Anda di halaman 1dari 4

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

Apa Itu Gangguan Seksual

Gangguan Seksual adalah perlakuan lucah yang tidak direlakan oleh mangsa.


Gangguan seksual adalah suatu  keadaan yang tidak boleh diterima,  baik secara
lisan, fizikal atau isyarat seksual,  pernyataan yang bersifat menghina secara
tegas, atau keterangan secara seksual bersifat diskriminasi dibuat oleh seseorang
yang mengganggu pekerja lain, menyebabkan pekerja tersebut merasa terancam,
dihina, dipermalukan, diperbodohkan, dicabul maruah  atau melemahkan situasi
suasana kerjanya atau memberi ancaman atau intimidasi di persekitaran tempat dia
bekerja. Gangguan seksual boleh berlaku kepada siapa sahaja tanpa mengira
jantina.

Kategori Gangguan Seksual  

1. Ugutan (sexual coercion)


Memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang. Sebagai
contoh, di mana seseorang pegawai atasan yang mempunyai
kuasa menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja bawahan
memberi layanan seksual kepadanya. Jika pekerja bawahan tersebut tunduk
kepada kehendak seksual pegawai atasan tersebut, faedah yang berkaitan
dengan pekerjaan akan diperolehi. Sebaliknya pula jika pekerja bawahan
berkenaan menolaknya, faedah itu akan dinafikan. 

2. Ancaman kepada ketenteraman peribadi (sexual annoyance)


Tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman,
ugutan atau penghinaan, tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsung
dengan faedah-faedah pekerjaan. Walau bagaimanapun tingkahlaku itu
menimbulkan suasana kerja tidak tenteram kepada mangsa yang terpaksa
dialaminya untuk terus bekerja. Gangguan seksual di antara rakan sekerja
adalah termasuk di bawah kategori ini. Begitujuga gangguan oleh pelanggan
syarikat terhadap pekerja juga termasuk dalam kategori yang sama. Adalah
penting ditekankan bahawa gangguan seksual bermakna tingkahlaku seksual
yang tidak diingini dan tidak disenangi oleh mangsa. Ianya juga satu kelakuan
seksual yang dilakukan ke atas penerima tanpa diminta atau dibalas balik oleh
penerima.
Bentuk-Bentuk Gangguan Seksual
1. Gangguan Secara Lisan
contohnya: kata-kata, komen, gurauan,  usikan bunyi  dan soalan-
soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.  

2. Gangguan Secara Isyarat/Bukan Lisan


contohnya: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat
atau keinginan,  menjilat bibir atau memegang atau memakan makan dengan
cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang
membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan. 

3. Gangguan Visual
Contohnya: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah,
menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian bahan yang sulit
yang tidak sepatutnya didedah. 

4. Gangguan Psikologi
contohnya: mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima,
memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan. 

5. Gangguan Fizikal
contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit,
mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.

Kesan Gangguan Seksual


 
• Kerjaya.  Mangsa cenderung untuk mengasingkan diri, mengelakkan diri untuk
hadir ke pejabat, mengalami penurunan tahap kepuasan atau prestasi kerja,
kehilangan pekerjaan atau peluang kenaikan pangkat dan mengubah matlamat
kerjaya.  
 
• Fisiologi.  Dari aspek implikasi fisiologi, mangsa mungkin mempamerkan gejala-
gejala seperti sakit kepala, gangguan tidur (mimpi ngeri), hilang selera makan atau
mempunyai berat badan yang sering berubah.
 
• Malu.  Kesan sosial yang dialami mangsa mengakibatkan mangsa
ingin mengasingkan diri dari pergaulan. Perasaan ini timbul akibat rasa rendah
diri kerana menjadi mangsa gangguan seksual, sehingga merasa tidak berharga dan
tidak layak untuk bergaul bersama rakan-rakan sepejabatnya. 
 
• Ketakutan dan Kecurigaan.  Perasaan ketakutan merupakan kesan emosi yang
sering dialami mangsa. Ketakutan ini muncul dalam bentuk takut kepada orang
tertentu, bentuk tubuh tertentu, dan tempat tertentu. Selain itu, mangsa gangguan
seksual sering menjadi ‘paranoid’ kepada orang tertentu, orang asing yang tidak
dikenalnya, serta tempat asing yang belum pernah dikunjunginya

• Trauma. Kesan mental pula adalah mangsa gangguan seksual mengalami trauma


kerana pernah mengalami peristiwa yang sangat menyakitkan, menyedihkan, dan
berat. Justeru itu, mangsa sukar melupakan peristiwa tersebut dan dapat
mengganggu ketenangan, penumpuan, dan kestabilan mentalnya sehingga dapat
mengganggu aktiviti sehariannya. 
 
• Penolakan Masyarakat. Kesan lain yang sangat serius adalah diasingkan atau
dikucilkan masyarakat. Bagi tidak menimbulkan kesan yang berat bagi mangsa,
keluarga mangsa atau mungkin organisasi di mana mangsa bekerja, maka tindakan
yang diperlukan adalah merahsiakan hal yang dialami oleh mangsa dari
pengetahuan umum. 

Beberapa Petua Untuk Menghindari Gangguan Seksual Di Tempat 


Kerja 
 
1. Bekerja secara professional, kita perlu dapat membezakan mana hal-hal
yang bersifat pribadi dan umum serta apa yang boleh dilakukan atau tidak
boleh dilakukan di tempat kerja. Dalam kata lain, kita perlu mengetahui apa
yang dimaksud dengan Gangguan Seksual serta menyebarkan maklumat
tentang Gangguan Seksual. 
 
2. Mengelak ‘Stay-Back’, bekerja sendirian selepas waktu kerja sehingga malam hari.
Sekiranya terpaksa, pastikan kehadiran kita diketahui oleh orang lain. Pastikan ada
rakan sekerja yang dipercayai apabila ada keperluan bekerja selepas waktu pejabat.
 
3. Berpakaian yang sopan sesuai dengan suasana tempat kita bekerja. Kita perlu
dapat membezakan antara pakaian menjolok mata dengan yang menyejukkan mata.
Berpakaianlah secara konservatif sekiranya kita memang serius dalam bekerja. 
 
4. Berperilaku dan berbicara sopan ketika berkomunikasi dengan rakan
sekerja, bukan bererti kita tidak boleh bergurau dengan rakan sekerja
atau perlu terlalu serius.  
5. Bersikap ramah dan bersahabat. Kadangkala terlalu ramah boleh disalahertikan
oleh pihak lain. Di samping itu, keramahan bukan bermakna kita bertutur dengan
cara menggoda dan kita perlu menghindari gaya bicara manja dan genit. 
 
6. Jika kita mengetahui ada rakan sekerja yang cenderung ke arah
melakukan gangguan seksual baik dari gaya percakapannya mahupun
secara tingkahlakunya; maka adalah lebih baik berkomunikasi dengannya
hanya untuk tujuan pekerjaan sahaja.  
 
7. Menghindari berdua-duaan dengan rakan lelaki di tempat yang sepi. Bukan sahaja
kita dapat menghindari gosip yang sering kali berlaku di tempat kerja, malah dapat
menghindari terjadinya gangguan seksual di tempat kerja.  
 
8. Jika kita merasa ada gurau-senda atau jenaka yang sudah menjurus ke
arah negative/lucah, adalah perlu kita menyatakan ketidaksukaan kita
terhadap jenaka tersebut.  
 
9. Jika kita merasa ada rakan sekerja yang melakukan gangguan seksual di tempat
kerja, kita perlu melaporkan kelakuannya kepada pihak atasan kita ataupun ke
Pengurus Sumber Manusia. Sekiranya gangguan ini terkena kepada rakan sekerja
kita yang lain, kita perlu bersedia bertindak sebagai saksi dan membantu mangsa. 
 
10. Mengundurkan diri dari organisasi tempat kita bekerja, adalah pilihan
terakhir, jika dalam keadaan sangat terpaksa dan mendesak.  Peringatan!  Jika anda
menjadi mangsa Gangguan Seksual, Anda jangan berdiam diri. Fikirkanlah langkah-
langkah yang boleh anda ambil.  Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa gangguan
yang terjadi sama sekali bukan kesalahan anda.   
 

Anda mungkin juga menyukai