫اب َوالْغَا ِرم‬ ِ‫ى‬

Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu


hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin,
dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang mualaf
yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang
hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang
berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan
orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan.
(Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu
ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
57

(Taubat, (9): 60)

Perkataan muallaf asalnya adalah daripada Bahasa Arab iaitu daripada allafa –

yu’allifu – ta’lif yang memberikan maksud jinak. Perkara ini disebutkan hanya sekali di

dalam al-Quran pada ayat penerima zakat. Manakala dari segi syarak, muallaf atau

saudara baru adalah sekumpulan kafir yang diharapkan supaya hati mereka menerima

Islam dengan cara pemberian zakat kepada mereka. Selain itu, diberikan zakat supaya

dikuatkan keimanan atau keteguhan Islam dalam diri mereka (Othman Salahan, 2014).

Menurut Wafi Zulkifli (2016), maksud saudara baru di dalam kitab Tafsir al-

Qurtubi adalah merupakan satu golongan pada zaman permulaan Islam yang

menunjukkan keislaman mereka dan menarik minat mereka dengan cara memberikan

beberapa bahagian daripada zakat oleh kerana keyakinan golongan tersebut yang masih

tidak kuat dan teguh terhadap agama Islam. Walau bagaimanapun, maksud muallaf

adalah berbeza dalam kalangan mazhab fiqh yang berpandukan kepada ta’wilan pada

nas-nas berkaitan. Akan tetapi, perbezaan pendapat ini juga telah membuahkan faedah

yang bermanfaat dimana ia sangat bertepatan dengan peredaran zaman.

Berdasarkan kitab al-Umm yang dikarang oleh Imam Syafi’e, saudara baru

bermaksud orang yang telah memeluk agama Islam dan bukan bermaksud orang kafir

yang diberikan zakat kepadanya untuk menarik minatnya terhadap agama Islam.

Manakala sebilangan golongan daripada Mazhab Maliki juga mempertikaikan dan

membahaskan tentang takrif saudara baru di dalam kitab-kitab mereka. Muallafun

qalbuhu di dalam Hasyiah al-Dusuqi adalah memberikan sebilangan daripada zakat


58

kepada golongan kafir supaya menarik minat mereka untuk memeluk agama Islam. Ada

juga dalam kalangan Mazhab Maliki yang mengatakan bahawa saudara baru bermaksud

orang Muslim yang baru memeluk agama Islam untuk terus meneguhkan keislamannya

(Wafi Zulkifli, 2016).

Berdasarkan Mazhab Hanbali, saudara baru ditakrifkan sebagai ketua yang

dipatuhi dalam golongan kaum kerabatnya iaitu golongan yang dipercayai akan memeluk

agama Islam. Berbeza pula terhadap Mazhab Hanafi dimana Imam al-Kasani telah

mentakrifkan saudara baru sebagai pemimpin-pemimpin atau pembesar Arab contohnya

Abu Sufian iaitu golongan yang mempunyai pengikut yang ramai (Wafi Zulkifli, 2016).

Apabila dilihat kepada takrif-takrif tersebut, pengkaji membuat kesimpulan bahawa

saudara baru dalam konteks negara kita juga disebut sebagai saudara kita, muallaf dan

saudara Muslim. Menurut hemat pengkaji, al-muallafatu qulubuhum boleh dimaksudkan

sebagai golongan saudara baru yang diharapkan supaya dapat membantu Islam daripada

pemberian zakat yang diberikan. Saudara baru juga adalah dalam kalangan mereka yang

tidak memeluk agama Islam akan tetapi diharapkan supaya memasuki agama Islam.

Akan tetapi, takrif saudara baru juga boleh dimaksudkan dengan golongan yang

dikhianati oleh musuh Islam. Oleh itu, melembutkan hati golongan saudara baru adalah

salah satu cara untuk menegakkan akidah Islam mereka.


59

4.5 Faktor Pemelukan Islam Dalam Kalangan Saudara Baru Di PERKIM Kelantan

Pengkaji telah menemu bual 5 responden untuk mendapatkan data dan sekaligus

menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu faktor pemelukan Islam dalam kalangan

saudara baru di PERKIM cawangan Kota Bharu. Hasil temu bual kepada golongan

saudara baru di PERKIM cawangan Kota Bharu yang telah dilaksanakan adalah

sebagaimana yang dinyatakan di dalam Jadual 12:

Faktor Kekerapan Peratus

Pembacaan Dan 1 20

Pengkajian

Pergaulan Dengan 2 40

Masyarakat Islam

Mimpi 1 20

Dorongan Keluarga 1 20

Jumlah 5 100

Jadual 4.11

a) Pembacaan Dan Pengkajian

Berikut adalah hasil temu bual bersama Responden 1:

“Rumoh sayo dulu dekat dengan masjid. Setiap hari maso Subuh,
sayo sokmo bangun awal la sebab family saya ni jenis nego kei.
Setiap pagi sayo akan dengar azan. Tapi maso tu kecik lagi la, saya
tok tahu gapo azan tu. Jadi, maso tu sayo ado bibik. Sayo pun tanyo
60

la bibik tu, bakpo ore Melayu ni pagi-pagi buto pun start nyanyi
doh?”

“Jadi, mace ganggu ketenteraman ore awam lah kei. Tapi maso tu
bibik sayo try explain lah pahtu sayo try nok pehe tapi still tok pehe.
Sayo besar sikit, sayo start gaul ngan ore Melayu Kelate. Sebab tu
lah sayo reti kecek Kelate. Kalu ore dengar sayo kecek Kelate ni,
ore tok tahu sayo ni sebenarnyo Chinese.”

“Lepastu, sayo amik serious lah pasal Islam ni dan raso betul-betul
nok belajar. Dari kecik pun family sayo tok ajar tapi dari kecik
jugok sayo raso tokleh nok terimo kalu kato Tuhan ni banyok. Jadi
mace, bakpo perlu ado banyok sedangkan kito buleh tengok kalu
contoh ketua ado banyok, confirm huru-haro. Setaro ado sore pun
berterabur, soh ko nok ado sepuluh. Mulo-mulo tu sayo fikir lah
bakpo Tuhan sayo ni manusia hok buat, pahtu sayo ni sapo hok
buat? Pahtu sayo cari buku-buku pasal agama Islam, baco pahtu
kaji sikit-sikit.”

“Jadi, setiap soale hok dale palo tu sayo try cari jawape. Akhirnyo
sayo amik keputuse untuk masuk Islam maso genap umur 18 tahun.
Lepas 3 hari genap umur tu, sayo pun mari daftar nok masuk Islam.
Maso tu sayo masuk Islam 6/6/2016 maso first day puasa. Maso
mulo-mulo gi pejabat agamo tu, sayo terus direct jupo ngan sore
ustaz tu pahtu oyak sayo nok convert. Tapi boleh pulok ustaz tu
tanyo sayo ni nok convert sebab nok kahwin ko? Sayo pun jawab
lah dok, sayo ni ikhlas.”

“Sayo masuk Islam ni buke sebab nok kahwin ko sebab saing ko


sebab gewe ko. Semo tu buke sebab sayo masuk Islam. Tapi sayo
masuk Islam ni sebab sayo kaji nga baco doh pasal Islam dan sayo
napok Islam tu indah kat mano gapo semo. Perasaan sayo lepas
masuk Islam ni, mestilah happy. Sebab sayo jupo doh jale hok sayo
yakin bahawa jale tu adalah jale hok betul daripada sebelum ni duk
cari kenikmatan hidup.”

Berdasarkan transkrip di atas, pengkaji mendapati bahawa meskipun ada dalam

kalangan orang bukan Islam yang sangat mendalami dan memahami tentang ajaran

agama asal mereka, atau mungkin merupakan tokoh bagi sesebuah agama anutan mereka,

ternyata mereka juga bersemangat untuk mendalami dan mencari kebenaran dalam

beragama. Oleh itu, perkara ini telah menunjukkan bahawa faktor pembacaan dan
61

pengkajian adalah merupakan salah satu faktor pendorong pemelukan Islam dalam

kalangan saudara baru. Pengalaman bertanya secara spontan kepada orang Islam juga

membuktikan bahawa adanya perasaan ingin tahu responden terhadap fenomena-

fenomena yang berlaku dalam agama Islam. Pembacaan yang dimaksudkan adalah

secara menyeluruh seperti mengkaji tentang konsep agama Islam, ibadat-ibadat yang

dilaksanakan sebagai seorang yang beragama Islam dan sikap komuniti seorang Muslim.

Meskipun pengkajian tentang agama Islam telah dilaksanakan melalui hasil

pertanyaan dan pembacaan serta mengkaji tentang perbandingan agama secara lebih

terperinci, akan tetapi responden mengambil masa yang agak lama untuk memeluk agama

Islam oleh kerana faktor umur yang dianggap tidak baligh oleh responden untuk menukar

agama dan perkara ini memerlukan kepada hati yang tabah dalam menghadapi apa-apa

cabaran pada masa akan datang.

b) Pergaulan Dengan Masyarakat Islam

Transkrip hasil temu bual bersama Responden 2 adalah seperti berikut:

“Bismillah, sayo ni tok reti sangat kecek Kelate. Kalu Bahasa


Melayu tu boleh laa jugak. Umur sayo 30 doh tahun ni. Okay, kalu
faktor tu hok asalnyo faktor pergaulan dengan masyarakat Melayu
Muslim lah. Ceritonyo gini, maso tu sayo kijo kilang plastik dekat
Pengkalan Chepa. Sayo nok ko tokse, memey keno biasakan diri
ngan ore kijo situ. Ore Melayu Muslim lah. Bendo ni napok mace
racist tapi dok pun sebenarnyo sebab maso kecik pun sayo tok rajin
bergaul dengan ore Melayu Muslim ni.”

“Buke sebab sayo agah ko gapo, tapi duk biasa dengan ore
Cina jugok sebab sekoloh rendoh pun kat sekoloh Cina, sekoloh
menengoh pun sekoloh Cina. Ceritonyo maso tu shift sayo untuk
rehat. Pahtu kawan hok kijo sekali tu pun dapat shift sama. Jadi
sayo pun ajok lah dia gi makan. Tapi dia tolok sebab nok
62

sembahyang dulu walaupun masa rehat ado 45 minit jah. Sayo oyak
ke dio suruh makan dulu tapi dio tolok jugak.”

“Sayo pun tok tanyo banyok. Cumanya sayo tunggu dio


sembahyang dulu. Sayo pun pelik bakpo dio pentingkan
sembahyang tu. Dua tiga hari lepas tu pun dio still jugak
pentingkan sembahyang daripada gi makan. Sapa lah satu hari tu,
sayo tanyo dio gapo istimewa nyo sembahyang ni sampai sanggup
tok makan. Pahtu dio cerito lah sikit sebanyok pasal Islam. Dio
ikhlas jawab semua soalan hok sayo tanyo pasal Islam.”

“Ado satu hari tu, sayo mitok buku-buku pasal agama Islam
ngan dio. Tiap kali hujung minggu, sayo baco buku tu. Ambil masa
dalam 2 bulan jugak nok boleh ke habis buku tu. Lepas baca tu, sayo
tok napok doh agama hok paling molek selain daripada Islam. Sayo
mitok cuti dengan bos lepastu sayo gi majlis agama. Alhamdulillah,
sayo berjaya memeluk agama Islam dalam 4 tahun lepas.”

Manakala berikut adalah transkrip hasil temu bual bersama Responden 3:

“Ambo ni sebenarnyo wargo Vietnam, umur 45 tahun. Duk kelate


ni lamo doh. Masuk Islam ni dale 5-6 tahun lepah. Kade-kade balik
jugok Vietnam. Tapi suko duk sini lagi lah sebab suasano sini tok
serupo nga suasano denuh. Tamboh pulok ore Melayu sini baik laa
suko tolong menolong, pahtu ziarah menziarahi. Walaupun maso tu
kito ni buke ore Islam, tapi ore Islam ni laye ambo nga molek. Suko
jugok duk tanyo bakpo dio wak baik, pahtu jawapan dio mudoh jah,
Islam ajar umat dio suruh laye semo ore dengan baik. Bilo ore kato
gitu, kito gak mesti raso terharu kei. Start situ lah sero minat.
Awalnyo minat saing nga sek dio, koho lamo koho minat ajaran
Islam ni sebab pengajare nga nilai murni tu.”

“Ado satu maso tu, tiko tu ambo sakit. Sokmo jugok lah sakit
tu. Meta sakit meta hile. Pahtu time tu ambo buleh kijo kat kilang
aircond. Kijo biaso-biaso jah. Maso tu berehi mitok cuti dengan
boh. Tapi gak boh situ baik sungguh nah. Suko tolong ambo. Sebab
kito mari sini kei mesti hidup susoh sikit. Boh tempat kijo tu bagi
duit sokmo. Sero serbo saloh jugok tapi dio oyak anggap jah dio
sedekoh. Tiap bulan dio pesan, kalu susoh oyak dio. Dio akan
tolong kalu mampu. Boh tu memey baik sungguh la. Nge kito hok
bukan islam ni dio laye baik molek. Tok seko jugok sebenarnyo
dapat layanan gitu. Sebab tu kato kat Vietnam nge kat sini jauh
bezo.”
63

“Dulu tiko sakit tu, ramai hok pakat mari melawat. Boh pun
mari melawat. Jiran-jiran pun mari jenguk. Ado sekali tu saing
tempat kijo mari melawat, sek dio mitok tupey sembahyang rumoh
ambo. Mulo tu sero serbo saloh jugok mugo kito bukei islam kei.
Maso tu ngorib doh. Alang-alang baru kelik kijo kei, dio oyak nok
tupey sembahyang rumoh sebab takut telepah. Pahtu tengok ko
caro dio cari kiblat, caro dio sembahyang tu sero sejuk jah. Supo
tenang lah tengok ore sembahyang ni.”

