Anda di halaman 1dari 4

2.

3 Temu bual dengan Cikgu 3


Khow : Selamat pagi, Cikgu 3.
Cikgu 3 : Selamat pagi, Cikgu Khow.
Khow : Cikgu 3, apakah masalah yang sering mengelirukan murid
dalam proses pdpc Bahasa Melayu?
Cikgu 3 : Masalah yang sering mengelirukan murid dalam proses pdpc
peribahasa Melayu ialah murid kurang jelas makna, murid
perlu dibantu dengan gambarajah bagi memahami makna
selain dan makna yang berdiri sendiri. Contohnya adalah
seperti berikut:

a. kacang (kata nama) = sejenis tumbuhan dan buahnya


kacang hantu (sifat) = orang yang nakal dan jahat

b. mata (kata nama) = organ manusia/seseorang


matahari (kata nama) = bintang besar yang menjadi
pusat peredaran planet dalam
cakera suria dan darinya
planet-
planet mendapat cahaya dan
haba.

c. durian (kata nama ) = nama sejenis pokok atau


buahnya
berduri dan berkulit tebal
durian runtuh = keuntungan yang tidak diduga-duga

seterusnya, penggunaan bahasa asing dalam Bahasa Melayu,


contohnya, dokumen, insiden, fenomena, isu, tsunami dan
sebagainya. Oleh itu, guru harus mengnal pasti perkataan yang
diambil pakai mempunyai makna yang tepat bagi menyatakan
situasi yang sebenar supaya penggunaan tidak mengelirukan.
Di sampaing itu, murid juga keliru dengan makna leksikal
“kesinoniman”, contoh adalah berikut:
a. Jemput (lisan) = mengundang
Jemput (tulisan) = sebahagian kecil (diambil dengan
jari)
b. Tajam = runcing hujungnya
Tajam = dapat melihat atau mendengar dengan cepat
dan cekap
Oleh itu, guru perlu tahu bahawa terdapat kata-kata yang
mempunyai makna yang hampir sama dan dapat menggantikan
sesuatu perkataan bagi menyampaikan makna. Oleh sebab itu,
pemilihan makna kata yang tepat adalah sangat penting dan
perlu. Selain itu, murid juga mudah keliru kata berpolisemi
kerana kata berpolisemi mempunyai 2 atau lebih daripada 2
makna. Contoh:
a. Faedah = bunga
Ayat: Pinjaman perumahan itu dikenakan faedah 7%
setahun oleh pihak bank.
Faedah = manfaat
Ayat: murid-murid harus melakukan aktiviti yang
mempunyai faedah pada masa lapang.

b. Masak = sudah tua dan boleh dimakan


Ayat: Buah manga itu sudah masak dan boleh
dimakan.
Masak = sudah faham benar
Ayat: Ibu sudah masak dengan perangai adik.
Masak = tidak mentah
Ayat: Nasi yang ditanak oleh ibu belum masak.
Kesimpulannya, guru perlu mengetahui ilmu yang terkandung
dalam semantik Bahasa Melayu supaya objektif pdpc dapat
tercapai.
Khow : Terima kasih, Cikgu 3.
Cikgu 3 : Sama-sama, Cikgu Khow.
3.0 Kesimpulan/Rumusan

Kesimpulannya, guru Bahasa Melayu perlu mengetahui ilmu yang terkandung dalam
semantik Bahasa Melayu. Contohnya,

Contoh A:

Untuk mengnal pasti atau menghasilkan ayat lengkap FN + FK.

FN FK
Kereta memanjat pokok kelapa

Ayat di atas dari segi pola ayat betul, tetapi dari aspek semantik tidak tepat kerana
kereta bukan haiwan, tidak bernyawa, tidak bertangan, kaki serta tidak bersifat hidup.

Contoh B:

Perkataan yang memberi makna yang berbeza. Contohnya adalah berikut:

Contoh 1: Datuk sedang mengutip buah durian yang gugur di dusunnya.

Contoh 2: Banyak askar gugur dalam peperangan itu.

Gugur dalam ayat contoh 1dan 2 membawa makna berlainan. Oleh itu, mengguna
perkataan ikut keperluan maksud yang hendak disampaikan.

Anda mungkin juga menyukai