Anda di halaman 1dari 5

BAHASA MELAYU MERENTAS KURIKULUM (BMMK)

Pengenalan

Penggunaan bahasa dalam penguasaan dan penyampaian ilmu oleh murid-murid dalam bidang
sains, matematik, geografi, sejarah dan sebagianya adalah satu kemestian. Tanpa bahasa,apa
sahaja aktiviti yang melibatkan proses-proses penguasaan dan penyebaran ilmu tidak mungkin
dilaksanakan dengan berkesan dan bermakna. Bahasa bukanlah media yang pasif untuk
menerima pelajaran, sebaliknya bahasa adalah alat penting untuk membentuk dan
menyampaikan konsep-konsep utama sesuatu pelajaran . Oleh tu, pemerolehan ilmu bukanlah
melalui bahasa, tetapi berlaku dengan bahasa.

Oleh itu, Bahasa Melayu Merentas Kurikulum perlu diberi perhatian yang serius dan dijadikan
dasar dalam sistem pendidikan. Konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulm (BMMK) adalah
disesuaikan daripada idea “Language Across the Curriculum” yang lahir daripada kajian
jawatankuasa Bullock (1975). Perakuan 138 dan 139 dalam laporan jawatankuasa tersebut
menekankan kepentingan bahasa dalam pembelajaran dan kurikulm sekolah.

Menurut perakuan 138, ada ditegaskan bahawa semua guru mata pelajaran perlu sedar akan
keupayaan murid-murid memperoleh maklumat dan pemahaman tentang sesuatu ilmu melalui
proses linguistik dan implikasinya adalah bahasa yang digunakan oleh guru itu sendiri sebagai
teladan. Selain itu, permintaan untuk pembacaan bahan ilmiah perlu dipenuhi dan disediakan
untuk murid-murid.

Perakuan 139 pula mengesyorkan supaya setiap sekolah perlu mempunyai dasar bahasa
merentas kurikulum bagi memastiakn keberkesanan ilmu pengetahuan dalam bahasa yang
sistematik. Tanggungjawab terhadap dasar ini perlu disepadukan ke dalam struktur organisasi
sesebuah sekolah.

Perakuan daripada Laporan Bullock ini menunjukkan betapa pentingnya proses linguistik untuk
penguasaan maklumat di kalangan murid. Seterusnya Laporan Bullock memperakukan
keperluan satu dasar bahasa merentas kurikulum yang dipertanggungjawabkan dalam satu
prsarana yang kukuh pada peringkat sekolah.

Ekoran daripada Laporan Bullock (1975) itu, banyak lah kajian dan penyelidikan yang dibuat
tentang bahasa merentas kurikulm. Di anataranya termasuklah penyelidikan yang dilakukan
oleh :

1
1. Michael Marland (1977) yang mengatakan bahawa pembelajaran mata pelajaarn akan
lebih berkesan jika pihak sekola mancari idea, pemikiran dan waktu untuk membantu
perkembangan bahasa murid-murid.
2. Halliday , M.A.K (1985) pula merujuk kepada varisi dalam bahasa sebagai laras
(register variataion) yang mana, cirinya menumpu kepada struktur bahasa termasuklah
gaya yang sesuai bagi mata pelajaran tertentu. Conyohnya, guru sains mencadnagkan
laporan sains yang dimulakan dengan eksperimen , diikuti alatan yang digunakan,
aplikasi kaedah, keputusan daripada pemerhatian, dan diakhiri dengan perolehan
prinsip-prinsip.
3. Makhan L. Tickoo (1986) yang menyatakan bahawa bahasa merentas kurikulum adalah
untuk meningkatkan mutu penggunaan bahasa di sekolah.

Rasioanal Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Di Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang
dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah dan pusat pengajian tinggi. Konsep BMMK lebih
tertumpu kepada aspek penggunaan bahasa Melayu yang bermutu sebagai bahasa penagantar
yang unggul dan dinamis untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dalam kurikulum sekolah. Untuk mengetahui bahasa sahaja belum mencukupi, tetapi
penguasaan bahasa mestilah mencapai peringkat penghayatan. Ada beberapa faktor mengapa
usaha perlu digemblengkan kearah meningkatkan mutu penguasaan bahasa Melayu di
sekolah-sekolah. Antaranya :

1. Proses pembakuan bahasa Melayu membawa perubahan yang amat pesat dalam
ssistem ejaan, perkamusan, tatabahasa, dan pengistilahan ilmu pengetahuan supaya
pengunaan bahasa Melayu tidak ketinggalan di belakang.
2. Pembentukan sistem ejaan baru pada awak tahun 1970-an tidak dapat dimasyarakatkan
sepenuhnya sepenuhnya kerana sehingga kini masih terdapat kesalahan ejaan di
papan-papan kenyataan dan dalam penulisan akademik.
3. Penciptaan istilah bahasa Melayu berlaku dengan pesat sekali untuk mengungkapkan
segala bidang ilmu diajarkan.
4. Sikap suka tidak merujuk kamus juga menyebabkan penuturan bahasa Melayu masih
tidak lagi menggunakan khazanah perbendaharaan kata dan kosa kata yang sudah ada
dalam kamus sejak awal tahun 1970-an.

2
5. Wujudnya bahan-bahan bahasa Melayu yang kurang bermutu dari segi ejaan,
tatabahasa serta tidak selaras dalam penggunaan istilah. Penggunaan bahasa Melayu
yang kurang bermutu member impak terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam
system pendidikan kita.

Perlaksanaan konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Konsep bahasa Melayu merentas kurikulum dalam sistem pendidikan merangkumi aspek
penggunaan bahasa Malayu sebagai bahasa pengantar yang unggul dan dinamis untuk
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi setiap mata pelajaran. Keselarasan dan
keseragaman dalam penggunaan bahasa Malaysia diharap akan dapat memperkukuh dna
memantapkan identiti bangsa dan negaramelalui saluran pendidikan.

Perlaksanaan Bahasa Melayu Merentas Kurikulum dalam KBSM sudahpun bermula pada tahun
1988. Melalui orientasi bahasa Melayu dan semua mata pelajaran KBSM, pada peringkat pusat,
para kakitangan sumber didedahkan dengan konsep dan strategi BMMK yang melibatkan tiga
aspek penting iaitu guru, murid dan bahan.

GURU

1. Guru sebagai model kepada murid di mana guru perlu meningkatkan kecekapan
berbahasa supaya dapat menyampaikan pengajaran denagn bahasa yang bermutu,
tepat, dengan gaya yang laras serta gramatis.
2. Guru hendaklah meninggalakan amalan mengutamakan penyampaian fakta dan isi
sesuatu mata pelajaran tanpa mengambil kira mengira bahasa yang digunakan.
3. Guru perlu mengambil berat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang bermutu dan
sentiasa peka terhadap perubahan istilah.
4. Guru harus peka penggunaan bahasa yang digunakan oleh murid-murid.
5. Guru haruslah membetulkan kesalahan bahasa atau ketidaksesuaian bahasa dengan
ilmu yang hendak disampaikan.

3
Murid

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sepatutnya memberikan peluang
kepada murid untuk menggunakan bahasa secara meluas supaya kecekapan berbahasa dapat
ditingkatkan dalam penguasaan ilmu, nilai dan sahsiah diri murid. Ini termasuklah:

1. Mengadakan aktiviti berasaskan kerjasama bagi menggalakkan bahasa Melayu di


kalangan murid seperti aktiviti berkumpulan, simulasi, main peranan dan sebagainya.
2. Menggalakkan murid menggunakan bahasa Melayu dengan mengamalkan kemahiran
belajar dan berfikir untuk mendapatkan maklumat.
3. Mengembangkan sesuatu daripada pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid
melalui aktiviti yang dilakukan sebelum dan selepas pelajaran sebagai aktiviti
pengukuhan dan lanjutan.
4. Mewujudkan suasana pembelajaran yan g selesa supaya murid berminat dan berani
mengemukakan soalan serta menjawab penuh yakin menggunakan bahasa Melayu.
5. Menggalakkan murid menggunakan bahan sumber seperti indeks, glosari, kamus,
akhbar, majalah dan lain-lain.

Dengan terbentuknya suasana pembelajaran yang mendorong penggunaan bahasa secara


meluas, secara tidak langsung murid-murid akan berpeluang memperbaiki dan meningkatkan
kecekapan berbahasa . Pada masa yang sama, guru perlu membuat penilain terhadap kerja
murid, meneliti aspek berbahasa murid dan memperbaikinya secara berperingkat.

Bahan

Penggunaan bahan yang sesuai ada kaitan dengan guru dan murid dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran.

1. Bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah dipastikan
mempunyai nilai bahasa yang betul, gramatis dan tepat.
2. Sumber rujukan pula daripada buku-buku ilmiah, majalah, akhbar, dan buku teks perlu
diteliti gaya bahasanya supaya selaras dan sesuai.
3. Guru perlu terlebih dahulu memperbaiki bahasa dalam bahan-bahan sumber tertentu
dan membuat perbincangan dengan murid mengenai kesusuaian bahasa yang
digunakan.

4
Penutup

Setiap guru haruslah menguasai bahasa Melayu dengan baik bagi melaksanakan konsep
Bahasa Melayu Merentas Kurikulum di bilik darjah dan sekolah. Guru merupakan tunjang yang
dipertanggungjawabkan menyediakan landasan bahasa yang kukuh kepada murid-murid
supaya dapat menyambung usaha perkembangan bahasa denagn lebih pesat. Ini kerana ,
“semua guru adalah guru bahasa”.

Bagi guru yang belum menguasai bahasa Melayu yang bermutu, mereka masih berpeluang
mengikuti kursus, bengkel, seminar, dan membaca buku-buku tentang tatabahasa dan jurnal
bahasa yang terkini agar dapat melaksanakan konsep BMMK secara berkesan demi
memartabatkan bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan , bahasa ilmu dan
bahasa rasmi negara.

Istitusi pengajian terutama sekolah hendaklah mengambil tempat di barisan hadapan dalam
usaha melaksanakan dasar dan konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulum demi
keberkesanan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pelbagai mata
pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai