Anda di halaman 1dari 12

ATURCARA

MAJLIS SAMBUTAN HARI BUMI 2014


ANJURAN BERSAMA
JABATAN ALAM SEKITAR DAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
OLEH
YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM
SEKITAR
TARIKH : 22 APRIL 2014 (SELASA)
LOKASI : DEWAN BANQUET,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN

PENGUMUMAN JURU ACARA

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA

PERHATIAN KEPADA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

1. Hadirin sekalian djemput untuk mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan
bermula sebentar lagi

2. Mohon kerjasama para hadirin untuk mematikan talian telefon bimbit atau
menukarkannya kepada nada mood senyap agar majlis kita dapat berjalan lancar.
Kerjasama dari para hadirin saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

MASA CUE ANN

9.00 pg Apabila
isyarat
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. James
ketibaan
YB Dawos Mamit, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Timbalan
Menteri dengan diiringi oleh dif- dif kehormat.
NRE

( - tunggu sehingga VVIP mengambil tempat duduk - )

1
Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Menteri dan hadirin sekalian,

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-
9.05 pagi Nyanyian
lagu sama menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dengan diiringi oleh pasukan
Negaraku
. koir dari.................................................

( - Nyanyian lagu ‘Negaraku - )


*Semua
ambil
tempat Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Menteri, dif-dif kehormat dan
duduk
hadirin sekalian dipersilakan mengambil tempat duduk.

Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit


Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Bin Yusof


Ketua Setiausaha
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali Bin Mohamad Nor


Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli)
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

YBhg. Datuk Dr. Che Ab. Rahim Bin Haji Nik


Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar)
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

2
Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia

YBhg. Dato’ Halimah Hassan


Ketua Pengarah Alam Sekitar

Ketua-Ketua Jabatan, Wakil-wakil Kementerian dan Jabatan, Tan


Sri - Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin- Datin, Pengurus dan Eksekutif
Syarikat, Wakil-wakil Ngo’s, Wakil - wakil IPT, Guru-Guru
Sekolah, Para Pelajar, Wakil-wakil media, Tuan-tuan dan Puan-
puan yang dihormati sekalian.

Assalammualaikum wtb dan Salam 1 Malaysia.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat;

9.15 pagi Bacaan Angkat tangan jemari sepuluh,


doa
Doa di pohon biar selamat.

Bagi menyempurnakan majlis pada hari ini, majlis ingin


menjemput untuk
memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya di persilakan
(- bacaan doa -)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
___________________________________________________
diatas bacaan doa sebentar tadi.

3
Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Menteri, dif-dif kehormat dan
hadirin yang dihormati sekalian,

Selamat datang ke majlis sambutan Hari Bumi 2014 anjuran


bersama Jabatan Alam Sekitar dan Universiti Putra Malaysia
bertempat di Dewan Banquet Universiti Putra Malaysia.
Untuk makluman semua, Hari Bumi disambut di seluruh dunia
pada 22 April setiap tahun. Pada tahun ini, tema yang dipilih ialah
“Green Cities“.

Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Menteri, Dif-dif kehormat dan


hadirin yang dihormati sekalian.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,

Ucapan Majlis bermula tirai dibuka,


aluan NC
UPM Dengan alunan madah yang indah

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput Y.Bhg. Prof. Datuk Dr.


Mohd Fauzi Hj. Ramlan, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia
untuk menyampaikan ucapan aluan.
(usherer – iringi NC UPM ke rostrum)

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


( - Ucapan NC UPM - )

4
Terima kasih majlis ucapkan diatas ucapan aluan oleh Y.Bhg.
Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan, Naib Canselor Universiti
Putra Malaysia.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Ucapan Majlis diteruskan dengan menjemput YBhg. Dato’ Halimah


KPAS
Hassan, Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia untuk
menyampaikan ucapan.
(usherer – iringi KPAS ke rostrum)

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


( - Ucapan KPAS - )

Terima kasih majlis ucapkan diatas ucapan oleh YBhg. Dato’


Halimah Hassan, Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Ucapan
sambutan
Menteri
NRE Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan. Dengan segala hormat
dan sukacitanya majlis mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Sri
Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Sumber Asli dan
Alam Sekitar untuk menyampaikan ucapan sempena sambutan
Hari Bumi 2014.

( - Usherer iringi YB Timbalan Menteri NRE ke rostrum- )

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


( - Ucapan YB Timbalan Menteri NRE - )

5
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Menteri.
( - usherer iringi YB Timbalan Menteri NRE kembali ke tempat duduk - )

Lagu,
Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Menteri, Dif-dif kehormat dan
jingle RAS
hadirin yang dihormati sekalian.

Kini, sama-sama kita saksikan tayangan montaj, lagu dan Jingle


Rakan Alam Sekitar. Bersama-samalah kita hayati lirik didalam
lagu Rakan Alam Sekitar ini. Sama-sama kita saksikan..
(- montaj, lagu & jingle RAS -)

Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Menteri, Dif-dif kehormat dan


dan hadirin yang di hormati sekalian.

Majlis diteruskan dengan sesi penyerahan borang keahlian


Rakan Alam Sekitar oleh pihak Univesiti Putra Malaysia, sesi
Serahan
borang pelantikan Kapten RAS peringkat institusi pengajian tinggi serta
RAS
Pelancaran Pusat RAS 1 Malaysia bagi UPM oleh Yang
Berhormat Dato’ Sri Timbalan Menteri dan dif-dif kehormat.

