Anda di halaman 1dari 10

SJK (C) CHUNG HWA WEI SIN

21100 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

PERKHEMAHAN PANDU PUTERI TUNAS

ANJURAN
PERSATUAN PANDU PUTERI TUNAS
SJK (C) CHUNG HWA WEI SIN
1.0 Pendahuluan

Perkhemahan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Persatuan Pandu
Puteri Tunas SJK (C) Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu. Program ini disertai oleh murid-
murid yang menjadi ahli Persatuan Pandu Puteri Tunas. Perkhemahan ini dilaksanakan selaras
dengan kehendak Kenmenterian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang
seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.
Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial
mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba
melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diapklikasikan oleh mereka apabila menempuh alam
kedewasaan kelak.

2.0 Matlamat

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kepanduan dan disiplin yang
perlu ada dalam setiap ahli Pandu Puteri Tunas. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri
serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam dalam
program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan diaplikasikan dalam
menempuh cabaran yang mendatang . Program ini diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk
membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang
seimbang selaras dengan pembangunan Negara yang mampan.

3.0 Objektif

I. memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan.
II. membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
III. melatih murid untuk memupuk sikap toleransi , bertanggungjawab , dan menghargai alam
sekitar.
IV. meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
V. memupuk semangat kerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap pentingkan diri sendiri.
VI. melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, emosi , rohani dan jasmani.

4.0 Butiran Perkhemahan

Tarikh : 10 – 11 Mei 2018


Tempat : SJK (C) Chung Hwa Wei Sin
Masa : 3.00 petang
Jurulatih/ Fasilitator : Guru Penasihat Pandu Puteri SJK(C) Chung Hwa Wei Sin

5.0 Sasaran Penyertaan

82 orang ahli Pandu Puteri Tunas ( Tahun 4, Tahun 5 & Tahun 6)


6.0 Perasmian Punutup

En. Lim Beng Kuan (Guru Besar SJK(C) Chung Hwa Wei Sin)

7.0 Jawatankuasa Induk

Penasihat : Lim Beng Kuan


( Guru Besar SJK (C) Chung Hwa Wei Sin )

Pengerusi : Or Oi Tien
( Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha : Zuraifah Bt Hamzah

Bendahari : Yeo Fei Hong

Ahli Jawatan Kuasa : Cheong Suh Ling


Goh Siew Cheng
Nazaliza Bt Drahman
Fon Li Chui

8.0 Jawatankuasa Pelaksana

Kem Komander : Cheong Suh Ling

Jawatankuasa kecil pelaksana

Pendaftaran : Goh Siew Cheng


Cheong Suh Ling

Penginapan & Tempat : Nazaliza Bt Drahman

Pertolongan Cemas : Fon Li Chui

Hadiah : Cheong Suh Ling

Kawalan Keselamatan : Nazaliza Bt Drahman, Fon Li Chui ( 10pm – 12am)


Yeo Fei Hong, Zuraifah Bt Hamzah (12am – 2am)
Cheong Suh Ling (2am – 4am)
Goh Siew Cheng ( 4am – 6am)

Kebersihan : Fon Li Chui

Peralatan/Siaraya : Nazaliza Bt Drahman

Dokumentasi : Yeo Fei Hong (mengambil foto)


Zuraifah Bt Hamzah ( membuat laporan)
Penyelaras aktiviti

Stesen Pembelajaran : Nazaliza Bt Drahman, Goh Siew Cheng ( Balutan)


Cheong Suh Ling, Yeo Fei Hong ( Ikatan & Simpulan)
Zuraifah Bt Hamzah, Fon Li Chui ( Kawad kaki)

Malam Kebudayaan : Cheong Suh Ling, Goh Siew Cheng

Senamrobik : Yeo Fei Hong, Nazaliza Bt Drahman, Fon Li Chui

Pertandingan Kraftangan : Nazaliza Bt Drahman, Zuraifah Bt Hamzah

Pertandingan Masakan : Goh Siew Cheng, Yeo Fei Hong

Pengadil : Persembahan Murid - Nazaliza Bt Drahman


Zuraifah Bt Hamzah
Yeo Fei Hong

Memasak - Lim Beng Kuan


Or Oi Tien
Fon Li Chui

Kraftangan - Cheong Suh Ling


Goh Siew Cheng

9.0 Tugas Jawatankuasa Perkhemahan

Pengerusi

- Membentuk jawatankuasa
- Mempengerusikan mesyuarat
- Merujuk kepada penasihat

Setiausaha

- Menjalankan tugas-tugas setiausaha


- Urusan surat mesyuarat dan borang

Bendahari

- Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program


- Memastikan segala perbelanjaan diuruskan dengan lancar seperti yang sepatutnya.

Komanden Kem
- Bertanggungjawab ke atas pentadbiran am perkhemahan.
- Menentukan tujuan dan matlamat perkhemahan.
- Memastikan perkhemahan berkualiti.
- Memilih, mengawas, melatih, kakitangan serta memastikan spesifikasi tugas difahami.
- Menyelaras semua aktiviti perkhemahan.
- Memastikan kesihatan dan keselamatan sepanjang perkhemahan.
- Menentukan semua rekod disimpan untuk tujuan pendokumentasian.

Peralatan/ Siaraya

- Merancang dan menetukan peralatan yang diperlukan untuk program


-Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang dalam keadaan
baik seperti asal.

Pertolongan cemas

- Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap


- Memastikan keselamatan para peserta terjamin di sepanjang aktiviti.
- Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

Dokumentasi

- Mencatat segala aktiviti yang berjalan.


