Anda di halaman 1dari 7

TAJUK KAJIAN:

SEJARAH PERKEMBANGAN PERUSAHAAN RESTORAN DAN KEDAI


MAKAN DI PULAU BANGGI DARI TAHUN 1998 HINGGA 2015

PENGENALAN

Aktiviti perniagaan ini dapat ditakrifkan sebagai aktiviti jual beli barang dan
penyediaan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Selain itu, perniagaan juga dapat ditakrifkan
sebagai sebuah syarikat, perusahaan atau firma. Ia didefinisikan sebagai sebuah
bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau
perkhidmatan atau kedua-duanya kepada pelanggan dan entiti-entiti kerajaan.
Terdapat pelbagai bentuk perniagaan dan perusahaan yang dijalankan di negara kita
misalnya pasaraya, pusat membeli-belah, kedai runcit, kedai makan dan sebagainya.

Perusahaan restoran dan kedai makan ini merupakan antara entiti perniagaan
yang paling banyak di negara kita. Perusahaan ini begitu mudah didapati dimana-
mana sahaja lokasi misalnya di kawasan kampung, pekan dan bandar. Hal ini kerana,
perusahaan ini menawarkan produk yang berterusan bagi memenuhi kehendak dan
keperluan pelanggan dalam melengkapkan kehidupan masyarakat kita.

Justeru, kajian saya ini akan berfokus kepada sejarah perkembangan


perusahaan restoran dan kedai makan di Pulau Banggi dari tahun 1998 sehingga 2015.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk;

1. Mengkaji sejarah awal pembukaan perusahaan kedai makan di Pulau Banggi dari
tahun 1998 hingga 2015

2. Mengkaji sejarah perkembangan perusahaan kedai makan di Pulau Banggi dari


tahun 1998 sehingga 2015
3. Mengkaji faktor perkembangan perusahaan kedai makan di Pulau Banggi dari
tahun 1998 sehingga 2015

1
4. Mengenal pasti halangan dan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha
kedai makan dari tahun 1998 sehingga tahun 2015
5. Mengkaji kesan perusahaan kedai makan kepada masyarakat setempat

PERMASALAHAN KAJIAN

Perusahaan restoran dan kedai makan merupakan salah satu kegiatan ekonomi
yang terdapat di Pulau Banggi. Perusahaan ini adalah salah satu bentuk perniagaan
yang mudah didapati di tempat ini. Maka, pengkaji akan mengenal pasti sejarah awal
pembukaan kedai makan dan restoran yang terdapat di kawasan kajian. Seterusnya,
Kegiatan ekonomi ini semakin berkembang dari tahun ke tahun diatas faktor-faktor
yang tertentu. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji sejarah perkembangan
perusahaan restoran dan kedai makan di Pulau Banggi ini. Tambahan itu, kajian ini
juga akan menyatakan faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan restoran
dan kedai makan tersebut.

Selain itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti masalah dan
cabaran yang telah dihadapi oleh pengusaha kedai makan. Dengan ini, masalah akan
dapat diketahui dengan lebih jelas dan seterusnya dapat mengambil langkah yang
optimum untuk mengatasi masalah yang dihadapi ini dengan lebih drastik dan efektif.
Oleh itu, pengusaha perlu lebih peka terhadap perkembangan perniagaan dan bersedia
untuk menghadapi cabaran-cabaran perniagaan pada masa yang akan datang.

Setiap entiti perniagaan mempunyai matlamat dan tanggungjawab sosial yang


perlu dicapai. Justeru, kajian ini akan mengkaji kesan perusahaan kedai makan ini
kepada masyarakat di Pulau Banggi. Maka, matlamat yang dicapai ini akan
menentukan sejauh mana pencapaian ekonomi di sesebuah kawasan tersebut.

