Anda di halaman 1dari 21

PERANAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN

PELAJAR CEMERLANG DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)


SERTA CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI
BAGI MEREALISASIKANNYA

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Dewasa ini, masalah tingkah laku semakin meruncing di kalangan para
pelajar terutama di institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada awam mahupun
swasta. Sebagai gedung ilmu, IPT memberikan sumbangan yang signifikan
kepada kemajuan sosioekonomi negara dan pembangunan modal insan.
Seiring dengan itu, lahirlah idea untuk membentuk modal insan bermutu tinggi
hasil pemikiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
yang dikemukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). YAB
Perdana Menteri telah mengumumkan Misi Nasional pada 31 Mac 2006
semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen. Ia merupakan
fasa kedua usaha kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 dalam
menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Misi ini menggariskan lima teras
iaitu, meningkatkan ekonomi dalam nilai rantaian yang lebih tinggi;
meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk
minda kelas pertama; menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi
yang berterusan secara membina dan produktif; meningkatkan kelestarian
kualiti hidup; dan mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaannya. Misi
Nasional ini akan meletakkan asas yang kukuh untuk pembangunan ekonomi
negara yang lebih berdaya saing dan berdaya tahan.

Dalam pembentangannya, beliau berpendapat bahawa pembangunan modal


insan ini merupakan satu cabaran yang sangat penting dan terbesar selain
membentuk minda dan pemikiran warga kelas pertama. Pembangunan modal
insan ini telah pun dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan
bersepadu. Sifatnya yang holistik turut memberi penekanan terhadap aspek
pembangunan intelektual dan pengukuhan keupayaan sains, R&D dan
inovasi. Selain itu, pembangunan modal insan turut memberi penekanan
kepada aspek keinsanan. Keinsanan akan lahir dan terbina dalam diri individu
melalui falsafah hidup, agama dan moral. Aspek-aspek inilah yang diidamkan
oleh Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dalam melahirkan para siswazah
yang bukan sahaja berfikiran kelas pertama malah turut mempunyai nilai-nilai
keinsanan yang tinggi seiring dengan pembangunan negara.

1.2 Dalam konteks institusi pendidikan, modal insan ini lebih menfokus
kepada para pelajar yang menjadi aset kepada pembangunan negara. Dato’
Normah bt Md. Yusof, Ketua Pengarah MAMPU dalam ucapannya sempena
Perhimpunan Bulanan MAMPU pada 19 Setember 2007 mengkategorikan
modal insan kepada empat “quadrant” iaitu high skill, high will; high skill, low
skill; low skill, high will; dan low skill, low will. Golongan high skill, high will
ialah golongan yang bukan sahaja mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi
juga mempunyai keinginan dan motivasi yang tinggi dalam melakukan
seseuatu perkara. Golongan high skill, low skill pula mempunyai kemahiran
yang tinggi juga tetapi tiada kesungguhan atau motivasi dalam melakukan
banyak perkara.

1.3 YAB Perdana Menteri melihat modal insan sebagai satu elemen
penting dalam pembangunan. Insanlah merupakan faktor utama dalam semua
strategi dan pelan tindakan untuk menggerakkan aktiviti dan program
pembangunan negara. Baik insan, baiklah perancangan, pelaksanaan dan
natijah kerja dalam pembangunan negara. Buruk insan, buruklah natijahnya
kepada kemajuan dan pembangunan negara. Modal insan dalam RMK-9 telah
disignifikasikan kepada aspek-aspek berikut:

1. Keperluan kepada modal insan berkualiti


2. Pendekatan holistik dalam pembangunan modal insan
3. Strategi melahirkan modal insan kelas pertama
4. Perkaitan Misi Nasional, Wawasan 2020 dengan modal insan
5. Keselarian pembangunan modal insan dengan pendekatan Islam
Hadhari
6. Modal insan dan aktiviti kebudayaan
7. Modal insan dan peranan golongan wanita
8. Modal insan dan perundangan
9. Modal insan dan pendidikan
10. Modal insan dan integriti
Rajah 1: Model modal insan berkelas pertama dalam RMK-9

Pembangunan
Modal Insan
Holistik

Nilai Etika dan


Pembudayaan
Moral Yang
Sikap Progresif
Tinggi MODAL
INSAN
BERMINDA
KELAS
PERTAMA

Modal
Intelektual: Ilmu
Ilmu Sains, Pengetahuan
Teknologi dan dan Kemahiran
Keusahawanan
1.4 Istilah Modal Insan
Pengertian konsep modal insan ini sangat luas yang mana meliputi
pelbagai aspek. Insan disignifikasikan sebagai hamba Allah iaitu berfungsi
untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Insan juga adalah khalifah Allah yang
memakmurkan dunia berdasarkan kapasiti akal dan intelek yang ada. Insan
memerlukan sikap berkorban dan tidak mementingkan diri unutk maju
kehadapan, berhati tulus ikhlas serta mempunyai kemampuan berfikir secara
kritis dan kreatif. Dalam Surah Al-Asr’ ada menyebut bahawa insan yang
produktif adalah mereka yang menghargai masa, beriman dan beramal soleh,
bersabar, tegur-menegur dan nasihat-menasihati. Modal insan mempunyai
fungsi sebagai tenaga penggerak dalam menghasilkan barangan manakala
perkhidmatan yang ditawarkan pula menepati ekspetasi pelanggan dan
kepuasan diri serta memenuhi harapan masyarakat dan negara ke arah
sebuah negara maju. Modal insan juga adalah penentu kejayaan pencapaian
visi, misi, objektif, matlamat dan fungsi-fungsi yang telah ditetapkan. Ia
dilakukan secara berterusan dan dipertahankan tahap kemajuan dan
pembangunan itu.
Modal insan atau manusia adalah sumber yang paling penting dalam
organisasi disamping sumber-sumber lain seperti mesin dan peralatan,
kewangan dan prosedur kerja. Laman Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan
Pustaka turut menjelaskan bahawa modal insan didistilahkan sebagai sumber
intelek yang ada pada setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang
berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbangkan
kebaikan kepada dunia hari ini. Definisi terperinci modal insan seperti yang
dinyatakan oleh Mayo (2000) ialah kebolehan, ilmu, kemahiran, pengalaman
dan jaringan yang dimilki individu untuk mengeluarkan sesuatu perkhidmatan
atau produk. Modal insan dipengaruhi oleh tiga perkara utama; pada peringkat
individu dipengaruhi oleh motivasi, cita-cita dan kemahuan; pada peringkat
kumpulan merangkumi sokongan, hormat-menghormati, perkongsian idea,
nilai dan kepimpinan, dan; pada peringkat organisasi meliputi persekitaran
dan budaya kerja. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam
membangunkan negara.
1.5 Pembangunan Modal Insan Dalam Misi Nasional
Selaras dengan teras kedua Misi Nasional, negara perlu melahirkan modal
insan dengan minda kelas pertama untuk menghadapi cabaran pembangunan
ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi. Modal insan yang
dibangunkan perlu mempunyai keupayaan pengetahuan, kemahiran dan ciri-
ciri peribadi yang unggul. Bersesuaian dengan matlamat modal insan yang
dihasratkan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara digubal dengan visi
untuk mentransformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan
Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.
Transformasi ini merupakan peletakan asas ke arah kegemilangan dan
kelestarian pengajian tinggi melangkaui tahun 2020. Transformasi yang
diperlukan menunutut perubahan yang drastik untuk merevolusikan pengajian
tinggi supaya dapat meletakkan asas yang kukuh untuk pembangunan dan
perkembangan sektor ini dalam masa jangka yang panjang. Perubahan untuk
merevolusikan pengajian tinggi adalah selaras dengan idea yang diilhamkan
oleh Y.A.B. Perdana Menteri dalam Forum Dialog Majlis Tindakan Ekonomi
Negara pada 13 Januari 2004 seperti berikut:

“.......Saya percaya bahawa untuk merealisasikan aspirasi kita untuk


menerapkan budaya pencapaian yang baru tidak terbantut oleh
ketidakmampuan, kita membangunkan modal insan yang sepadan dengan
tanggungjawab dan cabaran masa mendatang, apa yang kita perlukan adalah
tidak kurang daripada satu ‘revolusi pendidikan’.....”

Ucapan Y.A.B. Perdana Menteri dalam Forum Dialog Majlis Tindakan


Ekonomi Negara pada 13 Januari 2004

Transformasi ini juga merupakan kesinambungan falsafah pendidikan


seperti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 untuk melahirkan modal
insan yang seimbang, harmoni, berpengetahuan dan berakhlak mulia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berikut menjadi asas kepada Falsafah
Pengajian Tinggi di Malaysia:
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani, berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan berakhlak mulia, bertanggungjawabdan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemamkmuran keluarga, masyarakat
dan negara”.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Akta Pendidikan 1996

2.0 PERANAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN


PELAJAR YANG CEMERLANG DARI SEGI AKADEMIK, SAHSIAH
DAN INSANIAH

2.1 Pembangunan modal insan memainkan peranan penting dalam


memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi
bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Kejayaan di
peringkat keluarga seterusnya akan mempermudahkan institusi pengajian
tinggi melaksanakan tanggungjawabnya membentuk insan yang seimbang
dan harmonis berasakan kepada Falsafah Pendidikan Negara (Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) institusi pengajian tinggi perlu mempunyai
komitmen yang lebih tinggi dengan pendekatan yang lebih menyeluruh untuk
mendidik pelajar agar pembangunannya lebih seimbang dan harmonis.
Secara umumnya, gaya hidup pelajar cemerlang juga mestilah seimbang dari
sudut rohani, jasmani, emosi dan intelek manakala pelajar yang mempunyai
nilai modal insan dengan minda kelas pertama pula adalah pelajar yang telah
dilengkapi dengan segala aspek meliputi kemahiran, komunikasi berkesan,
kebolehan menggunakan ICT dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif
dan kritis serta mampu bertindak secara rasional.

2.2 Pembangunan modal insan berupaya membentuk pelajar yang


mempunyai nilai diri yang tinggi serta berupaya menjadi pemimpin yang
berkesan dan berwibawa terhadap keluarga dan masyarakat. Pelajar
cemerlang yang mempunyai modal insan minda kelas pertama dapat
diterjemahkan kepada pembangunan modal insan yang dapat menyumbang
sesuatu kepada pembangunan negara melalui penjanaan ekonomi dan
pembangunan sosial. Selain mempunyai keupayaan intelektual, pelajar yang
cemerlang diharap dapat dilengkapi dengan nilai kemanusiaan dan nilai
kerohanian yang luhur yang menjamin keselamatan sosial. Usaha
pembangunan modal insan dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja
cemerlang dalam pendidikan malah dapat memberikan sumbangan dan
keuntungan terhadap institusi pengajian tinggi sekaligus terhadap negara.

2.3 Kecemerlangan seseorang pelajar tidak harus diukur berdasarkan


akademik semata-mata, tetapi haruslah dilihat dalam skop yang lebih luas
merangkumi kecemerlangan dari segi sahsiah, kepimpinan, pegurusan diri
dan personaliti, keteguhan rohani dan juga ketangkasan jasmani kerana
secara tidak lansung ia banyak membantu ke arah pencapaian akademik
yang cemerlang. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kecemerlangan
akademik adalah ukuran terhadap pencapaian, namun pencapaian itu akan
lebih bermakna lagi sekiranya kecemerlangan akademik seiring dengan
keupayaan memimpin, dinamika sikap, budaya tinggi yang menjadi prasyarat
kepada kecemerlangan yang sebenar-benarnya di tengah-tengah gelanggang
kehidupan. Di dalam konteks kecemerlangan bumiputera pula, isu mengenai
prestasi mereka di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah menarik perhatian banyak pihak.
Banyak kajian dan seminar djalankan bagi mengkaji sebab mengapa pelajar
bumiputera tidak mencapai tahap kecemerlangan seperti yang diharapkan.

2.4 Usaha-usaha untuk membentuk modal insan kelas pertama ini adalah
agenda terbesar dan utama bagi agensi pendidikan kerana apa yang bakal
dihasilkan adalah “produk insan” yang bakal menjadi pelapis dan
menggantikan pucuk pimpinan masa kini. Berdasarkan Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah
mengkategorikan modal insan kepada klasifikasi mengikut ciri utama meliputi
pengetahuan, keperibadian dan kemahiran berinteraksi seperti berikut:

2.4.1 Ciri ilmu pengetahuan modal insan minda kelas pertama:


 Penguasaan dalam subjek teras dan keupayaan memanfaatkan ilmu
pengetahuan.
 Penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris serta sekurang-kurangnya
satu bahasa global.
 Minat berterusan untuk menimba ilmu menerusi pembelajaran
sepanjang hayat (PSH).
 Memilki pengetahuan am yang meluas dan mengikuti perkembangan
hal ehwal semasa.
 Menghargai seni, budaya dan sukan.
 Berkemahiran menganalisis dan menyelesaikan masalah.
 Pendedahan kepada tentang prinsip perniagaan dan pengurusan serta
teknologi.

2.4.2 Ciri peribadi modal insan minda kelas pertama:


 Berorientasikan matlamat: proaktif, daya tahan diri, disiplin, yakin,
bermotivasi dan berdaya saing di peringkat global.
 Intelektual: kreatif, inovatif dan mempunyai kemahiran berfikir secara
kritikal.
 Cepat belajar, mudah menyesuaikan diri dan fleksibel.
 Memiliki sifat-sifat keusahawanan.
 Beretika tinggi dan bermoral tinggi.
 Kerohanian yang teguh.
 Bersifat penyayang dan prihatin (melalui khidmat masyarakat dan kerja
sukarela).

2.4.3 Ciri kemahiran berinteraksi modal insan minda kelas pertama:


 Keterampilan berkomunikasi dan penyampaian berkesan.
 Keupayaan menyesuaikan diri dan mudah bergaul dengan orang ramai
pada pelbagai peringkat.
 Keupayaan untuk maju dan mempunyai kekuatan diri serta rangkaian
Profesional.
 Kepimpinan.
 Kerja berpasukan.

2.5 Untuk menjadikan negara berdaya saing dan berdaya maju,


pembentukan modal insan yang lengkap dari segi ilmu, kemahiran dan
keperibadian yang unggul perlu wujud. Bangun atau jatuhnya sesebuah
negara bergantung pada penerajunya. Hal ini kerana, tanpa modal insan yang
mantap lagi padu, bukan sahaja bangsa menjadi mundur malahan sesebuah
tamadun juga mungkin mengalami kemerosotan daya saing yang total.
Pemikiran yang mundur dan akhlak yang buruk akan membantutkan
pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Para siswazah di institusi-
institusi pengajian tinggi (IPT) inilah yang kelak bakal menjadi pemangkin
generasi pada masa akan datang. Mereka merupakan aset penting negara
yang harus dijaga dengan baik. Oleh hal yang demikian, pembangunan modal
insan menjadi tonggak utama dalam melahirkan bakal pemangkin negara
yang berkualiti.

2.6 Kerajaan seringkali memberi tumpuan terhadap sistem pendidikan


yang melahirkan ribuan siswazah dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) mahupun swasta (IPTS). Pertambahan bilangan siswazah saban tahun
menyebabkan ramai dalam kalangan mereka yang masih menganggur atau
tidak mempunyai pekerjaan tetap yang setimpal dengan kelulusan mereka.
Pada masa yang sama, terdapat maklum balas daripada sebilangan besar
siswazah terutama Bumiputera, sukar mendapat pekerjaan akibat gagal
menunjukkan keterampilan apabila di temu duga. Kegagalan siswazah
meyakinkan panel temu duga menjadi persoalan dan seharusnya dikaji
dengan mendalam. Di sinilah modal insan memainkan peranannya. Pelajar
yang cemerlang harus memiliki kemahiran dan keterampilan. Siswazah harus
melengkapkan diri dengan pelbagai jenis kemahiran ‘hard and soft skills’.
Modal insan yang diterapkan dapat memupuk pelajar supaya menghayati dan
mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab selain mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi. Para siswazah dididik dan dilatih untuk menjadi
pemimpin dan boleh mengeluarkan pendapat dan berani untuk menyertai dan
berucap di khalayak ramai. Oleh hal yang demikian, apabila nilai-nilai modal
insan ini telah pun memenuhi diri seseorang siswazah, pasti tiada lagi maklum
balas yang diterima bahawa mereka gagal mendapatkan pekerjaan hanya
semata-mata kerana gagal meyakinkan panel temu duga.

3.0 CABARAN YANG DIHADAPI UNTUK MEMBANGUNKAN MODAL


INSAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI INSTITUTI PENGAJIAN
TINGGI (IPT)

Globalisasi telah menuntut lanskap serta ekosistem institusi pengajian


tinggi berubah secara revolusi bagi menentukan modal insan turut berubah
daripada ekonomi berasaskan pengeluaran kepada ekenomi berasaskan
pengetahuan. Perspektif sejarah ketemadunan dunia menunjukkan bahawa
tidak pernah wujud suatu rangka tindakan yang kekal bagi pembangunan
sesebuah institusi pengajian tinggi. Ia sentiasa berubah mengikut peredaran
zaman dengan pemikiran dan tuntutan semasa. Cabaran yang dihadapi IPT
untuk meningkatkan kualiti institusi seterusnya meningkatkan kualiti
pelajarnya secara keseluruhan untuk meyakinkan rakyat pada tahap yang
lebih tinggi terhadap keunggulan sistem pengajian tinggi negara dan membina
reputasi institusi. Dalam memenuhi keperluan transformasi pengajian tinggi
dalam melahirkan modal insan kelas pertama dan menjadikan Malaysia
sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, Pelan Strategik
pengajian tinggi negara telah pun dirangka.

3.1 Perubahan Sikap dan Minda Dalam Membangunkan Modal Insan


Kerajaan menyedari nilai berharga yang ada pada modal insan. Salah
satu daripada cabaran terbesar bagi memajukan modal insan ialah perubahan
sikap dan minda. Kerajaan percaya bahawa kualiti modal insan adalah
perkara yang sangat penting dan tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Ini telah
ditegaskan olah YAB Perdana Menteri:

“Rakyat adalah aset negara yang paling berharga. Pembangunan modal


insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu
cabaran terbesar. Sekiranya kita ingin melangkah ke arah era ekonomi
berpaksikan pengetahuan, jika kita ingin menjadi negara maju dan kekal pada
tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks
dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi
satu kemewahan”.

“MEMBINA TAMADUN MENJULANG MARTABAT NEGARA”, Ucapan


Perdana Menteri YAB. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa
membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010
Di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006.

Pembangunan insan haruslah bermula dengan pembangunan diri yang


cemerlang dan keluarga yang harmoni sebagai asas sebelum menjangkau
kelompok komuniti dan masyarakat. Modal insan perlu mempunyai jati diri dan
kemampuan menghadapi cabaran semasa. Ibu bapa perlu memainkan
peranan yang lebih dalam soal ini kerana proses pendidikan bermula dengan
ibu bapa.
Pembudayaan sikap positif memang sukar dilaksankan. Barangkali
yang dimaksudkan oleh YAB Perdana Menteri ialah menjadikan sikap positif
itu sebagai sebahagian dari cara hidup yang mencakupi sikap positif terhadap
kerja. Kita percaya, melalui pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari, kita akan
dapat membangunkan orang Islam dengan lebih baik di samping mengubah
sikap dan budaya kerja orang-orang Islam. Kita juga percaya bahawa
pembangunan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan dan berasaskan sains
dan teknologi serta lain-lain lagi dapat membantu usaha bagi membasmi
kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup umat Islam. Orang Islam mestilah
sentiasa berusaha untuk mengangkat martabat bangsa, agama dan negara
yang dicintai. Orang Islam mestilah membawa diri kepada kemajuan dan
kemodenan yang selari dengan ajaran Islam. Untuk tujuan itu, orang Islam
perlu membawa perubahan diri, komuniti dan masyarakat. Justeru itu,
pembangunan modal insan ini secara asasnya menepati tuntutan agama
terutamanya agama Islam. Keselarasan inilah yang membangunkan individu
dengan modal insan yang lengkap dari segi fizikal dan rohaninya. Inilah yang
menjadi misi dan visi negara dalam melahirkan pelajar mahupun pekerja yang
bukan sahaja bijak malahan berperibadi mulia.

3.2 Keusahawanan Dalam Modal Insan


Penumpuan pembangunan modal insan secara holistik berlandaskan
ilmu dan kemahiran perlu diberikan tumpuan. Perkara ini tiadalah sebarang
masalah dari segi pelaksanaan asal sahaja agensi pelaksana dan
kementerian yang terlibat memberikan iltizam. Namun, yang menariknya di
sini adalah aspek keusahawanan. Rata-ratanya, ilmu keusahawanan masih
kurang dipelajari oleh orang-orang Islam walaupun aspek-aspek ini amat-
amat digalakkan dalam Islam. Kalaupun ada semangat keusahawanan, ianya
tidak diperkuatkan dengan ilmunya. Ini seharusnya menjadi agenda Melayu,
terutamanya kepada para graduan. Semangat dan sikap keusahawanan
perlulah dibina sewaktu pendidikan rendah dan seterusnya di peringkat
menengah dan pendidikan tinggi. Kemudahan pembiayaan perniagaan
perlulah diperbanyak dan diperluaskan. Para usahawan perlulah mempunyai
cita-cita untuk meningkatkan keupayaan mereka di samping
memeprtingkatkan jaringan kerja dan kerjasama. Di samping itu, kekuatan
dan semangat untuk berdikari, berinisiatif tinggi, dan kerja berkualiti perlu
diterapkan. Usahawan juga perlu ditanam sifat-sifat kepimpinan, kemahiran-
kemahiran berorganisasi dan seterusnya ia akan menjadi nilai tambah kepada
diri usahawan untuk kelansungan hidup mereka.

3.3 Cabaran Pengajian Tinggi Dalam Melahirkan Modal Insan Dengan


Minda Kelas Pertama
Bagi merealisasikan matlamat modal insan minda dengan kelas
pertama dan membudayakannya dalam melahirkan pelajar cemerlang yang
berpengetahuan dan berkemahiran, pelbagai cabaran sedia ada dan cabaran
di masa hadapan perlu ditangani secara berkesan. Cabaran dalam
melahirkan pelajar modal insan minda kelas pertama yang menuntut
perubahan secara dinamik ekoran daripada fenomena globalisasi telah
menukar corak permintaan dan kerelevanan pengajian tinggi. Antara tuntutan
kepada cabaran tersebut ialah:

 Peranan universiti dan ahli akademik;


 Perkembangan kurikulum mengikut keperluan pasaran;
 Penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dalam sistem
inovasi kebangsaan;
 Kaedah pengajaran dan pembelajaran;
 Perluasan akses dan mobiliti pengetahuan;
 Globalisasi dan piawaian melalui pemeringkatan dan penarafan; dan
 Peluang guna tenaga

Dalam hubungan ini, cabaran pengajian tinggi adalah untuk


membentuk pelajar yang mempunyai pemikiran kelas pertama bagi
menyumbang kepada kemamkmuran dan kemajuan negara. Terdapat tiga
peringkat dalam pembentukan insan yang menuju kepada modal insan kelas
pertama. Keperluan tenaga yang mempunyai kelayakan PhD atau setaraf
dengannya adalah penting untuk meningkatkan kualiti modal insan yang
kreatif dan berinovatif. Cabaran yang dihadapi oleh IPT ialah kekurangan
infrastruktur dan sumber bagi menyediakan tempat yang mencukupi bagi
menampung pertambahan pelajar dan program. Infrastruktur, peralatan dan
tenaga pengajar sedia ada perlu dipertingkatkan bagi mencapai sasaran yang
ditetapkan.

3.4 Cabaran Pendidikan Dalam Membangunkan Modal Insan


Dalam usaha membangunkan modal insan kerajaan sering berdepan
dengan pelbagai cabaran yang hebat. Sebagai status negara yang sedang
pesat membangun, sememangnya negara kita menghadapi cabaran yang
semakin mencabar dari segala aspek meliputi sosial, ekonomi, politik dan
sebagainya. Namun begitu, cabaran itu seumpama pembangkit semangat
negara bangsa untuk bergerak lebih maju ke hadapan. Aspek pendidikan
menjadi cabaran paling hangat yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan dalam
melahirkan modal insan berkualiti tinggi. Pendidikan menjadi satu medium
terpenting dalam membentuk jati diri modal insan yang unggul yang akan
memimpin negara. Pendidikan yang mampu menaikkan nama negara adalah
pendidikan yang diiktiraf dunia. Para siswazah adalah aset penting negara
yang bakal menggantikan tampuk pemerintahan yang ada pada masa kini.
Justeru, untuk memastikan pembangunan dan kemajuan negara terus
berkembang, aset ini haruslah diberi tumpuan sepenuhnya dengan
membekalkan mereka dengan pendidikan yang bertaraf dunia. Segala
kekurangan dalam sistem pendidikan negara haruslah diperbaiki dan
diperbaharui supaya modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi mampu dilahirkan dalam satu angka yang besar.

3.5 Penyelidikan dan Inovasi (R&D)


Jika dilihat pula dari segi aspek ekonomi, ia turut meberikan cabaran
yang kuat terhadap kerajaan. Dalam merealisasikan impian melahirkan
pelajar cemerlang dengan modal insan kelas pertama, kerajaan perlu
mengeluarkan belanja yang besar. Hal ini kerana, pembangunan pelajar
dengan minda kelas pertama memerlukan persekitaran yang mesra ilmu,
prointelektual dan berasaskan pencapaian. Minda kelas pertama tidak akan
terbentuk dalam persekitaran sinonim dengan budaya hendonisme,
ampuisme dan rasuah. Minda kelas pertama tidak akan bercambah jika
ukuran ilmu hanya diasaskan kepada jenis sijil dan tahap kelayakan
akademik. Dalam persekitaran yang meransang minda kelas pertama, ukuran
ilmu dan pencapaian ialah kegigihan, iltizam, sumbangan konkrit dan gaya
hidup berasaskan kepentingan nilai ilmu. Di sinilah perlunya pembaikan,
inovasi, penyelidikan dan reka cipta. Dalam konteks semasa, istilah inovasi,
penyelidikan dan reka cipta agak terhad dan nampaknya menjurus kepada
bidang sains dan teknologi di universiti dan pusat penyelidikan sahaja. Di
sinilah aspek ini menjadi cabaran besar buat kerajaan dalam mengeluarkan
belanja menyediakan prasaran selengkapnya demi melahirkan pelajar
cemerlang dengan minda kelas pertama. Walaubagaimanapun, para pelajar
harus menyedari bahawa inovasi bukanlah sesuatu yang sukar dan rumit
yang memerlukan pengetahuan pada peringkat PhD dan geran jutaan ringgit.
Jika kita mengkaji sejarah sains dan teknologi Eropah sejak 500 tahun dulu,
penemuan penting tidak hanya dilakukan profesor dan saintis di universiti,
malah dilakukan juga golongan pedagang, mekanik dan petani.
Sehubungan dengan itu, inisiatif RMK-9 untuk meningkatkan akses
kepada pendidikan dan latihan berkualiti pada semua peringkat perlu
dilaksanakan dengan sebaiknya. Inisiatif inilah yang diharapkan kerajaan agar
dapat membuka mata dan minda agar lebih proaktif, dinamik dan
berpengetahuan untuk melakukan pembaikan dan inovasi, di samping
memantapkan asas akhlak dan keinsanan yang kukuh. Dalam perkembangan
globalisasi yang sangat cepat dan kompetetif pada masa kini, negara
terpaksa memberikan saingan sehingga ke peringkat akar umbi untuk
merebut peluang-peluang di peringkat antarabangsa bahkan menghadapi
cabaran yang wujud di dalam negara sendiri. Untuk melahirkan institusi
pengajian tinggi bertaraf antarabangsa, sebuah inisiatif perlu dirangka dalam
perspektif minda kelas pertama.

3.6 Cabaran Pendidik dalam Melahirkan Pelajar Cemerlang


Di sinilah wujudnya satu lagi cabaran bagi kerajaan demi menggapai
impian melahirkan pelajar modal insan dengan minda kelas pertama.
Sesebuah universiti yang ternama bukan hanya pada nama, sejarah dan
bangunannya yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan peralatan
canggih. Untuk menjadi sebuah universiti yang ternama, universiti terbabit
perlu mencapai kualiti yang menjurus kepada proses dan budaya pemantapan
ilmu dalam komuniti akademik. Ia sangat signifikan yang melibatkan
keupayaan setiap pelopor bidang di kalangan profesor tersohor untuk
menguasai bidang pengkhususan pada tahap tertinggi yang diiktiraf rakan
sejawatan pada peringkat antarabangsa. Reputasi universiti untuk mencapai
kecemerlangan sangat bergantung kepada kebebasan akademik. Dalam
konteks semasa, kebebasan akademik bermakna keputusan berkaitan
pembangunan dan perancangan bidang akademik seharusnya bebas
daripada desakan politik, birokrasi, individualisme dan egoisme.
Ahli akademik adalah penting dalam usaha meningkatkan
kecemerlangan sesebuah IPT dan membentuk pelajar yang berketampilan.
Ahli akademik menjadi golongan yang amat penting sebagai instruktur di
institut-institut pengajian tinggi. Mereka sentiasa menghadapi cabaran di
dalam usaha negara yang ingin melahirkan modal insan yang mampu
bersaing di peringkat global. Tanpa ahli akademik yang amanah dan prihatin
sudah pasti usaha melahirkan pelajar cemerlang yang memiliki modal insan
dengan minda kelas pertama akan tergendala. Setiap IPT perlu mewujudkan
persekitaran yang kondusif dalam menghasilkan modal insan dengan minda
kelas pertama untuk menarik perhatian pelajar supaya berusaha ke arah
kecemerlangan dan memberikan ransangan kepada ahli akademik untuk
terus menyampaikan ilmu pengetahuan.
Walaubagaimanapun, IPTS pula berdepan dengan cabaran utama
dalam mendapatkan tenaga pengajar yang mencukupi, berkelayakan dan
berpengalaman serta penyediaan pelan pembangunan staf yang teratur serta
menyediakan skim gaji yang dapat mengekalkan kakitangan akedemik IPTS.
Perkembangan pengajian tinggi yang pesat telah meningkatkan permintaan
terhadap staf akedemik berkelayakan. Kos yang tinggi menghantar pensyarah
mengikuti pengajian keluar negara telah membantutkan usaha IPTS untuk
tujuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, kerajaan perlu memberi
kebebasan akademik terhadap warga pendidik ini. Tidak dinafikan bahawa
kebebasan akademik di Malaysia memang menyerlah namun masih jauh
berbanding universiti ternama, yang mana profesor diberi mandat sepenuhnya
dan kebebasan untuk menguruskan disiplin ilmu dan dana. Mereka tidak perlu
mendapat keizinan Naib Canselor untuk memberi kuliah perdana, menghadiri
persidangan antarabangsa atau menjadi perunding kerajaan luar negara,
apatah lagi keizinan pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Malahan perjanjian
geran dan dana penyelidikan peringkat antarabangsa antara profesor
berkenaan dengan pihak terbabit, bukan dengan pentadbir universiti dengan
keizinan Lembaga Universiti dan diluluskan Menteri Pengajian Tinggi seperti
diamalkan kini.
4.0 KESIMPULAN

Menerusi ekosistem pengajian tinggi yang lebih fleksibel dan interaktif


hasil gabungan modal insan keluaran universiti, kolej universiti, politeknik dan
kolej komuniti akan lebih responsif dan berupaya menterjemahkan objektif
mutakhir negara melalui penggemblengan kekuatan cendekiawan negara
yang merangkumi terutamanya modal insan kelas pertama yang mampu
menggunakan pengetahuan proaktif, kreatif, inovatif dan berkemahiran
teknikal serta pengurusan bagi menangani persekitaran global yang berubah-
ubah bagi meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada
kesejahteraan dan kekayaan negara serta sejagat. Untuk mencapai matlamat
menghasilkan modal insan minda kelas pertama dalam konteks menjadikan
Malaysia hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, maka langkah-
langkah transformasi yang sesuai perlu dilaksanakan. Langkah-langkah
tersebut merangkumi usaha untuk menjamin pendemokrasian pengajian
tinggi; memepermudah mobiliti pelajar dan menambah baik kualiti pengajaran
dan pembelajaran; membina massa kritikal penyelidik, dan meneruskan
usaha melahirkan cendekiawan untuk Nobel Laureate; mewujudkan satu atau
dua buah universiti apex yang berautonomi; mempergiat pengantarabangsaan
pengajian tinggi; masifikasi pembelajaran sepanjang hayat; mempergiat
massa kritikal penyelidik dan tenaga pengajar; dan memperkasakan sistem
penyampaian KPT.
Oleh itu, cabaran yang dihadapi oleh negara adalah satu
tanggungjawab bersama kita sebagai rakyat Malaysia. Kerjasama yang
berterusan haruslah diberikan oleh lapisan masyarakat agar modal insan yang
bakal dilahirkan dapat menjadi pemangkin utama untuk merealisasikan impian
Wawasan 2020. Seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020, cabaran
paling hebat bagi Malaysia untuk mengekalkan dan meningkatkan momentum
pembangunan negara bergantung pada kejayaan dalam bidang
pembangunan sumber manusia yang secara lansung berkait dengan
pembangunan modal insan. Dalam hal yang berkait dengan pembangunan
Malaysia, dokumen rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) mengakui bahawa
modal insan yang berkualiti merupakan keperluan yang paling utama untuk
mencapai Misi Nasional. Misi Nasional ialah satu rangka kerja pembangunan
Malaysia yang menggariskan keutamaan negara untuk tempoh 15 tahun
(2006-2020) yang dalam tempoh ini RMK-9 mengandungi agenda
pembangunan untuk tempoh 5 tahun pertama dalam misi ini. Dalam usaha
membangunkan modal insan, pembangunan insan haruslah dititikberatkan
secara menyeluruh dan seimbang; bukan sahaja mementingkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga nilai etika dan minda yang progresif.
Keseimbangan inilah yang akan meningkatkan produktiviti dan daya saing.

Ditulis Oleh :
Hjh. Enar Binti Hj. Ishak
Kolej Komuniti Jelebu
BIBLIOGRAFI

Abdullah Sani Yahya, 2007. Guru Sebagai Pemimpin. PTS Profesional.

Amini Amir Abdullah, 2006. Pembangunan dan Kemajuan Modal Insan Dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9): Satu Penelitian. Pusat
Islam, Universiti Putra Malaysia.

Choong Lean Keaw, 2008. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kumpulan


Budiman Sdn. Bhd

Ahmad Marzuki Ismail, 2007. Penyediaan Diri ke arah Pembentukan Modal


Insan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Ibrahim Mamat dan Zaiton Hassan, 2008. Pengurusan Sumber Manusia:


Perspektif Modal Insan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2008. Pelan Strategik Pengajian


Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020. http://www.mohe.gov.my

Mayo, A., 2000. “The role of employee devlopment in the growth of intellectual
capital” dlm. Personnel Review, 29:4.

“Membina Tamadun Menjulang Martabat Negara”, Ucapan Perdana Menteri


YAB. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dlm. Pembentangan usul
Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Dewan Rakyat pada 31
Mac 2006.

Mok Soon Sang, 2008. Murid dan Alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn
Bhd

Ting Len Siong, 2007.Ingin Menjadi Guru. Ilmu Media Trade Sdn Bhd.

Prof. Dr. Zaini Ujang, 2009. “Strategi Capai Piawaian Minda Kelas Pertama”.
Institute of Environmental & Water Resource Management. Mambo
Open Resource. http://web.utm.my/lipasa

Anda mungkin juga menyukai