Anda di halaman 1dari 247

KOLEKSI KERTAS KERJA

&

ARTIKEL ILMIAH

USRAH ASAS

BELFAST

AL-HAQ AULA AN-YUTTABA’ Kebenaran Adalah Yang Paling Utama Untuk Diikuti

ISI KANDUNGAN

PRAKATA

5

PERTEMUAN 1

 

6

1.1 PENGENALAN USRAH

6

1.2 PENGERTIAN ISLAM

10

 

1.21

RUKUN ISLAM

14

1.3 DASAR-DASAR ISLAM

16

1.4 TUJUAN HIDUP ISLAM

21

1.5 SILAP FAHAM MENGENAI TASAWWUR ISLAM

23

PERTEMUAN 2

 

27

2.1 ISLAM SEBAGAI AD – DEEN

27

2.2 ISLAM SEBAGAI AD-DEEN PARA NABI DAN RASUL

29

2.3 ISLAM SEBAGAI PENYELESAI MASALAH UMMAH

MASAKINI 2.4 KESYUMULAN ISLAM DARI SEGI SOSIAL, POLITIK DAN

32

EKONOMI

 

40

PERTEMUAN 3

45

3.1 IMAN

45

 

3.11 IMAN DAN HAKIKATNYA

46

3.12 IMAN, MAUDHU’ & SYARATNYA

48

3.2 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

53

3.3 IKHLAS

 

59

PERTEMUAN 4

67

4.1 KONSEP AKHLAQ DALAM ISLAM

67

4.2 PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM

72

PERTEMUAN 5

 

78

5.1

AKIDAH TAUHID TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH

78

 

5.11 TAUHID RUBUBIYAH

78

5.12 TAUHID ULUHIYAH

79

5.13 TAUHID AL-ASMA’ WAS SIFAT

85

PERTEMUAN 6

 

87

6.1 TAUHID ASMA SIFAT & ZAT

87

 

6.11 DALIL-DALIL TENTANG SIFAT

89

6.12 NAS-NAS ASMA UL-HUSNA DAN SIFAT-SIFAT ALLAH

91

6.2 MANHAJ AKIDAH SALAF DAN KHALAF

94

 

6.21 KETERANGAN

94

6.22 KETINGGIAN KEDUDUKAN TAUHID

95

6.23 IMAN TANPA TAKWIL DAN TA’TIL

96

 

6.24 MENAHAN DIRI DARI PERTELINGKAHAN ULAMA’

97

6.25 DI ANTARA SALAF DAN KHALAF

 

102

PERTEMUAN 7

 

106

7.1

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN

 
 

SYAHADAH

 

106

PERTEMUAN 8

 

114

8.1 KUFUR

114

8.2 SYIRIK, MURTAD, NIFAQ, FASIQ

 

115

PERTEMUAN 9

 

125

9.1 IDEOLOGI

125

9.2 NASIONALISME

 

126

9.3 SEKULARISME

133

9.4 KAPITALISME

137

9.5 SOSIALISME

139

9.6 KOMUNISME

140

9.7 KESAN

IDEALOGI

KUFAR

TERHADAP

KEHIDUPAN

 

MANUSIA

142

9.8 AMERIKA SYARIKAT , IDEOLOGI DAN ISLAM

 

143

PERTEMUAN 10

 

151

10.1

IBADAH

151

10.11 PENDAHULUAN

 

151

10.12 MATLAMAT KEJADIAN MANUSIA

 

151

10.13 PENGERTIAN IBADAH

 

152

10.14 ASAS-ASAS IBADAH

153

10.15 CIRI-CIRI IBADAH

153

10.16 SYARAT SETIAP AMALAN MENJADI IBADAH

154

10.17 IBADAH YANG AFDHAL

 

155

10.18 BIDANG IBADAH

155

10.19 MATLAMAT DAN TUJUAN IBADAH

 

156

10.20 SEERAH RASULULLAH MENGENAI IBADAH

157

PERTEMUAN 11

 

160

11.1

TARBIYYAH

 

160

11.2 SILAP FAHAM MENGENAI KONSEP TARBIYYAH

162

11.3

TARBIYYAH RASULULLAH DI ZAMAN MAKIYYAH DAN MADANIYYAH

163

PERTEMUAN 12

 

166

12.1

PENGENALAN DAKWAH

 

166

12.12 PENGERTIAN

 

166

12.13 TUNTUTAN DAN KEPENTINGAN DAKWAH

167

12.14 HUKUM DAKWAH

 

169

12.15

MATLAMAT DAKWAH

170

PERTEMUAN 13

 

173

13.1

AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR

173

13.11 MUQADDIMAH

173

13.12 PENGERTIAN

173

13.13 HUKUM AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR

174

13.14 KEPENTINGAN AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR

175

PERTEMUAN 14

 

178

14.1

DAKWAH FARDIYYAH

178

13.11 MUQADDIMAH

178

13.12 PENGERTIAN

178

13.13 TAHAP DAKWAH FARDIYYAH

179

PERTEMUAN 15

 

185

15.1

JIHAD

185

15.12

MUQADDIMAH

185

15.12

PENGERTIAN DAN TUNTUTAN

186

15.13

JENIS-JENIS JIHAD

196

PERTEMUAN 16

210

16.1

KONSEP PEMERINTAHAN ISLAM ZAMAN

RASULULLAH

210

16.11 PENGENALAN

210

16.12 KAEDAH PEMERINTAHAN

210

16.13 BADAN-BADAN DI DALAM STRUKTUR

 

NEGARA ISLAM

212

 

16.14 EKONOMI ISLAM

215

PERTEMUAN 17

 

220

17.1 AMAL ISLAMI

220

17.2 PEMUSATAN AMAL ISLAMI

229

17.3 AMAL JAMAIE – SUATU RUMUSAN

238

17.4 PERLAKSANAAN AMAL JAMAIE

243

PRAKATA

Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala pujian hanya layak bagi Allah Pencipta dan Pemelihara sekelian alam. Selawat dan salam ketas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, para sahabat baginda serta saf pejuang Islam yang thabat dan beristiqamah menyambung mata rantai perjuangan zaman berzaman.

Selaku mewakili warga kerja “projek musim panas” yang melibatkan proses penjilidan kertas kerja dan artikel ilmiah khas untuk pengisian usrah umum, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang terlibat dengan memberikan pelbagai bentuk sumbangan, samada ianya berbentuk tunjuk ajar dan pandangan mahupun sumbangan tenaga, masa dan material demi menjayakan projek ini.

Objektif projek ini adalah untuk mengumpul kertas kerja dan artikel berkaitan usrah umum/asas sebagai khazanah ilmu yang dikongsi bersama samada untuk bahan bacaan peribadi atau yang lebih penting sebagai rujukan segera para naqib dalam menyampaikan dakwah samada kepada ahli atau mad’u umum. Selain dari itu ia juga menjadi medan latihan dan salah satu bentuk tarbiyyah kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

Koleksi ini mengandungi 17 pertemuan di mana setiap pertemuan mengandungi beberapa kertas kerja dan artikel yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Dengan kehadiran koleksi ini, saya berharap ianya dapat sedikit sebanyak mengatasi masalah kekurangan bahan rujukan, meningkat dan memperkemas penyampaian dakwah kita dan yang lebih utama adalah untuk menyelaraskan kefahaman ahli dengan matlamat untuk mencapai “wehdatul fikr” dan “wehdatul amal”.

Namun demikian, ini tidak bermakna kita harus bergantung kepada koleksi ini sepenuhnya untuk memenuhi keperluan masing-masing. Apa yang lebih penting adalah kita perlulah bersifat kreatif, proaktif dan gigih dalam mencari , memperbanyakkan dan memperbaiki sumber rujukan yang sedia ada. Ini adalah kerana koleksi yang terhasil ini mempunyai sejuta kelemahan dan kekurangan yang dapat diperbaiki kualitinya dari masa ke semasa. Sehubungan dengan itu adalah menjadi harapan saya agar usaha-usaha sebegini dapat diteruskan di masa yang akan datang disamping memperkembangkannya dalam pelbagai bentuk multimedia yang senantiasa berkembang seiringan dengan peredaran masa.

Akhir kalam, saya menyusun jari memohon maaf kepada pembaca sekalian di atas segala kesilapan serta kekurangan yang terkandung didalam koleksi ini. Sesungguhnya kepada Allah jua kami meminta agar usaha kecil ini mendapat keredhaan daripadaNya.

Wassalam. Saidannursi (KK BELFAST SESI 2004-2005) 25 Sya’ban 1425 / 8 Oktober 2004

1.0 PERTEMUAN SATU

1.1 PENGENALAN USRAH

OBJEKTIF

1. Ahli usrah memahami pengertian dan konsep usrah sebenar

2. Ahli usrah memahami keperluan mengikuti usrah dan matlamatnya

3. Ahli usrah memahami dan menghayati rukun rukun usrah dan menyedari bahawa ia adalah antara keistimewaan yang didapati daripada pebabitan diri dalam usrah.

1.11 PENGERTIAN USRAH

Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Dari segi istilah, usrah bermaksud kumpulan individu muslim (afradul muslimin) yang beriman dengan Allah S.W.T. berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Isam. Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah). Usrah juga merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam.

Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak untuk membentuk ikatan-ikatan perpaduan untuk penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” Dengan terbentuknya apa yang dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” seperti itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam tadi ke arah contoh- contoh pujaan yang tinggi, dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yang ada pada mereka, bahkan akan dapatlah dipertinggikan mutu “Ukhuwah” atau “Persaudaraan” di antara sesama mereka sendiri; iaitu dengan jalan membawa contoh- contoh pujaan dan persaudaraan itu dan peringkat bualan dan pandangan teori kepada peningkat perbuatan dan amalan. Oleh itu, saudara sendiri juga hendaklah turut memandang berat serta bersedia untuk menjadi batu-bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini; iaitu “Usrah Islamiah” atau “Keluarga Islam”.

1.12 MATLAMAT USRAH

1. Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran Islam yang syumul

2. Mengukuhkan semangat ukhuwwah Islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah

3. Menambahkan penghayatan Islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap Islam

4. Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan Agama Allah S.W.T.

1.13 SEJARAH USRAH

Sejarah usrah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w. apabila pemeluk Islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita. Rasulullah s.a.w. telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran-ajaran Islam, tunjuk ajar dan nasihat. Seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk Islam. Kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.

1.14 RUKUN-RUKUN USRAH

Rukun usrah terdiri daripada 3 perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua ahli usrah dan bersungguh-sungguh menjayakannya agar ikatan usrah tersebut tidak semata-mata menjadi beban yang tidak membawa sebarang erti. Tiga rukun tersebut ialah:

1. Al- Ta’aruf (berkenalan)

2. Al- Tafahum (bersefahaman)

3. Al-Takaful (bantu-membantu/berseimbangan)

1.141 Al-Ta’aruf (Berkenalan)

Berkenalan antara satu sama lain merupakan rukun pertama usrah. Setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama lain serta berkasih sayang kerana Allah. Mereka perlu menyedari dan memahami pengertian ukhuwwah sejati sesama saudara. Ahli juga digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya tiada sebarang perkara yang boleh mengeruhkan hubungan tersebut. Ini boleh dilakukan dengan menjunjung perintah Allah s.w.t. dan sunnah Rasulullah s.a.w., bahkan kedua-duanya wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain.

Firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka perbaikilah hubungan sesama saudara kamu”

(Surah Al Hujurat : 10 )

Firman Allah seterusnya:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah, (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai serta kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa zaman jahiliyah) lalu Allah menyatukan di antara hati-hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan umat Islam) lalu jadilah kamu dengan nikmat Allah itu sebagai orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada dipinggir neraka (kerana kekufuran kamu semasa zaman Jahiliyah) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayahnya”

(Surah Ali Imran : 103)

Sabda Rasulullah s.a.w:

Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Dari Ibnu Syahab sesungguhnya Salim mengkhabarkan bahawa sesungguhnya Abdullah ibni Umar Radiallahu-Anhuma mengkhabarkan bahawa sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Seorang muslim adalah bersaudara dengan muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan menyusahkannya. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan seseorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesusahannya pada hari kiamat dan siapa yang menutup keburukan seorang muslim, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan menutup keburukannya pada hari kiamat”.

(Riwayat Al-Imam Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Perbandingan orang Islam dalam hal kemesraan dan kasih sayang di antara mereka bagaikan sebatang tubuh yang satu, apabila mengadu sakit salah satu anggota, turut menderita seluruh anggota badan yang lain dengan berjaga malam dan demam.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

1.142 Al-Tafahum (Bersefahaman)

Rukun kedua usrah ialah Tafahum atau bersefahaman. Kita dituntut sepanjang masa untuk berpegang kepada kebenaran iaitu dengan mengerjakan suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkan laranganNya. Ahli usrah mesti sentiasa meneliti diri sehalus- halusnya sama ada benar-benar telah menunaikan perintah Allah atau menderhakai perintahNya. Setelah memeriksa diri sendiri maka hendaklah nasihat-menasihati antara satu sama lain apabila ada kekurang pada saudara yang lain.

Dalam memberi nasihat yang diberi nasihat hendaklah bersedia menerima nasihat dari saudaranya serta berterima kasih atas nasihat tersebut. Manakala pemberi nasihat pula, janganlah berburuk sangka terhadap msaudaranya yang tersilap tadi walaupun perubahan perasaan hati itu sekadara jarak sehelai rambut sekalipun.

Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihati. Pemberi nasihat janganlah menanggap dirinya lebih mulia bahkan hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak melahirkan secara terang kesilapan saudaranya itu selama sebualan dan tidak menceritakan kecacatan yang telah diperhatikannya kepada ketua usrah. Ia hendaklah menceritakan hal itu kepada ketua usrah jika merasa tidak berdaya untuk memperbaikinya.

Dalam apa keadaan sekalipun, janganlah sekali-kali kita merasa tawar hati terhadap saudara yang bersalah tadi, malah hendaklah tetap memberi kasih sayang kepadanya sehinggalah berlaku apa-apa perubahan yang dikehendaki. Saudara yang diberi nasihat pula janganlah menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepalanya kepad apemberi nasihat. Ini kerana martabat ‘berkasih sayang kerana Allah’ adalah setinggi- tinggi martabat kasih-sayang sesama manusia. Nasihat pula merupakan dasar yang

amat penting dalam agama Islam. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud

“Dari Abi Ruqayyah Tamim bin Ausin Al-Dari ( radiyallahu 'anh ), bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda : Agama itu nasihat. Kami berkata : Bagi siapa ? Ia bersabda :

bagi Allah dan bagi KitabNya dan bagi RasulNya dan Imam-imam kaum Muslimin dan bagi orang ramai mereka.”

(Diriwayatkan oleh Muslim)

1.143 Al-Takaful (Bantu-membantu/berseimbangan)

Al-takaful atau bantu-membantu adalah memelihara nasib sesama sendiri hingga tiada yang terbiar atau terdampar. Dasar Al-takaful ini hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk bersama-sama memikul bebanan sesama sendiri. Dasar ini merupakan tunjang iman dan intisari ukhuwwah yang sejati. Untuk mengamalkan rukuan Al-takaful ini, kita hendaklah sentiasa bertanya khabar berita, ziarah- menziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“ Sesungguhnya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu

adalah lebih baik baginya daripada beri’tikaf selama sebulan di masjidku ini”

Kesimpulannya adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli usrah untuk memelihara dan melaksanakan rukun-rukun usrah ini dengan sebaik mungkin. Kita mesti saling percaya-mempercayai dan menjaga kerahsiaan ahli usrah. Bagi para naqib/at pula, laksanakanlah tugas dengan penuh keikhlasan untuk menegakkan agama Allah, istiqamah dengan perjuangan yang benar dan berusaha ke arah mewujudkan suasana ukhuwwah Islamiyyah di kalangan anggota usrah. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita.

1.15 PENGISIAN USRAH

Setiap individu mempunyai kewajipan yang banyak berbanding dengan masa yang ada, tambahan lagi bagi seorang yang berada dalam perjuangan Islam. Oleh itu pertemuan usrah hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara berikut:

1. Membentangkan permasalahan dan kesalahan

Setiap ahli usrah hendaklah membentangkan permasalahan dan kesulitan yang dihadapi, kemudian saudara lain turut mengambil berat untuk menolong mengatasi masalah tersebut. Ini hendaklah dilakukan dalam suasana ukhuwwah sejati semata- mata kerana Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w:

“ Orang mukmin itu adalah cermin bagi saudaranya”

Sabda Rasulullah s.a.w seterusnya yang bermaksud:

“Perbandingan orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang mereka, belas kasihan sesama mereka, dan rasa simpati mereka adalah seperti badan yang satu; apabila mana-mana anggota mengadukan hal maka seluruh badan yang lain turut menanggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam”

(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

2. Bermuzakarah

Kita digalakkan bermuzakarah iaitu bertukar-tukar pendapat berkaitan urusan umat Islam. Hendaklah menatap risalah-risalah dan taklimat yang diedarkan. Dalam setiap pertemuan usrah, janganlah ada sebaran pertengkaran atau bertikam lidah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar tatatertib dan dengan cara menghargai pendapat yang datang dari semua pihak.

3. Kajian buku

Kita juga digalakkan mengadakan kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang bermutu. Apabila sesuatu kajian berjaya dilakukan, maka hendaklah beralih untuk melaksanakan isi kandungannya dalam menjayakan erti ukhuwwah yang sebenar. Perkara sebegini tentulah tidak dapat disediakan dalam taklimat-taklimat usrah.

4. Program Tambahan

a) Dalam usaha mengukuhkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli usrah, maka perkara tersebut perlu diambil berat:

b) Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.

c) Mengadakan perkelahan riadhah pada setiap bulan.

d) Berpuasa dan berbuka bersama sama seminggu atau dua minggu sekali. Sembahyang berjamaah bersama-sama di surau/masjid.

e) Berusaha untuk bermalam beramai-ramai dan berqiamullail.

1.16 ADAB-ADAB USRAH

1. Mengikhlaskan niat semata mata kerana Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:

Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekelian alam”

2. Datang ke tempat usrah tepat pada waktu yang dijanjikan.

3. Meminta izin untuk masuk dan keluar usrah serta memberi salam sebelum masuk usrah

4. Datang ke majlis urah dalam keadaan berwudhuk dan suci jiwa dan tubuh badan

5. Datang ke majlis usrah dengan persiapan dan membawa keperluan yang diperlukan seperti Al-Qur’an, teks usrah dan buku catitan

6. Hadir usrah dengan hasrat mengukuhkan ukhuwwah Islamiyyah dan berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman Islam.

7. Mendahului majlis usrah dengan Al-Fatihah, pujian dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Menutup majlis dengan bacaan surah Al-A’sr dan tasbih kaffarah dengan bertadabbur maknanya.

8. Jangan mengangkat sura yang tinggi melebihi keperluan, tidak banyak ketawa dan tidak banyak bergurau serta tidak banyak bertengkar

9. Sentiasa berusaha untuk merapatkan ukhuwwah di kalangan ahli usrah.

10. Berada dalam keadaan sopan-santun dan berbincang dengan baik dalam segala perkara yang dibangkitkan.

11. Bersalaman dan bermaafan selepas selesai majlis.

BAHAN RUJUKAN

1. Fiqh Sirah 1 –Sa’id Ramadhan Al-Buthi

2. Usrah dan Dakwah – Al-Imam Hasan Al-Banna

SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN

1. Berikan penjelasan tentang konsep usrah yang sebenar?

2. Mengapakah kita perlu menyertai usrah?

3. Huraikan rukun-rukun yang wajib dihayati oleh ahli usrah?

1.2 PENGERTIAN ISLAM

Ada pun bermacam-macam agama yang ada di muka bumi ini memperoleh namanya masing-masing ada kalanya dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas, atau kepada ummat yang tertentu yang menumbuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan. Agama Masehi misalnya mengambil namanya daripada A1-Masih a.s. Agama Budha di ambil daripada nama pembawanya, Gautama Budha. Dan agama Zarathustra dimasyhurkan demikian kerana pendirinya dan pembawa panji-panjinya bernama Zarathustra. Demikian juga agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenal dengan nama kabilah Yahuda, maka agama itupun dinamai Yahudi. Demikian seterusnya.

Berlainan dengan agama Islam. Ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada ummat yang tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan Islam itu sendiri. Nyatanya, nama ini tidak menunjukkan pembawa dan pengasasnya yaitu seorang lelaki di antara manusia. Ia bukan khas bagi ummat yang tertentu melainkan seluruh bangsa-bangsa. Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam. Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini, ia adalah Muslim: juga orang yang berhias dengannya pada masa depan adalah seorang Muslim.

Perkataan Islam berasal dari perkataan ‘Salima’(1) yang membawa makna :

1. Tulus dan suci dari kecacatan zahir dan batin

2. Damai dan aman sejahtera

3. Taat dan menyerah

Daripada perkataan ‘Salima’ lahir pula perkataan Aslama, Islam, Islami, Islamiyah, Muslim Istaslam yang memberi maksud ketundukan, penyerahan diri dan kepatuhan kepada Allah, Tuhan semesta alam. (Lihat Maan Z. Madina Arabic – English Dictionary, New York: Pocket Book, 1973)

Perkataan Islam itu sendiri sudah lumrah diketahui umum sama ada muslim atau bukan muslim, namun tidak dinafikan kebanyakan mereka hanya mengenalinya di segi nama sahaja. Sebenarnya Islam itu adalah nama khusus bagi agama ciptaan Allah swt. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah Taala di dalam Al-Quran dengan firmanNya yang bermaksud :

Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam

( Ali-Imran : 19)

Ramai dari manusia menjadi Muslim kerana hobi atau dilahirkan oleh kedua ibu bapanya yang memang beragama Islam. Mereka ini pada hakikatnya memang tidak memahami makna menggabungkan diri dengan Islam. Penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam di segenap kehidupan dengan penuh kerelaan.

Di sini dikemukakan definisi Islam sebagaimana yang pernah dikemukakan oleh ulama-ulama berdasarkan kepada Al-Quran dan al-Sunnah. Di antaranya ialah :

1. Tunduk dan menyerah diri kepada Allah serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tanpa dipaksa kerana ketundukan yang dipaksa tanpa perhitungan pahala dan dosa.

Firman Allah yang bermaksud :

Mengapakah mereka mencari (agama) selain dari agama Allah? Padahal telah tunduk kepadaNya siapa yang dilangit dan dibumi, dengan sukarela atau dengan terpaksa dan kepadaNya mereka dikembalikan.

(Ali-Imran : 83)

Barangsiapa menundukkan mukanya (hatinya) kepada Allah, sedang ia berbuat baik, maka sesungguhnya ia telah berpegang dengan tali yang teguh. Dan kepada Allah (terserah) akibat semua urusan.

(Luqman : 22)

2. Islam ialah nidzam (peraturan), perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dari Allah swt untuk disampaikan kepada manusia. Bagi orang yang mentaatinya diberikan pahala dan bagi orang yang mengingkarinya dikenakan siksa.

Firman Allah yang bermaksud :

Barangsiapa menuntut agama, selain Islam maka tiadalah diterima daripadanya, sedang dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.(Ali-Imran : 85)

3. Islam itu ialah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah swt kepada RasulNya, Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya peraturan- peraturan berbentuk akidah, akhlak, mu’amalat dan segala berita yang disebut di dalam Al-Quran dan al-Sunnah adalah perintah agar disampaikan kepada manusia.