SKOP KAJIAN

Terdapat tiga aspek yang perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian. Skop
kajian yang pertama ialah kawasan kajian. Dalam aspek ini, kajian akan berfokus
kepada perusahaan kedai makan di Pulau Banggi, Kudat sahaja. Kawasan ini dipilih

2
kerana kawasan ini adalah kawasan tempat tinggal pengkaji dan merupakan sebuah
kawasan yang mempunyai pelbagai perusahaan restoran dan kedai makan.

Di samping itu, tempoh masa kajian juga adalah salah satu daripada skop
kajian. Dalam aspek tersebut, kajian ini meliputi tempoh masa 17 tahun iaitu dari
tahun 1998 sehingga tahun 2015. Hal ini kerana, dalam tempoh tersebut terdapat
pelbagai perkembangan yang berlaku terhadap perusahaan kedai makan di kawasan
kajian.

Dari aspek kajian, terdapat lima isu yang akan dikaji. Antaranya ialah, kajian
ini akan mengkaji sejarah awal pembukaan perusahaan kedai makan di Pulau Banggi,
menganalisis sejarah perkembangan perusahaan kedai makan dan mengkaji faktor
perkembangan perusahaan kedai makan tersebut. Selain itu, kajian ini juga akan
mengenal pasti halangan dan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha kedai makan
serta mengkaji kesan perusahaan kedai makan ini kepada masyarakat.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Kajian ini mengenai sejarah perkembangan perusahaan restoran dan kedai makan
di Pulau Banggi. Kajian ini tidak pernah dibuat oleh mana-mana individu ataupun
pihak lain sebelum ini ekoran kawasan ini yang begitu terpencil dan terletak di
bahagian pedalaman. Maka, kawasan ini kurang dikenali oleh ramai orang meskipun
kawasan ini merupakan pulau yang terbesar di negara kita. Justeru, saya merupakan
pengkaji yang pertama menjalankan kajian ini di Pulau Banggi.

3
KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian dalam usaha untuk mencari,
mengumpul, menganalisis dan mentafsir maklumat yang berkaitan dengan kajian
saya. Antara kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah;

1. kaedah menemu bual orang sumber. Saya telah menemu bual beberapa
pengusaha dan pelanggan kedai makan di Pulau Banggi untuk mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan kajian saya.
2. Selain itu, saya juga akan menjalankan kajian lapangan dengan mengunjungi
beberapa perusahaan restoran dan kedai makan di Pulau Banggi ini. Hal ini
bertujuan untuk melawat kedai makan yang dikaji dan melakukan
pemerhatian sendiri terhadap kedai-kedai makan yang menjadi lokasi kajian
saya. Di samping itu, saya juga turut mengambil gambar untuk dijadikan
bahan bukti semasa saya menjalankan kajian lapangan ini.
3. Seterusnya, saya juga melayari internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan berkaitan dengan hasil kajian saya ini. Saya menggunakan
kemudahan teknologi ICT ini untuk menambah baik lagi hasil kajian saya.
4. Saya juga menggunakan kaedah borang soal selidik dalam menghasilkan
kajian saya ini. Terdapat beberapa soalan yang telah saya kemukakan dalam
borang soal selidik tersebut. Borang soal selidik ini akan diberi kepada
beberapa orang responden untuk melengkapkan segala persoalan yang saya
hadapi semasa menjalankan kajian tentang perusahaan kedai makan ini.

4
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Esei ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian pengenalan, isi dan
penutup. Dalam bahagian pengenalan ini, saya menjelaskan tentang latar belakang
perusahaan restoran dan kedai makan di Malaysia yang mengkhusus kepada
perusahaan kedai makan di Pulau Banggi.

Dalam bahagian isi, saya akan menjelaskan tentang sejarah perkembangan


perusahaan restoran dan kedai makan di Pulau Banggi ini dari tahun 1998 sehingga
tahun 2015. Seterusnya, saya juga akan menjelaskan faktor yang membawa kepada
perkembangan perusahaan kedai makan ini sepanjang tempoh 17 tahun tersebut. Saya
juga akan menyatakan cabaran dan halangan yang dihadapi oleh pengusaha kedai
makan ini yang telah berjaya dikenal pasti melalui pelbagai kaedah kajian yang
digunakan. Tambahan itu, bahagian ini juga akan menyatakan kesan perusahaan kedai
makan ini diwujudkan kepada sosioekonomi masyarakat.

Bahagian kesimpulan ini pula akan merumus segala hasil kajian yang telah
dijalankan dari mula sehingga akhir. Saya juga menyatakan beberapa pandangan dan
harapan terhadap perusahaan kedai makan ini supaya sentiasa maju dan berkembang
pada masa yang akan datang.

PENUTUP

Kajian ini menceritakan tentang sejarah perkembangan perusahaan kedai makan


di Pulau Banggi. Kewujudan perusahaan kedai makan ini telah memberi banyak
impak positif kepada sosioekonomi masyarakat. Justeru, pengusaha kedai makan
haruslah peka dengan cabaran yang dihadapi bagi memastikan perusahaan mereka
sentiasa berkembang dan mampu bertahan di pasaran. Harapan saya juga adalah
supaya pengusaha ini sentiasa mengenal pasti peluang perniagaan dan membuat
pembaharuan dalam perkhidmatan yang dapat meningkatkan daya pengeluaran serta
membawa kemajuaan kepada perusahaan mereka.

5
BIBLIOGRAFI

Sumber primer:

1. Orang sumber

- Puan Shaidah binti Rahim, 55 Tahun, Pemilik Kedai Makan Nur Amanah

- Puan Rahimah binti Mahijuddin, 47 Tahun, Pemilik Kedai Makan An-Najiha


Enterprise

- Mahfuzah binti Umar Hassan, 20 Tahun, Anak kepada pemilik Kedai Makan
Nur Amanah

- Nur Syakina Farhanie binti Ramlan, 16 Tahun, Anak kepada pemilik Kedai
Makan An-Najiha

- Siti Halimah binti Abdullah, 19 Tahun, Pelanggan Tetap Kedai Makan


An-Najiha

- Zafirah binti Nasir, 21 Tahun, Pelanggan Tetap Kedai Makan Nur Amanah

- Siti Norasyira binti Hamsali, 19 Tahun, Pelanggan Tetap Kedai Makan Nur
Amanah

- Nur Asahadiatul Laila, 19 Tahun, Pelanggan Tetap Kedai Makan An-Najiha

- Nurain binti Abdullah, 19 Tahun, Pelanggan Tetap Kedai Makan Nur


Amanah

- Azrul bin Abdul Muin, 19 Tahun, Pelanggan Tetap Kedai Makan An-Najiha

Sumber sekunder

2. Karya Penulis

- Ainon Mohd (2011), Memulakan Bisnes Sendiri. Selangor: PTS Professional


Publishing Sdn Bhd

6
- Azuddin Bahari, Hanum Hassan, Tunku Salha Tunku Ahmad (2017),
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Perniagaan Kecil. Kangar:
Penerbit Universiti Malaysia Perlis

- Shanti Subramaniam dan Mah Boon Kiet (2015), Buku Pengajian Perniagaan
STPM Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd

3. Internet

- Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM. (2015, June 20). Contoh Kerja Kursus
Sejarah STPM.
http://maimai130896.blogspot.com/2015/06/contoh-kerja-kursus-sejarah-stpm.ht
ml?m=1

- Cikgu Azis (2019), Contoh Esei Kerja Kursus Sejarah STPM. Dicapai pada 13
Jun 2021

http://cikguazis.blogspot.com/2019/02/contoh-esei-kerja-kursus-sejarah-stpm.htm
l?m=1

- Juvicyg (2011), Maksud Perkembangan. Dicapai pada 8 Ogos 2021

https://www.scribd.com/doc/53190176/MAKSUD-PERKEMBANGAN

- Evoltwikia (2012), Definisi Perniagaan. Dicapai pada 12 Jun 2021

http://evoltwikia.blogspot.com/2012/05/definisi-perniagaan.html?m=1