Anda di halaman 1dari 1

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BICARA BUKU:

1. Program ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah
(7 tahun – 17 tahun)
2. Terbuka kepada sekolah-sekolah yang mendaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM)
3. Satu penyertaan sahaja bagi setiap murid iaitu :
a) Sekolah Rendah
i) Kategori Bahasa Melayu ii) Kategori Bahasa Inggeris
b) Sekolah Menengah
i) Kategori Bahasa Melayu ii) Kategori Bahasa Inggeris
4. Penilaian video ini akan dinilai oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak urus setia.
5. Tiga hasil video terbaik bagi setiap kategori akan dipilih ke peringkat negeri.
6. Video-video pemenang akan dimuat naik dalam pelantar digital Pembelajaran (DELIMa) atau
media sosial Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN Perak) sebagai dorongan kepada
pelajar-pelajar lain.
7. Video-video yang diterima akan menjadi hak milik JPN Perak dan akan digunakan untuk
diterbitkan semula.
8. Keputusan hakim adalah muktamad dan tidak boleh dipersoal oleh mana-mana pihak.

SYARAT:

1. Murid akan membaca buku kegemaran sendiri (terbuka dan bebas).


2. Tema : bebas dan sesuai.
3. Durasi rakaman video/youtube selama 3-5 minit.
- rakaman secara berterusan tanpa suntingan
- video rakaman hendaklah secara melintang (landscape)
4. Murid boleh berpakaian sekolah atau mengikut tema.
5. Kandungan yang perlu ada dalam video adalah:
a. Nama Sekolah / Kod Sekolah
b. Nama Murid
c. Tajuk Buku
d. Penulis Buku
e. Jumlah muka surat
- murid mesti memilih buku mengikut kesesuaian kategori rendah dan menengah
6. Idea dan kreativiti untuk mengulas kandungan buku.
7. Murid mengupas/mengulas buku tersebut dari segi kandungan idea secara kreatif.
8. Pertandingan bermula pada 18 - 22 April 2022.
9. Rakaman hendaklah dimuat naik dalam channel TV PSS sekolah masing-masing.
10. Video yang dimuat naik tidak disenaraikan sebagai tontonan umum (unlisted).
11. Sila hantar penyertaan ke Unit Sumber Teknologi Pendidikan (USTP), Pejabat Pendidikan
Daerah masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai