Anda di halaman 1dari 9

TEORI PERSONALITI HOLLAND

Holland (1966, 1973, 1985, 1992, 1997) mendakwa bahawa kajian-kajian yang
dijalankannya menunjukkan bahawa individu berkembang dan berjaya dalam
persekitaran kerja bersepandan dengan personaliti mereka. Menurut Holland, pilihan
pekerjaan merupakan satu bentuk luahan atau ekspresi personaliti seseorang. Oleh itu,
adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang individu untuk memilih kerjaya yang
bersesuaian dengan personalitinya agar beliau dapat melakukan sesuatu pekerjaan
dengan gembira dan rela hati serta tanpa paksaan. Justeru, hasil kajian Holland telah
mengklasifikasikan personaliti manusia kepada

6 kategori iaitu

Realistik (R),

Investigatif (I),

Artistik (A),

Sosial (S),

 Enterprising (Berdaya usaha) (E)

dan Convensional (Konvensional) (C).

Walaubagaimanapun, Holland mengingatkan bahawa tidak semestinya hanya ada 6


jenis klasifikasi personaliti manusia di dunia ini. Seseorang mungkin memiliki lebih
daripada satu jenis klasifikasi personaliti yang bertindan antara satu sama lain, tetapi
mungkin memiliki jenis yang lebih ketara berbanding yang lain.

Realistik (R)

sumber: google
Persekitaran Bidang Kerjaya Realistik  
Persekitaran Realistik merupakan persekitaran yang menekankan keperluan fizikal
individu seperti kebolehan mengendalikan mesin, peralatan atau benda-benda hidup
seperti haiwan. Oleh sebab persekitaran seperti ini menuntut kebolehan fizikal, individu
yang bekerja dalam persekitaran ini perlu mempunyai kebolehan teknikal
mengendalikan peralatan dan perkakas. Justeru itu, disebabkan sifat persekitaran yang
sedemikian, kebolehan interpersonal atau hubungan dengan individu lain adalah tidak
diperlukan di dalam konteks persekitaran Realistik. 

Jenis Personaliti Realistik


 Gemar bermain dan bekerja dengan peralatan
 Meminati kursus pengajian yang bersifat praktikal dan teknikal
 Tidak mahir dalam perhubungan interpersonal
 Individu bersifat praktikal dan tidak humanistik
Pekerjaan Realistik
 Jurutera
 Automotif
 Pertani
 Pengawal Trafik Udara
 Tukang Kayu
 Juruukur Bahan
 Juruelektrik
 Investigatif (I)

Persekitaran Bidang Kerjaya Investigatif


Persekitaran Investigatif merupakan persekitaran yang menekankan tentang kebolehan,
kecekapan dan minat dalam bidang matematik dan sains. Justeru, individu yang
bekerja dalam persekitaran ini digalakkan menggunakan kreativiti dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Keperluan hubungan sesama manusia tidak begitu diperlukan oleh
persekitaran Investigatif dan pekerjaan mereka tidak memerlukan mereka mempunyai
kemahiran tersebut. 

Jenis Personaliti Investigatif


 Suka menyelesaikan isu-isu yang memerlukan kebolehan matematik dan sains
 Berupaya bekerja sendiri tanpa bergantung kepada orang lain
 Mempunyai sifat suka menyiasat dan mencari jawapan
 Cenderung untuk menyelesaikan sesuatu isu secara rasional dan logik
Pekerjaan Investigatif
 Ahli Sains
 Ahli Psikopatologi
 Ahli Geologi
 Ahli Kimia 
 Ahli Zoologi
 Ahli Biologi  
Artistik (A)

Sumber: google
 
Persekitaran Bidang Kerjaya Artistik
Persekitaran Artistik adalah menyediakan ruang untuk bekerja secara bebas, kreatif
dan luahan peribadi. Setiap individu bebas untuk berkembang menggunakan potensi
dan kreativiti diri tanpa perlu mengikut satu peraturan tertentu. Oleh sebab
persekitarannya yang tidak rigid, individu yang bekerja dalam bidang kerjaya Artistik
boleh menentukan apa yang disukai atau tidak dan perlu mengikut logik dan rasional
masing-masing. 

