Anda di halaman 1dari 5

CELIKHURUF.

COM

PROGRAM KOLABORASI – 50 PENULIS (KARYA TERPILIH)

Nama : MOHD HAFIZIE BIN HUSAIRI

Nama Pena : ENCIK ALGEBRA

No Telefon : 019-4806340

Email : verc_algebra02@yahoo.com

Alamat Rumah : PPR KG BARU AIR PANAS, BLOK C,5-17 JLN USAHAWAN 6,

KG BARU AIR PANAS 53200, KUALA LUMPUR

Latar Belakang & Gambar (Tidak lebih 30 patah perkataan) :

Jika ditanya kepadaku, apa erti cinta? Maka jawabku cinta itu ilmu, cinta
ada di dalam buku. Kaki libas, gemar melibas bola rotan pada waktu
lapang. Giat menulis puisi, cerpen, lirik lagu nasyid dan skrip drama.
Mempunyai lebih daripada satu nama pena untuk setiap genre makalah.
~sahaja aku menulis~

Sila tulis cerita anda pada muka surat seterusnya. Pastikan cerita anda tidak melebihi 4 muka

surat. Muka surat seterusnya juga telah diformatkan langkau dua baris. Sila kembalikan cerita

anda ke ch.kalipertama@gmail.com sebelum 20 Julai 2015 untuk dinilai.


Tajuk : Halawatul Usrah

Kali pertama aku mengenal erti kemanisan usrah apabila pada suatu ketika aku bersama dua

rakan lain sedang berborak di koridor asrama secara tiba-tiba disapa oleh seorang senior

berkopiah yang mempelawa kami ke bilik sebelah dengan umpanan kuih raya. Ya, kejadian ini

bermula sejurus selepas cuti raya aidilfitri. Ketika itu aku hanya tertarik dengan kuih raya semata

tanpa memikirkan agenda sebalik ajakan itu. Namun kuih raya itulah yang menjadi asbab

kepadaku untuk berdampingan dengan orang baik-baik. Walau pada awalnya ada juga cubaan

aku untuk meloloskan diri daripada usrah senior berkopiah. Pelbagai alasan cuba aku berikan

bagi mengelak diri dari sesi usrah namun apakan daya sudah ditakdirkan untuk aku menjadi

salah seorang daripada ahli usrah tersebut. Semenjak dari hari itu aku bersama sembilan lagi

rakan telah menjadi ahli usrah yang diketuai oleh Abang Pito. Mengapa Pito? Aku juga kurang

periksa kerana katanya itu nama panggilan keluarga. Apa yang pasti nama sebetulnya Firdaus

dan yang pasti juga bukan perihal nama itu yang ingin ku coretkan tetapi perihal kali pertama

keterlibatanku dengan aktiviti usrah di kampus.

“Dalam diri manusia itu ada fitrah, yang sentiasa inginkan kebaikan dan kebahagiaan.

Namun ujian akan tiba untuk menguji sedalam mana cinta dan takwa kita kepada Yang Maha

Pencipta.”

Itulah bait ayat yang selalu diucapkan oleh Abang Pito setiap kali memulakan sesi

usrah. Abang Pito akan cuba mengingatkan setiap adik-adik usrahnya untuk sentiasa bersikap

positif jika dihujani dengan masalah. Sehingga kini jika aku dibebani dengan masalah yang berat

bait ayat ini juga yang akan sentiasa tergiang-giang di telingaku mengigatkan bahawa ujian itu

tanda Allah masih menyanyangi kita. Melalui usrah banyak mengubah cara hidupku selama ini

yang hampir terkapai kelemasan dalam gelombang lautan cinta fana persona. Kehidupan
berusrah banyak mengajar aku mengenai erti kehidupan seorang muslim yang sebenar dalam

konteks patuh syariah. Apabila perilaku kita sedikit tersasar daripada landasan syariah maka

akan ada orang yang akan menarik kita kembali kepada landasan yang betul. Itulah penting usrah

yang bukan sahaja satu ikatan yang kosong malah ia menjadi satu ikatan bersaudara sesama ahli

untuk saling mengingat-mengingati di antara ahli andai terleka dan alpa.

Pernah suatu ketika ada beberapa mahasiswa lain yang mengejek pertubuhan usrah yang

kami sertai. Kata mereka menyertai usrah hanya akan membuang masa sahaja dengan nada yang

menjengkelkan. Fami dan Ainol sememangnya bengang dengan kata-kata yang keluar dari mulut

yang tidak ditapis itu. Namun Abang Pito lebih bijak memainkan peranannya sebagai naqib

kami. Dia tidak mudah melatah dengan cakap-cakap orang sebaliknya dia sentiasa mengajar

kami untuk bersangka baik walau apa jua keadaannya. Masih aku ingat ketika itu Abang Pito

menceritakan mengenai kisah Rasulullah saw bersama seorang perempuan tua yang buta

matanya. Melalui kisah itu Abang Pito cuba mendidik jiwa kami agar sentiasa berbuat kebaikan

meskipun diri kita dicaci serta dihina sekalipun. Itulah peribadi Rasulullah saw yang tetap

bersikap baik malahan memberi makan kepada perempuan tua buta itu walaupun baginda tahu

perempuan tua itu sering kali menghina baginda. Sikap begitulah yang diterapkan oleh Abang

Pito kepada adik-adik usrahnya.

“Kenapa dalam ramai-ramai mahasiswa dalam kampus ini, Allah pilih kalian untuk

bersama abang?”

Satu persolan yang diajukan kepada kami selaku adik usrahnya. Daripada persoalan

itulah yang telah memberi kefahaman buatku mengenai ketentuan Allah Taala. Dalam hidup ini,

tidak ada istilah kebetulan. Setiap perkara yang berlaku akan menjadi asbab kepada perkara yang
lain pula. Sesungguhnya kehadiran Abang Pito dengan kuih raya pada awal permulaan

pertemuan kami adalah telah diaturkan oleh Allah Taala supaya aku bertemu dan bergaul dengan

orang baik-baik supaya aku juga turut menerima tempias kebaikan bersamanya. Aku sungguh

bersyukur dipertemukan dengan naqib sebaik Abang Pito yang banyak mengajar aku erti

kehidupan berlandaskan patuh syariah.

Bukan sekadar usrah yang biasa malah turut diwarnai dengan pelbagai aktiviti

termaksuklah beriadah dan mengembara bersama. Semuanya sebagai silibus lengkap usrah

bersama Abang Pito. Aku cukup selesa apabila beraktiviti bersama dengan pasukan usrahku

yang diketuai oleh Abang Pito. Dengan gaya yang santai, pemikiran moden dan meraikan

pandangan orang lain itulah telah menjadikan Abang Pito sebagai naqib yang disegani dan

dihormati dalam kalangan adik-adik usrah bawah pimpinannya. Sifat begitulah yang perlu ada

pada setiap pendakwah kerana keperluan berdakwah mesti selari dengan keseluruhan aspek

kehidupan barulah orang yang didakwah itu dapat menerima gerak kerja dakwah dan tarbiah kita

dengan penuh keraian.

Aku, Isey, Fami, Ainol, Jamal, Syazwan, Shahril, Asqalani, Ibrahim dan Bustamin

merupakan produk usrah Abang Pito yang akan sentiasa bersatu teguh berjuang menyebarkan

Islam di kampus ini. Buktinya kami semua kini sudah bergelar naqib dan masing-masing sudah

mempunyai adik-adik usrah sendiri dari kalangan junior-junior bawah kami. Walaupun Abang

Pito sudah keluar ke arena pekerjaan namun usaha dakwahnya tidak pernah luntur kerana

semangat berdakwah tetap bersamanya sehingga kini. Buktinya Abang Pito bukan sahaja

Jurutera di syarikat tempat dia bekerja malahan dia juga dilantik sebagai Penasihat Syariah di

syarikat tersebut.
Aku tidak akan berdiri pada tempat aku yang sekarang ini jika tidak kerana Abang Pito

yang banyak memberi galakan dan motivasi untuk aku terus berubah. Perkenalan aku dengan

Abang Pito telah menjadi asab kepadaku untuk lebih mencintai majlis ilmu. Sesungguhnya

keterlibatan aku dalam aktiviti usrah telah banyak memberi makna kepada kehidupan seharianku.

Setiap kali menghadiri usrah aku dapat merasai kemanisan yang selama ini tidak dapat aku

kecapi. Sungguh luar biasa aura usrah yang mampu menimbulkan rasa kejelengkitan sesama ahli

mahupun bersama naqib. Betapa bertuah diriku dikelilingi dengan mereka yang bercas positif

dan cas-cas itu juga turut mengalir ke salur darahku sehingga dapatku manifestasikan pada

zahirnya kebaikan yang menyebarkan kebahagiaan.

Perjalananku ini baru bermula untuk terus menjadi seorang mukmim kelas pertama di sisi

Tuhan. Insya-Allah sama-sama kita mengapai reda Allah dengan menyebarkan ilmu yang

bermanfaat.

Apabila Allah memberikan kepadamu suatu ilmu yang baharu, maka hendaklah engkau

menambahkan ibadah kepada-Nya. Janganlah engkau mengharapkan puji-pujian. Ilmu itu tak

dapat menghiasi kamu sehingga kamu mengamalkannya.

***

Coretan yang diinspirasikan daripada kisah kehidupan kampus penulis sendiri. Andai coretan ini
membuka idea inspirasi kepada anda-anda dan anda. Maka jangan tunggu lagi, sebarkan
kebaikan! Insya-Allah bahagia mendakap indah. Ada berani?

Anda mungkin juga menyukai