Dengan segala hormatnya majlis ingin menjemput Yang


Berhormat Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan diiringi oleh semua dif-dif
kehormat untuk naik kepentas
( - kesemua vvip naik kepentas -)

Dengan segala hormat dipersilakan


6
Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan, Naib Canselor
Universiti Putra Malaysia untuk menyerahkan borang Rakan
Alam Sekitar kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar. Dan pihak Jabatan dengan
berbesar hati ingin menyerahkan kad keahlian Rakan Alam
Sekitar kepada pihak Universiti Putra Malaysia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua. Terima kasih


majlis ucapkan kerana menjadi ahli Rakan Alam Sekitar.

Lantikan
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kapten
RAS
Majlis diteruskan dengan pelantikan Kapten RAS Peringkat
Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pelantikan ini bertujuan untuk mewujudkan konsep kepimpinan


kepada ahli RAS supaya berupaya menggerakkan ahli RAS
untuk memainkan peranan sebagai `mata dan telinga’ bagi
menangani isu-isu alam sekitar menerusi `hands-on learning’
serta membentuk dan menggembling ahli RAS dari wakil Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) untuk menjadi sebagai mentor /
pembimbing kepada ahli RAS yang lain dalam menyebarluaskan
informasi dan kemahiran berkaitan alam sekitar.

Dengan ini majlis dengan bangganya melantik Kapten RAS


Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang akan
disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Menteri.

Dengan ini majlis mempersilakan untuk naik ke pentas

7
Dipersilakan,
1.
2.
*** ( kena confirmkan)

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar.


Bacaan
IKRAR
Marilah kita sama-sama membacakan ikrar Rakan Alam Sekitar
RAS oleh
Kapten dengan penuh semangat untuk memelihara dan memulihara
RAS
alam sekitar untuk generasi kini dan akan datang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Menteri, dan semua dif-dif


kehormat serta hadirin yang dihormati sekalian dijemput bagi
bersama-sama melafazkan bacaan ikrar yang akan diketuai oleh
................................. sekumpulan Kapten Rakan Alam Sekitar
yang baru dilantik. Dengan ini dipersilakan.
( - bacaan ikrar - )

Terima kasih majlis ucapkan diatas bacaan ikrar yang cukup


bersemangat itu tadi.

8
Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Menteri, Dif-dif kehormat dan
dan hadirin yang di hormati sekalian.
Pusat
RAS 1
Malaysia
Majlis diteruskan dengan pelancaran Pusat RAS 1 Malaysia bagi
Universiti Putra Malaysia.

Pusat RAS 1 Malaysia merupakan satu hubungan kerjasama


yang dibentuk di antara Jabatan Alam Sekitar dengan organisasi
yang bekerjasama. Hubungan kerjasama ini dibentuk bagi
memastikan pewujudan Pusat RAS 1 Malaysia ini bersifat
`sustainable’ dan dapat mengeratkan jalinan kerjasama ahli RAS
serta menggiatkan aktiviti RAS sebagai usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.

Dengan ini majlis dengan sukacitanya menjemput Yang


Berhormat Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk merasmikan Pusat RAS 1
Malaysia yang pertama di Universiti Putra Malaysia ini.

Dengan ini rasmilah sudah Pusat RAS 1 Malaysia di Universiti


Putra Malaysia. Syabas dan tahniah majlis ucapkan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Menteri, Dif-dif kehormat dan


dan hadirin yang di hormati sekalian.

9
Majlis sekali lagi merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih di atas kesudian Yang Berhormat Dato’ Sri
Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Sumber Asli dan
Alam Sekitar untuk turut sama menyempurnakan majlis pada hari
ini.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis amat berbesar hati untuk


menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Dato’ Sri
Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Sumber Asli dan
Alam Sekitar.

Dengan ini majlis ingin menjemput YBhg. Dato’ Halimah Hassan,


Ketua Pengarah Alam Sekitar untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Menteri.

Dengan ini dipersilakan.

- YB Timbalan Menteri NRE dapat cenderahati -

Terima kasih majlis ucapkan.

Sebagai tanda penghargaan, majlis amat berbesar hati untuk


menyampaikan cenderamata kepada Y.Bhg. Prof. Datuk Dr.
Mohd Fauzi Hj. Ramlan, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia
selaku tuan rumah.

10
Dengan ini majlis menjemput YBhg. Dato’ Halimah Hassan,
Ketua Pengarah Alam Sekitar untuk menyampaikan cenderamata
kepada Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan, Naib
Canselor Universiti Putra Malaysia

Dengan ini dipersilakan.

- NC UPM dapat cenderahati -

Terima kasih majlis ucapkan.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara


langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan majlis
Sambutan Hari Bumi 2014 daripada peringkat persediaan
sehingga tamatnya majlis kita pada hari ini. Tidak lupa juga
kepada semua jemputan yang sudi melapangkan masa hadir
bersama-sama untuk memeriahkan majlis kita pada hari ini.

Dengan ini majlis berakhir disini.

Saya akhiri dengan serangkap pantun,

Madah diungkap santun bitara


Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati.

Sekian, wabilllahitaufikwalhidayah wassalammualaikum w.t.b.


11
12

Anda mungkin juga menyukai