Anda di halaman 1dari 6

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DALAT

KERTAS KONSEP

PROGRAM KECEMERLANGAN
PENDIDIKAN ISLAM
PEMANTAPAN KUALITI ‘A’
SPM 2021

ANJURAN
UNIT PENDIDIKAN ISLAM
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DALAT
DENGAN KERJASAMA
GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH DALAT
KERTAS KERJA PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SPM 2021

1.0       PENDAHULUAN

Kejayaan yang cemerlang tidak akan datang bergolek sebaliknya semua pelajar hendaklah
berusaha secara konsisten dan berterusan untuk memastikan kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Jadi, pelajar perlu mengaplikasikan kemahiran belajar yang betul dan mempunyai
motivasi serta keazaman yang tinggi untuk berjaya dalam peperiksaan SPM.

Program Kecemerlangan Bengkel Pemantapan Kualiti ‘A’ Pendidikan Islam SPM


merupakan satu usaha membantu pelajar tingkatan lima yang disasarkan mendapat ‘A’ menguasai
teknik menjawab soalan pendidikan Islam dalam peperiksaan sijil pelajaran Malaysia (SPM). Selain
itu program ini juga dapat mendedahkan pelajar beberapa tips yang berguna melalui perkongsian
guru pemeriksa kertas Pendidikan Islam SPM yang berpengalaman untuk membantu dan
membimbing pelajar sebelum menghadapi cabaran terbesar dalam kehidupan mereka.

2.0 JUSTIFIKASI

Bengkel ini penting untuk dilaksanakan kerana pelajar perlu diberikan penekanan dan peneguhan
tentang keperluan dan teknik menjawab soalan yang betul. Program ini dirancang sebagai
kesinambungan pada proses PDPC yang dilaksanakan oleh guru pendidikan Islam dalam kelas.
Program ini juga dilaksanakan sebagai satu penghebahan dan perkongsian ilmu antara guru mata
pelajaran luar yang pakar dalam bidang yang berkenaan sekaligus memberi pendedahan kepada guru-
guru pendidikan Islam di daerah Dalat.

3.0        TEMA

` Usaha Pasti Berjaya ’

4.0   MATLAMAT

4.1 Meningkatkan pemahaman dan penguasaan pelajar agar lebih peka dan cakna terhadap mata
pelajaran Pendidikan Islam.

4.2 Mengubah tanggapan pelajar agar tidak menganggap Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran
yang sukar untuk dipelajari dan dikuasai.

4.3 Melahirkan pelajar yang benar-benar bersedia sebelum menghadapi peperiksaan.

4.4 Pada masa yang sama, memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga
hubungan dengan Allah dan hubungan dengan ibu bapa disaat akhir menghadapi peperiksaan.
5.0  OBJEKTIF

5.1 Memberikan pendedahan teknik menjawab yang betul serta kefahaman mendalam tentang
KBAT.

5.2 Meningkatkan pencapaian peratus kualiti A dalam peperiksaan SPM

5.3 Memberi motivasi dan yakin diri untuk memantapkan lagi persediaan minda mereka
menjelang waktu peperiksaan

5.4.Membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

6.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 04 Disember 2021


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 am - 1200 am
Tempat : Google Meet

7.0 PENCERAMAH

Penyemak Kertas
Ustaz Abdul Wafi bin Suaidi

8.0 KUMPULAN SASARAN


35 orang murid terpilih

9.0  ORGANISASI

Sila rujuk lampiran A

10.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk lampiran B


11.0  PENUTUP

Program Kecemerlangan Pendidikan Islam Bengkel Teknik Menjawab SPM 2021 ini diharapkan
dapat mencapai objektif yang disasarkan dan dapat membantu semua pelajar untuk mempertingkatkan
prestasi akademik dan lulus dengan cemerlang dalam SPM 2021. Menerusi program ini juga
diharapkan mampu menyuntik semangat pelajar untuk berusaha gigih dan mengaplikasikan teknik-
teknik yang dipelajari dalam peperiksaan sebenar SPM.seterusnya lebih bersedia dan berazam untuk
mencapai kejayaan dengan cemerlang dalam peperiksaan. 

Disediakan oleh,

……………………….
(SITI NORFADILA BT EYONG)
Guru Pendidikan Islam
SMK Oya

Disahkan oleh,                                                                

_______________________________
(KAMSIAH BINTI UKI )                           
Penolong Pegawai Unit Pendidikan Islam                                       
PPD Dalat
Lampiran A

   
JAWATANKUASA INDUK & JAWATANKUASA KERJA
PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SPM 2021

Jawatankuasa Induk :

Penasihat             : Magdaline Jon               - Pegawai Pendidikan Daerah Dalat


Pengerusi             : Kamsiah binti Uki  - Penolong Pegawai Unit Pendidikan Islam
Naib Pengerusi 1 : Malihah bt Sirat                   - Pengetua SMK Oya
Naib Pengerusi 2 : Mohd.Yusri Azhar bin Abdullah - Pengetua SMK Dalat
Naib Pengerusi 3 : Tawaran bin Gani - Pengetua SMK Batang Igan
Setiausaha           : Siti Norfadila bt Eyong - Guru Pendidikan Islam SMK Oya    
Penyelaras           : Nur Baizura bt Othman           - KP Pendidikan Islam SMK Oya
Pen. Penyelaras : Lokman bin Mohd Yusof - KP Pendidikan Islam SMK Dalat

Jawatankuasa Kerja :

AJK Persiapan Tempat & Peralatan: - Memastikan peralatan kerusi dan meja mencukupi
Ustaz Muhammad Saiful Bin Abdul Samat dan disusun mengikut sop yang ditetapkan
Moderator - Mengacara Majlis.
Ustazah Siti Norfadila bt Eyong
Bacaan Doa - Menyediakan teks doa yang bersesuaian.
Ustaz Haffiz Anuardi
Dokumentasi - Mengambil gambar aktiviti sepanjang program
Ustazah Lydia Binti Mohd Hadi untuk tujuan dokumentasi.
AJK LCD/PA Sistem - Menyediakan LCD
Ustaz Muhammad Saiful Bin Abdul Samat - Memastikan peralatan PA System dapat digunakan.
AJK Pendaftaran & Jamuan pelajar. - Mengambil kedatangan pelajar.
Ustazah Nur Raihan binti Samsudin - Menempah dan menyediakan tempat jamuan
Kawalan Disiplin - Mengawal disiplin pelajar.
Semua GPI
Lampiran  B

TENTATIF PROGRAM

7.30 – 0750 pagi : Pendaftaran Pelajar

8.00 - 10.00 pagi : Slot 1: Ceramah Teknik Menjawab Soalan

10.00- 10.30 pagi : Rehat (Minum pagi)

10.30 – 12.00 tgh hari : Slot 2: Mudahnya mendapat A Pendidikan Islam

12.00 tgh hari ; Program tamat dan bersurai.

Anda mungkin juga menyukai