Anda di halaman 1dari 5

Menghasilkan cerita pendek

Kepada semua pelajar, hasilkan satu cerita pendek berbentuk inovasi dan kreatif yang
sesuai untuk pelajar menengah rendah. Tema cerita bebas.

Penilaian bercerita

KRITERIA

1. ISI PERSEMBAHAN
Isi cerita menarik, tema sesuai, meyakinkan, seronok

2. BAHASA DAN PERTUTURAN.


Bahasa menarik, berintonansi, kurang kesilapan tatabahasa, sebutan betul, jelas dan
bahasa baku.

3. PENGHAYATAN
Lancar, tidak menghafal, tidak lupa

4. GAYA PERSEMBAHAN/TEKNIK.
Menarik, tenang, meyakinkan, bersahaja, tidak stereotaip.

5. KONTAK MATA/BAHASA TUBUH


Sejauh mana ia berperanan dan menarik perhatian serta meninggalkan kesan kepada
pendengar.

6. TEMPO DAN MASA, KAWALAN SUARA


Dapat menyampaikan mengikut tempo dan masa yang sesuai. Nada suara bersesuaian
dengan cerita/ulasan.

Seni Bercerita

1. Ekspresi
 mengetahui apa yang mahu anda katakan
 lahirkan apa yang anda rasakan
 fikirkan apa yang anda maksudkan
 melahirkan ekspresi muka yang betul
 bersahaja

2. Suara

 bercakap dgn mudah, perlahan dan tepat


 suara secukup didengar dengan mudah
 berhati-hati dengan sebutan
 gunakan nada yang rendah tetapi sedap didengar

3. Pengaturan masa

 berhenti seketika (PAUSE) menukar kelajuan


 tukar nada (RENDAH/TINGGI)
 pelbagaikan tekanan suara
 perlahan-lahan bina kemuncak

4. Pergerakan tangan dan kepala (GESTURE)

 pergerakan bercerita menjadi lebih menarik

5. Bercerita dengan kuat

 Menggunakan bahasa dengan baik: membuat intonasi yang sesuai, gaya dan
mimik muka yang betul.
 Menggunakan ilustrasi atau gambar yang sesuai untuk menarik perhatian.

Kemahiran bercerita

1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita


 memilih cerita yang sesuai
 menghafal isi-isi penting
 sediakan alat bantu mengajar
 kesediaan pelajar
 murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru
 mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
 pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir
 pastikan suara jelas dan lantang
 kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid
memahami isi cerita dengan lebih jelas
 mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid
 ayat dan perkataan mudah difahami murid
 disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi
 aktiviti susulan

2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

 Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai


 Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
 Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan
pengalaman murid
 Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang
diperuntukkan
 Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya
sekali
 Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-
topeng
 Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
 Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat
mendengar dan melihat ekspresi guru
 Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar
yang sesuai dengan isi cerita

3. Sesi Bercerita

 Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik


 Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan
membantu murid-murid memahami cerita
 Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
 Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

4. Penutup

 Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi


cerita itu

5. Aktiviti penutup

 Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.


 Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan
sendiri.
 Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi
cerita.
 Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
 Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan
didengar

Bibliografi

http://www.bmp3013x.blogspot.com/
Kemahiran Menyoal Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama
ada dalam kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka
mempunyai soalan atau tidak, mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak
mempunai soalan. Adakah benar pelajar-pelajar tidak mempunyai soalan untuk ditanya
tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang boleh ditimbulkan disini ialah adakah
guru telah mengajar kemahiran menyoal kepada pelajar-pelajar di dalam kelas?

Bertanya atau Menyoal?

Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan
menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan
sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang positif
dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama. Dalam hal ini bertanya dan
menyoal sebenarnya mempunyai makna yang berbeza.

Lihat contoh berikut;

1 a) Harga kereta baru kamu berapa?


b) Berapakah harga kereta baru kamu?

2 a) Ahmad, kenapa kamu selalu datang lambat?


b) Kenapa cikgu nak tahu?

Ayat 1(a) dan 1(b) merupakan ayat tanya yang ditandai dengan kata tanya dan tanpa kata
tanya. Kedua-dua ayat tersebut diucapkan dengan maksud cuba mendapatkan maklumat.

Sebaliknya ayat 2(a) dan 2(b) walaupun ayat tanya tetapi tanpa kita sedari ayat-ayat
tersebut lebih berbentuk menyoal, menyalah atau cuba menuduh. Agaknya apa perasaan
anda?

Bila bertanya kita tidak mungkin menyakiti hati orang yang kita tanya. Sedapat mungkin
kita cuba menjaga hubungan kita. Kita mahu komunikasi kita berada dalam iklim atau
suasana yang selesa dan menyenangkan.

Lihat contoh berikut:

3 a) Kenapa kamu tak telefon saya, kamu datang lambat?


b) Apa sebab kamu beli barang yang tak diperlukan?
c) Kamu tak tahukah cikgu sibuk?

Ayat-ayat di atas kelihatan seperti bertanya kerana ditandai dengan tanda tanya dan kata
tanya. Jika anda seorang pelajar yang “ditanya” oleh guru anda, apa perasaan anda. Tentu
sahaja anda akan terasa tersinggung kerana guru anda “menyalahkan” atau “menuduh”
anda datang lambat tanpa bertanya sebabnya terlebih dahulu. Ayat-ayat seperti di atas
adalah ayat menyoal dan bukannya bertanya. Yang membezakan makna bertanya dan
menyoal ialah fungsi pertanyaan itu sendiri.

Ada dua jenis pertanyaan, iaitu pertanyaan tertutup dan pertanyaan terbuka. Pertanyaan
terbuka tidak memadai hanya dijawab “ya” atau”tidak “ sahaja. Contoh
4 a) Cikgu bercadang hendak mengadakan lawatan ke Pulau Pinang masa cuti
pertengahan tahun. Apa pendapat kamu semua?
b) Mengapa agaknya masalah disiplin pelajar semakin teruk ketika ini?
Pertanyaan tertutup pula memerlukan jawapan yang tegas, tepat dan “ya” atau “tidak”
Contoh
5 a) Sudah berapa lama kamu tinggal dengan nenek?”
b) Apa yang membuat kamu nampak risau?”
c) Ada atau tidak cadangan lain yang boleh kita kemukakan kepada pihak sekolah?
d) Adakah kamu semua setuju Karim dilantik sebagai ketua kelas?

Ayat 5 a) dituturkan dengan maksud untuk mendapatkan fakta, ayat 5 b) pula


untukmengetahui perasaan. Bentuk pertanyaan seperti Ayat 5 c) biasanya jika kita cuba
mencari maklumat tambahan, membuat pemerincian atau mencari perbezaan pendapat.
Ayat 5 d) pula lebih bercorak cuba menguji sikap, perasaan atau pendiriaan seseorang.
Dalam hal ini seseorang penutur perlu bijak memanipilasi bentuk kata tanya. Apa yang
penting elak diri daripada menyinggung perasaan seseorang.

Anda mungkin juga menyukai