Firman Allah yang bermakud :

Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepada mu dari tuhanmu dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu), bererti kamu tidak menyampaikan risalah Allah dan Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.

(Al-Maidah : 67)

4. Islam ialah keseluruhan ad-Deen yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan akidah, amalan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.

Firman Allah yang bermaksud :

Bahkan siapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan ia berlaku baik, maka baginya ganjaran disisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka dan mereka tidak berdukacita.

(Al-Baqarah : 112)

Dan mereka tiadalah disuruh, melainkan supaya menyembah Allah swt, serta mengikhlaskan agama bagiNya, (beribadat mengharapkan keredhaanNya), sambil cenderung kepada tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus (benar).

(Al-Bayyinah : 5)

5. Islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tiada Iman di dalam hati (tidak mendatangkan apa-apa faedah).

Firman Allah yang bermaksud :

Berkata orang-orang Arab Badwi : Kami telah beriman. Katakanlah: Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: Kami telah Islam (tunduk) dan belumlah masuk keimanan ke dalam hatimu. Jika kamu mengikut Allah swt dan RasulNya, tidaklah kurang (pahala) amalanmu sedikitpun. Sungguh Allah Pengampun Lagi Penyayang.

(Al-Hujurat : 14)

6. Islam merupakan jawapan yang tepat kepada 3 pertanyaan yang dikemukakan kepada setiap manusia sama ada dahulu atau sekarang, iaitu :

a) dari mana ia datang ?

b) mengapa ia dijadikan ?

c) kemanakah dia dikembalikan ?

Jawapan kepada 3 pertanyaan di atas akan terjawab dalam ajaran Islam, baik secara global ataupun secara terperinci di dalam ajaran Islam.

Pertanyaan a) dijawab oleh Allah swt di dalam firmanNya :

Wahai manusia, jika kamu ragu tentang kebangkitan pada hari kiamat, maka (ketahuilah) sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air mani, kemudian dari seketul darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan tidak kepada kamu (kekuasaan kami) dan kami letakkan di tempat peranakan (di dalam rahim) apa yang kami kehendaki hingga satu masa tertentu, kemudian kami keluarkan kamu sebagai anak, kemudian (kami pelihara) hingga kamu sampai tegap teguh, dan sebahagian dari kamu dikembalikan kepada usia yang paling lanjut supaya ia tidak tahu apa-apa lagi sesudah ia tahu.

(Al-Haj : 5)

Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia dari sari tanah. Kemudian Kami jadikan dia air mani (yang disimpan) di dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan sepotong daging, lalu sepotong daging itu Kami jadikan tulang, lalu tulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian dia Kami ciptakan makhluk yang lain (manusia yang sempurna). Maka Maha Suci Allah yang sebaik-baiknya menciptakan.

(Al-Mukminun : 12-14)

Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah ia dijadikan ? Ia dijadikan dari air yang terpancar, yang keluar dari antara tulang punggung (lelaki) dan tulang dada (perempuan).

(Ath-Thariq : 5-7)

Pertanyaan b) dijawab oleh Allah swt di dalam firmanNya :

Aku tidak jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu.

(Ad-Dzariyat : 56)

Pertanyaan c) dijawab oleh Allah swt di dalam firmanNya :

Allah menciptakan manusia dari permulaan, kemudian mengembalikannya (menghidupkannya) kembali, kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan.(Ar-Rum : 11)

7. Islam adalah pedoman hidup yang sebenarnya, petunjuk dalam semua aspek kehidupan, merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi dan memperbaiki masyarakat ke arah membawa manusia ke jalan yang sebenar. Firman Allah yang bermaksud :

Dan demikianlah kami wahyukan kepadamu wahyu (Al-Quran) dengan perintah kami. Sebelumnya tidaklah kamu mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi kami jadikan Al-Quran cahaya yang kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba- hamba kami dan sesungguhnya kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, iaitu jalan Allah yang kepunyaanNya segala apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah bahawa kepada Allah kembali segala urusan.” (Asy-Syura : 52-53)

Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

(Al-Isra’ : 82)

Difinisi diatas merupakan contoh dan boleh ditambah dengan difinisi lain, asalkan pengertian difinisi itu sesuai dengan pengertian Islam dan sifat-sifatnya. Perlu kita perhatikan juga bahawa difinisi yang dikemukakan tidak bertentangan malahan ianya melengkapi diantara satu sama lain. Perbezaan yang timbul hanyalah dari segi kalimat semata-mata namun dari segi pengertian ianya tidak membawa apa-apa perbezaan.

Tujuan dikemukakan beberapa buah difinisi ialah agar para pendakwah dapat memilih satu difinisi yang dirasakan paling sesuai dengan pelbagai bentuk masyarakat atau individu yang dihadapi.

1.21 RUKUN ISLAM

Dasar Rukun Islam adalah daripada sebuah hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh

Bukhari dan Muslim:

“Islam dibangunkan atas lima dasar iaitu (1) bersaksi bahawa tiada ilah melainkan

Allah dan bahawasanya Muhammad adalah Rasulullah (2) menegakkan solat (3)

menunaikan zakat (4) berhaji ke baitullah (5) berpuasa di bulan Ramadhan.”

Demikian pula dengan hadis Umar yang bertanya tentang hakikat Islam, Iman dan

Ihsan kepada Rasulullah saw.

Daripada Umar bin Khatab ra telah berkata: “Ketika kami duduk bersama Rasulullah

saw pada suatu hari maka terlihat oleh kami seorang lelaki yang berpakaian sangat

putih dan berambut sangat hitam, tak tampak padanya tanda-tanda habis pergi jauh

dari safar dan tidak seorangpun dari kami yang mengenalnya. Kemudian ia duduk

dihadapan Nabi saw, lalu ia sandarkan lututnya pada lutut Nabi dan ia letakkan

tangannya diatas paha Nabi saw dan berkata, Wahai Muhammad beritahu padaku

tentang Islam? Rasulullah saw menjawab, Islam adalah bersyahadat bahawa tidak

ada ilah kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, engkau dirikan solat,

engkau tunaikan zakat, engkau berpuasa di bulan Ramadhan, serta engkau berhaji ke

baitullah jika engkau mampu menjalaninya. Ia berkata, Engkau benar. Kami hairan,

ia bertanya dan ia juga yang membenarkannya. Lalu Ia bertanya lagi, Beritahu

padaku tentang Iman. Rasulullah menjawab, Iaitu engkau beriman kepada Allah,

para malaikat Nya, kitab-kitab Nya, para Rasul Nya dan hari qiamat serta Iman

kepada qadar yang baik mahupun yang buruk. Ia berkata, Engkau benar. Ia bertanya

kembali, Beritahu tentang Ihsan. Rasulullah menjawab, Iaitu engkau beribadah

kepada Allah seakan-akan engkau melihat Nya, namun jika engkau tidak melihat Nya,

maka sungguh Ia melihatmu. Ia bertanya kembali, Beritahu kepadaku tentang hari

kiamat. Rasulullah menjawab, Orang yang ditanya tentangnya tidak lebih tahu dari si

Rasulullah

penanya sendiri. Ia berkata, Beritahu aku akan tanda-tandanya.

menjawab, (Diantaranya) jika seorang hamba sahaya melahirkan (anak) tuannya,

dan jika engkau melihat orang yang tadinya miskin, papa, berbaju compang-camping

sebagai penggembala kambing sudah mampu bermegah-megahan dalam mendirikan

bangunan. Kemudian dia pergi. Aku terdiam sejenak. Kemudian Rasululullah

bertanya, Wahai Umar tahukah engkau siapa yang bertanya tadi? Aku menjawab,

Allah dan Rasul Nya yang lebih mengetahui. Rasulullah menjawab, Ia adalah Jibril.

Datang kepada kalian untuk mengajarkan kepada kalian tentang Dien kalian”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Terdapat lima perkara yang menjadi asas dalam agama Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam :

1. Mengucap dua kalimah syahadah

Dikenali sebagai dua kalimah syahadah kerana mengandungi dua syahadah, pertama syahadah tauhid namanya : Ertinya “Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” dan kedua syahadah Rasul namanya : Ertinya “Dan aku menyaksikan bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah” .

2. Mendirikan solat lima waktu sehari semalam

Sebagai fungsi untuk mengingati Allah swt

Jika dikerjakan dengan betul-betul khusyuk, maka kita akan terlarang dari melakukan perkara mungkar.

Perlu menjaga solat bermula dari wuduk

Dimulakan dengan doa dan diakhiri dengan doa.

3. Mengeluarkan zakat bagi yang mampu

Harta di dalam Islam adalah hak milik Allah swt

Sebagai hamba, kita perlu melaksanakan tanggungjawab untuk mengagih- agihkannya

Sejarah mengenai pembalasan terhadap hamba Allah yang engkar disebutkan di dalam Al-Quran. Contohnya, Allah turunkan bala kepada Qarun kerana tidak menginfakkan hartanya.

4. Berpuasa pada bulan Ramadhan

Untuk mengawal nafsu, apabila tidak berpuasa, mungkin nafsu akan bertambah.

Untuk merasai perasaan orang-orang yang kurang berkemampuan yang terpaksa menahan kelaparan.

5. Mengerjakan ibadah haji bagi yang mampu

Dasar pengorbanan segala harta ke jalan Allah atau berjihad.

Sebaik-baik jihad ialah haji yang mabrur.

Sebagai simbol kesatuan ummah.

1.3 DASAR DASAR ISLAM

Ciri-ciri Islam menjadikan Islam berbeza daripada agama-agama lain yang ada di seluruh dunia.

1.

Rabbaniyyah

Membawa erti bahawa Islam datangnya daripada Allah. Manusia hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan yang erat dengan Allah.

Sudut Rabbani terbahagi kepada 2 bahagian :

Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insan di dunia ini. Kesemua ajaran Islam baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalah, akhlak dan lain-lain adalah bertujuan untuk menyipakan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata

`

Kesan Rabbaniyyah terhadap jiwa manusia

a. Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.

b. Mengenal fitrah

c. Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri

d. Bebas dari sifat perhambaan ananiyah (keakuan) dan runtunan hawa nafsu

Rabbani dari sudut manhaj dan sumber Rabbani dari sudut manhaj bererti manhaj ini adalah rabbani kerana bersumberkan kepada wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Sumber ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar- besar perkara.

Kesan sumber dan manhaj rabbani

a. Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan

b. Terhindar dari pengaruh kekayaan

c. Islam sesuai untuk semua manusia

d. Mendapat penghormatan dan kehebatan

Oleh itu agama Islam sukar hendak dicabar oleh mana-mana pihak bagi mengganggu gugat dan merubah ajarannya kerana ajarannya dari Allah swt dan bukan lahir dari pemikiran dan falsafah karut manusia yang serba kelemahan. Firman Allah swt yang bermaksud :

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayanya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”.

(Al-Saf : 8)

2. Syumuliyyah : Ajaran Islam adalah lengkap dan menyeluruh

Ia bererti ajaran Islam lengkap dan meyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah ke sebesar-besar perkara

Tidak ada ajaran yang lebih lengkap selain dari ajaran Islam. Sifat inilah menjadi ciri khas prinsip dan peraturan Islam sehingga berbeza dengan peraturan-peraturan yang diperbuat oleh manusia, yang hanya mengatur sebahagian atau suatu aspek tertentu sahaja yang tidak melengkapi aspek-aspek yang lain.

Sekiranya ada tanggapan yang mengatakan bahawa wujudnya pemisahan antara satu dengan yang lain dari ajaran Islam, maka ini adalah disebabkan kejahilan mereka sendiri. Dan akan mendapat kemurkaan yang besar di akhirat kelak seperti firman Allah swt yang bermaksud :

Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian(dari isi) kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Mka tiadalah balasan bago orang yang berbubat demikian itu di antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksaan yang amat berat. Dan ( ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

(Al-Baqarah : 85)

Sudut kesyumulan Islam

Undang-undang Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesama manusia. Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka yang melanggar hukuman sama ada yang berkaitan dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas (bunuh balas).

Hukum yang bersangkutan dengan urusan hubungan manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa, dan ibadah lain. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia lain seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan pemerintahan Negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan.

Keadilan Islam telah memeperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberi hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, musuh Islam atau kawan, ahli keluarga, atau bukan ahli keluarga

Bagaimana Rasulullah saw menunjukkan keadilan dalam ajaran Islam tanpa memilih siapa yang melakukan kesalahan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

Sekiranya

Fatimah

anak Muhammad

mencuri

nescaya

ku

potong

juga

tangannya”.

Saidina Umar telah mengambil tindakan terhadap anak Amru Ibnu Asr (bapanya menjadi Gabenor Mesir) telah kalah dalam perlawanan kuda dengan seorang Qibti (kristian). Oleh sebab itu anak Amru telah memukul orang Qibti dan telah sampai kepengaduan Saidina Umar maka anaknya telah dihukum oleh Saidina Umar.

Kehakiman Islam mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam hubungan permasalahan sesame manusia kerana manusia sangat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang empunya hak.

Islam telah meletakkan bahawa kehakiman merupakan fardhu. Di mana setiap hakim Muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang telah ditentukan oleh Allah.

Negara Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan di antara manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia sesame manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah lain.

Ketua negara dipilih di kalangan orang-orang Islam sesuai dengan syarat- syarat seperti sifat Quwwah dan Amanah. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya.

Akhlak Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman

Ilmu Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuai dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi ialah ilmu yang boleh membawa kepada mengenali Allah.

3. Alamiyyah : Islam adalah Din yang Universal

Alamiyyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa, dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau zaman teknologi moden yang canggih ini. Sesuai sampai ke hari qiamat.

Firman Allah swt yang bermaksud :

Dan tiadalah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan dengan umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu) .

(Saba’ : 28)

Sifat universal ini bukan hanya terbatas untuk waktu tertentu atau generasi tertentu, tetapi berlaku untuk sepanjang masa dan tempat. Kerahmatan Islam meliputi kepada semua makhluk sama ada binatang, manusia dan juga tumbuhan. Oleh kerana itu ketika di dalam peperangan, tentera-tentera Islam dipesan supaya jangan memusnahkan tanaman, orang-orang perempuan yang tidak menyertai peperangan, orang-orang tua yang uzur, mereka yang berada di dalam rumah berhala dan kanak-kanak kecil. Sehinggakan binatang yang hendak disembelih juga Islam meletakkan cara yang sesuai supaya penyembelihan terhadapnya bukan satu penyiksaan. Seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

Apabila kamu menyembelih, maka hendaklah dengan sembelihan yang baik”.

Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti:

Dharuriyyat Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara- perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga aqal, agama, jiwa, keturunan, dan harta.

Hajiyyat Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya.

Tahsiniyyat Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih mulia. Di mana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.

4. Waqieyyah : Mengikut susunan dan tempat

Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya: Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara perlaksanaannya mengikut tempat dan suasana di mana seseorang Muslim itu berada.

Ajarannya yang sesuai sepanjang masa dan keadaan, sehingga Islam selalu dapat memenuhi hajat manusia sehingga manusia tidak akan merasa sempit semasa menghadapi cabaran hidup di dunia ini. Kemajuan yang dicapai oleh generasi Rasulullah adalah sesuai dengan tahap kehidupan masyarakat di waktu itu seperti kenderaan yang ada hanyalah unta dan kuda yang dianggap sebagai kenaikan orang yang berada. Namun begitu tidak ada satu nas pun yang melarang umatnya

daripada memikirkan bagaimanakah teknologi yang canggih perlu ada dalam masyarakat yang terkemudian.

Kemajuan dan rekaan yang ditemui manusia, tidak dipandang sebagai perkara yang luar dari ajaran Islam. Islam sangat menyukai kepada orang yang mencipta kemajuan yang selari dengan kemaslahatan manusia, namun bukannya membawa kerosakan di atas muka bumi ini. Malahan sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan teknologi pernah dicetuskan oleh orang-orang Islam seperti Al-Biruni (perubatan), Ibnu Sina (perubatan), Al-Khwarizmi (ilmu fizik) dan beberapa tokoh Islam yang lain.

5. Inqilabiyyah

Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur

system

dengan

jahiliyyah.

Islam

juga

tidak

boleh

ditempel-tempelkan

pada

jahiliyyah.

6. Thabat dan Murunah

Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi perlaksanaannya. Sebagai contohnya: Solat adalah wajib dan perlaksanaannya boleh dibuat secara jama dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika seseorang Muslim itu sedang sakit maka dia boleh melaksanakannya dalam keadaan duduk, baring atau bertelentang mengikut kemampuannya.

7. Tidak ada paksaan

Islam tidak memaksa sesiapa pun menganut ajarannya. Mereka yang memilih Islam mesti di atas kesedaran bukan di atas paksaan. Firman Allah swt yang bermaksud :

Tidak ada paksaan dalam agama”.

(Al-Baqarah : 262)

Kerana itu di dalam sejarah Islam sejak daripada mula lagi, tidak ada kes yang cuba untuk memaksa orang kafir menganut Islam, walaupun mereka berada di dalam negeri yang diperintah oleh orang Islam. Keadaan ini berlainan dengan apa yang kita lihat pada agama lain yang cuba memperdayakan dengan tipu helah dan janji manis supaya memeluk agama mereka, malahan ada yang menggunakan kekerasan untuk memaksa orang lain menukar agama seperti yang pernah berlaku kepada umat Islam di Sepanyol. Sekiranya Islam berkembang dengan cara paksaan maka ramailah golongan munafiq yang berpura-pura bersama dengan Islam tetapi mempunyai niat jahat kepada Islam.

Walaubagaimanapun, mereka yang telah menganut Islam tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya untuk keluar daripada ajaran Islam atau tidak mahu mengikut ajaran Islam. Penganut Islam tidak boleh menggunakan alasan tidak ada paksaan dalam agama, kerana alasan ini adalah untuk mereka yang belum menganuti Islam.

1.4 TUJUAN HIDUP ISLAM

Tujuan hidup dalam Islam

“Dan

aku

tidak

menyembahKu.”

menciptakan

jin

dan

manusia

melainkan

supaya

mereka

“Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan.”

“Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.”

( Adz-Dzariat : 56-58)

“ Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi”

“ Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan”

1. Menjadi seorang muslim yang soleh

(Al-Lail : 20-21 )

2. Menjadi ahli keluarga yang sempurna.

3. Menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab.

4. Mendirikan negara Islam.

5. Mendirikan khalifah Islam.

Amal ialah hasil yang diperolehi daripada ilmu dan ikhlas.

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.

(Al-Taubah: 105)

Peringkat kerja yang perlu dilakukan oleh saudara yang jujur seperti yang disebutkan oleh Sai,d Hawwa di dalam buku Pendidikan Harakah Islamiyyah (Syarah Risalah Ta’lim) ialah:

1. Memperbaiki diri sendiri sehingga dia memiliki tubuh yang kuat, akhlak yang

mantap, berpendidikan, mampu berdikari, akidah yang sejahtera, ibadah yang betul, bermujahadah melawan diri, menjaga masa, segala urusannya tersusun dan berguna kepada orang lain. Semua ini wajib bagi saudara semua. ( Al-Muddasir : 38 )

2. Pembinaan keluarga muslim. Mendidik ahli keluarganya supaya menghormati

gagasannya. Memelihara setiap adab Islam dalam setiap sudut hidup berumahtangga. Teliti ketika memilih isteri. Didik isteri tentang hak dan tanggungjawabnya. Didik

anak dan pengasuh dengan baik dan besarkan mereka berdasarkan prinsip Islam. Ini juga wajib bagi saudara semua.

3. Membimbing masyarakat dengan cara mengembangkan aspek yang baik dalam

masyarakat. Menghapuskan segala amalan yang tidak baik di samping menggalakkan amalan yang baik. Menyuruh masyarakat melakukan perkara yang baik. Bertindak segera melakukan kebajikan. Menagih sokongan masyarakat supaya berpihak kepada gagasan Islam. Sentiasa berusaha menyemai budaya masyarakat menurut budaya Islam. Semua ini wajib dilakukan oleh saudara semua dan oleh jamaah sebagai badan pelaksana.

4. Membebaskan tanahair dengan cara mengusir kuasa asing (bukan Islam) daripada

menguasai aspek politik atau ekonomi atau moral.

5. Memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam. Dengan itu kerajaan ini

akan menjalankan peranannya sebagai khadam kepada rakyat atau orang upahan rakyat dan bekerja demi kepentingan rakyat. Kerajaan Islam ialah kerajaan yang dianggotai oleh orang Islam dan melaksanakan segala fardhu Islam dengan tidak berterus terang melanggar perintah Islam. Kerajaan ini sebagai pelaksana hukum dan ajaran Islam.

Namun tidak salah jika kerajaan ini meminta bantuan orang bukan Islam ketika keadaan terdesak tetapi bukan untuk melantik mereka sebagai pemimpin. Kerajaan ini tidak perlu terikat kepada bentuk atau jenis tertentu. Apa yang penting ia mesti bertepatan dengan dasar pemerintahan Islam.

Sifat-sifat kerajaan ini ialah peka dengan tanggungjawab, prihatin dengan nasib rakyat, bertindak adil kepada semua, menjaga harta negara dan berjimat ketika menggunakannya.

Tanggungjawab kerajaan ini ialah menjaga keamanan, melaksanakan undang-undang, memberikan pendidikan kepada rakyat, membina kekuatan negara, menjaga mutu kesihatan, memelihara kepentingan rakyat, membangunkan sumber negara, menjaga keselamatan sumber negara, memantapkan akhlak rakyat dan mengembangkan dakwah.

Hak kerajaan (setelah menunaikan tanggungjawabnya) ini ialah rakyat perlu memberikan kesetiaan dan ketaatan. Kerajaan ini perlu dibantu dengan nyawa dan harta.

Jika kerajaan ini cuai, ia perlu dinasihat dan ditunjuk ajar. Jika tidak ia perlu dipecat dan disingkir. Tidak dibenarkan mentaati makhluk untuk menderhakai Allah.

6. Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam dengan cara memerdekakan

semua tanahair umat Islam, menghidupkan semula sejarah kegemilangan mereka, merapatkan jurang budaya mereka dan menyatukan suara mereka sehinggalah muncul kembali khilafah Islam yang telah lama lenyap dan lahir semula perpaduan umat Islam yang dicitakan.

7. Menjadi tonggak dunia (ustaziatul ‘alam) dengan cara menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.

Sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.

(Al-Anfal: 39)

Sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya. (Al-Taubah: 32)

Empat peringkat yang terakhir ini wajib dilaksanakan oleh sebuah jamaah dan oleh setiap saudara dengan kedudukan mereka sebagai anggota jamaah. Betapa beratnya tanggungjawab ini dan betapa besarnya peranan ini. Manusia akan melihat semua ini suatu khayalan namun saudara muslim melihatnya sebagai suatu kenyataan. Kita tidak akan berputus asa dan tetap menaruh harapan yang tinggi kepada Allah.

Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

(Yusuf: 21)

Termaktub dalam buku Risalah At Taklim oleh As Syahid Hassan Al Banna dan Konsep-Konsep Umum Islam oleh Abu Urwah.

1.5 SILAP FAHAM MENGENAI TASAWWUR ISLAM

Tasawwur Islam adalah merupakan gambaran lengkap ajaran Islam yang meliputi semua aspek dalam kehidupan manusia tanpa ada sedikit kekurangan atau kecacatan dalam ajarannya dengan penerangan mengenai prinsip-prinsip umum yang boleh memberikan ruang kepada manusia untuk menyesuaikannya, seperti firman Allah swt yang bermaksud :

Di hari ini aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan ke atas kamu nikmatKu dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama”. (Al-Maidah : 3)

Maksud silap faham tasawwur Islam yang jelas ini ialah mereka tidak memahami ajaran Islam dalam konteks yang sebenar, hanya memahami Islam dalam perkara ibadah yang khususiah seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, nikah, talaq dan mati sahaja dan tidak lebih dari itu.

Di antara faktor-faktor penyumbang kepada berlakunya gejala ini pada masyarakat pada masa kini yang boleh diutarakan antaranya ialah :

1. Kesan daripada penjajahan pemikiran

Penjajah datang ke negara kita bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan perdagangan, tetapi mereka mempunyai matlamat yang tersembunyi iaitu menjajah pemikiran masyarakat pribumi negara yang mereka duduki. Kesan penjajahan ini masih terasa terutamanya psikologi dan intelektual. Penjajahan

dalam bentuk ini tidak dapat dikesan dengan cepat kerana pergerakannya halus dan licin.

Mereka telah menanamkan fahaman bahawa Islam dibenarkan menjelma dalam bentuk ritual semata-mata (ibadah khususiah) sahaja. Kesannya apabila penjajah sudah beredar dari negara (Malaysia), pemikiran inilah yang telah diamalkan dalam kehidupan sehingga begitu sukar untuk menerima konsep Islam yang sebenar.

2. Sistem pendidikan

Sistem pendidikan dan pembelajaran yang diajar di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi tidak menampakkan adanya satu penjurusan yang boleh memahamkan masyarakat kepada pengertian Islam yang syumul (lengkap), sebaliknya pengajian ini hanya terbatas kepada soal kefahaman Islam yang bersangkutan dengan solat, wudhu, puasa, zakat, haji sahaja tidak lebih dari itu.

Begitu juga dengan pendidikan tidak formal yang diajar melalui kuliah-kuliah Maghrib di surau-surau dan masjid hanya memperincikan pengajarannya tentang masalah bersuci melebihi daripada perbincangan masalah ekonomi, masalah haid dan nifas lebih dibincangkan dengan mendalam daripada masalah kewajipan mewujudkan kepimpinan Islam di dalam negara. Inilah yang kita tempohi dari kecil sehingga dewasa sehinggakan kita merasakan bahawa inilah Islam yang sebenar dan patut diwarisi, padahal ajaran seperti ini bukan dari ajaran Islam yang sebenar.

3. Gambaran-gambaran yang salah melalui media massa

Gambaran mengenai kekejaman hukum Islam (hudud) dan tidak keadilan daripada hukum hudud mendapat liputan yang meluas melalui tulisan-tulisan yang beracun yang bertopengkan tulisan ilmiah. Gambar-gambar hukuman sebat yang dilaksanakan di Pakistan (yang sebenarnya bukan mengikut cara Islam) telah ditonjolkan sebagai hukuman cara Islam dan dikatakan merupakan perlaksanaan hukuman di dalam Islam yang sebenar, sehingga ia menimbulkan kesangsian di kalangan mereka yang jahil tentang Islam.

4. Kelemahan para ‘ulama’

Para ulama adalah merupakan mereka yang mewarisi kerja para nabi dan rasul bagi meneruskan usaha menyebarkan Islam kepada masyarakat. Segala pandangan dan tindakan mereka cukup mempengaruhi masyarakat. Kelemahan mereka untuk menyampaikan dan menyebarkan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat sama ada berpunca dari kepentingan peribadi atau kerana perasaan takut menyebarkan yang hak. Mereka hanya menyampaikan Islam yang sempit sehingga mengkaburkan pemikiran masyarakat, sehingga akhirnya masyarakat biasa menganggap inilah Islam yang sepatutnya diamalkan oleh mereka kerana berdasarkan keterangan yang disampaikan oleh orang yang arif dalam bidang agama. Allah swt telah memberi amaran yang keras seperti di dalam firmannya yang bermaksud :

Dan bacalah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami berikan kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat (kita) kami. Kemudian ia menjadikan dirinya keluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya) maka jadilah ia dari orang yang sesat. Dan kalau kami kehendaki nescaya kami tinggikan pangkatnya dengan (disebabkan mengamalkan) ayat-ayat itu, tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya, maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya ia menghulur lidahnya termengah-mengah, jika ia engkau membiarkannya ia juga menghulurkan lidahnya termengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah”.

( Al-A’raf : 175-176 )

5. Alam sekitar dalam kerangka dunia Islam

Masyarakat telah melihat kebanyakan dunia Islam pada hari ini tidak mengamalkan konsep Islam yang syumul. Mereka telah melihat banyak di kalangan dunia Arab sendiri tidak mengamalkan Islam (sedangkan pada anggapan mereka negara Arab itu Islam, Islam itu Arab). Amalan yang dilaksanakan dalam negara mereka hanya bersangkutan dengan soal ibadah khususiah sahaja, manakala perkara yang berhubung kait dengan ekonomi diketepikan, soal politik dan kenegeraan di kebelakangkan.

6. Sikap masyarakat

Sikap masyarakat yang tidak suka mencari ilmu dan tidak mahu memahami Islam yang sebenar adalah satu punca yang sukar untuk diubah dalam masyarakat hari ini. Menganggap Islam yang mereka faham selama ini sudah cukup untuk menjadi mukmin yang hakiki tanpa bersusah payah untuk mencari yang lain daripada apa yang mereka fahami. Apa yang paling sedih sekali apabila ada di kalangan pendakwah yang cuba hendak memahami mereka, telah disanggah dengan pelbagai hujah bagi mendakwa pegangan mereka adalah betul, walaupun tanpa alasan yang kukuh.

Kesimpulan :

Rukun-rukun

muslim.

Islam

adalah

dan

Keislaman

kekuatan

kekuatan Islamnya.

untuk

menyempurnakan

seseorang

muslim

adalah

keislaman

seseorang

bergantung

kepada

2.0 PERTEMUAN DUA

2.1 ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

Ad Deen : The way of life

1. Makna Ad Dien secara bahasa boleh dilihat daripada dua aspek. (Ibnu Mandhur, Lisanul Arab Al Muhith dan Al Maududi, Mustholahul Arba’ah)

a. Makna Ad Dien di dalam Bahasa Arab.

i. Yang bermaksud paksaan, kekuasaan, hukum dan perintah, juga beerti paksaan agar menjadi orang yang taat.

ii. Yang bermaksud ketaatan, peribadatan, penghambaan, merendahkan di hadapan orang, melaksanakan perintah atasannya, dan menerima kepada Rabb serta ketundukan di bawah perintah dan paksaan atasannya.

iii. Yang bermakna syariat, undang-undang, mazhab, millah (dien), adat kebiasaan dan sesuatu yang diikuti.

iv. Yang bermakna balasan, sesuatu hal yang mencakupi putusan dan perhitungan.

b. Makna Ad Dien di dalam Al Quran (lihat perkataan dien pada setiap ayat).

i. Yang bermaksud hal yang berkenaan dengan kehakiman dan penguasa.

ii. Yang bermakna ketaatan dan ketundukan kepada hakim dan penguasa. Disini Ad Dien bermaksud penguasa yang agung dan kemudiannya diikuti dengan ketundukan oleh manusia kepada Penguasa yang Agung dengan mentaati Nya dan beribadah kepada Nya dengan ikhlas kerana Nya. (Mukmin 40:64-55; Az Zumar 39:11-12; An Nahl 16:52; Ali Imran 3:83; Al Bayyinah 98:5)

iii. Yang bermaksud peraturan yang mencakupi pemikiran dan amalan dibawah Penguasa yang Agung. Disini Ad Dien bernaksud undang- undang, hukuman, syariah, jalan (cara), peraturan yang meliputi pemikiran dan amalan, yang diikuti seseorang. Maka apabila Pemimpin atau Penguasa (sulthoh) yang disandari seseorang mengikuti undang-undang dan perintah dari Allah Taala, maka tidak diragukan lagi bahawa ia berada pada Dienul Islam. Sedangkan apabila seseorang manusia itu bersandar kepada Pemimpin atau Penguasa (sulthoh) selain

Allah, maka ia berada pada dien manusia itu sendiri secara pasti. (Yunus 10:104; Yusuf 12:40,76; Ar Rum 30:28-30; Asy Syura 42:21; Al Kafirun 109:6; At Taubah 9:36; Al Anam 6:137)

iv. Yang bermaksud balasan, perhitungan dan keputusan yang diberikan Penguasa Agung, baik yang mengikuti aturan Nya dan ikhlas dalam beribadah kepada Nya ataupun bagi yang menyangkal dan durhaka kepada Nya. (Az Zariyat 51:5-6; Al Maun 107:1-3; Al Infitar 82:17-

19)

2. Makna Ad Dien Secara Istilah pula ialah aturan/ sistem hidup yang lengkap dan sempurna yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla melalui penutup Rasul Nya sebagai pedoman hidup bagi manusia yang terdiri dari pelbagai aspek,

diantaranya

amaliyah. (Al Mustholahat Al Arba’ah Bainal Imamaini Al Maududi wa

Muhammad Abduh, Abdul Mutaal Muhammad Al Jabry)

aspek

aqidah

(keyakinan),

fikriyah

(pemikiran).

akhlaq

dan

i. Pada hakikatnya kalimat Ad Dien tidak tepat diterjemahkan dengan agama.

ii. Umumnya Ad Dien ialah segala bentuk aturan, sistem, falsafah, tatanan atau undang-undang kehidupan.

iii. Sebagai contoh satu aturan atau sistem hidup yang mengatur kehidupan manusia ialah zionis, kapitalis, komunis, demokrasi, nasionalisme dan

sebagainya. Maka kesemuanya merupakan Ad Dien.

iv. Namun Ad Dien ini jelas-jelas bathil, sebab ia tidak bersumber daripada Allah taala dan tidak didasari oleh kitabullah dan sunnah Rasul Nya.

v. Adapun Dienul Hak hanyalah satu iaitu Al Islam. (Ali Imran 3:19,85; Al Maidah 5:3; At Taubah 9:33; Al Anfal 8:39)

vi. Sedangkan Dienul Bathil lebih dari satu iaitu semua sistem hidup dan perundang-perundangan hidup selain Al Islam.

vii. Ad Dien yang bermakna khusus/ sebenarnya ialah Dienul Islam yang haq dan jelas-jelas dijamin kebenarannya hingga diakhir zaman oleh penciptanya, iaitu Allah Azza wa Jalla. (Doktor Syaukat Muhammad Ilyan, Ats Tsaqofah Al Islamiyyah Wa Tahadiyatul ‘Asr)

Islam kini menghadapi cabaran yang sangat hebat, bukan sahaja musuh dari luar tetapi juga musuh dari kalangan ummat Islaam sendiri. Tidak ganjil Islam menghadapi cabaran, kerana memang sejak ia dilahirkan lagi perkara ini telah berlaku. Walau bagaimana pun yang ganjil ialah kerjasama yang dilakukan oleh penganutnya sendiri dengan musuh dari luar laknatullah. Itulah ujian pahit yang dihadapi oleh gerakan Islam dan para Mujahidin di seluruh dunia pada waktu ini. Dikepung dari segenap penjuru oleh musuh. Umat islam berada di dalam kebingungan dengan apa yang sedang berlaku pada waktu ini.

Terdapat di kalangan ummat Islam yang bertanya mengapa terdapat di kalangan ummat Islam yang aktif di medan politik lebih daripada di medan ibadah? Mereka ragu dengan kebangkitan harakah Islamiyyah yang menyeluruh kononnya tiada hubungan dengan pengertian Islam dan organisasinya yang berbentuk sedemikian rupa.

Islam tidak pernah membezakan orang yang beribadat di masjid sambil mengeluarkan air mata yang khusyu dan tawadhu kepada Allah dengan mereka yang mengalirkan dakwat penanya yang menulis kerana Islam, dan juga peluh dan darah yang meleleh dari badan para Mujahid di medan peperangan kerana menegakkan kalimah Allah. Al- Imam Abdullah Bin Al-Mubarak pernah menulis kepada sahabatnya yang beriktikaf dengan meninggalkan tugas berjihad di medan peperangan:

Wahai sahabat yang sedang beribadat di tanah suci, kalau saudara melihat kami, saudara akan tahu bahawa saudara hanya bermain dengan ibadah, siapa yang pipinya berlumuran air mata, maka leher kami berlumuran dengan darah. Kalau kudamu penat di dalam kebatilan makan kuda kami akan penat di medan perang.

Sesungguhnya membezakan orang yang beriktikaf di masjid dan berjuang menegakkan masyarakat dan Negara Islam dengan mangatakan bahawa yang pertama sebagai orang dakwah yang menghayati Islam dan kedua dipanggil orang politik berjuang untuk duniawi, adalah perbezaan yang ditunjukkan oleh musuh Islam dan menunjukkan betapa jahilnya orang Islam yang terpengaruh dengan fahaman sesat ini.

Tidakkah para Rasul merupakan ahli ibadah yang sangat tekun. Di samping itu, berjuang menentang thaghut yang menjadi pemerintah di zaman mereka? Tidakkah Saidina Abu Bakr yang menangis kerana taqwanya itulah yang melancarkan serangan hebat menetang orang murtad yang menentang Negara Islam. Begitulah Islam dikelirukan sehingga terkeluar dari apa yang sepatutnya. Sebenarnya kita memerlukan penjelasan sebagai Ad-Deen dan memahami kewajipan menghayatinya.

Kesimpulannya Islam adalah Ad-Deen (cara hidup) untuk dihayati dan dipraktikkan, bukan hanya sebagai suatu teori yang boleh dicabar dan diuji kebenarannya. Sesungguhnya Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah.

2.2 ISLAM SEBAGAI AD DEEN PARA NABI DAN RASUL

Islam ialah Agama kepada Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi Alaihi Solatu Wassalam sejak Nabi Adam AS sehingga ke Nabi akhir zaman, Muhammad SAW. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Sesungguh Agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam.”

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

(Ali-Imran:19)

“Nabi Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrai, akan tetapi dia adalah seorang pengikut jalan yang lurus dan menyerah diri kepada Allah (Islam) dan dia tidak sekali-kali termasuk dikalangan orang-orang musyrikin.”

(Ali-Imran: 67)

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Dengan

Kitab ini (Taurat) berhukum dengannya oleh para Nabi yang menyerah

diri kepada Allah (Islam)”

(Al-Maidah: 44)

Islam bermakna menyerah diri kepada Allah SWT, pada perintah dan dan larangan- Nya melalui Wahi. Para Nabi dan Rasul adalah yang pertama menyerah diri kepada Allah SWT. Disamping itu manusia diperintahkan mengikut mereka dengan sama- sama patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT. Tanpa penyerahan diri kepada Allah SWT tidak dianggap Islam lagi kerana firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian tidak terdapat di dalam diri mereka keraguan terhadap keputusanmu dan mereka menerima (menyerah diri) dengan sepenuhnya.”

(An-Nisa’: 65)

Apabila kepentingan manusia di dalam segala bidangnya terpelihara dengan hanya menyerah diri kepada Allah SWT, mka dengan rahmat-Nya, Allah SWT tidak melepaskan manusia bersendirian tetapi diutuskan Rasul-Rasul yang diwahyukan kepada mereka dengan ajaran Allah dan hukum-hukum-Nya.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan pada setiap umat akan Rasul (untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut.”

(An-Nahl: 36)

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.”

(Ibrahim : 4)

Islam yang dibawa oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul Alaihi Solatu Wassalam adalah sama sahaja pada prinsipnya. Yang berbeza hanyalah cabang Syari’at di mana ianya berdasarkan kepada keperluan umat mengikut zaman masing-masing dan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah lebih luas dan syumul daripada Rasul- Rasul yang sebelumnya kerana Rasulullah SAW diutuskan untuk seluruh manusia dan jin sehingga hari Qiamat. Adapun Rasul-Rasul sebelumnya diutuskan hanyalah untuk kaum mereka masing-masing.

Dengan Nabi Muhammad SAW disempurnakan risalah dan Nubuwwah dan juga disempurnakan Agama dengan selengkapnya.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Pada hari ini orang-orang kafir telah berputus asa untuk mengalahkan Agama kamu, sebab itulah jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Aku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan bagi kamu nik’mat-Ku dan telah Aku redha Islam itu menjadi Agama kamu.” (Al-Maidah: 3)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Bandingan di antara aku dan Nabi-Nabi seperti seorang yang membina rumah, lalu dia membina dengan baik dan memperindahkannya melainkan pada tempat sekeping batu bata yang ada di salah satu sudutnya. Lalu orang ramai mengelilingi rumah itu dan kagum melihatnya, lalu mereka berkata, mengapakah tidak diletakkan batu bata ini? Maka akulah seperti batu bata itu dan aku penyudah Nabi-Nabi.” (Riwayat Al Syaikhan)

Islam yang dibawa oleh Rasul-Rasul yang terdahulu telah dilupai, dipinda dan diselewengkan sehingga berlaku penyelewengan di kalangan pengikut yang kebelakangan di dalam aqidah, ibadat dan akhlaq. Keadaan ini berterusan sehinggalah dibangkitkan Nabi Muhammad SAW yang diwahyukan dengan al-Quran dan mengemukakan as-Sunnah yang teguh matang dan tidak mungkin lagi dikelirukan. Ianya menjelaskan segala macam masalah kehidupan manusia bersabit dengan aqidah, ibadat, politik, ekonomi, sosial, perdamaian, peperangan dan segala hukum yang perlu dalam seluruh kehidupan manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan masa.

2.3

MASAKINI

2.31 PENDAHULUAN

ISLAM

SEBAGAI

PENYELESAI

MASALAH

UMMAH

Apa yang termuat dalam risalah ini, sebahagian besarnya, adalah petikan daripada pendapat ulamak-ulamak muktabar yang jelas fikrah serta iltizam dan intizam dengan kehidupan Islam. Saya hanya sekadar menyambung lidah, menyampaikan buah fikiran dan pengalaman mereka di sepanjang hidup dalam berbagai-bagai waqi’.

Sepatutnya tajuk “Islam Sebagai Penyelesaian” menghuraikan skop dan ruang lingkup yang luas meliputi berbagai aspek kehidupan manusia. Tetapi apa yang saya akan ketengahkan di sini menyentuh perkara asas yang menjadi dasar kepada penyelesaian masalah hidup manusia dari semasa ke semasa hingga alam ini diwarisi kembali oleh Allah SWT.

PELBAGAI aliran pemikiran, falsafah, peraturan, sistem politik, ekonomi dan sosial ciptaan manusia ditawarkan untuk menyelesaikan masalah hidup yang dihadapi manusia sejagat. Malangnya, semuanya tewas dan gagal apabila dilaksanakan. Hingga ke hari ini tidak ada satu aliran pun yang dapat memperlihatkan kemampuannya untuk menyesuaikan dengan realiti kehidupan.

2.32 KEGAGALAN ALIRAN MARXISME

Bibit-bibit kejatuhan Russia sebagai lambang kuasa yang dibangunkan di atas ideologi komunisme (aliran Marxist) telah bermula sejak 40 tahun yang lalu. Pada bulan September 1961, harian ‘Pravda’ yang menjadi lidah rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Russia telah menyebarkan program baru parti itu. Rancangan itu ialah fikiran yang memansuhkan jalan atau cara revolusioner seperti yang ditegaskan oleh buku ‘Materialisme Dialektika’: “Berikutnya peralihan daripada kapitalisme kepada sosialisme dan memerdekakan kelas buruh (pekerja) daripada penindas kapitalis. Ini boleh direalisasikan bukan dengan evolusi, bukan dengan memperbaikinya, akan tetapi dengan perubahan bentuk dan cara sistem kapitalisme yakni dengan revolusi.”

Harian tersebut juga menegaskan usaha-usaha merealisasikan masyarakat komunisme

seperti yang dirancangkan itu meliputi tempoh 20 tahun akan datang. Di samping itu

ia menekankan kegagalan sistem komunis selama 40 tahun yang lalu dalam

membentuk asas ideologi dan kehidupan duniawi yang lengkap bagi masyarakat komunisme.

Ini menunjukkan komunisme sebagai satu ideologi telah hilang kekuatannya untuk

melaksanakan apa yang dinamakan ‘kepastian sejarah peralihan daripada kapitalisme

kepada sosialisme’. Kegagalan itu berlaku kerana teori komunisme tidak ditegakkan

di atas usul dan kaedah am yang lengkap untuk membolehkan ideologi itu

berkembang.

Prinsip penghapusan hak milik individu telah ditukar kepada satu penyelesaian yang lebih sederhana iaitu menguasai segenap industri, perniagaan luar negara, bank-bank dan segala perkhidmatan awam. Antara bukti kegagalan pelaksanaan prinsip

persamaan di dalam masyarakat komunisme diungkapkan dalam buku tulisan Krien Brinton yang bertajuk ‘Revolusi Komunisme: Unsur, Penyelesaian dan Hasilnya’:

“Sebagaimana yang diakui oleh para pendokong komunisme sendiri bahawa Russia kini hidup di dalam satu masyarakat yang berbeza-beza dalam pembahagian barang- barang keperluan dan perolehan individu dengan perbezaan yang besar. Seorang ahli politik berkedudukan tinggi, pengarah perusahaan, penulis atau penari ballet hidup bergelumang dengan kemewahan sedangkan rakyat biasa tidak sedemikian.”

tidak

memiliki persamaan dalam bidang ekonomi jika dibandingkan dengan sebarang masyarakat kapitalis.

Keadaan

itu

menjadikan

masyarakat

Russia

satu

masyarakat

yang

lebih

Fakta itu jelas membuktikan komunisme pada zahirnya memperjuangkan prinsip persamaan dan keadilan secara teori tetapi gagal apabila dilaksanakan.

2.33 KEGAGALAN TAMADUN BARAT

Sebahagian besar generasi muda tertipu oleh fatamorgana peradaban Barat. Mereka menyangka kebersihan lahiriah kaum itu merupakan bukti kebersihan rohani dan hati mereka. Kemajuan pesat di dalam bidang sains dan kebendaan tidak mencukupi untuk dijadikan contoh teladan di dalam segala perkara. Ukuran kemajuan dan tamadun sesuatu bangsa sepatutnya ditimbang dengan nilai akhlak dan kemanusiaan yang direalisasikan dalam masyarakat.

Tamadun Barat jika dilihat dari necara ini sebenarnya sudah muflis. Segala slogan yang dicanangkan oleh Barat seperti prinsip kebebasan, perdamaian dan persamaan

hanyalah omongan kosong belaka. Seorang ahli falsafah Inggeris, Joede, menulis di dalam bukunya: “Sesungguhnya tamadun moden itu tidak ada perseimbangan antara

kekuatan dan akhlak

kerana akhlak sangat ketinggalan jauh daripada ilmu.

Semenjak kebangkitannya ilmu terus meningkat maju sedangkan akhlak berada dalam kemunduran sehingga jarak antara keduanya sangat jauh.”

2.34 KONSEP PENYELESAIAN TERSENDIRI

Persoalan penting, apakah yang hendak diselesaikan oleh Islam? Apakah masalah sebenar manusia yang tidak mampu diselesaikan oleh mana-mana sistem atau peraturan kecuali Islam?

Sebelum persoalan ini dijawab, perlulah difahami bahawa Islam tidak boleh dipisahkan daripada realiti hidup manusia. Kerana manusialah Islam ditanzilkan (diturunkan). Firman Allah SWT:

“Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk seluruh manusia, untuk menyampaikan berita gembira dan peringatan.”

(Saba’: 28 )

Risalah Muhammad Rasulullah SAW adalah untuk kepentingan manusia. Manusia mempunyai sifat dan tabiat yang unik. Manusia terdiri daripada tiga fakulti iaitu rohi, ‘aqli dan jasmani. Ketiga-tiga fakulti ini perlu dipandu dan dikawal oleh satu sistem yang lengkap dan bersepadu untuk melahirkan manusia atau insan yang dapat

berperanan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi mengikut nilai Rabbani, sekali gus memperlihatkan kematangan serta kedewasaannya dalam kehidupan di dunia dan layak mengecapi kebahagiaan di akhirat kelak.

Kita mengetahui bahawa setiap undang-undang atau peraturan mempunyai falsafah dan konsep tersendiri. Undang-undang dan peraturan-peraturan itu, dalam perlaksanaannya, tetap akan menghadapi masalah dan mempunyai cara-cara penyelesaian tersendiri pula.

Adalah tidak logik dan tidak adil seseorang menuntut undang-undang tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul akibat daripada perlaksanaan undang- undang yang lain.

Islam adalah undang-undang dan peraturan hidup yang lengkap. Setiap juzuk berkaitan dan berhubungan secara bersepadu membentuk kesatuan hakiki mencakup seluruh aspek kehidupan. Sekiranya Islam diberikan peluang agar tau’iyah dan tarbiyyahnya ditegakkan berdasarkan prinsip-prinsip da’wah Islamiyyah sebenar, berqudwahkan Rasulullah SAW dan berpandukan sumber wahyu Allah SWT. sehingga lahir masyarakat yang rela melaksanakan undang-undang dan peraturan Islam, maka dikala itu logik dan adillah Islam dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Lihatlah apakah Islam mampu atau tidak?

2.35 CARA ISLAM MENYELESAIKAN PERMASALAHAN HIDUP

Untuk mengetahui cara Islam menyelesaikan permasalahan hidup manusia, seseorang perlu kembali meneliti dan memahami Fiqh Da’wah Rasulullah SAW. Yakni da’wah yang dibimbing oleh wahyu Allah SWT, al-Quran al-Karim. Di waktu yang sama seseorang perlulah melihat realiti masyarakat sewaktu Rasulullah SAW. diutuskan dari segi politik, ekonomi dan sosial kerana dalam bidang-bidang inilah sering timbul masalah-masalah yang dihadapi oleh sesuatu masyarakat, bangsa atau negara.

Ketika mana Muhammad Rasulullah SAW diutuskan, negeri Arab seperti Syam dan Yaman yang subur dan kaya dengan hasil mahsul dikuasai oleh Romawi dan Parsi. Tinggallah Hijaz, Tihamah dan Najd yang kering kontang, dilitupi padang pasir dan dimiliki secara bebas oleh orang-orang Arab yang berpuak dan berqabilah.

Kalau difikirkan secara biasa, tanpa meyakini bahawa setiap tindakan baginda bersabit dengan konsep Da’wah Islamiyyah sebenar dan metod penyampaian baginda adalah bimbingan wahyu Allah SWT, maka sudah tentu seseorang akan membuat andaian-andaian bahawa:

1. Dalam kesempatan Muhammad Rasulullah SAW yang memiliki sifat-sifat kepimpinan, kewibawaan dan pernah diberi kepercayaan oleh pembesar-pembesar Quraisy untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, maka sebelum baginda menjalankan Da’wah Islamiyyah kepada masyarakat, sudah tentu dengan senang baginda dapat menyatupadukan umat Arab yang berpuak dan berqabilah di bawah slogan Qaumiyyah ‘Arabiyyah demi membebaskan bumi Arab dari dijajah oleh Romawi serta Parsi dan mengembalikan kuasa politik ke tangan umat Arab. Setelah umat Arab bersatu, buminya dirampas kembali dari tangan Rumawi dan Parsi dengan

semangat Qaumiyyah ‘Arabiyyah dan setelah kedudukan Muhammad sebagai pemimpin kukuh maka dapatlah baginda, dengan kuasa dan kedudukan yang dimiliki, memantapkan ‘Aqidah Tauhid untuk dianuti oleh masyarakat dan seterusnya mewartakan Islam sebagai cara hidup mereka. Dengan cara ini, tentulah pada andaian seseorang yang hanya menggunakan aqal, Muhammad Rasulullah SAW tidak akan menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan, siksaan dan tentangan yang keras daripada Kafir Qura’isy selama 13 tahun dalam usaha untuk menanamkan ‘Aqidah Tauhid ke dalam hati masyarakat dan menegakkan Islam sebagai ad-Din (sistem hidup). Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.

2. Kesempatan yang lain, realiti ekonomi dan sumber kekayaan di zaman Rasulullah

SAW dikuasai oleh segolongan kecil dari masyarakat jahiliyyah. Mereka menguasai aktiviti perniagaan berasaskan riba’. Majoriti rakyat hidup miskin dan melarat. Berdasarkan kesempatan ini, mungkin seseorang mengandaikan jika Muhammad Rasulullah SAW berusaha mengajak majoriti masyarakat yang miskin dan melarat, lalu menyatupadukan mereka dalam satu saf bagi melepaskan diri daripada cengkaman golongan feudal dan meningkatkan taraf hidup mereka, nescaya Rasulullah SAW dengan senang dapat mempengaruhi dan menyatukan mereka. Selepas itu bolehlah Rasulullah SAW menegakkan ‘Aqidah Tauhid dan seterusnya mentatbiqkan undang-undang Islam dalam kehidupan masyarakat, tanpa bersusah payah menghadapi tentangan masyarakat Quraisy yang agresif hingga ke tahap ingin membunuh baginda. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.

3. Kesempatan yang lain pula, realiti sosial dari sudut moral dan akhlak orang-orang

Arab ketika itu amatlah menyedihkan. Sesiapa yang kuat dialah berkuasa. Permusuhan, kezaliman dan pergeseran sesama sendiri sering berlaku. Anak gadis ditanam hidup-hidup. Kemabukan arak, perjudian, amalan pelacuran dan seumpamanya berleluasa. Mungkin seseorang mengandaikan sekiranya Muhammad Rasulullah SAW mengisytihar dari awal-awal lagi suatu bentuk Da’wah Islamiyyah yang bertujuan membaiki moral, membentuk disiplin dan membangunkan akhlak tanpa menekankan permasalahan iman, nescaya Rasulullah SAW akan mendapat sambutan dan sokongan majoriti penduduk tanah Arab. Lebih-lebih lagi pada ketika itu masih terdapat di kalangan orang-orang ‘Arab yang mempunyai sifat-sifat dan `basic morality’ yang baik. Tidak perlu Rasulullah SAW bersusah payah selama 13 tahun berda’wah mengajak manusia supaya beriman kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui bahawa semua andaian di atas bukan jalan yang betul untuk menyelesaikan masalah hidup manusia. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa masalah hidup manusia tidak dapat diselesaikan tanpa melalui proses pembentukan jiwa berasaskan ‘aqidah yang sahih. ‘Aqidah yang akan menentukan sikap dan nilai sebenar.

Masalah manusia hari ini tidak akan dapat dirungkaikan kecuali kembali kepada Islam. Islam pula tidak dapat memainkan fungsinya melainkan wujud para pendokong (‘amilinnya).

Meneliti sejarah Rasulullah SAW, para pendokong dibentuk dan diproses melalui Tarbiyah Islamiyah yang mengikrarkan ‘ubudiyah hanya kepada Allah; ‘ubudiyah yang merangkumi i’tiqad, ibadah dan peraturan yang benar-benar berjalan dalam

amalan hidup mereka. Proses ‘ubudiyah seperti ini akan membersihkan jiwa mereka daripada beriman kepada yang lain dan mengawasi amalan mereka daripada bermatlamatkan yang lain daripada Allah semata-mata.

Apabila ‘aqidah tauhid mengambil tempat dalam hati dan jiwa para sahabat Rasulullah SAW, dalam suasana mereka menghadapi berbagai halangan dan tentangan yang keras, maka terbentuklah ‘Aqidah Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT. Aqidah tauhid menjadi keyakinan dalam jiwa mereka. Syari’ah dan peraturan Islam menjadi praktik hidup mereka. Dengan itu, kehidupan ummah Islamiah benar-benar diasas dan dikawal oleh kaedah ini, bukan kaedah lain atau bersama kaedah lain. Allah berfiman dalam Surah Yusuf, ayat 40 yang bermaksud:

“Keputusan hukum itu kepunyaan Allah. Dia memerintahkan supaya jangan tunduk memperhambakan diri melainkan kepada-Nya. Itulah din (agama) yang benar.”

Dalam Surah An-Nisa’, ayat 80 pula Allah berfirman yang bermaksud:

“Siapa yang mematuhi Rasul maka sesungguhnya ia mematuhi Allah.”

Berdasarkan kepada proses pembentukan dan pembangunan itu, maka langkah pertama ialah membersihkan jiwa anggota daripada ‘ubudiyah kepada yang lain daripada Allah swt sama ada dalam bentuk i’tiqad, ibadah dan syariat. Ummah yang dianggotai mereka yang sudah bersih hati dan jiwa sahaja yang dapat membangunkan masyarakat Islam.

Apabila manusia mengenal Ilah, beribadah kepada-Nya semata-mata, membebaskan diri daripada kesultanan manusia serta hawa nafsu dan apabila kalimah Lailaha Illallah menguasai jiwa manusia, pada ketika itu Allah SWT akan menyempurnakan untuk mereka segala sesuatu termasuklah andaian-andaian seperti tersebut di atas tadi. Dalam masa lebih kurang suku abad sahaja, bumi Arab yang terdahulu dijajah oleh Romawi dan Parsi telah dapat dikuasai oleh generasi yang dibentuk oleh Rasulullah SAW melalui proses keimanan kepada Allah SWT dan prinsip-prinsip keimanan yang lain.

Bersihlah masyarakat ‘Arab daripada sebarang bentuk kezaliman. Tertegaklah peraturan Islam pilihan Allah SWT yang adil dan saksama untuk manusia. Bersihlah jiwa dan moral masyarakat daripada saki baki jahiliyyah hingga jarang sekali hukum hudud, qisas dan ta’zir dijalankan pada generasi yang unik ini.

Inilah pencetus dan pengawas yang kuat dan rapi bertapak di dalam hati dan jiwa mereka. Pencetus dan pengawas dalaman bukan luaran semata-mata. Mereka melaku atau meninggalkan sesuatu kerana Allah SWT dan inginkan balasan yang baik daripada-Nya. Inilah rahsia sebenar yang mungkin tidak terfikir dan difikir oleh orang ramai ketika ini.

2.36 SYARAT ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN

Setiap sistem mempunyai falsafah, matlamat, jalan, gagasan dan caranya yang tersendiri mengenai kehidupan. Setiap sistem juga mempunyai masalah dan cara penyelesaiannya apabila dilaksanakan. Oleh itu adalah tidak adil dan tidak rasional

jika sistem tertentu diminta menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh sistem lain. Logiknya jika kita ingin minta cara penyelesaian sesuatu sistem terhadap masalah kehidupan maka sistem itu perlu diberi peluang terlebih dahulu dilaksanakan dalam realiti kehidupan. Setelah itu barulah dapat dilihat sama ada masalah itu masih ada atau sudah selesai, berubah bentuk atau unsurnya. Pada masa itu barulah sistem berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap permasalahan yang timbul.

Islam adalah sistem hidup yang lengkap, bersifat sepadu, saling berkait dan menguatkan antara satu aspek dengan aspek lain. Sistem ini berbeza daripada sistem lainnya dari segi wataknya, gagasannya tentang kehidupan dan cara pelaksanaannya. Perbezaan ini adalah perbezaan yang asasi dan menyeluruh. Oleh itu Islam tidak bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul dalam masyarakat hari ini kerana masalah itu lahir akibat Islam dipisahkan daripada realiti kehidupan.

Sebenarnya untuk mengambil Islam sebagai penyelesaian masalah, terlebih dahulu Islam perlu dijadikan pengatur selurun kehidupan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia ini. Setelah itu apabila timbul persoalan atau permasalahan barulah wajar untuk meminta pandangan Islam mengenai persoalan itu kerana masalah itu timbul dalam sistem Islam, bukan ditimbulkan oleh sistem bukan Islam. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

(Al-Baqarah: 208).

Islam mendidik manusia dengan sistem tertentu, memerintah dengan hukum tertentu, menyelesai masalah mereka atas dasar tertentu serta mewujudkan sistem kemasyarakatan, ekonomi dan politik yang tertentu. Jadi perkara utamanya ialah melaksanakan Islam sebagai sistem yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.

2.37 REALITI UMAT ISLAM MASAKINI

Sering terdengar percakapan-percakapan dan perbincangan-perbincangan di kalangan pemuda-pemuda dan ahli-ahli fikir Islam dewasa ini mengenai keperluan umat Islam terhadap kekuatan harta benda, ilmu pengetahuan dan pelbagai bidang ikhtisas untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi umat Islam dan membangunkan hidup mereka agar lebih maju dan makmur. Namun, amat sedikit didapati perbicaraan dan tindakan yang serius tentang keperluan umat Islam terhadap keimanan sebenar, perhubungan hati dengan Allah SWT, kepatuhan kepada titah perintah-Nya dan mencari keredhaan-Nya dalam semua amalan.

Tegasnya, seseorang perlulah faham dan sedar bahawa setiap amalan yang lakukan dan wasilah yang dimiliki, tanpa bersandarkan kepada dasar keimanan terhadap Allah SWT, akan sia-sialah segala amalan dan wasilah itu di sisi Allah SWT. Begitu banyak harta yang menjadi milik orang-orang Islam tetapi tidak menguntungkan Islam. Begitu juga halnya dalam bidang-bidang lain.

Adalah satu hakikat yang mudah difahami iaitu manusia hendaklah menjadi muslim dan dididik dengan didikan Islam. Bagaimanapun perkara semudah ini tidak difahami oleh umat Islam hari ini atau kabur bagi mereka.

Umat Islam hari ini rata-rata kehilangan sahsiah atau identiti sebagai umat pilihan, hilang kekuatan dan terumbang-ambing menjadi buih, tidak digeruni atau disegani lagi seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Hampir

seluruh

umat

manusia

bersatu

menghancurkan

kamu seperti

orang

yang sedang lapar menghadapi hidangan makanan. Mereka bertanya: ‘Apakah kita sedikit pada masa itu, wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: ‘Malah kamu banyak, tapi kamu laksana buih air bah.”

2.38 RAHSIA KEJAYAAN GENERASI AWAL

Kejayaan generasi para sahabat yang dibentuk Rasulullah SAW dalam mengejar matlamat hidup bukanlah kerana mereka memiliki pelbagai wasilah dan alat kelengkapan yang cukup. Rahsia kejayaan mereka ialah keimanan sejati, kepatuhan maksimum terhadap titah perintah Allah SWT dan cita-cita mendalam untuk mendapat keredhaan serta pahala daripada-Nya. Inilah rahsia menyebabkan mereka bersedia penuh menyahut setiap hajat dan keperluan Islam dari masa ke semasa. Juga rahsia yang mendorong mereka berkorban dan bangun melaksanakan setiap tuntutan Islam tanpa rasa berat walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.

Islam berhajatkan kerja-kerja da’wah. Maka tampillah para du’at yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Allah SWT melalui lisan dan contoh teladan meskipun menghadapi berbagai halangan dan tentangan daripada musuh. Mereka tetap meneruskan kerja-kerja da’wah tanpa takut atau mundur ke belakang.

Islam memerlukan pengorbanan harta benda. Maka tampillah mereka yang memiliki harta benda dan kekayaan, lalu menginfaq kepada Rasulullah SAW dengan penuh rela tanpa rasa bakhil atau sayang kepada harta benda itu. Hinggalah terdapat di kalangan mereka yang berkata kepada Rasulullah SAW, “Apa yang tuan ambil daripada kami adalah lebih baik daripada apa yang tuan tinggalkan.”

Islam berkehendakkan pengorbanan jiwa untuk mempertahankan kesuciannya daripada dicemari musuh. Maka berlumba-lumbalah mujahid-mujahid dan pejuang- pejuang Islam memberi khidmat suci demi menyahut panggilan Allah SWT. Sungguh banyak pengorbanan, sumbangan dan khidmat bakti mereka untuk kepentingan Islam semata-mata.

2.39 ISLAM BERMULA DENGAN USUL, TIDAK DENGAN FURU’

Islam tidak memulakan da’wah dengan mengenegahkan permasalahan furu’ tetapi memulakannya dengan perkara usul (perkara asas atau dasar). Islam di peringkat awal, di zaman Rasulullah SAW, tidak meminta manusia agar bangun berjihad di medan peperangan, berpuasa, berzakat, meninggalkan arak, menjauhkan judi dan sebagainya. Tetapi Islam di peringkat awal meminta dan menuntut supaya beriman kepada Allah SWT semata-mata. Tegasnya Islam bermula dengan ‘aqidah, tidak bermula dengan taklif atau kewajipan. Aqidahlah yang menjadi asas dalam

perlaksanaan taklif (kewajipan). Islam bermula dengan batin , hati dan fikiran manusia sebelum sesuatu yang lain. Dari titik tolak aqidah yang bertempat di hati akan berlakulah perubahan dan pembangunan yang hakiki, yakni pembangunan insan di tengah-tengah alam kebendaan.

Apabila perkara dasar ini menguasai hati dan fikiran mereka yang dibentuk oleh Rasulullah SAW, lahirlah keperibadian ummah yang berorientasikan iman. Keperibadian itu menjadi kenyataan. Mereka iltizam dan intizam kepada titah perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam berbagai aktiviti hidup pada setiap masa tanpa berhajatkan pengawasan luar. Segala sesuatu yang terdahulu menjadi masalah dalam kehidupan mereka dapat diatasi dan diselesaikan dengan senang.

Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menyelesaikan permasalahan arak hanya melalui tiga potong ayat al-Quran al-Karim. Firman Allah SWT:

“Mereka bertanyakan engkau (Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah bahawa kedua-duanya dosa besar dan ada manfaat-manfaat kepada manusia, dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.”

( al-Baqarah: 219 )

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri solah ketika kamu mabuk hingga kamu tidak ketahui apa yang kamu katakan.”

(an-Nisa’: 43 )

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan tenung nasib adalah kotor dari amalan syaitan, maka hendaklah kamu menjauhinya agar kamu mendapat kejayaan.”

( al-Maidah: 90 )

Dengan tiga potong ayat tersebut permasalahan arak dapat diselesaikan oleh Rasulullah SAW. Sebaliknya, kerajaan Amerika suatu ketika dahulu pernah melarang rakyatnya meminum arak. Dijalankan dia’yah (kempen) kepada masyarakat umum menentang minuman arak. Media massa kerajaan digunakan untuk tujuan tersebut. Hinggalah undang-undang pengharaman arak dikuatkuasakan di Amerika. Kerajaan Amerika menanggung beban perbelanjaan bagi melaksanakan undang-undang tersebut sebanyak 250 juta dollar. Akibat daripada pengharaman undang-undang arak itu, seramai 300 orang dikenakan hukuman mati bersabit kesalahan arak dan 500,000 orang dipenjarakan. Denda yang dikumpulkan sebanyak 400 juta dollar. Namun akhirnya, pada tahun 1933, kerajaan Amerika terpaksa memansuhkan undang-undang pengharaman arak.

2.40 KESIMPULAN

Setiap Muslim dan Muslimah perlu memahami secara sedar bahawa Islam sebagai peraturan hidup manusia merupakan Qadhiyyah Ilahiyyah (Permasalahan Uluhiyyah) yang bersifat samawi, tidak layak disamakan dengan peraturan-peraturan hidup ciptaan manusia. Umat Islam yang memahami hakikat ini sekali-kali tidak akan menyamakan Islam dengan mana-mana peruntukan hasil pemikiran makhluk.

Setiap Muslim dan Muslimah perlu meyakini bahawa Islam merupakan Din Allah SWT untuk manusia sejagat. Mereka perlu yakin bahawa Islam sahaja mampu menyelesaikan masalah manusia lantaran Islam ditanzilkan oleh Pencipta manusia. Sesiapa yang memilih din yang lain maka dia menempa kerugian seperti mana yang diperingatkan Allah SWT dalam Firman-Nya:

“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Din (peraturan hidup) maka sesekali tidak diterima dan ia di akhirat kelak dari golongan mereka yang rugi.”

( Ali Imran: 85 )

2.4 KESYUMULAN ISLAM DARI SEGI SOSIAL, POLITIK DAN EKONOMI

Islam adalah sebagai al-Deen yang lengkap dan sempurna yang akan membicarakan segala perkara dalam kehidupan manusia dan tidak ada sedikit kekurangan dan kecacatan dalam ajarannya dengan penerangan mengenai prinsip-prinsip umu yang boleh memberikan ruang kepada manusia untuk menyesuaikannya, seperti firman Allah swt yang bermaksud :

Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan ke atas kamu nikmatKu dan aku redha bagi kamu Islam sebagai agama”.

3)

(Al-Maidah :

2.41 SOSIAL

Manusia sebagai makhluk sosial dan ia tidak boleh hidup bersendirian, ia mesti bergaul antara satu sama yang lain. Oleh itu Islam menetapkan adab-adab pergaulan sesama mereka supaya keharmonian di dalam masyarakat dapat diwujudkan. Misalnya adab hendak memasuki rumah orang seperti firman Allah swt yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturannya yang sopan itu).(An-Nur : 27)

Rasulullah apabila ia datang ke rumah orang, baginda tidak mengadap wajahnya di hadapan pintu, sebaliknya baginda berdiri di sudut kanan atau sudut kiri, kemudian baginda meminta izin masuk dengan menyebut namanya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

Apabila seorang dari kalangan kamu mengulangi tiga kali untuk meminta izin masuk, dan tidak diizinkan masuk maka hendaklah ia pulang. Permintaan untuk masuk hendaklah diulang sebanyak tiga kali, yang pertama memberi kesempatan bagi penghuni mendengar suara orang yang mendatang dan kedua kesempatan memperbaiki diri dan ketiga memberi izin masuk atau tidak mengizinkan”.

Begitu juga adab berjiran, manusia wajib menjaga hak jiran dan jangan menyakiti hati jiran kerana ia lambang orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul maka hendaklah ia menghormati jiran”.

2.42 POLITIK

Manusia sering berhubung antara satu sama lain, justeru itu ia mesti ada bimbingan daripada seorang yang diamanahkan untuk mentadbir urusan hidup mereka.

Pemerintahan Islam yg dituntut itu berbentuk Khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah dalam seluruh aspek. Apa tujuan ataupun matlamat yg hendak dicapai dengan adanya pemerintahan Islam serta sistem khalifah ini? Ia ditakrifkan oleh Ulama-Ulama terkenal spt Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibn Khaldun dan lain-lain bahawa tujuannya adalah untuk

“menggalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya”

Pengertian ini berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq sesudah wafatnya Rasulullah SAW yg bermaksud

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang menguruskannya”

Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem pemerintahan serta politik di dalam Islam. Tidak timbul soal politik itu kotor, politik bukan prioriti dan sebagainya.

Dalil politik itu ada dan utama didalam Islam

Al Quran

Mafhum : Sesungguhnya orang yang kami berikan kpd mereka kekuasaan di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan, melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung segala usaha”

(Al Hajj: 41)

Mafhum : Dan telah Kami turunkan kepada kamu, Kitab (al-Quran) yang didalamnya mengandungi penerangan terhadap semua perkara serta menjadi petunjuk dan rahmat dan membawa berita gembira bg muslimin"

(An Nahl: 89)

Al Hadith

Mafhum : “Apabila keluar tiga orang semasa bermusafir maka telah mesti ke atasnya melantik seorg drnya sbg ketua” ( Riwayat Abu Daud dan At-Tabrani, dengan sanad yang shohih)

Mafhum : “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang haq dihadapan pemerintah yang zalim”

(Riwayat At-Tirmidzi).

Mafhum : “Barangsiapa yang mati, dalam keadaan tiada padanya suatu bai’ah( iqrar janji taat kpd pemimpin Islam) maka matinya seumpama dalam keadaan Jahiliyyah”

Athar Sahabat

(Riwayat Muslim)

Berkata Saidina Umar al-Khattab Mafhum : Tiada Islam kecuali dgn Jemaah, tiada Jemaah kecuali dgn Kepimpinan, Tiada Kepimpinan kecuali dengan Ketaatan. (Lihat Mawsu’ah an-Nuzum wa al-Hadharah al-Islamiyah, Ahmad Syalabi, 2/29)

Sirrah

Setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah antara perkara terawal yang dilaksanakan oleh Baginda adalah

1. Mempersaudarakan diantara kaum Muhajirin dan Ansar

2. Membina masjid

3. Membentuk “Piagam Madinah”

4. Memecahkan monopoli Yahudi di pasar

Piagam Madinah adalah satu soal politik yang diberikan perhatian serius setibanya Baginda di Madinah.

Kemudian selepas baginda wafat, para sahabat telah menangguhkan pengurusan jenazah baginda kerana mereka sedang bermesyuarat di Saqifah Bani Sa’adah semata- mata kerana politik dan pemerintahan iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk memilih seorang ketua atau khalifah yg baru. Sedangkan adalah menjadi tuntutan untuk menyegerakan pengkebumian jenazah orang Islam terutamya didalam mazhab kita (Shafie). Adakah para sahabat tidak tahu akan kawajipan untuk menyegerakan jenazah baginda? Ini adalah kerana kewajipan melantik seorang ketua itu lebih utama dan penting dari menguruskan jenazah.

Pandangan Ulama

Al-Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya (Al-Iqtisad Fi al-I’tiqad, Bairut: Dar al Kutub al-Ilmiah, 11403/1983, hlm. 148-149) telah menyatakan maksudnya :

“Agama ini asas, pemerintah adalah pengawal, maka sesuatu yang tidak ada asas akan runtuh, dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang”.

Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah didalam kitabnya (As-Siyasah as-Syar’iyyah Fi Islah ar-Ra’ie wa ar-Ra’iyyah, Ibn Taimiyah, hlm 217): Mafhum :

“ Wajib diketahui bahawa kekuasan ke atas manusia adalah sebesar-besar tuntutan agama, bahkan tiada dapat mendirikan agama kecuali dengannya”

Jadi, berdsarkan sebahagian hujah-hujah diatas, adalah terang lagi bersuluh bahawa Islam akan sentiasa diperintah selagi mana Islam tidak mengambil tampuk pemerintahan, tujuan menerajui pemerintahan tidak akan terlaksana tanpa politik. Politik dan pemerintahan Islam itu adalah perkara yg utama dan tidak buleh dipisahkan bahkan Nabi SAW juga merupakan seorang pemimpin politik apabila baginda menjadi ketua negara di Madinah.

Para ulama telah meletakkan asas yang penting mengenai siapakah yang layak menjadi pemimpin dalam sebuah negara, antaranya ialah Islam, berilmu, adil, lelaki, sihat tubuh badan, pancaindera yang selamat dari kecacatan.

Tugas sebagai seorang pemimpin bukan satu tugas yang tashrifun (mulia) sebaliknya ia adalah taklifun (tanggungjawab) yang akan dipersoalkan di hari akhirat kelak.

Oleh itu sebagai seorang pemimpin ia mempunyai tugas yang sangat berat antaranya ialah menyediakan kemudahan rakyat, menyatu padukan rakyat yang terdapat pada waktu itu, menyebarkan dakwah ke serantau dunia untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah, melaksanakan hukum Allah kerana ia kewajipan yang tidak boleh dilaksanakan oleh rakyat biasa yang tidak ada kuasa, mentadbir kewangan negara dengan baik agar dapat disalur pada mereka yang berhak tanpa membezakan fahaman.

Islam

manusia, hubungan orang bukan Islam dengan orang Islam dan bagaimanakah kewajipan pemerintah terhadap orang-orang bukan Islam yang berada di bawah kekuasaan Islam.

manusia dengan

telah meletakkan

asas

yang kukuh mengenai hubungan

2.43 EKONOMI

Islam bukan agama kerohanian yang mengajar penganutnya hidup seperti rahib yang meninggalkan dunia sebaliknya hanya menumpukan kepada akhirat semata-mata dan tidak juga ia menyuruh supaya menumpukan dunia semata-mata. Tetapi sebenarnya ajaran Islam ialah ajaran yang tidak memisahkan antara dunia dan akhirat.

Firman Allah swt yang bermaksud :

Dan hendaklah engkau menuntut pada apa-apa yang diberikan kepada engkau oleh Allah akan negeri akhirat, dan janganlah engkau lupakan habuan kamu dari dunia ini, dan hendaklah engkau membuat ihsan sebagaimana Allah membuat ihsan dan baik kepada engkau”.

(Al-Qasas : 77)

Ayat Al-Quran yang menganjurkan agar kita berusaha, di antaranya firman Allah swt yang bermaksud :

Kami (Allah) menjadikan waktu siang itu untuk mengusahakan kehidupan”. (Al-Naba’ : 11)

Islam berusaha meningkatkan taraf hidup manusia dengan menggesa supaya umatnya rajin bekerja. Islam marah kepada mereka yang malas berusaha atau berat tulang. Rezeki yang hendak diusahakan mestilah dari sumber yang halal, bukan dari hasil yang haram walaupun pada pandangan mata kasar ia mendatangkan kemewahan hidup kepada manusia.

3.0 PERTEMUAN TIGA

3.1 IMAN

Iman merupakan satu persoalan yang sangat penting di dalam kehidupan setiap insan. Ianya mencakupi seluruh kegiatan manusia dan menjadi faktor penentu bagi kejayaan seseorang di dunia dan di akhirat, samada mukmin atau sebaliknya; ke syurga atau ke neraka tempat kembalinya

Jika kita lihat kehidupan umat Islam pada hari ini, kita dapati bahwa kepatuhan terhadap petintah dan larangan Alah SWT tidak dilaksanakan dengan sempurnanya. Perkara-perkara yang menyebabkan gugurnya iman seseorang itu terus berlaku tanpa mengira dosa atau bersalah. Ini adalah kerana jahilnya seseorang itu akan hakikat iman, tuntutan dan implikasinya didalam kehidupan sehari-hari seorang mukmin.

Di dalam surah Al-Hujurat ayat 14, Allah SWT telah menerangkan bahwa persoalan iman sebenarya tidak semudah apa yag diucapkan dengan lidah sahaja tanpa ianya bersemadi di dalam hati dan dibenarkan dengan amal.

Firmannya:

Orang-orang Arab Badwi itu berkata, ‘Kami telah beriman’. Katakanlah kepada mereka: Kamu belum beriman, tetapi katakanlah, Kami telah tunduk’kerana iman itu belum masuk kedalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya, Dia (Allah) tidak akan mengurangi sedikitpun (pahala) amalanmu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

Oleh itu, dalam usaha untuk kembali menghayati Islam sepenuhnya, maka perlulah kita memahami secara mendalam apakah hakikat iman yang sebenarnya, syarat-syarat dan tuntutannya serta perkara-perkara yang boleh menggugurkan iman dan bagaimana hendak meningkatkan iman tersebut.

3.11 IMAN DAN HAKIKATNYA

Kalimah iman merupakan salah satu kalimah yang tidak harus ditafsirkan kecuali menurut penafsiran yang dikehendaki oleh Allah SWT dan RasulNya. Dengan cara ini kalimah iman itu dapat ditentukan menurut pengertian syara’.

Al-Quran menerangkan penggunaan kalimah iman disekitar dua pengertian asasi:

1. Iman dalam pengertian MEMBENARKAN

2. Iman dengan pengertian AMAL atau BERILTIZAM DENGAN AMAL.

Dalil-dalil untuk Pengertian (1)

1.

Nabi

bagaimana Allah SWT berkuasa menghidupkan sesuatu yang telah mati

Ibrahim

as

meminta

agar

Allah

SWT

menunjukkan

kepadanya

FirmanNya:

“Allah berfirman: Tidakkah kamu membenarkan? Jawab Nabi Ibrahim: Bahkan (saya) membenarkan tetapi supaya hati saya tenang.”

(Al-Baqarah : 260)

2. FirmanNya

“Dan engkau tidak akan membenarkan kami, sekalipun benar”

(Yusuf : 17)

Dalam ayat di atas Allah menceritakan kisah-kisah saudara Nabi Yusuf as yang membawa pulang pakaian Bani Yusuf yang berlumuran darah palsu setelah mencampakkan ke dalam perigi buta dan cuba membenamkan hujah mereka kepada Nabi Ya’kub as.

3. Rasulullah

hadisnya

sewaktu Jibril as bertanya kepada baginda tentang iman, lantas baginda menjawab:

SAW

telah

menyimpulkan

pengertian

ini

di

dalam

“Yang dikatakan itu ialah dengan engkau beriman kepada Allah SWT, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan engkau beriman bahawa qadar baik dan jahat adalah daripada Allah SWT”. (Sahih Muslim)

Dalil-dalil untuk Pengertian (2)

Sesungguhnya iman itu bukanlah semata-mata pernyataan seseorang dengan hanya sahaja bahawa dia seseorang yang beriman (mukmin). Ini adalah kerana orang-orang munafiq mengatakan bahawa mereka beriman, sedang hati mereka tidak beriman. Firman Allah SWT:

“Dan di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian, padahal mereka itu sesungguhnya tidak beriman. Mereka hanya menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka itu menipu diri sendiri, padahal mereka tidak sedar.”

(Al-Baqarah: 8-9)

Iman itu pula bukan hanya setakat melakukan amal dan syariat Islam sahaja malahan ia seharusnya disusuli dengan niat keikhlasan kerana Allah. Ada juga kumpulan manusia pada lahirnya mengerjakan perbuatan baik sedangkan hati mereka tandus dengan rasa kebaikan dan keikhlasan kepada Allah SWT. FirmanNya:

“Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka itu. Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikti sahaja.”

(An-Nisaa : 142)

Dan bukanlah juga iman itu hanya mengetahui erti hakikatnya sahaja kerana ramai orang yang memahami hakikat iman itu tetapi mereka masih tidak mahu beriman dengan Allah, sebagaimana firmanNya:

“Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) pada hal hati mereka meyakini kebenarannya. Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang-orang yang berbuat kebinasaan.”

(An-Naml : 14)

Maka perlulah keimanan itu dapat diterima akal sampai kepada tingkat keyakinanyang teguh serta tidak tergoncang oleh bombang dan ragu, seperti firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang ebriman kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.”

(Al Hujurat : 15)

Di samping pengetahuan, pengertian dan kepercayaan yang kuat, perlu juga ianya sejajar dengan ketundukan hati, kepatuhan kemahuan dan kerelaan menjalankan perintah dan putusan dengan kejujuran hati. Firman Allah:

“Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu yang keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.”

(An-Nisaa : 65)

Iman yang sejati akan menimbulkan semangat bekerja dan berkorban dengan harta dan jiwa, bersesuaian dengan kehendak iman dan kewajipan orang yang beriman. Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat- ayatNya bertambahlah iman mereka dan kepada Allah mereka bertawakkal iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperolehi beberapa darajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia.”

(Al-Anfal : 2-4)

Iman juga sebagai pembeza antara orang-orang yang beriman dengan orang-orang kafir dan munafiq didalam budi pekerti dan amal, sebagai mana firman Allah SWT:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyu’dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari

(perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam keadaan ini tidak tercela.”

(Al-Mu’minun 1-6)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Iman itu terbahagi kepada 60 bahagian, yang paling tingi ialah mengucap dan yang paling rendah ialah yang membuang benda-benda yang boleh menyakiti orang di jalan.”

Di dalam hadith di atas, Rasulullah SAW telah menamakan semua amal-amal Islami sebagai iman.

Seandainya Rasulullah SAW menuntut supaya manusia hanya mentuturkan kalimah iman ini tanpa disusuli dengan kepatuhan menjunjung perintah nescaya manusia akan bersegera melakukan demikian. Tetapi seerah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW telah membuat persetiaan dengan golongan Muhajirin agar berkorban dengan harta dan jiwa mereka serta berhijrah. Persaudaraan dengan golongan Ansar diikat untuk sama-sama berjihad dijalan Allah. Syurga sebagai janji dariNya.

3.12 IMAN, MAUDHU’ & SYARATNYA

Iman itu adalah tasdiq (pembenaran) dengan hati, ikrar dengan lidah dan amal dengan perbuatan. Apabila wujud tasdiq baru ada amal, tiada amal tanpa tasdiq. Oleh it apakah yang terkandung dalam tasdiq itu dan apakah maudhu’nya? Tasdiq yang diamksudkan disini merangkumi seluruh aspek. Membenarkan samada yang ghaib ataupun yang nyata yang datangnya dari Allah dan Rasulullah. Untuk menadikan kita berada didalam golongan orang yang beriman, kita haruskah beriktikad dan meyakini beberapa pokok asas yang terkandung dalam kalimah:

Pokok-pokok asas itu ialah:

1. Iktikad bahawa yang menjadikan alam ini dan yang mengendalikan segala urusannya adalah Allah SWT. Dialah Allah, tuhan yang Maha Esa, Maha Berkuasa, hidup dan bersifat segala sifat-sifat kesempurnaan dan sunyi dari sifat- sifat dhaif. Kita mesti yakin bahawa tiada sesuatupun bersekutu dengan Allah SWT dalam menciptakan alam ini

2. Iktikad bahawa Allah SWT tidak menjadikan alam ini dengan tanpa tujuan. Allah menciptakan alam ini untuk semua makhluknya agar mengabdikan diri kepadaNya. Orang-orang kafir adalah terlaknat dan dijauhkan dari rahmatNya.

3. Iktikad bahawa Allah sahaja yang berhak menyusun dan mencipta undang-undang hidup untuk makhlukNya kerana Dialah yang menjadikan setiap sesuatu itu. FirmanNya:

“Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah tuhan semesta alam.”

(Al-A’raaf : 54)

Oleh kerana itu, sebarang penolakkan undang-undang Allah atau kritik-kritik terhadap hukum-hukum Allah adalah kufur dan membatalkan iman.

4. Pengabdian diri semata-mata kepada Allah melalui ibadah-ibadah yang disyariatkan Allah SWT. Segala permintaan doa mestilah ditujukan kepadaNya semata-mata. Barangsiapa yang menjadikan sesuatu samada orang yang telah mati, jin atau keramat sebagai perantaraan maka dia telah mensyirikkan Allah sekalipun dia berniat baik.

5. Membenarkan hari kiamat, syurga, neraka dan semua perkhabaran Rasulullah SAW yang telah lalu atau yang akan datang tanpa sebarang keraguan. Menolak perkhabaran ini bererti membatalkan iman kerana menidakkan rukun-rukun iman.

Apakah yang terkandung dalam amal? Adakah semua perintah-perintah Allah dan RasulNya itu wajib dipatuhi atau hanya sebahagiannya saja?

Kepatuhan dalam melakukan semua ibadah terbahagi kepada dua sudut; sudut iktiqadi dan sudut amali. Sebagai contoh berjihad pada jalan Allah SWT.

SUDUT IKTIKADI

Wajiblah diyakini bahawa berjihad pada jalan Allah itu sebagai satu kewajipan keatas setiap setiap muslim. Kemudian baharu berlaku perlaksanaannya apabila tiba waktunya diwajibkan ke atas setiap individu atau jemaah sesuai dengan syarat-syarat yang dihuraikan oleh syara’.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang mati tidak pernah berperang, atau tidak pernah berbicara dengan dirinya untuk berperang, beliau mati sedangkan dalam dirinya terhadap sebahagian sifat nifaq.”

(Riwayat Muslim)

Berbicara dengan diri sendiri tentang jihad adalah merupakan sudut iktiqadi, dalam ertikata membuat persediaan yang sewajarnya. Setiap muslim wajib beriktiqad jihad di jalan Allah itu wajib berdasarkan firman Allah SWT:

“Diwajibkan atas kamu berperang (pada jalan Allah) sekalipun kamu membenci peperangan itu.”

(Al-Baqarah : 216)

Iktiqad yang seperti ini bukan hanya dalam masalah jihad sahaja, malah meliputi semua amal-amal yang wajib. Adalah menjadi satu kemestian bagi setiap muslim beriktiqad bahawa amal-amal yang wajib itu telah diwajibkan oleh Allah SWT, barulah ia melakukannya.

Menafikan sudut iktiqad ini adalah kufur. Inilah yang dinamakan oleh ulama’ dengan “engkar”, yang mana mereka telah mengatakan: “Sesiapa yang mengingkari wajibnya

haji maka beliau telah kufur, yakni sesiapa yang tidak percaya bahwa Allah telah mewajibkan haji keatasnya sewaktu dia mempunyai keupayaan maka dia telah kufur.”

SUDUT AMALI

Ianya adalah perlaksanaan menunaikan amal-amal yang disyariatkan. Para ulama’ telah membezakan antara meninggalkan amal kerana malas, bakhil dan uzur (pendalihan) yang tidak diterima syarak dengan meniggalkannya kerana engkar dan keras kepala. Golongan yang pertama, umpamanya orang yang tidak berpuasa kerana malas, sebagai pelaku maksiat dan golongan kedua sebagai kafir.

Sebagai kesimpulan secara umum dalam hal ini, telah nyata bahawa amal itu adalah tuntutan iman. Amal yang wajib itu mesti diiktiqadkan wajib, yang sunat itu sunat dan yang haram itu haram. Setelah iktiqad ini baharulah dilaksanakan amal-amal. Sesiapa yang beriktiqad yang wajib itu haram, atau yang haram itu wajib, beliau telah kufur.

3.13 RUKUN IMAN

Dari Umar Bin Khatab ra. katanya ; “ Tatkala kami duduk disisi Rasulullah saw,tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian sangat putih, berambut sangat hitam, tidak kelihatan padanya bekas- bekas perjalanan jauh, dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalinya. Orang itu terus duduk di hadapan Rasulullah saw seraya mendampingkan lututnya ke lutut Rasulullah saw dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua paha Nabi Muhammad saw seraya berkata : ‘ Hai Muhammad! Terangkan kepada saya tentang Islam ? ’ Jawab Rasulullah saw : ‘Islam itu ialah dengan mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji jika kuasa’. Jawab orang itu : ‘Benar katamu itu’. Kata Umar, kami pun hairan betapa ia bertanya dan mengiakannya. Orang itu bertanyakan tentang Iman. Jawab Rasulullah saw : ‘ Iman itu percaya kepada Allah swt, malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan ketentuan baik atau buruk itu adalah keputusan Allah’. Jawab orang itu : ‘Benar katamu’. Orang itu lalu bertanya tentang Ihsan. Jawab Rasulullah saw : ‘ Ihsan itu ialah menyembah Allah dengan sepenuh hati seolah-olah tuan melihatNya, kerana walaupun tuan tidak melihatNya tetapi Dia melihat tuan’. Orang itu bertanya lagi tentang kiamat. Jawab Rasulullah : ‘ Tidakkah yang bertanya lebih tahu dari penanya sendiri’. Akhirnya bertanya pula ia tentang tanda-tanda hari kiamat. Jawab Rasulullah saw : ‘ Tandanya apabila tuan melihat perempuan menjadi hamba kepada anak kandungnya, berlumba-lumba membina rumah oleh kaum yang melarat’. Kata Umar, kemudian pergilah orang itu dan setelah beberapa lama kemudian Rasulullah saw berkata kepadaku : ‘ Tahukah kau siapa yang bertanya itu ?’. Jawabku : ‘ Hanya Allah dan RasulNya lah yang maklum’. Kata Rasulullah saw : ‘ Bahawa penanya itu ialah Jibrail, ia datang mengajarkan padamu tentang agamamu’ ”.

1. Mestilah beriman kepada Allah swt.

(SahihMuslim)

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dari jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

( Al-Baqarah : 256 )

2. Mestilah beriman kepada rasul-rasul.

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasulNya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasulNya dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir kepad sebahagian yang lain”, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) diantara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan.”

( An-Nisa’ : 150-151 )

Sabda Nabi Muhammad saw ; “Demi Tuhan yang diri Muhamad di dalam kekuasaannya tidak ada seorang pun dari umat manusia ini samaada Yahudi atau Nasrani yang mendengar akan risalahKu (Kerasulan Ku) kemudia dia mati sedangkan di Allah SWT tidak beriman kepada (Islam) yang aku diutuskan membawanya melainkan menjadikan ia dari ahli neraka. (Riwayat Muslim)

3. Mestilah beriman kepada Malaikat.

“Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikina pula orang-orang yang beriman, Semuanya beriman kepad Allah, malaikat- malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasulNya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami ta’at. (Mereka berdo’a) “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kami kembali”. (Al-Baqarah : 285)

“Barangsiapa yang menjadi musuh Allah , malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir”. (Al-Baqarah: 98)

4. Mestilah beriman kepada Kitab.

“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada RasulNya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itutelah sesat sejauh-jauhnya.

(An Nisa’: 136)

Sabda Nabi Muhammad saw ;

“Dari Ibn Abbas r.a bahawa Abdullah bin Salam dan serombongan dari kaumnya datang menghadap Rasulullah SAW, lalu mereka berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya kami beriman kepadamudan Kitab Al Quran yang diturunkan kepadamu dan kepada Nabi Musa dan kepada Kitab Taurat dan kepada ‘Uzair dan kami kufur terhadap yang lain dari Kitab-kitab dan Rasul-rasul. Maka Rasulullah SAW bersabda, bahkan kamu hendaklah beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad dan KitabNya Al Quran dan pada tiap-tiap Kitan yang diturunkan dahulu daripadanya.”

(Riwayat Imam Tha’labi)

5. Mestilah beriman kepada hari akhirat.

“Dan tentu mereka akan mengatakan (pula) “Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia saja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan. Dan seandainya kamu melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhannya (tentulah kamu melihat peristiwa yang mengharukan). Berfirman Allah: Bukankah (kebangkitan) ini benar?” Mereka menjawab: “Sungguh benar, demi tuhan kami”, Berfirman Allah: “Kerana itu easakanlah azab ini, disebabkan kamu mengingkari(nya)”.

(An’am: 29, 30)

Sabda Nabi Muhammad saw ;

“Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehinga ia beriman sekurang-kurangnya kepada empat perkara, iaitu meyakini bahawa: Tiada Tuhan yang berhak disembah melain kan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah SAW yang diperutuskan membawa kebenaran, percayakan mati dan percayakan kebangkitan sesudah mati serta percayakan Qadar.”

(Riwayat Imam Tarmizi)

6. Mestilah beriman kepada Qadar.

“Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”.

(Qamar : 49)

“Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil diantara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar.”

(At Thalaq : 2)

“Dan memberinya rezeki dari arah tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

(At Thalaq : 3)

Sabda Nabi Muhammad saw ;

“Kalaulah salah seorang dari kalangan mereka membelanjakan emas sebesar Bukit Uhud nescaya Allah tidak menerimanya sehinggalah dia beriman kepada Qadar.”

3.2 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Seseorang itu dianggap terkeluar daripada iman dan Islam apabila dia beri’tikad, berkata-kata atau melakukan perbuatan yang membatalkan ikrar dan tasdiq dua kalimah syahadah dan diwajibkan kepada kerajaan Islam melaksanakan hukum murtad (hudud) ke atasnya.

Berdasarkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah, Al-Imam At-Tahawi menyenaraikan empat perkara asas yang membatalkan iman, iaitu :

1. Mengengkari sifat Rubbubiyyah

Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah sebagai kuasa yang mencipta alam dan sekalian makhluk, mentadbir, memberi rezeki, boleh menyebabkan seseorang menjadi kufur.

Dan jika kamu bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab : Allah!. Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan. (Az-Zukhruf : 87)

2. Mengengkari sifat Uluhiyyah

Setiap iktikad, kepercayaan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah sebagai ilah dengan penuh kasih, takut, dll serta tidak disekutukan ibadat selain kepadaNya dan menerima segala hukum-Nya dengan yakin dan redha.

Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan.

(Al-Fatihah : 5)

Inilah dasar yang memisahkan antara mukmin dan kafir kerana ramai manusia mempercayai sifat Rubbubiyyah Allah tetapi mengengkari sifat Uluhiyyah Allah.

Dan seandainya kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka akan menjawab : Allah!, tetapi bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (daripada beriman kepada Allah)?

(Az-Zukhruf : 87)

3. Mengengkari Asma’ Allah dan sifat-sifat-Nya

a. Kafir Nafi Menafikan dan mengengkari mana-mana sifat Allah seperti ilmu-Nya, qudrat-Nya dll atau mentakrifkan mana-mana sifat Allah dengan takrifan yang kurang sempurna

seperti menyamakan ilmu Allah dengan ilmu makhluk (terhad) dan mempertikaikan hak dan kekuasaan Allah seperti tidak merujuk kepada perintah dan larangan Allah dalam menggubal undang-undang.

b. Kafir Isbat Menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau mustahil bagi Allah sedangkan Al- Quran dan Hadith menafikannya seperti mengatakan Allah mempunyai anak dan isteri serta mengadakan peraturan sendiri yang bercanggah dengan yang telah ditetapkan oleh Allah.

4. Mengengkari Rasulullah dan kerasulannya.

Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan mencela peribadi dan kerasulan Rasulullah serta apa yang disampaikannya seperti tidak melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahan, mengkafirkan sahabat dll.

3.21 LANJUTAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Kita telah memahami bagaimana seseorang itu dianggap menganut Islam dalam ertikata yang sebenarnya dan tertanam di dalam hatinya ciri-ciri iman. Ada orang dikurniakan oleh Allah SWT dengan iman yang teguh sehingga dia meninggal dunia dengan mentasdiqkan La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah dan ada pula orang yang berpaling tadah dengan sebab engkar dan durhakanya.

Orang yang ditetapkan imannya pula, ada yang dianggap sentiasa di dalam kebaikan, ada pula yang cuai dan ada pula yang menzalimi dirinya sendiri. Ada orang yang masuk syurga dengan tiada hisab, ada pula orang yang dimasukkan ke neraka kerana dosa sehinggalah Allah melepaskannya dari neraka dengan kurniaanNya.

Adapun orang yang dicabut imannya perlulah kita mengkaji kaedah-kaedah yang dikemukakan oleh ulama’ berdasarkan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw, di antaranya ialah apa yang ditegaskan oleh al-Imam At Tahawi rahimahullah di dalam kitabnya.

“Dan kami menamakan ahli-ahli qiblat kami orang-orang Islam dan orang-orang beriman selagi mereka mengakui apa yang dibawa oleh Nabi saw dan membenarkan apa-apa yang disabda dan diberitahu…Kami tidak mengkafirkan seseorang pun di kalangan ahli al qiblat dengan sebab melakukan dosa selagi dia tidak menghalalkannya, dan kami tidak berkata, ‘bahawa mereka telah memberi mudharat bersama iman itu oleh dosa sesiapa yang melakukannya…Dan seorang hamba itu tidak terkeluar daripada iman melainkan dengan mengengkari hukum terhadap apa yang diceburinya.”

Penjelasan daripada kaedah itu ialah bahawa hukum syara’ telah menjelaskan bagi Iman dan Islam itu ada pintu masuk dan pintu keluarnya. Sebagaimana yang dinyatakan dahulu, sesungguhnya ikrar dan mentasdiqkan dua kalimah syahadah itu menjadi pintu masuk dan kuncinya. Maka orang itu dianggap keluar daripada iman dan Islam apabila lahir daripadanya perkataan, perbuatan atau iktikad yang

membatalkan ikrar dan tasdiq dari dua kalimah syahadah yang memberi makna mentauhidkan Allah swt pada Rubbubiyah, Asma’ dan SifatNya, dan mentauhidkan Allah pada Uluhiyyah. Dan sebahagian yang kedua daripada syahadah itu berikrar dan mentasdiqkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di samping mengakui segala sifat kenabian dan kerasulan.

Oleh itu, sesiapa yang bercakap atau melakukan perkara-perkara yang menunjukkan keengkarannya terhadap ikrar syahadah itu, maka syahadahnya terbatal dan keluarlah dia daripada Islam dan diwajipkan kepada kerajaan Islam melaksanakan hukum murtad ke atasnya, bermula daripada disuruh bertaubat sehinggalah dijatuhkan hukuman bunuh kalau dia tidak mahu bertaubat dan tempatnya kekal di dalam neraka kalau dia mati di dalam keadaan begitu.

Adapun seorang mukmin itu melakukan dosa maka tidaklah batal imannya sekalipun dia belum bertaubat jika tidak ada padanya perkara-perkara yang membatalkan syahadahnya, jika Allah mengkehendaki dia mengampuninya, dan dengan kehendakNya juga dia dimasukkan ke dalam neraka, kemudian dimasukkannya pula ke syurga, kerana terlalu banyak hadith-hadith yang sahih yang menyatakan bahawa Allah swt membebaskan dari neraka orang-orang yang ada iman di hatinya walaupun sebesar zarrah dan firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik denganNya dan Dia mengampuni yang lain daripada itu akan sesiapa yang dikehendaki.” (An-Nisa’ : 116)

Oleh itu, maka perkara yang menyebabkan terkeluarnya seseorang itu daripada agama Islam atau terbatal imannya ialah :

1. mengingkari sifat Rubbubiyyah atau mencelanya,

2. mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatNya

3. mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah

4. mengingkari atau mencela Rasulullah saw atau kerasulannya.

Keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan i’tiqad, perkataan dan perbuatan, di mana sesiapa yang melakukannya batallah imannya dan keluar daripada agama Islam dan syahadahnya tidak sah. Wal’iyazabillah.

Bagi menjelaskannya ialah :

1. Mengingkari sifat Rubbubiyyah atau mencelanya.

Yang pertama di dalam tauhid itu ialah mentauhidkan Allah swr pada RubbubiyahNya beri’tiqad bahawa Dialah Tuhan yang menciptakan alam, mentadbir, memilikinya, memberi rezeki, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan kebijaksanaanNya yang tidak terhingga. Maka setiap i’tiqad, perkataan dan tindak- tanduk yang menunjukkan keingkarannya menjadi kafir dan riddah, seperti orang yang menganggap ada yang Qiddam (sedia) selain daripada Allah swt sehingga ia tidak berhajat kepada penciptanya, mengingkari bahawa makhluk itu ciptaan Allah swt, menganggap Allah tidak mengambil tahu terhadap makhluk setelah

dijadikanNya, menganggap adanya rezekiyang bukan dari Allah swt, menjadi kufur orang yang menganggap sifat itu dipunyai juga oleh ynag lain daripada Allah swt seperti yang dinyatakan oleh Fir’aun :

“Akulah Tuhan kamu yang maha tinggi.”

(An Naaziat: 24)

Atau mengaku dirinya berkuasa memiliki, memberi rezeki dan mentadbir selain daripada Allah swt atau bersekutu dengan Allah swt. Dan menjadi kafir juga orang- orang yang ikut atau mempercayai sesiapa yang membuat pengakuan tersebut.

2. Mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatNya.

Allah swt dan RasulNya saw telah mensabitkan bagiNya beberapa nama (Asma’) dan sifat, di samping menafikan beberapa sifat. Maka sesiapa yang menafikan atau mengurangkan apa yang disabitkan oleh Allah atau yang dinyatakan oleh Rasulullah , maka dia menjadi kafir. Begitu juga orang-orang yang mensabitkan bagi Allah swt apa yang dinafikan oleh oleh RasulNya saw.

Adapun mengkafirkan sifat-sifat Allah dan Asma’Nya itu dengan dua cara, iaitu kafir Nafi dan kafir Ithbat. Kafir Nafi itu ialah menidakkan atau menafikan mana-mana sifat Allah swt seperti menafikan ilmuNya, qudratNya dan lain-lain sifat yang dinyatakan di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullsh saw. Juga termasuk menafikan sifat dan mentakwilkan dengan takwil yang mengurangkan atau menghadkan kesempurnaan Allah swt, seperti orang yang mengaku Allah itu bersifat ‘ilmu tetapi ‘ilmu secara ijmal, dia tidak mengetahui secara tafsil dan detail atau menyamakan sifat Allah swt dengan sifat makhluk.

Kafir Ithbat itu ialah menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau sifat yang mustahil bagi Allah swt sedangkan Allah swt dan RasulNya menafikan sifat itu, seperti menyatakan bahawa Allah itu mempunyai anak, isteri atau sekutu-sekutu, Allah swt itu mengantuk, tidur, lalai, mati dan sebagainya. Begitu juga orang-orang yang mengaku bersifat seperti Allah swt maka kafirlah orang yang berkata begitu dan kafir juga orang yang mempercayainya.

3. Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah

Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tiqad yang mengingkari bahawa Allah swt sahaja yang disembah dengan sebenarnya, yang lain daripadaNya tidak berhak disembah dan diabdikan diri kepadaNya dengan pengertian ibadat. Maka sesiapa yang berkata atau beramal atau beri’tiqad dengan cara yang bercanggah dengan UluhiyyahNya, maka kafir dan murtadlah dia. Dan kekafiran inilah yang paling banyak berlaku di kalangan manusia. Sesungguhnya kebanyakan manusia sejak dahulu hingga sekarang mengakui tauhid Rubbubiyah dengan mempercayai qudrat Allah swt, tadbirNya, rezekiNya, Dialah yang menghidupkan dn mematikan, iaitulah apa yang dimaksudkan oleh firman Allah yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya jika kamu bertanyakan mereka, ‘Siapakah yang menciptakan mereka?’. Nescaya mereka menjawab, ‘Allah’”.

(Az Zukhruf : 87)

Tetapi mereka mengingkari di dalam i’tikad, perkataan dan perbuatan terhadap Uluhiyyah Allah seperti beribadat kepada yang lain daripada Allah swt, mengakui hukum dan undang-undang yang lain daripada syari’at Allah dengan hati dan lidah.

4. Mengingkari atau mencela Rasulullah saw atau kerasulannya.

Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tikad yang menafikan atau mencela kerasulan atau peribadi orang yang menjadi rasul saw dan mengingkari apa-apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah saw seperti tentang kebangkitan selepas mati, tentang masyhar, hisab, mizan, sirat, syurga, neraka dan lain-lain lagi daripada perkara- perkara ghaib. Begitu juga mengingkari al-Quran dengan apa cara sekalipun kerana al-Quran itu disampaikan oleh Rasulullah saw bahawa ianya dari Allah swt. Begitu juga mengingkari hukum yang sabit menurut nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw yang diketahui oleh setiap orang Islam seperti wajibnya sembahyang, puasa, zakat, haji, halal dan haram melainkan mengingkari perkara-perkara yang diketahui oleh orang-orang yang berilmu sahaja, maka dimaafkan kerana jahilnya tetapi tiada maaf lagi setelah diberitahu.

Berkata al Imam Ibn Hajar al Haitami di dalam kitabnya :

Di antara perkara-perkara kufur dan syirik itu ialah seseorang yang berazam untuk menjadi kafir dan syirik sama ada dalam masa yang dekat atau jauh, atau mentaklidkan dengan lidahnya dan hatinya untuk menjadi kafir walaupun dengan perkara yang mustahil pada akal, maka dia menjadi kafir ketika itu juga. Atau secara ingkar dan bersenda-senda seperti beri’tikad dengan qadimnya alam, atau menafikan apa yang diwajibkan bagi Allah swt dengan ijma’ dan diketahui oleh umum umat Islam seperti menafikan ilmu Allah swt itu terbatas, ataupun mensabitkan apa yang nafi bagi Allah swt seperti menetapkan warna bagiNya.”

Dan seterusnya Ibn Hajar menghuraikan : “termasuk di dalam makna itu apabila seseorang yang menyatakan dia sebagai Islam tiba-tiba dia melakukan perkara- perkara yang menjadi ijma’ berlaku di kalangan orang kafir seperti mengunjungi gereja bersama-sama orang kafir dengan cara dan pakaian yang sama, atau orang yang membuang kertas yang mengandungi ayat-ayat Quran atau Ismullah ke dalam najis, atau meragui mana-mana nabi atau mana-mana Kitab seperti Taurah, Injil atau Zabur atau Suhuf Ibrahim, atau mana-mana ayat al-Quran. Atau menyesatkan umat yang tidak sesat, atau mengkafirkan sahabat, atau mengingkari Mekah, Kaabah, Masjid al Haram, atau sifat-sifat haji, sembahyang dan puasa, atau menghalalkan yang haram seperti mengharuskan sembahyang tanpa wudhu’ dalam perkara yang tidak uzur, menghalalkan kezaliman ke atas orang Islam atau kafir zimmi tanpa dalil syar’ie yang mengharuskan dia beri’tikad begitu, atau mengharamkan yang halal seperti mengharamkan jual beli dan nikah, atau mengatakan sesuatu yang tidak patut terhadap Rasulullah saw seperti warnanya hitam, mati sebelum berjanggut, tidak Quraisy, bukan Arab, bukan manusia, kerana berkata begitu adalah membohongi keadaan yang sebenar.

Begitu juga mengharuskan ada nabi selepas daripadanya atau melahirkan keraguannya seperti berkata : ‘Saya tidak tahu sama ada yang dibangkitkan di Mekah mati di Madinah atau orang lain.’ Atau mengatakan bahawa jadi Nabi itu boleh diusahakan, atau menyatakan wali itu lebih tinggi martabatnya daripada nabi dan malaikat, melaknatnya atau memakinya atau mempersendakannya. Kemudiannya Ibn Hajar menyatakan bahawa menjadi kafir juga orang yang meredhakan kafir seperti menasihatkan orang kafir supaya jangan masuk Islam.

Berkata al Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ketika menafsirkan firman Allah swt yang bermaksud :

“Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka orang-orang yang kafir.”

(Al-Maidah : 44)

Tidak “

apa yang telah diturunkan oleh Allah swt adalah menjadi kafir. Sesungguhnya setiap umat Islam itu mestilah memerintah dengan adil. Kadang-kadang keadilan menurut hukum mereka ialah yang dipandang oleh pembesar-pembesar mereka. Bahkan

banyak sekali di kalangan orang yang mengaku Islam berhukum dengan adat yang bukannya diturunkan oleh Allah swt seperti orang Badwi di zaman dahulu di mana mereka berpendapat itulah hukum yang sayugia dilaksanakan, bukannya kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw.”

syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beri’tikad wajiblah berhukum dengan

3.22 BAGAIMANA MENINGKATKAN IMAN

Hendaklah disedari bahawa iman itu ada pasang surutnya. Oleh itu perlu diawasi selalu dan sentiasa mempertingkatkan keimanan melalui amalan-amalan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah. Dibawah ini ada beberapa cara yang dapat dilakukan untuk tujuan tersebut :

1. mengutamakan ibadat-ibadat fardhu dengan penuh rasa khusyu’ dan tawadhu’, serta memahami apa yang dilakukan dan dibacakan.

2. menggemarkan amalan-amalan sunat. Amalan yang paling diutamakan ialah solat di malam hari (qiyammullail).

“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada tuhannya dengan rasa takut dan harap.”

(As-Sajdah : 16)

3. Menyukai berzikir kepada Allah swt. Firman Allah :

“Hai orang-orang yang beriman berzikirlah dengan menyebut nama Allah zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.” (Al-Ahzab :41-42)

Banyak cara-cara untuk mengingati Allah dan yang sebaik-baiknya ialah membaca Al-Quran, kalam Allah swt.

PENUTUP

Dengan ini diharap pengertian iman yang sebenarnya sudah jelas kepada kite semua. Kite berdoa semoga Allah swt sentiasa menggolongkan kite ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan menjauhkan diri menyekutukannya. InsyaAllah Rabbul ‘Alamin.

3.3 IKHLAS

Al- Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna berkata :

“Yang saya maksudkan dengan ikhlas ialah setiap akh muslim mestilah mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran pahala dari-Nya. Semua perkataan, amalan dan jihad tidak memandang kepada sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran, kedudukan terkemuka atau mundur. Dengan itu beliau menjadi tentera fikrah dan aqidah, bukan tentera yang mengejar sesuatu atau kepentingan.”

Firman Allah swt di dalam surah Al-An’am 162-163 yang bermaksud :

“Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan.”

Dengan itu akh muslim dapat memahami slogan yang sering dilaungkan :

“Allah matlamat kami, Allah maha besar, bagi Allah segala pujian.”

Keterangan

Ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah swt, tanpa dicampuri dengan tujuan dunia. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan dunia, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan manusia, meminta pujian, lari dari kejian, mengikut hawa nafsu yang tersembunyi atau lain-lain lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “ melakukan amalan bukan kerana Allah.”

Ikhlas dengan makna ini adalah buah dari tauhid yang sempurna iaitu mengesakan Allah taala dalam ibadat. Kerana itulah riya’ (menunjuk-nunjuk) yang merupakan lawan kepada ikhlas adalah perbuatan syirik. Syidad bin Aus berkata : “kami mengira riya’ adalah syirik kecil pada zaman Rasulullah saw.”

Rukun Bagi Amalan Yang Diterima

Setiap amal soleh mempunyai dua rukun. Allah swt tidak menerima sesuatu amalan melainkan jika memenuhi dua rukun tersebut iaitu :

pertama : ikhlas

kedua

: bertepatan dengan sunnah dan syara’

Dengan rukun yang pertama tercapailah kesahihan batin dan dengan yang kedua tercapailah kesahihan lahir. Berkenaan dengan rukun yang pertama Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”

“Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak ada kena mengena dengan agama kami, maka ia adalah tertolak.”

Allah Taala telah menghimpunkan dua rukun tersebut pada banyak tempat dalam al- Quran. Di antaranya firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 22 yang bermaksud :

“Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah dalam dua keadaan dia berbuat baik, sesungguhnya dia telah berpegang pada ikatan yang teguh.”

Menyerah diri kepada Allah adalah mengikhlaskan niat dan beramal kerana-Nya. Membuat baik pula adalah mengikut sunnah Rasulullah saw. Fudhail bin ‘Iyadh berkata tentang firman Allah taala (al-Mulk : 2) yang bermaksud :

“Supaya dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang baik amalannya.”

“Amalan yang paling baik ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar.”Orang bertanya kepada beliau: “Wahai Abu Ali, apakah yang dimaksudkan dengan yang paling ikhlas dan benar itu?” Beliau menjawab : “Sesungguhnya sesuatu amalan itu, jika ia ditunaikan secara ikhlas sahaja tetapi tidak menepati kebenaran, maka ia tidak akan diterima. Begitu juga jika ia menepati kebenaran tetapi jika tiada ikhlas, maka ia juga tidak diterima. Amalan yang diterima ialah yang ikhlas dan menepati kebenaran. Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah dan kebenaran adalah mengikut sunnah.”

Kemudian Fudhail membaca firman Allah Taala dalam surah al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud :

Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya, maka ia hendaklah melakukan amalan yang soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.”

Dari perkara di atas dapatlah kita ketahui bahawa niat yang ikhlas semata-mata tidak memadai supaya amalan diterima selagimana tidak bertepatan dengan sunnah dan syara’. Begitu juga amalan yang menepati syara’ tetapi tidak disertai dengan niat yang ikhlas kepada Allah tidak akan diterima.

Tanda-tanda Ikhlas

Ikhlas mempunyai banyak tanda dan alamatnya yang banyak. Ia terserlah di dalam kehidupan orang yang ikhlas akhlaknya dan pandangannya kepada diri sendiri dan manusia. Di antara tanda dan alamat tersebut ialah :

1.

Beliau takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah

kepada diri dan agamanya. Lebih-lebih lagi jika beliau seorang yang berkebolehan. Beliau meyakini bahawa Allah menerima sesuatu berdasarkan batin bukannya zahir, jika seseorang manusia itu memiliki kemasyhuran di seluruh pelusuk dunia sekalipun, sedangkan niatnya bercampur-baur, maka ia tidak memberi apa-apa makna.

Inilah yang menjadikan ramai di kalangan ulama’ salafussoleh takut kalau hati-hati mereka ditimpa fitnah kemasyhuran, kemegahan dan sanjungan. Mereka memberi amaran kepada murid-murid mereka tentang perkara tersebut. Ibrahim bin Adham berkata :“Orang yang kasihkan kemasyhuran tidak berlaku adil terhadap Allah.”

Salim bin Hanzalah berkata :

“Ketika kami berjalan mengiringi Ubai bin Kaab, Umar melihat kepada beliau lantas memukulnya dengan cemeti. Ubai berkata : ‘ Lihatlah wahai Amirul Mukminin, apakah yang telah kamu lakukan?’ Umar menjawab : ‘ Ini adalah kehinaan kepada pengikut dan fitnah kepada orang yang diikut.”

Inilah pandangan tajam Saidina Umar yang berharga terhadap apa yang berlaku. Walaupun pada mulanya pada zahir yang remeh, tetapi ia akan memberi kesan yang besar terhadap para pengikut dan ketua yang diikuti.

Al Hassan berkata :

“Pada suatu hari Ibnu Mas’ud keluar dari rumahnya dan beliau diikuti oleh segolongan manusia. Beliau berpaling kepada mereka lantas berkata : ‘Mengapa kamu semua mengikut aku? Demi Allah jika sekiranya kamu mengetahui apa yang berlaku di dalam rumahku, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu yang mengikutiku.”

Al-Hassan berkata :

“Sesungguhnya bunyi sepatu orang-orang yang mengelilingi seorang lelaki boleh menggoncangkan hati orang-orang yang bodoh.” Pada suatu hari Al Hassan keluar lalu beliau diikuti oleh segolongan manusia. Beliau berkata : “Adakah kamu mempunyai hajat? Jika tidak, apakah yang akan menimpa kepada hati mukmin?”

Ayyub As Sakhaitani keluar bermusafir, lalu beliau dikelilingi oleh manusia yang ramai. Beliau berkata :

“Kalau tidak kerana aku mengetahui bahawa Allah swt mengetahui dalam hatiku bahawa aku benci kepada perkara ini, nescaya aku takut kemurkaan Allah swt.”

Ibnu Mas’ud berkata :

“Jadilah kamu sumber ilmu, lampu petunjuk, penunggu setia rumah, pelita di malam hari, hati-hati yang sentiasa baru, berpakaian buruk, kamu dikenal di kalangan ahli langit dan tidak dikenali oleh ahli bumi.”

Al Fudhail bin ‘Iyadh berkata :

“Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah. Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah swt?”

Janganlah difahami dari athar-athar di atas bahawa ia menyeru kepada bersembunyi dan mengasingkan diri. Sesungguhnya athar-athar tersebut dari pemimpin-pemimpin para du’at yang soleh dan mempunyai peninggalan yang baik dalam arena da’wah kepada masyarakat.

Tetapi hendaklah difahami secara keseluruhannya bahawa ia adalah kesedaran terhadap bahaya syahwat diri yang tersembunyi dan berwaspada terhadap lubang dan jendela yang mana syaitan dapat menyusup masuk melalui ke dalam hati manusia.

Kemasyhuran pada zatnya bukanlah suatu yang tercela. Tidak ada di sana orang yang lebih masyhur dari para Nabi dan Khulaf Ar Rasyidin. Tetapi jika kemasyhuran itu wujud tanpa berusaha bersungguh-sungguh dan tamak untuk mendapatkannya, maka tidaklah menjadi kesalahan walupun ada keburukannya. Itulah yang disebut oleh Imam Al Ghazali :

Ia menjadi fitnah kepada orang-orang yang lemah, tidak kepada orang-orang yang kuat.”

2. Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah swt, lalai

dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati dan dimasuki oleh sifat megah dan taajub dengan diri sendiri. Bahkan beliau merasa takut kalau-kalau dosanya tidak diampunkan oleh Allah atu kebaikannya tidak diterima. Setengah para solehin menangis bersungguh-sungguh di dalam sakitnya. Lalu sebahagian daripada orang yang menziarahinya berkata : Mengapa kamu menangis? Sedangkan kamu telah berpuasa, bersembahyang malam, berjihad, bersedekah, menunaikan haji dan umrah, mengajar dan berzikir? Beliau menjawab : Manalah aku tahu sama ada perkara itu termasuk di dalam timbangan amalanku dan diterima di sisi Tuhanku? Sedangkan Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 27 :

“Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa.”

At Tirmizi meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa :

“Aisyah, isteri Nabi saw berkata : ‘ aku bertanya Rasulullah saw tentang ayat ini (al Mukminin : 60) yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut.”

Aisyah berkata : ‘Adakah mereka itu orang yang meminum arak dan mencuri? Rasulullah menjawab : ‘Tidak, wahai anak as Siddiq, tetapi mereka ialah orang- orang yang berpuasa, bersembahyang dan bersedekah dalam keadaan mereka takut kalau-kalau amalan mereka tidak diterima. Merekalah orang-orang yang berlumba- lumba menuju kepada kebaikan.”

3. Beliau lebih suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi dari amalan

yang dipenuhi dengan iklan dan irama paluan kemasyhuran. Di dalam jamaah beliau lebih suka menjadi seperti tunjang pokok. Walaupun tunjang tersembunyi di dalam perut bumi dan tidak dapat dilihat mata, namun ia adalah asas untuk pokok itu tegak dan hidup.

Dari Umar Ibnu al Khattab ra bahawa beliau pergi ke masjid Rasulullah pada suatu hari. Beliau mendapati Mu’az bin Jabal duduk di sisi kubur Rasulullah saw dalam keadaan menangis. Umar bertanya : “Apakah yang membuatkan kamu menangis?” Mu’az menjawab : “Aku menangis kerana telah mendengar Rasulullah saw bersabda : ‘Sesungguhnya riya’ yang sedikit adalah syirik. Sesiapa yang memusuhi wali Allah, sesungguhnya dia telah berperang dengan Allah. Allah mengasihi orang-orang yang baik dan bertaqwa yang tidak dikenali. Apabila mereka hilang, orang tidak mencarinya dan apabila mereka ada, mereka, mereka tidak dipanggil dan dikenali. Hati-hati adalah lampu petunjuk, mereka keluar dari setiap tanah berdebu yang gelap.”

4. Sama sahaja di sisi beliau sebagai pemimpin atau tentera, selagi mana kedua-

duanya adalah berkhidmat dengan da’wahnya. Hatinya tidak dapat dikuasai oleh perasaan cinta untuk muncul ke depan, berada di barisan hadapan, mahu menjadi pemimpin dan menjawat bahagian kepemimpinan. Bahkan mungkin beliau lebih mengutamakan untuk menjadi tentera biasa kerana takut berlaku cuai dalam melaksanakan kewajipan dan tugas kepimpinan. Dalam setiap perkara, beliau tidak berusaha untuk menjadi ketua dan tidak memintanya. Tetapi jika beliau dibebankan dengan tugas tersebut, beliau memikulnya dan memohon pertolongan dari Allah swt dalam melaksanakannya. Rasulullah saw menyifatkan golongan ini seraya bersabda yang bermaksud :

“Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kekang kudanya di jalan Allah dalam keadaan rambutnya kusut dan kakinya berdebu. Sekiranya beliau brtugas sebagai pengawal, beliau menjadi pengawal. Dan jika sekiranya beliau berada di belakang, beliau berada di belakang.”

Semoga Allah meredhai Khalid bin al Walid yang dilucutkan dari jawatan panglima tentera sedangkan ketika itu beliau adalah panglima tentera yang sentiasa menang dalam peperangan. Beliau lantas bekerja di bawah pimpinan Abu Ubaidah tanpa merasa gelisah ataupun menyesal.

5. Tidak menghiraukan keredhaan manusia jika disebaliknya adalah kemurkaan

Allah swt. Sesungguhnya manusia berbeza-beza dari sudut tabiat, kecenderungan, cara berfikir dan matlamat mereka. Jadi percubaan untuk mendapat keredhaan mereka adalah satu matlamat yang tidak akan tercapai. Orang yang ikhlas tidak menyusahkan dirinya dengan perkara ini. Slogannya bersama Allah swt ialah :

Semoga kamu merasai kemanisan, sedangkan kehidupan itu penuh kepahitan, Semoga kamu menjadi redha, sedangkan manusia marah, Semoga ada orang memakmurkan, di antara aku dan kamu, sedangkan di antara aku dan dunia ada kehancuran, Jika benarlah kamu mempunyai perasaan kasih, maka semuanya menjadi mudah, dan setiap sesuatu yang berada di atas tanah adalah tanah…

6.

Hendaklah cinta dan benci, memberi dan menahan, redha dan marah,

semuanya kerana Allah swt dan agamanya, bukan kerana diri dan manfaatnya. Beliau tidak menjadi orang seperti orag-orang yang mengejar manfaat yng terdiri dari golongan munafiq yang dicela Allah di dalam kitabNya ( surah at Taubah : 58 ) yang bermaksud :

“Dan di antara mereka ada yang mencelamu tentng pembahagian zakat. Jika mereka diberi sebahagian daripadanya mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadaya dengan serta merta mereka menjadi marah.”

Kadang-kadang saudara dapat melihat segelintir manusia yang bekerja di dalam medan da’wah, apabila ditegur oleh salah seorang saudaranya dengan perkataan yang menyakitkan hatinya, atau perasaannya dilukakan dengan perbuatan yang menyinggung jiwanya serta orang yang rapat dengannya atau kaum kerabatnya, beliau cepat marah dan melenting lalu meninggalkan amal dan harakah serta mengasingkan diri dari medan jihad.

Ikhlas kepada matlamat menuntutnya agar terus berada dalam da’wahnya, tetap kekal arah tujuannya walaupun dituduh salah, cuai dan melampau oleh orang lain. Ini adalah kerana beliau beramal kerana Allah swt, bukan kerana dirinya, keluarga atau orang tertentu di kalangan manusia.

Da’wah Allah bukan dimonopoli atau menjadi milik seseorang. Ia adalah da’wah kepada semua manusia. Mukmin tidak boleh meninggalkan da’wah kerana pendirian dan perbuatan-perbuatan tadi.

7. Beliau tidak bersifat malas, lembap atau ketinggalan kerana perjalanan yang

jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat mendapat kejayaan dan penat bekerja dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam. Beliau tidak bekerja untuk berjaya atau mencapai kemenangan semata-mata, bahkan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah swt dan mematuhi perintahNya.

Sesungguhnya Allah tidak bertanya manusia pada hari kiamat : “Mengapa kamu tidak mencapai kemenangan?” tetapi Dia akan bertanya : “ Mengapa kamu tidak berjuang?” Dia tidak akan bertanya mengapa mereka tidak berjaya, tetapi bertanya kenapa mereka tidak bekerja.

8. Gembira dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kelayakan dalam

barisan orang-orang yang bekerja untuk membawa panji-panji, memberi saham kepada amal dan memberi peluang kepada setiap yang berkebolehan menggantikan tempatnya tanpa cuba menyekat dan menghalangnya, atau menghina dan marah kepadanya. Bahkan kita melihat bahawa orang yang ikhlas itu, apabila melihat ada orang yang lebih baik darinya dalam memikul tugas, beliau mengundur diri dalam keadaan redha. Beliau akan mengutamakan orang itu dari dirinya dalam keadaan taat dan bahagia kerana beliau mengundur setapak ke belakang.

Keperluan Ikhlas Dalam Memikul Da’wah

Sesungguhnya bekerja untuk kedaulatan Islam dan mengembalikannya untuk memimpin kehidupan dengan aqidahnya, syariat, akhlak dan tamadunnya merupakan ibadat dan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah swt. Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah swt dalam ibadat adalah satu perkara asasi untuk amalan diterima dan berjaya. Niat yang bercampur-baur merosakkan amalan, mencemarkan jiwa, melemahkan saf dan menghilangkan pahala.

Kerana rahsia inilah Imam al Bukhari memulakan kitabnya ‘ Al Jami’ As Sahih’ dengan hadith yang dianggap oleh sesetengah ulama’ sebagai satu perempat Islam atau satu pertiga darinya yang bermaksud :

“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya itu kerana Allah dan rasulnya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulnnya. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan didapatinya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya adalah bergantung kepada tujuan dia berhijrah.”

Diriwayatkan bahawa sebab datangnya hadith ini adalah kerana seorang lelaki yang berhijrah ke Madinah kerana seorang perempuan yang dicintainya yang bernama Ummu Qais. Maka beliau digelar sebagai ‘ penghijrah Ummu Qais’.

Akh muslim mestilah memeriksa sudut-sudut hatinya terhadap hakikat niatnya dan faktor pendorongnya. Jika ia mempunyai ruang untuk dunia dan syaitan, beliau berusaha untuk membersihkan hatinya dari perkara tadi dan mentuluskan niatnya kepada Allah swt. Beliau hendaklah memberi peringatan kepada dirinya dalam keadaan membebaskan diri dari menjadi abdi kepada yang lain sebagaimana ucapan isteri Imran (surah Ali Imran : 35) yang bermaksud :

“Wahai tuhanku, sesungguhnya aku telah nazarkan anak yang ada dalam kandunganku untuk memperhambakan diri kepadaMu. Kerana itu terimalah nazar itu daripadaku. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengetahui.”

Kalimah ‘muharraran’ (memperhambakan) yang disebut oleh ibu Maryam ini menunjukkan bahawa sudah menjadi sunnah Allah, Allah tidak menerima mana-mana amalan melainkan ianya ikhlas semata-mata keranaNya, tidak bercampur dengan yang lain dan bebas dari setiap ubudiyh kepada yang lain.

Sesungguhnya kebenaran tidak akan memimpin, kebaikan tidak akan tersebar, keadilan tidak akan tertegak, panji-panji kemuliaan akan jatuh dengan wujudnya orang-orang yang menggadaikan prinsip semata-mata mencari keuntungan duniawi dan orang-orang yang bersifay riya’ yang hanya mahu diri mereka dilihat orang, kata- kata mereka didengar, mereka menjadi buah mulut masyarakat dan boleh mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk. Kebenaran, kebaikan dan kemuliaan hanya akan tegak dengan orang-orang yang ikhlas, yang berpegang teguh dengan prinsip, yang boleh mempengaruhi orang lain, bukan dipengaruhi. Mereka adalah orang-orang yang berkorban bukannya mengambil manfaat, memberi bukannya mengambil.

Penyakit-penyakit hati yang bercampu-baur dengan ikhlas dan merosakkan niat lebih bahaya dari penyakit tubuh badan. Ia boleh menggugurkan pahala dan menjauhkan orang dari jalan da’wah yang betul. Ia memang wujud dalam diri kita, tetapi kita boleh membendungnya dengan iman dan taqwa. Perkara ini memerlukan kesedaran dari kita, sentiasa muhasabah niat dan membersihkannya dari bercampur dengan penyakit-penyakit hati.

4.0 PERTEMUAN EMPAT

4.1 KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

OBJEKTIF

1. Ahli usrah memahami pengertian akhlak menurut pandangan Islam.

2. Ahli usrah mengetahui cirri-ciri akhlak Islam serta dapat mengaitkannya dengan

kehidupan seharian.

4.11 PENGERTIAN AKHLAK

MENURUT BAHASA

Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.

(Al-Qalam:4)

Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain firman Allah subhaanahu wa taaala:

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka.

(Ali-Imran:190)

MENURUT ISTILAH

Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.

Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

MENURUT ISLAM

Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.

Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:

Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.

Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

4.12 SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM

Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak.

Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.

Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.

Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu dalam hidup ini.

Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.

Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.

Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:

1. Dilakukan dengan sedar dan niat.

2. Dilakukan denganikhtiar sendiri.

3. Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.

4.13 PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL

Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa lati moralis atau mores iaitu jamak kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar, salah, baik, atau buruk.

Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos daripada ethos yang juga membawa erti adapt kebiasaan, perangai dan sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan dan norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran dan oandangan umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat tertentu. Nilai-nilaian bersifat relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat.

Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak daripada bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti.

Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang.

Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,, membina insaniyyah, membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada terjebak dengan pengaruh- pengaruh sifat negatif.

Oleh kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia, tentang ketinggian budi dan rohaniah, ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk (Ilmu Tingkah Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak (Ilmu Penceriaan Akhlak). Jika dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak menjadi salah jika kita menamakan ilmu ini sebagai Ilmu Aqliyy.

Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah menggariskan beberapa prinsip utama; antaranya lain:

1. Beriman kepada Allah

2. Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya serta menjadikannya uswah hasanah

3. Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya

4. Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik

5. Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram

6. Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat

7. Keadilan syara

8. Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat

Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat penilaiannya. Oleh itu, bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran, pandangan dan amlan ke arah yang positif sesuai denganprinsip-prinsip tersebut. Serta sedaya upaya mungkin menghindarkan diri dari sifat-sifat dan gejala negatif.

Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral dan etika, iaitu menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik atau buruk. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana ilmu akhlak dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah, etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adapt kebiasaan yang umum berlaku dalam masyarakat.

4.14 AKHLAK YANG AGUNG

Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam keran sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. Allah subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya:

Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung.

(Al-Qalam:4)

dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh perbautan dan cara hidup Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri. Perilaku dan car hidup Rasulullah itu menjadi ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup manusia baik jasmani mahupun rohani.

Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau aspek alam, baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan wahyuNya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Di sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa melalui Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh manusia.

4.15 KESYUMULAN AKHLAK ISLAM

Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau yang berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada suatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam.

Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia. Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak tanduk manusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini.

Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam, manakala asa akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah.

Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadeeth-hadeeth Rasulullah sallallahu alaihi wasallam merumuskan kedudukan akhlak sebagai:

Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Wahai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apakah Deen itu? Baginda menjawab:

Akhlak yang baik. Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deennya.

4.16 CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAH

Antara cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah:

1. Bersifat mutlak dan menyeluruh: Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak boleh dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat, dan masa.

2. Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan: Ditinjau dari sudut kejadian manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah adalah merangkumi semuaaspek kemanusiaan rohaniyyah, jasmaniyyah danaqliyyah, sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang tercela (sifat-sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk mengawal kebebasan peribadi seseorang.

3. Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan.

4. Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia, perlaksanakan akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan mana-mana aspek tersebut.

5. Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan, akhlak Islmaiyyah memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai suatu matlamat, cara perlaksanaannya mestilah bersih menurut tata cara Islam. Islam tidak menerima falsafah: Matlamat tidak menghalalkan cara.

6. Keseimbangan: Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutan realiti hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah, dan antara kehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri.

BAHAN RUJUKAN

1. ILHAM Bahan kendiri PJJ

SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN

1. Jelaskan pengertian akhlak menurut pandangan Islam.

2. Apakh ciri-ciri akhlak Islamiyyah dan berikan contohnya?

4.2 PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM

Akhlak dapat dibentuk dengan baik sekiranya kita benar-benar mengikut lunas-lunas yang telah disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Akhlak yang dibentuk berasaskan kesedaran dan hidayah dari Allah yang mampu dimiliki oleh setiap manusia yang mahu digelar hambaNya.

Antara jalan terbaik untuk membentuk akhlak yang mulia ialah:

1. Ilmu pengetahuan

Setiap mukmin perlu mempelajari apakah akhlak yang terpuji (akhlak mahmudah) dan apakah akhlak yang dikeji (akhlak mazmumah). Al-Quran telah menggariskan akhlak yang utama yang mesti dihayati oleh setiap orang mukmin. Sennah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pula telah memperincikan serta telah menterjemahkannya ke dalam reality kehidupan sebenar.

2. Menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan

Akhlak adalah cermin bagi individu Muslim itu sendiri, malah daya tarikan Islam juga

bergantung kepada akhlak yang mulia.

3. Keazaman yang tinggi

Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benar-benar menghayati sifat yang mulia.

4. Ibadah yang kuat dan ikhlas

Ketekunan dan keikhlasan melakukan ibadah mampu menangkis serangan mazmumah terutamanya bisikan hawa nafsu.

5. Bergaul dengan orang yang baik akhlak

Pergaulan boleh mempengaruhi diri untuk berubah. Ini adalah kerana manusia cepat meniru orang lain. Dalam masa yang sama menjauhi orang-orang yang melakukan maksiat dalam erti kata uzlah syuuriyah (pengasingan jiwa) yang mana kita tetap meneruskan usaha untuk membawa mereka kembali ke jalan yang benar.

6. Membiasakan diri dengan kebaikan

Menggantikan akhlak mazmumah dengan akhlak mahmudah serta senantiasa membiasakan diri dengannya agar ia tetap kekal di dalam jiwa.

7. Sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat

Kadang-kala seseorang itu tidak menyedari kekurangan dan kelemahan yang ada pada

diri sendiri. Oleh itu ia perlu berlapang dada dan menerima nasihat-nasihat yang bertujuan untuk membaiki dirinya.

Umar Ibn Al-Khattab pernah berkata: Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah kepada orang-orang yang menunjukkan kekurangan-kekuranganku.

4.21 AKHLAK YANG BAIK IALAH KESEMPURNAAN ISLAM

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak sebagaimana yang dinyatakan dalam hadeeth Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Dengan akhlak Rasulullah memenuhi kewajipan dan menunaikan amanah, menyeru manusia kepada tauhid dan dengan akhlak jualah baginda menghadapi musuh di medan perang. Dengan akhlak baginda memimpin rakyat dalam perjuangan mencapai cita-cita serta membangunkan Negara yang berdaulat dan merdeka. Sesungguhnya akhlak yang mulia melengkapkan sendiiman untuk menuju kepada kesempurnaan keperibadian manusia sebagai mana keterangan hadeeth yang berbunyi:

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

Paling sempurna keimanan orang-orang mukmin ialah yang lebih baik akhlaknya. (Hadith Riwayat At-Tirmizi dari Abu Hurairah).

Dalam konteks pengamalan syariat iaitu yang meliputi pengabdian hamba terhadap Allah, dapat dilihat pada rukun Islam yang lima dan juga dalam bab muamalah, akhlak berperanan untuk melengkapinya.

Manakala dalam bab ibadat, kita akan dapati antara hikmah ibadah-ibadah yang dianjurkan oleh Islam terdapat pertautan yang erat antara akhlak dan ibadah meskipun ibadah itu berlainan pada rupa dan bentuknya tetapi kesemuanya menuju kepada satu sasaran yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam sabdanya:

Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.

Sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain amalan yang diperintahkan di dalam Islam adalah merupakan anak tangga untuk mendaki kemuncak kesempurnaan dan sebagai strategi untuk melindungi diri dai kerosakan dan kerendahan moral. Dengan sebab ciri-ciri itu maka ibadah-ibadah tersebut terletak di tempat yang tinggi dalam agama.

Persiapan umat Islam untuk menjadi Ummatan Wasathon harus dilengkapi dengan tuntutan untuk dijadikan alat komunikasi dengan sesame manusia. Tuntutan itu berupa ajaran akhlak mulia, yang diharapkan untuk mewarnai segala aspek kehidupan manusia. Kerana itu, sesungguhnya ilmu komunikasi yang paling hebat adalah ilmu yang didasarkan kepada akhlak yang mulia.

4.22 KEPENTINGAN AKHLAK DALAM PERIBADI MUSLIM

Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam system hidup manusia. Ini adalah kerana nilai manusia itu pada hakikatnya terletak pada akhlak dirinya. Semakin tinggi nilai akhlak diri seseorang itu maka makin tinggi pula nilai kemanusian pada dirinya. Akhlak ini jugalah yang membezakan antara insan dengan haiwan dari segi perilaku, tindak-tanduk dan tanggungjawab dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang yang tidak berakhlak adalah sama tarafnya dengan haiwan malah lebih rendah dari itu lagi. Firman Allah subhaanahu wa taaala:

Dan sesugguhnya kami telah sediakan untuk neraka banyak sekali golongan jin dan manusia yang mana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya, mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya, mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya, mereka itu seperti binatang malah lebih sesat, mereka ialah orang-orang yang lalai.

(Al-Araf:179).

Akhlak mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hirarki tamadun ummat manusia. Oleh itu, masyarakat yang tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai masyarakat yang baik dan mulia walaupun mempunyai kemajuan yang dalam bidang ekonomi, teknologi dan sebagainya.

SIFAT MAHMUDAH

1. Sabar

2. Syukur

3. Khauf (takutkan kemurkaan Allah)

4. Roja (mengharapkan keredhaan Allah)

5. Benar

6. Jujur

7. Pemaaf

8. Pemalu

9. Tawadhu (merendahkan diri sesame muslim)

10. Tawakkal (meletakkan pergantungan kepada Allah)

SIFAT MAZMUMAH

1. Tergesa-gesa

2. Riya (melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada orang lain)

3. Dengki (hasad)

4. Takabbur (membesarkan diri)

5. Ujub (kagum dengan diri sendiri)

6. Bakhil

7.

Buruk sangka

8. Tamak

9. Pemarah

10. Sumah (melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan kemasyhuran )

4.23 MUSLIM TERHADAP TUHANNYA

1. Sedar dan taat akan perintah Tuhan Menyedari dia senantiasa memerlukan pertolongan Allah serta mentaati perintah Allah sekalipun bertentangan dengan kehendak nafsunya.

2. Sentiasa bertaubat dan mencari keredhaan Allah Segera bermohon kepada Allah apabila menyedari yang dirinya lalai atau berlaku cuai serta memastikan bahawa seluruh gerak kerja adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Firman Allah subhaanahu wa taaala:

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.

(Al-Araf:201)

3. Perlaksanaan ubudiyyah terhadap Allah Firman Allah subhaanahu wa taaala:

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.

