Anda di halaman 1dari 5

MODUL PEMBELAJARAN PDPR PSV TAHUN 6

UNIT: 3.RENJISAN DAN PERCIKAN


TAJUK: BEG KERTAS
TEKNIK GABUNGAN: RENJISAN DAN PERCIKAN, CAPAN, STENSILAN.
TEMPOH MASA: 2 MINGGU

ALATAN DAN BAHAN :

BEG KERTAS – KERTAS LUKISAN, TALI


CORAK - WARNA AIR, KERTAS,BERUS GIGI, BAHAN CAPAN DAN STENSILAN,
LAIN-LAIN ALATAN YANG SESUAI.

CONTOH HASIL KARYA SEBUAH BEG KERTAS MENGGUNAKAN TEKNIK


GABUNGAN RENJISAN DAN PERCIKAN, CAPAN, STENSILAN.

1
AKTIVITI MINGGU 1

LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN:

1. HASILKAN SATU BEG KERTAS MENGIKUT KREATIVITI KAMU


MENGGUNAKAN KERTAS LUKISAN.

2. BEG KERTAS INI AKAN DICANTIKKAN MENGGUNAKAN TEKNIK RENJISAN


DAN PERCIKAN, CAPAN SERTA STENSILAN.

3. MULAKAN DENGAN MEMBUAT CORAK MENGUNAKAN TEKNIK CAPAN


DAN STESILAN PADA PERMUKAAN BEG KERTAS.

BACA NOTA

KAEDAH DAN CARA TEKNIK STENSILAN:

PENGENALAN
 Stensilan merupakan teknik yang menggunakan acuan sebagai bahan untuk
menghasilkan corak pada sesuatu permukaan.
 Kelebihan stensilan ialah acuan yang digunakan boleh dipakai banyak kali bagi
menghasilkan imej dan corak.

DEFINISI
Stensilan menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan
sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.Apabila
bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan
melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.Garis luar
pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

2
CONTOH RAJAH STENSILAN

BACA NOTA

KAEDAH DAN CARA TEKNIK CAPAN:

PENGENALAN
Penggunaan alam semula jadi untuk membentuk imej dihasilkan melalui teknik capan.
Teknik mengecap sesuatu permukaan menggunakan bahan semula jadi adalah mudah
kerana ia tidak memerlukan blok cetakan.

DEFINISI
Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai
jalinan tertentu.
Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.
Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi
atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan
jalinan yang ada pada jari.

CONTOH BAHAN SEMULA JADI YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT


TEKNIK CAPAN.

3
AKTIVITI MINGGU 2

4. SETELAH ITU, GUNAKAN TEKNIK RENJISAN DAN PERCIKAN KE ATAS


CORAK CAPAN DAN STENSILAN YANG AKAN MENDATANGKAN KESAN
LAPISAN CORAK YANG MENARIK

BACA NOTA

KAEDAH DAN CARA TEKNIK RENJISAN DAN PERCIKAN:

PENGENALAN
Satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Satu teknik hiasan catan dengan
mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan
kesan  speckled granite. Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk
menghasilkan kesan antik. Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau
jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan
yang rata. Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan.

DEFINISI
Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik
pada lukisan cat.
Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini.
Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi.
Percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas
permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu
atau marble.Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di
antara satu sama lain.

CONTOH RENJISAN DAN PERCIKAN

5. SETELAH SELESAI, SILA AMBIL GAMBAR BERSAMA HASIL KARYA KAMU


DAN HANTAR KE ‘GROUP WHATSAPP’ PSV.

4
5

Anda mungkin juga menyukai