Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS 56000

KUALA LUMPUR

JABATAN

TUGASAN KERJA KURSUS 2


(INDIVIDU)
SEMESTER: 3 TAHUN: 2021

KOD KURSUS EDUP3043


KURSUS PENGURUSAN BILIK DARJAH & TINGKAH LAKU

Nama Pelajar AUGUSTINE KLIAN ANAK CHESTER

Angka Giliran 2020172340249


No Kad 000602-13-1025
Pengenalan
Kumpulan/Unit G 3.2
Nama Pensyarah PN. NURULSHAHIDAH BINTI HAMDAN
Tarikh Hantar 14 SEPTEMBER 2021
Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:
1.0 PENGENALAN

Dalam buku American Heritage Dictionary of the English Language dalam Choong
Lean Keow, (2009) perkataan Disiplin bermaksud suatu latihan yang melahirkan watak
individu yang khusus dan mengikut pola tingkah laku. Menurut Choong Lean Keow (2009)
pula, disiplin dalam bilik darjah bermaksud peraturan yang dibuat dan usaha guru dalam
mengawal bilik darjah yang baik serta membantu murid-murid untuk mengubah tingkah laku
mereka menjadi lebih baik. Konsep disiplin dalam bilik darjah ialah mengutamakan latihan
yang dijalankan bertujuan untuk mengembangkan potensi individu yang meliputi pelbagai
aspek. Antaranya termasuklah latihan dari segi aspek intelek, jasmani, rohani dan sosial.

Berdasarkan perbincangan kumpulan kami, kami menghuraikan model-model


modifikasi yang terdapat dalam pengurusan bilik darjah dalam penulisan kerja kursus ini.
Model-model modifikasi yang dihuraikan adalah seperti Model Modifikasi Tingkah Laku
Skinner, Model Asertif Canter, Model Logikal Dreikurs, Model Kelompok Kounin dan Model
Terapi Realiti Glasser. Menurut Choong Lean Keow (2009), tindakan disiplin yang berkesan
ditentukan oleh keupayaan guru untuk mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak
wajar dan mengekalkan tingkah laku yang wajar. Berdasarkan pendapat ini, kami akan
menghuraikan tindakan yang boleh diambil oleh dua orang guru berasaskan tiga model
modifikasi yang dihuraikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi sewaktu Pembelajaran
dan Pengajaran Rumah (PDPR).

Setiap model-model modifikasi tersebut amat penting dan akan dihuraikan dengan
lebih terperinci agar guru dapat memahami isu-isu disiplin dan masalah-masalah yang
dilakukan oleh murid. Di samping itu juga, guru memainkan peranan yang penting dalam
membentuk murid-murid agar menjadi individu yang berilmu pengetahuan secara berakhlak
mulia. Oleh hal yang demikian, dalam kerja kursus ini juga akan membincangkan strategi yang
boleh diambil oleh dua orang guru tersebut untuk menyelesaikan situasi yang mereka hadapi
di kelas tersebut.

RAJAH 1 : Perbincangan Kumpulan

1
2.0 MASALAH TINGKAH LAKU MURID-MURID

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yang dijalankan


oleh pihak Badan Pendidikan Guru melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Pada 2
Ogos sehingga 6 Ogos yang lalu, semua guru pelatih dari semester 3 wajib menjalani program
ini di sekolah pilihan masing-masing. Melalui program ini, saya didedahkan dengan pelbagai
perkara yang berkaitan dengan sekolah seperti iklim sekolah, ilmu sebagai pendidik,
prasarana dan murid-murid di sekolah. Saya telah menjalankan PBS di sebuah sekolah di
Sibu, Sarawak iaitu di Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Bandaran Sibu No. 3. PBS
yang telah saya jalani hanya saya seorang kerana keadaan tidak mengizinkan disebabkan
pandemik covid-19.

Pada hari pertama saya menjalani sesi PBS ini iaitu pada 2 Ogos 2021, saya telah
menemu bual dua orang guru iaitu Puan Nur Liyana dan Puan Hidayah berkaitan dengan
murid PPKI di sekolah tersebut. Menurut maklumat yang saya terima daripada guru tersebut,
sekolah ini mempunyai 3 orang murid masalah penglihatan yang di dalam kelas PPKI tersebut.
Di samping itu juga, dua orang guru tersebut memberi maklumat berkaitan cabaran atau
masalah tingkah laku yang dihadapi semasa PDPR semasa dengan murid-murid masalah
penglihatan ialah kehadiran untuk ke kelas tidak mencukupi. Menurut maklumat yang
diberikan oleh dua orang guru tersebut, kehadiran murid untuk hadir kelas secara maya
kurang mencukupi. Hal ini kerana ketiga-tiga murid di dalam tersebut merupakan murid kurang
upaya pelbagai. Antara jenis kurang upaya pelbagai yang dihadapi oleh ketiga-tiga murid
tersebut ialah slow learner, dan autism.

Selain itu juga, guru juga menyatakan tentang murid yang bernama Nur Laila Ayu binti
Abdullah yang sering mempunyai masalah tingkah laku di dalam kelas seperti mengendahkan
arahan guru, membuat bising, tidak menunjukkan minat dan tidak fokus di dalam kelas. Hal
ini kerana murid tersebut merupakan murid kurang upaya pelbagai iaitu masalah penglihatan
dan autisme. Tingkah laku murid tersebut telah menganggu proses pengajaran guru,
pembelajaran murid itu sendiri dan pembelajaran murid lain. Guru sedaya upaya membantu
murid tersebut dan mengawal keadaan kelas tersebut.

Disebabkan tindakan yang dilakukan ini, terdapat beberapa orang pelajar yang
merasa terganggu dengan tindakan yang dilakukan. Proses untuk menjalankan pengajaran
agak sedikit terganggu disebabkan oleh tindakan yang dilakukan oleh Nur Laila Ayu binti
Abdullah ini seperti menganggu rakan-rakan yang lain di dalam kelas atau sewaktu PDPR.
Sebagai langkah untuk menghalang pelajar ini daripada menganggu pelajar-pelajar lain, guru
telah memberikan amaran dan peneguhan. Namun begitu, tidak semua peneguhan yang
dilakukan memberikan kesan kerana murid tersebut langsung tidak menghiraukan amaran.

2
Menurut guru tersebut, dengan menggunakan peneguhan negatif seperti pengasingan diri ini,
masalah tingkah laku oleh Nur Laila Ayu dapat dikawal.

Pelajar yang bernama Nur Laila Ayu binti Abdullah merupakan pelajar yang
bermasalah di sekolah ini dan kebiasaannya cuba untuk menarik perhatian guru-guru dan
murid-murid lain di dalam kelas. Tindakan yang dilakukan oleh murid ini mungkin didorong
oleh beberapa faktor seperti kurang mendapat kasih sayang dan juga perhatian daripada ibu
bapa di rumah. Menurut maklumat yang diberikan oleh dua orang guru tersebut, murid
tersebut dijaga oleh penjaga sejak kecil lagi.

3
3.0 PENYELESAIAN MASALAH TINGKAH LAKU

Pengurusan bilik darjah merupakan perkara paling utama dititik beratkan agar
persekitaran pembelajaran menjadi lebih kondusif dan aktiviti pembelajran dan pengajaran
dapat dilaksanakan dengan lancar. Langkah yang sesuai dalam menguruskan bilik darjah
dengan berkesan ialah dengan membina hubungan yang baik dengan murid-murid dan
mengawal perjalanan rutin bilik darjah agar berjalan dengan lancar.

Di samping itu juga, guru hendaklah memahami tingkah laku, personality dan tabiat
setiap murid di dalam bilik darjahnya. Guru juga perlu menganalisis atau mengenal pasti
punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku atau dilakukan oleh murid di dalam bilik
darjah. Hal ini kerana, disiplin merupakan satu sebuah peraturan yang dikenakan kepada
murid-murid dalam mengawal tingkah laku murid atau mendapatkan tingkah laku yang diingini.

Dalam menangani masalah murid dalam di sekolah sama ada di dalam kelas ataupun
di luar kelas, pelbagai model pengurusan disiplin yang boleh digunakan untuk menangani
masalah murid. Sebagai contoh, model pengurusan disiplin ini diperkenalkan oleh beberapa
tokoh terkemuka dalam bidang tersebut seperti B.F. Skinner, Lee Canter, Rudolf Dreikurs,
Jacob S. Kounin, dan William Glasser. Panduan ini menerangkan tentang pengurusan disiplin
dan tingkah laku dengan menggunakan pendekatan yang berbeza. Terdapat beberapa model
lain menggunakan kawalan luaran sebagai pendekatan dan ada yang menggunakan kawalan
sendiri sebagai pengurusan tingkah laku.

Setelah menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama 5 hari,


saya telah menganalisis maklumat daripada temubual dua orang guru berkaitan situasi dan
suasana dalam bilik darjah dimana sering berlaku masalah tingkah laku yang tidak berdisiplin
yang dilakukan oleh murid. Saya juga turut meneliti perilaku-perilaku murid yang bermasalah
dan mengenal pasti satu masalah yang paling kerap berlaku dalam sebuah kelas. Mengenai
masalah yang guru hadapi dalam mengurus tingkah laku yang kerap berlaku dalam kelas
semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dinyatakan di atas. Melalui
perbincangan kumpulan, Kami telah bersepakat untuk menggunakan model pengurusan yang
diperkenalkan oleh Lee Canter, iaitu Model Disiplin Asertif Canter.

4
4.0 MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER

Model Disiplin yang harus digunakan dalam mengatasi masalah tersebut ialah Model
Disiplin Asertif Canter yang berasaskan peneguhan terhadap akibat daripada tingkah laku
yang ditunjukkan oleh Nur Laila Ayu binti Abdullah. Canter percaya bahawa guru mempunyai
hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid
mematuhi peraturan-peraturan tersebut.

Model ini turut menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta


memastikan murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Model ini juga melibatkan
ganjaran dan dendaan dan Canter turut menerangkan tentang Disiplin Asertif sebagai
pendekatan untuk guru mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius
dan konsisten dengan murid. Selain itu, murid-murid berhak untuk mendapat suasana
pembelajaran yang tenang dan teratur manakala guru juga turut berhak untuk mengajar tanpa
gangguan.

Di samping itu, guru juga perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat
membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai
persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui
pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan melaksanakan peraturan
di dalam kelas iaitu peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah. Sekiranya murid-
murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, maka guru perlu memberikan
peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan
sama ada di dalam atau luar bilik darjah, guru hendaklah mengenakan peneguhan negatif
yang berstruktur. Hal ini menyebabkan murid-murid sedaya upaya akan mengelak melanggar
peraturan bilik darjah.

Akhir sekali, Canter turut mencadangkan kepada guru-guru cara untuk membimbing
murid supaya menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dalam membimbing murid, guru perlu
memainkan peranan dan sentiasa memberikan perhatian yang positif kepada murid-murid.
Guru juga haruslah berinteraksi dengan murid-murid yang membuat salah laku dan
mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

5
5.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan


fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi,
pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Kaedah
yang perlu dalam sebuah bilik darjah adalah peraturan am yang ditetapkan oleh guru dan
disiplin murid sewaktu berada di dalam kelas terutama sekali sewaktu Pembelajaran dan
Pengajaran Rumah (PDPR).

Akhir sekali, suasana PDPR yang menyeronokan atau keceriaan juga diambil berat
semasa PDPR untuk menghasilkan persekitaran yang kondusif kepada pembelajaran.
Suasana persekitaran PDPR yang kondusif diharapkan dapat menggamit kesungguhan
dikalangan murid-murid untuk membantu mereka mengutamakan pembelajaran. Selain itu,
suasana pembelajaran atau kelas yang kondusif melahirkan rasa senang hati dikalangan
murid untuk fokus terhadap PDPR mereka .

6
RUJUKAN

Ang, J. E. (2007). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Evertson, C.M. & Emmer, E.T. (2012). Classroom Management for Elementary
Teachers .(9th ed). New Jersey. Pearson.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku: Shah Alam :
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hardin,C.J.(2011). Effective classroom management: Models and Strategies for Today’s


classrooms.(3rd ed.).New Jersey: Pearson Educational Ltd.

Keow, C. L. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku : Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Malchiodi, C.A. (2013). Creative Arts and Play Therapy for Attachment Problems. New York:
Guilford

McDonald,T. (2013).Classroom Management. Oxford University Press Australia

Sang, M. S. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor:
Penerbitan Multimedia.

Sapora Sipon, R. H. (2011). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Bandar Baru Nilai: ROMD
Enterprise.

Yahaya, A. S. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Bentong: PTS Publication & Distributors

Anda mungkin juga menyukai