Anda di halaman 1dari 5

27-31 MAC

2017
KERTAS
CADANGAN

PELANCARAN KELAB PALS


RAKAN PALS SMK DATUK PATINGGI KEDIT
1.0 PENGENALAN

Kelab PALS SMK Datuk Patinggi Kedit telah ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 2014 seiring dengan
matlamat program pendidikan alam sekitar anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) yang
disasarkan untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Sarawak.

Pelancaran Rakan PALS SMK Datuk Patinggi Kedit bertujuan untuk menggalakkan penglibatan seluruh
warga sekolah dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar seiring dengan penubuhan Kelab PALS
di sekolah.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah akan kepentingan menjaga alam
sekitar
2.2 Mengukuhkan perasaan cintakan alam sekitar dan mengekalkan kelestarian alam untuk
generasi seterusnya.
2.3 Melahirkan generasi yang cintakan alam sekitar dan sentiasa berusaha menjaganya.
2.4 Menambah pengetahuan dan pengalaman murid-murid tentang ilmu pemeliharaan alam sekitar.
2.5 Melahirkan sikap kepimpinan dalam diri murid khususnya ahli kelab PALS melalui aktiviti yang
dijalankan.
2.6 Mewujudkan hubungan baik antara murid, guru, anggota sokongan dan pihak luar melalui kerjasama
dan penglibatan dalam aktiviti yang dilaksanakan.
3.0 Tema
Keindahan Alam Untuk Kesejahteraan Bersama

4.0 Anjuran
Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SMK Datuk Patinggi Kedit dan Kelab PSV

5.0 KUMPULAN SASARAN


Program ini melibatkan ahli kelab Pencinta Alam Sekitar (40 orang) dan seluruh warga SMK Datuk
Patinggi Kedit

6.0 BUTIRAN PROGRAM


6.1 Tarikh: 27-31 Mac 2017
6.2 Tempat: SMK Datuk Patinggi Kedit
7.0 PENGISIAN PROGRAM
Terdapat beberapa aktiviti yang akan dijalankan bersempena dengan pelancaran RAKAN PALS 2017

7.1 Senarai Aktiviti


Aktiviti Masa Catatan
Majlis Pelancaran Perhimpunan Pagi Ucapan perasmian Oleh Tuan
(29 Mac – Rabu) Pengetua
Ikrar
Penyerahan Pokok Ati-ati kepada
Guru-guru Kelas

Pertandingan Melukis Poster 3.00 – 5.00 petang 3 Kategori


Alam Sekitar 1. Tingkatan 1 -3 (Isnin)
2. Tingkatan 4-5 (Selasa)
3. Tingkatan 6
Pameran Seminggu Produk yang dihasilkan daripada
bahan kitar semula
Hasil karya pelajar matapelajaran PSV
Kuiz Alam Sekitar 3 Kategori
Tingkatan 1 -3
Tingkatan 4-5
Tingkatan 6
Ceramah Alam Sekitar

7.2 Perincian Aktiviti

7.2.1 Majlis pelancaran rakan PALS dirasmikan dengan upacara penyerahan pokok bunga ati-ati kepada guru
tingkatan setiap kelas. Ini secara simboliknya semua pelajar adalah ahli kelab PALS dan sekaligus adalah
duta kecil dalam menjaga kelestarian alam sekitar. Rakan PALS ini bertujuan menyemai rasa
tanggungjawab dalam kalangan pelajar untuk sama-sama memberi sumbangan dalam menjaga alam
sekitar khususnya di sekolah sama ada dari sudut kebersihan mahupun keceriaan. Seterusnya usaha ini
boleh disebar luaskan di kampung atau tempat kediaman masing-masing.

7.2.2 Pertandingan melukis poster alam sekitar melibatkan semua pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan
6. Pertandingan ini akan dianjurkan dengan kerjasama guru mata pelajaran PSV.
8. KEWANGAN
8.1 Sumber Kewangan
Tabung Kelab PALS dan sumbangan pihak luar
8.2 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA JUMLAH / CATATAN


1 Penyemaian Pokok Ati-Ati RM30
Beg politena – RM10
Tanah – RM 20
2 Bahan Untuk Pertandingan Poster RM364
Cat Mural (PELAKA ) – RM25 x 12
Berus RM2 x 32

3 Hadiah Untuk Pertandingan Poster


Tingkatan 1-3 ( Individu) RM435
RM20 x 3
RM15 x 3
RM10 x 3

Tingkatan 4-6 (Kumpulan)


RM50 x 3
RM30 x 3
RM20 x 3

Hadiah Untuk Pertandingan Kuiz


Tingkatan 1-6 ( Individu) RM222
RM15 x 6
RM12 x 6
RM10 x 6
4 Banner RM112
Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan RM1163

7. PENUTUP
Pelancaran Rakan PALS ini diharapkan dapat mencapai objektifnya bagi memupuk kerjasama dalam
kalangan warga sekolah ke arah melahirkan generasi yang peka dan tahu peranan dalam usaha memelihara dan
memulihara alam sekitar.
Disediakan oleh:
……………………………………………………………………………….
(Mohamad Salimin Bin Jahari)
Guru Penasihat Kelab PALS
SMK Datuk Patinggi Kedit

Tarikh: 10 Mac 2017

Disemak oleh:
……………………………………………………………………………….
(Lenny Anak Sani )

……………………………………………………………………………….
( Siti Nor Ain Binti Yassin)

Guru Penasihat Kelab PALS


SMK Datuk Patinggi Kedit

Tarikh:

Disahkan oleh:
………………………………………………………………………………...
(Ujai Anak Sambau)
Pengetua
SMK Datuk Patinggi Kedit

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai