Anda di halaman 1dari 10

1 PERANAN GURU-GURU DI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH

i PENGETUA

Mengurus

 Mempunyai teknik pengurusan yang cekap dan mahir memanipulasi stratergi dan
keadaan bagi menjamin keberkesanan yang maksimum dalam menguruskan
sekolah.

Mengajar

 Memainkan peranan sebagai “clinical practitioner” iaitu menyumbangkan


kepakaran dalam pendidikan dan persekolahan.
 Mahir dalam aspek kurikulum, mengajar guru mendiagnosis keperluan pelajar,
penilaian dan penyeliaan yang berkesan kepada guru-guru.

Membimbing

 Mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, perhubungan individu,


pandai memotivasikan sifatnya, membina dan mengekalkan moral yang tinggi,
menggalakkan inovasi dan kreativiti di samping memberikan sokongan yang
perlu.
Mengurus

 Mempunyai wawasan tentang sekolahnya.


 Menetapkan falsafah, misi dan matlamat serta objektif sekolahnya.
 Menguruskan sekolah berdasarkan wawasannya dan menyampaikan serta
menjelaskan wawasannya kepada staf dan pelajar termasuk ibu-bapa dan
masyarakat sekitar.

Melatih

 Melatih guru menilai keberkesanan kurikulum dan program pengajaran.


 Melatih guru mewujudkan iklim sekolah yang kondusif bagi meningkatkan proses
pembelajaran.

Mendisiplin

 Mempunyai peribadi berketrampilan dan berdisiplin yang tinggi. Ini kerana pada
pengetua itu mencerminkan ciri sekolah yang dipimpin.

ii GURU PENOLONG KANAN

Mengurus

 Berpengetahuan dalam bidang teknikal supaya dapat menjalankan tugasnya


mengenal pasti dan menjelaskan tugas, tanggungjawab dan peranan ahlinya
mengikut kedudukan dan jawatan kemudian berupaya membuat pecahan tugas
supaya dapat diuruskan sehimgga kepada aktiviti-aktiviti yang kecil.

Mengajar

 Merencana pelbagai aktiviti dan kursus yang telah dianjurkan oleh Kementerian
Pelajaran untuk meninggalkan kompetensi guru.
 Mengajar guru supaya menguruskan hal ehwal pentadbiran, murid dan aktiviti
kokurikulum dengan berkesan untuk para pelajar.

Membimbing

 Membimbing guru-guru menguruskan dalam memenuhi arahan Kementerian


Pelajaran dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang baru
diperkenalkan.

Menyelaras

 Menyelaraskan segala tugasan penolong kanan supaya seimbang di antara hal


ehwal pentadbiran, hal ehwal murid dan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Melatih

 Melatih guru-guru menguruskan pengajaran di samping perlu menyiapkan


pentaksiran dan program-program berkaitan.

Mendisiplin

 Menjadi pemantau guru dan murid dalam hal-hal salah laku.

iii KETUA BIDANG

 Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang


berkaitan dengan bidang.
 Bertanggungjawab dalam perancangan dan pengurusan kurikulum yang berkaitan
dengan bidang.
 Mengadakan program peningkatan kecemerlangan akadmik, kurikulum dan
sahsiah pelajar.
 Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan
yang berkaitan dengan bidang.
 Membantu pengetua menyelaras dengan pihak luar dalam hal yang berkaitan
dengan bidang seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan
mengajar guru pelatih dan sebagainya.
iv GURU DISIPLIN

 Memahami semua peraturan sekolah dan bersedia melaksanakannya.


 Memantau dan prihatin terhadap salah laku murid.
 Mengambil tindakan mengikut kesesuaian salah laku murid.
 Mematuhi prosedur tindakan mengikut bidang kuasa yang diberi.
 Merekod atas tindakan yang diambil.
 Bekerjasama dengan kaunselor dalam mengatasi masalah murid.
 Menjadi contoh kepada murid.

v GURU KETUA PANITIA

 Menentukan penggunaan sukatan pelajaran yang dikemas kini.


 Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pembelajaran
yang kemas kini.
 Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan
penggal.
 Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan peperiksaan
kertas-kertas jawapan.
 Menentukan jenis-jenis buku yang perlu ada di sekolah untuk perpustakaan atau
rujukan guru.

vi PENYELIA PETANG

 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan pengetua, Guru Penolong


Kanan I, Guru Penolong Kanan II, dan Penolong Kanan Ko-kurikulum.
 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua.
 Bertanggungjawab kepada pengetua di dalam mentadbir semua aspek pengurusan
sekolah bagi sesi petang.
 Membantu mengeratkan hubungan di antara guru-guru siding pagi dan petang.
 Membantu pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran.

vii GURU PUSAT SUMBER

 -Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana pengurusan pusat sumber.


 -Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan program galakan membaca
termasuk program NILAM.
 -Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan
literasi teknologi pendidikan.
 -Merancang pemerolehan, pembinaan dan pengurusan koleksi yang komprehensif,
seimbangan dan kemas kini.
 -Merancang dan melaksana perkhidmatan pusat sumber yang dapat menyokong
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
 -Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam pentaksiran, penilaian dan
penyampaian maklumat serta penghasilan media.

viii GURU BERTUGAS HARIAN

 Guru bertugas hendaklah datang 15 minit awal sebelum persekolahan bermula dan
paling sekurang-kurangnya 15 minit sekolah berakhir.
 Memastikan bendera Malaysia, bendera Negeri dan bendera Sekolah dinaikkan
pada sebelah pagi dan diturunkan pada sebelah petang.
 Membantu pengetua membuat pengawasan menyeluruh terhadap pelajar-pelajar
sebelum waktu pertama bermula, semasa rehat sekitar kawasan sekolah dan
mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
 Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan
kawasan sekolah.
 Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin.
 Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital
untuk mendapatkan rawatan lanjut.
 Mengawasi pelajar menepati waktu sewaktu datang dan pulang, masa rehat dan
masa pertukaran guru.
 Menguruskan hal-hal kehilangan barang.
 Mencatat kegiatan sekolah seperti sukan, program persatuan, unit beruniform dan
aktiviti lain yang dijalankan.
2 SIFAT-SIFAT GURU

 Profesional

i Menguasai Subjek – Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi


subjek yang diajar supaya proses pembelajaran tidak terbantut kerana guru
akan terkial-kial dalam memberikan penerangan dalam proses pembelajaran.
ii Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi – Guru haruslah mahir dalam
menggunakan pelbagai kaedah dan stratergi pengajaran dan pembelajaran
yang betul semasa menjalankan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih kondusif dan mesra pelajar.
iii Memahami Psikologi Pembelajaran – Guru haruslah berupaya untuk
memahami psikologi pembelajaran supaya membantu guru itu berfungsi
dengan lebih baik sebagai seorang pendididik.
iv Kemahiran Kaunseling – Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling
ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran ini dapat membantu murid untuk
menangani masalah masalah emosi, sosial dan masalah tingkah laku murid.
Menjadi satu kelebihan bagi seorang guru dalam memiliki kemahiran
kaunseling kerana dapat menangani masalah dalam dan luar bilik darjah.
v Penggunaan Teknologi Terkini – Penggunaan teknologi menjadi satu
keperluan yang penting dalam pembelajaran abad ke 21. Selain itu, murid
yang mahir dalam menggunakan gadjet dan pelbagai alatan elektronik yang
lain memerlukan guru juga seiring dalam memahirkan dalam teknologi
tersebut supaya dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Jika, pembelajaran
yang berkonsepkan mobile learning diketengahkan, sudah pastinya membawa
kelainan dalam suasana pembelajaran.
 Peribadi

Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya


daripada orang lain. Sifat ini juga merangkumi gaya hidup, kepercayaan, harapan,
nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak
seseorang. Oleh itu, sifat personaliti ini memainkan peranan penting kepada guru
kerana ianya mempengaruhi dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru
yang mempunyai sifat sabar dan bertimbang rasa, bersedia menerima kritikan dan
sebagainya akan mencerminkan personaliti diri seseorang itu ke arah menjadi
pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat-sifat yang kreatif dan
inovatif dalam membentuk peribadi seorang pendidik. Sifat- kreatif dan inovatif
yang ada pada seorang guru itu akan mewujudkan pengajaran yang lebih
menyeronokkan dan meninggalkan kesan kepada para pelajar serta
membangkitkan minat para pelajar untuk terus belajar.

 Sosial

i Kemahiran sosial adalah kemahiran yang membantu individu dalam menjalin


hubungan sosial terhadap orang lain. Analoginya, membina persahabatan,
berbual dengan orang lain, mempunyai budi pekerti yang baik, mempunyai
rasa empati terhadap orang lain dan sebagainya.
ii Kemahiran sosial ini juga diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di
sekolah. Hal ini termasuklah; mendengar dan mematuhi arahan, berkelakuan
sopan, memberi sumbangan dalam perbincangan, membuat keputusan,
pengendalian konflik, melaksanakan kewajipan, bertanggungjawab dalam
setiap tingkah laku dan sebagainya.
iii Kemahiran sosial ini juga melibatkan kefahaman dan dapat mengendalikan
perasaan diri sendiri. Perkara ini termasuklah; mengetahui perasaan diri,
meluahkan perasaan diri, memahami perasaan orang lain, menguruskan
kemarahan diri, mengatasi perasaan takut dan malu, menghargai diri sendiri
dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai