Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG SUNGAI WANGI II

LAPORAN PROGRAM PEMERKASAAN PELAKSANAAN KURIKULUM


CATCH UP PLAN (CUP – FASA 3)

Nama Program : Laporan Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum CUP -Fasa 3

Matematik Tahun 4

Tarikh Pelaksanaan : 21 March - 15 April 2022

Sasaran : Murid Tahun 4 yang mencapai TP 1 hingga TP3 (7 orang murid)

Pengenalan

Pengoperasian Catch Up Plan (CUP) 3 ini telah dilaksanakan bermula 21 March hingga 15 April iaitu selama 4
minggu. Kumpulan sasaran yang terlibat terdiri daripada murid yang mencapai Tahap Penguasaan (TP 1, TP 2 dan TP
3) 7 daripada 19 orang murid dari Tahun 4 terlibat secara langsung dalam Program CUP 3 ini. Murid-murid ini telah
dikenalpasti melalui data Analisis Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akhir tahun sesi 2021. Sepanjang 4 minggu
pelaksanaan program ini saya selaku guru Matematik menghadapi beberapa kekangan dalam usaha membolehkan
murid-murid ini mencapai TP yang disasarkan.

Berikut adalah senarai nama murid yang terlibat dalam CUP - 3

Bil Nama Murid Tahap Penguasaan Kehadiran

1 KAYALVILI A/P APPALA TP2 7 / 9 hari

2 KHIRSHALINI A/P SELVA KUMAR TP2 7 / 9 hari

3 KUNASEELAN TP3 7 / 9 hari

4 NISHAL A/L NAGALINGAM TP1 5 / 9 hari

5 PARVEEN A/L RAGU TP3 9 / 9 hari

6 PRAVEENAA A/P NITHIYANANTHAN TP3 9 / 9 hari


7 VAISHNAVI A/P RUKMAGKATHN TP3 9 / 9 hari

Selepas selesai 4 minggu program ini dijalankan hanya N.Praveenaa sahaja dapat mencapai sasaran iaitu TP4.
Murid-murid lain tidak memenuhi kriteria bagi dinaikkan TP mereka. Hasil penelitian saya, didapati murid-murid ini
masih tidak menguasai kemahiran mengira dengan baik. Sebagai contoh murid-murid lain tidak dapat menguasai
kemahiran kerana kandungan mata pelajaran tahun semasa sukar daripada tahun sebelumnya dan angkanya lebih
besar.

Kesimpulannya, 6 orang murid yang dinyatakan masih lagi sangat lemah dan tidak menguasai kemahiran
mengira asas. Setelah berbincang dalam Panitia Matematik maka, Panitia Matematik mengambil keputusan untuk
merancang Program Rakan Sebaya bagi murid-murid ini. Program ini akan dilaksanakan setiap hari pada waktu
pengajaran Matematik. Di harap agar program yang dijalankan ini dapat memberi impak positif kepada para murid
serta motivasi dan minat untuk terus belajar dan tidak ketinggalan dalam matapelajaran Matematik.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________ _______________________

( MUVEENA A/P THURAIRAJU ) ( RAJAMANI A/P MUNUSAMY )

GURU MATEMATIK TAHUN 2 PK PENTADBIRAN

SJKT LDG SG WANGI II SJKT LDG SG WANGI II

Disah oleh,

__________________

(PN.RAHMATHUNISA BEAHAM BINTI ABDUL RAHIMAN)

GURU BESAR

SJKT LDG SG WANGI II

Anda mungkin juga menyukai