Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum wbt.

Salam ABC Ambil peduli, Bina Hubungan, Cipta Kejayaan,


Salam Smart PPD Rembau,
Salam PPD Rembau Kekal No 1,
Salam Up Noghoghi.

Yang dihormati
Puan Rozita binti Abas
Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Rembau

Yang berusaha
Puan Rosimah binti Othman
Penolong PPD, Unit SSTP
Pejabat Pendidikan Daerah Rembau

Yang dihormati
En Rosli bin Yunus, YDP PIBG SK Pulau Besar

Yang Berusaha
Barisan Guru-guru Penolong Kanan SK Pulau Besar
Guru-guru SK Pulau Besar
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Pulau Besar
Ahli Jawatankuasa Program Sambutan Bulan Kebangsaan SK Pulau
Besar
Yang disantuni para ibu bapa, penjaga dan murid-murid SK Pulau Besar
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
TERLEBIH DAHULU SAYA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PUAN
ROZITA BINTI ABAS, TIMBALAN PPD SEKTOR PENGURUSAN
SEKOLAH, PPD REMBAU KE MAJLIS PENUTUPAN BULAN
KEBANGSAAN PULAU BESAR BAGI TAHUN 2021. TERIMA KASIH
PUAN KERANA SUDI HADIR WALAUPUN SECARA MAYA.
SAYA JUGA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PUAN ROSIMAH
BINTI OTHMAN, PENOLONG PPD UNIT SSTP PPD REMBAU,
MERANGKAP PEGAWAI MESRA SK PULAU BESAR.
SETERUSNYA SAYA TURUT MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN EN
ROSLI BIN YUNUS, YDP PIBG SK PULAU BESAR, AHLI-AHLI
JAWATANKUASA PIBG SK PULAU BESAR, GURU-GURU, PARA
IBU BAPA DAN PENJAGA SERTA MURID-MURID SEKALIAN
KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA UNTUK MAJLIS PENUTUPAN
BULAN KEBANGSAAN SK PULAU BESAR PADA PETANG INI.
ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILLAHI KERANA
DENGAN LIMPAH DAN KURNIANYA DAPAT KITA BERKUMPUL
PADA PETANG INI UNTUK MAJLIS PENUTUPAN “ SAMBUTAN
BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN
PULAU BESAR “ BAGI TAHUN 2021.

HADIRIN YANG DIMULIAKAN

SAYA INGIN MENGUCAPKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


TERUTAMA KEPADA SELURUH AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM,
KERANA TELAH BERTUNGKUS LUMUS MENJALANKAN AKTIVITI
DAN PROGRAM, SERTA DALAM MASA YANG SAMA MENJALANKAN
PdPR. WALAUPUN TUGASAN PENYEDIAAN PROGRAM
DIJALANKAN SECARA BEKERJA DARI RUMAH (BDR), AHLI-AHLI
JAWATANKUASA YANG DILANTIK DAPAT MENJALANKAN KERJA
DENGAN CEMERLANG. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI,

BERBALIK KEPADA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN SK PULAU


BESAR. DI SINI SAYA MELAHIRKAN RASA SYUKUR DAN
GEMBIRA KERANA PADA HARI INI KITA KHUSUSNYA DI MALAYSIA
MASIH DAPAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG
KE 64 PADA TAHUN INI. ALHAMDULILLAH KITA MASIH DAPAT
HIDUP SECARA AMAN, HARMONI DALAM MENJALANI KEHIDUPAN
WALAUPUN NEGARA DAN SELURUH DUNIA SEDANG BERJUANG
MENGHADAPI PANDEMIK WABAK COVID-19.

SEBAGAIMANA YANG KITA MAKLUM TEMA SAMBUTAN TAHUN INI


IALAH 'MALAYSIA PRIHATIN'. TEMA YANG SAMA SEPERTI
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAAN 2020.

UNTUK MENJADI SEBUAH NEGARA YANG BERJAYA, SESEBUAH


NEGARA MEMERLUKAN MASYARAKAT YANG SENTIASA BERILMU,
BERAKHLAK DAN PENUH DENGAN SIFAT KEPERIMANUSIAAN
YANG DISULAMI DENGAN KASIH SAYANG DAN PRIHATIN ANTARA
SATU SAMA LAIN.

SETIAP WARGANEGARA DARI KECIL HINGGA DEWASA


MEMPUNYAI PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB. SECARA TIDAK
LANGSUNG, KITA SEMUA TURUT MENYUMBANG
KEPADA PEMBANGUNAN MALAYSIA DI MASA AKAN DATANG.

KEPADA generasi muda KHUSUSNYA ANAK-ANAK SK PULAU


BESAR pada hari ini, saya percaya ANAK-ANAK semua
masih kurang arif mengenai peranan dan erti kemerdekaan
sebenar. Pada zaman sekarang, erti kemerdekaan bukan
sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata-mata
tetapi kita harus sentiasa berwaspada dan menghindari
penjajahan mental melalui pengaruh-pengaruh negatif serta
amalan-amalan yang merosakkan negara.

Setelah 64 tahun merdeka, keadaan negara kita sekarang


jauh lebih baik daripada sebelum medeka dengan
pembangunan yang pesat serta ekonomi yang kukuh dalam
menjamin kesejahteraan rakyat. Masyarakat kita sekarang lebih
berpendidikan dan berjaya. Menjadi harapan saya agar ANAK-ANAK
dari SK PULAU BESAR menggunakan
peluang yang ada untuk mengejar cita-cita berjaya dalam hidup.

HADIRIN YANG DIMULIAKAN,

Kalau kita lihat senario dunia sekarang, banyak krisis yang


berlaku seperti bencana alam, peperangan, kekurangan
makanan berlaku di mana-mana. Ramai anak-anak diluar sana
yang nasibnya kurang bernasib baik, tidak seperti anak-anak di
dalam Malaysia yang hidup sempurna dan berpendidikan.

HARAPAN SAYA kita TIDAK menjadikan pandemik ini asbab


menjadi murid yang tidak berilmu dan tidak berjaya. ANAK-ANAK perlu
sentiasa bersedia untuk mengadaptasi pendidikan
dalam bentuk norma baru. Sentiasa menjaga SOP yang telah
ditetapkan.

Sesungguhnya, tujuan program ini diadakan untuk


menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada negara melalui
aktiviti-aktiviti TELAH DI jalankan sepanjang bulan Ogos
sehingga majlis penutup bulan KEBANGSAAN PADA PETANG INI.
Sebelum mengakhiri ucapan saya pada petang ini, sekali lagi saya
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus
lumus menjayakan majlis kita pada petang ini, khususnya kepada guru-
guru SK Pulau Besar, Ahli Jawatankuasa Program, AJK PIBG SK Pulau
Besar, juga kepada PPD Rembau yang sentiasa memberi sokongan
kepada setiap program yang dijalankan.

Semoga sempena sambutan kemerdekaan yang ke 64 ini, kita


sama-sama dapat menghentikan penyebaran COVID-19
disamping dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Sekian,wabillahi taufik wal hidayah.


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai