Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2019

BIL PERISTIWA SKRIP CATATAN

Mohon perhatian, minta kerjasama majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Oleh itu, para hadirin
diminta mengambil tempat duduk. Saya akan umumkan etika yang harus dipatuhi bagi kelancaran
majlis.

1.      Sila pastikan hand phone berada dalam mod senyap atau tidak diaktifkan


2.      Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat diumumkan.
3.      Berdiri semasa nyanyian lagu patriotik
4.      Menghormati bacaan doa
5.      Duduk di kerusi yang telah ditetapkan.
6.      Tidak keluar masuk dewan setelah mengambil tempat duduk.
7.      Tidak membuat bising sehingga mengganggu kelancaran majlis.
8.      Hadirin diminta agar  terus berada dalam dewan sehingga tetamu kehormat meninggalkan
majlis.

Minta kerjasama agar para pensyarah, ibu bapa, para tetamu serta para pelajar mengambil tempat di
Dewan  Gemilang. Terima kasih.

PENGUMUMAN Diumumkan ketibaan perarakan masuk Yang Berbahagia Dato Ir Amiruddin b Hamzah Timb. Menteri
1 Perarakan Masuk VIP Kewangan Malaysia diiringi oleh Yang Berbahagia Tuan Hj Ismail b Othman Timb. Pengarah Pendidikan
Negeri Kedah, Yang Berusaha Pn Che Rokiah bt Md Isa Pengetua Smk Kubang Rotan, Yang Berbahagia
Dato’ Abd Mutalib b Haron YDP PIBG, barisan pentadbiran.
Perarakan diketuai oleh pembawa cokmar En Rosli b Ayob dan En Zul Ahmad Tarmizi

2 LAGU NEGARAKU Nyanyian Lagu Negaraku.


Hadirin sekalian dimohon bersedia bagi menyanyikan lagu Negaraku.
Hadirin di jemput duduk.

Pergi ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah,
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat dating,
Awal bismillah pembuka bicara

3 KATA-KATA ALUAN Bismillahirahmanir rahim, Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera,


1. Yang Berbahagia, Dato Ir Amirruddin b Hamzah, Timb. Menteri Kewangan Malaysia.
2. Yang Berusaha, Tuan Hj Ismail b Othman Timb. Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.
3. Yang Berusaha, Pn Che Rokiah bt Md Isa Pengetua SMK Kubang Rotan
4. Yang Berusaha, Dato’ Abdul Muthalib b Harun, Yang Dipertua PIBG
5. Yang Berusaha Pn Raudzah Bt Abdullah PK Pentadbiran
6. Yang Berusaha En Mohd Shukri b Abdul Razak PK Hem
7. Yang Berusaha Pn Rosmawati bt Osman PK Ko-kurikulum
8. Barisan Pengetua, Guru besar
9. Dif-dif terhormat
10. Guru-guru Kanan
11. Guru cemerlang
12. Ahli-ahli jawatankuasa PIBG

13. Guru-guru
14. Para tetamu serta
15. Pelajar yang dikasihi sekalian
Syukur alhamdulilah, kita sama-sama diberi kesempatan berhimpun dalam majlis yang bersejarah ini iaitu
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Kubang Rotan 2019. Lebih bermakna lagi apabila Yang
Berbahagia, Dato Ir Amirruddin b Hamzah, Timb. Menteri Kewangan Malaysia sudi turun ke SMK Kubang
Rotan untuk sama-sama meraikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMKKR 2019.

Jelas hari ini merupakan hari yang penuh bermakna khususnya bagi seluruh warga SMK Kubang Rotan.
Semoga kehadiran kalian semua akan memeriahkan lagi Majlis yang penuh gilang gemilang ini.

4 BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali pekasa,
10 jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa
Bagi memberkati majlis, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ust Mohd Naser b Ayob untuk
memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan…
[Doa]

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Saudari Alifa Huwaida dari tingkatan 4 Bestari untuk
menyampaikan bacaan ayat suci al-quran. Dipersilakan.
[Bacaan al-quran]
Terima kasih diucapkan di atas bacaan ayat suci al-quran sebentar tadi.
Untuk makluman, Saudari Alifa merupakan Johan Qariah kump 2 daerah Kota Setar.

5 UCAPAN Kalau dilipat sebesar kuku,


Kalau dibentang seluas alam,
Yang jauh diimbau,
Yang dekat digamit,
Seuntai salam sejambak kata,
Degup bicara, merisik rasa.
Hadirin sekalian,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Pn Che Rokiah bt Md Isa Pengetua SMK
Kubang Rotan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih Pn Pengetua atas ucapan itu tadi.

6 UCAPAN PENGETUA Kompang dipalu cak lampung ditingkah,


& PERASMIAN Dengarkan pula alunan biola,
Doa sudah alu aluan sudah,
Dengarkan pula ucapan yang berbahagia

Para hadirin sekalian, kini tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar dan menghayati ucapan daripada
tetamu kehormat sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik. Untuk itu majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Dato Ir Amirruddin b Hamzah, Timb. Menteri Kewangan
Malaysia untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya menyempurnakan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Akademik SMK Kubang Rotan 2019.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Anda mungkin juga menyukai