“Pahtu beberapa bulan lepah tu, tergerok hati nak tahu


pasal islam ni. Start situ suruh la saing-saing ajar. Kalu dio nok
sembahyang gak, lepah pado tuh, dio ajar ko ambo pasal ni. Banyok
jugok lah dio ajar. Lepah pado tuh baru gi jupo ustaz kat majlis
agama sebab nok ngucap dua kalimah syahadah. Alhamdulillah,
ambo suko dengan pilihan ambo sebab ambo memang raso tenang
dengan agama Islam.”

Berdasarkan kedua-dua responden yang telah ditemu bual, pengkaji dapat

menyatakan bahawa faktor pergaulan dan hubungan dengan masyarakat Melayu Muslim

di kediaman golongan saudara baru juga merupakan salah satu faktor pendorong mereka

telah memeluk agama Islam. Perkara ini boleh dibuktikan bahawa kedua-dua responden

meneliti dan mempelajari realiti kehidupan seharian di kediaman mereka iaitu

perkampungan komuniti Melayu Muslim. Hal ini juga oleh kerana mereka agak susah

untuk mencari dan berkawan serta bergaul bersama rakan yang sebangsa dengan mereka.

Hubungan yang akrab dengan masyarakat Melayu Muslim juga berlaku di tempat kerja,

bukan sahaja di perkampungan. Sebagai contoh, responden 3 telah menyatakan bahawa

rakan sekerjanya telah melawatnya ketika dalam keadaan sakit. Walau bagaimanapun,

perkara sebegini sememangnya mendorong golongan bukan Islam ini memeluk agama

Islam.

Di samping itu, hidup sekampung bersama rakan-rakan sebaya walaupun berbeza

agama semestinya telah mempengaruhi dalam aspek mengenali dan mendalami nilai-
64

nilai dan budi pekerti orang Islam. Kenyataan ini disokong oleh Azaruddin Awang

(2015), orang Islam menunjukkan budi pekerti yang baik yang diajarkan oleh Islam

adalah mendorong golongan bukan Islam untuk mendalami dan memahami secara lebih

terperinci tentang agama Islam.

c) Petunjuk Melalui Mimpi

Berikut adalah transkrip hasil temu bual bersama Responden 4:

“Umur saya 36 tahun. Saya jawab direct terus kepada soalan yang
ditanya sebab saya ada kerja lain nak kena buat. Saya sebenarnya
berasal daripada Perak. Kat sana saya dah terbiasa dengan
masyarakat Melayu Muslim. Jadi, saya tahu serba sedikit lah
tentang sembahyang semua tu. Tapi masa tu tak terasa lagi nak
mendalami pasal ni.”

“So, satu hari tu saya ada mimpi yang saya ni berada dalam
sebuah masjid. Saya rasa pelik, macam mana saya boleh mimpi
macam tu sedangkan saya bukan orang Islam. Lepastu saya tanya
lah member-member yang saya anggap berilmu dalam agama.
Diorang bawa saya jumpa sorang ustaz ni. Nak diringkaskan
cerita, ustaz tu bagitahu mungkin mimpi macam tu nak bagi
petunjuk atau hidayah kepada saya untuk mendalami agama Islam.
Lepastu, sebab saya rasa nak tahu lebih lagi pasal agama ni, saya
beli lah buku yang berkait pasal Islam.”

“Saya pendekkan cerita, satu hari tu saya kantoi dengan


abang saya pasal buku yang saya beli tu. Lepastu dia pergi report
kepada family saya dan saya kena marah teruk. Sampai lah satu
tahap, saya rasa dah tak boleh tahan dan saya lari ke sini. Kat
sini, tak sampai sebulan, saya rasa tak tenang. Saya pun pergi ke
pejabat agama nak daftar convert Islam. So, sekarang ni saya
sangat happy dengan anugerah yang Allah SWT bagi dekat saya.”
65

Responden 4 telah membuktikan bahawa faktor mimpi juga boleh mendorong

seseorang bukan Islam memeluk agama Islam. Hal ini adalah disebabkan Allah SWT

menghendakinya supaya menjadi salah satu umat Nabi Muhammad SAW dan telah

memberikan hidayah kepadanya melalui mimpi yang berpaksikan agama Islam. Akan

tetapi, faktor hidayah daripada Allah SWT adalah berlainan berdasarkan pengalaman

seseorang.

Perkara ini turut disokong oleh Azaruddin Awang (2015) di mana berpandukan

kajian yang telah dilaksanakan oleh beliau, mimpi bersemuka dengan orang tua yang

berjanggut dengan berpakaian jubah putih sering disamakan dengan orang yang berilmu

dalam agama. Walau bagaimanapun, responden 4 telah mengambil keputusan untuk

mendalami secara lebih jelas dan terperinci berkaitan agama Islam di mana beliau telah

membeli beberapa buah buku tentang agama Islam. Perkara ini telah menyatakan bahawa

sesiapa yang dikehendakiNya untuk memeluk Islam, maka hidayah akan sampai kepada

mereka yang terpilih.

d) Dorongan Keluarga

Transkrip hasil temu bual bersama Responden 5 adalah seperti berikut:

“Ambo ni asal Thailand umur 46 tahun. Dulu ambo bangso Budha.


Loni Alhamdulillah dapat hidayah, diizinkan Tuhan untuk peluk
islam. Asal siloh boleh peluk islam ni atas sebab dorongan
keluarga. Kalu ikutkan dulu, memey beso doh la nge ore islam ni.
Cumo dulu takdok minat lagi. Tapi bilo koho lamo gaul nge sek dio
gak kito raso koho minat lah.”

“Tamboh pulok ado rama worih-waroh hok ngaji kat


pondok nga madrasah. Koho kelih koho minat. Ore kato sejuk mato
66

lah kelih ko demo tu tuh. Nge paka juboh serbe tuh. Kadey-kadey
tuh dengar demo ni ngaji. Sero tenang lah hati nih nak oyak bui.
Walaupun tiko tuh tak pehey gapo namo nyo baco. Lepah koho lamo
koho beso nge caro sek dio. Nok-nok worih waroh sendiri, tibo-tibo
tergerok hati nak ikut sekali. Kalu ado worih ajok gi denga
ceramoh, kito sero nk gi dengar sekali.”

“Sapa laa satu maso tuh, terlintas nk suruh worih ni ajar


pasal islam. Situ laa permulaan ambo masuk islam. Tiko dio nok
ajar ngucap dua kalimah syahadah, dio tanyo ambo samo ado ambo
ni ssungguh ke dok nak masuk islam. Ambo tak kecek banyok.
Pakak jolo laluh mugo hati ni sero tenang sungguh nah kalu duk
nge sek-sek dio. Lepah pado tu dio pun ajar la ngucap, pahtu dio
ajar la bendo hok mano penting supo maye bey apo sumo tu lah.
Alhamdulillah lah sebab Allah buko hati ambo ni masuk agama
islam nih. Gitu la serbo sedikit kisah ambo.”

Faktor dorongan keluarga juga merupakan salah satu sebab seseorang saudara

baru itu memeluk Islam, begitu juga keadaan yang dialami oleh responden 5 yang telah

ditemu bual. Sekiranya ibu bapa menukar agama, sudah semestinya anak-anak dalam

jagaannya akan turut menukar agama. Berdasarkan transkrip yang dinyatakan oleh

responden 5, boleh dibuktikan bahawa saudara baru ini memeluk Islam kerana faktor

keluarga yang terdekat iaitu waris yang telah memeluk dan mempelajari tentang Islam.

Faktor ini berlaku apabila keluarga yang terdekat telah memeluk agama Islam

dan perkara ini telah mempengaruhi sebilangan ahli keluarga yang lain untuk turut

melakukan pertukaran agama. Namun begitu, pengkaji tidak mendapati bahawa faktor

dorongan keluarga merupakan faktor yang utama golongan saudara di PERKIM

cawangan Kota Bharu memeluk agama Islam. Hasil temubual yang diperolehi adalah

hanya seorang daripada 5 orang responden yang telah memeluk agama Islam berasaskan

faktor dorongan keluarga.


67

4.6 Cabaran Dakwah Kepada Saudara Baru Di PERKIM Kelantan

Menurut Khairul Azhar (2019), masyarakat Malaysia pada dasarnya masih boleh

berbangga kerana berhasil menyatukan pelbagai agama dan bangsa supaya sama-sama

berlindung dalam negara yang sama. Akan tetapi, keadaan ini tidak cukup jika kita hanya

boleh membiarkan dan mengetepikan saudara-saudara baru kita berpanjangan hidup

dalam kebodohan dan salah faham golongan ini tentang agama Islam tanpa kita sendiri

berikhtiar mengorak supaya setidaknya menjadikan mereka mempunyai kefahaman yang

jelas tentang agama Islam. Maka, pengkaji telah menemu bual tiga responden supaya

menjawab persoalan kajian ketiga iaitu cabaran dakwah kepada golongan saudara baru

di PERKIM Bahagian Kelantan. Berikut adalah hasil temu bual bersama ketiga-tiga

responden:

a) Faktor Komunikasi Dan Bahasa

Transkrip hasil daripada temu bual bersama Responden 1 adalah seperti berikut:

“Kalu ikutkan, sayo sebagai salah sore pendakwah ko muallaf ni,


banyok jugok lah hok sayo keno hadap. Tapi hok paling sayo ingat
nyo, tahun lepas maso sayo duk dakwah ko muallaf dari negaro
Nigeria. Dio ni tok pehe sangat Bahasa Inggeris tapi dio nok jugok
belajar. Jadi, nok ko tokse, sayo ni keno ajar dio dale Bahasa
Nigeria. Sayo keno usoho lebih lah sikit.”

“Pahtu, sayo pun belajar lah Bahasa Nigeria. Tapi hok


asas-asas jah lah sebab sekadar nok ajar dio. Lagipun, bagi sayo
lah kei, sayo ajar muallaf pasal agama Islam ni dapat pahala doh.
Kalu sayo belajar pulok bahasa lain sebab nok berdakwah, pahala
sayo lagi lah bertambah. In shaa Allah.”
68

“Cabaran so lagi maso sayo nok keno ajar ore OKU, ore
pekok. Jadi maso tu sayo tok reti nok guna bahasa isyarat. Tapi
sayo ado saing sore hok memey pandai guno bahasa isyarat ni.
Pahtu sayo pun gi lah jupo saing sayo tu. Dio ado ajar bendo-bendo
asas dale bahasa isyarat ni. Tapi, sayo kato ko dio, sayo ni tok
mampu nok belajar pahtu ajar muallaf hok pekok.”

“Sayo pun tanyo dio, boleh ko kalu dio ganti sayo maso nok
berdakwah ko muallaf special ni. Dio pun terimo. Sayo terpaksa
buat kelas fardhu ain hok khas ko ore istimewa ni. Yolah, sebab dio
sore kei hok OKU. Jadi, sayo pun lepas tangan ko saing sayo tu.
Tu lah cabaran hok sayo ingat hok sayo hadap selamo ni.”

Dalam kehidupan harian, komunikasi adalah satu tindakan yang membolehkan

kita menerima atau memberikan keterangan dan maklumat sesuai dengan apa yang kita

perlukan. Secara teoritikal, perbuatan komunikasi berasaskan pada keadaan adalah

terbahagi kepada beberapa jenis iaitu komunikasi intrapersonal, interpersonal,

organisasi, kelompok dan massa. Sekiranya dilihat dari segi keadaan komunikasi

tersebut, keadaan yang serasi dengan transkrip ini adalah komunikasi kelompok (Amir

Aris, 2016).

Berdasarkan transkrip hasil temu bual bersama responden 1 yang telah

dinyatakan, beliau menceritakan tentang pengalaman mempelajari dan mengajar

menggunakan Bahasa Nigeria serta bahasa isyarat. Oleh yang demikian, pengkaji dapat

membuat kesimpulan bahawa faktor komunikasi memainkan peranan penting dalam

menjayakan dakwah kepada golongan saudara baru. Namun yang demikian, komunikasi

yang berjaya adalah dengan empat ciri iaitu kefahaman, menjaga kepercayaan sasaran,

keseronokan dan wujudnya tindakan selepas komunikasi dihasilkan.


69

Cara seseorang berkomunikasi dengan efektif adalah dengan adanya orang yang

mendengar sekaligus memahami apa yang diperkatakan dengan maksud yang sebenar.

Sekiranya, pihak pendengar memahami selain daripada apa yang dimaksudkan oleh

jurucakap, maka boleh dikatakan bahawa komunikasi tersebut adalah tidak berhasil oleh

kerana gagalnya maklumat yang diberitahu. Maka, komunikasi di antara responden 1

dan seorang saudara baru tersebut pada awalnya adalah tidak berhasil, akan tetapi

komunikasi tersebut lebih efektif apabila responden 1 dapat mengawal keadaan dengan

bijak.

b) Faktor Kurang Kerjasama

Berikut adalah transkrip hasil temu bual bersama Responden 2:

“Sayo sebagai staf pendaftaran ni, mace-mace jenis ore doh hok
sayo hadap. Tapi kebanyakannyo muallaf dari luar negara lah hok
keras palo sikit. Buke keras palo jugok, tapi dio payoh lah sikit bab-
bab gambar passport, beratur gapo semo tu. Ado lah sekali haritu,
cerito pasal sore muallaf bangsa Cina. Sayo buke nok racist ko
gapo, nok cerito jah lah sebab awok mitok pengalaman kei. Jadi,
cerito nyo haritu muallaf tu mari nok daftar sini untuk join program
atau kelas fardhu ain.”

“Prosedur kat PERKIM ni mudoh jah sebenarnyo. Isi


borang hok mano ado pahtu sediakan 10 keping gambar passport.
Okay, pahtu dio ni ado 5 keping jah gambar passport. Sayo kato
lah tokleh daftar sebab keno ikut prosedur. Jadi, dio pulok hok
maroh sayo sebab oyak nok bagi lain kali. Sayo pun oyak lah kedai-
kedai gambar hok ado berdakatan. Tapi, dio keras jugok kato nanti
dio bagi. Sayo oyak lah molek ko dio pasal prosedur gapo semo.
Pahtu oyak lah macam mano awok nok pehe Islam kalu prosedur
kecik gini pun awok tokleh nok ikut?”

“Dio pun mitok maaf sebab tengking sayo. Sayo pun kato
lah sayo takdok gapo pun. Cumonyo, awok keno ikut prosedur hok
PERKIM tetapkan lah. Pahtu, baru lah dio kato takdok cash nok gi
70

buat gambar baru. Jadi, sayo pun bagi lah pinjam duit sayo dulu.
Ado sore lagi, hokni ore luar negara, Amerika. Dio mari mulo-mulo
tu tokse beratur. Pahtu ado sore staf ni mitok laa dio beratur, oyak
molek kesian ko ore hok duk tengoh beratur. Dale Inggeris lah.”

“Lepahtu dio wat kerah palo jugok tokse beratur. Sayo pun
mitok tolong nga dio suruh beratur jugok tapi masih lagi kerah palo.
Sapa lah satu tahap tu sayo nok keno mitok izin daripada duo tigo
ore hok duk depey dio tu. Mitok izin nok suruh bagi turn ko muallaf
tu lah. Mujur hok depe dio tu bagi belako. Hok tu lah hok paling
sakit hati. Kiro cabaran jugok lah.”

Menurut KM Amran Nurzaman (2018), kerjasama merupakan satu pekerjaan

bersama beberapa orang dalam mencapai sesuatu matlamat bersama. Tujuan ini adalah

penting bagi setiap orang dan tidak boleh dicapai dengan pekerjaan secara bersendirian.

Selain itu, terdapat beberapa perkara seperti motivasi bekerjasama, penghargaan kepada

kesanggupan dan kebolehan oleh orang lain serta kepercayaan bahawa kelebihan yang

diperoleh adalah tidak merugikan sesiapa pun malah memberikan kelebihan dalam

melaksanakan dan menjayakan sesuatu.

Berdasarkan hasil temu bual bersama responden 2, beliau telah menyatakan

bahawa seorang saudara baru tidak memberikan kerjasama dari segi mematuhi prosedur

yang telah ditetapkan oleh PERKIM Bahagian Kelantan. Maka, pengkaji dapat

simpulkan bahawa kerjasama adalah satu aktiviti atau keadaan yang saling

mempengaruhi di antara satu sama lain. Dengan wujudnya asas-asas kerjasama tersebut,

oleh itu segala pekerjaan akan dipermudahkan dan dipercepatkan.


71

c) Faktor Agama Asal

Transkrip hasil temu bual bersama Responden 3 adalah seperti berikut:

“Berdasarkan pengalaman ambo lah, ambo ni buke ustaz jugok tapi


ambo ni saloh sore hok ajar fardhu ain ko sek-sek muallaf ni. Jadi
nyo, kalu tanyo pasal cabaran hok ambo hadap nyo, ado lah sore
muallaf ni. Dio ni ore luar negaro. Dari Britain kalu tok silap. Dio
ni duk beso nga arak sebelum masuk Islam.”

“Tapi lepas masuk Islam pun dio ambik jugok arak tu. Dio
tanyo lah ambo hukum gapo semo tu. Ambo oyak lah haram tapi
dio kato tokleh tinggal jugok. Jadi ambo nok keno ajar dio so-so
semo hok kait nga arak ni. Ambo pun buat lah kelas suku so ko dio.
Memey ambo akan hadap dio tiap hari Khamis lepas Asar. Setakat
ni, alhamdulillah lah dia boleh tinggal doh arak, tok pakai rantai
gapo semo tu. Tu jelah pengalaman hok ambo hadap.”

Menurut Dzuhailmi Dahalan (2014), agama memainkan peranan yang sangat

penting dalam membentuk kehidupan masyarakat pada masa kini dan hadapan. Pegangan

agama yang tidak teguh dikhuatiri akan memberikan akibat yang teruk, bukan sahaja pada

diri seseorang tersebut sendiri, malah dalam kehidupan bermasyarakat, berkeluarga dan

bermasyarakat. Di samping itu, faktor masih terikut dengan perbuatan ketika menganuti

agama asal juga merupakan salah satu cabaran berdakwah kepada golongan saudara baru

di PERKIM Bahagian Kelantan.

Berdasarkan temu bual pengkaji bersama responden 3, beliau telah menceritakan

tentang pengalaman beliau terhadap cabaran yang dihadapi. Beliau telah berhadapan

dengan salah seorang saudara baru dari Britain di mana saudara baru tersebut tidak dapat

meninggalkan apa yang dilakukan sebelum memeluk agama Islam seperti meminum

arak, berjudi dan memakai rantai. Disebabkan telah terbiasa dengan perbuatan sebegitu,
72

saudara baru tersebut masih lagi melakukan aktiviti yang sama meskipun telah memeluk

agama Islam.

4.7 Rumusan

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi pada bab empat, pengkaji mendapati bahawa

faktor pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru di PERKIM Kelantan adalah

berdasarkan faktor yang berlainan bahkan ada yang disebabkan oleh faktor yang sama

iaitu faktor pergaulan dengan masyarakat Islam. Akan tetapi, pengkaji juga mendapati

bahawa faktor perkahwinan bukanlah faktor utama yang menyebabkan mereka memeluk

agama Islam. Pada bab seterusnya, pengkaji akan menerangkan tentang rumusan bagi

setiap data yang dikaji terutama pada subtopik perbincangan dapatan kajian.
73

BAB V

PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan menjelaskan perbincngan, implikasi, cadangan kajian dan rumusan dengan

lebih mendalam dan terperinci. Penjelasan dalam bab ini adalah berasaskan kepada

objektif kajian yang telah dinyatakan di dalam bab satu. Penjelasan juga akan

menyatakan tentang implikasi kajian dan akan memberikan beberapa cadangan hasil

daripada kajian yang telah dibuat.

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

Bagi sub topik ini, perbincangan tentang hasil kajian dilakukan berdasarkan kepada

persoalan kajian yang telah dinyatakan pada bab pertama. Oleh itu, pengkaji akan

membincangkan tentang dapatan kajian yang diperolehi oleh pengkaji dalam kajian ini

serta membandingkan di antara hasil kajian pengkaji dan kajian-kajian yang lepas.
74

5.2.1 Konsep Saudara Baru

Berdasarkan kajian berbentuk dokumentasi yang dikaji, dapatan kajian menunjukkan

bahawa tiada perbezaan di antara data yang dikaji dan kajian-kajian yang lepas. Kajian

ini telah menerima beberapa kajian yang dilakukan oleh pengkaji lepas iaitu kajian oleh

Irwan pada tahun 2015 yang menyatakan bahawa saudara baru adalah golongan yang

telah bertukar pegangan agama serta memeluk agama Islam. Selain itu, saudara baru juga

adalah dikenali sebagai saudara Muslim atau muallaf.

Perkara ini selari dengan dapatan kajian yang telah dinyatakan di bab empat iaitu

kajian yang telah dilaksanakan oleh Johari Yap pada tahun 2019 di mana beliau

menyatakan bahawa saudara baru, muallaf atau saudara kita adalah golongan yang

memeluk atau menganut agama Islam. Hasil dapatan pengkaji juga disokong oleh kajian

yang telah dilakukan oleh Wafi Zulkifli pada tahun 2016 yang menyatakan bahawa

saudara baru berdasarkan kitab al-Umm yang dikarang oleh Imam Syafi’e adalah

golongan yang telah memeluk agama Islam dan bukan bermaksud orang kafir yang

diberikan zakat kepadanya supaya menarik minat kepada Islam.

5.2.2 Faktor Pemelukan Islam Dalam Kalangan Saudara Baru Di PERKIM


Kelantan

Berdasarkan objektif kajian yang kedua ini, pengkaji telah menggunakan kaedah temu

bual dan telah menemu bual 5 orang responden bagi mendapatkan data tentang faktor

pemelukan Islam tersebut. Data yang dikutip menunjukkan bahawa 20% daripada

keseluruhan responden mengatakan faktor pembacaan dan pengkajian merupakan sebab

beliau memeluk agama Islam. Selain itu, 40% adalah disebabkan oleh faktor pergaulan
75

dengan masyarakat. Selebihnya adalah faktor mimpi 20% dan faktor dorongan keluarga

juga sebanyak 20% daripada keseluruhan responden.

Perkara ini adalah selari dengan kajian lepas yang telah dikaji oleh Muhammad

Hashim pada tahun 2013 yang menyatakan bahawa faktor pergaulan dengan masyarakat

adalah faktor utama pendorong golongan saudara baru memeluk agama Islam.

Tambahan pula, pengalaman menyertai perkumpulan sosial seperti gotong royong

menampakkan kepada pelbagai jenis cara hidup dalam beragama. Demikian pula, kajian

lepas yang telah dikaji oleh Azaruddin Awang pada tahun 2015 di mana beliau

menyatakan bahawa faktor pergaulan bersama masyarakat Islam merupakan majoriti

daripada responden yang telah ditemu bual oleh beliau.

5.2.3 Cabaran Dakwah Kepada Saudara Baru Di PERKIM Kelantan

Berdasarkan objektif kajian yang ketiga iaitu cabaran dakwah kepada saudara baru di

PERKIM Kelantan, pengkaji telah menemu bual 3 responden dalam kalangan pekerja di

sana. Hasil kajian telah mendapatkan bahawa terdapat banyak cabaran yang dihadapi

oleh pekerja dalam berdakwah kepada golongan saudara baru di PERKIM Kelantan

seperti faktor komunikasi dan bahasa, faktor kurang kerjasama dan faktor agama asal.

Perkara ini juga ada dinyatakan di dalam kajian yang lepas yang telah dikaji oleh Roslieza

pada tahun 2017 di mana faktor bahasa yang berbeza adalah sebab atau cabaran yang

paling ketara dalam berdakwah kepada golongan saudara baru.

Hasil kajian juga telah mendapatkan bahawa ia selari dengan hasil kajian yang

telah dilaksanakan oleh Wan Zuhaira Wan Zainudin pada tahun 2018 iaitu bahkan ketika

proses pendaftaran, ada juga golongan saudara baru yang menimbulkan masalah oleh
76

kerana tidak mengikuti prosedur yang telah ditetapkan dengan alasan bahawa prosedur

tersebut sangat ketat untuk dipatuhi. Hasil temu bual bersama responden ketiga dalam

kalangan pekerja di PERKIM Kelantan juga ada menceritakan pengalaman beliau tentang

situasi tersebut.

5.3 Implikasi Kajian

Kajian yang dihasilkan ini secara tidak langsung dapat memberi kesan atau impak yang

positif kepada semua lapisan masyarakat. Dengan kajian ini, masyarakat dapat

memahamai secara mendalam tentang konsep saudara baru serta faktor yang mendorong

golongan saudara baru memeluk agama Islam. Maka dengan pendedahan ini, masyarakat

khususnya orang Islam sekaligus akan berubah tentang persepsi buruk mereka terhadap

golongan saudara baru.

Impak yang positif dapat juga disumbangkan kepada pihak universiti untuk

menjadikan kajian ini sebagai sumber rujukan untuk kajian selanjutnya. Oleh itu, pihak

universiti dapat mempamerkan kajian ini di ruangan arkib perpustakaan bagi

memudahkan mahasiswa mendapatkan rujukan yang diperlukan.

Selain itu, dapat memberi impak kepada badan-badan Non-Government

Organizations (NGO) yang menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan seperti berdakwah

kepada golongan saudara baru khususnya Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia.

Bahkan, penulisan ini juga secara tidak langsung dapat menyumbang beberapa maklumat
77

penting kepada NGO-NGO berkaitan konsep saudara baru menurut Islam serta dapat

memperbaiki cara mereka berdakwah kepada golongan saudara baru.

Seterusnya, berdasarkan perbincangan dan analisis yang dinyatakan oleh

pengkaji, ia dapat memberi sumbangan kepada institusi agama seperti JAKIM, YADIM

dan sebagainya dalam mengeluarkan sebarang notis atau maklumat tentang saudara baru.

Malah penulisan ini juga dapat memberi sumbangan kepada kerajaan supaya melakukan

penambahbaikan atau tidak menyisih golongan saudara baru.

5.5 Cadangan

Berdasarkan kajian ini, terdapat beberapa cadangan yang bersesuaian untuk

penambahbaikan agar kajian yang dilakukan ini akan lebih sempurna sekaligus boleh

digunakan untuk kajian ilmiah dan penulisan jurnal serta kajian yang lain. Antara

penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

a) Mendapatkan pendekatan yang lebih baik dalam menangani permasalahan yang

sedia ada sekarang di peringkat cawangan dengan memilih dan melantik

pembantu bagi pengerusi cawangan dalam kalangan orang yang beragama seperti

kadi. Hal ini adalah supaya menguruskan saudara baru yang menghendaki dan

memerlukan pengisian rohani bagi memantapkan diri mereka bukan sekadar ingin

menempatkan diri mereka di dalam senarai sebagai saudara baru. Kadi

merupakan orang yang mempunyai autoriti dan boleh dipercayai dalam perkara

sebegini.
78

b) Mengadakan kelas fardhu ain di setiap peringkat cawangan. Perkara ini dapat

mengumpulkan saudara baru di cawangan tersebut memandangkan sehingga

sekarang kelas fardhu ain yang dijalankan adalah hanya di pejabat PERKIM

cawangan Kota Bharu sahaja. Tindakan ini sangatlah diperlukan bagi menarik

saudara baru yang berada di setiap cawangan untuk mendalami dan menghayati

agama Islam tanpa bersusah payah menghadiri kelas di Kota Bharu dan sekaligus

akan menjimatkan masa mereka terutama bagi golongan yang berkerja.

c) Menyediakan kerja kemahiran kepada saudara baru di setiap cawangan malah

boleh memperbanyakkan lagi program yang sedia ada untuk saudara baru. Hal

ini disebabkan kurangnya aktiviti yang melibatkan saudara baru di cawangan-

cawangan PERKIM Bahagian Kelantan. Perkara ini sedikit sebanyak akan

menjauhkan saudara baru dengan sesama mereka dan juga seluruh masyarakat

Islam. Dengan kaedah ini, sekurang-kurangnya akan dapat mengetahui

kemahiran semulajadi yang ada pada saudara baru dan dapat memberikan

sumbangan tambahan kepada ekonomi mereka bagi menampung kehidupan

mereka.

d) Mengenal pasti semua dalam kalangan saudara baru yang terdapat di Kelantan

dari pelbagai bangsa dan negara. Perkara ini memandangkan pengurusan saudara

baru di cawangan tidak diselaraskan dengan baik malah ada beberapa cawangan

yang tidak dapat mengenal pasti jumlah bilangan saudara baru yang berdaftar di

bawah PERKIM.
79

e) Mengadakan rangkaian penggerak dakwah daripada pelbagai bangsa supaya

Gerakan dakwah mendidik saudara baru lebih berkesan. Keadaan yang ada di

PERKIM sangat terbatas dengan beberapa kerat tenaga pengajar yang tidak boleh

menguruskan golongan saudara baru secara lebih berkesan dan efektif.

f) Mewujudkan pusat maklumat Islam kepada golongan saudara baru atau satu pusat

yang dikenali sebagai “Pusat Pengembangan Idea Dalam Kalangan Saudara

Baru” bagi melancarkan dan memudahkan mereka untuk mendapatkan maklumat

berkaitan ilmu-ilmu agama Islam dan merupakan tempat mereka menjalankan

aktiviti bagi memantapkan lagi akidah Islam mereka. Hal ini memandangkan

PERKIM Bahagian Kelantan belum memiliki satu pusat penyelarasan saudara

baru yang lebih sistematik dan teratur.

g) Menjalinkan kerjasama dalam kalangan badan-badan bukan kerajaan (NGO) atau

peringkat kerajaan tempatan dengan mengadakan satu jawatankuasa dakwah di

peringkat global yang dianggotai oleh NGO-NGO dakwah tempatan supaya gerak

kerja dakwah boleh dilaksanakan bagi mengelak persaingan dan pertembungan

yang dapat merugikan golongan saudara baru.

h) Menambah dan membentuk semula jawatankuasa di peringkat cawangan dengan

mengadakan garis panduan atau satu mekanisme bagi perlantikan jawatankuasa

supaya dapat memberikan sumbangan yang bermanfaat kepada pembangunan jati


80

diri Muslim saudara baru. Berdasarkan temu bual pengkaji bersama pegawai di

PERKIM Bahagian Kelantan cawangan Kota Bharu, setiap cawangan tidak

mempunyai agenda dan mengadakan aktiviti di atas usaha sendiri bagi

memantapkan penghayatan dalam kalangan saudara baru tentang agama Islam.

i) Perlu menjalinkan kerjasama yang erat dan saling menganjurkan program kepada

saudara baru dari kalangan PERKIM cawangan. Perkara ini adalah disebabkan

hubungan di antara PERKIM cawangan sekarang tidak berhubung rapat malah

kebanyakan di antara mereka “lost contact” yang menyebabkan perkembangan

saudara baru di peringkat cawangan tidak dapat dipantau dengan baik. Hal ini

juga kerana ketua jajahan tidak menghadirkan diri di dalam mesyuarat agong

dengan hanya mewakilkan kepada pegawai yang lain dan kadang-kalanya dalam

kalangan mereka tidak mengambil cakna tentang golongan saudara baru.

j) Mewujudkan pejabat PERKIM yang tersendiri di setiap jajahan dengan diuruskan

dan ditadbirkan oleh tenaga pengajar daripada kalangan saudara baru supaya

menzahirkan bahawa PERKIM adalah merupakan badan dakwah tersendiri dan

ini juga adalah supaya memudahkan urusan para saudara baru. Setakat ini,

pengurusan PERKIM di peringkat cawangan mahupun jajahan adalah tidak aktif

sebagai badan dakwah yang begitu berperanan terhadap golongan saudara baru.

Dengan cara ini, PERKIM dapat merealisasikan gerakan dakwah yang lebih

berkesan.
81

5.6 Rumusan

Secara natijahnya daripada kajian ini yang mana telah berjaya mencapai objektif yang

telah dinyatakan oleh penulis iaitu menjelaskan dan melampirkan perbincangan berkaitan

konsep saudara baru. Manakala objektif lain dalam kajian ini adalah pengkaji

mengetengahkan faktor pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru di PERKIM

Kelantan. Hal ini secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat menyumbang maklumat

yang tepat dan berilmiah kepada masyarakat berkaitan faktor sebenar pendorong

golongan saudara baru memeluk agama Islam supaya tidak menimbulkan sebarang isu

atau tanggapan yang salah dan menyeleweng. Diharapkan juga melalui kajian ini, dapat

menyumbang kesedaran yang mendalam kepada masyarakat Islam supaya tidak

menyisihkan golongan saudara baru yang ingin mendalami secara lebih terperinci tentang

agama Islam.
82

BIBLIOGRAFI

Al-Quran Karim.
Ab. Aziz Mohd Zin (2001), Metodologi Dakwah, Selangor: Universiti Malaya.
Abd Ghafar Don et. al (2009), Dakwah kepada non-muslim di Malaysia: Konsep, Metode
dan Pengalaman, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Ghafar Don et.al (2017), Isu Dan Cabaran Dalam Dakwah Saudara Baru,
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abur Hamdi Usman et. al (2020), Diskusi Intelektual Terhadap Tema Akidah Dan Hadis
Nabawi, Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Ahmad Fauzi Shahar et. al (2017), Faktor Tarikan Masyarakat Orang Asli Memeluk
Islam Di Selangor, Bangi: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Aminuddin Ruskam Al-Dawamy & Masrinah Maslih (t.t), Persepsi Pelajar Islam Fakulti
Pendidikan Terhadap Isu Penukaran Agama (Murtad), Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Amir Aris (2016), Komunikasi Berkesan, Melaka: Universiti Teknologi Malaysia
Melaka.
Azaruddin Awang & Khadija Mohd Khambali @ Hambali (2015), Faktor Pemelukan
Agama Islam: Kajian Terhadap Komuniti Saudara Muslim Cina di Negeri
Terengganu, Dungun: Universiti Teknologi Mara Terengganu.
Azman Ab Rahman et. al (2015), Analisis Pentafsiran Mualaf Menurut Islam Dan
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri di Malaysia, Selangor: Universiti
Sains Islam Malaysia.
Dzuhailmi Dahalan (2014), Pegangan Agama Dalam Kalangan Belia Awal Pelbagai
Kaum Di Malaysia, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Muallaf) (2009), Penerbit: Bahagian
Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Johari Yap (2019), Erti Merdeka Seorang Mualaf, Sinar Harian
Khairul Azhar Meerangani (2019), Cabaran Dakwah Terhadap Golongan Non-Muslim
di Malaysia, Melaka: Kolej Universiti Islam Melaka.
KM Amran Nurzaman (2018), Hubungan Antara Sikap Terhadap Kerjasama Kelompok
Dengan Kepuasan Kerja Pada Karyawan, Fakultas Psikologi UIN Sunan
Gunung Djati Bandung.
M. Utaman Raman (2009), Perbandingan Pencapaian Pembelajaran Bahasa Tamil Di
Dalam Kelas Biasa Dan Kelas POL, Selangor: Universiti Malaya
Mariam Abd Majid et. al (2016), The Conversion of Muallaf To Islam In Selangor: Study
on Behavior And Encouragement, Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor.
83

Mariam Abd Majid et. al (2017), Faktor Dorongan Mualaf Memeluk Islam Kajian Di
Negeri Selangor Darul Ehsan, Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor.
Mohammad Shukri Draman (2010), Pengurusan Dakwah Terhadap Saudara Baru:
Kajian Di Pejabat Agama Islam Daerah Klang Selangor Darul Ehsan, Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Mohd Sabri Ismail (2009), Metodologi Dakwah Kepada Saudara Baru Di PERKIM
Kelantan: Kajian Mengenai Keberkesanan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mohd Shahrizal Nasir (2019), Mencontohi Rasulullah, Harian Metro
Mohd Shukri Hanapi (2015), A Content Analysis on Verses Related with Development
Worldview in The Qur’an, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Muhammad Hashim (2013), Aktiviti Dakwah Terhadap Saudara Baru: Kajian Di
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor: Universiti
Malaya
Muhammad Hashim (2013), Dakwah Terhadap Saudara Baru, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Nor Fadzila Abdul Shukor (1999), Permasalahan Di Kalangan Mualaf Dan Khidmat
Sokongan Oleh PERKIM Negeri Perak, Selangor: Universiti Putra Malaysia.
Noraini Mohamad et. al (2017), Metodologi Pengajaran Mualaf Di Institut Dakwah
Islamiah PERKIM (IDIP), Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor.
Norhayati Che Hat (2011), Keberkesanan Animasi Dalam Pembelajaran Bahasa Arab,
Selangor: Universiti Malaya
Norizan Yusof & Nadiyah Elias (2019), Proses Penyesuaian Perubahan Yang Dilalui
Oleh Saudara Muslim: Satu Kajian Kes Di Negeri Kedah Darul Aman, Kuantan:
Kolej Universiti Widad.
Norlina Ismail et. al (2016), The Conversion Procedures of Muallaf in Negeri Sembilan:
Issues and Challenges, Journal of Global Business and Social Entrepreneurship.
Nur Najwa Hanani Abd Rahman (2017), Transformasi Hubungan Kekeluargaan Dan
Kepuasan Kerja Saudara Kita Selepas Memeluk Islam, Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Othman Sahalan & Luqman Abdullah (2014), Pengurusan Zakat Asnaf Mualaf di Negeri
Johor: Satu Sorotan, Jurnal Fiqh (t.p).
Razaleigh Muhamat @ Kawangit (2013), Modul Pendidikan Muallaf: Penghayatan
Islam, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Razaleigh Muhamat @ Kawangit (2015), Saudara Baru Di Malaysia: Keperluan Kepada
Dakwah Semasa, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Razaleigh Muhamat @ Kawangit (2016), Pembangunan Dakwah Muallaf di Malaysia,
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
84

Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Dr. Hj. Badaruddin & Khairil Khuzairi Omar
Faudzinaim (pnyt.). 2005. Masa depan saudara baru harapan realiti dan
cabaran. Bangi: Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Razaleigh Muhamat @ Kawangit. & Norazwani Ibrahim (2013), Proses Pemelukan
Islam di Malaysia: Langkah Awal Menjadi Mualaf, Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Razaleigh Muhamat Kawangit (2013), Keperluan Bimbingan Kepada Golongan Muallaf
Di Malaysia, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Razaleigh Muhamat Kawangit (2014), Kefahaman Dan Amalan Ajaran Islam Kalangan
Saudara Baru Masyarakat Siam Di Kelantan, Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Razaleigh Muhamat Kawangit (2016), Pembangunan Dakwah Muallaf Di Malaysia:
Cabaran Dalam Masyarakat, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Roslieza Rosli (2017), Metodologi Dakwah Malaysian Chinese Muslim Association
(MACMA) Kelantan Kepada Mualaf, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia
Saftani Ridwan (2017), Konversi Agama Dan Faktor Ketertarikan Terhadap Islam (Studi
Kasus Muallaf Yang Memeluk Islam Dalam Acara Dakwah Dr. Zakir Naik Di
Makassar), Indonesia: STMIK Handayani Makassar.
Shaharuddin et.al (2016). Isu dan Permasalahan Mualaf (Cina) di Malaysia,
International Conference on Aqidah, Dakwah Dan Syariah (Irsyad).
Singgih Tedy Kurniawan (2018), Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Non-Muslim
Masuk Islam, Indonesia: Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung.
Suariza & Nor Raudah (2018), Faktor Permohonan Isytihar Murtad Dalam Kalangan
Mualaf Di Selangor, Selangor: Universiti Malaya.
Taqiyah Abdul Hadi (2004), Faktor Kecenderungan Saudara Kita Memeluk Islam: Satu
Kajian Di Darul Ukhuwah, Tampoi, Johor, Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali & Siti Nurunnajwa Shamsudin (2015), Penerimaan
Penggunaan Istilah Mualaf Dalam Kalangan Mualaf Di Malaysia, Selangor:
Universiti Sains Islam Malaysia.
Wan Zuhaira Nasrin Wan Zainudin et. al (2018), Dakwah Kepada Saudara Baru di
Kelantan, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zul Aiman Zulkiflee (2015), Pembangunan Sahsiah Diri Dalam Kalangan Saudara Baru
di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) Pengkalan Chepa Kota Bharu
Kelantan, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai