NAMA TAHUN 6
Soalan 1 – 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Pada papan iklan itu tertulis “Belilah Sijil Simpanan Premium untuk Menjamin Masa Depan ____________.”
A kamu
B kami
C anda
D awak
2 Faiz bercakap ______________ lantang dan penuh bersemangat _______________ mesyuarat agung semalam.
A hingga … dalam
B dengan … dalam
C hingga … di
D dengan … di
Soalan 3 dan 4 berdasarkan gambar di bawah.
3 Mira _________________ adunan yang telah siap dibancuh dengan senduk.
A menuang
B mencurah
C meletak
D menyenduk
4 Mira menggunakan ________________ yang diperbuat daripada tembaga.
A acuan
B talam
C periuk
D bekas
5 Danial terpesona melihat sepasang burung merak yang _____________ di Zoo Negara.
A lawa
B cantik
C anggun
D jelita
6 Pilih mana-mana yang awak suka ____________ awak ingin yang mahal ______________ yang murah.
A waima … ataupun
B biarpun … mahupun
C sungguhpun … namun
D bukan sahaja … malahan juga
7 Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _________________ sauh yang berat itu di muara sungai.
A menghulurkan
B melontarkan
C meletakkan
D melabuhkan
8 Anjing liar itu ______________________ seketul tulang yang dijumpai di belakang sebuah gerai.
A memakan
B mencengkam
C menggonggong
D menyepit
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
9 Pak Abu berdiri ______________ gerai duriannya sambil menunggu pelanggan tiba.
A di belakang
B di penjuru
` C di depan
D di tepi
10 Husna merupakan murid yang ____________________ dipanggil oleh guru untuk diuji.
A lima
B kelima
C berlima
D kelima-lima
11 “Bawalah bertenang dan _____________ menangis lagi,” kata ibu kepada Ani.
A usah
B sila
C harap
D tolong
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.
21 Jentera itu sedang menggali lubang untuk membuat longkang.
Pilih perkataan berlawan bagi menggali.
A mengaut
B mengorek
C menampal
D menimbus
Soalan 22 – 23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
22 I Kereta Proton Preve itu adalah kereta abang.
II Pemuda kerdil itu ialah bapa saudara saya.
III Surat itu adalah untuk kakaknya di luar Negara.
IV Fakta yang dikemukakan Hafizi ialah tidak benar.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, II dan IV
23 I Air bah itu paras pinggang saya.
II Ibu meletakkan periuk itu di atas paras kayu.
III Peragawati itu mempunyai paras rupa yang menawan.
IV Penghulu mempunyai paras yang tinggi dalam masyarakat.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
24 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Mengapakah Nizam tidak datang untuk aktiviti kokurikulum semalam?
A Ya, Nizam tidak datang kerana demam.
B Nizam tidak datang kerana demam.
C Nizam kerap tidak datang ke sekolah.
D Sudah tiga hari Nizam tidak datang ke sekolah.
Soalan 25 berdasarkan gambar di bawah.
25 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
31 Apakah yang mungkin dilakukan oleh ayah dan Pak Ngah pada pukul 9.00 pagi?
A Melayan tetamu
B Mendirikan khemah
C Memasak lauk pauk
D Mencuci pinggan mangkuk
32 Berpandukan petikan di atas, siapakah Farid?
A Adik penulis
B Abang penulis
C Kawan penulis
D Sepupu penulis
33 Di manakah majlis kenduri kahwin tersebut diadakan?
A Di rumah Pak Ngah
B Di rumah keluarga pengantin lelaki
C Di Taman Setia
D Di rumah keluarga pengantin perempuan
34 Perkataan kekok dalam petikan di atas bermaksud
A janggal
B malu
C segan
D risau
35 Yang berikut benar tentang petikan di atas, kecuali
A rombongan pengantin tiba pada pukul 12.00 tengah hari.
B hidangan lauk-pauk dimasak oleh ibu dan kakak penulis.
C para jemputan terdiri daripada saudara mara dan sahabat handai.
D majlis tersebut turut diserikan oleh pasukan kompang Sri Cahaya.
Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Cikgu Amir ketawa melihat hadiah yang diterima oleh Cikgu Izyan. Cikgu Izyan tidak menghiraukan lalu
mengambil sepucuk surat yang terjatuh di atas bingkai gambar.
“Eh, tadi Cikgu Amir ketawa! Kenapa Cikgu Izyan menangis pula?” Cikgu Arifin kehairanan lalu mencapai
surat yang dibaca Cikgu Izyan. Cikgu Arifin yang selesai membaca surat itu merenungi hadiah yang terletak
bersebelahan dengan sehelai tudung sutera. “Oh, inilah hadiah yang paling murni! Hadiah yang ikhlas dan jujur.
Lebih baik daripada hadiah yang mahal-mahal tu jika untuk bermuka-muka.”
Cikgu Halimah juga turut terharu apabila membaca surat itu. “Cikgu Izyan…,” kata Guru Besar. “Terimalah
hadiah yang ikhlas dan jujur daripada murid cikgu tu. Saya rasa kita patut membantunya.”
“Khairul murid yang baik, cikgu. Saya pernah melawat rumahnya. Dia memang miskin, tetapi ibunya sangat
bertanggungjawab. Pakaian sekolahnya sentiasa bersih. Ayahnya pula kurang sihat. Khairul tu, faham pula dengan
keadaan hidupnya. Sepulang dari sekolah, dia ke kebun yang sekangkang kera di belakang rumah”.
“Oh, kalau begitu dia patut mendapat bantuan dari sekolah kita!” kata Cikgu Halimah. “Saya ingin jadikan
dia anak angkat saya, cikgu.” Cikgu Halimah merenung Cikgu Izyan sambil tersenyum. “Hm, memang baik begitu!
Sempena Hari Guru pada tahun ini sepatutnya ada sesuatu kebaikan yang kita lakukan,” syor Cikgu Halimah.
“Insya-Allah, cikgu. Kami juga akan menuruti jejak Cikgu Izyan,” ujar Cikgu Arifin. “Cikgu Izyan, maafkan
saya kerana menyinggung perasaan cikgu tadi,” kata Cikgu Amir. Cikgu Izyan tersenyum sambil memandang terung
dan kacang panjang yang diterimanya.
Hari itu, Cikgu Izyan pulang dengan suatu tekad. Beliau akan membantu persekolahan Khairul.
36 Apakah hadiah yang diberikan oleh Khairul kepada Cikgu Izyan?
A Bingkai gambar
B Tudung sutera
C Kad ucapan
D Terung dan kacang panjang
37 Mengapakah Cikgu Izyan menangis?
A Khairul menjadi anak angkat Cikgu Halimah
B Terharu menerima hadiah daripada Khairul
C Tersinggung dengan sikap Cikgu Arifin
D Gembira akan keprihatinan Guru Besar terhadap muridnya
38 Khairul dan keluarganya menampung hidup dengan
A bantuan daripada Guru Besar dan pihak sekolah
B bantuan daripada keluarga angkatnya
C pendapatan ibunya sebagai pencuci pakaian
D hasil bercucuk tanam
39 Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan di atas
A Ayah Khairul sedang sakit
B Cikgu Izyan pernah melawat rumah Khairul
C Guru Besar mengambil Khairul sebagai anak angkatnya
D Cikgu Amir memohon maaf daripada Cikgu Izyan
NAMA TAHUN
4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan. Sekiranya helaian kertas jawapan
tidak mencukupi, sila dapatkan kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan.
Kertas jawapan tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama buku soalan.
Soalan : Markah :
Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
Bahagian A
(Masa yang dicadangkan: 15 minit)
(10 markah)
10
Bahagian B
(Masa yang dicadangkan: 40 minit)
No. soalan:
(30 markah)
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis karangan kamu yang panjangnya
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1. Setelah selesai aktiviti kokurikulum, aku terus mencapai basikalku untuk pulang. Sedang aku mengayuh
basikal, tiba-tiba aku terdengar suara jeritan orang meminta tolong. Aku segera …
Mulakan cerita kamu dengan :
Aku segera …
ATAU
2. Kamu telah menyertai lawatan sambil belajar ke tempat menarik yang dianjurkan oleh sekolah
kamu. Kamu diminta menulis laporan mengenai lawatan tersebut.
Tulis laporan kamu selengkapnya.
ATAU
3. Kamu dan keluarga telah berkelah pada cuti hujung minggu yang lalu. Ceritakan pengalaman kamu berkelah
bersama keluarga.
Tulis karangan kamu selengkapnya.
30
Bahagian C
(Masa dicadangkan: 20 minit)
(20 markah)
Tulis lima nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ahad, 4 September
6.00 pagi
Faiz bangun awal pagi. Selesai mengemas tempat tidur, dia membersihkan diri. Kemudian, dia
bersembahyang dan berdoa agar diberi ketenangan ketika menjawab soalan peperiksaan pada keesokan
harinya.
7.00 pagi
Faiz meneliti jadual peperiksaan UPSR yang akan bermula esok. Dia mula menyusun jadual untuk membuat
ulang kaji. Nota-nota ringkas yang telah disediakan dikumpulkan untuk memudahkannya mengulang kaji
pelajaran.
4.00 petang
Faiz bersama-sama ayahnya ke sebatang sungai untuk memancing. Faiz berasa begitu tenang dan terhibur.
Fikirannya menjadi lapang.
8.00 malam
Selepas makan, Faiz menyusun dan memasukkan alat tulis ke dalam beg sekolahnya. Setelah selesai
membuat persediaan, Faiz bersalaman dengan ibu dan ayah sebelum masuk tidur. Ibu bapa Faiz mendoakan
agar Faiz dapat menjawab soalan peperiksaan pada esok hari dengan sebaik-baiknya.
20