Anda di halaman 1dari 2

Jawatankuasa Pemilihan Parti

Parti Keadilan Rakyat


PEKELILING JPP BIL. 05/2022 A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
TARIKH: 19hb April 2022 TELEFON: +603 7885 0530
FAKS: +603 7885 0531
E-MAIL: ibupejabat@keadilanrakyat.org
Yang Berbahagia, LAMAN WEB: www.keadilanrakyat.org
Anggota-Anggota
Parti Keadilan Rakyat

Saudara-saudari,

PEMAKLUMAN PINDAAN TARIKH PENGUNDIAN

Didahului dengan doa semoga saudara-saudari seisi keluarga beroleh kesejahteraan dan berada dalam semangat juang
yang tinggi.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tempoh pengundian dipinda ekoran permintaan dari beberapa negeri yang memohon
untuk melangsungkan pengundian pada hari Sabtu, Ahad atau sebarang cuti umum berbanding dengan ketetapan
terdahulu pada mana-mana hari bekerja. Tarikh baharu fasa pengundian mengikut negeri adalah seperti berikut:

Tempoh Pengundian Secara Fizikal:

Bil. Tarikh Hari Negeri


1. 13hb Mei 2022 Jumaat Terengganu
Kelantan
2. 14hb Mei 2022 Sabtu Kedah
Johor
Sabah
3. 15hb Mei 2022 Ahad Pahang
Wilayah Persekutuan
4. 16hb Mei 2022 Isnin Perlis
(Cuti Wesak) Pulau Pinang
Melaka
Negeri Sembilan
5. 17hb Mei 2022 Selasa Pengundian Atas Talian
(Anggota parti di luar negara)
6. 18hb Mei 2022 Rabu
Pengundian Atas Talian
hingga Khamis
(Anggota parti di seluruh negara)
20hb Mei 2022 Jumaat
7. 21hb Mei 2022 Sabtu Selangor
8. 22hb Mei 2022 Ahad Perak
Sarawak

halaman 1 dari 2
Pusat Pengundian: Sekurang-kurangnya satu pusat pengundian akan disediakan di setiap Cabang yang mana
pilihan akan dimuktamadkan oleh JPP.

Masa Pengundian: 9:00 pagi hingga 5:00 petang (semua negeri di Semenanjung Malaysia)
8:00 pagi hingga 4:00 petang (Sabah dan Sarawak)

Tempoh Pengundian Atas Talian (Anggota parti di luar negara) :


` Tarikh: 17 Mei 2022
Hari: Selasa
Medium Pengundian: Aplikasi ADIL
Masa Pengundian: 12:01 am – 11:59 pm (waktu tempatan)

Tempoh Pengundian Atas Talian (Anggota parti di seluruh negara) :


Tarikh: 18 Mei 2022 - 20 Mei 2022
Hari: Rabu - Jumaat
Medium Pengundian: Aplikasi ADIL
Masa Pengundian: 12:01 am pada 18 Mei 2022 - 11:59 pm pada 20 Mei 2022

3. Sila ambil maklum bahawa segala urusan dan perjalanan JPP adalah menurut Peraturan Pemilihan dan Tatacara
Pemilihan Parti pindaan 21 Februari 2022.

Perhatian dan tindakan saudara-saudari berkaitan semua perkara di atas amatlah dihargai.

Yang menjalankan amanah,

DR. ZALIHA MUSTAFA


Pengerusi
Jawatankuasa Pemilihan Parti
Parti Keadilan Rakyat

S.K Presiden
Setiausaha Agung

halaman 2 dari 2

Anda mungkin juga menyukai