Anda di halaman 1dari 2

APAKAH ITU DNA?

DNA atau maksud sebenarnya adalah asid deoksiribonukleik adalah satu komponen
utama kehidupan. Semua kehidupan di muka bumi ini memiliki corak DNA yang unik.
Sumber DNA seorang manusia atau seekor kucing mahupun sepohon pokok diwarisi
daripada ibu dan bapanya atau dikenali sebagai induk.

Seorang manusia akan memiliki satu set lengkap DNA kromosom yang diperolehi
daripada hasil perkongsian ibu dan bapanya. Ia adalah sebanyak 23 pasang set dengan
setiap satunya adalah daripada ibu dan bapa menjadikan sebanyak 46 set kromosom.

DNA boleh didapati di dalam nukleus. Nukleus pula terletak di dalam sel yang
membentuk tisu dan seterusnya organ tubuh. Selain daripada sel, DNA juga ada terdapat
didalam mitokondria. DNA terletak di dalam sel-sel berikut iaitu sel darah
putih,sperma,peluh,air liur,akar rambut,tulang dan gigi.

Struktur DNA disebut helix ganda kerana bentuk molekuler dari molekul DNA yang
beruntai ganda yang melingkar. Molekul DNA yang terdiri dari dua untaian pita yang
saling berhadapan dan berputar, seperti tangga yang melengkung atau bengkok. Untaian
ini tersusun atas molekul linear panjang yang dibuat dari unit yang lebih kecil yang disebut
nukleotida

DNA terbentuk dari molikul yang dinamakan nukleotida. Setiap nukleotida ini
mengandungi tiga perkara iaitu molekul fosfat, molekul gula dan basa nitrogen.Nukleotida
ini kemudian akan bersatu, membentuk dua rantai panjang yang melengkung dan
membentuk sruktur yang disebut sebagai spiral ganda atau double helink. Double helink
adalah molekul yang mengandungi gen manusia,yang biasa dilihat pada gambaran
struktur DNA.

DNA diaplikasikan dalam penyiasatan forensik, kebanyakan kes yang menggunakan


profil DNA adalah untuk memastikan identiti individu sam ada bagi kes kematian akibat
bencana ramai mangsa dan mengenal pasti identiti ibu bapa sebenar bagi bayi atau anak
yang ditinggalkan.I a juga berguna untuk mengenal pasti bapa sebenar si anak.

Ciri-ciri DNA dimiliki oleh setiap makhluk hidup, dan DNA satu mahkluk hidup
berbeza dengan lain, menyusun kromosom dan terletak di dalam nukleus atau dikenali
sebagai inti sel , berbentuk helinks ganda, tersusun atas gugus fostat dan gula
deoksiribosa sebagai pita heliksganda dan tersusun atas gugus protein sebagai mata
rantai, yang terdiri atas Cytosin,Guanin,Thiamin dan Adenin.

Dalam kaedah sains, DNA amat penting untuk mengetahui mengenai gen dan
sejarah keluarga. Manusia mempunyai kira-kira 25,000 gen dalam jumlah . DNA penting
kerana mengandungi semua informasi berkaitan genetik. Informasi ini diperlukan untuk
pengembangan dan kelansungan hidup kita dan dapat diteruskan ke generasi
berikutnya. Ini juga mempengaruhi sifat-sifat kita.

Disediakan Oleh,

WAN MOHAMAD AKIF BIN WAN MOHD YUSRI


KP:100514 08 0449
SEKOLAH KEBANGSAAN PALEKBANG TUMPAT KELANTAN

Anda mungkin juga menyukai