Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Belajar melalui pengalaman adalah sangat penting untuk murid-murid khasnya


(murid-murid berkeperluan khas). Oleh sebab itu, program lawatan sambil belajar
diadakan untuk murid-murid ini supaya mereka mendapat pengalaman daripada
lawatan tersebut. Program ini juga bertujuan menjana minda murid-murid terhadap
pengalaman yang dilaluinya serta mendapat pengetahuan baru. Lawatan merupakan
salah satu daripada teknik pengajaran dan pembelajaran yang memberi impak
mendalam kepada murid-murid. Tempat lawatan yang dipilih adalah tempat yang
memberi pendedahan dan input yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

2.0 BUTIR-BUTIR AM

2.1 Penasihat : En. Mohd Faiz Azrol bin Muhammad


2.2 Pengerusi Program : Cik Nur Afiqah bt Mat Aris
2.3 Tempat Lawatan : Suria KLCC, Kuala Lumpur.
2.5 Tarikh : 16 November 2016
2.6 Jumlah Peserta : 28 orang (Guru, Ibu bapa dan murid)
2.7 Pengangkutan : Bas sewa, Keretapi KTM dan LRT

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid suasana pembelajaran di


luar kelas.
3.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru, ibu bapa/penjaga
dan murid.
3.3 Memberi pengalaman yang baru dan menjana minda kepada murid-
murid.
3.4 Meningkatkan kemahiran bersosial murid-murid pendidikan khas.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua guru, ibubapa/penjaga dan murid pendidikan khas (rujuk lampiran 1)

5.0 ANGGARAN KEWANGAN


A. Butiran Pendapatan

1. Bayaran peserta ( RM 200 X 18 orang ) RM 3600.00

2. Bayaran Penjaga dan guru ( RM 100 X 9 orang ) RM 900.00

3. Sumbangan RM 60.00

Jumlah RM 4560

B. Butiran Perbelanjaan

1. Pengangkutan ( RM 1000 X sebuah bas ) RM 1000.00

2. Makanan & Minuman ( RM 45 X 28 orang ) RM 560.00

3. Tiket LRT Ke Suria KLCC ( RM 5 X 28 orang ) RM 140.00

4. Tiket KTM (RM 14 X 28 orang) RM 392.00

5. Tiket Aquaria KLCC (RM 16 X 28 orang) RM 448.00

6. Tiket Petrosains (RM 15 X 28 orang) RM 420.00

7. Wang saku pelajar (RM 50 X 18 orang) RM 900.00

Jumlah RM 4560

JUMLAH KESELURUHAN RM 4560


6.0 TENTATIF PROGRAM

Rabu (16 / 11 / 2016)

7.00 pagi :Berkumpul di sekolah

7.30 pagi : Bertolak ke KTM Tampin

8.00 pagi : Tiba di KTM Tampin

8.30 pagi : Bertolak ke Kuala Lumpur

10.30 pagi : Tiba di KL Sentral dan Minum Pagi

11.30 pagi : Bertolak ke KLCC dengan menaiki LRT ke Suria KLCC

12.00 tghri : Tiba di KLCC

12.30 tghri : Aktiviti di Petrosains dan Aquaria Suria KLCC

3.00 petang : Solat Zohor (Jamak) di Surau Suria KLCC

4.30 petang : Makan petang di KFC Suria KLCC

5.30 petang : Bertolak pulang ke sekolah

7.30 malam : Tiba di sekolah


7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Tn. Hj Abd Razak bin Othman (Tn. Pengetua)

N/Pengerusi 1 : En.Kamaruzzaman b Ab Rahim (Penolong Kanan Pentadbiran)

N/Pengerusi 2 : Pn. Hjh Sarina bt Mat Saman (Guru Kanan Hal Ehwal Murid )

N/Pengerusi 3 : Tn. Hj. Baharuddin bin Abdullah (Guru Kanan Kokurikulum)

Setiausaha : En. Mohd Faiz Azrol bin Muhamad (Penyelaras PPKI)

AJK-AJK : Cik Nur Afiqah bt Mat Aris (Guru Hal Ehwal Murid PPKI)

: Pn. Norasilah bt Mohamad (Guru Kurikulum PPKI)

: En. Razali bin Chokarri (Guru Kokurikulum PPKI)

: Pn. Nur Khaliesah bt Mohamad Yusuf (Guru PPKI)

: En.Muhammad Rafiqi bin Hasnul (Pembantu Pengurusan Murid)

: Pn. Norhayati bt Ismail (Pembantu Pengurusan Murid)

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Penasihat :Tn. Hj Abd Razak bin Othman (Tn. Pengetua)

: En.Kamaruzzaman b Ab Rahim (Penolong Kanan Pentadbiran)

: Pn. Hjh Sarina bt Mat Saman (Guru Kanan Hal Ehwal Murid )

: Tn. Hj. Baharuddin bin Abdullah (Guru Kanan Kokurikulum)

Pengerusi : En. Mohd Faiz Azrol bin Muhammad


Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi

Naib Pengerusi : Cik Nur Afiqah bt Mat Aris


Setiausaha : Pn. Norasilah bt Mohamad
Bendahari : Pn. Nur Khaliesah bt Mohamad Yusuf

AJK
i Keselamatan dan kawalan pelajar : En. Razali bin Chokarri
Ii Makanan dan minuman : Pn. Norhayati bt Ismail
iv Fotografi : En.Muhammad Rafiqi bin Hasnul

9.0 PENUTUP
Saya amat berharap program lawatan ini mendapat kerjasama dan komitmen
daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung dalam menjayakannya. Hal ini kerana, program ini memberi manfaat
kepada murid-murid untuk menimba pengalaman baru serta mengeratkan
hubungan silaturrahim di antara guru, ibu bapa/penjaga dan murid.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

….………………………… ……………………………. ………………………………….

Anda mungkin juga menyukai