- Mengambil foto untuk setiap aktiviti.
- Menyediakan laporan perkhemahan dan mendokumentasikan
- Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan

Hadiah

- Menyediakan hadiah dan cenderamata program

Pendaftaran

- Memastikan para peserta sudah berada di tapak perhimpunan


- Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang diberikan oleh setiausaha
10.0 Anggaran perbelanjaan

BI
L PERKARA KUANTITI HARGA KOS JUMLAH

1 Hadiah
Tempat Pertama 10 RM 4.00 10 x RM 4.00
RM 105
Tempat Kedua 10 RM 3.50 10 x RM 3.50
Tempat Ketiga 10 RM 3.00 10 x RM 3.00

Makanan guru
2 6 RM 18 6 x RM 18 RM 108
(sumbangan PIBG)

Jumlah Besar RM 213

*makanan murid akan disediakan sendiri sepanjang perkhemahan dijalankan.


11.0 Tentatif Program

Hari Pertama 19 Jul 2018

MASA AKTIVITI

3.00 pm Pendaftaran peserta

3.15 pm Taklimat Perkhemahan, Bahagikan kumpulan & tapak perkhemahan

3.30 pm Mendirikan khemah & membuat gajet

6.00 pm Makan malam, mandi & solat

8.00 pm Persembahan Kumpulan

10.00 pm Tidur

Hari Kedua 20 Jul 2018

MASA AKTIVITI

6.00 am Pengurusan Diri

6.30 am Senaman Pagi & Sarapan Pagi

7.30 am Pemeriksaan Pagi

8.00 am Stesen Pembelajaran


- Ikatan & simpulan
- Balutan

9.00 am Pertandingan Kraf tangan

10.30 am Minum Pagi

11.00 am Pertandingan memasak

1.00 pm Makan tengahari, mandi, solat & membersihkan tapak masakan

2.30 pm Stesen Pembelajaran


- Kawad Kaki

3.30 pm Pengurusan Khemah & Gotong-royong

4.30 pm Perasmian Penutup


5.00 pm Balik

*murid dikehendaki berpakaian uniform lengkap semasa menjalankan aktiviti.

12.0 Perincian Aktiviti

Mendirikan Khemah

Objektif : Memberi pengetahuan dan pengalaman baru dalam pemasangan khemah.

Langkah Perlaksanaan :
- Taklimat dan demontrasi pemasangan khemah.
- Peserta memasang khemah mengikut kumpulan dan dipantau fasilitator kumpulan.

Persembahan Kumpulan

Objektif : Membina sikap keyakinan diri dan dapat bekerja sebagai satu pasukan.

Langkah Pelaksanaan :
- Setiap kumpulan akan mempersembahkan satu persembahan dengan tajuk yang disediakan.
- Diadakan dalam bentuk pertandingan antara kumpulan.

Senamrobik

Objektif : Membina kecergasan tubuh badan untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.

Langkah Pelaksanaan :
- Peserta berkumpul di tapak perhimpunan.
- Aktiviti senamrobik dikendalikan oleh 2 orang jurulatih.

Stesen Pembelajaran

Objektif : Memberi pendedahan asas ikatan dan simpulan, balutan dan kawad kaki.

Langkah Pelaksanaan :
- Peserta belajar mengikut kumpulan dan akan bertukar stesen selepas 30 minit.
- Aktiviti stesen pembelajaran dikendalikan oleh jurulatih Pandu Puteri Tunas.

Pertandingan Kraftangan

Objektif : Membina keyakinan diri, memberi peluang untuk menunjukkan bakat yang ada serta
membina semangat berpasukan.
Langkah Pelaksanaan :
- Peserta dalam kumpulan dibantu oleh fasilitator.
- Peserta menyediakan kraftangan mengikut tajuk yang ditetapkan. ( anak patung )

Pertandingan Memasak

Objektif : Membina keyakinan diri, memberi peluang untuk menunjukkan bakat yang ada serta
membina semangat berpasukan.

Langkah Pelaksanaan :
- Peserta dalam kumpulan dibantu oleh fasilitator.
- Peserta memasak menu mengikut bahan-bahan yang telah disediakan. ( ikan goreng, sayur, nasi
putih)

Pertandingan Kawad Kaki

Objektif : Membina keyakinan diri, memberi peluang untuk menunjukkan bakat yang ada serta
membina semangat berpasukan.

Langkah Pelaksanaan :
- Peserta membuat pergerakan dalam kumpulan.
- Peserta dikehendaki berpakaian lengkap.

13.0 Peraturan perkhemahan

1. Peserta perkhemahan perlu tahu cara-cara mendirikan khemah, menggunakan dan menjaga
khemah pada waktu siang , malam, dan semasa cuaca buruk.
2. Kawasan khemah hendaklah dalam keadaan yang bersih .
3. Khemah mestilah dijaga dengan baik sebelum dan selepas digunakan.
4. Peserta perkhemahan perlu makan dan mandi pada masa yang ditetapkan.
5. Peserta perkhemahan perlu berpakaian seragam sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan.
6. Peserta perkhemahan hendaklah menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik dan sopan.
7. Peserta perkhemahan tidak membuat bising semasa tidur.
8. Peserta perkhemahan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan.
9. Peserta perkhemahan tidak dibenarkan membawa barang-barang berharga atau barang kemas.
14.0 Harapan dan Penutup

Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke
arah kegemilangan yang paling tinggi . Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat begitu
diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah.
Semoga tema segala matlamat dan objektif perkhemahan dapat direalisasikan semasa
perkhemahan tersebut.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

____________________ ____________
( Zuraifah Bt Hamzah) ( Or Oi Tien )

Setiausaha GPK KK
Perkhemahan PPT SJK (C) Chung Hwa Wei Sin
SJK (C) Chung Hwa Wei Sin

Anda mungkin juga menyukai