(Al-Zaariyat:56)

beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan dalam segala gerak-geri manusia selagi niatnya hanyalah semata-mata kerana Allah. Sebesar-besar ibadah ialah menegakkan hukum Allah dan membangunkan pemerintahan Islam.

4.24 MUSLIM TERHADAP DIRINYA

1. Memurnikan aqidah Pembersihan keyaqinan, kefahaman dan pandangan supaya sesuai dan selaras dengan keterangan dan tuntutan Al-Quran dan Hadeeth serta memastikan aqidah bersih dari dicemari dengan segala bentuk kesyirikan, bidaah, khurafat, dan tahyul.

2. Memiliki ilmu yang mantap Perkara pertama yang patut diketahui dengan lebih mendalam ialah ilmu pengetahuan berkenaan kitab Allah dan diikuti dengan ilmu fardhu ain yang lain.

3. Memiliki bidang pengkhususan Menumpukan seluruh tenaga dan perhatian kepada jurusan dan perhatian yang menjadi pengkhususan sama ada di bidang agama (fardhu ain) atau bukan. Kejayaan ilmiyyah yang tinggi menyebabkan seseorang itu dipandang tinggi seterusnya dakwah dan risalah yang dibawa juga akan dipandang mulia oleh manusia selagi individu itu merealisasikannya dengan ikhlas, bersungguh-sunnguh dan menjaga adab-adabnya.

4.25

MUSLIM TERHADAP IBU BAPA DAN KELUARGANYA

1. Berbuat baik kepada kedua-duanya Islam mengangkat tinggi martabat ibu bapa sehinggakan Allah meletakkan keredhaan keduanya sesudah keredhaan Allah. Firman Allah subhaanahu wa taaala:

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa.

(An-Nisaa:30)

2. Mentaati kedua-duanya selagi mana tidak bertentangan dengan syariat Islam

3. Melaksanakan tanggungjawab untuk menyelamatkan mereka daripada api neraka Firman Allah subhaanahu wa taaala:

Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.

(At-Tahrim:6)

4.26 MUSLIM TRHADAP SAUDARA-MARA DAN SAHABAT-HANDAINYA

1. Mencintai kerana Allah atas dasar iman, dan ikatan aqidah Tidak mencintai seseorang kerana peribadinya semata-mata sebaliknya kerana kelebihan-kelebihan yang ada padanya yang membawa orang lain menuju keredhaan Allah.

2. Tidak membelakangi mereka Meraikan mereka sama ada di dalam keadaan senag ataupun susah.

3. Memenuhi keperluan yang diperlukan Hendaklah memenuhi keperluan apabila diperlukan dan mendahului keperluan mereka dari kepentingan diri sendiri.

4. Berpesan atas kebenaran dan kesabaran Mengingatkan tentang suruhan agama yang perlu ditunaikan serta larangan- larangan yang mesti ditinggalkan.

BAHAN RUJUKAN

1. Keperibadian Muslim Mohd. Ali Hashimi

2. Badan Kendiri PJJ-ILHAM Kertas Seminar ILH 203 (Akhlak Islam-Nota C)

3. Pekerti Muslim (Siri 1) Muhammad Al-Ghazali

SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN

1. Bagaimanakah pembentukan akhlak mengikut pandangan Islam?

2. Mengapakah kita perlu berakhlak dengan akhlak Islam?

5.0 PERTEMUAN LIMA

5.1 AQIDAH TAUHID TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH

1. La Ilaha Illallah (Tiada Tuhan melainkan Allah) merupakan bahagian pertama daripada kalimah pengakuan keimanan. Ia bermaksud tiada sesuatu pun yang patut ditujukan pengabdian melainkan Allah.

2. Muhammad Rasulullah (Muhammad Utusan Allah) adalah bahagian keduanya. Ia bermaksud, pengabdian itu mestilah dilakukan berlandaskan ajaran dan cara yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah SAW.

3. Mentauhidkan Allah dengan makna makrifat yang sebenarnya hendaklah merangkumi tiga perkara iaitu :

a. Tauhid Rububiyyah

b. Tauhid Uluhiyyah

c. Tauhid Al-Asma’ was Sifât

5.11 TAUHID RUBUBIYYAH

Rububiyyah berasal daripada perkataan Rabb (بر) dan dari konteks linguistik, ia mengandungi beberapa maksud seperti berikut:

a. pemeliharaan anak atau pemeliharaan kebun. Ia menjaga dari segala kesusahan kerana ia bertugas sebagai pemelihara, penjaga, pengasuh segala urusan yang berhubung dengan anak atau kebun.

b. Pemimpin atau pembela umat. Apabila ia memerintah ia menjalankan kepimpinan dan hukum; dan ia dianggap sebagai pemimpin masyarakat.

c. Majikan yang menjaga dan mengawasi rumah atau memilikinya juga digunakan sebagai penternak atau gembala. Ia bererti ada pertaliannya dengan fungsi raja yang memerintah, mendidik dan membela serta mengawasi. Jika perkataan Rabb digunakan untuk Dzat Ilahi, maka hakikatnya Allah merupakan Raja bagi segala makhluk. Ia sebagai Tuhan, sebagai Raja bagi segala raja, yang Maha Agung dan Maha Hakim serta tidak ada yang lebih agung dan hakim selainNya. Dia yang menjadikan alam semesta dengan pengaturan yang rapi, pemeliharaan dan pengendalian pergerakan seluruh alam.

Dari segi istilah syara’, Tauhid Rububiyyah bermaksud mentauhidkan Allah pada mencipta alam, mengurus dan mentadbirkannya, memiliki, memelihara, menghidup, mematikan dan seterusnya, di mana terkandung di dalamnya juga beriman dengan

qadar.

Tauhid ini sahaja tidaklah mencukupi dalam mencapai iman dan Islam, kerana Allah SWT menyatakan bahawa orang-orang musyrik juga mengakui tauhid ini. FirmanNya di dalam Surah Yunus ayat 10:

Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab:

Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?”

Rujuk juga surah Az-Zukhruf ayat 87, Al-Ankabut ayat 61 dan 63

Keingkaran manusia kepada adanya pencipta hanya kerana kesombongan dan ketakburan, bukan bererti fitrah manusia menolak adanya Pencipta. Kerana itu apabila kepompong kesombongan yang mengurung fitrah itu hilang, maka tanpa disedari manusia pada suatu waktu terpaksa menyerahkan dirinya kepada kekuasaan Allah dan meminta tolong kepadanya. Hakikat ini menjadi ketara apabila manusia menempuh detik-detik genting di mana segala pengharapan terputus, kecuali yang bersandar kepada Yang Maha Esa. FirmanNya di dalam surah Luqman ayat 32:

Apabila mereka dilamun ombak yang (besar) seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya. Tetapi tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke daratan, maka sebahagian mereka sahaja yang tetap menempuh jalan yang lurus. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang- orang yang tidak setia lagi ingkar

Daya memahami adanya Allah Yang Maha Pencipta, sudah semulajadi dibekalkan ke dalam naluri manusia. Oleh yang demikian, perbahasan mengenai Tauhid Rububiyyah bukanlah merupakan sasaran utama perbincangan Al-Quran. Persoalannya adalah sama ada fitrah ini dibentuk, dipupuk, diseleweng atau dibanteras. Jika dibanteras, bermakna manusia tersebut menzalimi dirinya sendiri. Sekiranya terseleweng maka akan songsanglah insan tadi mengharungi hidup ini, celakalah dia di neraka nanti.

Dan seandainya naluri ini dipupuk, dididik dan dipertingkatkan ketaqwaannya, maka pasti akan menatijahkan keyakinan yang bulat bahawa Allah sahajalah sumber cipta, Allah sahajalah yang berhak menerima pengabdian – ringkasnya pengiktirafan uluhiyah Allah secara mutlak dan serba merangkumi.

5.12 TAUHID ULUHIYYAH

Iaitu dengan ikhlas memberikan kepada Allah, dengan mahabbah (cinta) kepadaNya, khauf (takut) kepadaNya, raja’ (pengharapan), tawakal dan raghbah (keinginan) dan rahbah (kegerunan) hanya kepada Allah. Bahawa semua itu dibina dengan ibadat yang ikhlas zahir dan batinnya kepada dan kerana Allah. Tidak ada sekutu bagiNya, tidak dijadikan ibadat itu kepada selainNya. Seterusnya menerima segala hukum dengan yakin dan redha.

Perkataan Ilah lazimnya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai TUHAN. Penterjemahan itu tidaklah salah tetapi pemahaman Bahasa Melayu terhadap perkataan Tuhan tidak merangkumi keseluruhan makna Ilah yang dikehendaki oleh nas syara’. Selain daripada Allah, perkataan Tuhan ditujukan kepada patung-patung berhala atau dewa-dewi Hindu dan Buddha. Orang Melayu yang beragama Islam yang tidak menyembah patung-patung itu tadi sudah tentu menganggap bahawa mereka

sudah menyempurnakan kewajipan mengiktiraf Allah sebagai Tuhan dan bebas daripada syirik. Sedangkan pemahaman serpihan terhadap makna Ilah itu tadi akan mendedahkan mereka kepada pelbagai syirik lain yang boleh berlaku tanpa disedari dan di luar kefahaman.

Untuk mengelakkan kekeliruan, eloklah kita perhatikan kepada penggunaan perkataan ILAH di dalam Al-Quran:

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ILAHnya…”

(Al-Jatsiyah : 23)

Di dalam ayat ini Allah SWT telah menujukan perkatan ILAH kepada hawa nafsu. Sudah tentu perkataan ILAH yang diertikan sebagai tuhan menurut kefahaman biasa tidak akan dapat menggambarkan hawa nafsu sebagai tuhan. Ini membuktikan bahawa perkataan ILAH mempunyai makna yang jauh lebih luas dari perkataan tuhan yang biasa.

Perkataan ILAH membawa kepada pengertian yang saling melengkapi. Untuk tujuan perbincangan, kita bahagikan ia kepada enam pengertian iaitu:

1. Tuhan menurut pengertian lazim

2. Tumpuan atau matlamat pengabdian

3. Tempat perlindungan

4. Tumpuan kecintaan

5. Pemberi rezeki

6. Sumber perundangan

1. TUHAN – Menurut Kefahaman Lazim

Kalimah syahadah membawa pengertian bahawa tiada tuhan melainkan Allah, suatu hakikat yang telah kita sedia maklumi. FirmanNya:

Allah menyaksikan bahawsanya tidak ada ILAH melainkan DIA. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga mengatakan demikian juga). Yang menegakkan keadilan…

(Ali Imran : 18)

Allah sahajalah Tuhan di langit dan di bumi, pendeknya di seluruh alam.

…Dan Dialah ILAH di langit dan di bumi, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui”

(Az-Zukhruf : 84)

Sebagai Tuhan yang tunggal, segala kekuasaan dan penciptaan secara multak adalah hakNya sahaja.

Katakanlah (Wahai Muhammad) : Ajaklah mereka yang kamu anggap (mereka itu berkuasa) selain Allah. Mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarah pun di

langit mahupun di bumi. Dan mereka tidak mempunyai saham sedikit pun dalam pencapaian langit dan bumi, dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagiNya.”

(Sabâ : 22)

2. ILAH – Tumpuan Dan Matlamat Pengabdian

Kita mengakui bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah dan Allah sahajalah tumpuan serta matlamat pengabdian kita, tidak yang lain.

Bahkan sememangnya manusia dan jin itu diciptakan oleh Allah untuk tujuan pengabdian kepadaNya. Firman Allah:

Penyembahan dan pengabdian ini dilakukan dengan melaksanakan ibadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu juga, perkataan ibadat mestilah difahami menurut pengertiannya yang sebenar agak ia tidak dipandang sempit. Pengaruh sekularisma yang memisahkan agama daripada kehidupan mendorong masyarakat agar memahami ibadat sebagai aturcara manusia berhubung dengan Tuhannya semata-mata tanpa ada kaitan dengan urusan kehidupannya di dunia dan hubungannya sesama manusia. Sedangkan kalimah syahadah menuntut supaya ibadah itu dilakukan setiap masa, di setiap tempat, meliputi dan menyerapi setiap aspek serta ruang lingkup hidup insaniah.

“Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam”

(Al-An’am : 162)

Dan tidaklah mereka itu diperintahkan, kecuali menyembah ILAH yang Esa, yang tiada ILAH melainkan Dia. Maha Suci (Allah) dari apa yang mereka sekutukan dengan Dia.”

(At-Taubah : 31)

Ringkasnya, implikasi kalimah La Ilaha Illallah iaitu ialah, seluruh hidup mestilah berterusan di dalam ubudiyyah kepada Allah. Tiada sebarang pengabdian atau ketaatan yang berdiri sendiri bahkan semua tindakan, perbuatan dan khidmat yang diberikan mestilah terpancar dan bersumber daripada ketundukan dan kepatuhan kepada Allah semata-mata.

3. ILAH – Tempat Perlindungan

Kepercayaan dan kefahaman tentang kuasa Allah sudah tentu akan mewarasi fikiran bahawa tidak ada siapa yang mampu memberikan perlindungan secara mutlak selain daripada Allah. Segala perlindungan yang diberikan oleh mana jua makhluk adalah bersifat sementara dan bergantung terus kepada keizinanNya. Dia bebas mencabut keizinan itu pada bila-bila masa dan tinggallah insan itu berpaut pada dahan yang rapuh.

Maksud ILAH sebagai tempat perlindungan dapat dilihat dari ayat-ayat berikut sebagai contoh:

“Katakanlah : Aku berlindung dengan Rab manusia, Raja Manusia, ILAH manusia” (An-Nas : 1-3)

Dialah Rab timur dan barat, tiada ILAH melainkan Dia. Maka terimalah Dia sebagai Pelindung.”

(Al-Muzammil : 9)

Natijahnya, akan timbullah keyakinan bahawa Allah sahajalah yang mampu memberi manfaat atau mudharat (lihat Al-Ma’idah : 76). Ia juga akan membebaskan dari segala pautan ketakutan dan pengharapan yang lain dari Allah. Dengan cara ini akan hilanglah rasa gentar untuk melaksanakan hukum hakam Allah, walaupun terpaksa berhadapan dengan apa sahaja cabaran menurut perhitungan manusia.

Segala kemegahan dan kekuasaan kuasa-kuasa makluk itu akan menjdi fatamorgana yang sementara, tidak ubah seperti gagah perkasanya patung wayang kulit. Apabila selesai persembahan maka akan terhimpit-himpitlah mereka antara satu sama lain di dalam peti yang sempit, hinggakan yang paling gagah sebentar tadi akan berada di susunan paling bawah tertindas (lihat Al-Baqarah : 150).

4. ILAH – Tumpuan Kecintaan

Bagi mereka yang benar-benar mempersaksikan La Ilaha Illallah, maka Allah sahajalah yang menjadi tumpuan kecintaan mereka bahkan tiada yang menyamai atau menyaingi kecintaan tersebut. Perhatikan maksud ayat-ayat berikut:

“Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara mara, isteri-isteri dan kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah semua itu lebih kamu cintai dari cinta kamu kepada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya? Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (durhaka).

(At-Taubah : 24)

“Dan ada di antara manusia orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui tatkala mereka melihat azab…” (Al-Baqarah : 165)

Segala cinta dan kasih sayang bagi mereka yang benar-benar beriman adalah hasil kecintaan kepada Allah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya nescaya dia akan merasa kemanisan iman, iaitu apabila Allah dan RasulNya lebih dicintainya dari segala sesuatu selain keduanya, apabila seseorang mengasihi seseorang yang lain kerana Allah, dan apabila dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana bencinya ia untuk dicampakkan ke dalam api neraka”

Riwayat Bukhari dan Muslim

5.

ILAH – Pemberi Rezeki

Kalimah Syahadah menerangkan bahawa Allah sahajalah yang memberi rezeki, manakala makluk pula hanyalah pembawa atau penyampainya sahaja dan bukannya sumber yang boleh menambah atau menguranginya walau sebesar zarah. Ini adalah hakikat yang nyata, tetapi manusia selalu terlupa terutamanya apabila mereka hilang pertimbangan ketika mengharungi pancaroba dan cabaran hidup.

“Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Apakah ada pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki dari langit dan bumi? Tiada ILAH selain Dia. Maka di manakah akalmu?

(Al-Fatir : 3)

“Katakanlah: Bagaimana keadaan kamu jika Allah mencabut pendengaranmu, dan penglihatan serta menutup qalbumu? Apakah ada ILAH selain Allah yang berkuasa mengembalikan (itu semua) kepadamu?

(Al-An’am : 46)

Menerima Allah sebagai ILAH yang satu-satunya memberikan rezeki, akan mendatangkan kesedaran bahawa memilih jalan yang tidak diredhai Allah tidak akan menambah rezeki yang telah ditetapkan untuk kita walaupun seberat zarah. Begitu juga, dengan mentaati perintah Allah tidak sekali-kali akan mengurangkan rezeki kita walaupun sekecil mana pun ia. Maka betapa sia-sianya usaha dan ikhtiar yang durhaka kepada Allah.

6. ILAH – Sumber Perundangan

ILAH juga membawa pengertian sebagai Zat yang kepadanya kita rujuk untuk mendapatkan ketentuan baik dan buruk, untuk mendapatkan hukum dan keputusan yang akan dipatuhi. Ia adalah aqidah yang terhasil daripada kefahaman bahawa Allah adalah satu-satunya ILAH yang Maka Perkasa, mempunyai kekuasaan yang mutlak, keagungan yang tidak terbanding. Kekuasaan Allah yang meliputi segala sesuatu itu tidak mungkin boleh dibahagi-bahagi. Ulamak bersepakat bahawa, seseorang itu menjadi kafir jika dia beriktiqad bahawa ada hukum yang lebih baik, adil dan praktikal berbanding dengan hukum Allah, atau ada sistem yang lebih baik atau setanding dengan syariatNya.

“Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir”

(Al-Maidah : 44)

Suatu ketika, seorang sahabat yang dahulunya beragama Nasrani, iaitu ‘Adi bin Hatim RA telah mendengar Nabi SAW membacakan sepotong firman Allah :

“… Mereka (Ahli Kitab) menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sdebagai Rab selain Allah, dan (juga mereka melakukan hal yang sama kepada) Al- Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah ILAH yang Maha Esa. Tiada ILAH selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan” (At-Taubah : 31)

Lantas beliau bertanya kepada Rasulullah SAW, bahawa kami (yakni orang Nasrani) tidak pernah menyembah mereka!. Jawab Rasulullah SAW, “Tetapi mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, dan kemudian kamu patuh kepadanya. Dengan demikian itu kamu menyembah mereka.”

(Maksud hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Jarir.)

Ketentuan untuk memutuskan halal atau haram, sah atau tidak, baik atau buruk,

Segala sesuatu yang berkaitan dengan hal ini mestilah

Undang-undang yang kita iktiraf hanyalah

undang-undang Allah, atau sesuatu yang bersumber daripada undang-undang Allah, dan pastinya tidak bertentangan dengan ketetapanNya.

tunduk dan patut kepada wahyu Allah

adalah hak Allah semata-mata

Menetapkan hukum itu adalah hak Allah.

(Al-An’am : 57)

“Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka Ad-Din yang tidak diizinkan Allah?”

(Asy-Syura :21)

Syahadah kita menuntut supaya kita menentang dan membenci segala perundangan yang durhaka kepada Allah, dan inilah tanda keimanan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

dia

merubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu maka hendaklah

merubahnya dengan

dia

mencegahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

(Riwayat Muslim)

“Barangsiapa

di

antara

kamu

melihat

jika

kemungkaran

tidak

mampu

maka

maka

hendaklah

hendaklah

lisannya

dan

Ketaatan kita adalah kepada Allah, maka tiadalah kita terikat kepada undang-undang dan akta-akta ciptaan manusia sekiranya ia bertentangan dengan syariat Allah. FirmanNya:

“Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki? Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah, bagi orang-orang yang yakin?”

(Al-Maidah : 50)

Sifat senang dan suka kepada hukum yang selain daripada hukum Allah, adalah sifat munafiq dan dilaknat oleh Allah. FirmanNya:

“Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kamu dan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari taghut itu. Dan syaitan itu bertujuan mahu menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kamu semua (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul, nescaya kamu lihat orang-orang munafiq akan menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya daripada (mendekati) kamu”

(An-Nisa’ : 60-61)

5.13 TAUHID AL-ASMA’ WAS SIFAT

Iaitu percaya dan mengakui segala nama dan sifat Allah SWT secara ijmal dan tafsil menurut apa yang telah diberitahu di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah SAW. Di mana Allah mempunyai Al-Asma’ul Husna (nama-nama yang paling baik) dan segala sifat kesempurnaan Maha Suci dari segala kekurangan.

Perlu diketahui bahawa tauhid Al-Asma’ was Sifat ini tidak memadai untuk membuktikan keIslaman dan menyatakannya, tetapi mestilah melaksanakan apa yang lazimnya terkandung di dalam Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah. Ini adalah kerana orang-orang kafir juga mengakui beberapa sifat dan nama Tuhan tetapi tidak dengan cara yang sebenar, seperti mengakui beberapa nama Allah dan menafikan nama Ar- Rahman . Kata mereka, “Kami tidak mengenal Ar-Rahman (Maha Pemurah) melainkan Rahman di Al-Yamamah sahaja.”. Lalu Allah menurunkan firmanNya:

Padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Ar-Rahman (Maha Pemurah)(Ar-Ra’d : 30)

Mereka mengakui beberapa nama dan sifat Allah SWT tetapi mereka ingkarkan nama Ar-Rahman dengan maknanya yang sebenar, begitu juga dengan sifat-sifat Allah. Bahkan mereka mengada-adakan sifat yang tidak layak bagi Allah SWT.

5.14 PENUTUP

Perlu dijelaskan di sini bahawa enam bahagian pengertian dan pengolahan maksud serta implikasi perkataan ILAH diketengahkan di sini adalah dalam rangka untuk memudahkan pengupasan tajuk dan bukannya untuk membataskan maksud-maksud serta implikasi yang terkandung di dalam Al-Asma’ul Husna. Bahkan nama-nama dan sifat Allah yang mulia itu adalah kesimpulan kepada semua intipati Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah itu sebenarnya.

Bertafakurlah terhadap Al-Asma’ ul Husna nescaya ia akan membukakan hati kita kepada kefahaman yang lebih mendalam terhadap Uluhiyah dan Rububiyyah Allah SWT secara multak, tanpa sekutu dan tanpa bandingan.

Di dalam persoalan fiqh, pada keadaan-keadaan tertentu, kita dibolehkan bertaqlid kepada imam yang mujtahid. Tetapi di dalam masalah aqidah, ia tidak mungkin berlaku sedemikian rupa bahkan setiap individu wajiblah meyakinkan diri terhadap akidah yang dipegangnya secara ikhlas. Wallahu A’lam Bis Sawâb!

Diadaptasikan daripada:

1. Beriman Kepada Allah, Haji Abdul Hadi Awang, Terbitan dan Cetakan GG Edar, Cetakan Pertama, 1992.

2.

Risalah Usrah Jilid 1 (Versi Asal Dengan Pendahuluan Oleh Haji Abdul Hadi Awang), Abu ‘Urwah, Terbitan Pustaka Salam, Cetakan Pertama, 1986.

3.

Al-Islam

Syahadah

dan

Perkara-Perkara

Yang

Membatalkannya,

Said

Hawwa, Terbitan Pustaka Salam, Cetakan Kedua, 1992.