Jenis Personaliti Artistik


 Tidak suka persekitaran yang teknikal dan mekanikal
 Mempunyai cara yang unik untuk meluahkan dan mengekspreskan diri
 Mempunyai idea dan kreativiti yang tinggi
Pekerjaan Artistik
 Ahli Muzik
 Pelukis
 Penyajak
 Jurugambar
 Pereka Pelan
 Penyanyi
 Penari
Sosial (S)

Sumber: google
 
Persekitaran Bidang Kerjaya Sosial
Persekitaran Sosial menggalakkan seseorang menjadi fleksibel dan memahami orang
lain. Individu Sosial suka pekerjaan yang membolehkan mereka bercampur, bertemu
dan bergaul dengan orang lain. Individu Sosial juga cenderung untuk mempelajari cara
bagaimana memahami dan membantu orang lain. 

Jenis Personaliti Sosial


 Tidak suka persekitaran yang rigid
 Seorang individu yang fleksibel
 Mempunyai sifat peramah, penyayang, mengambil berat dan prihatin 
 Mampu melakukan atau melaksanakan tugas dengan cemerlang
Pekerjaan Sosial
 Guru
 Kaunselor
 Ahli Terapi
 Doktor Perubatan Psikologi
 Operator
 Enterprising (Berdaya Usaha) (E)

Persekitaran Bidang Kerjaya Enterprising


Persekitaran Enterprising merupakan persekitaran yang membolehkan pekerja yang
cekap dalam memujuk dan mempengaruhi orang lain. Mereka mampu menyerlahkan
keyakinan, berkongsi matlamat, bermotivasi dan mungkin tidak gemar kepada matlamat
hidup yang mereka rasa tidak bersesuaian dari segi sosial.
Walaupun individu Enterprising gemar bersosial namun terdapat perbezaan dengan
individu Sosial iaitu individu Enterprising lebih gemar untuk meyakinkan orang lain,
menunjukkan kebolehan dan kecekapan serta menilai kebolehan diri secara berlebihan.

Jenis Personaliti Enterprising 
 Tidak suka menunggu
 Mempunyai sifat berdaya saing yang tinggi
 Bersaing untuk mengejar kuasa, kekayaan dan matlamat hidup
 Suka menarik perhatian orang lain
 Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
Pekerjaan Enterprising
 Jurujual
 Pakar Motivasi
 Ahli Perniagaan
 Ahli Politik
 Broker Insurans
 Pengurus

Convensional (Konvensional) (C)

Sumber: google
Persekitaran Bidang Kerjaya Konvensional
Persekitaran Konvensional sering kali dikaitkan dengan perancangan dan organisasi berstruktur.
Kecekapan atau kemahiran yang diperlukan dalam persekitaran Konvensional termasuklah kemahiran
dalam Word Processing, mesin fotokopi, perkeranian dan kebolehan menerima arahan.
Oleh sebab individu Konvensional bersifat mengikut garis panduan dan sangat bersturktur, mereka
kurang selesa bekerja dalam persekitaran terlalu fleksibel seperti persekitaran Artistik.

Jenis Personaliti Konvensional


 Membuat sesuatu pekerjaan dengan teratur dan berstruktur
 Tidak fleksibel
 Tidak suka meluahkan atau mengekspreskan diri
 Bekerja dalam suasana yang rigid
Pekerjaan Konvensional
 Kerani
 Pentadbir
 Setiausaha
 Pegawai Bank

KOMBINASI PERSONALITI DAN PEMILIHAN KERJAYA


Walaupun Holland membuat klasifikasi personaliti kepada 6 jenis, tetapi pada kebiasaannya, seseorang mempunyai
personaliti bertindan yang saling berkait antara satu sama lain. Seseorang yang mempunyai personaliti Sosial besar
kemungkinan juga mempunyai personaliti yang hampir sama dengan Sosial iaitu Enterprising dan
Konvensional. Seseorang yang memiliki personaliti Realistik, kemungkinan juga mempunyai personaliti
Investigatif dan Artistik. Walaubagaimanapun terdapat juga individu yang memiliki personaliti yang
bertentangan seperti seseorang yang bersifat Sosial turut memiliki sifat Realistik atau Investigatif. Untuk
menentukan jenis atau klasifikasi personaliti, Holland telah membina beberapa instrumen yang  boleh
digunakam oleh kaunselor untuk meramal personaliti klien seperti Vocational Preference
Inventory (VPI), Self-Directed Search (SDS) dan Strong Interest Inventory (SII).

