Anda di halaman 1dari 4

CERPEN ‘ BAWOD’

Sinopsis
Beluntung murid darjah enam di Sekolah Rendah Kerajaan Pasir Timbang
Beluntung tinggal di kawasan pendalaman yang terletak berhampiran dengan
Sungai Layong. Beluntung mempunyai dua ekor haiwan yang amat disayanginya,
iaitu Bawod seekor kambing dan Tuyog,seekor kerbau. Beluntung mahu menjadi
murid yang pandai dan dia berusaha gigih untuk memperoleh ilmu. Beluntung
terpaksa melalui beberapa batang sungai untuk sampai ke sekolahnya. Beluntung
ke sekolah dengan menunggang Tuyog. Bawod sangat takut akan air, namun lama-
kelamaan Bawod dapat menyeberangi sungai berkat kegigihannya. Peristiwa itu
memberikan semangat kepada Beluntung untuk berusaha dengan gigih demi
mencapai kejayaan. Di kelas, kawan-kawan Beluntung mengejeknya kerana
tubuhnya yang berbau kerbau . Beluntung tidak mempedulikan ejekan kawannya
kerana dia sememangnya datang ke sekolah dengan menunggang kerbau.
Pada masa rehat, Beluntung mencari Bawod dan Tuyog. Tuyog seperti hilang
arah apabila melihat Bawod tiada. Beluntung mencari Bawod di padang, di kebun
sekolah dan di jalan raya, tetapi Bawod masih tiada. Apabila masuk ke kelas,
Beluntung terkejut apabila melihat Bawod  berdiri di sebelah Cikgu Rambuyat .
Beluntung meminta maaf atas perbuatan kambingnya itu. Beluntung membawa
Bawod keluar sambiI memarahi kambingnya itu. Beluntung terfikir untuk tidak
membawa Bawod ke sekolah lagi kerana Bawod telah memalukannya. Bawod
segera berlari ke arah Tuyog. Rupa-rupanya, Bawod mahu memberitahu peristiwa
Tuyog sukar bernafas kerana tali telah melilit leher Tuyog. Beluntung berasa kesal
kerana telah memarahi Bawod. |

Semasa pesta lumba kerbau diadakan, Tuyog turut menyertainya. Beluntung


berasa agak hairan apabila ayahnya tidak pergi ke pesta itu dan meminta Bawod
ditambat. Ibu Beluntung juga tidak pergi ke pesta itu kerana sakit. Tuyog telah
menjuarai pertandingan itu. Beluntung yang memperoleh wang RM 10 hasil
kemenangan Tuyog mahu membeli seekor kambing untuk menemani Bawod.
Apabila pulang ke rumah  Beluntung berasa pelik apabila melihat ramai orang di
rumahnya. Beluntung terus mencari ibunya. Beluntung berasa lega apabila melihat
ibunya sihat. Walau bagaimanapun, Beluntung masih tertanya-tanya sebab
rumahnya dikunjungi orang kampung. Apabila menemui ayahnya, barulah Beluntung
tahu bahawa ayahnya mahu mengadakan kenduri kesyukuran untuk meraikan
kejayaannya yang memperoleh 98 peratus markah dalam peperiksaan darjah enam
Beluntung terkejut apabila mengetahui Bawod telah disembelih untuk majlis
meraikan kejayaannya itu. Beluntung melutut di hadapan Bawod yang telah mati.
Beluntung meraung sambil memeluk Bawod. Beluntung memberitahu orang ramai
bahawa Bawod ialah sahabatnya. Ayah Beluntung memujuknya dengan
mengatakan bahawa Bawod telah berkorban untuknya.

Tema
Persahabatan yang utuh antara manusia dengan haiwan peliharaannya.

Persoalan
Bil Persoalan Contoh peristiwa
1. Kegigihan seorang murid dalam mengejar Beluntung gigih ke sekolah walaupun dia
impian terpaksa mengharungi beberapa batang
sungai sambil menunggang kerbau demi
mencapai kejayaan dalam peperiksaan
darjah enam.
2. Kedaifan hidup di luar bandar bukan suatu Bapa Beluntung bangga kerana dua
penghalang untuk bersaing dalam dunia orang anak Kampung Layang yang
pendidikan mempunya sijil darjah enam tetapi
mereka hanya sekadar lulus sahaja
berbanding Belundung yang mendapat
98 peratus markah .
3. Pengorbanan dan kesetiaan antara dua ekor Bawod pergi ke kelas Beluntung supaya
haiwan Beluntung pergi ke tempat dimana dia
mengikat Tuyog untuk memberi tahu
bahawa Tuyog dalam kesusahan iaitu
lehernya telah terjerut oleh tali yang
mengikatinya.
4. Kekuatan kasih sayang pengikat kebahagiaan Beluntung tersenyum apabila
sesebuah keluarga bapanya memaklumkan kehadiran
ramai orang kampung ke rumah
mereka kerana bapanya akan
mengadakan kenduri kesyukuran

Gaya Bahasa
Bil Gaya Bahasa Contoh
1. Personifikasi Cahaya itu merayapi kawasan sekitar
2. Simile Dia memandang kecewa ke halaman rumah yang
sudah kelihatan seperti tasik kecil.
3. Sinkope Hisyy …, asyik tanya saja. 
4. Inversi Di hadapannya, Tuyog tertambat pada pohon
nangka.
5. Repitisi Bawod takut akan air, takut akan hujan.
6. Peribahasa Bapa tentu senang hati.

LATIHAN CERPEN BAWOD


Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Petikan 1

Harun terkinja-kinja di celah-celah orang ramai menuju ke kaunter. Dia ingin melihat
pemilik kondo itu. Matanya terbeliak melihat adiknya Hisyam dan Halimah menyambut
para pembeli sambil menyerahkan kunci.
Wajah Hisyam sangat ceria dan puas pada mata Harun. Raut wajah Halimah amat
gembira dan bersyukur pada mata Harun. Selepas seketika, dia berundur dengan
memendam rasa. Dia memandu dengan rasa ngilu pada kalbunya. Wangnya yang dua
juta lebih sudah tinggal sejuta lebih sahaja.

Dipetik daripada cerpen ‘Sekeping Tanah’, antologi Bintang Hati,


Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Petikan 2

Muka Beluntung basah. Ketika menyapu mukanya dengan tangan, dia teringat betapa
takutnya Bawod dengan air. Apabila hujan turun, Bawod akan segera berlari ke bawah
kolong dan tidak berani keluar sehingga hujan berhenti. Pernah juga Beluntungmengikat
Bawod pada pohon Nangka dan menyiram kepalanya dengan air. Bawod terjerit-jerit
sebelum tergigil-gigil kesejukan. Akan tetapi sekarang Bawod boleh menyeberang sungai.
Air sungai sejuk. Sama sejuknya dengan air hujan. Bawod sudah sanggup masuk ke
dalam sungai.

Dipetik daripada cerpen ‘Bawod’, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,


Kementerian Pendidikan Malaysia

1. Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan perubahan dalam kehidupan adik-


beradik Harun dan juga Bawod?
(3 markah)
___Berdasarkan Petikan 1, perubahan dalam kehidupan adik-beradik Harun ialah
mereka telah berjaya membina kondo di atas tanah pusaka arwah ayahnya
sementara berdasarkan Petikan 2, Bawod telah berjaya menyeberang
sungai._______________________________________________________________
________________________________________________________

2. Nyatakan dua pengajaran yang sama yang terdapat dalam kedua-dua petikan.
(3 markah)
___Pengajaran yang sama terdapat dalam kedua-dua petikan adalah kita mestilah
berusaha untuk mencapai sesuatu perkara yang kita ingini dan kita mestilah berani
mengambil risiko demi kejayaan masa hadapan.

3. Setiap orang perlu mempunyai semangat yang tinggi dalam melakukan sesuatu
sehingga berjaya.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha lain yang boleh dilakukan seseorang untuk
memperoleh kejayaan? (4 markah)

____Pada pendapat saya , usaha-usaha lain yang boleh dilakukan seseorang untuk
memperoleh kejayaan adalah sentiasa rajin dan konsisten dalam melakukan sesuatu
perkara seperti sentiasa membuat latihan untuk memantapkan sesuatu perkara.
Selain itu , tabah dalam menghadapi segala kemungkinan yang akan datang supaya
diri kita lebih bersedia dan dapat mengharunginya dengan bijak.

Anda mungkin juga menyukai