Anda di halaman 1dari 2

Bagi tajuk-tajuk dalam kawat statik ialah :

1-sedia, senang diri dan rehatkan diri


2-berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang
3-langkah sebelah
4-hentak kaki
5-buka dan tutup barisan
6-luruskan barisan
7-hormat
Bahasa Hukuman Kawat
1-sedia
"BARIS..BARIIIIS SEDIA !"
2-senang diri
"SENAAANG DIRI!"
3-rehatkan diri
"REHATKAAAN DIRI!"
4-berpusing ke kanan*
"BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!"
5-berpusing ke kiri**
"BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!"
6-berpusing ke belakang***
"BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE BELAKAAANG ..PUSING!"
*sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk
menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN
MENGHADAP KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"
**sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk
menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN
MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!"
***sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk
menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN
MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!" [ Ingatan : Apabila berpusing ke
belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke arah mana pun platon
anda sedang menghadap ]
7-langkah sebelah
"SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!"
8-hentak kaki
'HENTAK KAKIII..CEPAT!"
untuk menghentikan platon dari hentak kaki, bahasa hukumannya : "BARIIIS..HENTI!"
9-buka/tutup barisan
"BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!"
10-luruskan barisan
"KE KANAAAAN..LURUS!" apabila semua anggota dalam platon telah siap melakukan
pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman kawat
"PANDAAAANG..DEPAN!"
11-hormat ke hadapan
"HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!"

Anda mungkin juga menyukai