Dengan menggunakan mana-mana instrumen di atas dapat membantu pelajar untuk mengetahui dan
memahami pola persionaliti diri masing-masing serta tahap darjah keselarasan atau kekongruenan
personaliti bagi menilai kesesuaian siri mereka dengan bidang kerjaya yang bakal diceburi. Keselarasan
yang wujud akan dapat membantu meningkatkan motivasi ke arah pelaksaan tanggungjawab di tempat
kerja yang cemerlang.

Rujukan:
http://google.com
5 kerjaya dalam bidang digital yang boleh anda ceburi
Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/gayahidup/5-kerjaya-dalam-

KUALA LUMPUR: Sebelum ini, kerjaya sebagai doktor, jurutera dan peguam sering menjadi
impian para pelajar sejak di bangku sekolah lagi.

Namun, pembangunan kebanyakan negara kini tertumpu kepada kemajuan transformasi


digital. Ini sekali gus membuka peluang kerjaya yang lebih luas daripada sedekad lalu.

Tahukah anda, kerjaya dalam bidang digital juga menawarkan gaji tinggi? Lebih penting lagi, ia
juga sebenarnya menyeronokkan.

Sempena satu pesta kerjaya #mydigitalmaker yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Astro Awani
menyenaraikan beberapa kerjaya 'baru' dan mungkin tidak pernah terlintas dalam fikiran anda
sebagai kerjaya untuk 'buat duit'.

1. 'INFLUENCER' MEDIA SOSIAL

Jika anda mempunyai bakat untuk mempengaruhi masyarakat dalam aspek gaya hidup, anda
mungkin boleh mempertimbangkan kerjaya ini.

Malah di Malaysia, pekerjaan ini menjadi dambaan setiap remaja dan ia terbukti mampu
menjana pendapatan berlipat ganda daripada wang yang dilaburkan.

Lazimnya, seorang influencer akan memasarkan produk-produk yang sudah dicuba dengan
memberi pandangan mereka.

Anda hanya memerlukan kamera atau telefon bijak, buka akaun Instagram, Twitter atau
Facebook dan pastikan video mahupun gambar-gambar yang dimuat naik mampu menarik
perhatian orang ramai.

2. PEMAIN PERMAINAN ONLINE PROFESIONAL

Siapa sangka menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer untuk menguji program-
program online mampu membantu anda menjana pendapatan yang tinggi.
Malah, Astro Awani melaporkan bahawa seorang 'gamer' profesional boleh meraih sehingga
berjuta-juta ringgit. Lebih memberangsangkan lagi, kerajaan Malaysia turut merancang untuk
memajukan hab e-sukan dalam waktu terdekat.

Jadi, anda boleh pastikan masa depan cerah jika anda berjaya dalam bidang ini.

3. PEREKA APLIKASI

Terdapat lebih 3.8 juta aplikasi di Google Play dan lebih 2 juta aplikasi di Apple App Store.
Sekitar 60,000 aplikasi baru ditampilkan setiap bulan.

Jika anda ingin tahu... sebenarnya aplikasi yang anda sering lihat di dua platform itu boleh
dibangunkan oleh sesiapa sahaja, tidak kira pangkat dan umur.

Anda juga boleh memanfaatkan bahan-bahan yang tersedia secara online seperti Apple's
Developer Programme (Program Pemaju Apple) untuk mula menghasilkan aplikasi anda sendiri.

4. JURUTERA ROBOTIK 

Anda pasti kenal Tony Stark atau Iron Man. Apa yang dilakukannya sebenarnya adalah
tanggungjawab seorang jurutera robotik.

(Gambar hiasan: John Macdougall/AFP)

Mereka mencipta robot atau sistem robotik yang boleh melakukan perkara yang manusia sukar
atau tidak boleh lakukan bagi memudahkan tugas harian, menjadikan ia lebih cekap dan
selamat.

5. JURUTERBANG DRON

Kalau anda gagal ujian penglihatan untuk menjadi juruterbang, kerjaya ini mungkin boleh
menjadi pilihan kedua anda.

Setiap hari pelbagai industri mula menggunakan khidmat dron untuk menjalankan operasi
seperti pemantauan dan ada juga untuk produksi filem.
Sebagai juruterbang drone, anda hanya perlu mengawal dan memastikan operasi dron berjalan
lancar.

Menarik bukan? Agak-agaknya, kerjaya yang mana satu antara di atas yang menjadi pilihan
anda? 
Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/gayahidup/5-kerjaya-dalam-bidang-digital-
yang-boleh-anda-ceburi/4129248.html

Anda mungkin juga menyukai