Anda di halaman 1dari 1

IKAN GORENG

KHOO PHAU LIANG

Ada ikan di dalam peti ais, menunggu aku


ada tetamu di meja makan, menunggu aku
menu hari ini ikan goreng.
Aku panaskan minyak di dalam kuali
kuali panas sebelum minyak
kuali tutupkan api.

Aku taburkan garam ke dalam kuali


kuali pedih-pedih
kuali ludahkan garam.

Aku lepaskan ikan ke dalam kuali


ikan mau berenang keluar
kuali meniupnya, cuba membantu
minyak terpercik-percik.

Aku menyudip ikan di dalam kuali


kuali berleter berdenting-denting
kasihan ikan sakit begitu.

Aku mengangkat ikan dari kuali


kuali meminta aku menatangnya, tinggi-tinggi
lalu kubawa ia kepada tetamu.

Tetamu pulang, meninggalkan nota cemuh


“Sia-sia saja ikan,
kamu tidak pandai memasaknya!”

Tetapi bukan aku seorang yang memasaknya


bukan aku seorang yang memasaknya.

TANAH MERAH
25 MEI 2021

Maklumat Peribadi Penulis

NAMA : KHOO PHAU LIANG


NO IC : 941029035595
NO. TELEFON : 0199765537
E-MEL : A79, JALAN WAN AHMAD, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN
AKAUN BANK : 0301241000032940

Dengan ini saya mengaku bahawa puisi “Ikan Goreng” ialah nukilan asli saya yang belum pernah
diterbitkan di mana-mana. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai