Anda di halaman 1dari 1

Memandangkan dunia kini sedang berdepan dengan isu pemanasan global yang semakin

serius,masyarakat diharapkan dapat menjadi pengguna yang prihatin terhadap alam


sekitar.Amalan penggunaan lestari amat mudah untuk dipraktikkan oleh
pengguna.Antaranya ,mereka boleh berbelanja secara berhemat,menjimatkan penggunaan
sumber air,tenaga dan bahan bakar,serta menggunakan bahan-bahan yang tidak mendatangkan
kesan negative kepada alam sekitar.
Untuk menggalakkan amalan penggunaan lestari,masyarakat perlu belajar berbelanja mengikut
keperluan mereka.Buat senarai barangan yang diperlukan dan belilah barangan yang diperlukan
sahaja.Semasa membeli barangan,baca label barangan dengan teliti.Pastikan maklumat asas
seperti kandungan pemakanan ,tarikh luput dan logo-logo berkaitan alam sekitar sama ada
barangan itu diperbuat daripada hasil bahan kitar semula ataupun tidak.
Apabila membeli,lihat pada pembungkusan produk tidak kira bekas,botol atau kotak.Beli produk
yang menyokong pembungkusan yang boleh diguna semula dan dikitar semula.Cara ini dapat
mengurangkan terhasilnya sisa pepejal.Ketika keluar membeli-belah,bawa beg sendiri dari
rumah.Elakkan menggunakan beg plastic kerana plastic memakan masa untuk dilupuskan.
Pengguna juga perlu mengambil kira penggunaan elektrik

Anda mungkin juga menyukai