BM SPM
BM SPM
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. (m/s 10) (SPM 2004)
Dengan adanya kerjasama dalam masyarakat, keadaan masyarakat itu akan menjadi kuat dan
sebarang pekerjaan dapat dilaksanakan dengan mudah.
2. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. (m/s 10 & 166) (SPM 2004)
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama.
7. Jika melentur buluh biarlah dari rebungnya. (m/s 174 & 176)
Jika hendak mendidik anak hendaklah bermula sejak kecil lagi.
11. Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. (m/s 234)
Sesuatu yang sentiasa dikenang atau diingati dan sukar untuk dilupakan.
Jauh perjalanan luas pengalaman. (m/s 80) ; banyak berjalan luas pengalaman. (m/s 252)
Semakin banyak pengalaman baru yang diperoleh jika kita pergi ke tempat orang.
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. (m/s 91 & 116) (SPM 2004)
Sikap bersatu padu yang mementingkan semangat tolong-menolong antara satu sama lain.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007)
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (m/s 98)
Sikap bersatu padu yang mementingkan semangat tolong-menolong antara satu sama lain.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007)
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama.
Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. (m/s 99)
Walau di mana sekalipun kita berada, kita hendaklah mengikut cara hidup masyarakat di mana kita
menetap kerana setiap masyarakat mempunyai adat resam serta cara hidup mereka yang tertentu.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. (m/s 114, 115, 116 & 216)
Seseorang itu perlu berusaha untuk memperoleh sesuatu.
21. Genggam bara api, biarlah sampai jadi arang. (m/s 215)
Melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.
24. Biar mati anak, jangan mati adat. (m/s 179 & 265)
Sikap menghormati dan sayangkan adat tradisi itu lebih daripada menghormati dan menyayangi
anak sendiri.